Monday, 27 July 2026

Hobi: Perkenalkan Kad Dalam Frame.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Mesin cucian sedang menjalankan tugas, kita ambil penyapu letak sebelah meja, niat hendak menyapu terhenti seketika, tangan rasa ngilu betul. Baiklah, time for show-off new project. Eh, tiber~

Projek kali ni, mudah sikit. Mudah namun perlukan material dan ilham yang hrmmm, kadang rasa letak je la, kadang rasa hrmmm kenot-kenot, tidak sesuai. Tapi redah je la, asalkan kepala tidak terlalu jauh berfikir.

Sebenarnya benda begini, kita belajar daripada buat planner-journal. Buat pun dalam planner sendiri sahaja, tengok orang buat kita cuba juga, walhal planner tu tidak pun hendak dijengah semula melainkan menyemak kejadian penting.

Alih-alih, cousin yang minta quilling frame hari tu, minta buat seperator planner tu dalam frame. I like? eh? Selain pembahagi planner kita buat juga sebagai kad ucapan Aidilfitri, Hari Guru atau Hari Ulangtahun Kelahiran, hanya kad bukannya letak dalam frame. Jadi, untuk memenuhi permintaan, kita cuba.

batch: hitam putih.
menegak, hrmmm agak tak best buat menegak begini, untuk nama pendek, ok. nama panjang, tidak muat.

jadi, kita buat melintang sahaja. hendak nangis juga bila kena penuhkan frame tu untuk nampak seimbang.

tiber rasa nak handwriting. tangan dah parkinson, takleh banyak guna sangat (alasan).

batch: ada warna, dah handwriting namun nama tu tak naik. jadi kita korek majalah.
 

macam biasa, bila dah siap akan ada sindrom rasa sayang hendak lepaskan.

Kita gunakan bunga-bunga kering daripada bouquet birthday lepas untuk jadikan menarik sikit, menarik ke? ahahaha, bolehla idea daripada chatgpt. Guna rubber stamp dan washi. Seronok buat benda ni, tidak perlu ralit sangat menunduk tapi ink bersepah la kekdahnya, hitam di sana-sini. Guna warna-warna natural biar mudah hendak serasikan. Bolehlakan? sudah dia hendak sangat, janji dia gembira sudah. Thank you cousin.

sempat untuk jiran sebelah rumah. suka dia dapat ni.

Ada yang minta kita ajar buat benda ni, kita bukannya tidak sudi hendak mengajar namun tiada bakat mengajar. Kita belajar pun daripada tengok ig dan tiktok, hahaa~ dorang yang pro planner-journal ni banyak betul idea. Seorang tu punya planner sampai 7 buah planner, semua isinya lain-lain meanwhile me? satu namun jadi rojak. Ihiii~ janji hati gembira, ya udah!

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Thursday, 23 July 2026

Mewarna Buku Cerita Kanak-Kanak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Pandai sangat tu, tidaklah. Tapi bila diberi kepercayaan, sedikit banyak boleh mendatangkan keyakinan bakat untuk diserlahkan. Biasa layan video mereka yang pro dengan lukisan canvas, melukis gitu-gitu ja, eh kita rasa terinspirasi juga cuma sedar diri, jemari ku keras.

Sebelum bermulanya aktiviti, kita termenung lama, menatap setiap lukisan satu persatu, ada lima helai kertas bersaiz a2, kali pertama tengok kertas saiz a2, besar. Tergelak sedikit melihatkan tiga jenis arnab pada setiap helaian. Mija sendiri pun gelak, kakaknya ni ikut sahajalah.

Seminggu juga mengerjakannya, penat berhenti sekejap. Lapar, makan. Rutin tetap rutin, cuma bersyukur jugalah tuan asben tidak pulang masa tengah bergelumang dengan mewarna lukisan buku cerita ni. Comot usah dikata, habis semua skill di serlahkan. Daripada berus berbulu sampai ke berus tegak, daripada berus tukar kepada span, satu warna campur dua tiga warna, oiii mejaku sangat bersepah kaluuu.

Hari Selasa lepas, Mija datang untuk ambil kerana hari esok, dia perlu bentangkan pada pensyarahnya. Alhamduillah, senang hati dapat membantu. Agak gelihati apabila Mira (kakak Mija) marah Mija susahkan kakIpar buat assignment, ye la kakIpar pun kena rest more, she know it. Mija menjawab dengan yakin "Mija warna sendiri, memang tenggelam terus". Kita jadi yakin lagi pabila tuan asben pun cakap cantik, jika kena dia warnakan pun memang entah ke mana-mana. Ihiii~ dapatlah buat kita ni perasan dan tersenyum untuk sehari.






macam-macam lecturer Mija tanya kak, guna warna apa, brand apa, guna berus macam mana. pening mija.

Jadi, siap projek yang ini kita ada projek baru yang menanti. Tunggu kita fikir nama untuk projek baru tu dulu, baru kita show off kat sini, muahahaha~ 

Untuk semua pembaca, terima kasih sudi datang baca bloghijau ni, ada masa ni bolehlah kita blogwalk. Kita ambil berat atas semua nasihat kakak dan kawan-kawan sekalian, mekaceh~

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Saturday, 18 July 2026

Ternyata Sibuk.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Ada je ni, lagi di suruh rehat, lagi banyak benda yang kena siapkan, ihiks~ 

Kita kena agihkan masa balik semula ni, kena susun semula rutin harian yang terasa packnya. Seperti tidak kecukupan tidur pun ada. Badan pun sudah mula bagi isyarat yang pelik-pelik, hahaa.


Now, kena siapkan task from my sil. Entah jadi entah tidak aku mewarna ni pasal saiznya besar sangat. Ada 5 helai perlu diwarnakan dan dia hendak pada Selasa nanti, claim Kenangan Coffee boleh, ah gitu!


Frame sudah sampai, get ready untuk projek baru. Projek baru yang senang je, tapiii kena guna fikiran, kena berfikiran jernih baru buat. Don't worry, bukan quilling. Ihiks~


Tolong Arrizqi buat PSV, PSV pun sudah seperti subjek RBT, mentang member tidak ambil subjek RBT, diletaknya di PSV. Dia tidak mahu buat, mak yang suruh sebab dok tengok ada sorang Jepun tu suka buat perabot mini gunakan kotak terpakai. Bahan semua sudah ada, why not. Mengerjakan daripada pagi sampai ke malam, selamat sudah dihantar pun. 
"Cikgu puji umie, cikgu kata cantiknya awak buat."
"ramai ke yang hantar?"
"takpun, saya dengan Adam je" lah~

Sebenarnya mak membantu tu, mak yang hendak guna kabinet tu, ahahahaaa. Serabut tengok benda kekecik atas meja kerja ni. Rupanya, dia hantar tapi tidak dapat semula pun, adei.

Hakikat sebenarnya:
Kenapa sibukkan diri? hrmmm, kita tidak mahu berfikiran yang bukan-bukan, bila patah hati emosi mudah terganggu, kita jadi overthinking, jika kita mengadu, kita sendiri yang kena semula, I just wana hugs, thats all. Bukan kena bash by bash, sudah sedih makin sedih jadinya. Makanya kita mengadu dengan DIA yang maha mengetahui sahaja disamping layan sakit kita ja dan hobi kita ja. I need to be selfish right know, but believe me, ini pun kena tiaw satgi sebab meroyan tidak habis-habis. Mungkin, dia hendak kita lupakan terus, lupa akan kewujudan dia, baru tau (ketawa jahat). Manusia memang pelik, huhuu~ 

Maafkan kita, teremosi jap. Ajoms start kerja. Ayuh! Uols take care dulu, nanti kita marathon blogwal slow-slow okey.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Friday, 10 July 2026

Tulang Oh Tulang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Melepasi 40 siri, buka satu buku kesihatan. 

Lepas ambil Arrizqi pulang sekolah, terus meredah jem sana-sini-situ untuk follow up masalah tulang kali lepas, jumpa pakar tulang Dr. Ramesh jam 7pm namun masih tersekat dalam kesesakkan lalulintas. Mujur ada Arrizqi temankan, meriah sikit suasana dalam kereta. Jam 7.15pm tepat sampai parking Putra Medical Centre (PMC) dan menunggu.

Kita giliran yang ke lima tapi di pangkah dengan giliran ke 6, eh? eh? tapi takpe, kita rileks-rileks saja, sebenarnya pelik mengapa mesti di follow up? bukankah sudah selesai pada pertemuan kali lepas? mari kita.

Macam biasa bla-bla-bla, ujian tangan, bangun duduk dan doktor suruh fisio. Yang paling tidak boleh lupa boleh pula dia tanya tahap pendidikan kita ni?
"sekolah?"
"u sekolah sampai mana? SPM?" tanya Dr. Ramesh.
"diploma computer engineering" 
"ok good, nanti u Google, Cervical Spondylotic Myelopathy, I rasa u boleh faham sakit u ni dalam Bahasa Inggeris" terangnya seraya menghulur sekeping nota.
"owh, boleh chatgpt kan ada. pastu kena pergi fisio ke doktor? selain pergi fisio, boleh buat senaman sendiri tak?" Syasya cuba tawar menawar. Eh, tak rajinnya fisio-fisio bagai ni.
"boleh, nanti ada video sekali dalam Google tu, sakit u ni terlalu awal u dapat, patut dapat dalam umur 55 dan ke atas" terangnya lagi, kita hanya menyengih saja, hehe~
"sakit ni masih peringkat awal, jika u rasa amat sakit u datang jumpa sayalah. kurangkan buat kerja yang u suka buat, banyakkan rehat" 
What? alaaaaaaaaa saya sayang meja kerja saya, ottoke??? - dalam hati saja.

"ayuh kita karoks Ersyad"

jangan tak makan ubat tu umie - arrizqi.

Cervical Spondylotic Myelopathy adalah keadaan di mana saraf tunjang (spinal cord) di bahagian leher terhimpit akibat proses penuaan, haus, dan lusuh. Ia adalah penyakit serius yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal jika tidak dirawat.

Punca terjadinya CSM apabila struktur tulang belakang di bahagian leher (serviks) merosot:

  • Cakera menyusut: Kusyen di antara tulang belakang menjadi haus dan kering.
  • Pertumbuhan tulang tidak normal: Tumbuhnya bonjolan tulang (dikenali sebagai bone spurs atau osteofit) yang menekan saraf tunjang. - that's me.

Gejala yang menyebabkan kita ke hospital sebelum ni:

  • Pergerakan tangan terjejas: Sukar melakukan tugas yang memerlukan kemahiran motor halus (seperti butang baju atau menulis).
  • Lemah dan kebas: Rasa kebas, kesemutan, atau lemah pada bahagian tangan dan kaki.
  • Masalah keseimbangan: Kaki menjadi goyah, sering tersandung, dan berasa tidak stabil ketika berjalan.
  • Kekakuan: Leher terasa tegang dan sakit
Rawatan yang disyorkan: 
CSM biasanya tidak boleh pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Pilihan rawatan ditentukan oleh doktor pakar dan boleh merangkumi:
  • Pemantauan perubatan: Bagi kes yang sangat ringan tanpa menjejaskan fungsi harian.
  • Pembedahan: Prosedur pembedahan mungkin diperlukan untuk melegakan tekanan pada saraf tunjang dan mengelakkan keadaan daripada terus memburuk.
  • Fisioterapi: Selepas pembedahan atau untuk pengurusan gejala.
Kita rasa PMC tu sudah rumah kedua kita, jadi kenal dengan staff yang kerap lalulalang masa menunggu giliran berjumpa doktor. Jadi, dapat ubatan seperti biasa dan yeah, jalani sahaja kehidupan seperti biasa cumanya kena kurangkan berquilling tu, ahahahaa. Kurangkan quilling kita layan sticker pula, tidak pun kita layan planner, kekeke~ 


Doctor, my workstation is my comfort zone okey. I try my best for love my bone, hehe. 

new project, lari dari paper quilling sekejap.

last order.

2nd last order.

peneman petang. nextyear, kita tak keluar waktu petang sudah.

Mujur siap quilling frame yang terakhir ni, nanti kita sambunglah ye. Asben bebel. Doktor bebel. Kekawan blog bebel, thank you semuaaa, love.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Sunday, 5 July 2026

Hobi Terakhir: Scene Sticker Sekufu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

At the end, jumpa juga yang sama saiz, jenuh buat ujikaji. Dengan ini diumumkan tamatlah sudah hobi scene sticker ni, ahaaa dia dah mula jemu nampaknya. Ahahahaa~

Sejak di diagnosis sakit tengkok hari tu, menjadikan hobi yang satu ini terpaksa rela di kurangkan, kena cari hobi lain mengelak menggunaan saraf tangan terlalu banyak. Actually, aku tengok podcast Borak Dalam Galley episode Zarul dengan Hamzah, sakit dia tu agak sama dengan sakit kita ni. Dia sampai hampir lumpuh separuh badan, jadi apa-apahal aku kena stanby apa-apa yang patut dulu, ihiii~

kiri : yang baru sampai.
kanan: yang dah lama siap.

here we go, nanti aku setelkan okey.
now tengah bergelumang dengan quilling frame.

Jadiii cukuplah pembelian terakhir ini, setakat ini. Sekian terima kasih.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All are for Allah in every condition.

Auni: Ulangtahun Kelahiran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Umie, saya taknak sekolah esok.

Ewah, hang fikir hang anak sultan? namun, disebabkan emak pun mood entah mana-mana, goodbye Auni tapi keluar juga hantar Adli. Itula, si Syasya ni datang argument kemalasan dia, memang lantak kome la haih.

Tiada apa yang special pun, balik saja si Adli dari sekolah, pergi shopping dan baru bagi hadiah untuk Auni. Sambil nyanyi dengan penuh keriangan, tanpa kek beday. Auni pun tidak sekemaruk emak meraikan ulangtahun. Nanti abi balik kita pergi dinner.

Seperti yang dijanjikan, Auni minta makan pasta sahaja namun yang lain bagaikan sudu lebih daripada kuah, ihiks~ emak pun ikut ambil kesempatan. Thank you abi belanja kita dinner.

gift for Auni.

fizz water memasing.

heroes.
asben: fried rice crispy chicken chop + maggo fizz
adli: grilled chicken chop + laici peach fizz
arrizqi: crispy chicken chop+ apple fizz
me: crispy chicken chop + strawberry creamy frapped

happy sweet 17th on July 2nd, love you erdina. 
with pasta bolognese chicken ball + apple fizz

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Friday, 3 July 2026

Tetikus dan Papan Kekunci Senyap.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ingat tak kes bengkokkan besi keyboard dulu? hahaa~ kali ni kita beli baru terus, sudah lama teringin hendak keyboard fancy-fancy, sebenarnya hendak beli tetikus saja yang sudah KO, alih-alih terbekenan pula dengan papan kekunci, lawa weh. 

Balik ambil Adli pulang sekolah, nampak satu entiti besar bersaiz A3 tepi pintu, puas memikir apa benda yang dibeli, bila angkat ringan sahaja, mungkin sticker dah sampai, tapi sticker tu dari beda negara, lama lagi. Malas hendak berteka-teki, kita buka. Tadaaa~~~


Puas hati dapat mencemburukan Adli, muahahaaa. Dia baru kehilangan tetikus gigibiru nya. Eleh, nak minta touch and go lettew, ihiks. 


"let's go umie, cepat jalan. orang sibuk tanya-tanya baju saya" muahahahaaaaa~

Kes semalam, dia basuh baju sukan pastu terbiar dalam mesin cuci tanpa bersidai, elok pagi hendak pakai baru teringat. Dalam pada tengah gosok hendak keringkan manual gunakan iron, nampak tshirt Auni bergantungan yang bagaikan suruh memakainya. Emak hanya cadangkan pakai baju kakak sahaja, kakak cuti sempena beday katanya, lagipun hari ni tiada exam. Alih-alih Adli turun memakai baju kakak juga, hahaaa. Ikut uols la wei.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Wednesday, 1 July 2026

Hobi: Frame Untuk Cousin.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah, هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي







Hai Julai.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.