Friday, 2 October 2026

Tukar Karpet.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Workstation menghadap hall, hall menghadap workstation, makin lama ditengok, makin rasa semak perasaan. Pernah tak rasa dalam kepala berselirat? bila nak lepaskan jadi terlalu sarat, so tersumbat. 

Masa ni, shopee sangat membantu. Scroll and scroll and scroll. Rasa marah berbuku menjadikan kita membeli sebidang tanah, eh bukan... sebidang karpet. Dengan tidak berfikir panjang, saiz terpaling besar kita check-out.

Saiz 6xl 400x200cm RM85

Puas hati kita. Biasalah beli tanpa pengetahuan dia. Sebelum ni jika hendak beli apa-apa teruja je nak share. Now, bila sudah tahu responnya, beli saja maaa~ 

Terasa padang bola ruang tamu ku, sikit hari lagi runtuh sofa tu, kita berguling di lantai sahaja, no more sofa, muehehehe~

Sekian, selamat hujung minggu, daaa...

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best & Aktif!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syarat-Syarat Penyertaan :

1. Terbuka Kepada Semua Blogger

2. Buat Entri Penyertaan Ringkas

3. Tajuk Entri: Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif! 

4. Salin (copy) banner segmen di atas dan muat naik ke dalam entri.

5. Backlink dan tinggalkan pautan (URL) ke entry ni di bahagian komen

6. Follow Blog SA pada yang belum follow

7. Saling Blogwalking  digalakkan singgah dan tinggalkan komen di entri peserta-peserta lain yang menyertai segmen ini untuk eratkan silaturahim!

8.Tarikh Penyertaan dibuka dari 1 Oktober 2026 sehingga 10 Oktober 2026 (11:59 malam).

9. Entri pengumuman pemenang/senarai bloglist akan di-publish selepas tarikh segmen tamat.

10. Pemenang akan ditentukan melalui Wheel Of Name

Semua / Top Peserta yang memenuhi syarat akan dimasukkan ke dalam Sidebar Bloglist SA untuk tempoh 3 bulan ke 6 bulan. Kalau nak tukar atau refresh lagi sekali SA akan buat entry baru macam biasa...

Selamat bersegmen korang...

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Wednesday, 30 September 2026

Dasar Tidak Boleh Berpisah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Alhamdulillah, sepanjang hari melenyapkan diri, busy wei. Alih-alih Fajjida called jemput datang ke nurseri, suaminya mengadakan majlis selawat dan makan malam sempena Maulidurrasul. Ye, entri delay.

Disebabkan rumah kita terpaling dalam sekali, dan rasanya kita patut hadir dek memikirkan Fajjida banyak sangat membantu bila kita memerlukan. Makanya kita menawar diri jadi grab, untuk pick-up kakMidah, Linda dan Nurul. Nurul kata dia hendak rempit sahaja, jumpa di nurseri. Rumahnya terletak berlawanan arah, bagi kita yang drive boleh saja tawaf sekejap, namun Nurul tidak mahu susahkan kita, see my fren? dorang punya consideration sungguh tinggi.

Lepas Isyak, berdesup bersiap seadanya, kakMidah sudah menunggu, Linda juga sudah menanti. Bila semua berbaju tradisional, rasa macam pergi usrah pun ada. Pergi kelas mengaji, ihiii~ 

Kita sampai nurseri, jumpa Nurul sudah sampai, comella betul-betul rasa macam pergi kelas malam. Bawa mak-mak keluar dari rumah. Fajjida sedang busy ke hulu dan ke hilir. Selesai bacaan selawat dan doa, time for eat. Dasar, memasing simpan perut rupanya, kita kena behave sebab gusi belum betul-betul baik lagi. Makan pun sikit ja. Tiada mood sangat melayankan gusi masih makan jugak. 

nurseri Fajjida yang kita buatkan buku kompeni kali lepas.

melekat berlima, seorang lagi kakAnn kawan Fajjida masa kerja tol.

dengan pipi bengkak sebelah, adeih.

love sangat. team hakak-hakak comel.

sebenarnya, kita dengan kakmidah tu di add-on. ahahaha, kuasa ai kan. 
photo ni dorang bertiga ja lepas hadir majlis solat hajat PSRA keesokkan harinya. kakmidah edit masuk weols sekali.

Selesai majlis selawat, Fajjida mempelawa untuk makan malam, kakMidah, Linda dan Nurul sudah lagak bodyguard, berpesan itu dan ini. Membantu mengambil itu dan ini, aahahahaa kitonyo manjaaah. Walhal yang paling muda si Nurul. Malam itu menunya terlalu banyak, using your foods imagine, atas satu meja panjang tepinya ada termos nasi putih, di atasnya ada satu tray ayam masak merah, daging masak hitam, acar timun, buah tembikai dan oren, satu mangkuk anggur dan tray kecil ayam masak kari untuk dicicah dengan satu bekas roti jala. Serta satu balang air cincau sejuk. Sedap wei air tu. Kita berjalan dengan pinggan masing-masing ke satu bahagian nurseri yang masih kosong, atas buai.

Ahahahaa, macam-macam spekulasi seperti memasing berat 1tan, sabar je la. Kita makan dengan senyap dan terpaling perlahan, menunya pun semua serba satu dan lembut belaka. Linda, kakMidah dengan Nurul sudah 2nd round dengan menu terkenal Nurseri Fajjida, bakso dan laksa. Fajjida datang dengan kuih tradisi jawa ke ea? yang apam macam ufo tu dan bom inti kelapa. Nurul ambil kuih muih almost warna hijau, serba empat untuk kita semua. Kita menyisip sikit kuah bakso kakMidah, memang tidak berhajat untuk makan lagi. Kenyang, alhamdulillah. Kepala sudah ingat rumah, malam bukan?

Tiada gambar makanan satu pun, Syasya pemalu sikit hendak show off kamera. Tiber. Hampir 11pm, kasihankan Nurul yang akan rempit kita berangkat pulang, berpamitan jangan lupa untuk hugs. Kita hantar Linda dahulu diikuti kakMidah dan pulang ke rumah. Lauk pauk dari Fajjida tadi, kita masuk sahaja dalam freezer. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH hadirkan mereka untuk aku. Love.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition

KEJADIAN tak ingat dah. Ahahahaa~ 

Sunday, 27 September 2026

Ulangtahun Kelahiran Adli: Kisah Kita.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru sudah hantar tuan asben pulang ke Melaka, till we meet again asben terima kasih untuk sepanjang hari ini, bermula dengan pagi tadi membetulkan kepala paip dapur yang telah longgar hostnya mengeluarkan siren amaran bagai hendak tercabut kepala paip tu, frust betul kita dibuatnya. Jika pandai buat sendiri memang sudah lama benda tu dibereskan. Siap ditapaunya roti pisang, uuu dapnya. 

Lepas Zohor, kita gerak bawa daktiga pergi makan tengah hari plus malam terus, sebelum tu singgah kedai barang elektrik untuk cari kipas bilik Adli-Arrizqi yang sudah sebulan gagal berfungsi. Selesai urusan, marilah menuju ke tujuan sebenar. Belanja makan di Old Town White Coffee. Area Pusat Komersial, TSB ni semakin hari semakin meriah dengan kedai popular, ada MIXUE, ada Secret Recipe, ada Pusat Pakaian, ada Pustaka Buku, Eco, Mr. DIY dan memacamlah. Sesuai dengan namanya Pusat Komersial, cuma hendak ke sini dengan saja-saja memerlukan poket penuh, hehe~

Heart~ turns 15th today. 

air siapa yang master sangat ni? hahaa~

Beday Boy: Mihun + Ayam Krispi + chocolate pop
Auni: Megi sup + sosej + chocolate hazelnut sejuk
Arrizqi: Nasi Hainan Chicken Chop + Asamboi Rose Laici
Tuan asben: Nasi Lemak Ayam Rendang + Lemon Madu sejuk
Menu tambah: Drummet Crispy 6 ketui + Roti bakar 2
Me: Fish and Chip + white coffee cham.

Memasing dengan menunya, tidak lupa signature Oldtown, roti bakar dan kopi putihnya. Lama sangat teringin hendak makan di sini, kali terakhir makan di sini dengan Khaida, itupun entah tahun bila sudah tidak ingat. 

kenapa heart? daktiga ni, saja kita letak signature, awalnya asben Kekasih@cuttoncandy. Auni cinta (love), Adli hati (heart) dan Arrizqi jiwa (soul). Jika siapa yang baca since dorang born dan ingat lagi, memang kita guna cinta hati jiwa from the start selain baju sedondon tiga serangkai, hahaa.

Lepas makan, tuan asben bersiap untuk balik Melaka, tiada apa yang dibincangkan kali ini, kita bertanya tentang halatuju sesi mahkamah bulan Oktober nanti, tuan asben hanya menjawab entah. Dia tidak tahu bahawa perkataan "entah" tu buat kita jadi sebu, benda masih lagi belum betul-betul ada tamat yang mutlak. Minggu lepas, tuan asben menyuarakan hasrat menarik balik isu hangat ini. At the same time, she wA kita minta nombor akaun untuk pulangkan wang hantaran dari tuan asben, me just say itu antara you dengan my asben, duit my asben, kita taknak masuk campur hal korang berdua.

Tuan asben buat keputusan berbincang dengan bapa she dahulu, berbincang secara dalam talian sahaja, bapanya hanya menyerahkan semua keputusan kepada she, terpulang pada she hendak buat apa dan bagaimana. Buat masa ini, tuan asben bersetuju menerima semula wang hantaran dan she tetap dengan keputusan untuk tidak meneruskan relationship ke peringkat seterusnya. Putus. Yang jadi persoalannya sekarang, how bout me? hahaa~ kita just, tidak tahu hendak berperasaan macam mana, siap tanya chatgpt, rasa kosong betul. Bila kau sudah serahkan semua kehidupan pada ALLAH, memang gitu je la. Jalani kehidupan sesederhananya dan seadanya. Alhamdulillah, ada hari yang masih perlu kita jalani dan syukuri. Terima kasih semua atas doa dan kata semangat, semoga kalian masih sudi memberi kata semangat dan ambil pengajaran daripada cerita pendek kita ni. Yang terbaik, hanya ALLAH maha memberi, yang kurang baik daripada kita insan serba kurang dan lemah. 

random: cam tahu-tahu saja KopiRaso ni tau,
Zarul: TQ notis me at iG.

Jumpa nanti. Daaa~

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Wednesday, 23 September 2026

Teman Sekolah Kampung Halaman.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

2 September 2026 | Rabu

Sedang berguling-guling teringat hendak belikan kasut dan seluar Adli, hendak habis sekolah kasut pun sudah tidak nampak tapaknya. Shopping di kedai kegemaran, Green Point Bandar Anggerik. Kedai pakaian dan kelengkapan sekolah sejak Auni masuk sekolah dan sehinggalah Arrizqi yang bakal tamat sekolah satu hari nanti. Kali ini giliran Adli bershopping, sila jangan percaya, pakej tokmama sekali ikut belanja sama. Pecah rekod, emak hanya jadi tukang swap card dan jadi driver, sabarjela.

Lepas shopping, ayuh cari kudap-kudapan namun kita dah janji dengan Minmin hendak berjumpa di Reeno's Place, gerai snek milik Reen yang keduanya merupakan teman sekolah satu waktu dahulu.

Tanpa pengetahuan Reen, kita gerak dengan berpandukan peta mama dan Arrizqi, rasa macam ingat lagi walhal terakhir kali ke Reeno's Place ni pada Feb 2025. At the end, buka Google Map juga, alhamdulillah sampai juga ke Reeno's Place pakej asben dia tolong parkingkan kereta, kuikuikui.



Reen dan Min.

Photo foods memang takada, dok melayankan dak terpaling kecik tu dah la baju sama tema dengan ticha, kerja bercekau dengan dia ja. Geram kita ni. Menu di Reeno's ni kebanyakannya menu gen z, ala-ala Korean. Menu kudapan. Kitanya baru cabut gigi semalam, memang terpaling sopanlah jadinya. Jika sebelum ni, habis semua menu Reeno's kitorang coba. 

sempat ni je, Crispy Enoki.

Major throwback~



 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Antara Aku, Dia dan She.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Chapter 1 Entri balik umrah Januari lepas. End day: Hatiku Terbang Menghilang~

Chapter 2
Kitanya sudah letih berendam air mata, Aidilfitri pun disambut dengan muka biasa sedangkan hati bergelora, kisah Januari sampai ke akhir Mac tuan asben jumpakan aku dengan she, oh my~ aku hampir sahaja mahu membuat lencongan sebaik sahaja ambil Auni pulang sekolah, malangnya hari itu aku belum bersolat Zohor lagi dek kerana uruskan Adli lebih dahulu. Berlengah-lengah melambatkan masa akhirnya tiba masa tuan asben (tA) bawa berjumpa. Dalam kereta, diam. Hati libang-libu. Ini kerja gila.

"hendak aku jadi bagaimana? mengamuk? berbaik? muka subtitle?" tA pun berdebar, dia minta kebenaran aku pergi cari she untuk jumpakan juga dengan aku. Semua orang rasa berkecamuk, namun dalam keadaan ini, aku kena jadi sangat rasional, hendak rasional macam mana woi... aku rasa eh tak payahlaaa. Keadaan ini memang tidak memihak dengan aku sekarang ni, katanya berkenalan, namun emosi aku belum betul-betul ready dia bersungguh ajak jumpa she. Apatah lagi bila he know everything bout her. Yaw~

So kita jumpa, borak je. Me just me, she just her. Berborak daripada Taman Layang-Layang Kepong hujan dan beralih ke One Utama, Syasya kan suka mall. She pilih Taman Layang-Layang tu, senang nak crying orang tidak ramai. Lagipun aku puasa hari tu. Sebelum berbuka she hantar aku balik dan kehidupan berjalan dengan biasa, petang tu she hantar tA ke stesen bas untuk balik Melaka, she balik Perak. Aku? hrmmm rasa macam strong, leleh jugaaak. She said me baik sangat. No i'm not.


Chapter 3
Emosi kejap ok kejap tidak, aku hendak berterima kasih pada Linda dan kakEzna yang pm/dm me secara personal, selain teman rapat dan adik beradik asben yang follow up the stories, terima kasih dengan teman bloghijau ni meninggalkan komen yang semuanya harmoni sangat, THANK YOU. 

Hujung minggu tu, she ajak me lepak pantai. Dan hero kita pun said "pergilah" siap diperingatkan macam-macam ye, kitakan baru hendak berkenalan sudah kena assignment bermalam 3 hari 2 malam pula, Royal Chulan Cherating Beach Resort. Pergi ke tak, pergi ke tak, packing juga. Jika aku ganyang she di sana tidak siapa pun tahu bukan? just she and me. 

TA suruh aku bercuti sekali, dia uruskan rumah yang memang tengah berantakan syiling runtuh kali lepas, "Linda, rumah kak dah tak horror lagi" plus uruskan daktiga sekali. Situasi kali ini, aku minta apa sahaja, semua tA tunaikan. Misi kali ini, heart to heart dengan she. Korang, aku hendak rasa macam mana? tang mana healing bercuti katanya tu. Aku termasuk dalam drama bersiri, gila kuasa tiga. 

Aku mula buat gap, as sister besfren, kena buat sebab aku dah mula rasa hendak panic attack. Bersalahkah aku? Dengar je cerita she, she dengar je cerita merapu aku, aku bukan penglipurlara pun. Bila she tanya pasal tA, aku suruh she learn herself, pasal tA dengan aku tidak sama dengan tA dengan she. Jalan-jalan pantai, cari makan, jalan-jalan mall. Kebetulan malam tu ada Pesta Tanglung, aku punya mereng sampai satu apapun tak ambil gambar. She banyak ambil gamba meanwhile me just wana do nothing. Dengan tA yang every hour rojer, tenang tang mananya NYAH~

Pagi pantai, tengah hari jalan mall, midnite berborak sampai jam 3 4 pagi, jalan dalam mall pun rasa weng-weng. Balik chalet heart to heart again. Tidur, tA advice aku jika she tantrum, she just need hugs. Eh? Aku biar she tidur ja sebab she yang banyak drive ke sana-ke sini. Esok sebelum balik, singgah beli kepok dulu. Balik tu something happened to her car, getah lubang udara atas bumbung longgar, need bengkel to repair it. Cambiasalah, pergi bengkel tA, hero kita tu. Melopong aku tengok dari pintu, hahaaa~ diperkenalkan dengan daktiga sekali. Daktiga diam ja, semua okey janji umie ada, koranglaaakan. Haih~

So semua berjalan biasa ja sehingga perbincangan di buat. Rela? redha? paksa dalam rela? entah, aku sendiri pun tidak tahu apakah yang akan terjadi ke seterusnya, kerana aku sudah di fasa "kehidupanku ku serahkan kepada ALLAH semuanya". Aku jalani sahaja mencari ibrah dan hikmahnya. Bye April.









Chapter 4
Hi May! Janji dengan photoghrapher jam 11am, jam 10am aku sudah ready beroutfit cantik biarpun emosi, hati, dan otak tengah berperang. Aku kan pegang watak penting dalam ini wayang, tA cari she dengan motor bila nunggu dan call tak respon, gitukan? pastu kita bertiga berbaju sedondon menuju ke tempat photoshoot. Ada apa hari ini? Aku tak suka hari ni, nampak sangat mak-mak ke aku ni? photoG tu ingat aku ni mak tA, ko ghaser? aku merajuk bukan aku cemburu, aku merajuk sebab tA tidak briefing photoG tu awal masa dia tempah studio. Kecik ati I. Tapi diakui memang akulah yang paling tua dalam situasi ini. So photoshoot kisah sarung cincin berlaku dalam studio sahaja. Syarat bertunang saja.

Kita balik Hulu Langat petang itu, untuk diperkenalkan dengan keluarga tA. Sebenarnya, aku tidak mahu ikut namun, jika aku tidak pergi she lagiiilah tidak mahu pergi. Adeih~ Memang aku kena followlah kekdahnya, sekali lagi tA mujuk she, bawa bertazkirah, aku dengan daktiga di rumah is waiting, mood jangan cakap, memang tah ke mana-mana. Layan je la, since aku sudah serah semua kehidupan aku pada ALLAH swt. Aku tidak apa-apa. Berjaya balik Langat bersama. Semua okey.

Kita pergi berkelah di Sungai Congkak masuk free guna IC Mija, penduduk asal Hulu Langat, hahaaa~ (Sg. Congkak tu belakang rumah abah ja) pada esok hari. Mija goreng mihun, goreng naget, beli jajan siap-siap. Pelan asalnya hendak hiking tapi jadi berkelah. Katanya hendak briskwalking, sudahnya aku jalan sesorang patah balik tA temankan sambil dibriefing again, kalah aku di sini, terasa jauh sangat. Balik berkelah semua kecapekkan. Tau-tau tA update wA temankan she masuk air kat klinik, errrrrrrrrr....... thank you Mija for the hugs on this day. Gitulah~

Esoknya, on way back balik jalan-jalan mall, konon beli hati aku. Beli hati dapat OPPO Se Pad sempena ulangtahunlah gitu, pastu buat bekam, makan and lepas maghrib, macam biasa aku ditegur lagi sebab muka subtitle sepanjang outing. Balik lagi aku disuruh faham keadaan, habis-habis aku dipaksa terima keadaan, sampai satu tahap aku block tA. Anoyying~ What to do, hikmah bersabar tu sangat tinggi ye. Aku hantar je dorang balik Melaka konvoi kereta asing-asing dan closed the door faster. BAMMM~

Ulangtahun aku, on May, on hari ni memang aku kecil hati yang tersangat dan tersayat. Siang aku celebrate makan tosei dengan fren, malam tu tA celebrate staffnya makan western bagai minta mendoakan aku tanpa aku tapi ada she di Melaka, entah kepelikan situasi apapun aku taktahu, layan je la. Beria.






pengaruh rakan sebaya. terpaling tua, ye is me... hahaa~

Chapter 5: Masih dalam May. Carilah tajuk Dari Mall Ke Mahkamah, jika hendak baca.

Chapter 6
Setengah tahun, tiga bulan dalam situasi entah apakebendanya ni. Kali ni aku memang langgar je la, malas mikir. Sudah memasing pun asyik kata takyah fikir, aku pun buat hal aku je la. Sampai panggilan ke dua yang tajuknya Mahkamah Sekali Lagi. After that, memang aku tidak port sangat, sebab aku busy. Anniversary pun gitu-gitu je la siap tA tinggal handphone di Melaka, ada entri tu hujung Jun.



Bulan bertukar, ku teruskan improve myself je. Yang dia dan she tu aku tidak mahu tahu lagi. Keduanya telah aku briefing, jika tidak jadi aku and she stay sister besfren. Jika akad, aku tarik diri. Aku masih ada, cuma jarak tu tidak lagi besfren. Aku hendak cari hati aku balik, aku taknak hilang diri lagi sekali. Aku serik. She mahu kawan dengan aku, ok onz letsego. He going back to me, okey let's do as what are u said before, tak payah fikirlah.

So, kita sambung mahkamah bulan Oktober kan? aku tidak tahu apa kesudahannya. Sekarang, aku masih anggap she as sister besfren. Bukan aku tidak mahu hai she, she sendiri sudah buat bonding, if she okey she find me, if not she in weng-weng phase or with her family, and I totally understeng. 

Untuk hari ini, September hai Nurul Fatehah binti Mohd Tarmizi, Happy Birthday. 
Semoga sentiasa di bawah jagaan dan redha ALLAH swt.


Sekian kisah antara Aku, Dia dan She. Aku rangkum dalam satu entri sekaligus, biar habis cerita dlm satu entri meskipun pengakhirannya entah bagaimana. Duniakan tempat ujian, ujian yang diberi ikut kemampuan, kita usaha, kita doa, kita tawakal. Doakan kita sentiasa istiqomah, ok. Kita okey, yang baik jadikan tauladan, yang tidak tu lupakan je la. Habis sini je kisah ni, ada lagi nanti kita sambung lagi. Maafkan kita buat uols ikut emosi. Tarik naaafaaaas dalam-dalam, hembus. Daaa~

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Sunday, 20 September 2026

Misi Meningkatkan Kebolehpercayaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Just do know where to start, benda bila sudah melibatkan hati, emosi, kepercayaan, personal yang too deep, rasa hendak lari masuk mana-mana gua dan bertapa. Lebur planner dengan sejuta perasaan membungkam.

Bau wangi daripada sample perfume pemberian staff kedai perfume masih lagi melekat mengingatkan betapa rindunya persekitaran Masjid Nabawi dan Madinah. Apa khabar hatiku di sana? semoga kamu baik-baik sahaja.

Sedang memproses keyakinan, tuan asben datang lagi dengan perkara yang berkait emosi, penat? penat... namun, kitakan power rangers InShaaAllah I can laluinya dengan wajah tenang tetapi dalam kepala, berkecamuk. Hati? hrmmm...biarlah dahulu, kita layan selfie hari-hari.


 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Friday, 18 September 2026

Hobi: Lagiii Frame Card~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cerita banyak namun belum rajin hendak olah cerita. Sedang lagi sibuk. Maklumlah tinggal beberapa hari lagi hendak Oktober. 

Marilah kita terus gigih dan giat untuk lupakan segala keserabutan. 

Lupakan masalah, lupakan tulang, lupakan gigi, sekarang waktu untuk kerja kuat mengumpul sisa hati yang masih tinggal.






Kategori border semua DIY. TIdak ada mood hendak shopping, lelagi material semua dari negara C, kita buat mana yang termampu.


Dua yang ni pesanan istimewa, customer minta letak gambar, nerveslah kali pertama. Dia request pula, harga pun mestilah lainkan. Ihiii~

Range Harga #framecard ni from RM15 to RM20.
Material kebanyakan kita DIY/ print sendiri.
Bunga kering, recycle. 

Sekarang, kita sedang kehabisan stok frame, jika cousin yang order dia tak kasi buat satu, kena pulun terus sampai habis idea. Jadi, sekian entry, jumpa lagi bila ada mood hendak buat karangan sudah datang. Take care.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Wednesday, 9 September 2026

Halaman Terakhir Seekor Kucing Sedih.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terbabit dengan prompt viral di tT minta tanya chatgpt.

"jika kau terpaksa menulis sebuah buku tentang aku, apa yang akan tertulis pada halaman terakhir?"

kekonon kulit belakang novel.

One more prompt menarik lepas baca blog kak mim.

"Based on how well you know me, what animal best represents my character and personality?

saja, buat kita blushing.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Sunday, 6 September 2026

Gigi oh Gigi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hai September, 1st!

Misi menampal gigi diteruskan, jenuh juga mencari klinik pergigian ada panel MiCare. Siap dengan bantuan chatgpt, namun susah dan hampir tidak ada meskipun dalam profile klinik tulis ada. Boleh claim, tapi kena buat dahulu baru claim guna resit total terakhir. Entahlah.

Mulanya cari sekitar rumah mama, ada 1 klinik baru beroperasi tapiii ada hari tertentu dan kena buat appointment dulu. Keduanya, cuba call Klinik Pergigian Klinik Pergigian  Kesihatan Kesihatan lepas update MySejahtera, hrmmm bulan 10 baru ada slot kosong, eh kita hendak buat dengan kadar segera.

Beralih pula sekitar Bandar Kota Tinggi manakala tuan asben tolong cari sekitar Kulai. Disebabkan kita biasa dengan Kota Tinggi dan dah pun call, ada satu klinik disarankan oleh chatgpt yang menerima patient walk-in hari ini juga makanya, letsego.

Mama dengan Arrizqi yang temankan pergi operasi menampal gigi petang ini, alhamdulillah Kota Dental Surgery, kita 2nd patient, staff bebaik, yang penting? dentist ensem wei... he called me "adik" wuiii. 1st thing 1st let he see what happened to my tooth. Rasa hodoh gila menganga depan dentist ensem tu but this problem need to be solve by today, kot tak seksa nak korek sisa makanan dalam lubang gigi tu.

He said, 

"adik, gigi you ni sudah sangat besar lubangnya, rasa tidak berbaloi untuk tampal, kita kena tengok xray gigi you dulu sama ada boleh cabut terus atau kena small operation, sebab gigi berlubang ini gigi bongsu sedikit senget." 

Uols, soalan pertama yang kita tanya is confirm la "harganya" dahulu. hahaaa~ he said dalam RM300-RM500, lantakla yang penting masalah setel still under my bajet. Sebenarnya, gigi ni memang kita dah suruh dentist sebelum ni cabut ja namun dia masih nak selamatkan, tu yang dia tampal, end up after 5years kot, cabut jugak.

[Check gigi - xray - buat keputusan cabut - bius - check bius berkesan atau tidak - proses cabut - dan tunggu ubat - payment]

Sebaik geraham dicabut, kita dapat tengok sendiri betapa besarnya lubang gigi geraham tu rezekinya kaki gigi masih berada jauh sedikit daripada tulang gusi, jika sentuh tulang gusi prosedur small operation akan ambil alih. Oh my RM~ RM~ Operasi ini sahaja membuat kepala berdengung bukan sakit tapiii hrmmm bye-bye RM600.

Selesai payment kita kembali drive balik dengan kemam kapas dalam mulut serta pipi bengkak sebelah, eh boleh lagi singgah MiXUE dek teringat dua lagi anak berada di rumah. Menekan-nekan tuan asben pun hendak tahu total cabut geraham, bila dah tahu he said "mahalnya", I just say sorry je la, kita manataukan. Masih tidak boleh menyamai nilai kesetiaan dan kehilangan hati yang sedang dicari argh tiberrr~


dentist office.

pp kiri yang masih kebas.

qiqi.

please nice september, me too tired!

Sekian cerita gigi geraham bongsu yang telah selamat di kuburkan bawah pokok rumah mama, hahahaaa. Sekian kisah gigi, sebelum ni kisah hati, sambung kisah tulang, lepas ini entah kisah apa lagi. Syasya oh Syasya, stay strong okey. You can!

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.