Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Friday, 3 May 2013

Rumah buku.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hati meronta-ronta hendak mengemas rak buku abi, argh! cerita bab ni lagi. Selagi tiada kesudahan, ok ni part last la kiranya. Habis mikir setelah memberanikan diri bertanya abi, apa yang dia hendak buat dengan rak buku setelah dibersihkan anai-anainya. Satu, buang je beli almari baru. Dua, aku hendak ubahsuai kedudukannya biar stabil sebab, kaki bawah sudah pun patah.

Confirm rebah jika aku sesuka hati mengalih lagi kedudukannya, percayalah memang aku tolak rak tu dengan isinya sekali, hahaaa. Tidak rajin hendak munggah isinya. Dan, oleh kerana satu bagaikan hendak rebah, satu lagi memang sudah berpaling tadah sebab dijangkiti anai-anai makanya, akulah yang mengerjakan sehingga ketitisan akhir.

Punggah, punggah semuanya sehingga dua rak benar-benar kosong. Kosong. Ok, kasi bersih, kikis segala habuk, lap kesemuanya, buang sarang anai-anai yang tertinggal, rapikan sehabis daya, pastikan tiada sisa kekotoran. Dan, gagah aku baringkan rak yang pertama, rak bekas dijangkiti anai-anai, diikuti angkat rak kedua, sudah patah kaki naik keatasnya, cun dan rapatkan ke dinding. Wassapp gambar kedudukan terbaru kepada abi.

" Jangan rapat sangat dengan dinding ", pesannya. Ok, tarik ke hadapan sedikit berjauhan dengan dinding. Goyang-goyang, kasi rasa kukuh. Rapikan dengan kesesuaian dinding. Wow!

Saat paling mencabar tiba, menyusun semula komik abi yang bertempiaran. Satu lot-satu siri komik, phew! banyaknyaaa... Arrizqi menangis, Adli dan Auni bergaduh, biarkan-biarkan. Susun sampai habis. Sampai hati rasa puas. Bila sudah siap, satu hal lagi. Rak novel aku pula. Satu rendah, satu tinggi tiada keseimbangan dengan kedudukan rak abi. Haish! Punggah lagi sekali.

Buka pintu, bagi peluang Auni dan Adli bermain di luar, jadi tidakla mengganggu menumpuan aku untuk terus menyusun. Arrizqi, aku dudukkan dalam car-seat, dan berinya biskut setin. Aku kena buat sehingga selesai. 

Rak pertama dan kedua, maintain. Rak ketiga naik atas dan baringkan. Susunan novel, kekal sebagaimana lama mengikut nama penulis. Majalah kekal asal. Alatulis, tukar tempat di atas rak buku abi. Susun-susun-susun. Akhirnya, lap peluh-lap peluh. Phew!

Betapa tunggang langgangnya. Lihatlah rak itu sudah baring dan menindih sesama sendiri. Gigih tau.

Sedaya upaya daripada berdiri tinggi, kini membaring pula, hahaa. Padan muka kau rak. Tidak dapat yang baru, engkaula yang aku kijakan.

Tepuk tangan-tepuk tangan. Gigih mak susun satu lot-satu siri komik. Ada lagi tu, dalam bilik tidur, dalam bilik air tingkat atas, malas nak kutip, mak bukan pengawas perpustakaan.

Yeah, novel kesayangan aku. Daripada tegak meninggi kini, rendah melebar. Comey-comey.

 Bagus juga baringkan rak ni, boleh letak buku lagi di tingkat atas sekali, pantang ada ruang, hahaa. VCD drama Korea kegemaran. Interframe.

So, berharap agar bertahan daripada askar bertiga ni. Maklum sajalah kalau sudah berbaris depan rak tu, mau tak pengsan emak. Mata aku sudah lega sekarang. Lekas sahaja wassapp gambar kepada abi, jawapan dia...

" Okla tu, cantik " huaaa...rasa melambung-lambung, kembang sana-sini kena puji. [orang jarang kena puji] hahaa. Aku tidak pasti abi perasan atau tidak, baju dia sudah aku susun ikut warna, muahahaa. Pengaruh drama Korea tidak sudah. 

Dapur banjir kerana peti ais pun aku tidak peduli sudah kerana mata asyik sangat dengan ubahsuai kedudukan almari komik milik abi ni, hahaa. Pandang-pandang-pandang.

Nota hijau: Sebelum ni susun bertahan sampai abi yang selongkar buru anai-anai, kali ini ada askar baru masuk training, tidak tahu la berapa lama boleh tahan. Hohooo. 

Sunday, 28 April 2013

Berhimpit-himpitan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Buat masa ini sebiji almari novel aku terpaksa dikorbankan untuk meletak komik abi, gara-gara sebiji almari komik telah dikuarantinkan. Almari kedua komik abi pun bagaikan sudah berjangkit dengan kehidupan anai-anai sebagaimana almari pertama. Waaaaaa...

Aku sentiasa berpada-pada dan berusaha untuk menjauhkan almari novel aku dengan almari komik abi. Aku tidak rela mereka memakan koleksi kesayangan dan kesukaan aku pada masa lapang ini. Tiiidaaak.

Sebelum ini.

Yang tinggal hanya dua rak tiga tingkat. Sempit.

Aku menyusun mengikut penulis buku secara membaring.

 Zaman ke'best'an. Bilala hendak dapat yang baru ni. Ahahaha...

Nota hijau: Belum nampak bayangan untuk pergi ke PBAKL 2013. Maaakkk...nak pergi.

Tuesday, 11 December 2012

Yeay, ada geng!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Confirm umi tidak boleh marah, kalau umi marah cakapla Adli yang buat-dalam hati Auni. Emak buruk sangkakah? tidak-tidak, itu memang naluri seorang emak, apatah lagi aku juga seorang anak sulong. Alasan untuk menyalahkan adik memang idea bernas untuk mengelak diri daripada kena marah. But, still kena marah juga. Anak sulong selalu aja kena tibai dengan penyangkut baju, pembaris kayu, rotan bila adik menangis walaupun kekadang tidak ada kena mengena langsung. Huhuuu.

But menjadi anak sulong adalah yang terbaik. Ye ke? hahaaa... tah.

Inilah part yang aku malas bila tiba masa mengemas, punyala gigih memunggah keluar daripada kotak masa sarat hari tu, susun ikut giliran, ikut tajuk, ikut saiz. Dapat pada maklong dan pakngah ni, habis. Kenduri.

Idea abi letak rak buku di ruang tamu, ikutkan hati aku hari tu, hendak letak di ruang lagi satu. Bawah tangga ni untuk bersantai-santai belum sempat idea di utarakan, rak buku sudah sedia tegak berdiri, hendak menanti dia balik daripada utara lambat sangat, jadi susun je la rimas tengok kotak-kotak bersepah di porch kereta.

Awal-awal hari tu tidakla masing-masing perasan rak buku ni, tapi sejak dua menjak sudah menjadi tempat favourite aku dengan Arrizqi, makanya menjadi juga tempat mainan kakak dan abang, bila sudah bosan tangan pun menggedik mengganggu si buku-buku yang sedia tersusun. Saja tau bagi emak kerja.

Rak novel aku, terletak elok sebelah rak komik abi, bagaikan ada naluri tidak sedap hati apabila dua pasang tangan ini hendak menyentuh novel-novel tersebut. Belum sempat dorang turunkan, aku sudah sedia terpacak bercekak pinggang di pintu dapur. Macam hendak tercabut biji mata memerhati. Kebiasaannya Adli yang akan menikus lebih dahulu, dia akan diam dan buat helah lain. Muka jangan dikatala, memang comel gila. 

So, bila Auni buat keras emak pun keluar suara keras. Alaaa suara emak ni, bukan dia takut pun. Cepat je dia bersuara 'Adlila yang buat!' ewah-ewah, walhal memang sudah terang lagi nyata dia yang mengajar adik depan-depan mata aku semasa aku bercekak pinggang tadi. Jadi, dia hanya turunkan buku abi sahaja.

Mula sudah.

 Meriahnya...

Cara mudah untuk aku suruh dia mengemas semula, pegang kunci grill. Buka pintu untuk main di luar rumah, haaa sebelum keluar tu harusla mengemas segalanya. Susunla macam manapun janji naik atas rak dan mainan masuk dalam kotak. Adli akan ikut mengemas bila kakak mengemas. Upahnya, main di luar.

Bagusnya bila aku offer dorang main di luar, dorang main berdua tergelak-gelak, jatuh, berlari, satu part dah letih dorang masuk sendiri, landing. Auni akan buat permintaan hendak mandi sebab 'poluh-poluh' katanya. Auni juga tahu istilah sejukkan badan selepas bermain sebelum masuk besen untuk mandi pula. Hiii...jadual petang.

Seronoknya bila tengok dia berpakat dengan Adli, tidak seronoknya bila dia dengki dengan Adli. Itu kalu emak pun naik hantu.

Bakal mewarisi. Habisla emak.

Nota hijau: Esok lusa, tambah lagi seorang. Pergh!

Thursday, 10 May 2012

Penulis kegemaran saya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selain warna hijau dan tupperware kegemaran lain ialah novel. Sekali susun di rak, sudah tidak muat daaa. Bila aku membacanya? hahaaa. Bila-bila je, dalam kereta, tunggu lauk masak, sebelum tidur, time break di opis. Selagi ada kesempatan.

Kadang-kadang siap tidur jam 2-3pagi untuk membacanya. Kan bagus kalau kau baca Al-Quran Syasya. Hehe. Hendak baca satu muka surat lepas solat pun selalu failed. Isk, kena buat perubahan ni. Kan ke Al-Quran tu tidak pernah habis ceritanya jika dikaji. Hrmmm, betul-betul.


Akhirnya, setelah aku terskip beli dwi-trilogi abang Ramlee Awang Murshid, Bagaikan Puteri akhirnya aku dapat juga melengkapkan satu naskhah yang tertinggal. Terima kasih kepada bonda QWP yang sudi mencarikannya untuk aku. Terima kasih juga kepada suaminya yang bersusah payah mencari untuk aku. Terima kasih juga kerana pernah menemukan aku dengan penulis buku ini sendiri. Heheheee.

Ya, aku akan ulangbaca semuanya sekali. Tanpa jemu untuk mengetahui kesudahan cerita ini. Hanya peminat Bagaikan Puteri tahu bagaimana kuatnya Aura watak-watak dalam cerita dwi-trilogi alam fantasi, mimpi dan realiti. Skema ayat ko Syasya.


Then, PBAKL 2012 dapat juga aku kumpulkan trilogi Tombiruo. Berdebar gila baca novel-novel ni. Hahaaa. Penulis ini buat aku betul-betul berada dalam hutan. Salah seorang penulis kegemaran aku.


Lihatlah kawan-kawan semua, memang saja aku buat tayangan ni. Rak sudah pun penuh. Sudah habis idea bagaimana untuk menyusunnya lagi melainkan beli sahaja rak yang baru. Akan tetapi apabila mendengarkan abi berkata "borongla banyak-banyak, pindah nanti angkat sendiri" huahahahaaa, maka hasrat itu aku pendam sahaja dalam hati. 

Dulu, aku rajin hendak mengira, sekarang sudah malas. Sebagaimana yang aku pernah beritahu dahulu, aku adalah seorang yang kedekut untuk memberi orang pinjam harta aku nan satu ini ;) titik peluh sendiri.

Nota hijau: Masih lagi gemar membaca apa jua jenis bahan bacaan kecuali komik Kreko abi.

Wednesday, 2 May 2012

Terapi hati lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hendak menunggu abi bawa lambat sangat, sibuk dengan BERSIH. Makanya, aku berkira-kira untuk pergi sendiri-sendiri sahaja. Terima kasih mamaLieyna aka mamaArif dan Hakeem bertanyakan khabar aku dan keluarga. Tambahan pula, si Mazerah ni hendak sangat ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tu. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Walaupun pada permulaannya aku agak down, kerana mesin ATM tidak berfungsi sepatutnya. Namun, berkat berdoa dan Maz yang menyokong kuat, dia menyuruh aku mencuba untuk sekali lagi. Syukur, aku dapat semua yang aku hajati.

Tengah hari 30 April, kawan-kawan opis pun bagaikan suam-suam kuku sahaja. Berikutan semuanya menyambung cuti sehingga 1 Mei. Aku dengan Maz mencabutkan diri untuk ke pesta Buku: Dunia Tanpa Sempadan ini. Tersenyum sepanjang redahan kedai ke kedai.

Bagi mereka-mereka yang mempunyai pertalian dengan ulat buku, pesta sebegini adalah terapi terbaik untuk minda, diri dan hati. Mujur juga sudah ambil sarapan yang agak berat dan lewat. Jadi, makan tengah hari boleh dianjakkan sedikit.

Hasil redahan pada hari nan tersebut ialah, trilogi lengkap Tombiruo Ramlee Awang Murshid, dan novel-novel lain yang selalu aku intai di internet. Habis RM115 di Karangkraf sahaja. Campur yang lain-lain, aku hanya spend RM200 untuk semua yang di bawah ini ;)

Novel aku, buku Auni dan hadiah untuk yang tersayang.

Setelah kaki menggigil akibat perut yang berkeroncong, kepala pun dah naik pusing dengan suasana lampu persekitaran, kami balik. Balik opis semula sebab kereta aku ada di sana. Sempat singgah makan di uptown dan shopping baju Auni Adli di Anakku. Wakakaka. Terbang RM aku lagi, anak punya fasal.

Semua Maz yang pilih, aku memang gagal untuk memilih baju anak-anak.

Nota hijau: Alhamdulillah hajat untuk bulan Mei sudah pun tercapai :D ok, duduk diam-diam RM sudah menipis :p Terima kasih abi atas segala sokongan. I love u, tiba-tiba.

Friday, 6 April 2012

Terapi hati.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Oyeah! esok cuti, sudah hantar permohonan kepada abi untuk jalan-jalan. Hahahaaa. Mahu keluar pun kena buat permohonan, payah betul. Abi macam tahu-tahu sahaja aku selalu ada agenda setiap hujung minggu. Dia sudah boleh baca.

Padanla muka, siapa soh busy sangat kan. Ngeee. Ok, masuk kepada terapi hati selain daripada jalan-jalan hujung minggu. Sekarang ni, aku jarang bershopping baju di luar, sejak anak dua semuanya hanya di hujung jari. Baik baju aku, baju Auni, baju Adli, tudung, shawl, novel. Hahahahaaa. Agaknya kalau boleh beli barang dapur secara online, akulah orang pertama yang order.

Jadi, aku pun beli shawl tone sebanyak 4 helai. Beli 4 dapat 5 sebab owner kedai buat penghantaran lewat. Aku tidak kisah sangat pun, tapi memang puas hatilah dapat warna yang masih belum ada untuk buat koleksi. Aku ada banyak shawl plain, so sekarang ni tambah lagi shawl tone. Hihiii. 

Jom cuci mata di fizza~SHAWL. Sedang ada SALE sekarang ni.

Next, aku memang tidak boleh nampak Popular, MPH atau kedai-kedai buku yang besar atau kedai yang ada jual majalah, novel dan sebagainya memang wajib masuk. Hahahaa, harus ada beli walaupun tidak besar. Makanya, untuk mengelak lebih banyak wang lebur dengan membeli item-item aneh, aku beli juga secara online.


Huhahahahaaa, nah amekau. Tiga buah novel tulisan Norhayati Berahim yang menjadi idaman. Ada lagi tiga buah novel aku mintakan owner tu booking. Best-best, ownernya dikenali dengan Kak Aya, sangat sporting dan penghantaran bagus. Hihiii.

Jom tempah novel pilihan hati di Jendela Hidup, harga boleh runding.

Ok, sudah cukup buat hati aku gembira hari ini. Ekekeke, abi pun akan balik daripada Penang hari ini. Yeaaaa!

Nota hijau: Mood gembira. Hahahaaaaa. Gambar shawl tak ada. Hewhewhew.

Monday, 8 August 2011

Gelagat Oni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 8811.

Misi completed. TokMama dah balik Johor, habisla Oni kena buli ngan mak dan pak dia pula. Habis sudah sesi nak manja-manja ye. Siapla.

Seminggu orang tua tu di rumah aku, membantu menjaga Oni, baik je perangai dia bersama tokMama. Dia membuli tokMamanya tu dengan sesuka hati. Kalau dah tokMama kena kerah suapkan dia makan dengan syarat suapkan enam ekor teddy bearnya sekali, Oni duduk digiliran terakhir. Kemain comel dia buat perangai macam tu ye.

Itu baru satu hal, belum lagi part semua orang kena kerah melukis. Asyik-asyik gambar bulan, bintang, cicak, ulat gonggok, burung, ayam, kucing, kambing. Oih! jenuh woi. Masing-masing tangan kayu. Habis semua helaian muka surat buku abi kena conteng.

Bila selak semula dari muka surat pertama, sendiri ketawa gelihati. Kerana Oni, kucing tokMama jadi rupa harimau + lembu. Bayangkan je la sendiri. Cicak abi, entahkan buaya entahkan biawak. Jauh benar rupanya. Yang paling gelihati ayam ada empat kaki, OMG berguling aku gelak.

Bila tokPapa dia datang, buka je kasut, terus aktiviti bertukar tangan. Papa aku memang kreatif. Ahaaa, orang tua tu nak pergi membuang pun dia tunggu depan pintu tandas bersama buku dan pen. Sabar ajala. Layankan.

Then semalam, aku ke TBS untuk menghantar mereka pulang dengan bas. Oni, menginja suka. Melompat, menari turun dari kereta. Tapiii bila dia tengok tokPapa tak bawa dia, ditinggalkan dengan mak dan paknya, dia lost. Memang nampak gila muka sedih dia. Aku pun dah sebak je.

Masuk dalam kereta, dia pun buat perangai. Aku biarkan aje. Mujur, abi terus ke Jusco Cheras Selatan untuk shopping raya. Olooo, sama juga macam tahun lepas, takde nafsu nak shopping. Nak beli baju, kena fikir banyak kali, sebab beli baju pregnant pakai tahun ni je, lepas tu? rugi. Abi pelawa beli kasut, tak ada pula yang berkenan. Why? why? why?

Tapi beli jugala, sehelai seluar dan sehelai baju maternity demi abi. Abi beli baju raya dia. Aku tak beli apa pun untuk Oni sebab nanti shopping baju adik dia, kena shopping untuk dia sekali. Sama je. Lepas dapat dua biji novel macam biasa, balik rumah dan tidurrr.

Pukul 5 keluar lagi pergi bazar Ramadhan. Meriahnyaaa, macam-macam ada. Oni la paling seronok sekali tapiii dia malas nak jalan. Kesian abi jadi mangsa. Hehehe! Sekian sahaja cuti hujung minggu. 

Balik ni mesti kena dera ngan Oni, kish-kish (lukis), tutu (buku), lalan (bulan), alan-alan (kereta), tatam (bintang), antek (cantik), cacak (cicak), yayam (ayam), bebird (burung) - vocab Oni ye. Mak dia je faham. Telah menjadi bahan gelak apabila dia sebut, 'auuu mamam yayam-auuu mamam yayam' = kucing makan ayam. Walhal ada kat situ, hanyalah burung palsu dikelilingi kucing. Burung tak terbang = Ayam. Ok noted.
Saje nak bagi orang imagine gaya Oni. Walhal malas nak upload gambar, pemalas ko Syasya.

Thursday, 2 June 2011

Hobi kakakOni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Senak perut, asyik kerja nak mengunyah je. Asam, coklat, biskut mau naik lagi 2kg tengah bulan ni.

KakakOni dah ikut pangai mak dia, suka buku. Buku yang ada sticker plus colouring book. Habis meja tulis, lantai, sofa, peti ais, tapawe, dinding, kerusi meja makan, laptop mak dia jadi mangsa sticker. Janji tak conteng dinding sudah, walaupun ura-ura sudah ada.

Tengah best-best mak dia layan WordSearch atau baca novel, seronok dia dengan aktiviti disamping mulut macam murainya. 


See? this is my hand. Habis kena tampal. Bila lekat dengan bulu roma, tak ke sakit. Anakkuuu. Esok-esok mesti dia ajak adik dia buat aktiviti sama macam ni kan? eee tiba-tiba aku jadi tak sabar pula, nak bertukar hulk. Habisla korang dua beradik.

Bila dia tidur, rasa senang hati sikit. Mengemas rumah selaju-lajunya. Mengadap blog semahu-mahunya. Itu je masa yang aku boleh agihkan. 

Suka aku tengok dia tidur peluk Blue Willie ni.
Selamat Ulangtahun Kelahiran buat papa aku, AB LATiB bin TOHALUS. Katanya nak beli laptop baru, wow!