Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sedang asyik dengan quilling frame ke empat dapat wA daripada kak Hamidah "alhamdulillah nombor pertama kali ni" diikuti dengan Linda "kita nombor dua kelas Qhaseh dulu" eh jap, kita tau teammak nunggu anak ni memang selalu terpaling awal tapi ni terlalu awal benar. Apalagi, bergegas kita bersiap dan ke sekolah. Memang sengaja tidak merancang dengan mereka, konon hendak pergi sendiri-sendiri. Mereka sebolehnya harus awal kerana perlu menunggu anak-anak yang bersekolah agama pulang.
Letak kereta ngam-ngam berhadapan pintu masuk pagar sekolah dan berjalan mendaki bukit. Para pelajar sedang berehat, lekas sahaja mencari kelas Adli lebih dahulu kerana terletak yang paling tinggi, aras tiga. Kali ini tidak marathon dan tidak pula berjumpa dengan makguard skema seperti tahun lepas, hari ini memang hari untuk daktiga maka kita tenang-tenang sahaja. Setelah naik tangga demi tangga, berjalan kelas ke kelas berselisih dengan kakAlifah anaknya Fatin sebaya Adli berlainan kelas.
"saya ingat cikgu baru tadi" sapanya sambil menyambut salam yang kuhulur.
"ish, awal akak sampai ye" dia baru hendak duduk menunggu dan kita terus ke kelas Adli. Mengah pasal paling tinggi sekali.
Emak giliran yang ke-empat, so far so good. Borak ringkas-ringkas sahaja dan keputusan Adli tiada subjek gagal. Biarpun satu sahaja A nya, namun okey memang dia score almost D and B some C. Lepas kelas Adli turun ke kelas Auni yang berada di bangunan sama aras 2. Eh? berjumpa dengan Nurul dan Linda tanpa rancangan, haaahaaa~ rancak berborak tidak rasa masa berlalu pergi. Linda dahulu, diikuti Nurul and me.
"mak siapa ni, mudaaa ja" sapa Puan Beh, setiap kali jumpa mestila dia cakap mak muda, hahaaa~ result pre-percubaan 3A not bad, so far u can do it rite? namun subjek Sainsnya, nowwwh dia bagi 3G gak gais, Kimia, Fizik & Add Math. Mak borek anak rintik namanya ni. Others is B. Nice boleh diusahakan lagi untuk lebih baik. Thank you korang.
Balik ke kereta macam sailormoon, berjalan dengan Auni dan Adlli seperti pengaruh rakan sebaya. Ditegur kak Zawiyah teman zumba dahulu, "Assalamualaikum ustazah" sapanya, sempat ku hulur salam dan bertanya khabar, dia sedang mencari parking. Tempat kereta kami dah terlepas. Kami singgah beli nasi ayam, menu tunjuk ja. Sedang menunggu, terasa disentuh seseorang.
"ingat akak lagi tak? akak bawa crv warna putih" ini kejutan, jarang ye orang menegurku begini. Aku perhatikan dirinya, mata ku kecilkan dan "kak Amiiinah" jawabku menghulur tangan bersalam, kami berbual seketika di situ. Lembut sangat kakak ni, inspirasi sangat, anaknya pandai-pandai. Aku berkenalan dengannya sebelum covid lagi, sebab dia bagi baju anak-anaknya satu beg penuh.
Petang lepas Jumaat seawal jam 2pm, emak dah berada di sekolah. Kak Hamidah punca, dia sampai dahulu laju betul. Bangunan sama lagi aras sama dengan Adli kelas paling depan sekali, atas kelas Auni. Emak orang pertama.
Arrizqi baru naik ke kelas waktu emak menunggu, senyum manis malu-malu kucing bila berselisih dan MissHue sampai selepas semua pelajarnya masuk ke kelas. Result Arrizqi, konker semua B, subjek Sejarah je sipi-sipi nak G. Ngeri juga ni.
"umie, saya baru masuk kelas 10minit dah balik, thank you umie datang awal" dan weols terus balik rumah, sambil berkira apa hendak di masak. Reringkas je la. Sekian cerita hari Kad Laporan daktiga.
![]() |
| Me, Nurul anak form 2 & form 5 Me, Linda anak form 3 & form 5 Me, kakHamidah anak form 2 Me, Fajjida anak form 2 |
For me, memanglah berharap semua hendak A namun bila melihatkan kemampuan memasing, yang lebih panjang auta banding panjang akalnya, asalkan tidak melampau kecorotannya, it's okey for me. Emak pun bukan dari golongan all straight A.
Malam yang sama, tersebar berita pelajar tingkatan empat meninggal dunia jatuh bangunan, dua hari lepas tu baru group sekolah riuh, rupanya anak kawan sekolah, kawan satu kelas, kenal rapat. Antara percaya dan tidak sahaja, namun "kun fayakun". Ujian setiap orang beriman tidak sama, ujian tetap ujian. Kena terima. Salam takziah untuk Norin Asni dan keluarga, semoga diberi ketabahan dan kekuatan atas kehilangan anak tersayang. Sayu, namun itu suratannya. Norin minta doakan untuk anaknya dan memberitahu supaya abaikan kecaman dan fitnah netizen yang tersebar terhadap suaminya, siasatan masih dijalankan. Doakan yang baik-baik okey, dorang semua keluarga yang baik-baik.
Kejadian: Ulangtahun kakRetna 19.6.2026 (Jumaat).
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

No comments:
Post a Comment