Pagi yang gelap, kini sudah terang. Morning Wednesday, my special day on my favourite day, ahaaa gitu. Alhamdulillah, syukran Allahuakbar memberi peluang kita bernafas lagi pagi ini, hari-hari untuk disyukuri dengan segala rahmat.
Bersiap awal pagi, reply wA tuan asben dahulu, serentak dengan wA Nurul Fatehah yang mengucapkan salam ulangtahun kelahiran, lengkap dengan videonya sekali. Sepanjang malam tadi penuh dengan argument ke mana hala tuju hubungan kita bertiga akan pergi. Give and take, get and lost, macam biasa emosi pun kejap happy kejap down. Nada menaip dengan bercakap face to face memang tak sama sampai akhirnya sudahlah tidur sahaja. Bangun pagi buat macam tiada apa. Hari ini hari gembira.
Jambangan bunga ros merah dari tuan asben, jambangan kedua datang selepas tulip putih, sepatutnya jambangan dengan satu slice cake, namun seller tu kata cake terbagi customer lain, yang frust dia cam nak prank bagi megi dahulu, end up cake tiada megi pun tiada, jambangan semata, rating nak suruh bagi good, aku rasa seller ni serabut gila. Membebel juga tuan asben di sana.
Next, jambangan daripada adik-adik tuan asben, Mira & Mija. Jambangan berat berisi bunga segar dalam kertas hiasan warna hijau, paling disukai sebab ofkos la hijau, plus nampak terlalu wow untuk dimiliki biarpun bunga bukanlah kegemaran kita ni. Jambangan yang terakhir sampai rumah disambut Auni sewaktu aku sedang melepak makan tosei.
Sekuntum tulip putih, oh my~ aku sangat berharap daripada tuan asben sebenarnya, banyak hint yang telah aku beri namun tulip putih datang dengan ucapan penuh dalam English Language was okey I know the pengirim tidak bernama kerana dia menggunakan nama penuh aku solid dalam kad ucapannya. Thank you bestie.
Jambak sebelahnya daripada hasil melepak mamak bersama team opis petang tunggu anak balik sekolah. Pagi tadi teringin hendak makan tosei, hendak ajak lepak pagi dorang semua sibuk uruskan anak-anak jadi tunda ke petang, alhamdulillah. Terima kasih Nurul. KakHamidah, Linda dan Fajjida terima kasih untuk pelukan hangat seorang demi seorang. Mereka berempat paling rajin dan ringan tulang membantu sekiranya diperlukan. Pelega emosi tatkala tiada yang memahami.
Daripada mama dan keluarga adik di Johor.
Daripada Auni video hasil tangan sendiri, tahun ini tanpa lagu.
Daripada Adli, habis semua skill edit video digunakan.
Daripada Arrizqi yang baru hendak belajar edit gambar.
Tetiba kita jadi bestie, ahahahaa~ memacam. Yang penting usaha.
Alhamdulillah, thanks korang. Dalam keluarga ni, ucapan Adli paling win sekali, ada dalam video atas. Walaupun tahu je dorang ni semua pakat guna template sedia ada, but mak sukaaa~
Kepada teman sekolah, terima kasih atas ucapan yang tiada henti sehingga larut malam.
Kepada teman instagram, lovenya, cecomel wish memasing.
Dan terima kasih atas pemberian hadiah memasing, entahlah kita just speechless. Fajjida kata, kau di kelilingi dengan orang baik-baik, semua orang sayang dengan kau. Kau jangan lupa share apa sahaja, jangan duduk sorang-sorang. Argh~ dan ucapan paling melting semalam terdiri daripada teman baik yang mengetahui perjalanan kehidupan seorang penulis bloghijaucantik.
Terima kasih gift daripada Suzana, dia hantar lepas aku ambil Arrizqi balik sekolah, tiada ucapan khas, just bagi gift, salam dan pelukan, lepas tu air mata auto nak turun. Kita berdua kan macam entah laaa~ mungkin from bestie-enemy and on way back be bestie? don't know.
Gift serba hijau from Mazlina, teman kelam kabut dan huru hara. Asalnya hendak beri rempeyek ja, satu bungkus jadi satu beg penuh. Dia ni memang. Apapun thank you so much korang. Balik makan tosei sudah penuh meja makan.
![]() |
| From tuan asben. |
![]() |
| From Nurul Fatehah @ Teha |
Kita dahulukan dengan ucapan terima kasih kepada teman blogger yang sudi dan rajin singgah di bloghijaucantik, membaca baris demi baris bloghijau sehingga habis, argh~ terharu aih. Bagi wish rancak-rancak sikit tau, jangan bagi wish touching-touching. Eh boleh request ea? macey.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.











1 comment:
Happy birthday to u..stay Gojes ya kakak cantik.. ❤️❤️
Post a Comment