Keluh kesah kisah makhijau.

Wednesday, 31 July 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok, Jumaat lepas entry jiwa kacau. Lupakan-lupakan. Hari ini, Rabu sudah pun tiba malam 10 terakhir Ramadhan, sekejapan masa berlalu. 

Sabtu lepas, aku menyiapkan tugasan pengurus rumah tangga seperti biasa. Membersih rumah, menyusun atur semua dan clear dengan harapan si dia membawa kami ke IKEA, sudah hantar permohonan daripada minggu lepas lagi. Hrmmm...aku hanya mampu mengeluh apabila tiada IKEA. Muka, jangan kata sudah cemberut macam cencorot. Hodoh benar rasanya.

Tidak boleh aku yang mengajak, tangtangtangtu la abi dijangkiti demam. Demam sebab isteri mengajak pergi IKEA. Sabar je la. Tapi, disebalik tidak pergi IKEA tu aku belajar sesuatu. Memandu ke kedai bersama Auni, muehehe. Best juga, merewang dengan minah tu, mendengar dia potpetpotpet, kasihan Adli aku tinggal macam tu je dengan tangisan. Rasa hendak bawa juga tapiii, aku belum berani lagilah.

Ahad, aku memandu sekali lagi, kali ni malam. Hantar abi pergi klinik. Woahahaa, syabas untuk diri sendiri. Kali pertama dalam sejarah. Ngeee...best juga, dapat bersiar memalam minggu walaupun sesat barat menuju klinik. Lantakla orang lain sudah lali rutin begini, bagi aku ianya baru permulaan.

Isnin, akhirnya...dapat juga merasa berbuka puasa di luar rumah bersama team PERKEP, ikut kawan satu tempat kerja abi. Haruslah aku gembira pasal dapat keluar daripada rumah. Memang la best berbuka di rumah, masakan hendak dalam rumah sahaja. Bagi aku yang tempat kerjanya di rumah, mestila bosan. Bagi mereka yang berkerja of kos la suka berbuka di rumah sebab dah lelah seharian di opis.

Memangla best berbuka di rumah, aku pun perlukan juga kawan-kawan bercakap, perlukan juga ruang untuk aku bersosial dengan kawan-kawan yang masih ada, masakan hanya hendak berbual di laman sosial semata-mata. Memangla best berbuka di rumah, orang yang hari-hari berkerja juga suka apabila menghabiskan masa bersama anak-anak bila ada ruang masa, bagi aku yang di rumah ni, masakan hanya di rumah sahaja, aku perlukan juga udara luar daripada rumah. 

Bagi aku yang sudah merasa bagaimana berkerja dan merasa bagaimana duduk di rumah, sudah tentu-tentulah semuanya masih baru bagi aku. Tahun ini tahun pertama aku berpuasa bergelar pengurus rumah tangga, sudah tentu aku akan membezakan dengan zaman aku makan gaji dahulu. Gelaran kita sama cuma kisah dan perasaan kita belum tentu sama.

Suka tengok anak-anak dibelakang tu. 

Dorang kata, empat sebelah kanan ialah duta Maajun Anggun Bistari. Anggunkan kami? Ye, termasuklah aku, muehehe. Kaki aku macam ranting kayu je.

Well, aku pakaikan oren untuk askar bertiga tu, aku macam biasa kena adil sama dengan abi, sama dengan anak-anak. Mudah untuk cari mereka sekiranya tidak duduk diam. So far, alhamdulillah. Semua orang jadi kagum dengan mereka bertiga yang baik-baik sahaja. Adli diam dan makan, Auni diam dan main game, Arrizqi diam dan tidur. Waktu sudah makan pun, mereka masih juga baik ikut siapa sahaja yang sudi menjaganya. Aku dapat makan dengan tenang. Abi dapat makan dengan tenang dengan sedikit demam bersisa.

Tinggalkan mereka diruang pentas, mereka lekas sahaja berkawan. Baik Auni, baik Adli. Arrizqi pun diam sahaja malah suaranya langsung tidak kedengaran. Aku? macam biasalah dapat jumpa kawan setahun sekali macam-macam cerita la. Tahun lepas aku joint dengan tiba-tiba mengandungkan Arrizqi. Tahun ini, tiada lagi kisah pregnant tiba-tiba. Kami berbuka di Kampung Pengantin, dengan menu nasi Arab melayu, sedap.

Selasa, jam sudah menghampiri 11 malam, bawa Arrizqi ke klinik sebab sakit mata. Huh, aku sudah menguap berkali-kali, abi ajak juga pergi sebab Arrizqi takut sungguh hendak buka matanya.Woah! doktor tu memang sempoi, gila-gila. Dia terus bagi ubat cecair dan titis di mata, alhamdulillah hari ini beransur sihat budak aktif tu.

Tu belah kanan, budak sakit mata. Meligat tetaplah meligat. Mentanglah sudah dapat kaki, suka.

Rabu, aku gigih buat biskut makan sendiri untuk anak-anak. Hujung minggu lepas tidak keluar belanja, jadi menggigih juga la emak ni kan. Ok, sekian sahaja update untuk seminggu. Hadoiii. Jumpa lagi lain episod. Buka posa sorang-sorang balik semula, sabo je la.

Biskut mentega (atas) dan biskut milo ciptaan sendiri.

Selamat menyambut Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin kepada semua. Kasi wish awal, tatau bila dapat update bloghijau lagi. Jaga diri dan berhati-hati semasa beraya. Sayang semua daripada: Aku, Abi dan Askar tiga.



20 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

Ampun dan maaf jugak ye cha
Sayang cha n anak anak jugak huhu

Kenangan SKPT2 said...

Cha merasa jugak berbuka di luar , kami hanya merasa di gerai je la . Hari ni abang misai & the gang berbuka di kampung pengantin juga.

mama lieyna said...

Akhirnya... berbuka jugak diluar ye cha.. satu kepuasan tu.. ^-^

Nampak.menarik betul gmbo makmak dan anakanak tu...meriah ^_^

Samalah cha ye, mohon maaf zahir batin.. n selamat menyambut syawal...

Fizah said...

hohohooiii..lama nau coti ka..hee..camat hari rayeee ;)

Jue a.k.a Ibu 2F said...

selamat hari raya buat cha dan keluarga...
moga hidup sentiasa diberkati allah...

pena rozie said...

Cepat kan mase berlalu....

eima said...

selmat hari raya ch@ ...betui kadang tu aku pun nk lari jugak dr rumah bila dah dok rumah lelama ..amik luar kan ... dah buat biskut raya tu .... hebat

syawalsimpsons said...

rajin ko main cipta2 biskut ray ani..best..kalo aku tak la..mmg copy bebulat la..kakkakak....

Masya said...

ni mmg pulun seminggu punya cerita ni owhhh kamu memang bertabah ... akhirnya dapat berbuka diluar .. selamat hari raya cha .. mohon maaf juga kalau ada komen yg menguris hati.

bgs anak² umi yer... pandai jaga tingkah laku kat luar, pandai berkawan .. walaupun jarang jumpa org jenis x takut .. ok sgtlah tu .. kalau amir dia mula² mmg pendiam, pemalu pun iyer..

fazilzura said...

wahh rajin nye buat kuih raya...

SELAMAT HARI RAYA jgk tuk uols sefmily

rahifah aziz said...

selamat hari raya sya...maaf zahir batin..nampak menarik biskut milo ciptaan sendiri...

Suzie Aleeya said...

salam lebaran utk kamoo skuarga....ceria² hendaknya :)

Nisah Idham said...

>> Ch@, terima kasih. akak dah received kad raya dr cha.. :)

PUANSTOBERI said...

seronok rasanya membaca coretan seorang suri rumah.. yg mana, mmg takkan jadi kenyataan la utk akak.. mmg ditakdirkan kerja smpai pencen la nih.. ada kurang lebih 30 thn lagi nak kerja.. adehhh...dehh... (>_<)

ch@ said...

kakNad:
we love u too kakNad/acikNad.

kakYanti:
gerai pun ok apa kak, luar rumah juga tu. inila sekali. lps ni tah bila.

kakIeyna:
setiap tahun wajah emak berbeza, tahun ni major bw handbag(anak) sendiri. tahun meriah anak2.

Fizah:
aku hari2 cuti mek.

kakJue:
in shaa Allah. sama akak juga.

penaRozie:
sangat pantas.

eima:
betul tu. bosan tu tak dapat dipisahkan. biskut makan sendirila.

rahifah, fazilzura, sue:
ubah sikit je resipi, tukar dan ganti. hehe. masuk mulut sendiri.

sisYana:
ada jg anak kawan camtu, tapi sampai sudah malunya. auni mmg suka ada kawan.

suzie aleeya:
kamu juga.

kakNisah:
ok noted ;)

kekDa:
berkhidmat utk negara kekDa, eh btl ke? hahaa. rezki kekDa, masing2 punya. kita sama2 syukur ok :)

Mama Kembar 3 said...

Bagusnya askar 3 tu well behaved ye, dpt laaa emak nya pulun makan sepuas hati...sambil pulun pot pet pot pet gak eh? Hehe ;-)

Che Rosliza Che Mat said...

cepat betul waktu berlalu...

ch@ said...

KakNani:
Alhamdulillah kak. Ada jg la part lari2 satu dewan tu tapi masih undercontrol boleh dipantau lg.

CikRos:
Btl2.

Sweetmama said...

setuju dgn cha n paham sgt, dah la hari2 buat kerja umah x abis2 kan, xkn nak duduk rumah je, mmg sesekali kita perlu jgk ambil angin diluar, makan diluar, bercuti n sbgnya..

akhirnya dpt jgk berbuka diluar, k.eija thn ni kurang berbuka di luar sbb buka puasa di rumah MIL je lps berbuka terus tolong MIL wat biskut raya..

ch@ said...

kakEija:
thn depan nak order biskut dgn kakEija la.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in