Aku menghantar hadiah ulangtahun untuk kakSue, sebagai balasan kakSue mengajak aku bermain boling tengah hari Jumaat atau bermain badminton sebelah malamnya. Syasya, bila cuti sekolah, dia sangat tidak rajin hendak memandu keluar rumah, beli barang runcit pun melalui Pandamart. Berguling di rumah adalah satu kenikmatan.
Belum sempat aku membalas wA kakSue, dia mengajak aku bersarapan pada waktu pagi, aku mencongak jam dan hari, ok onz. Dalam pada yang sama aku heret Linda sekali, kakSue cuba mengajak kakLynda. Pada waktu yang dijanjikan, semua orang setuju untuk hadir.
Tempat bertemu Warung Che Bunga, aku rasa kedai makan ini terpaling terkenal di Sungai Buloh, walaupun terkenal, pertemuan ini di warung ini merupakan kali kelima aku datang, kali pertama buat Linda. Walaupun hari-hari kita lalu lalang WCB ini kerana letaknya di laluan utama pergi balik sekolah namun, hendak duduk melepak santai dan makan adalah tidak sempat. Apatah lagi melihat suasananya yang sentiasa dikunjungi pelanggan.
Berdekatan sekolah, berdekatan juga dengan surau, berdekatan juga dengan deretan gerai menjual pelbagai makanan ringan dan aneka jenis minuman sejuk berhadapan dengan sekolah kebangsaan, tempat opis mak-mak nunggu anak balik sekolah. Eh, pokoknya semua adalah. Cuma pening hendak memilih saja.
Aku ambil Linda di rumahnya, terus ke Che Bunga, kakLynda dan kakSue sudah sampai. Bersalam dan bermesra seketika kita bangun beratur untuk memesan menu. Melihat papan tanda yang dipasang sekeliling warung, menjadikan aku bertukar menu beberapa kali sehingga akhirnya memilih nasi kerabu, hari ini rasa nak cuba lada solok, hrmmm... aku makan tidak habis solok dan nasi tu, sebab sambalnya pedas sangat dan inti solok tu manis.
![]() |
Geng tunggu anak balik sekolah batch terawal. Me, Linda, kakSue (belakang) & kakLynda (taking wefie) |
![]() |
Me dan Linda: Nasi Kerabu + Lemon Asam Boi ais. kakSue: sik lemak + teh 'o' ais kakLynda: nasi dagang + teh 'o'ais |
Selesai makan dan sesi curhat masing-masing, kakSue terus ke sekolah mengambil Fahim anaknya sebaya Auni yang sudah habis menjawab peperiksaan awal. Naik sekolah nanti Fahim perlu ke Pahang untuk training IT sebelum ke Korea, gitulah cerita kakSue. KakLynda pula terus pulang ke rumah, anaknya Zikri juga sebaya dengan Auni pernah satu sekolah tetapi kakLyn pindah sebaik sahaja mereka masuk darjah tiga. Linda? anaknya Qashreen satu kelas dengan Auni cuma dia di aliran Biologi, Auni di aliran Sains Komputer. Dia temankan aku untuk mengambil Creamer dan Vico di Klinik Zul Erwan, yang telah ku hantar semalamnya. Kita berpecah dan sekiranya ada rezeki, kita berjumpa semula nanti.
Selesai ambil anakkutip dua ekor tu, kita pergi ukur ntshop, saja cuci mata sebelum balik rumah. Balik rumah, suasana sunyi sahaja berikutan daktiga dengan aktiviti masing-masing. Aku ketepuan stok stiker sudah habis, huaaa....
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
No comments:
Post a Comment