Ada je ni, lagi di suruh rehat, lagi banyak benda yang kena siapkan, ihiks~
Kita kena agihkan masa balik semula ni, kena susun semula rutin harian yang terasa packnya. Seperti tidak kecukupan tidur pun ada. Badan pun sudah mula bagi isyarat yang pelik-pelik, hahaa.
Now, kena siapkan task from my sil. Entah jadi entah tidak aku mewarna ni pasal saiznya besar sangat. Ada 5 helai perlu diwarnakan dan dia hendak pada Selasa nanti, claim Kenangan Coffee boleh, ah gitu!
Frame sudah sampai, get ready untuk projek baru. Projek baru yang senang je, tapiii kena guna fikiran, kena berfikiran jernih baru buat. Don't worry, bukan quilling. Ihiks~
Tolong Arrizqi buat PSV, PSV pun sudah seperti subjek RBT, mentang member tidak ambil subjek RBT, diletaknya di PSV. Dia tidak mahu buat, mak yang suruh sebab dok tengok ada sorang Jepun tu suka buat perabot mini gunakan kotak terpakai. Bahan semua sudah ada, why not. Mengerjakan daripada pagi sampai ke malam, selamat sudah dihantar pun.
"Cikgu puji umie, cikgu kata cantiknya awak buat."
"ramai ke yang hantar?"
"takpun, saya dengan Adam je" lah~
Sebenarnya mak membantu tu, mak yang hendak guna kabinet tu, ahahahaaa. Serabut tengok benda kekecik atas meja kerja ni. Rupanya, dia hantar tapi tidak dapat semula pun, adei.
Hakikat sebenarnya:
Kenapa sibukkan diri? hrmmm, kita tidak mahu berfikiran yang bukan-bukan, bila patah hati emosi mudah terganggu, kita jadi overthinking, jika kita mengadu, kita sendiri yang kena semula, I just wana hugs, thats all. Bukan kena bash by bash, sudah sedih makin sedih jadinya. Makanya kita mengadu dengan DIA yang maha mengetahui sahaja disamping layan sakit kita ja dan hobi kita ja. I need to be selfish right know, but believe me, ini pun kena tiaw satgi sebab meroyan tidak habis-habis. Mungkin, dia hendak kita lupakan terus, lupa akan kewujudan dia, baru tau (ketawa jahat). Manusia memang pelik, huhuu~
Maafkan kita, teremosi jap. Ajoms start kerja. Ayuh! Uols take care dulu, nanti kita marathon blogwal slow-slow okey.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.



2 comments:
CANTIKNYAAA....sayang plak dah hantar dah amik markah tak dipulangkan semula ye...meh akak hugs dari jauh meh....
Lagi kita sibuk..kepala mmg x memikir macam2...biar terbeban kerja jangan terbeban otak...
Post a Comment