Tuesday, 2 September 2025

Ketagihan: Miniatur Scene Stickers.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah menunggu selama satu minggu, akhirnya sampai juga barang yang aku order, muahahaaa. 

Siyes, buat benda ni rasa buang masa, tapi aku healing dari segala kekusutan. Kau stay home je Syasya, apa yang serabut sangat tah! 

Biasalaaa... saya lekas emosiii.

Balik dari rumah pak mentua, bersusun parcel atas tembok, semua atas nama aku dan satu untuk tuan asben. Setel menghantar tuan asben dan adiknya balik ke maskas masing-masing, aku mula mengemas campak-campak sebab rasa teruja yang mendalam untuk buka semua parcel. Oooyeah!

Sebelum mula menampal, aku menjahit seluar yang tetas berlubang dan memasang zip kain lebih dahulu, hati memang berkobar-kobar hendak siapkan namun SAAABAAAR! Selesai sahaja menjahit tangan aku baling sahaja keduanya dalam bakul untuk dilipat esok hari. Selagi tidak dua bakul baju bersih, aku tidak akan lipat untuk susun dalam almari.

Sediakan tempat untuk projek, buka Netflix untuk marathon When Destiny Brings the Demon, aaaaaa Chen Fei Yu (jeeeeriiittt!!!) sambil mata penuh love dan air masak sebotol. Okey anak-anak don't disturb me!

Muahahaaa, yang coklat kanan sekali berbentuk buku nota ada 40 scene dalam tu.
Semua yang warna hijau sudah siap untuk dikoleksi, ada dua lain aku hendak bagi Qisya (anak Linda) nanti. Yang lain, aku nak siapkan esok-esok, wiii!

Kosong.

Ada 4 helai pelekatnya. Puaslaaah nak melekat.

Rujukan.

Siang ini, aku hendak siapkan yang paling besar, warna biru. Nampak macam senang, tapi susah juga ye, kena ada skill sebab tidak boleh tampal sebarang. Semua stiker perlu dilekat pada tempatnya kerana ia telah siap dibentuk dan muat-muat ukuran sahaja. Menyiapkan satu, perlu fokus juga rupanya. Quilling? ahahahaaa, nantila aku sambung. 

Salam 68 Kemerdekaan Malaysia dan salam September juga Salam MaulidurRasul.



"Happiness is not something ready-made. It comes from your own actions." — Dalai Lama

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ All praises are for Allah in every condition.



25 comments:

Roziah @ Cie said...

Duduk rumah pun ada masa stress jugak mengadap dinding & siling 😅

adnil linda said...

Memang healing² nie..lagi² kalau takde yang mengganggu

ES said...

Rara punya dah terlerai dari buku tu.. pastu tampal ikut dan dia ja.. penat mak dia ajar..🤦

Ana Jingga said...

minat masing-masing kan, nanti share naa hasilnya kak ana nak tengok Ch@ hehe :)

ch@ said...

Cie: tambahan lagi, daktiga sekolah semua. asben mmg PJJ, hrmmm dah la, kowang pandai2 la ye, hahaa~

ch@ said...

Linda: sangat ralit ye, sampai makan pun takmau. jika boleh takmau bangun dari kerusi.

ch@ said...

Pa'an: ahahahaaa, kena belikan yg mudah-mudah je dulu. okey juga tu, boleh mantapkan skill dia berfikir.

ch@ said...

kakAna: boleh sangat, cuma yg ni memang makan masa betul menyiapkannya.

Sueann said...

Rajin ni nak menampal satu2...saya pulak stress sticker tu if dapat dekat anak2 saya dia lekat merata...

ch@ said...

Sueann: killing time sambil menunggu anak2 bersiap hendak ke sekolah.

Suria Amanda said...

Ini kena focus betul2 ni...

ES said...

Itula.. aku tak tengok dulu pon..dari link yang kau beri tu terus ja tekan beli..

uncle gedek said...

Uncle pernah jumpa orang buat live kat TT menampal benda alah ni... leka la pulak

ch@ said...

kakSA: betul kak, frust juga bila dah siap tampal rupanya ada yg tertinggal belah dalam2nya, kena study dulu.

ch@ said...

uncle gedek: once da terjebak mmg sukar utk di pusing semula.

Kakmim said...

Astaga ini rupanya keja ko dakcha? Ahahaha... healing betul ni, kepuasan sgt bila dh siap nnt

ch@ said...

kakMim: hehe... best tau. betul-betul sengih sampai telinga bila dah siap.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kak, saya langsung cari di shoppee , trus beli jugaaa hahahahahah. Penasaran. Macam seruuuu memang. At least kalo kreatifitas yg harus membentuk sesuatu saya memang tak bisa. Tp kalo menyusun seperti ini sukaaa 😍😍

ch@ said...

Fanny: Yeay, berjaya menjebakkan kekawan, ajomlah kita. Kak menanti lagi 3pcs dlm perjalanan, muahaha!

Aphizha said...

Fuhhh..mencabar nak siapkan satu ni. Kita kalau dah suka, jangan ditanya kenapa kan. Adalah sebabnya. Lain orang lain dia punya minat. Kita raikan apa yang kita minat. That's all. Yang lain jangan banyak bunyik. hihi...

Mama Zharfan said...

yg penting happy!

ch@ said...

sisAphizha: Fizaaa... thank you so much! love sangat komen Fiza niii.

ch@ said...

Mama Zharfan: Happy is theraphy...! thank you love ~

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Kadang ni pun salah satu ke time ..me time kita dengan sticker ..

ch@ said...

CPL: some of my fren suka ketawakan, comelnya syasya main stiker. anak2 pun tak mains stiker, hihiii~