Saturday, 16 May 2026

Scene Sticker Terpaling.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Asyik nak layan merentan ja, rasa sudah hodoh benar rupa maka adalah lebih baik kita alihkan perhatian kepada aktiviti yang disukai sehingga lupa dengan masalah yang ada. 

Sekian buku scene sticker sudah menjadi koleksi, buku paling boring telado 8.0 kena susun barang atas rak, mujur pelekatnya saiz agak besar, jika tidak mauny mia kena baling sahaja buku tu. Belum habis buat, beli telado 9.0 muahahaaa, tamak haloba. Siap pinjam shopee jiran tolong belikan, sudah ketagih benar.
hrmmm~~~
Bila ke mana-mana buku scene sticker macam dah jadi benda wajib di bawa sekali selain planner. Planner pun bawa hanya planner dan sebatang pen manakala buku sticker di bawa dengan twizer.
kolam.
hotel.
car wash. this is telado 8.0 yang boring tu.
Latest, kita cuba beli yang bersaiz paling besar, katanya. Lebih besar dari saiz A3. Memang tak boleh di bawa ke mana-mana. Masa siapkan part by part tu, hanya atas meja kerja atau atas lantai sahaja. Pasal gambar contohnya sudah seperti peta seorang mafia hendak merampas kawasan jajahan lagaknya. Besar NYAH~ namun tidak sampai seminggu pun, siap ditampal dengan rapiii. Jika ada studio sendiri boleh dibingkaikan sebab besar dan cantik sekali.
baru lagi. best ni.
meja tak muat.
34cm x 50.8cm DONE.
Nampaknya buku juga yang best, jadi simpan satu yang belum habis ditampal supaya boleh dikerjakan tatkala terdesak nanti. Dalam perancangan hendak collect dari telado 1.0 tapiii telado sebelum ni terlalu merah jambu untuk seorang Syasya.

Seperti tahu-tahu sahaja kita gila sticker, eh terjumpa pula dalam Playstore Tablet: My. Sticker Room apalagi kita download la dengan laju, haaa baru sampai pelekat ke 90, ketagih. Main sambil nunggu daktiga balik sekolah, sudah tidak perlu bawa twizer lagi, wiiiiiiii~
mainla sampai pening~

Happy Teachers Day and Saeng-il Chukhahamnida Joo Ji Hoon Oppa~

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

No comments: