Showing posts with label Artwork. Show all posts
Showing posts with label Artwork. Show all posts

Saturday, 13 December 2025

HOBI: Pembahagi Bulanan Planner-Journal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Tujuan asal hendak menyusun jadual persekolahan 2026. Alih-alih tersangkut buat pembahagi bulanan untuk sya2ggnotebook2026. Let's go.


Kali ini tiada handwriting, sebab kerajinan tu ada 7% sahaja, selebihnya main stamping, gunting dan tampal sahaja. Ikut rasa hati, kekunun cantikla gitu kan. Tangan masa ni comot gila, hahaa~


Bahan-bahan stamping, kita beli online je. Itupun tunggu mereka-mereka yang rajin letgo. Hendak beli yang original, mahal sangat untuk kita yang biasa-biasa ni. Rasa ketinggalan? tidaklah, sebab buat untuk terapi diri sendiri sahaja. 

Semuanya kitar semula. Habiskan mana-mana yang tersisa.

Simple je, semua stamping dan drawing. Guna pembaris bercetak tu.

sya2ggnotebook2026

PLANNING IS A SKILL AND AN ART WHICH TAKES A LIFETIME TO MASTER.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Friday, 18 July 2025

Hobi: Quilling Paper Art.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu hari ditempat kerja (aku berhenti kerja tahun 2012) aku blogwalking, satu blog ke satu blog ke satu blog sehingga bertemu dengan blog AZLINA ABDUL, eh? menarik- Korang rahsiakan, aku tuang kerja. Serius daripada kertas shredder boleh jadi macam-macam bentuk? disebabkan pada masa tersebut kedudukan meja aku diluar pengawasan CCTV berhampiran pula dengan meja terletaknya mesin pengisar kertas jadi aku pandang mesin, mesin pandang aku. Pembantu Admin (PA) aku masa tu, Mazerah pun ikut sama memandang sambil angkat-angkat kening.

Ahah! tapi macam mana hendak gulung? aku cari pencungkil gigi di pantry. Awal percubaan, aku guna gam biasa, pencungkil gigi dan paper strip tu aku hanya potong guna pisau dan pembaris sahaja. Leceh! hendak buat kelopak bunga sahaja perlukan 5 paper strip, nak menggulung lagi, nak menggam lagi, eh malas. Nama pun PA, aku suruh dia shredderkan paper, haaa terus dapat banyak. Satu masalah lagi, gam yang digunakan tidak boleh guna gam jernih biasa, kertas jadi basah dan lembik. Ambil masa untuk kering, bila sudah kering jadi keras kejung.

quilling pertama.

Aku email kakLin, bertanya tentang gam dan tools untuk menggulung, dengan baik hatinya kakLin membalas email aku dan terangkan dengan jelas. Kita hanya interaksi melalui email dan blogspot sahaja. Kita sejenis tidak berputus asa, belajar-belajar dan belajar. Sehingga, PA datang kepada aku bertanya apa yang hendak buat sebenarnya. Terus dia minta aku ajar macam mana hendak buat, alih-alih disuruhnya aku buat 1000pcs rama-rama untuk dia lekatkan atas goodies bag sempena majlis perkahwinannya. Ayuh kita sahut cabaran.


kad birthday, ahahaha!

kad raya untuk PA

Dan bermulalah episod aku terjebak dengan quilling paper art secara part time. Aku buatkan kad birhday dan penanda buku juga kad raya untuk kawan-kawan blogger, sampailah aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Bila berhenti kerja, kerja quilling jadi tergendala kerana aku berpantang si Arrizqi dan berpindah masuk rumah sendiri, aku berpisah dengan mesin shredder. Aku tantrum sehingga hampir kemurungan pada dua tahun awal berhenti kerja. Kawan-kawan sudah tidak ada dan tidak sama. Aku tidak terikat dengan waktu berkerja ruang kerjaku hanya rumah-rumah dan rumah. Pada masatu hanya aku vs daktiga vs rumah baru. Aku mula aktif semula sebaik sahaja Auni masuk sekolah.

Bila semakin ada masa terluang, daktiga pun sudah buat hal masing-masing selagi mereka tidak buat onar, aku kembali ke arena. Tuan asben hadiahkan laptop baru, hadiah kerusi dan meja kerja, aku pun mula mendapat pesanan dikalangan kawan-kawan blogger. Rajinnyalah seorang Syasya pada masa tersebut, ahahaha!

tempahan pertama selepas berhenti kerja. teruja kemain.

dah pandai sikiiit buat beday card.

maju sikit buat fridge magnet.

fridge magnet.

fridgemagnet untuk kawan-kawan sekolah.

fridge magnet untuk beday bash.

fridge magnet saja-saja gedik, nama family.

fridge magnet lagi.

bithday card member sekolah, picture pop tu lukis sebab belum ada printer.

kad ucapan tahniah kelahiran baby.

quilling hanging untuk kawan sekolah, aku dak baru belajar betul ler.

Quilling card Aidilfitri, dapat kad terbaik masa ni. Pesanan daripada kawan sekolah.

Fridge magnet again untuk hari guru.

Quilling card untuk pengantin baru.

Quilling birthday card lagi.

Cukup dululah, karang boring pula asyik hendak show-off ja, ini karya awal-awal penglibatan aku dalam seni quilling paper art. Hingga sekarang aku masih belajar lagi, apa tidaknya setiap pelanggan yang menempah citarasanya semakin rare dan pelik. Daripada kad ucapan daripada kertas kitar semula membawa kepada kad ucapan yang berevolusi tinggi, wow beria kau Syasya!

Aku hanya gunakan apa yang ada disekitarku sahaja, nanti aku cerita bagaimana terjebak dengan quilling guestbook dan kumpulan kawan-kawan art. Ada je aku cerita di bloghijau ini, tapi biasalah aku pun sudah tidak ingat entri mana satu, aku tulis isi dulu baru fikir tajuk, lepas tu tajuk tidak seiring isi, nasib la situ. See ya semua, salam Al-Kahfi. 

Tuesday, 8 July 2025

Hobi: Handlettering dan Planner.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


#2025sya2note untuk setengah tahun pertama, struggle sedikit kesukaran hendak susun kedudukan untuk ambil video kerana notebook ni lebar memanjang ke sisi. Bila buka kedua belah muka akan jadi lebih panjang.

Bagaimana aku boleh pandai menulis kaligrafi? pergi kelas? tidak, aku tidak pernah menghadiri mana-mana kelas pun, asalnya aku memang suka menconteng buku, asalkan ada sebatang pen dan kertas/ tisu tangan auto jadi tak reti diam. Daripada sekolah rendah, aku suka dengan benda rare contoh menggunakan pen selain warna biru, merah dan hitam. Tahun 1996 benda tu semua adalah baru bagi aku. Papa aku sejenis suka dengan lukisan dan lakaran, dia mengajar aku melukis tulisan block menggunakan buku tulis kekotak biasa guna untuk matematik. 

Daripada situ, aku rasa seperti leceh sahaja jika hendak buat tulisan block, mesti nak ada kertas kekotak, mesti kena gegaris dulu, aku pemalas. Jadi aku imagine lukis ikut hati janji semua huruf itu seimbang bentuknya. Setiap tahun, dia akan beri aku satu planner untuk aku buat nota sekolah, bagi aku planner adalah untuk diari bermakna aku punya diari sejak sekolah rendah lagi. Zaman belajar, aku suka menconteng dan melukis pada kertas nota, lengkap dengan muka pensyarah yang sedang bersyarah. Tidak cukup, aku conteng muka surat paling belakang buku nota kekawan, hehe!

Bila sudah menua, bila ada iG, bila ada talian internet menjadikan kita mendapat maklumat dengan lebih banyak, kita eksplore mereka-mereka yang rajin berplanner. Aku suka yang simple sahaja, semua recycle, semua handmade, semua lukis sendiri. Daripada planner berwarna-warni, membawa kepada dua tiga tona warna sahaja, berubah mengikut meningkatnya umur. Daripada gila bershopping stiker membawa aku buat stiker sendiri, cari kertas pelekat. 

Daripada planner, aku kenal dengan handlettering, join handlettering challenge setiap bulan, buku nota daripada lebihan buku sekolah daktiga aku klip dan jilid jadikan buku nota baru untuk join handlettering. Orang lain guna pen kaligrafi, aku pun tak mahu kalah. Kali pertama aku cuba tulisan kaligrafi, daripada satu kalender meja. Tulisan untuk setiap nama bulan dalam kalender tu sangat cantik, jadi aku meniru sahaja menggunakan pen berdakwat hitam, kita panggil fauxhandlettering. 

Rasa macam leceh dan lambat membuatkan aku mencari juga pen untuk kaligrafi, dan bermulalah episod berlatih melembutkan jemari, maklumlah jemari kita tidak semulus zaman muda-mudi. Latihan tu masih belum berhenti sehingga ke hari ini. Bila timbul rasa kosong, mulalah emosi hendak berjiwang, aku akan lattering. Begitulah seiring dengan kehidupan seorang house manager yang jarang bercuti mahupun vacation handlettering is my theraphy. Alhamdulillah.

fauxhandlettering.

dah terrer sikit, gabungkan guna pen kaligrafi dan fauxhandlettring.

stiker ala-ala mrDIY punya, ahaha!

kertas kulit buku sekolah daktiga.

Advance sikit, ada washi tape dan stiker. Nota yang dah penuh, jadikan gift bagi pada kekawan.

fauxlettering using chalk and board ~ kena cabar.


2011- 2012: Planner daripada opis, bawa pensil warna dalam handbag, sebab tangan gatal nak planner cecantik. 
2013: Beli buku nota garis satu lawa sikit, kulit plastik lutsinar dan ada butang di kedai depan rumah. Harga tak sampai RM3
2014: Beli sketchbook tanpa garis, tak best sangat sebab kertas tebal dan berkilat, pensil warna susah nak lekat jadi tak berguna banyak taip di bloghijau.
2015: Dah resign buat notebook sendiri sebab terjebak dengan quilingguestbook. Guna colour paper, cover daripada kelendar meja saja.
2016: Makin rancak buat guestbook pengantin, akhirnya buat planner kekonon comel. Guna kertas A4 dibahagi dua mula terpengaruh dengan stamp dan stiker.


2017: DIY lagi, tapi bentuk lain, paper colour cover daripada kotak secret resipi. Kekawan minta buatkan planner untuk dorang.
2018: Terpaling mahal terpaling sengsara nak habiskan setahun, kitanya suka melukis jadi lekat banyak stiker. Yang tak best tak boleh muat setahun, tambah clear cover untuk setahun. 
2019: Best tapi ruang kecik nau, mula buat bullet journal. Ringkas ja. Planner daripada Prudential.
2020: Sha bagi ring planner besar cover warna mint (tatau mana pergi tu). Jenuh la nak habiskan setahun. 
2021: Sha juga bagi notebook kosong dan baru banyak sangat, jadi guna je apa yang ada. Terpaling best sebab dapat lukis template sendiri.
2022: Pun daripada Sha, aku sayang kertas insert dia bagi, banyak amat. Kertas planner reject, tak dapat jual pada customer dia diberinya kepada aku.
2023: Back to DIY, kertas buku sekolah daktiga. Tak best sebab licin sangat, memang elok tulis dengan pensil, but I like pen more.
2024: Recycle photobook Nuest, sebab dah gila dengan warna black-white. Cover buat sendiri, konon taknak comot, heh! jika sudah setahun guna, macam belacanlah kejadiannya.

Pentel Fudetouch atas kiri.

Favourite kaligrafi pen: Tombow Fudenosuke Brush & Pentel Fudetouch Brush pen serta Fabercastelltruegel0.5

Sekian bebelan, salah satu terapi di rumah. Sebenarnya hobi pertama sejak berhenti kerja ialah paperquilling, lepas tu melarat buat notebook dan melarat dan melarat, hahaaa! Sorry sekiranya terasa entri ni seperti show-off pula, terima kasih sudi singgah di sini. Lepas ni ada yang mahu kisah quilling ke? hiii...... bila kehidupan sudah mula rasa biasa-biasa ja.

Tuesday, 29 October 2013

Hobi sahaja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selesai menyiapkan beberapa order, rata-ratanya tertarik dengan Quilling Fridge Magnet. Entahla, aku buat yang termampu. Hendak fikir banyak sangat, kusut pula kepala aku nanti. Aku menaip entry ni pun, sambil bertemankan rancangan Star King 393-OneHD. Dengan trio yang tidur ala bintang, kepala bertemu kepala kaki menjulur ke arah luar.

Kepada kawan-kawan yang suka dan sudi dan berminat dengan hasil tangan tidak seberapa ini, boleh sahaja roger di nsahida@gmail.com. Isk! tidak pandai betul aku hendak buat promosi. Ngeee... tiba-tiba kekok dengan product sendiri. Aku buat hanya bila ada kelapangan, jila ada due date aku akan usahakan untuk siap mengikut jangka masa. In shaa Allah.





Quilling frame: RM15-RM20

FM yang telah aku hasilkan setakat ini.

Aku budak baru belajar, jika serba kurang harap di maafkan. Banyak juga kan? ngehehe. Ok, boleh email aku di nsahida@gmail.com dan cuci mata di Hobbies dan #hobbiesart di Instagram. Aku hendak berterima kasih juga kepada mereka yang pernah dapat hasil tangan kayu ku ini, harap anda semua gembira. Sepertinya, aku udah tidak larat hendak ambil gambar setiap kali sebelum proses packing, phew!

Ok, hendak angkat trio one by one naik bilik. Daaa...

Tuesday, 24 September 2013

Koleksi dan projek.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Amboi tajuk kemain, macam biasala tidak lain dan tidak bukan tentang koleksi aku, mesti orang sudah naik jemu dengan entry hobi, kegemaran, koleksi novel, art, dan tupperware aku yang tidak sudah-sudah tu kan? hahaa. Takpela, siapa-siapa yang sudah jemu jelak lagi menyampah, bolehla buat apa-apa yang patut. 

Dengan ini, asalnya membeli untuk diri sendiri aku kini mengembangkan sedikit sayap untuk sama-sama membantu upline (biasalah kena ada sifu dulu) dan mempelajari selok belok bisnes (boleh ke guna word ni), tidak lain dan tidak bukan Tupperware. Usahlah di harap aku sudah pakar segalanya, aku masih lagi belajar-belajar-belajar dan belajar. Disebabkan, aku suka dengan blog makanya aku menawarkan diri untuk menjadi emak kutu Tupperware blogger tahun 2014, in shaa Allah. Aku hanya menawarkan 8 sahaja kekosongan lagi untuk RM40 sebulan. 

Hijau dapurku.

Sebab 2 sudah pun terisi dengan kawan sejawatan yang menyambung terus daripada kutu cuba-cubaan RM30 sebulan pada tahun ini, hehee. Lets, collect sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Terbuka kepada yang betul-betul berminat, sila email di nsahida@gmail.com dengan tajuk KuTuppy 2014. Kita akan mula main akhir Disember nanti. In shaa Allah. Maklumat lanjut, akan aku war-warkan di bloghijau ini. Sebarang pertanyaan jangan sesegan untuk email ye. Sekarang semua email, kemain ko Syasya.

Ok, next... Asalnya daripada hobi, bagi kad pada kawan-kawan sehinggalah mengembangkan sedikit sayap sebelah pula, membuat art Quilling. Dan yang menjadi kesukaan ramai ialah fm Quilling family. Seseorang telah minta untuk aku buatkan pokok yang berisi nama ahli keluarganya. Bila aku muatnaik di Instagram, wah! rezekiku mungkin di situ. Aku cuba sedaya upaya menghasilkan yang ter'best' untuk mereka yang sentiasa memberi sokongan. Kini, aku ke depan setapak lagi. Mungkin tidak besar sangat tetapi bila sesuatu yang kita buat dihargai orang, kita rasa sangat berbaloi. Kan?

Owh, ada frame juga. Harga bergantung pada saiz dan design. Sekitar RM5-RM8 (fm) dan RM10-RM20 (frame)

Sama juga, siapa yang berminat hendak order bolehla email di alamat email yang sama. Di sini, aku juga berterima kasih kepada pembaca bloghijau dan blogoren yang sentiasa memberi sokongan kepada aku, sentiasa setia dan ada untuk memberi kata-kata semangat meskipun kita tidak pernah bersua muka. Syukur aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang penuh dengan idea dan perangsang.

Terima kasih kerana sama-sama berkongsi minat yang sama, berblogging. Love you all. Always!

Lanjut mengenai Maajun Anggun Bistari boleh baca di http://majunanggunbistari.blogspot.com/ aku pun rujuk blog ini sebelum melanggannya. Nyata puas hati.

Friday, 30 August 2013

Aktiviti yang tidak boleh elak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Shopping. Hari tu masa berkerja memang galak membeli online, semuanya dihujung jari. Cukup bulan, abi jadi mangsa sebab ketidak cukupan duit. Ngeee. Ku fikir jadi pengurus rumah tangga nanti, maka terhentilah aktiviti shopping online ni, namun harapkan impian yang tinggi melangit, jangan haraplah nak mencapainya dengan tangankan? aktiviti tu diteruskan juga malah dengan abi-abi sekali terjebak, muehehe.

Jelak sudah posmen poslaju tu asyik datang rumah aku je, jemu dia asyik muka aku je yang menerima barang, kesudahannya bila aku keluar sahaja pintu dia terus minta nombor kad pengenalan aku, hahaa. Nama aku dia dah tulis siap-siap dalam borang bukti penerimaan. Aku suka shopping online baju anak-anak, baju aku, barang-barang yang terpaksa memilih lama di kedai, aku beli sahaja di rumah.

Selain tu, jika keluar membeli barang dapur aku suka buku. Aku suka kedai buku, kedai yang ada majalah atau kedai alatulis. Sah-sah, mesti ada sahaja yang aku akan beli. Tidak barang-barang art, novel, tidak pun suratkhabar, buku Auni atau apa je la, janji beli. Abi memahami juga, dia tahu bila aku sudah masuk kedai buku, jangan harapla hendak kejap-kejap.

 Aku perlukan sebuah meja simple dan sama tinggi dengan almari novel tu. Atas almari tu la tempat aku buat art.

 Selesai 10 pcs birthday cards.

Art, entahlah susah hendak tinggal, syukurnya ramai juga yang berminat dengan seni kertas ni, terutamanya quilling. Di Malaysia ni, ada juga pakar-pakar seni kertas, cuma pencinta seni je la yang layan kot macam aku. Suka mencari sesuatu yang jarang ditemui. Design pun limited edition, tidak pernah sama dengan yang lain sebab tu aku ada blogoren untuk dijadikan kenangan.

Aktiviti yang asalnya cuci mata akhirnya jadi peminat dan penyimpan. Tidak juga simpan, mostly aku guna hari-hari. Tupperware brand. Aku suka yang hijau-hijau sahaja, sekarang ini popular warna merah jambu dan ungu. Dan, sekarang aku handle kutu tupperware pula. Adoi, jadi mak kutu aku ni. In shaa Allah tahun depan aku buka untuk booking kutu tupperware, ada yang minat tak? RM40 sebulan. Dapat 10 orang jadilah. Tiga dah terisi. Dapat juga aku buktikan pada abi, aku boleh bisnes. Aduh statement.

Jomla, tidak rugi sebab ianya memang sangat kemas dan tidak makan ruang yang banyak.

Ini sahaja la yang aku benar-benar suka bila berada di rumah sendiri ini. Orang perempuankan? mana boleh mengelak daripada bershopping, muehehe. Terima kasih abi.

Wednesday, 21 August 2013

Kalut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biasalah, orang bercuti raya mood pun ikut beraya bersama. Sudahnya, kerja yang patut boleh siap kesemuanya jadi terbengkalai. Bulan ini kena struggle, menyiapkan pending order kad ucapan buatan tangan aku ni. Alhamdulillah ada juga yang sudi menghargai karya aku yang tidak seberapa.

Sebelum hari raya tempoh hari, aku telah mengubah suai balik buku skrap Auni Adli. Ingat lagi ke tidak kepada buku skrap budak berdua ni? 


Ini yang asal, terpaksa aku buka semula untuk menempatkan Arrizqi punya pula. Tukar kepada yang lebih mudah sekiranya ada pertambahan lagi selepas ini. Gunakan semula apa yang ada. Antara isi yang aku punggah semula, ujian kehamilan, tag penanda dan tali pusat. Bubuh semua jadi satu muka surat, hahaa. Ada pertambahan, tambah je lagi satu muka surat, itu lebih mudah.

Muka depan belum siap masih tidak jumpa apa yang bersesuaian. Seperti tertera, tom and jerry yang suka bergaduh-gaduh sayang but kali ini ada tiga, apa ye? ke letak je gambar mereka bertiga? sampai sekarang terbengkalai, aku sudah sibuk dengan order daripada pelanggan, eh! macam poyo je statement ni, ngeee..

 Kad ulangtahun kelahiran untuk pelanggan pertama. RM10.

Sudah selamat sampai ke tuannya. Syukur siap dan dapat dihantar pada masa dan waktunya, maklumla musim raya kan. Risau juga tidak sampai. Kad ini, aku buat dengan penuh cabaran, maklumlah pelanggan pertama, mestilah menarik tertarik dan kebabom. Quilling diluar, pop-up di dalam. Harga boleh runding (nsahida@gmail.com) sebab buat mengikut tahap kesukaran untuk rekabentuk serta kertas yang digunakan. 

Banyak kekurangan untuk pelanggan pertama ni, kawan sekolah dedulu yang tempah. Memang banyak tulis tangan banding komputer terutama tang ucapan bahagian dalam, gunting love is in the air kesemuanya tangan sendiri, dari depan ke belakang semua original handmade, nampak je simple tapiiii, phew! jenuh tak jenuhla kan.

Bila tiba kepada yang empunya, suka dengar dia mahu repeat order dan berpuas hati. Begitu juga tempahan untuk goodies card untuk majlis aqiqah tempoh hari, awal-awal sudah berpesan hendak order bila anaknya setahun nanti. 

Dan yang lagi kalut kelibut, tiba-tiba aku berminat untuk cebur diri dengan tupperware, huaaaa...dengan bulan yang singkat ini, aku telah arrange untuk kutu tupperware RM30 seramai lima orang, OMG bolehkah aku wei? aku budak baru belajar, tolong-tolong.

In sya Allah, masing-masing sudah berhasrat untuk main lagi tahun depan, struggle Syasya, u can do it! fully support from abi. Thanks love. 

Arrizqi semakin suka berjalan, syukur perkembangannya cukup memuaskan hati aku, Adli juga semakin petah bercakap dan dia sudah pandai makan tanpa bersuap, makan berpinggan-pinggan. Auni my daughter, kepoci yang maksima, kawan aku sampai bila-bila. Bersembang mengalahkan orang tua. Love them all.

Syukur, rezki rahmat Allah. Alhamdulillah, cukupla dengan apa yang aku ada sekarang. Alhamdulillah.

Wednesday, 10 July 2013

Sekali lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur siap pada masanya, tahun ini lebih mudah lebih ringkas lebih comel [ok, aku perasan] muehehe. Tahun ini aku lebihkan lagi 10 keping, tahun lepas dapat buat 40 keping, tahun ini menjadi 50 keping. In shaa Allah akan sampai kepada mereka yang disayangi, dirindui, dekat di hati dan setia memberi semangat serta dorongan.

Ringkas dan errr... cantik [sambil kelip-kelip mata ;)]

 Random saja, macam-macam saiz pun ada. Sebab tu la ianya istimewa, tidak pernah sama. Adeih!
Buka untuk tempahan tahun hadapan :p

Untuk yang paling istimewa juga, fridge magnet quilling katanya, handmade. Suka tak-suka tak? But, ada 20 pcs sahaja semuanya sudah ada pemilik ;) tehehehe, siapa tu? biarlah rahsia. kikikiii... ada yang mahu order? sila email nsahida@gmail.com. wiii!

Macam cantik pula bila sudah banyak begini, lekat di whiteboard sahaja.

 Kad raya 2012 in memory.

Tengah berfikir, hendak update bloghijau ke tidak sepanjang Ramadhan ni, tahun pertama berpuasa di rumah sendiri, tahun pertama berpuasa dengan status pengurus rumah tangga, tahun pertama berpuasa dengan askar tiga. Alhamdulillah, sahur dengan tenang. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.