Wednesday, 8 April 2026

Alza Breakdown.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Padanla masa dalam perjalanan terasa seperti ada kelainan, namun kita buat-buat biasa je. Sampai di sekolah, masuk opis macam biasa jumpa Linda dan askar-askarnya, berborak sampailah Arrizqi turun mencuit aku hendak tunggu dalam kereta.

At the same time nunggu anak kak Midah, Nazir ambil adiknya Qaisarah dengan motosikal. Emak-emakkan? kita memang saling berkerjasama menjaga anak memasing. Arrizqi menyuruh aku cepat datang kerana kereta tidak boleh start, dia sudah kepanasan. Eh sudah!

Aku bergegas ke kereta dan buat benda yang sama, start enjin. Ermmm... bateri kong. Dengan outfit berlapis dan tudung labuh luar biasa hari ni, berpuasa lagi, aku duduk berfikir. Call tuan asben, memang dia jauh di Melaka, namun aku perlukan solusinya. Sama ada, call bengkel ke. Call kekawan ke. Asben minta aku cek date bateri, berhegeh hakak nak buat bonet tu, ahahahaa~ iya bateri dah expired. Laju suamiku itu buat kerja dia tolong call orang bateri. Bateriku.com yang beroperasi 24jam.

Perkarangan pasar malam semakin tenang, deretan gerai juga tutup satu-persatu. Dak bateri tu datang dengan motosikal, terus berbuat apa yang patutu. Ala pendiam betul budak ni. Aku biarkan saja dia buat kerja sampai selesai. Semua siap, Alza kembali hidup terus kita bergerak pulang, ngam-ngam azan maghrib berkumandang semasa tiba di persimpangan jauh lagi dari rumah. Aku minta Arrizqi buka jajan saja kerana dalam fikiran telah terbayang nasi dan kari ayam setelah siap di masak sebelum keuar tadi.


Alhamdulillah, thank you so much tuan asben, biar pun jauh dia pantas berfikir.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

No comments: