Saturday, 25 April 2026

Sesingkat Percutian, JB.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masa bercuti di Cherating tempoh hari, sedang main stiker atas sofa sambil layan Sepahtu Reunion entah bila, aku terlelap. Tersedar apabila handphone bunyi, pemanggil tersimpan nama "eomonni" naik di skrin.
"syaaa~ adik eksiden. Mama nak pergi tengok ni dengan papa, papa tak sihat. Tengok Ina hantar di group, ok mama letak dulu ~" mama mengongoi sedangkan aku tidak sempat untuk berbalas kata, terkesima.
"kenapa kak?" tanya Fatehah dari atas katil. Aku memandangnya, aku belek pula handphone. Fikir sambil mencerahkan pemikiran.
"adik kak eksiden" itu je aku jawab. Hendak balik pun, jauh benar jaraknya. Bila tengok photo yang isteri adik hantar, dia sudah pun berada di hospital. InshaaALLAH everything will be okey, aku percaya Ina boleh handle as always. Isteri, bila berkaitan dengan suami, orang yang dia sayang, yang tidak yakin boleh buat pun, boleh jadiii.
"akak hendak balik ke? saya tak kisah" ujar Fatehah mematikan fikiran yang baru nampak jalan. Dia menunggu jawapanku.
"isterinya ada, mama kak pun dah gi melawat tu, takpela. Now, just think of us ja" believe it or not? sesingkat ini aku boleh pergi holiday dengan Nurul Fatehah, yang merupakan bakal masuk dalam keluarga aku tidak lama lagi, ihiii~ (korang curious tak ni?) later-later la eh, kita story.

Jadi, selepas seminggu adik di hospital, tuan asben ajak pergi melawat. Sabtu gerak balik Johor terus menuju rumah adik di Pasir Gudang untuk ambil mama dan anak adik Akma serta Ali untuk dibawa mandi pool tempat kita akan bermalam nanti. Tuan asben telah membuat tempahan sebuah kondo berdekatan dengan Hospital Sultan Aminah supaya mudah isteri adik berulang-alik nanti. Alhamdulillah perjalanan lancar sahaja.

Petang itu juga tuan asben, aku dan mama pergi melawat adik di hospital. Dia ditempatkan di katil B40 dan kemalangan terjadi jatuh pada hari ulangtahun kelahiran ke-40nya pada 4 April 2026 lalu. Kita sampai sehari selepas dia menjalani pembedahan, alhamdulillah semakin bersemangat. Dia juga bagaikan tidak sabar untuk pulang ke rumah. 
mama & adik.
suka dia menantu tolak wheelchair tuk dia, balik tu aku yang tolak siap ikut wheelie. taubat dia. jauh betul parking dengan wad. 
Malam itu kami makan malam di Jepun Ikan Bakar, datang awal dapat port. Lambat sikit, nowh penuh parkingnya. Selesai makan, kita lepak-lepak dan tidur, letih weih. Takdan dah nak pillow-pillow talk. 
sebelum ribut.
terpaling.
ribut sebelah kanan.
siakap sambal. sotong tepung. kerang rebus. udang nestum. air tembikai. RM300++ - semua sedap. mujur bukan kepala aku yang pening.
Pagi esoknya, Ina hantar Akma semula yang di ambilnya dari kami malam tadi untuk menguruskan adik dan weols going to mandi pool. Tinggal mama dengan Auni ja, dorang tidak mahu turun. Aku turun sebab hendak ambil feel main sticker tepi kolam.



grounding.
Tengah hari itu juga, selepas check-out dan adik discharged at the same time, weols terus bawa mama balik Bandar Tenggara dan shoot balik Sg.Buloh. That's all. Rezekinya, Isnin itu daktiga cuti peristiwa dan tuan asben balik Melaka. Selesai. 

Sekarang, adik dalam tempoh pemulihan. Alhamdulillah.
Meanwhile me? get ready to naik pangkat as a better good wife to be, hiks~
May ALLAH ease everything for us and all. LOVE!

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

No comments: