Saturday, 27 November 2021

Memori di Universiti Malaya : Majlis Konvokesyen suami.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Sedang kita menyidai pakaian, tuan asben memberitahu dia perlu tiba awal ke sidang graduasinya, macamlah kita tidak pernah konvo sebelum ini, daktiga juga pernah berkonvo yang perlu tiba awal daripada sepatutnya. Sebenarnya kita sudah siap semuanya tinggal bersiap cantik sahaja, hahaa semangat macam sendiri yang hendak naik pentas menerima scroll.

Sudah diberitahu lewat, bawa kereta pun macam lipas kudung, ngeri kita dibuatnya. Biasalah, orang kerja last minute ni, semuanya jadi tak dan. Dulu, konvo bersama, segala macam perkara yang berkaitan acara memang kita sendiri akan study dahulu, biar tidak kelam kabut. Sekarang konvo sendiri membawa pasangan sebagai tetamu di tambah norma baru. Hah! masing-masing menghadap la masalah yang bakal timbul kemudian hari. Perjalanan ke tempat dia berkumpul sangat jauh sebaik sahaja masuk pintu gerbang University Malaya. Seronoknya jadi pelajar, seronoknya melihat suasana tempat belajar, argh! zaman yang sudah jauh kita tinggalkan. - Sempat kita bermonolog sendiri-sendiri sambil tenangkan hati. Sekarang belajar pun, online.

Tiba sahaja di tempat letak kereta, Allahuakbar perasaan. Rasa terharu, rasa bangga, rasa sayu tanpa mengetahui apa akan terjadi seterusnya. Melihat para graduan bersiap berjubah dan bergambar sebelum menaiki bas. Mereka perlu pergi ke Dewan Tunku Canselor bersama-sama dengan bas. Tuan asben? dia selesai bersiap, lupa terus dengan kita ni, hendak ambil gambar bersama pun sudah laju hilang di celah susunan kereta cuma sempat dia bertanyakan kepada RELA, bertanyakan di manakah tempat untuk tetamu. Tetamu perlu ke dewan bersebelahan dengan graduan menerima scroll.

Kita terdiam dalam kereta, seorang. Melihatkan jalan masuk ke sini tadi adalah sangat jauh, rasa hendak dan tidak memang kena memandu sendiri. Menarik nafas dalam-dalam sambil berfikir, kita perlu segera membuat keputusan, argh! ikut sahajalah kereta yang sama-sama akan keluar daripada tempat bas ini. Mereka juga akan ke dewan tetamu pastinya. Syukur, sebaik sahaja keluar daripada lapangan, sepanjang jalan ke dewan terdapat signboard bertulis "ibubapa", sayu pula melihat signboard tu. Kita isteri dia, tetamu. Hampir sampai di tempat parkir tuan asben baru call minta kita keluar ikut signboard, ke dewan tetamu. Maaf, anda telah terlambat, hahaa! Kawasan tempat letak kereta bersebelahan dewan sangat luas, Allah swt mudahkan kita di situ, maklumlah kita ni tidak pro bila berada di tempat asing, kali pertama pula tu.

Sebaik sahaja turun kereta, mengelokkan sedikit outfit dan handphone standby. Kita di sambut staff bertugas, scan untuk scan My Sejahtera. 
"datang seorang je ke?" tanyanya ramah, melihat kita menggigil pegang handphone, fuh! kita angguk sahaja. Jalan depan sikit seorang lagi staff minta tiket untuk masuk, kita keluarkan kertas untuk dia scan QR Code atas kertas tu, owh gitu!
"seorang je ye?" dia pula bertanya. 
"iya." kita jawab bila sudah rasa agak biasa sedikit. Berjalan masuk lagi, sua dahi untuk scan suhu, barulah mencari tempat duduk. Melihat sekeliling masih kerusi berpasang-pasangan untuk ibubapa. Kita seorang sahaja berjalan ke tengah dewan, ambil port tengah-tengah.
"selamat datang puan, seorang sahaja puan?" lagi yang bertanya, aduh! 
"ya, asben yang grad, duduk mana-mana je kan?" kita menjawab dan bertanya.
"ya, mana-mana pun boleh. Sama je." bila kita dah duduk, mulalah sesi beramah mesra. Macam biasalah melihat ketidakpercayaan orang dengan wajah tidak sama dengan umur ni. (ikon nangis).

Sementara menunggu majlis dimulakan kita selfie banyak-banyak dulu, sebab outfit kita cantik sangat. Majlis bermula kita duduk sahaja dalam dewan tetamu yang memang terpisah dengan graduan. Dimulakan dengan bacaan doa, ucapan aluan dan lagu background semua masih sama cuma graduan duduk dengan penjarakkan dan apa yang buat kita rasa suka nak tengok mereka sangat sedondon termasuk mask yang mereka pakai. Kita main game sambil menunggu giliran tuan asben. Menyesal pula duduk jauh daripada skrin, hahaa. Tapi tak apa, masih nampak. Tuan asben update status, dia kita tanya bila turn dia. Dapat juga snap gambar walaupun di skrin, haha!

Habis sahaja acara, tetamu lain sudah pun menuju pintu, masing-masing bangun untuk mencari orang tersayang. Kita cari tandas dahulu sebelum berfikir apa yang harus dilakukan selanjutnya. Bila tuan asben kata dia kena menunggu semua selesai baru boleh keluar dewan, kita masuk semula ke dewan yang hampir kosong untuk selfie. Boringnya takde regu, sebab sudah biasa berteman. Bawa daktiga tak apa jika begini kejadiannya. Tuan asben minta memandu semula ke kawasan bas pertama kali sampai tadi, dia berada di sana sahaja, marilah kita!

Kita memandu terus ke arahnya dan bertukar pemandu, mengajaknya bergambar untuk kenangan. Baju sudah cantik wei, sayang. Kami mencari logo UM, sehingga hujan turun. Ok sudahlah, jomlah balik dengan perasaan berlibu, merajuk. Sayang betul. Inilah kejadian bila semua dibuat di minit terakhir, orang yang biasa tenang berfikir pun, jadi tidak boleh berfikir. Kita sudah malas hendak bercerita banyak, mood tak ada. Hendak hiburkan hati, main game. Bila sudah start diam, dia tahu kita merajuk. Singgah di McD, tapau untuk daktiga dan balik. Sekian sahaja  kenangan untuk hari ini. Alhamdulillah!

Yang beria sangat ootd.

Diploma Eksekutif Sains Siasatan. Tahniah tuan asben!

Catch you, tuan asben! (yang depan-sedang berlalu)

Proud! tahniah semua.

Muka lapar, kena drive cari suami.

Dah  jumpa, marilah dating!

Khaida said, kita cantik sangat, hahahahaaa sebab pakai baju dia bagi. Thank you Khaida, you make my day. 

Monday, 6 September 2021

Kad Ucapan untuk Barisan Hadapan.

Buatlah orang lain gembira maka Allah swt akan menggembirakan kita dengan perkara yang tidak disangka-sangka.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Sedang bersantai-santai di satu petang, aku dihubungi Khaida. Mendengar dia bercerita membuat aku jadi berfikir sama, walaupun dia telah menerangkan melalui pesanan berbentuk perkataan, risau benar jika aku tidak faham, dia hubungi aku terus. Sebenarnya, aku sudah dapat bayangan pun, hendak kerjakan apa yang dia pinta tu. Terus sahaja dia mengajak aku keluar untuk membeli bahan tanpa membazir masa.

"beli barang dengan kau best mek, kalau aku yang membeli kesudahannya tidak berguna juga nanti, bazir!" katanya sebaik sahaja dalam perjalanan ke kedai buku. Aku mengikutnya juga, kedai buku memang membuat kesedaran aku kembali segar, hehehe!

Bagai yang di duga, memang dia sahajalah yang mendahului sambil aku merangka lagi dalam kepala apakah yang harus ku gunapakai. Melihat aku yang berlegar tanpa arah, dia lekas sahaja mencapai bakul. Bila dia sudah ada bakul, memang banyaklah yang akan di shoppingnya, ready??? Habis satu aras kami pusing, bakul juga sudah penuh, nampak yang agak boleh digunakan, let's buy it. Khaida yang banyak memilih daripada aku, hahaaa. Aku cuma mahukan beberapa item yang sudah kehabisan di rumah, lagipun masih baru sangat aku dan Khaida ke kedai buku yang sama.

"ada lagi yang kau  mahu tambah mek?" tanya aku yang sudah hampir di pintu untuk ke aras bawah.
"mana aku tahu, engkaulah yang nak perlukan apa-apa." dia menghampiri aku.
"aku hendak cari buku aku jap, kalo tak cukup guna je la apa yang ada nanti!" aku mula bergerak turun.
"baik cip, kau nak gi mana? dah ada ke buku kau?" tanyanya, melihat aku bergerak bertentang arah kaunter pembayaran.
"aku nak turun bawah la, cari buku. jomlah!" dia ikut aku turun.
"mek-mek, kenapa aku taktau ada banyak buku kat bawah ni? mek, bestnya bawah ni? mek ada banyak buku best, mek nanti kita datang lagi ea mek!" hahahahahahaaa, sabarjelah. Walhal aku tahu ada kedai buku ni pun, dia juga yang bawa. Buku yang dicari tidak jumpa, aku beli buku lain, janji ada. Bahkan terlupa more item yang dalam bakul tadi, hahaaaa.

Bila semua barang sudah ada, aku mula memprojek. Tuan asben memang sudah tidak kisah dengan kegemaran aku yang satu ini, rezeki Khaida juga kerana tuan asben baru sahaja membelikan mini shredder yang baru. Maka, selesai mengerjakan kerja rumah aku tenggelam dalam dunia paper art. Membuat quilling sambil menonton kdrama. Ambil masa lebih kurang tiga hari untuk siapkan muka hadapan kad ucapan bersaiz A3, lebih besar daripada biasa. Khaida dan Ina datang untuk menyiapkan kad muka keduanya pula, alhamdulillah.

Kad berjaya di siapkan dengan kerjasama yang padu, hahaaa. Setelah dua hari, barulah hari penyerahan kad kepada balai polis berdekatan dengan sekolah, mereka hendak serahkan kepada tuan asben, celah mananya IPD tuan asben bukan main jauh beribu batu, hahaaa! Kad sudah diserahkan, masing-masing  tidak sabar untuk memberitahu aku bahawa, kad mereka paling cantik sekali, sampai sayanglah hendak diserahkan. Ihiihihi! Tidak mengapa, ada rezeki kita buat lain ye, doakan aku sihat sahaja- InSyaaAllah!

bila dah siap tu, tak tahu hendak kata betapa gembiranya...

Together...

Tidak habis bercerita sebaik sahaja kad diserahkan. Alhamdulilllah, semua gembira.

Antara koleksi permintaan mereka berdua yang telah menyebabkan mereka sentiasa mencari aku untuk mengerjakannya. Terima kasih kerana sudi percaya aku, that's all.



Ini hiasan pentas masa konvokesyen sebelum bermula pandemik. 

Bila sudah suka dengan kertas, aku usahakan sehingga berjaya dan nampak serupa. Aku sangat suka reaksi bila dorang nampak hasilnya. Diminta lain, dibayang lain, yang terhasil luarbiasa lainnya. Ihiks! alhamdulillah.

Friday, 3 September 2021

Kad Pengenalan dan KPJ Damansara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Bloghijau ini ada kerana si Auni, dak perempuan yang suka nau buat onar masa kecilnya, yang suka mengkacaubilaukan jadual emak dia, yang suka buat kerja ikut suka hati dia saja, yang suka bercakap banyak dan membuat hal rare. At the same time, dia juga suka buat kejutan dengan kebolehan-kebolehan dia yang tidak dijangka.

Aku mengerjakan rumah macam biasa, kejut daktiga dan mengarah Auni untuk bersiap. Sekejap lagi bapanya akan balik untuk pergi menukar mykid kepada mycard. Apa? isk-isk-isk! Sedang giat berceramah dan mengatur jadual daktiga, si bapa pulang. 
"eh, pergilah siap. Ikut sekali!" aku menjeling jam, mujur belum jam 11pagi. Sempat untuk bersiap sebagaimana waktu yang telah dijanji. Macam lipas kudung namun tetap dengan SOP. Kami ke JPN Kota Damansara. Daripada jauh telah nampak barisan orang sedang beratur menunggu giliran. Tuan asben sudah pun aturkan temujanjinya terlebih dahulu, cuma menunggu giliran pelanggan yang berurusan di dalam selesai baru dapat masuk.

Sempatlah sekeping dua, jangankan tidak untuk memori. Sudahlah jarang keluar rumah, jika ada kesempatan marilah kita gunakan sebaiknya. Tuan asben hanya menunggu dalam kereta sahaja. Dokumen  diperlukan hanya salinan bil air atau tnb dan mykid serta anak tu sendiri. Isi borang kekotak, hantar dan tunggu giliran untuk proses membuat mycard. Tersasul-sasul staff tu memanggil aku, sekejap puan, sekejap kakak, whatever lah. Auni is my daughter, that's all.


12 tahunnya. Dah besar dia jadi pendiam.

5 tahunnya.

6 tahunnya.

7 tahunnya.

10 tahunnya.

Selesai urusan di JPN, tuan asben bawa pergi kedai gold, wow! dah lama sebenarnya hendak letgo gelang yang putus dan nak sambar satu yang baru. Dimurahkan rezeki tuan asben, dilayannya perempuan kesayangan pada hari tersebut. Aku dapat satu, Auni dapat satu. Beria aku memilih yang sama untuk Auni malangnya Auni tidak berkenan. Dia lebih suka gelang rantai sedangkan aku lebih suka bangle. Alhamdulillah!

Untuk tengah hari, tuan asben hanya tapaukan mcD untuk yang di rumah, sampai sahaja di rumah belum puas membelek new items, emak perlu bergegas dan bersiap semula untuk temujanji dengan doktor di KPJ Damansara. Pun tuan asben yang aturkan temujanji dengan Dr. Sharina. Ingat tak, entry tentang Kehidupan dulu (baca) dan yang terkini Pemeriksaan Kesihatan (baca) emak jalani pap smear kali ke dua. Dan kali ini ke KPJ, kononnya hendak follow up buang fibroid and cyst tersebut, cerita punya cerita, penatlah hendak mengisah banyak kali tapi kena cerita juga. Emak menjalani papsmear lagi sekali dan scanning luar dan dalam untuk tengok perlu atau tidak untuk operation. What's a suprise! fibroid dan cyst tu sudah tidak ada. Ada tapi tidak mendatangkan bahaya pun, ada tapi kecil sangat untuk dibuang. Tidak mengganggu. Dr. Sharina cuma bekalkan ubatan sahaja dan perlu membuat ujian darah berikutan aku sering rasa hendak pitam.

Doktor syak ada anemia, cuma hendak tengok tahap mana keseriusannya. Jadi terpaksalah diambil darah dengan berbotol-botol, isk-isk-isk. Tuan asben temankan ke makmal, uiii feeling macam dalam drama wei, mengambil peluang memerhati keadaan sekeliling, sampailah ke satu bilik kecil, menunggu lagi dan lagi dan lagi. Bila dengan hospital, menunggu itu memang menjadi lumrah. Selesai mengambil darah, sesi pembayaran pula. Menunggu lagi, sampai tuan asben meninggalkan aku sendirian dia mengambil kereta.

Selesai pembayaran, sempat aku memetik sekeping dua lagi. Uiiih! hospital mahal wei, ambil peluang. Naik sahaja kereta, laju saja mulut emak ni:
"mahalnya Yang... dekat rm1K." emak membelek bill di tangan.
"memanglah, swasta kan." perlahan sahaja dia membalas. Dia memang sudah jangkakannya.
"sebab ada bloodtest tu, cuba tengok bil bahagian makmal tu?" tanyanya semula melihat aku masih membelek bil dengan rasa sedikit sayu.
"dekat rm5 ratus!" lepas tu ikon nangis dalam hati. Insaf rasa namun lepas ini ada satu lagi kisahnya hendak ambil keputusan ujian darah tu pula. Tabahlah Syasya, sekali seumur hiduplah agaknya ni.

Seminggu kemudian, dengan doa yang tidak putus memohon agar dipermudahkan dan tidak mendapat sakit yang berisiko, if sudah kena apa boleh buatkan? jadi aku bersiap awal, selesai kuetiow goreng untuk dak tiga, tuan asben balik dengan lauk basah-alhamdulillah. Aku keluar dengan tuan asben mengulangi destinasi sama seminggu yang lalu. Selesai ambik mycard Auni terus rushing ke KPJ Damansara untuk ambil result darah.

Aku benci betulla rushing ni, mesti akan ada benda tidak best yang akan jadi nanti. Tuan asben tinggalkan aku di lobi, menggagah mencari klinik Dr Sharina dengan dada macam hendak pecah, tambah lagi waktu rehat seharusnya tiada sesiapa yang akan menunggu nanti. Belum habis persoalan berlegar, aku tiba di kllinik Dr Sharina, biliknya ku ketuk kerana tiada berorang di kaunter.

Pembantunya, Sue keluar. Result dah ada cuma perlu menunggu consultant Dr Sharina kerana dia masih menguruskan seorang lagi pesakit. Yang tuan asben tidak sudah memberi arahan itu dan ini. Aku malas hendak balas teks nya, buat hal aku sahaja. Sekejap sahaja berhadapan dengan result yang semuanya ok dan masih perlu membuat bayaran, lagi sekali dengar bebelan tuan asben. Sendiri yang hantar aku check-up di situ, bukan aku yang hendak pun. Aku diam sahaja, usah bagi Syasya menjawab, habis padam pahala aku sendiri nanti- lepas dengar ceramah Ustaz Debat. Jadi aku diam sahaja waktu perjalanan pulang.

Sampai di rumah, mandi solat dan mengadap PdPR daktiga. Selesai satu hari. Sekian...

Beg ni cantik, Syasya is sukaaa...

"Mengeluh membuatkan hidup kita tertekan, sedangkan bersyukur membawa kita ke jalan kemudahan."


Sunday, 22 August 2021

Planner-Journal. Kertas dan Pen.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Hari ini kita buka topik kisah planner, rasa agak banyak aku buat entry tentang planner ni, planner yang dibuat sendiri. Paling tidak aku hanya guna buku nota kosong from front to the back, wah gitu! Last aku buat entry tentang planner pada tahun 2016, usah fikir aku berhenti pada takat itu sahaja ya, no no no! tanpa planner siapalah aku.

Aku belajar setiap kali menyediakan planner untuk tahun berikutnya, apa yang menarik, apa yang patut ada, apa yang patut aku gunakan dan paling penting apa yang aku selesa. Aku lebih suka menggunakan bahan recycle sahaja, habiskan segala kertas yang bersepah di rumah. Hanya buku dan sebatang pen!

Saaayaaanggg!

2011-2014 aku masih terikat dengan kerja, tambahan lagi baru belajar hendak mengelolakan rumah tangga yang beranak dua, huru-hara. Bila di opis sambil buat kerja, jika sempat aku isi, jika tidak aku tinggal sahaja dua tiga hari. Masa tu planner just memang untuk rancangan keesokkan hari atau luahan menyakitkan hati.

Bermula 2015 aku sudah berhenti kerja, pindah masuk rumah baru dan bersalin anak ke tiga. Jadi, masa tantrum banyak dihabiskan di rumah sahaja, proses membesarkan daktiga. Aku dan tuan asben masih struggle untuk mengendalikan rumah sendiri. Proses menyesuaikan diri dengan jadual dan perbelanjaan, aku pula proses menyesuaikan diri menjadi surirumah sepenuh masa. Tantrum teruk menyebabkan aku perlu mencari hobi menarik.

Sha whiteymommy banyak temankan aku pada tahun-tahun yang ku anggap tahun merudum, bloghijau pun ikut ke laut tah mana, tak dan. Anak berderet cenonet-cenonet tidak lari daripada menunggang balikkan rumah, tambahan kawan juga sudah mulai tidak ada. Sha yang banyak sharing aku tentang planner ni, tentang handlettering dan daripada situ sedikit sebanyak, aku belajar dengan komputer bersaiz notebook sahaja. Susah? ye susah. 

Semakin lama rasa seronok bila daktiga sudah masuk fasa explorace- main antara mereka sahaja. Jadi aku boleh fokus lebih sedikit lagi dengan kesukaan. Daripada membeli buku yang hanya kosong sahaja, lebih baik aku buat sendiri. Kertas A4 ada, kita gunakan. Kertas warna, manilakad, wrapping paper, aku memang simpan semua segala. Gigih belajar menjahit buku, hendak guna benang dan jarum yang bagaimana. Untuk tahun 2015 hingga 2017, aku buat sendiri daripada bersaiz, A4 kepada saiz A5, template dalam juga taste aku sendiri daripada melintang kepada menegak, daripada essay menjadi carta alur, ikut suka hendak buat bagaimana. Kulit notebook pun daripada kotak kek Secret Recipe. Tengok orang tampal stickers, kita ada banyak majalah dan buku lama, just selongkar dan gunting yang mana sesuai, cantik dan menarik. Sendiri je yang hendak baca pun, untuk simpanan dan juga rujukan. 

Mencuba beberapa method buatan tangan, terasa pula hendak cuba yang ring official planner, aku dapatkan yang 2nd hand sahaja itu pun dah RM90, tak apa for me masih mahal (sayakan surirumah) janji hati suka. Awal-awal memang suka, sebab benda baru jadi teruja hendak menulis dalam tu, makin lama-makin terseksa, hahaaa! hendak menulis dalam tu susah bangat bila tangan besar, asyiklah terlanggar dengan ring, hendak buka katup ring aku malas. Setahun guna, ok cuma bukan jenis yang aku suka, lagipun tidak muat setahun dalam tu, terpaksa cari clear ring planner untuk sambung 6 bulan terakhir. Fuh! Sha sahaja yang tahu keluhan aku menulis dalam tu, hahaaa. 

#paperdorablegreendiary2018 & #cleargreenplanner2018

Tahun seterusnya, tuan asben beri organizer free daripada Prudential, ahaaa biasalah benda baru akan teruja lebih walaupun warnanya grey, puas perah otak hendak jadikan hijau. 2019 aku tidak buat template sendiri, just write on. Bermula juga aku sakan bershopping stickers. Awalnya banyak geng planner yang bagi sebabkan aku beginner, dorang nak gain bakat aku yang tidak berapa sangat ni. Adalah dua tiga kali membeli, lepas tu aku back perangai lama balik, just tulis dan conteng malas hendak kalut menampal. Aku belajar hand-lettering join challenge everymonth yang disediakan oleh host-host hebat dalam lettering. Busy jugalah dengan tempahan gift, kad ucapan, guestbook disamping quilling aku selitkan lettering yang tidak seberapa. Udah daripada planner tadi jadi mengumpul notebook, pen dan stickers pula kisahnya, aduh!

#sya2prudentialplanner2019

Guna planner prudential ni best, nipis, besar senang hendak menulis cuma ruang kecik, aku terpaksa guna notebook spare untuk wish note birthday teman-teman kesayangan. Kira kena guna dua journal.

Tahun 2020 tahun mencabar, namun sempat lagi bertemu dengan Sha sebelum kena kuarantin kaw-kaw. Sha menjual sebahagian notebooknya kepada aku, termasuklah dengan beberapa helai kemeja dan juga ring planner lagi bersaiz A5. Besar sedikit daripada sebelumnya. Macam biasa, insert pun dah ada dan yang aku suka ianya kosong, plain. Kali ini insert dalam aku pakai cop-cop pula, hahaaa. Larat cari cop tarikh dan cop huruf, so nampak lebih kemas sedikit. Isi dalam masih panjang-panjang, planner-journal. Berusaha hendak memahamkan planner, planner-journal, journal, bullet-journal. Nampak je mudah planner, rupanya ada banyak lagi yang daku tidak tahu. Selama ini aku more kepada planner-journal.
 
#sya2greendiary2020

Disebabkan banyak sangat join lettering-challenge, ada sebahagian notebook aku bagi teman lain, ada yang lain aku copy balik jadikan stickers. Guna sendiri. Sejak ada PdPR, ada kemudahan printer berwarna, aku tumpang guna sebaiknya juga, print stickers, heheee. Melihat aku buat stickers sendiri, mana-mana teman sedekat yang kenal dengan aku menempah juga stickers untuk kegunaan mereka sendiri, terjebak kisah lain pula. Alahaaaiii!

Jadi for tahun 2021, aku belajar bullet-journal pula. Tidak mahu membazir, aku guna notebook yang dibeli daripada Sha. Tengok mahal pula notebook kosong sampai RM35 dan ke atas. Kertas kualiti tapi masih juga kosong dalamnya, sama je kan? Mengukur baju di badan sendiri kekdahnya, ayuh deco insert. From zero to wow! (ceh perasan). Yang masih sama juga conteng sendiri, sedikit hiasan dan stickers yang masih tidak digunakan. Sofar, awal-awal colourful. Insert yang dilukis sendiri mengikut tema setiap bulan namun macam biasalah lepas enam bulan dia akan jadi malas dan ke laut. Tambah-tambah pengaruh duduk rumah sambil Kdrama makin kuat, memang itu sahajalah yang aku hadap, hehe! janji stay at home.

Template insert tu berubah setiap minggu. #diygreenotes2021

Entahlah, aku pun tidak tahu mengapa suka benar menghabiskan dakwat pen dan kertas. Menulis tentang perjalanan hari-hari je pun, nampak sangat perjalanan hari tu tidak sama setiap hari, hehee! Buat planner cantik-cantik ini terapi, bukan aku hendak menunjuk aku hebat, tidaaak... aku masih je belajar lagi, apa yang baru aku praktikkan. Lagi-lagi bila ada masalah mental, aku kena banyak meluah melepas apa yang berbuku. Kadang tak boleh pun hendak tulis lebih senang menangis sahaja.

Bila dah pandai beli kertas stickers.

Tajuk lagu Nu'est pun boleh onz...

Untuk tahun 2022 aku masih berfikir, hendak recycle tahun 2020~ dah susun tempohari atau hendak guna notebook sahaja macam 2021, mudah dan ringkas. InsyaaALLAH- mudah-mudahan. Sekian cerita santai-santai tentang kegemaran aku nan satu. Nanti kita share pasal quilling pula, baru-baru ini tuan asben sudah belikan mini shredder maka bolehla onz projek seterusnya. Daaa...

Always expect good things to happen!

2011, 2012, 2013, 201420152016 , 2017 = #diygreendiary

Wednesday, 18 August 2021

Memori di Axiata Arena, Bukit Jalil II.

In my friend, I find a second self.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Usai Solat subuh, aku bangunkan hero nan dua orang itu Adli-Arrizqi~ Auni bercuti lagi, untuk solat Subuh sambil baca AlQuran. Turun ke bawah sambil angkut baju kotor sumbat dalam bakul. Pelan hari ini, kemas rumah sambil tengok Sakuragi Hanaminchi lalu meminta tuan asben tapau dan pergi vaksin kali kedua bersama Khaida.

Biasalah, kita merancang Allah swt yang menentukan segala, aku memunggah seisi rumah mencari remote tv tak jumpa. Seingatnya malam tadi, Arrizqilah orang paling akhir menonton tv, sudah di kejut Arrizqi yang sangat liat membuka mata selepas solat Subuh tadi namun matanya masih tidak mampu untuk terbuka. Mencari remote tv masih tidak berhasil sehinggalah kedengaran deruman enjin kereta tuan asben yang sudah  pulang setelah dia bermalam di pejabatnya semalaman. Bila tuan asben pulang, peluang untuk Sakuragi Hanamichi juga takkan ada dek kerana dia akan main ps5 menggunakan tv yang sama, grrr~ 

Sebaik sahaja pintu pagar utama berbunyi, Adli menjumpai remote tv dicelah sofa. Siyeslaaa... aku cari ditempat yang sama tiga kali kot! 
"Apalah umi ni, rasalah dengan tangan. Umi tengok je memanglah tak jumpa." kata Adli sebaik dia campak remote tv atas longgokan kain baju kering yang berlambak depan aku.
"cisss...abi korang dah balik tak dapatla tengok Sakuragi!" aku menjawab sambil bergegas bangun ke dapur lagak isteri misali, membancuh teh o dan mengambil penyapu, ahahaaa baru nak tuang kerja.
Selesai membersih ruang depan dan dapur, buang sampah lalu membelek pepokok yang kehujanan, kebasahan dan keterlebihan air. Stay stronglah pokok, ujar aku dalam hati sebelum disergah tuan asben untuk menu tengah hari. Aku mengirimnya tadi sebelum dia sampai rumah, kedai makan tutup katanya lalu mahu Foodpanpan (Foodpanda) sahaja. 
"kita nak set yang vegi tu ayang..." ujarku sambil mengorek tanah.
"vegetarian delight ni?" tanyanya untuk kepastian.
"ye pasti" aku menjawab.
"makan sayur je? ceh!" sambil memilih dan membebel dia masuk ke rumah bertanya daktiga pula. Aku menyambung mengorek tanah semula sehingga selesai.

Masuk waktu Zohor, da selesai dengan Subway aku bersiap sebelum Khaida datang nanti. Khaida ke Axiata Arena bersama dengan aku, suaminya outstation. Cuaca masih elok, sehinggalah kami memulakan perjalanan hujan mula turun, sepanjang jalan hujan tidak berhenti, mudahkanlah urusanku pada hari ini. Meskipun tuan asben yang memandu, rasa cuak tu tetap ada. Khaida senyap sahaja, letih hendak terjerit-jerit bercakap sebab tuan asben tengah dalam meeting, dengan bunyi hujan, dengan bunyi radio- rasa sesak kepala dan situasi dengan bermacam bunyi. Kelisa memang tak sama dengan Alza meskipun keluaran yang sama, haaahaaa!

Sampai sahaja di Axiata Arena, hujan masih lebat. Tuan asben tak dapat nak berhentikan kami berhampiran bangunan Axiata Arena berikutan jalan keluar dan masuk telah pun jem. Maka berlarian aku dan Khaida sambil ketawa sambil berlari, hahaaaa! terus mendapatkan khemah berdekatan pintu masuk. Aku nekad sahaja naik dengan Khaida, sempat juga bergurau senda dengan petugas yang mengawasi, sempat lagi aku ke tandas bila nampak pintu perpapantandakan wanita hampir sahaja dengan tempat aku duduk. Apalagi, sesejuk begini memang tandasla untuk membuang. Menunggu sambil selfie-selfie sampailah ke tempat pendaftaran. 
"Owh! puan... puan salah ni, ini HCO A. HCO B di bawah!"
"laaa ye ke, ingatkan sama je." 
"vaksin sama, tapi batch tu tak sama, ada siapa-siapa boleh hantar dia tak?" petugas bertanya pada seorang lagi.
"kena masuk daripada pintu depan semulalah." jawab petugas seorang lagi, alaaa sombongnya, kau datang menyibuk je pun, oh! sila positif Syasya, jangan buruk sangka.
"jauh sangat, sian pula nak pusing sampai ke luar." aku terus bangun sahaja. Menyampah pula dengan petugas yang ke dua tu. Takpe, aku tau... sedang aku berjalan, sambil beristighfar, aku ditegur lagi dengan seorang petugas yang lain.
"puan dah cucuk ke, puan?" lembut sahaja, dia pelik barangkali melihat aku melawan prosedur.
"belum cucuk, kena turun bawah. HCO B!" aku tunjuk slip temujanji.
"ikut sinilah puan, takpayah keluar. Sini saya tunjukkan." dia temankan aku sampai HCO B tempat aku cucuk kali pertama sebelum ini. 
"ni puan ni nak cucuk, dia pergi naik di HCO A tadi."
"laaa ye ke, takpe puan. Puan terus je duduk kerusi belakang yang ada orang baju putih tu." Gitu dia bagi aku arahan sambil duduk sahaja. Aku ni udahlah mamai kesejukkan, melihat di kejauhan pun sudah samar-samar sahaja.
"takpe puan, mari saya temankan. Mari saya tunjukkan." Pelawa petugas seorang lagi meninggalkan yang memberi arahan tadi menyambung sembangnya sementara yang menghantar aku tadi telah pun naik semula di atas. Aku ucapkan terima kasih dan ikut langkah seterusnya sambil berbalas mesej dengan Khaida yang telah pun selesai di cucuk. Khaida pelik bila aku hilang dari pandangan matanya kerana aku belakang dia sahaja tadi. Khaida menunggu aku sehingga aku selesai. 

Yeay! kita lupakan kesulitan tadi, biarpun sulit kita dapat eksplore ruang Axiata Arena. Sebaik sahaja aku keluar pintu, mataku mencari Khaida. Terjerit-jerit bila mata bertemu mata, riang bebenar sampai berpusing dua tiga orang yang menunggu berhampiran, hehe! Jom pose, bergambar banyak-banyak. Habis semua tempat bergambar kitorang pose, siap dengan monopod stick tu la. Sayangnya aku tidak dapat bergambar dengan keseluruhan bangunan Axiata Arena kerana hujan masih turun renyai dan lebat sekejap-sekejap.


Vaksin dengan best over the friends memang meriah.


Bukan senang ajak Khaina menumpang kereta yang sama.

Setiap lima minit dia cari aku. Apa-apahal yang jadi aku suka dahulukan dia dahulu, hehe!




Picture ni buat banyak spekulasi, almost menggelar macam budak universiti, ahahaaa. 
Aku pun tak belajar di universiti wei, aku belajar satu tempat yang sama dengan Khaida.

Sudah selesai barulah sedar diri untuk cari kereta tuan asben. Dia sudah pun beralih parking yang katanya dekat, sama jauhnya, kena hujan juga~ hahaaaa... tergelak-gelak majn hujan dengan Khaida. Indahnya memori dengan Khaida. Alhamdulillah, Allah swt... ku mohon pelihara persahabatan kami ini sampai jannah~ mudah-mudahan InSyaaAllah. Perjalanan waktu pulang lancar sahaja, tuan asben singgah membeli yongtaufu dan sate, skip masak lagi. Mataku hanya terbayang bantal dan tilam sahaja ni- indahnya baring-baringan sambil tengok Sakuragi. Aku menghantar Khaida hanya dengan lambaian berat, aku hendak lepak dengan Khaida lagi namun dia perlu pulang kerana telah meninggalkan anaknya yang berlima seharian. Terima kasih Khaida, lepas dua minggu kita jumpa lagi, shopping time!- mudah-mudahan, InSyaaAllah.

Tuesday, 17 August 2021

Kebudak-budakan sangatkah? hahaaa!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

When your life brings you down, your hobbies brings you up! Have hobbies!!!

Kisah semalam.
Cuaca mendung saja diluar, bakal hujan rasanya. Aku sudah tidak endah pepokok di luar rumah tu, keterlebihan air ke, malas aku hendak ngejakan sesejuk ni. Hari ini bangun awal dengan target hendak mop lantai rumah, melekit semacam bila dipijak. Biasanya aku pakai selipar dalam rumah- kaki tidak tahan sejuk lantai, selipar telah selamat dalam tong sampah berikutan sudah dua kali aku hampir terjerumus kerana sudah haus. 

Subuh, sapu rumah dulu, mop lantai, eh! macam awal lagi, scroll handphone update instagram, update planner- Eh! hari ini birthday kakanda yang sama nama denganku, kak Shahida dan birthday isteri kepada kawan tempat kerja suami, Puan Ummi- dedulu team perkep sekarang tidak lagi. Aku memang begini bila someone yang aku sudah kenal, baik dengan aku, selesa dengan aku, aku akan ingat selagi punya ingatan- InSyaaAllah! Selesai hantar ucapan dan bertanya khabar aku meneruskan mengemas dapur yang bagaikan mahu terbalik.

@sya2chwimi

Selesai dapur, sambung lagi duduk dimeja dan buka pula buku PdPR. Bismillah... selesai take note, kejut Adli yang akan Google meet matematik. Sambil layan dia Google meet aku scroll Pandamart. Arrizqi sibuk hendak roti, biskut, jajan rutin seminggu sekali. Sambil tunggu pandamart aku menyambung mengemaskini buku PdPR. Hari ini sepertinya tugasan yang masuk agak lambat. Mungkin terpengaruh dengan faktor cuaca barangkali.

Planner dan buku PdPR.
(picture throwback)

Aku menyusun kertas planner untuk jadikan planner 2022 nanti, halaaa kita recycle je apa yang ada- aku bukan kisah sangat planner official yang cecantik tu, sebab aku lebih suka notebook biasa yang diisi dengan luarbiasa, ahaaa gitu. Nanti kita cerita pasal planner ni k. Tengah susun, Pandamart sampai. Done! 

Bangun buatkan milo untuk daktiga, terdengar bunyi motor berhenti dipintu pagar. Owh! spegetti grill chicken air tangan kakak Aida- jiran setaman, yang dipesan dua hari lalu sudah sampai. Kegemaran Arrizqi, aku pesan dua pack puas makan tidak berebut. Belum sempat habis membebel, datang lagi sebuah motor, kali ini duyan crepe air daripada cikgu yang juga jiran setaman, kegemaran Adli- dia makan 4 daripada 5 crepe tu. Inilah masalah bila sudah terjebak dengan group geng satu taman, ada saja!

Meneruskan aktiviti random klik youtube entah macam mana terjumpa pula video Sakuragi Hanamichi, arghhh pitamlaaakan melayan hobi Syasya ni, siapa pula kali ni? Pemain bola keranjang Slam Dunk. 4 hari aku pulun baca siri komiknya dalam malai (Arrizqi said Malay) version. Rasa macam teruja pula hendak tengok siri animasinya. Ok, layan sampai episod 3 baru ingat hendak mandi pagi, ahahahahaaa! tengok jam sudah masuk Zohor, sempat share dengan tuan Asben nak tengok Sakuragi. He said, dia dah muat turun siri animasi Slam Dunk ada dalam harddisk, siap mengajar aku macam mana nak buka harddisk tu di tv. Yeay! Pergi mandi dulu...

Sakuragi Hanamichi.
Kiri: Baru masuk training.
Kanan: Bila sudah rasmi jadi pemain.

Selesai mandi, time for me 100% rileks sambil temankan daktiga buat kerja sekolah- mesti tunggu dan buat kerja sama-sama di ruang tamu. Aku layan Sakuragilah sambil-sambil. Hendak main games sebelah malam kerja sekolah mesti siap pada hari yang sama. Macam biasa, Arrizqi yang akan siap sepenuhnya. Adli walaupun sudah aku bantu, dia tetap lambat. Dia memang suka termenung. Dapat pun tengok Sakuragi sehingga tuan Asben balik kerja, welcome back asben!

"wah tengok Slam Dunk!" kata tuan asben sambil buka langkah besar berikutan ruang tamu berantakan dengan buku.
"abi, saya dah buat kerja sekolah, malam ni saya main komputer boleh?" Arrizqi bersuara sambil mengemas buku. 
"mainlah dik!" dan tuan asben terus berlalu untuk mandi. 

Inilah suasananya.

Sekian kerja aku seharian siang di rumah, hahahaaa! Sudah 37 tahun layan animasi, nasiblah!

Monday, 16 August 2021

Kejutan buat eonni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Anything is possible when you have the right people there to support you.- Misty Copeland.

Sejak memegang jawatan surirumah tangga hampir masuk tahun ke sepuluh ni, aku mendapati bahawa aku tidak mempunyai ramai teman. Bertambah lagi dengan pkp yang masih tidak berpenghujung, teman sekitar menjadi semakin mengecil, cuma hikmah pkp ni aku lebih mengenali jiran setaman yang berdekatan. Jadi, baru-baru ini kakak datang dengan Shuri melawat aku sambil mengambil barang dagangan, sebelum ini kakak juga datang dengan kak Shahida yang aku gelar kekanda. Sedangkan dalam kepala otak aku, aku teringat dengan seorang lagi temanku eonni Conie.

Ye, aku mendapati bahawa yang rapat dengan aku kebanyakannya almost kakak atau lebih setahun atau dua daripada umur aku, aku pun tidak tahu mengapa jadi begitu. Mungkin kesan kena palau dengan kawan sebaya atau satu kelas pada zaman sekolah menyebabkan lebih selesa berkawan dengan yang berumur atas daripada aku- aku tinggal asrama daripada tingkatan 1. Sejak daripada tingkatan dua, aku sudah tidak satu bilik belajar dengan kawan sebaya.

Aku whatsapp bertanya khabar eonni, berita yang eonni sampaikan amat mendukacitakan. Dia baru sehari menjalani pembedahan membuang fibroid, bila aku khabarkan padanya aku juga punya fibroid malah cyst, teruslah dia berkhutbah panjang. Aku tidak tahu kebetulan atau apa, rezeki sebab aku baru sahaja bercerita dengan kakak hendak buang fibroid setelah menerima vaksin dos lengkap nanti- doakan aku. 

Setelah mendapatkan butir lengkap eonni, aku mencari kakak untuk bercerita alkisah dan kakak setuju untuk hantar kejutan buat eonni. Alhamdulillah! syukur sangat dikurniakan orang yang baik-baik ni. Tidak sampai dua hari, eonni update gambar telah menerima kejutan kitorang. Suka dia dan tidak sabar untuk lekas sembuh bertemu dengan kami.

Get well soon, eonni. Bogosipeooo!
 
Me, kakak and eonni.

Sunday, 15 August 2021

Udara luar rumah.

Lama sangat duduk terperap dalam rumah mengadap gadjet seharian pun tidak baik juga. Bila aku ajak temankan keluar ke kedai meskipun hanya dalam kereta jawapannya mudah 
"kobid la umi"
"malasla umi, nanti duduk dalam kereta je, handphone umi bawa" ada saja jawapannya. Aku sendiri tidak tahan untuk tengok suasana rumah sampai tahap cari hobi baru bercucuk tanam. Apa sahajalah yang ada di dapur tu, habis semua aku semai sampai menjadi. Memang bukan bidang hobi aku namun demi tidak mahu sesak dengan suasana rumah, aku terpaksa.

Aku dikira agak bernasib baik jugalah bertemankan si Khaida, yang kadang datang untuk kidnep aku supaya temankan dia, ke kedailah, ke sekolahlah, ke banklah, Khaida kan seorang guru, kadang tu dia sibuk menguruskan tugasan untuk anak muridnya, keseorangan di sekolah boleh mendatangkan ketakutan tiba-tiba, sekolah tempat dia mengajar tidak jauh dari rumah aku.

Kadang lama sangat tidak bercakap live ni, hilang skill bercakap, lupa dengan tatabahasa yang tunggang terbalik. Jika dengan Khaida, janganlah ada salah frasa ayat memang dia akan membahan dua hari dua malam kadang sampai berjumpa balik semula diingatnya. Tidak sabar hendak pergi vaksin 2nd dose dengan dia nanti, doakan semoga urusan kami dimudahkan. Eh! bukan ni nak cerita...

Ahaaa, ni aku heret daktiga ni main di luar rumah, depan pagar je pun. Kasi hirup udara luar sambil keluarkan peluh. Asyik PdPR and games sampai mata aku yang letih melihatnya meskipun yang mengadap gadjet tu bukan aku. Aku ajak dorang main bubble, hahahaa! aku beli RM 2.12 je sebatang, beli masa keluar dengan Khaida, di NTShop. Harus cari kedai yang tidak ramai orang.

Masa aku bawa balik tu, daktiga tidak hairan pun. Aku paksa jugak dorang main kat luar sambil tengok pepokok yang baru-baru nak naik tu (dah subur cantik baru interframe), hehe! Jadilah dapat main 2 hari sebelum semua habis dalam bilik air. Tunggang langgang dibuatnya bila 2boys together. Sekarang ni, hujan turun saja bila hari sudah petang. Daktiga berguling dalam rumah sahaja semula. 


Macam sedang terbang pula. Terbanglah buih-buih!

Cuti lagi, nak ajak main badminton pula, tapi kena standby bulu tangkis banyak-banyak dulu pasal peratus nak terbang atas bumbung tu tinggi.

Saturday, 31 July 2021

Memori di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Vaksinasi dengan bestie.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

3 hari sebelum kejadian 28hb Julai 2021.
Macam biasa, membelek handphone dan berbalas whatsapp dengan Khaida, chingu-sarang ni sehari tak kacau kehidupan aku memang tidak sah, sambil kaki tersangkut atas sofa. Hendak tengok berita aku malas sebab tuan asben tiada- dia je rajin tengok berita. Aku frust pasal asyik berita vaksin sahaja. Personal Instagram pun sudah lama aku tidak update, menyampah plus dengki tengok orang sudah pergi vaksin. Sambil membebel dengan Khaida, acah-acah ajak Khaida walk-in, tapi Khaida kata tak boleh. Sebaik tuan asben pulang, aku masih dengan handphone, entah macam mana berniat hendak update semula Profile di MySejahtera, pap! terus keluar list untuk temujanji vaksinasi pada 28hb Julai 2021 di Axiata Arena, Bukit Jalil. 

Apalagi, terus duduk bersimpuh dan ku khabarkan kepada Khaida. Khaida laju juga buat benda yang sama dengan aku, sama. Kami dapat temujanji pada hari yang sama, waktu yang sama dan tempat yang sama. Lekas-lekas memasing mengkhabarkan kepada suami masing-masing. Hendak pergi bersama, kami tidak mahir ke Axiata Arena, Bukit Jalil, cuma tahu itu merupakan tempat biasanya konsert kpop diadakan, tu ja.

Hari kejadian, aku keluar dahulu bersama dengan tuan asben. Mengenakan pakaian yang bukan main lagi, skirt labuh, sleeveless dan cardigan juga shawl, lengkap berkasut berstokin. Menarik nafas dalam-dalam menenangkan diri, it's just lawatan untuk vaksinasi sahaja Syasya, ini bukan apa-apa. Untuk orang yang punya mental-health like me, benda ni sangat serabut walaupun simple. Hendak menangis bila anxiety-attack datang menyerang, it's hard. Mujur ada tuan asben, yang suka back-hugs. (opsss! hehe.) Sedikit sebanyak, dapat juga tenteram, di samping Khaida yang tidak putus berbalas whatsapp daripada kami bergerak pergi dan balik. Kakak lebih dahulu menghantar tatacara bila sampai di pusat vaksinasi. Alhamdulillah. 
"tidak tahu tanya, ramai orang baik-baik di sana, tanya ja. Jangan fikir banyak sangat!." pesan kakak. She knew me well.

Aku menunggu giliran demi giliran, aku tiba dahulu mengisi borang dan bermain game. Khaida kata dia dah sampai, tapi aku tunggu dia tidak muncul dipintu. Orangnya terlalu ramai, penuh setiap sudut kerusi yang disediakan. Mana Khaida? Aku habiskan masa main TownShip, dan berbalas whatsapp dengan Khaida. Mamai aku duduk lama sangat. Sehingga Khaida kata dia sudah selesai dicucuk. Eh! Ini aneh. Dia menunggu aku di luar pintu tempat ambil gambar, tapiii aku berasakan giliran  aku masih terlalu jauh. Khaida tetap menunggu juga dengan suaminya, semakin dia berkata begitu semakin tidak sedap hati juga aku dibuatnya, aku minta dia pulang sahaja. Terasa menyusahkan orang lain. Tuan asben sendiri tidak mengisah aku, dia hanya menunggu di kereta sahaja. Rupanya Khaida terus naik ke level dua waktu sampai tadi, mungkin lebih smooth perjalanan vaksinasi di level dua. That's why apa yang dia cerita tidak sama dengan keadaan aku di level paling bawah. Haih! hendak lari naik pun, aku sudah setengah masa menunggu, tinggal beberapa step sahaja lagi. Next time, tidak sudi aku di level bawah ni, hahaaa. Tiba juga di giliran aku, berdua di bilik vaksin bersama seorang pembantu perubatan.

Fuh! time ni lah, handphone nak kejang pun sampai tak boleh di touch, tergelak doktor (aku panggil ja doktor) tu, aku hendak hilangkan rasa gugup. 
"takut jarum ke?" tanyanya.
"saya pernah kena czer doktor" aku menjawab.
"owh, sejuk sangat agaknya." sambil dia membuat kerjanya dan minta aku bertenang.
"ha a, sejuk. Bukan sebab takut, ekon ni sejuk sebab dah lama sangat menunggu, ramai orang."
"betul tu, makin petang nanti makin ramai orang datang." doktor tu menjawab.
Dan selepas tu aku dengar penerangan, dan tengok vaksin tu sendiri. Comel je. Cucuk dan siap. Sekejap sahaja prosesnya, cuma menunggu tu buat panas hati, panas montot.

Selesai cucuk dan berehat, sewaktu berehat terkejut sekejap melihat seorang rela memapah seseorang lelaki yang pengsan. Apalagi, berlari-lari anak dua tiga orang staff di situ. Menurut pakcik rela tu, lelaki tu mengadu pening kepala. Aku cuba-cuba juga feeling, alhamdulillah sedar lagi. 

Aku keluar setelah menuruti SOP. Di luar tempat orang ambil gambar sudah lengang. Alaaa, siapa hendak ambil gambar aku ni? aku minta tuan asben datang. Dia tak mahu. Hrmmm! aku hendak minta bantuan, semua lelaki belaka mengadap kotak tempat bergambar tu, malulah aku. Aku terus sahaja menuju kereta dan merajuk, tak pasal-pasal. Apa yang tuan asben tanya pun, aku sudah tiada mood untuk menjawab. Mencik, aku hanya hendak balik, makan dan tidur.

Khaida masih lagi bertanya khabar, sehingga malam larut dan aku tidur awal. Dos kedua nanti, kami sudah berjanji untuk pergi bersama-sama, pakai baju sama, buat perangai gila, ambil gambar banyak-banyak. Aku hendak ikut level Khaida, aku tidak mahu di level bawah lagi. Mudah-mudahan. Doakan semuanya lancar. Dan malam itu aku tidur awal, tidak pernah-pernah, mengantuknya memang lain macam.

Salah sendiri tidak pastikan vanue tu betul-betul, tapi...
Rela yang jaga tu pun tidak beritahu aku sepatutnya di level 2, cis!

Cip in my body 😀!

Memori di Axiata Arena, walaupun tidak tengok konsert, dapat
kena cucuk pun jadilah.

Me.

Tuesday, 27 July 2021

Adli dan mesin gunting rambut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Kisah hari ini aku sudah pelan daripada malam tadi, agenda paling utama jemur karpet, potong rambut Adli dan goreng mihun sambil menunjuk ajar PdPR. Celik mata, Subuh- baca Alquran, layan TownShip sekejap. Bila sudah layan TownShip memang akan leka, daripada hendak 15 minit menjadi ke setengah jam dan selepas itu sejam. Memandangkan memasing tiada google meet pagi ini, aku on duty housekeeping tingkat atas dan bawah.

Kemas dapur, buat air panas, sediakan air masak dan bentang tikar yoga. Belum mula harus on tv dahulu- hari ini layan drama Jun- Ukiss, Please Don't Date Him. Ini kali kedua aku menonton drama ni, suka drama ini sebab bukan genre yang berat lagi pun hanya ada 10 episod sahaja. Sambil tu minta kebenaran tuan asben hendak jemur kapet dan hendak potong rambut Adli. Aku pun tidak tahu awat cengeng sangat sampai jemur kapet pun kena minta kebenaran, hahaaa. Aku bukan apa, kapet tu aku hendak jemur dua tiga hari bagi kena hujan dan panas so rumah akan lapang bagai padang bola nanti. Tn. asben siap tambah  tugas, minta sembur terus dengan air. Dan teks seterusnya aku tidak baca. 

Aku angkat kapet dan naikkan atas tembok dengan bantuan Adli, hendak buat seorang memang tidak mampu. Berat gilaaa. Adli juga yang semburkan kapet di tempat bekas susu dan milo tumpah beberapa hari lepas. Masam baunya. Arrizqi menyiapkan peralatan untuk memotong rambut abangnya. Sebab, rambutnya sudah  aku potong dua hari lepas, ala-ala Song Mino kumpulan Winner, muahahaaa... Trim tepi kiri kanan dan depan, tinggalkan bahagian belakang. Sekali dia tengok cermin, 
"umiiiiiii....! rambut saya dah macam cendawan!" Muahahahahahaaa!
"cantiklah tu, macam Song Mino." and bila tuan asben balik, dia tak komen apapun, hehe! Jenuh belajar daripada youtube, haha!

Back to the story, potong rambut Adli bermula, dia hendak botak macam tuan Asben. Oh! bisa aja, mudah saja. Kiri kanan belakang dan depan. Guna gunting dahulu, sebab rambut Adli memang lurus dan lembut, sambil potong sambil cerita pasal rambut, pasal mesen dan entah apa-apa lagi. Dok kalut tukar gunting, mesin plus sikat konon pro, entah macam mana mesin terlepas. Ah sudah!. Mesin biasa tersangat, sekali jatuh terus arwah, aaaaahhhhh! cheongmallll... boleh murung dibuatnya sebab bahagian tengah belum sempat trim, hell!!! ini bencana.

Adli tenang sahaja, Arrizqi pun rileks sahaja, Auni tidak port sebab dia sedang Google Meet. Aku terus  mendapatkan talian hayat. Hrmmm padah tidak tengok hp, rupanya tn asben minta aku menunggu dia balik, dia akan beli yang official punya  mesin potong rambut. Halaaa... menyesal pun tak guna. Sweet gak Adli walaupun bagai orang tak siap tapi lebih kepada kesian, hahaaa!- kan dah tergelak. Aku kemaskan sahaja dan sambung masak tengah hari.

Lepas masak, Arrizqi minta PandaMart, dia hendak beli jajannya. Aku rasa dok rumah ni depa memang kerap sangat makan jajan, mulut tidak reti diam hendak mengunyah sahaja. Aku cari juga roti, biskut dan snek yang berfaedah- ada ke? bolehlaaa. 

Aku sambung mengawasi Adli dan Auni mengambil kertas ujian sekolah agama, seronok betul ambil ujian di rumah. Tidaklah aku hendak memberi jawapan, tidak kuasa. Buatlah sendiri, kosong-kosonglah, tidak ku kisah. Sendiri punya kebolehan. Tidak lama kemudian, tuan asben balik membawa sekali mesin potong rambut yang baru. Sempat digelakkan rambut Adli,
"apa sudah jadi Aie?" tanyanya sambil ketawa. Dia meminta aku selesaikannya, tidaklah aku mahu. Aku sakit pinggang angkat kapet tadi. Arrizqi sediakan semula segala peralatan dan tempat semula, dia memang cukup rapat dengan abangnya. Selepas minum petang tuan asben selesaikan sehingga botak as him. 

"saya tak payah keringkan rambut umi." sambil lap-lap kepala selepas mandi.
"umiiii dah pukul berapa?" jerit Arrizqi sambil turun tengok jam. 
"oh, abang pakai baju malam, takpe kan umi?" tapi  dia sudah pun naik semula dan membaling baju abangnya sekali. Hadoi!
"adik nak botak tak?" tanya tn asben.
"apa? taknaklah. ni umi yang potong." Arrizqi ni dia menghargai apa yang aku selalu buat untuk dia. Siyes! bila dengan tn asben, dia memang akan menangkan aku. Arrizqi sahaja yang berani menjawab atau berlawan kata dengan tn asben, kuat mengadu pun Arrizqi juga, hahaaa!

Ok, sekian cerita untuk hari ini, saja ku simpan jadi kenangan. Doakan aku ke Axiata Arena esok, mudah-mudahan lancar dan mudah perjalanan pergi dan balik, InSyaaALLAH!

sebelum rambut dipotong.

selepas rambut dipotong.


It take two man to make one brother.

Saturday, 24 July 2021

Bestie LOΛE 😍!

Ngedate tanpa dijangka.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Aku bangkit dari sofa dengan malas, 
"ayang hendak keluar tak yang?" saja aku tanya walaupun tahu dia memang tidak mahu keluar, hahaa. Yang berjanji dengan Syima ialah aku, kawan aku maka akulah yang kena berjumpa dengannya. Aku bersiap juga dengan ceria-ceria sambil dalam kepala merangka perjalanan sebentar lagi, ke SK dahulu baru ke SRA untuk ambil modul PdPR Auni dan Adli selepas itu ke kedai dan jumpa kakak. Sedang aku busy, sebuah kereta berhenti depan pagar, hrmmm... aku memang sudah agak. Si kakak ni suka benar buat kejutan. Kakak muncul dahulu ditemani Shuri disebelahnya sedangkan aku baru sahaja hendak menghidup enjin kereta.

"nak keluar dah ke?" dia menjerit daripada dalam kereta. Hanya kepalanya sahaja keluar dari tingkap.
"aaaahhh cheongmaaaalllll. Buat hal la kakak, member dah tunggu di sekolah agama." aku menjawab juga sambil menyusun balik jadual tadi.
"alaaa, nanti la sekejap nak lepak-lepak." katanya lagi.
"masalahnya dia dah tunggu, kita pergi dengan kakak je lah." aku menukar rancangan dengan mendadak.
"kamu nak pergi mana?" dia bertanya sebaik sahaja aku masuk ke keretanya.
"ke sekolah, sekolah tempat kita selalu parking kereta. Member dah tunggu di sana." aku menjawab sambil berbalas whatsapp dengan Syima. Dia menungguku bersama suaminya. Aku meminta kakak memberhentikan kereta di seberang jalan sahaja.
"kamu tunggu sini, jangan menyeberang, tunggu suaminya tu turun ambil dari kamu!" kata kakak daripada dalam kereta. Aku menurut sahaja menunggu suami Syima menyeberang. Banyak pula kereta petang-petang begini. 

Selesai penghantaran sabun dan berpamitan, kakak berhentikan kereta di deretan gerai berhadapan sekolah kebangsaan. Aku menyeberang sahaja ke sekolah kebangsaan untuk mengambil modul PdPR di pondok bersebelahan pondok pengawal, sempat aku menegur pakguard yang sedang makan durian, aku senyum sahaja dan memilih modul perlu ku ambil. Keluar pondok bertemu dengan kak Zawiyah, rakan sama-sama kenal di kelas zumba, berpamitan seketika dan membeli juadah kudap-kudapan petang hari. Membalas budi kesudian kakak dan Shuri menemankan aku. Membeli takoyaki, pau dan air. Kemudian masuk kereta. Mengucap dua orang melihat aku belanja, hahaaa. Udah mahu sangat aku belanja, ambillah! Bukan selalu. 
"mana pula?" tanya kakak.
"skolah agama. simpang kiri tu." aku menjawab. Memang tidak jauh, sebelum ini aku selalu parking di sekolah agama untuk ambil Arrizqi di sekolah kebangsaan.

Selesai membuat semua urusan, aku tidak sampai hati hendak menyuruh kakak ke kedai pula, apatah lagi kakak sudah pun membelok kereta ke simpang balik rumah, tidak mengapalah nanti aku Pandamart sahaja. 

Dalam perjalanan pulang, aku mendengar sahaja kakak dan Shuri berbual, menyampuk sekali-sekali. Topiknya pun, topik natural yang sudah diulas banyak kali di group whatsapp. 
"kakak maaf tau susahkan kakak, tidak ku sengaja menjadikan dikau grab hari ni, hehe!" mohonku, terasa bagai menyusahkan dia, ke sana-ke mari pula. Sepatutnya ku pelawa dia naik kereta ku sahaja  tadi. Argh! tidak mengapalah.
"haaa tu lah, tak pasal-pasal training jadi grab hari ni. Tak apalah, kita pun nak habiskan masa bersama kan?" balasnya.
Kakak dan Shuri mengambil sabun, berkesempatan menyambung berborak lagi, alhamdulillah syukur seribu rahmat. Hilang tekanan tidak bercakap sepanjang PKP ni. Gelak. Borak. Makan. Gelak. Borak sehingga Shuri teringat hendak berjumpa seorang lagi member, kak Shahida. Terima kasih sebab sudi mendengar cerita aku, sudi menumpukan perhatian apabila aku menyampuk. 

Normalnya, aku memang tidak pandai bercakap, tambahan aku lebih suka mendengar sahaja. 
Pabila aku bercakap, aku akan berasa orang akan "terasa" dengan apa yang aku cakap. 
Pabila aku bercakap, aku akan berasa  orang akan perlekeh dengan apa yang aku akan cakap. 
Pabila aku bercakap aku terpaksa susun ayat aku betul-betul, padahal mereka sudi sahaja mendengar aku bila-bila masa sahaja. 

Mereka meninggalkan aku dan bergerak pulang setelah kami berpamitan. Alhamdulillah! 

Friendship isn't about whom you have known the longest,
It's about who came and never left your side.