Wednesday, 8 April 2026

Alza Breakdown.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Padanla masa dalam perjalanan terasa seperti ada kelainan, namun kita buat-buat biasa je. Sampai di sekolah, masuk opis macam biasa jumpa Linda dan askar-askarnya, berborak sampailah Arrizqi turun mencuit aku hendak tunggu dalam kereta.

At the same time nunggu anak kak Midah, Nazir ambil adiknya Qaisarah dengan motosikal. Emak-emakkan? kita memang saling berkerjasama menjaga anak memasing. Arrizqi menyuruh aku cepat datang kerana kereta tidak boleh start, dia sudah kepanasan. Eh sudah!

Aku bergegas ke kereta dan buat benda yang sama, start enjin. Ermmm... bateri kong. Dengan outfit berlapis dan tudung labuh luar biasa hari ni, berpuasa lagi, aku duduk berfikir. Call tuan asben, memang dia jauh di Melaka, namun aku perlukan solusinya. Sama ada, call bengkel ke. Call kekawan ke. Asben minta aku cek date bateri, berhegeh hakak nak buat bonet tu, ahahahaa~ iya bateri dah expired. Laju suamiku itu buat kerja dia tolong call orang bateri. Bateriku.com yang beroperasi 24jam.

Perkarangan pasar malam semakin tenang, deretan gerai juga tutup satu-persatu. Dak bateri tu datang dengan motosikal, terus berbuat apa yang patutu. Ala pendiam betul budak ni. Aku biarkan saja dia buat kerja sampai selesai. Semua siap, Alza kembali hidup terus kita bergerak pulang, ngam-ngam azan maghrib berkumandang semasa tiba di persimpangan jauh lagi dari rumah. Aku minta Arrizqi buka jajan saja kerana dalam fikiran telah terbayang nasi dan kari ayam setelah siap di masak sebelum keuar tadi.


Alhamdulillah, thank you so much tuan asben, biar pun jauh dia pantas berfikir.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

24 comments:

adnil linda said...

yang penting, ada ketika kita memerlukan...semoga dipermudah segala urusan akak dan anak2..aamin

MOHAMAD TAUFIK said...

Tangan power ni

Roziah @ Cie said...

mujur ada servis yang pantas boleh la selesai masalah.

Kakmim said...

teringat masa pjj dulu, apa² terjadi call en suami biarpun dia xkan dpt tolong serta-merta tp dia akn ada byk idea mcm mana nak menyelesaikan masalah tu.. hihihi

ch@ said...

linda: sobs~ nak hugs. thank you linda.

ch@ said...

taufik: tgn dia yg power, bukan bidang kita.

ch@ said...

cie: alhamdulillah, setiap susah tu ada jalan keluarnya.

ch@ said...

kakmim: betul kak, kita fikir yg sama. even tahu je dia tak dpt datang. cuma dia ramai kenalan dan tahu apa yg hendak dibuat.

Mama Zharfan said...

alhamdulillah, dpt setel semuanya

Mulan said...

Alhamdulillah settle baterinya. Sekarang senang ada bateriku kan.

Mznimnwr said...

nasib baiklah kereta tu takleh start time tgh parking elok2. buatnya mati tiba2 kat lampu isyarat lagi terukk!

Ezna Khalili said...

Moga baik2 ajer ya.

shaizhar said...

Lokasi kejadian kat Pasar Malam Paya Jaras ke?

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Untung lah ada merchant battery yg bisa dipanggil dan sedia 24 jam yaaa 👍👍👍. Bagus lah layanan. Tak tahulah di sini ada yg begitu atau tak. Saya tak bisa bawa mobil. Selalu suami. Tp rasa2nya dia tak pernah mengalami battery habis 😅.

ch@ said...

mama zharfan: alhamdulillah. pantas seiring masa berlalu.

ch@ said...

kak mulan: alhamdulillah, 1st thing 1st mmg i think asben dulula kan? ihiii~

ch@ said...

mazni: berhenti di traffic lite pun okey ja, dah nak buat lagumana kan? kita tahan je la siapa yg lalu. ihiii~ atau ada yg voluntier membantu?

ch@ said...

kak ezna: doakan mcm ni selalu tau kak. thank you so much.

ch@ said...

bang shai: bukaaan, pasar malam kampung melayu.

ch@ said...

fanny: sebenarnya, kak pun baru tahu. ahahahaaa~ sebelum ni berlaku je, cuma masa tu di rumah dan ada asben.

SN Faaezahh said...

Mujur kena kat parking. Semoga Allah mudahkan urusan, Cha.

ch@ said...

faa: terima kasih, urusan faa juga mudahan dipermudahkan k.

Suria Amanda said...

Bab breakdown ni akak x suka..kadang dia tiba2 jadi time poket dan akaun dah nyawa2 ikan kan

ch@ said...

kakak SA: kena ada poket emergency utk kes gini. tapi sis, siapa je yg suka ujian begini, hahaaa~ kan?