Tuesday, 22 April 2025

Aidilfitri 21: Medan Perang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Awal-awal lagi Adli sudah khabarkan kawan-kawan sekelas hendak datang beraya. 
"Eh, korang hendak lepak-lepak je kan? nak main game je kan? Saja-saja je kan?" Aku bersenda. 
"Ala umie, buatlah macam masa kawan umie datang hari tu, umie buat nasi goreng je. Buat banyak-banyak!" gitulah gaya pemujukan si Adli sementara si Auni.
"umie, Fara nak chicken wrap." wah-wah-wah korang ingat saya ni masterchef? ingat kedai makan ke, permintaan begitu sahaja?. Aku pun berfikir panjang, apalah sangat masak sedikit untuk merai teman daktiga. Bukan nasi goreng, bukan juga chicken wrap. Setelah membuat bermuafakatan kita bersetuju untuk membuka rumah pada petang Ahad lepas.

Aku berperang dengan dapur bermula jam 11.00 pagi memandangkan semua bahan telah ku beli sebelum hari kejadian. Mudah. Masak ni mudah bila bahan semua dah ada. Spaghetti bolognese seperiuk besar dan buah-buahan sahaja. Hampir sepuluh orang datang, rata-ratanya melebihi ketinggian aku sendiri, tenggelam makNyah!!! borak genZ memang tidak satu ku fahami. Selepas makan, mereka sambung menyembang sebelum salah seorangnya terjumpa senapang plastik milik tuan asben yang tersorok.

Lengkap dengan pelurunya sekali, Adli pula mengajar cara menggunakannya. Senapang plastik tu kami gunakan untuk halau anjing atau pun kucing liar yang bergaduh di luar pagar. Daripada tembak-menembak dalam rumah membawa ke luar rumah, aku kembali ke dapur apabila mendapati spaghetti bolognese habis licin dengan kuah-kuahnya sekali sedangkan teman-teman si Auni belum sampai. 

Mendengar teman Auni akan sampai, mereka meminta diri untuk beraya ke rumah seorang lagi teman Adli, Thaqif yang berdekatan. Berterima kasih atas sedapnya spaghetti bolognese air tangan emak Adli, ahah! Riuhnya suara, bujang-bujang belaka. Ada yang bermotosikal, ada yang dihantar ibubapa, ada yang berbasikal, ada juga yang berjalan kaki. Anakku sudah besar. Ku nasihatkan sama sahaja, jangan lupa datang sekolah esok hari kerana ada yang terus ke perlawanan bola sepak selepas Asar nanti. terima kasih Harraz, Akif, Azim, Daniel, Pa'an, Thaqif, Ryan, Syafiq, Asfar, Najmi dan Aidil. 


makan kena take turn.

Tenang seketika aku kembali ke dapur untuk menu seterusnya, mi goreng. Berikutan speghetti bolognese lakukeras habis licin. Intan dengan Farah sampai dahulu dan kemudian mereka menghilang ke rumah Iman Alisya. Lah! Kembali semula dengan Iman Alisya aku sudah siap menggoreng mi sekuali. Rezeki anak-anak, ada rezeki lain nanti kita buat chicken wrap okey.

Mereka juga sudah sama tinggi, walaupun tidak seramai teman Adli tadi namun empat orang sudah terasa riuh. Farah menghiburkan suasana, aku hanya menyambung tugasan membuat poster Sains untuk Arrizqi sesekali menjadi penyibuk mengusik si Fara. Menjadi dua kali lebih riuh apabila Icha sampai, dengan perangai randomnya, aku menanyakan soalan-soalan berkaitan kelas sahaja. Berkongsi apa yang perlu, mereka semuanya berlainan kelas kecuali Intan dan Auni dalam kelas sama cuma berlainan aliran. Habis bermain kad UNO mereka bermain congkak pula. Intan tetap dengan Kdramanya. 

Semua tinggi.

Semua boleh in dengan aku, mereka layan aku macam kakak senior sekolah, hahaaa. Approved! Menjelang sebelum maghrib mereka beransur pulang, ada rezeki nanti kita berkumpul lagi okey. Terima kasih datang Farah, Intan, Iman dan Icha. Juga datang terkemudian kawan Adli adik Iman, Riyad dan Haras. Terima kasih semuanya. 

Aku masuk tidur awal sebaik sahaja menyiapkan separuh tugasan. Menua ni tidak boleh terlalu kepenatan, ada yang jalan tidak jejak tanah keesokkan hari nanti. Alhamdulillah, semuanya berjalan mengikut perancangan. 

"carilah kawan yang sama-sama makan secara normal, bukan kawan yang makan kawan- toksik"

16 comments:

Suria Amanda said...

Alhamdulillah Umi melayan kehendak daktiga..hehehe...mesti best ni umi masak sampai habis kan....Umi x nak ajak aunty SA ke..ehhhh...hahahaha

Mama Zharfan said...

alhamdulillah,memang menu kegemaran anak2 la spageti dan mee goreng tu!

adnil linda said...

Alhamdulillah... Rezeki anak2...

Bola Katok said...

Rezeki jangan ditolak. Suka budak-budak dapat beraya. 😁

Kakmim said...

sy mgu lepas student nk beraya ke rumah... anak² nak jugak jemput kawan diorang tp masing² pulak parents ada hal so sorg pun x dtg... so rumah penuh dgn student mak dan kwn mak je..ahaha

Time Traveller said...

Alhamdulillah ramai yg dtg memeriahkan suasana beraya di rumah.. menu kalau kena dgn budak2 tu mmg seronok la diorang makan... Salam Kenal yer..

ch@ said...

kakSA, nampak sangat umie ni jarang terima tetamu, keke. kakSA nak datang, datang je, kita memang tak buka untuk open house.

ch@ said...

MZ, budak-budak suka dgn menu simple kan? tahun lepas dorang dtg tiba-tiba, kita buat frenchtoast ja, habis licin.

ch@ said...

Linda, alhamdulillah.

ch@ said...

Bola Katok, semoga dorang gembira pakej duit raya sekali hari tu.

ch@ said...

kakMim, alhamdulillah. kawan anak-anak ni kadang emaknya kawan-kawan kita juga. pusing2 jumpa.

ch@ said...

Time Traveller, alhamdulillah.
Salam perkenalan.

Mulan said...

Tumpang seronok tengok anak2 dan kawan2 seronok datang beraya

ch@ said...

Mulan, teringin hendak buat rumah terbuka namun hasrat masih terperam dalam hati.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Ramai teman2 Adli yg datang yaaa 😄. Alhamdulillah mereka suka hasil masakan kakak. Memang sedap berarti 👍😍. Saya rasanya belum confident kalo nak masak sendiri buat ramai. Dah pasti ajak anak2 itu ke restoran yg ada 😅

ch@ said...

Fanny, itula. jika tidak dicuba, tidakkan tahu kebolehannya.