Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kita campak belakang sekejap tau, gambar je ni simpan buat kenangan.
 |
Sabtu 22 Mac, hadir mesyuarat PIBG SMK daktiga. |
 |
Bawa balik goodies dan hadiah cabutan bertuah. |
 |
Petang Sabtu, layan cari baju raya tuan asben dan daktiga, aku malas nak milih baju raya sendiri. Pakai apa yang ada je kekdahnya. |
 |
Menu yang kurasa meriah, walaupun tidak berapa menjadi janji ada rupa. Habis juga nasi seperiuk. |
 |
Setelah berhari-hari Ramadhan mencari donat, akhirnya buat sendiri juga. Habis licin sampai tidak sempat nak berbahagi dengan jiran. |
 |
Di minta si Adli, apabila kakaknya keluar berbuka bersama kawan-kawan sekelasnya di luar. Jenuh emak nak membungkus, sudahnya letak je lah atas nasi janji looksalike. |
 |
Sesi mengemas dapur, bersih berkilat aku kerjakan. "Kenapa lapang sangat dapur tu? macam baru pindah rumah". Kata Adli. Aku rasa semak dengan wallpaper bagai, jadi aku nekad buang semua dan lap sahaja. Tuan asben ucap terima kasih.
|
 |
Sempat membeli baju untuk meja makan. Lawaw you! Shopee rm17. Sudah malas hendak ke kedai lagi. Masa untuk mengemas bagasi. |
 |
Jiran berbangsa cina belum pernah gagal berbahagi rasa kemeriahan Aidilfitri. Setiap tahun akan dapat hamper daripadanya. Tokey lori sampah kitarsemula. Eh, panggil apa lori yang biasanya angkut sampah besar-besar tu? haaa tu la namanya (malas nak Google).
|
 |
Gambar terakhir hari terakhir persekolahan. Dengan daktiga bawa balik 7 tupperware berisi kurma sumbangan dari pihak sekolah. Sekian cerita langsam bulan Ramadhan 2025. Nanti kita sambung blogwalk okey. Sudah back to normal routine ni, leh cucun-cucun masa sikit.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. LOVE! |
6 comments:
Selamat hari raya cha!!! Bestnya jiran cina bg hamper utk raya
selamat hari raya Cha...
alhamdulillah, kita yang raya, kita dapat hamper...
lori besar yang Roro tu ke? kikiki
eid mubarak to u and ur family!
Selamat Hari Raya kakMim. Begitulah setiap tahun, sampai naik segan. Kadang weols bagi goodies juga pada jejiran.
Selamat Hari Raya Linda.
haaa betul la tu, memang panggil roro ye? ihiks...
Salam Aidilfitri untuk MZ dan seluruh keluarga juga.
Post a Comment