Tuesday, 29 April 2025

Jamuan Taman.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hujung minggu, berguling-guling dan mengemas rumah lambat-lambat, cuti maaa...
"gi jamuan raya taman, nak ikut tak?" tanya tuan asben.
"bila?" aku.
"jap lagi, pukul 9" aku tengok jam, awal lagi sambung berguling. Tempat jamuan tu dekat je, diadakan di taman permainan taman kediaman. Malam tadi memang nampak khemah sudah di pasang, tapi tiada pula aku dapat jemputan di group shopping taman. Mungkin, AJK menghantar jemputan dalam group besar sahaja. Aku ni bukan tidak mahu masuk dalam group besar, setiap kali berjumpa dengan aku, mereka selalu bertanya aku anak siapa? masakan aku hendak terangkan keluarga pokok aku yang berada di Johor tu, lagilah mereka tidak kenal. Aku dapat menjawab sekiranya soalan itu, dari jalan berapa? isteri siapa? haaa gitu. Jadi biarkan sahaja tuan asben di group besar itu.

Aku dilema, pergi atau tidak. Masa ada tuan asben ni lah orang hendak berkenalan dengan aku kan? ajomlah kita. Kami pun bersiap, mula acu mengacu baju, lari gak tema nya, tuan asben blue black, aku black grey, elok bersiap aku mengemas rumah serba sedikit, Arrizqi bangun.
"Ersyad nak ikut?" aku bertanya.
"mana?" mamai.
"jamuan raya taman di taman"
"nak, nak kena mandi ke?" tanyanya dengan mata separuh terbuka.
"eh mandilah, sempat ni. Pakai baju elok sikit." Arrizqi mengemas tempat tidur dan bersiap. Mungkin melihat aku dan tuan asben sudah bersiap, dia takut kena tinggal.

Kami hanya berjalan kaki sahaja, elok sampai di taman acara telah bermula. 
"gi daftar, ada cabutan bertuah." arah tuan asben, tapi aku buat don't know berlalu ke khemah mencari kenalan, nampak jiran sebelah rumah, salam diikuti dengan lain-lain. Ada yang sudah kenal ada yang masih bertanya anak siapa, paling best yang ajak makan. Arrizqi sudah hilang dengan kawan-kawannya, tuan asben terus duduk meja VIP, ewah! dia tinggal aku macam tu ja, how dare you!

Aku kembali ke meja hidangan, mengambil menu kesukaan sikimpit, lemang dan rendang ayam tua. Sedapnya. Aku hanya memandang meja hidangan yang panjang dengan pelbagai menu dan berlalu mencari port.
"Shu!" aku duduk semeja dengan Shuhaida dan emaknya. 
"haaa datang pun, dengan siapa Sya?" tanya emak Shu, awal hari tu dia fikir aku kawan sama tempat belajar Shuhaida.
"dengan anak dengan asben, dorang tinggal kita camtu je" aku mengadu.
"haaa dah duduk situ, makan." suruh emak Shuhaida, tidak ku tahu namanya. Selesai makan, aku bangun semula menuju meja hidangan sekali lagi, 2nd round. Kan sudah berjanji tadi. Sempat ditegur kak Ani, pun baru kenal masa kali pertama berterawih hari tu, dia bertanya nombor dan jalan rumahku didaftarkannya untuk cabutan bertuah. Thank you kak! Mereka memang baik, melayan aku bagai adik dan anak dorang sahaja.

Aku menghabiskan sate 3 cucuk dan keropok lekor 5 ketul, aaa cukuplah tu, kenyang. Sambil duduk berbual acara cabutan bertuah bersambung, kedengaran nombor rumah dipanggil, Shuhaida menyuruh abangnya ambil hamper. Lah! Dan nombor seterusnya di sebut nombor jalan dahulu baru nombor rumah, eh? nombor rumah kami tu. Tergelak aku dengan Shuhaida, walhal baru je cerita, kitorang memang jarang dapat cabutan bertuah ni, memang tidak berharap. Selepas nombor aku, nombor rumah jiran sebelah aku, hahaaaa! how's we are so lucky today, berkat hari ini.


Aku ternampak kelibat kak Aida dan rombongannya masuk ke khemas, kakak ni yang selalu perkenalkan aku dengan seisi orang taman, hahaaa. Dan macam biasa, aku membiarkan sahaja dia leads conversation, sesekali aku ajak Shuhaida join sama. Tuan asben datang kepadaku, dia hendak pulang dahulu, menunggu lori peti ais sampai. Aku masih lagi mahu bermalas-malasan, masih mahu berbual dengan kak Aida dan temankan Shuhaida makan pusingan ke tiga, aku sudah tidak larat. Kawasan peti ais tu pun sudah ku kemaskan. Pandai-pandailah. Aku melihat sahaja lori hantar peti ais tu lalu dari tempat aku duduk.

Tuan asben menyuruh aku mencari batu bata, hahaa. Hamper yang aku dapat tadi pun aku suruh dia bawa balik, orang menyuruh aku tapau makanan pun, aku tak rajin nak pegang bawa pulang, kitanya jalan kaki. Bila sampai rumah, peti ais sudah segak berdiri. Cuma belum boleh di gunakan lagi, kena bagi dia warm-up dengan tempat baru dulu, bagi stabil. 

Bila perut dah kenyang, rasa letih sangat. Tahu-tahu sahaja sudah terlena, tersedar apabila tuan asben bersiap untuk pulang ke tempat kerja, till we meet again husband! thank you for everything. Alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik sahaja.

Monday, 28 April 2025

Gadjet baru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seharian menguruskan hari jamuan daktiga, mengikut menambah kesibukkan apabila tuan asben turut berada di rumah, ingat menu nasi goreng aku entry lepas, iya itulah penyebab aku ikut makan malam sekali. Tetapi memang begitukan? walaupun telah makan banyak di jamuan, tetap mencari nasi sebagai menu berat.

Sedang santai-santai layan Weak Hero Class 1 (repeat) sebab nak sambung nonton season 2 punya dengan barisan pelakon lebih padu, ke'ensem'an nya bukan kaleng-kaleng, karisma memegang watak masing-masing memang A+, tuan asben datang mendekat.
"nak peti ais baru?" aku ni kan ke blur sikit. kamchagiiiiii??? (tiba-tiba?)
"peti ais baru? kenapa peti ais? tiba-tiba sangat ni?" seorang Syasya bila respon memang camtu. Dia akan ulang balik soalan yang sama sambil berfikir ayat seterusnya.
"waaaah!" tu je perkataan yang keluar.
"Peti tu dah lama sangat, boleh letak kat Pusat Komuniti taman." perlahan sahaja dia menyuarakan hasrat dan hajat.
"sayangnya, peti tu nostalgia lemahnya part bersalji tu je, kita nak yang baru, dua pintu macam Mija punya." pepehal aku memang suka mengikut adik ipar aku seorang tu, dia up to date.
"esok kita cari, ada nak apa-apa lagi tak?" dia menanya aku semula. Aku bila di tanya begini, memang tiadalah jawapannya.

Malam esoknya selepas maghrib, dia mengajak aku mencari peti ais baru, saja berbasa-basi konon ajak, walhal keputusan akhir memang dia je la yang buat, dia yang membayar, maleh aku. Kami ke tempat biasa membeli peralatan elektrik pada sebelum-sebelum ni lagi, tidak betah untuk ke tempat lain apabila kebiasaannya di tempat yang sama, yang mengikut hanya Arrizqi. Dia memang suka berjalan berbanding abang dan kakaknya. Melihatkan peti ais pelbagai saiz, aku jadi dilema. Yang aku suka menjadi pilihan kedua tuan asben, aku suka Toshiba, dia suka Sharp. Bila sudah ukur dan pasti, maka pilihannya Sharp. Bye Toshiba!

Selesai urusan jualbeli, aku mengajak tuan asben lepak mamak. Wuuu... lama woi tak lepak mamak. Aku teringin betul nak makan roti arab, tapiii ada ke? melihatkan keadaan kedai mamak tu tenang-tenang sahaja, alih-alih terminta roti naan cheese, eh kau dah kenapa Syasya? kok nerves sekali? tuan asben dengan roti telurnya, Arrizqi tidak mahu makan dia baru lepas makan nasi ayam di rumah sebelum keluar tadi.

Sharp vs Toshiba. Warna tak lari, tu gak yang dia suka. aku pilih Toshiba matte black.

Peti ais baru sampai pada keesokan harinya sebelum tuan asben pulang ke Melaka, dia uruskan seorang di rumah berikutan aku masih berada di jamuan Aidilfitri taman kediaman. Aku hanya melihat lori menghantar peti ais itu berlalu pergi jalan taman sewaktu aku tengah asyik menjamu selera. Balik sahaja dari jamuan, peti ais baru sudah segak berdiri menggantikan peti ais lama. Wiwiiit, ensem baqhang! megah berdiri ngam-ngam slot peti ais kabinet dapur. Eh, kita tukar kabinet dapur nak tak? haaaaaaaah! tiber.

tv terpaling besar dalam kedai tu, mau penuh dinding rumah aku ni. saja cuci mata.

kanan tu memang suka iklan gigi. muka rabak pun tetap nak iklan.
HAPPY WIFE and HAPPY LIFE.

Saturday, 26 April 2025

Minggu Jamuan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sewaktu teman-teman Auni datang beraya tempoh hari, ada yang membuat permintaan mahukan chicken wrap, menu ni mudah dan simple je namun harga bahan-bahannya agak kayangan untuk poket yang berada di hujung-hujung bulan. Apatah lagi, aku kena sediakan menu untuk Adli dan Arrizqi juga yang bersekolah sesi petang sekolah yang sama, hari yang sama.

Kita usahakanlah semampu yang mungkin, semalam hari kejadian aku bangkit jam 4 pagi, gorengkan dua paket naget ayam, salad telah pun dicuci Auni malam tadi lagi, tidak rajin aku hendak menguli tepung coating isi ayam bila nonton tutorial mini chicken wrap, hanya menggunakan naget ayam tempura sahaja. Benda sudah mudah bukan.

Aku buat sebiji sama dengan video di youtube, akhirnya siap 40 pcs mini chicken wrap untuk Auni. Selepas menghantarnya ke sekolah, aku bersiap untuk mi goreng Adli dan Apollo untuk Arrizqi. Aku ambil masa tidur sebentar sebelum kembali bersilat di dapur.

mini chicken wrap. 

beli online ja.

Baju raya pertama haitu.

Jam 10am aku kembali ke dapur untuk menu Adli, mi goreng. Mulanya dia mahukan nasi goreng namun bertukar pada saat akhir kepada mi goreng. Aku gorengkan satu paket Numee 900g, cukup InShaaALLAH. Arrizqi paling mudah, dia tidak mahu bawa apa-apa namun bila aku kata akan tunggu dan hantar menu ke sekolah barulah dia minta bawakan Apollo sahaja, tak mahu menu berat. Sejenis skema yang hanya suka bawa diri sahaja. Beg sekolah jika boleh dilipat masuk poket memang dia dah buat.

Aku turunkan Adli dan Arrizqi di masjid untuk solat Jumaat dan ambil Auni di sekolah, kawasan sekolah sungguh padat, cantik-cantik anak berpakaian baju raya termasuk aku. 
"umie, chicken wrap umie habis dulu. cikgu tanya tempah kat mana? kakak cakap umie buat sendiri, cikgu kata rajinnya mak siap ada tag paper wrapping macam tempah." hahahaaa... kembang kejap, hilang penat aku, tak sia-sia bergaduh nak potong paper wrapping tu malam tadi. Alhamdulillah. 

Aku di tegur Nia tingkatan empat sewaktu menunggu team kak Hamidah yang akan pulang bersamaku, Nia kawan Mustaqim (anak Masni) sama-sama suka bersembang dengan aku masa dorang sekolah rendah dahulu. Lembut suaranya, memanggil "aunty Syasya!" aku menolehnya, senyum.
"Allahuuu Nia, Nia ke Mia? Nia kan?" dia mengangguk, bersalam dengan aku. Aku memeluknya dan ketawa. Berbual sehingga ayahnya datang menjemput. Ayahnya merupakan bapa saudara Masni, berbelit rasa tapi kita memang pernah bertegur dan saling mengenali.

Aku menghantar anak-anak kak Hamidah dan kembali ke rumah, mengemas menu untuk Adli dan Arrizqi pula, menunggu mereka pulang solat Jumaat di sekolah. 
"umie datang awal tau, tunggu saya" risau seorang Arrizqi. Sebaik selesai solat Jumaat, Adli berlari mendapatkan aku dahulu, bersiap dan muncul Arrizqi bersama Harras. Selesai urusan mengagih menu, aku pulang ke rumah dan menyambung tugas hakiki.

mi goreng sarat telur, Adli minta. Katanya tak habis, dia tinggal sahaja.

Pulang sekolah, Arrizqi masih elok bersamping membawa tapawe kosong, singgah kedai membeli asikrim. 
"habis umie, dorang ambil bawa balik" Arrizqi membawa tapawe sudah kosong persis sama dengan dibawa masa datang tadi. Adli sampai dengan samping sudah pun berselempang di bahu. Berlenggang sahaja, hanya bawa beg berisi cawan dan mangkuk kosong. Gaya anakbujang.
"mana sepit mi goreng?" memang aku berpesan, tapawe takpayah bawa balik. Sekali dengan sepit ditinggalnya.
"alaaa, ada ea umie pesan? kata takpe je tinggal tapawe" jawabnya.
"tak bawa balik la tu?" kata Arrizqi menyakat.
"tapawe takpe, sepit tu bawa la balik sepit spegeti tu, takpela nanti cari lain" aku terus bergerak pulang.

Macam ni je, mudah.

Tidak lama di rumah tuan asben sampai, dan sekali lagi aku masuk dapur untuk menu nasi goreng sahaja, telur mata goreng asing. Permintaan Arrizqi. Tidak sah jika tidak pekena nasi goreng aku. Masalahnya dengan aku sekali terbabit makan malam sesama, isk! Keletihan membuat aku lupa makan siang. Capek! 

Sekian kejadian hari Jamuan Aidilfitri sekolah daktiga. Alhamdulillah!

disidainya dua orang kawan tu. Adli dah pandai bergaya.

throwback picture pakai baju sama. Arrizqi susah bergambar.

emak pun taknak kalah, baju raya tahun lepas. hahaaa!

Wednesday, 23 April 2025

DIY sarung kekabu sofa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku duduk di meja kerja sambil merenung kusyen penyandar sofa yang telah lembik. Hodoh kelihatannya rasa uzur benar. Hendak ku basuh sarungnya namun sarung kepada isi kekabu dalam tu telah reput dan koyak habis. Sudah lama aku memikirkan cara untuk mengatasinya sehingga aku terjumpa cadar lama yang telah tidak digunakan lagi. 

Kenapalah aku pilih warna ini dahulu? oren benor warnanya, isk isk. Sekarang aku lebih suka guna cadar berwarna putih dengan sedikit corak sahaja. Jadi cadar oren bersaiz queen itu aku potong kepada dua bahagian sebelum di jahit sekelilingnya. Kita jahit tangan sahaja sambil menonton Kdrama, Flower Crew: Joseon Marriage Agency. Selesai satu sarung, kita buat lagi satu.

Daktiga, semuanya sudah ku hantar ke sekolah pagi tadi dan tiada yang balik tengah hari, tambahan pula aku berpuasa, maka boleh skip makan tengahari. Sehingga aku dapat siapkan dua sarung kekabu kusyen penyandar, lepas ni bolehlah basuh sarung luarnya.

Ada tinggal lagi satu je belum buat, masih mencari cadar dan kesibukkan tugas hakiki membuatkan projek masih tertunda. Sabar jap. Macam biasa, lepas siap kita interframe pada tuan asben. He thanks to me as always. Saya suka.

Masa menjahit sarung oren tu, rasa macam doktor pakar bedah ja. 

Masuk sahaja kekabu yang berterabur tu, sarung oren terus dijahit mati

Sarung oren tadi dipakaikan baju rasmi, warna khaki. Yeay!

Tuesday, 22 April 2025

Aidilfitri 21: Medan Perang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Awal-awal lagi Adli sudah khabarkan kawan-kawan sekelas hendak datang beraya. 
"Eh, korang hendak lepak-lepak je kan? nak main game je kan? Saja-saja je kan?" Aku bersenda. 
"Ala umie, buatlah macam masa kawan umie datang hari tu, umie buat nasi goreng je. Buat banyak-banyak!" gitulah gaya pemujukan si Adli sementara si Auni.
"umie, Fara nak chicken wrap." wah-wah-wah korang ingat saya ni masterchef? ingat kedai makan ke, permintaan begitu sahaja?. Aku pun berfikir panjang, apalah sangat masak sedikit untuk merai teman daktiga. Bukan nasi goreng, bukan juga chicken wrap. Setelah membuat bermuafakatan kita bersetuju untuk membuka rumah pada petang Ahad lepas.

Aku berperang dengan dapur bermula jam 11.00 pagi memandangkan semua bahan telah ku beli sebelum hari kejadian. Mudah. Masak ni mudah bila bahan semua dah ada. Spaghetti bolognese seperiuk besar dan buah-buahan sahaja. Hampir sepuluh orang datang, rata-ratanya melebihi ketinggian aku sendiri, tenggelam makNyah!!! borak genZ memang tidak satu ku fahami. Selepas makan, mereka sambung menyembang sebelum salah seorangnya terjumpa senapang plastik milik tuan asben yang tersorok.

Lengkap dengan pelurunya sekali, Adli pula mengajar cara menggunakannya. Senapang plastik tu kami gunakan untuk halau anjing atau pun kucing liar yang bergaduh di luar pagar. Daripada tembak-menembak dalam rumah membawa ke luar rumah, aku kembali ke dapur apabila mendapati spaghetti bolognese habis licin dengan kuah-kuahnya sekali sedangkan teman-teman si Auni belum sampai. 

Mendengar teman Auni akan sampai, mereka meminta diri untuk beraya ke rumah seorang lagi teman Adli, Thaqif yang berdekatan. Berterima kasih atas sedapnya spaghetti bolognese air tangan emak Adli, ahah! Riuhnya suara, bujang-bujang belaka. Ada yang bermotosikal, ada yang dihantar ibubapa, ada yang berbasikal, ada juga yang berjalan kaki. Anakku sudah besar. Ku nasihatkan sama sahaja, jangan lupa datang sekolah esok hari kerana ada yang terus ke perlawanan bola sepak selepas Asar nanti. terima kasih Harraz, Akif, Azim, Daniel, Pa'an, Thaqif, Ryan, Syafiq, Asfar, Najmi dan Aidil. 


makan kena take turn.

Tenang seketika aku kembali ke dapur untuk menu seterusnya, mi goreng. Berikutan speghetti bolognese lakukeras habis licin. Intan dengan Farah sampai dahulu dan kemudian mereka menghilang ke rumah Iman Alisya. Lah! Kembali semula dengan Iman Alisya aku sudah siap menggoreng mi sekuali. Rezeki anak-anak, ada rezeki lain nanti kita buat chicken wrap okey.

Mereka juga sudah sama tinggi, walaupun tidak seramai teman Adli tadi namun empat orang sudah terasa riuh. Farah menghiburkan suasana, aku hanya menyambung tugasan membuat poster Sains untuk Arrizqi sesekali menjadi penyibuk mengusik si Fara. Menjadi dua kali lebih riuh apabila Icha sampai, dengan perangai randomnya, aku menanyakan soalan-soalan berkaitan kelas sahaja. Berkongsi apa yang perlu, mereka semuanya berlainan kelas kecuali Intan dan Auni dalam kelas sama cuma berlainan aliran. Habis bermain kad UNO mereka bermain congkak pula. Intan tetap dengan Kdramanya. 

Semua tinggi.

Semua boleh in dengan aku, mereka layan aku macam kakak senior sekolah, hahaaa. Approved! Menjelang sebelum maghrib mereka beransur pulang, ada rezeki nanti kita berkumpul lagi okey. Terima kasih datang Farah, Intan, Iman dan Icha. Juga datang terkemudian kawan Adli adik Iman, Riyad dan Haras. Terima kasih semuanya. 

Aku masuk tidur awal sebaik sahaja menyiapkan separuh tugasan. Menua ni tidak boleh terlalu kepenatan, ada yang jalan tidak jejak tanah keesokkan hari nanti. Alhamdulillah, semuanya berjalan mengikut perancangan. 

"carilah kawan yang sama-sama makan secara normal, bukan kawan yang makan kawan- toksik"

Saturday, 19 April 2025

Aidilfitri 19: Berkumpul sama-sama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah lama aku berhajat untuk mengajak mereka makan-makan dan bersantai di rumah aku, bila dapat sahaja kebenaran daripada tuan asben aku terus hantar kad jemputan, tahun ini kami tidak kerap berjumpa sebagaimana tahun lepas. Hanya saling berselisih dan saling "hi beam" di jalanan sahaja. Aku juga mengajak Mazlina, salah satu jiran berkenalan masa PKP aka teman briskwalk. Datang terpaling awal dan pulangnya pun macam the flash, pantas. Kisahnya, tengah berborak dan makan, dia tertinggal handphone nya di rumah, boleh dia balik tinggal anaknya tiga denganku, datang semula dengan suaminya terus ambil anak-anaknya seolah ambil anak daripada pengasuh. 

Mazlina, aku suka panggil nama penuh dia.

Keesokan harinya, bila keadaan tenang kitorang recall semula, penat ketawa. Dia pun mengaku, dia serba salah dengan aku dan aku pun mengaku rasa terkilan, macam tergesa-gesa betul. Beraya tergesa-gesa namanya.

Selepas itu Linda, Suezana dan anaknya Ayra sampai, rupanya mereka sudah saling berWA untuk ke rumah ku, tidaklah terlalu formal, saja tenang-tenang tolong habiskan mihun tomyam hasil aku belajar selama beberapa hari. Anak sulong kami bertiga dalam kelas yang sama, kami berbincang tentang menu apa yang hendak di bawa ke jamuan hari raya kelas tingkatan empat tu nanti. Masing-masing blur.

Aku sungguh terharu.

Ayra sakan berlari ke sana ke sini dengan comelnya, sesekali duduk di sebelahku makan. Mereka berdua perlu pulang awal kerana akan ke majlis pernikahan anak sepupunya. Rasa terharu sangat Sue sudi datang rumah aku. Kami bermaafan sekali lagi dan berharap tidak akan buka kembali kisah lama. Elok aku menghantar Suezana dan Ayra ke kereta, kak Midah sampai. Bukan main cantik berbusana songket dan selendang sambil membawa agar-agar permintaan aku. 

Rumahnya paling dekat dengan aku, tapi dia sampai sebelum Fajjida dan Dayana- anaknya sampai tidak lama kemudian. Ok, sudah cukup korum ayuhla kita bersembang lagi sambil ketawa. Hajatku tercapai, melihat mereka dengan cerita dan senyuman masing-masing. Selepas ini kami perlu sambung berkerja untuk trip terakhir pada hari ini.

Linda, kakMidah, Dayana dan Fajjida.

Selepas di meja makan, mereka sambung makan biskut raya pula. Apabila Fajjida dan kak Midah bergabung, ada sahaja benda yang hendak diketawakan. Makan biskut raya, seorang biskut makmur, seorang batang buruk, duduk bersimpuh saling berhadapan hendak juga bercakap tu, maunya saling bersembur, taknak rasa bersalah di ajaknya pula si Linda ikut serta sekali. Aku sudahlah sejenis mudah terhibur.

Alhamdulillah, kami saling bermaafan untuk kali ke tiga jika tidak salah. Sekali sebelum cuti, sekali naik cuti, sekali lagi hari ini. Aku rasa terharu sangat dapat menjadi salah seorang teman mereka semua, semoga kehadiran aku membawa kebaikan untuk mereka. Aku usahakan menjadi teman yang boleh diharap, bila ketiadaan tuan asben merekalah tempat aku mengadu. Saling usik mengusik, saling tegur menegur, semoga persahabatan kami diberkahi hingga syurga. 

Bersidang makan biskut raya.

Terima kasih sudi kawan dengan kita. Alhamdulillah.

biru, kuning, hijau, pink.

"Biar sahabat kita satu tapi sentiasa ada, jangan kawan beribu hadirnya memperbodohkan kita."

Ramadhan 1445h.

Monday, 14 April 2025

Menu sepanjang Ramadhan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sepanjang Ramadhan lepas aku berusaha mengasah bakat memasak- kot ada. Hanya dua hari sahaja bermenu dari bazar Ramadhan, itupun dek kerana aku tidak sihat dan sehari lagi mengikut tuan asben pada hari membeli outfit Aidilfitri merai hujung minggu bersama dengannya. Aku simpan senarai 30 hari 30 menu untuk rujukan sekiranya tiada idea pada masa akan datang, InShaaAllah!
  1. Ayam mentega, telur dadar dan nasi putih.
  2. Ayam goreng kunyit dan nasi putih.
  3. Bihun tomyam dan naget.
  4. Mini roti john (resipi daripada tiktok).
  5. Ayam masak merah dan nasi mentega.
  6. Misegera goreng- Indomie dan telur mata.
  7. Bawal masak kicap, ikan bilis petai dan nasi putih.
  8. Roti bawang putih, sup cendawan dan misegera sup ayam mamee.
  9. Kimbap dan kuih muih (beli di gerai kak Diana).
  10. Kue tiow goreng dan ayam BBQ- air fryer.
  11. Bawal masak lemak cili api, ayam BBQ dan nasi putih.
  12. Mi kari.
  13. Nasi ayam.
  14. Burger dan benjo.
  15. Nasi goreng dan ayam goreng crispy.
  16. BAZAR RAMADHAN kampung melayu.
  17. Daging masak lemak cili api dan nasi putih.
  18. Mi goreng telur mata.
  19. Kari telur rebus, sardin segar berlada dan nasi putih.
  20. Mi sup dan donat (buat sendiri).
  21. BAZAR RAMADHAN Bukit Rahman Putra.
  22. Ayam mentega, telur mata dan nasi putih. - menu ulangan.
  23. Wrap ayam dan kentang goreng.
  24. Sotong masak sambal, ikan masak kicap dan nasi putih.
  25. Nasi goreng pattaya.
  26. Kue tiow goreng dan roti canai cicah sardin.
  27. Nasi tomato, ayam masak merah dan sambal goreng jawa.
  28. Ayam goreng crispy - masak dengan Mija.
  29. Ayam masak kurma, nasi putih dan wrap ayam - masak dengan Mija.
Menu hari raya pertama rumah mentua: Nasi minyak, ayam masak merah, jelantah, rendang ayam pencen, rendang daging, nasi impit, lemang dan laksa Penang.

Menu hari raya kedua rumah mama: Bihun sup, ayam masak merah, ayam masak ungkep, sik impit dan ketupat. Meriah dengan ayam-ayaman.

Alhamdulillah, sekian update. Memang tiada gambar, kerana aku bukan sejenis yang gigih snap photo sebelum makan, jika adapun dek kerana menu tu terpaling istimewa dan cubaan kali pertama disediakan. Selamat menjalani ibadah puasa sunat enam, semoga semuanya dipermudahkan urusan harian. See ya!

Sunday, 13 April 2025

Merayau yang singkat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dek kerana Auni ada kem di sekolah semalam, makanya jadual aku onz macam biasa, pada sebelah pagi. Lepas hantar Auni aku singgah membeli sarapan. Semalam juga Mija membawa bapa mentua aku pergi beraya ke rumah anak-anaknya yang lain. Mereka sampai ke rumah aku waktu sudah pun Zohor sebaik sahaja dari rumah kakDilla. Mereka menuju ke rumah makTeh (sebelah arwah ummi) sebaik sahaja abah menunaikan solat Zohor tanpa mengambil menu berat di rumahku. 

Mija & abah.

Aku bersiap untuk ke rumah makTeh tidak lama selepas abah dan Mija pergi kerana memberi peluang mereka bermesyuarat satu keluarga besar lebih dahulu. Setelah sejam berlalu kami tiba di rumah makTeh, aku gegas mendapatkan makLong, makUder dan Mija yang duduk berkumpul. Terdapat beberapa adik beradik arwah ummi yang aku jarang melihatnya, keluarga pakNgah dan ada juga yang tidak ikut serta. 

Apabila majlis bersurai, barulah aku mencari sepupu yang memang rapat denganku. Alya, Farisha, kakLong, Ain, Damia. Itu je la pepusing kerana Mija dan abah sudah pulang awal ke rumah Bob, abang iparku. Menjadi kami ni bila bersama-sama, ada saja ceritanya. Aku pun tidak tahulah macam mana leh terjebak dengan cousin, walhal patutnya umurku ini dah tergolong menua geng makcik rangers.


Selepas dipaksa makan berkali-kali, aku makan sikimpit dengan rendang banding mi kari penuh dengan rencah dan bahan, tuan asben menunggu sahaja aku habis disakat sana dan sini. Selesai makan dan berpamitan, kami meneruskan perjalanan ke rumah seterusnya.

Misteri betul empunya rumah sehingga sampai depan pagar rumah Siam barulah tuan asben beritahu empunyanya, ceh! Hujan turun dengan lebat sebaik sahaja kami melangkah masuk ke rumah Siam dan Eja, mereka baru tiga bulan berpindah ke rumah teres dua tingkat itu. Macam biasa kena bebel sebab tidak sabar-sabar hendak datang beraya. Alahaiii, weols datang berziarah sahaja, alang-alang dalam daerah yang sama hampir pula dengan rumah kami.

Team suka hijau.

Siam ialah salah seorang teman sekelas aku dan tuan asben waktu belajar di ADTEC, Shah Alam dulu. Bidang sama, kelas sama. Merapatkan lagi hubungan, selepas bernikah mereka tinggal di rumah flet bersebelahan quarters polis waktu kami semua di Pantai Dalam dahulu. Persahabatan itu kekal hingga hari ini apabila setiap kali dia pindah rumah, weols akan datang berziarah. Alhamdulillah. 

Selepas berbual panjang, makan, solat Asar dan Maghrib di rumah Siam-Eja kami berangkat pulang. Badan aku sudah keletihan melampau, ayuh kita. Sampai di rumah, aku mengemas rumah pula, fuh!

Friday, 11 April 2025

Kita cuba.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

tema langit: mencuba matang dengan berselendang, gitu. shawl biasanya, aku jahit manik belah hujungnya.
trend 2025 bukan? terjebak juga. outfit ikut perarakan maulidurrasul tahun lepas, benda leh pusingpakai, kita pakai.

dah tak larat nak minta orang ambilkan photo sendiri, maka kita tumpang bergambar, dengan isteri kepada adik sendiri. kitorang memang ngam. outfit mama, aku sauk ja.

tema daun: outfit belisendiri, dalam simpanan ja yg bilapakai mesti kena tegur muda 10tahun.

tema langit lagi: outfit mama lagi, mengecek sebab dia bagi kaler pink, aku taknak. aku nak biwu jugak.

tema tanah: outfit mama juga, dah bertahun dia bagi aku, elok dalam simpanan dan pakai harian. 

Dan memang, outfit aku hampir kesemuanya daripada mama, hahahaaa... nampak tak aku bertukar saiz dengan jayanya, akan tetapi orang tidak pernah perasan. 

alhamdulillah hadza min fadhli rabbi...

Thursday, 10 April 2025

Aidilfitri 6: Mengukur Jalan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu, hari terakhir sebelum tuan asben berangkat pulang kerja. Aku mengacu padan warna OOTD lagi, kali ini warna langit pula, haaaa lengkap warna alam sepanjang Aidilfitri tahun ini. Cuaca pun, sayup-sayup redup dan mendung, jam 9am kami sudah bertolak ke Bangi, rumah makUder. Lawatan balas semula, makUder tunggu untuk buka rumah minum pagi. Setiap tahun, kami memang sampai je ke rumah makUder. 

Sebelum masuk rumah, wajib bergambar dahulu di halaman rumahnya kerana makUder sangat rajin dan suka lanskap. Hampir 10minit tidak masuk rumah, kami dipanggil pakUder untuk masuk juga, hehe.

"awak sayang saya tak?" tiber
"awak mesti sayang saya, kalau tidak sayang, saya pun taknak sayang awak!" eh? kau dah kenapa? hahaaa.
Acah-acah! menyampah si Auni nak melayan.

Entahla macam mana nak pose. Tn asben jadi cameraman nya, gigil mak!

makUder & pakUder. 

Masuk rumah makUder, menunya macam ramen goreng, macam megi goreng, tahla. Jika makUder sudah join bersembang, segala soklan hanya terperap sahaja dalam kepala otak aku. Mereka saling bertingkah pendapat antara, Aca (anak makUder), tuan asben, pakUder dan makUder. Aku nak menyampuk jadi tak reti. Sesekali makUder tanya, aku jawab.

Rumah seterusnya kami ke Kajang, rumah kakakIpar aku, kakDilla. Kakak kesayangan one and only tuan asben. Afiq anak kakDilla memang tunggu sahaja Adli-Arrizqi untuk main game bersama. Aku hanya borak kosong, lagi-lagi abangLong (suami kakDilla) asyiklah menyakat dok tanya mana emak, kenapa tak ikut sekali. Dia siap buat teka teki mana satu emak, mana satu anak apabila aku duduk bersebelahan dengan Auni. Pening! Menu kakDilla, nasi lemak ayam goreng. Sedapnya sambal siklemak kakDilla, tahun lepas dengan tak malunya aku bawa balik frozenkan, hahaaa. Tahun ni Syasya is behave, segan.

Alang-alang di Kajang, singgah rumah teman tuan asben masa awal-awal kepolisan dahulu, Tuan Ezri. Aku pun berteman baik dengan isterinya PuanZiha. Aku hanya menjamah lemang dan rendang ayam sahaja, berikutan perutku penuh. PuanZiha masak laksa penang, Adli wakilkan makan dua mangkuk  laksa apabila tn asben sendiri tidak makan laksa.

Cambiasalah, my rabbit teeth tu, penyeriii!

Owh rumah kakDilla, sibuk sangat makan biskut raya sampai lupa nak bergambar. Tidak mengapa yang penting sudah sampai ke rumah masing-masing, okey next. Tuan asben mengajak bersolat Zohor lebih dahulu, dia berhenti di Petronas berdekatan, elok aku hendak masuk surau, serentak pula dengan dia. Eh? satu surau boleh kongsi, kita pun berjemaah dengan secara tidak langsung. Elok siap keluar, ada seorang pakcik menunggu, maafkan kami pakcik. Lepas ni carilah masjid atau tumpang bersolat rumah yang disinggahi, kelam kabut dibuatnya jika ada orang menunggu. Rumah seterusnya rumah sepupu tuan asben, Zepi dan Lau. Dia hendak ke rumah kami, kami jalan dahulu maka kami ke rumahnya.

Kali pertama sampai di rumah Zepi di Batangkali, jauh  perjalanannya mendaki bukit rasa macam naik Genting Highland. Kami disambut makLong dengan senyuman. Lau sibuk di dapur, aku meregang badan. Selesa sangat rumah Zepi ni, hahaaa. Ikut dan aku ja. Rupanya tuan asben pun ikut meregang badan sekali, sampai diketawakan makLong. Lau menggoreng yee mee, baunya semerbak ruang. Aku pula sudah teramat kenyang, akhirnya menjamah juga setelah dipaksa makan. 

Aku sengaja menunggu lepas Asar untuk keluar dari rumah Zepi, tambahan hujan mula turun. Okey, aku solat Asar dahulu kerana tuan asben akan ke rumah teman lamanya lagi seorang, tuan Nasrul yang satu batch dengan tuan Ezri tadi. Tidak bergambar, kerana masing-masing meredah hujan masuk kereta. Dengan anak Zepi nak main hujan, chotic jap.

Kami ke Selayang dan aku berharap ini rumah terakhir untuk hari ini, ku keletihan. Disambut tuan Nasrul bergaduh dengan pintu pagar automatik rumahnya, hahaaa. Kalau boleh nak parking dalam pagar kerana hujan lebat namun tidak muat. Aku jumpa puan Ummi, pun sama-sama temanku seperti puan Ziha tadi, kitorang memang rapat waktu dahulu kerana kerap jumpa di majlis-majlis keramaian para suami. Baru dua tahun tidak berjumpa, dia menambah ahli baru lagi, lah! anak ke enamnya, berderet. Seronok berborak, sambil menjamah macaroni goreng. 

hampir nak serupa. masing-masing menua.

weols je yang macam dak sekolah. pipiku simpan macaroni, sampai kena gelak dengan Nurin, anak mereka sebaya dengan Auni. Tak menyempat dia nak ambil gambar kita pun.

Kami terus pulang ke rumah sebaik sahaja selesai beraya dengan tuan Nasrul dan puan Ummi. Ahad, hari untuk tuan suami pulang ke tempat kerjanya pula, huuu. Manakala, as a housemom kita bakal bersilat dengan normal routine, back to normal time. Semoga semuanya baik-baik sahaja, alhamdulillah. Sambung mendobi yang entah masuk hari keberapa, banyak betul. Sampai jumpa lagi, terima kasih kerana sudi membaca sehingga tamat, sama-sama kita raikan perbezaan Aidilfitri. 

Wednesday, 9 April 2025

Aidilfitri 5: Hari libur.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Libur? aku ikut terpempan membaca group wA keluarga besar tuan asben ni. Mereka hendak serang rumah kami, sabar-sabar dapur tu memang kosong tiada apa langsung. Terus aku mengajak tuan asben teman pergi beli barang dapur. Bila lagi nak dating kan? eheh! Tuan asben bawa ke Rosyam Mart, haaa ini ialah kali pertama aku bershopping barang dapur di Rosyam Mart. Aku lebih suka pasaraya SC (pasaraya biasa aku beli barang dapur) daripada Rosyam Mart, that's all. 

Cuma dari segi harga, Rosyam Mart jauh lebih murah. Tuan asben bawa juga ke kedai jajan viral, namun tiada apa yang beli kerana pekerja masih sibuk menyusun jajan di atas rak. Aku mengajaknya masuk kedai coklat bersebelahan, aku teringin benar nak makan coklat viral Tofiluk. Meh cari sekiranya ada. Bila dah peluk sekotak Tofiluk, tuan asben pula offer coklat/jajan lain. Eh? aku bukan apa, aku seram tengok harganya, memang tiada yang RM1 atau RM2, kebanyakannya atas RM10. Pening!

Balik sahaja beli barang dapur, aku bersilat membasuh tiga ekor ayam, dengan baju siap basuh berbakul tidak berjemur, mata aku jadi semak, aku suruh Auni jemur baju, Arrizqi mop lantai, Adli kemas di garaj dengan tuan asben. Selesai Auni jemur baju, dia kena mengupas bawang, kemas meja, keluar segala periuk belanga, mangkuk, cawan. Susun biskut dalam balangraya sedangkan aku fokus masak. Menu hari ini ialah bihun sup aci redah sahaja.

mama tanya, bihun sup siapa yang makan? siapa yang datang? dia ghisau betul anak pempuan dia, jika tetamu nak datang rumah, hiii. aku masuk dapur lepas nikah ye. aku memang tak pandai memasak, lagi-lagi banyak bahagiannya.

Selesai solat Jumaat, pakLan hanya ditemani anak-anaknya sampai dahulu, terkagum melihat rak buku tuan asben. Tidak habis persoalannya yang di jawab tuan asben satu persatu. Tidak lama kemudian mak Itam juga ditemani anak-anaknya pula sampai sebelum hujan turun dengan sangat lebat. Alhamdulillah, berulang-ulang mereka menjamu bihun sup air tangan orang yang tidak biasa masak bebanyak, huuuu!

nampak payung pakLan sahaja,

Husna, mak Itam, tuan asben dan Amin.

nampak kereta pakLan saja.

Hujan turun dengan sangat lebat, tidak sempat untuk aku mengambil gambar pakLan yang sudah berlari ke kereta. Mereka hendak ke rumah abang iparku di Rawang. MakUder yang merancang hendak ke rumahku juga sudah bergerak keluar dari rumah abang ipar. Tidak lama kereta pakLan dan makItam pergian, team makUder pula sampai. Sedang enak menjamu selera dengan guruh berdentum bagai, sebuah kereta muncul dihadapan pagar rumahku. Eh?

family makUder dan family abang ipar, Bob-Fiza.

Abang iparku datang sini, bukankah pakLan dan makItam ke rumah kamu? hah! pandai-pandailah. Aku setelkan rumahku sahaja, hahaa! misscomunication. Mereka berangkat pulang selepas Asar, melihatkan hujan juga sudah sedikit reda. Alhamdulillah, bihun sup ku habis semuanya. Terima kasih datang ke rumahku.

Yang aku cari-cari: RM28.80, sekelip mata lenyap. Sedap amat.

Yang dibelanja tuan asben: mahal nyah! takut tengok reganya RM49.90, pitam.

"ni coklat kunafa!" tuan asben nampak sewaktu hendak ke kaunter bayaran.
"mahalnyaaa" aku belek harga ada dua kotak berlainan saiz. Kecil sedikit RM29 something.
"ambillah satu, yang besar" aku terbayang yang di rumah, pun suka juga coklat ni tapiii ergh.
"kecik je la, mahal sangat" Syasya berbasa-basi. Aku kan dah dapat Tofiluk.
"ambil yang besar, abi belanja!" okey dah jangan buat tawaran lagi, aku ambil terus ke kaunter dengan senyuman sampai telinga. Dalam kereta juga aku buka Tofiluk makan berkongsi dengan tuan asben. Kita bikin romantik, argh tiberrrr!

Okey next chapter: sambung beraya. Daaaa!

Tuesday, 8 April 2025

Aidilfitri 4: Dari Johor ke Selangor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Gerak pagi drag lepas Dhuha baru naik lebuhraya, outfit kita? ingat recycle semalam punya, tapi cam nak juga tema tanah. Selesai bermaafan dengan mamapapa kami bertolak pulang balik ke rumah sendiri, rindunya dengan rumah. Bila sudah bertolak pagi, jangkaan sampai waktu Zohor, tuan asben ajak menziarahi rumah pakciknya, pakLan di Rimbayu.

Tuan asben memang rajin berjalan menziarahi pakcik makcik sepupu dan teman-temannya selagi dia masih ada masa, lagi pula secara tidak langsung membawa isterinya kena angin luar rumah, jalan-jalan. Sampai rumah pakLan, ada dua lagi keluarga pakcik yang rupanya sedang menunggu kehadiran kami. PakLang dan PakTeh bersama anak menantu masing-masing. 
"pergi makan Syasya, kami dah nak gerak rumah makLong. Kami tunggu korang la ni". Kata makLang sebaik aku bersalaman dengannya. 
"pergi makan dulu, laki dengan anak ko semua dah ambil pinggan tu". Aku bangun ke meja buffet apabila nampak tuan asben sedang memilih menunya.
"makan, nanti kita ikut dorang beraya". tuan asben kembali duduk berborak dengan tiga orang pakciknya. Aku kembali mencari anak-anakku. Sambil makan kena interview, adeh! bila mak dengan anak nampak sebaya. Menu siklemak mak usu sangat sedap.

Hikmah rumah besar. Perempuan solat dalam bilik, privacy. Sibuk nak bela awning tudung.

Biasalah jika sudah huruhara, ramai pula penghuninya maka daripada lepas makan tadi boleh drag ke lepas Zohor, ahaaa Zohor lah dulu apabila pakLan sudah membentang sejadah di ruang tamu rumahnya. Ngajak berjemaah. Keluarga pakLang jalan dulu, diikuti keluarga pakTeh. Tuan asben follow pakLan, menuju Gombak rumah makLong. Kami sampai dahulu di rumah makLong.

Aku dah jumpa makLong dirumah abah pada 1 Syawal tempohari, cuma rumah makLong ni memang menjadi rutin wajib setiap kali balik dari Johor. Havoc sampai tak ingat nak bergambar. Menu kesukaan aku by makLong, lontong. Mula aku berkongsi dengan Adli, diakhiri dengan makan juga satu mangkuk penuh sayur, ahah!

Destinasi terakhir, rumah pakLang, Selayang. Bagi merehatkan perut, aku mengunyah seketui dua biskut raya buatan tangan makLang. MakLang dah canang biskut rayanya, maka kena makan. Lepas itu aku menghilang bersolat Asar, bertemankan makTeh. MakLang masih lagi tidak puas hati, berkali-kali dia mengajak aku makan, iya aku bangun juga mendengar menu makLang, lempeng kelapa. Alaaa nak ambil dua keping, perut aku penuh total. Aku makan lempeng kelapa dengan kari ayam pedas makLang, sampai bercawan-cawan aku minum air.

Hampir nak mirip tema rumah pakLang (berbaju melayu kuning), haih!

"kita balik rumah kan? dah takde beraya mana-mana lagi kan?" tanyaku pada tuan asben.
"iya, dah nak maghrib ni, esok kita rest." jawab tuan asben dan kami pulang ke rumah, home sweet home, yeay! Alhamdulillah, selesai sesi ziarah menziarahi untuk Syawal hari ke empat.

Esok kita rest, rest ke? tunggu...............

Aidilfitri 3 : Satu rumah saja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi Rabu yang sedikit tenang, hujan menyejuk bumi. Sesi menyelongkar bagasi mencari outfit senada. Again!!! hari ini bertema warna alam, semoga tidak sama dengan mana-mana dinding hendaknya. Program kita hari ini? ikut tok papa menziarahi kakaknya di Kota Tinggi, let's go. Macam biasa, emak siap awal menjadi terakhir keluar rumah, entah apa-apa. Walhal anak-anak sudah besar semuanya, nasib situ. 

Ok cun, tak sama dinding. 

Ali kata rumah tok Inin, dulu tok Inin ni makcik saudara terpaling berdekatan sekali, aku dan adik pernah ulangalik sekolah dari rumahnya sewaktu mama terlantar di hospital, masa getir tu tok papa cuci kasut aku dalam mesin basuh, sejak pada itu aku basuh kasut dalam mesin basuh, muahahaha! kenangan.

Aku bertemu juga dengan sepupu terpaling dekat antara adik beradiknya yang lain, Eddy. Duda anak satu, kitorang sama je rupa dan saiz masa kecil dahulu dan dewasa. Kata tok Inin, aku yang paling macam budak-budak, tidak berubah. Ergh sudah!

Balik sahaja rumah tok Inin sudah merangkak ke Zohor dan lapar, singgah mentapau ayam goreng bawa balik ke rumah, selesa sedikit makan bersama-sama.

Penuh meja tokmamapapa.

Bila masing-masing menua, rumah adalah syurga apatah lagi bila semua ahli keluarga kumpul bersama. Jika keluar ke mana-mana sekalipun, semuanya bagaikan tidak sabar hendak pulang ke rumah, hendak landing time depan tv sambil beraktiviti dengan keluarga. Adik dan keluarganya pulang ke rumah sendiri usai solat Isyak. Aku kembali mengemas bagasi untuk pulang ke Selangor pada hari Khamis sebagaimana persetujuan. Sekian hari ke-tiga Syawal.