Pengaruh rakan serumah punya pasal, mentanglah Nurul Fatehah suka dengan aktiviti hiking ni, eh dia ngajak-ngajak pula. Meh la kita try tengok sejauh mana boleh pergi, seawal 7am tayar Alza bergolek meninggalkan rumah, semua penghuni rumah perlu membabitkan diri, daktiga mengikut tanpa bantahan.
Singgah sebentar di stesen minyak cari sarapan pagi, sunyi je dalam kereta memasing berzikir dalam hati. Kita masuk ikut Bukit Gasing, parking bebas di sepanjang bahu jalan dan hanya berjalan kaki menuju pintu masuk Bukit Gasing, warm-up. Entah jam berapa dorang ni bertolak dari rumah, pasti lepas Subuh.
![]() |
| kemain lebar dia senyum. |
Dengan tidak warm-up nya, dengan tidak study struktur bukitnya, dengan main aci redah ikut orang hadapan sahaja, buat muka keyakinan penuh. Udah namanya mendaki, maka ada jalannya rata, ada jalannya bertangga, kejap tangganya rendah, kejap tangganya tinggi, kita kena prank ke cemana ni? tuan asben kata Bukit Gasing ni rendah ja~ lagi sekali rendah ja~ APA RENDAH??? untuk beginner macam hakak ni ini kategori tinggi, ini bukan sekadar briskwalk bagai dikata.
Part panjat tangga yang agak tinggi, aduh memang mengeluh di buatnya, habis semua batang pokok jadi tempat berpaut, lepas 3 batang pokok, bersandar tarik nafas. Terasa menuanyalah diriku ini. Dengan semangat daktiga dan dorongan tuan asben, akhirnyaaa sampai juga ke puncak selepas melalui jambatan gantung. Ikut je manusia yang berjemaah di hadapan, papan tanda pun ada.
Namun, kita ni pertama kali kebetulan malam sebelum tu tidak tidur sepanjang malam, stamina entah ke mana-mana, bekalan air pun sudah habis setengah tumbler. Capek. Selepas berehat beberapa ketika, ambil nafas dan bergerak turun apabila umat semakin ramai, matahari pun sudah naik atas kepala, angin tiada langsung di tengah hutan ni. Nama sahaja perjalanan turun namun tetaplah berbukit dan bertangga demi keselamatan sejagat. Badan mula beri isyarat tak mampu, muntah tiga kali end-up pitam juga, ahah~
Last moment in memory kaki jadi jelly, seru nama tuan asben 3 kali pastu hilang~ teeeeeeeeeeeettttt---------------------------. Sedar masa tuan asben angkat baringkan atas batu, walhal tinggal sikit je lagi hendak sampai pintu masuk Bukit Gasing, entahla. Ada orang bagi bauan peppermint, ada aunty bagi gegula saltpeppermint, ada orang suakan kipas, so sweet they are. Buka mata nampak Arrizqi dengan Adli di tepi, Auni di kepala belah kanan, tuan asben sebelah kiri tak bagi bangun dulu. Eh awat? bila masa aku pitam? aduh kena tahan dibahan la gamaknya, hahaaa~ benda tak dirancang, mana ku tahu.
![]() |
| nampak batu belakang tu? tu la tempat dapat perhatian lebih, ahahaha~ ngekla. |
![]() |
| jambatan gantung. |
Mujurlah daktiga ni bukan jenis suka berfoto video, jika tidak maunya viral situasi di situ, ahahahaaaa YA ALLAH segannya. Bila dah steady balik, sambung berjalan lagi. Tuan asben pun sudah diam je berjalan di belakang sambil mendorong kaki ini melangkah.
"lama sangat tak briskwalk, langkah je abi tolak dari belakang" tenaga tuan asben sangat banyak.
"umie depan ni tangga lagi, saya tunggu" Arrizqi bertanya khabar setiap kali jumpa tangga yang agak tinggi. Adli sudah pun berkaki ayam kerana kasutnya tidak sesuai untuk hiking. Kita semua memang tidak ready dengan situasi, tuan asben pun tidak briefing kan. Jadikan pengajaran dan pelajaran.
![]() |
| happy la, usaha tangga kejayaan kan? |
![]() |
| hakikatnyaaa~ baraiiiii. why me mak? why me? |
![]() |
| comrade. |
![]() |
| dah-dah jom balik. nak tido niii~ |
Akhirnya sampai juga di pintu masuk tadi, berpeluh satu badan, memang tidaklah hendak berperang dengan dapur makanya drive thru mekdi saja. Di rumah, Arrizqi menolong mengemas rumah dan basuh baju kotor, selesai mandi dan berehat kita cerita dengan Nurul Fatehah,
"akak, maaf saya tergelak. nak dengar akak cerita depan-depan" eee dia niiii~
"tapi memang kelakar pun, rasa eiiii maluuu~" Teha kata takpe je, nanti kita daki bukit yang rendah-rendah dulu. Dia nak panjat Gunung Dato, pun masih lagi berfikir. Gunung Dato tu lagi mencanak tingginya. Apapun alhamdulillah dapat pengalaman pertama. Grounding dengan alam. Kena banyak belajar lagi dengan mereka-mereka yang biasa mendaki, nanti nak join Mazni tapi dia dah pro. Help~
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.











