Friday, 3 July 2026

Tetikus dan Papan Kekunci Senyap.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ingat tak kes bengkokkan besi keyboard dulu? hahaa~ kali ni kita beli baru terus, sudah lama teringin hendak keyboard fancy-fancy, sebenarnya hendak beli tetikus saja yang sudah KO, alih-alih terbekenan pula dengan papan kekunci, lawa weh. 

Balik ambil Adli pulang sekolah, nampak satu entiti besar bersaiz A3 tepi pintu, puas memikir apa benda yang dibeli, bila angkat ringan sahaja, mungkin sticker dah sampai, tapi sticker tu dari beda negara, lama lagi. Malas hendak berteka-teki, kita buka. Tadaaa~~~


Puas hati dapat mencemburukan Adli, muahahaaa. Dia baru kehilangan tetikus gigibiru nya. Eleh, nak minta touch and go lettew, ihiks. 


"let's go umie, cepat jalan. orang sibuk tanya-tanya baju saya" muahahahaaaaa~

Kes semalam, dia basuh baju sukan pastu terbiar dalam mesin cuci tanpa bersidai, elok pagi hendak pakai baru teringat. Dalam pada tengah gosok hendak keringkan manual gunakan iron, nampak tshirt Auni bergantungan yang bagaikan suruh memakainya. Emak hanya cadangkan pakai baju kakak sahaja, kakak cuti sempena beday katanya, lagipun hari ni tiada exam. Alih-alih Adli turun memakai baju kakak juga, hahaaa. Ikut uols la wei.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

20 comments:

Sis Lin said...

Mesti best kann time ketik ketuk keyboard tu.. Sis rasa kekok guna keyboard mcmtu, sebab dah terbiasa guna iPad dan laptop punya

Suria Amanda said...

Haha adoi, sempat lagi tu ya nak cemburukan Adli. Tapi memang puas hati bila dapat barang baru yang kita idamkan, bertambah-tambah pula dapat mengusik anak! Padan muka Adli, kena cari tetikus gigibiru sendiri lah nampaknya pasni 😆

Ako Retna said...

Hahaa ok part baju tu kita tumpang senyum² jap hahaa asal bole je eh 🤣🤣

Roziah @ Cie said...

Siap ada lampu keyboard nya tu. Meriah.

ch@ said...

sislin: rasa jemariku kena over kembangkan, hahaaa~ keyboard ipad laptop halus.

ch@ said...

kakak sa: ahahaha, rasa bersalah juga dgn dia ni, sebab hari tu kita ada pinjam tetikus dia tu.

ch@ said...

kak retna: boleh juga pakai baju adik dia, tapi baju adiknya ada nama.

ch@ said...

cie: jeles dak dua org tu, hahahaa~ puas hati mak.

adnil linda said...

Bertuah adiknya... Boleh pakai baju kakaknya..kalau ank² kita takmo pakai baju orang lain..hahaha

Mama Zharfan said...

wahh boleh gilir2 baju yer..sama saiz lah tu kan

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Memang bagus bentuknya ☺️. Apalagi kalau tuts nya lembut ditekan.

Oh baju yg dipakai adli punya kakaknya? Tapi okay je saya lihat 😅. Tak lah kliatan baju perempuan .

ch@ said...

linda: sini mmg dari kecik pakai baju sama, pakai baju turun temurun. jadi dorang dah biasa.

ch@ said...

mama zharfan: kebetulan sebenarnya. ha a, weols semua dah sama saiz.

ch@ said...

fanny: saaangat lembutnya, makin rasa falling in love dgn meja, how-how-how? tshirt sekolah yg unisex, boy and girl boleh pakai.

Pizzah said...

Saja je nak cari gaduh ngan anak ek. Ada² je lah. Haa..tak pasal kena pakai baju kakak. Nasib baik muat dan kakak cuti. Amboiii cuti sempena birthday tu yang tak tahan tu..Auni Auni.

Mulan said...

Alahai anak2 tapi ada je insiden yang hampir seumpamanya.

ch@ said...

fiza: dah jadi rakan sebaya ni, makin menjadiiiii juga perangai memasing.

ch@ said...

kak mulan: pokoknya, inilah dilema mak-mak.

SN Faaezahh said...

Sedap keyboard jenis ni. Faa pakai juga. Rasa lancar je menaip siap bunyi dia tu.

ch@ said...

faa: bunyi mashmallow.