Monday, 31 December 2018

Minggu suaikenal - Arrizqi hilang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Ok! sebelum sesi 2019 bermula, entry terakhir barangkali dengan kelajuan maksima I menaip entry ni, hahahahaaa! December 24th, Arrizqi perlu menghadirkan diri ke hari suaikenal tahun satu sesi 2019 nanti setelah melalui pelbagai cobaan dan kesulitan akhirnya kami sepakat mengambil keputusan untuk Arrizqi bersekolah di sekolah jauh juga, sekolah tidak sama dengan Adli. Macam biasa, usah di haraplah kepada sang bapa untuk menghadirkan diri walaupun di surat jemputan di terangkan lagi jelas ibu dan bapa adalah dijemput.

I perlu menghantar Myra lebih dahulu, kerana dia perlu ke event untuk menggantikan I zumba bersama coach yang telah menunggu di tempat yang hampir dengan sekolah Arrizqi. Kira sekali jalanlah! I terus ke sekolah parking kereta and temankan Arrizqi. Sudah ensem anak I yang bongsu ini, gigihla kami berdua mencari nama Arrizqi di papan kenyataan sekolah. Kali pertama buat I and Arrizqi berada di sekolah itu, I menyapa mesra antara parent yang sama-sama menunggu, mencari-cari juga kiranya ada antara parent itu yang I kenali, hrmmm non ado.

Orang pertama mendaftarkan Arrizqi sudah pastilah Arrizqi. Kesulitan pertama terjadi apabila, senarai nama yang berada di tangan guru bertugas kelas tidak sama dengan senarai nama di papan kenyataan. Heh! Kesulitan kedua, I perlu buat bayaran semula bila selesai taklimat untuk ibubapa nanti, guru bertugas tidak ada baki wang untuk pagi itu. 

Arrizqi sudah tinggalkan I dengan kawan-kawan barunya, mengikut cikgu yang bertugas. Dia sukalah, dapat kawan baru, suasana baru, walaupun overall outfitnya milik Adli. Itula jadinya orang lain bertali leher maroon, Arrizqi punya blue black. Ignore it Arrizqi, 1st time hang sekolah sini, I pun taktau. Habis mendengar taklimat bersama parent lain yang tidak berapa mesra (ini masalah), I cuba jugalah senyum sehabis peramah. I balik semula ke khemah guru bertugas untuk membuat bayaran sebelum berjumpa Arrizqi di kelasnya.

Ke kelas Arrizqi dengan resit bayaran (perlu diserah kepada guru bertugas di kelas), mata mencari Arrizqi. I baca balik semula nama kelas bertampal di pintu, ye betullah ini kelasnya tapiii di manakah Arrizqi? owh, I is cuak. Menggigil juga bila kau excited nak tengok perangai anak, tapi anak kau tak ada. Huh! I masuk juga kelas tu serahkan resit.

"tapiii cikgu, anak saya tiada!" hah! tercengang 3 orang cikgu yang best gelak bersembang tadi. Korang jangan main-main, tu anak kesayangan I tu. 
"eh! dia tak boleh keluar lagi selagi parent tak datang ambil, betul tiada? Ersyad Arrizqi?!!" nama Arrizqi di laungkan. Dalam kelas tu hanya ada 2 orang murid je lagi. Seriusla takkan I tidak kenal anak sendiri pula kan. I menanti tindakan seterusnya.
"kenapa?" datang seorang lagi cikgu lain.
"akak buat pengumuman, cari murid ni. Dia tiada dalam kelas, emaknya baru sampai nak ambil dia." cikgu perempuan datang menjengah itu pantas meminta sedikit info tentang Arrizqi, and sebarkan maklumat dalam grup guru sekolah jauh tersebut. Hadoi! nama penuh Arrizqi terdengar di segenap corong pembesar suara. Adeih! separa hati I rasa cuak, separa lagi rasa gelihati sebab hari pertama sudah begini jadinya. 

I dan cikgu perempuan tadi balik semula ke kelas mencari Arrizqi, syukurnya bangunan sekolah itu tidak terletak jauh-jauh, hanya beberapa langkah sudah sampai tapi penatlah juga ke hulu-ke hilir. Dan, Arrizqi sudah tersengih menanti I. 
"ume...!!!" dia menjerit dengan muka bahagia. 
"wei, pergi mana? kita cari awak la" I tanya dia perlahan.
"saya pergi tandas, saya pergi dengan cikgu tu." jarinya mengunjuk cikgu yang baru I nampak, senyum cikgu tu sambil I ucapkan terima kasih.
"saya nak tolong dia, dia kata nak buat sendiri. Banyak kali saya tanya dah siap ke belum." I tidaklah marah dengan cikgu tu, dia sudah temankan Arrizqi. Anak I selamat, insyaaAllah. Mungkin ada kekeliruan komunikasi antara mereka membuatkan kehilangan Arrizqi tidak disedari. 

I kembali semula ke dataran perhimpunan, masih lagi mendengar pengumuman nama Arrizqi dipanggil. Mungkin guru pengendali majlis yang peramah itu masih belum mendapat maklumat Arrizqi sudah dijumpai. I bergegas memimpin Arrizqi memberitahu cikgu pengendali.
"oooh! ini orangnya. Pergi mana Arrizqi?" tanyanya peramah, Arrizqi sudah pun berlari bermain.
"pergi tandas" pendek sahaja dia menjawab.
"patutlah dengar nama tu, macam kenal je" tiba-tiba I terdengar suara menegur I. Oh! ini kawan satu tabika dengan Arrizqi. Rasyiqah! satu-satunya yang bersekolah jauh sama dengan Arrizqi. Dan kami berbual seketika. Rasyiqah mengambil keputusan untuk bersekolah sahaja di situ. Jika I tidak perlu uruskan Adli, ingin juga menyuruh Arrizqi bersekolah sahaja di situ. I kasihankan Adli yang tiada siapa untuk uruskannya. I tidak mahu menyusahkan orang lain. Minta pertolongan orang, adalah perkara terakhir yang I akan buat sekiranya I betul-betul tidak mampu.

Ramai yang berasa pelik mendengar kisah sekolah Arrizqi ni, I sendiri pun memang sudah pelik dan sudah malas hendak cerita. Ia tidak mengubah apa-apapun. Pasrah je la. Cikgu pengendali majlis pun beritahu, sekolah dahulu nanti buat pertukaran, inshaaAllah boleh dapat. Sekolah jauh tu best. I suka suasananya, serupa sangat dengan sekolah sekolah rendah I di kampung dulu-dulu. Walaupun parentnya agak krik-krik-krik!

I membelikan beberapa keperluan Arrizqi dan pulang, bertembung lagi dengan cikgu pengendali I suruh Arrizqi bersalam dengannya. berterima kasih banyak-banyak padanya.
"ume, esok saya sekolah lagi tak?" tanya Arrizqi membuatkan cikgu pengendali tu tergelak.
"nanti buka sekolah, cikgu cari awak dulu Arrizqi." katanya sebelum melepaskan Arrizqi pergi.
"hari orentasi sudah hilang, haih! kecoh 1 sekolah dibuatnya. Suka betul buat huru-hara, terima kasih cikgu. Jumpa lagi buka sekolah nanti." I minta diri. 
"ye, terima kasih puan." dan Arrizqi terus berlari ke pagar sekolah. I hanya tergelak. Dak ni memang tau. Dan balik, I singgah di mcD disebabkan Myra sudah tamat event dan berada di sana. Kami bertemu sebelum balik ke rumah bersama-sama.

Album:


ArrizqiQiQi.


Outfit Adli.

Budak rezeki ni sudah sekolah!

Sekian entry penutup 2018. Jumpa di tahun 2019, inshaaAllah! 

Sunday, 18 November 2018

Konvokesyen dan Hari Anugerah Kecemerlangan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Alhamdulillah, minggu sibuk berakhir pada hari semalam, namun akan bersambung lagi pada minggu hadapan yang merupakan juga minggu terakhir persekolahan sesi 2018. As mom, like end of every year, mom sibuk dengan menghadiri jemputan majlis anugerah atau pun majlis perpisahan akhir tahun. Selagi berpeluang, mom ikut hadir sahaja bagi meraikan tiga askar.

Rabu lepas, Majlis Konvokesyen Tabika untuk Arrizqi, untuk tahun ini majlis Arrizqi, mom pergi without tuan Erwandi, mom ditemani adiknya Myra, jadi dapatlah mom meraikan dengan rasa selesa berbanding tahun lepas. Sewaktu kami sampai di Ivory Hall, Country Holmes Rawang, orang telah pun ramai, dewan sudah pun sesak dan kami berdiri sahaja sehingga majlis bermula. Arrizqi telah pun mengikut guru kelasnya untuk diuruskan. Selesai ucapan dan bebelan yang entah apa-apa (sama je macam tahun-tahun sudah), jadi mom layankan Adli sahaja yang sudah mula sibuk hendak makan. Kelaparan.

Mom keluar mencari makan dan masuk semula ke dewan, menunggu satu demi satu acara berlangsung. Bila sudah pastikan abang Adli, kakak Auni dan mak usu dapat tempat duduk, mom lari mendapatkan Arrizqi. Allahuuu anakku itu sudah menjadi tok batin, selempangnya sudah tidak dikedudukan, Arrizqi tiada bahu berbanding dua orang rakannya yang lain. Terbahak mom melihatkan keadaan dia.
"dah 5 kali aku betulkan mek, jatuh juga" bebel cikgu Khaida buat mom ketawa, Arrizqi asyik la mengusik mom, dengan memanggil umi-umi-umi.
Mom pinkan selempang Arrizqi supaya tidak jatuh lagi, dan kembali ke tempat duduk abang kakak yang sudah pun lengang. Siap boleh pilih hendak duduk mana lagi, ihiks!
Mom tidak ke depan sewaktu Arrizqi ambil scroll, bateri handphone mom sudahpun habis. Mom wakilkan mak usu. Mom nampak Arrizqi naik pentas, alahaiii comel je. Sebagaimana kakak Auni dan abang Adli, nama Arrizqi juga dipanggil yang pertama sebagai penerima pelajar cemerlang, sebab itu Arrizqi memakai selempang. Mom bangga dengan Arrizqi, tahniah Arrizqi.

Tanpa menunggu majlis habis, kami terus balik sahaja berikutan abang Adli sudah pun mengajak balik, rindukan bantal busuknya barangkali. Sempat singgah di kedai cuci gambar dan temankan mak usu ke kedai perabot. Kami tapau sahaja makan tengah hari berikutan tn Erwandi tidak balik ke rumah, hendak masak pun badan sudah letih.

Hari Sabtu, mom minta bantuan mak usu lagi untuk menghantar mom dan abang Adli ke Majlis Anugerah abang Adli pula, di sebalik rasa bangga mom sebak dan terharu dengan kejayaan anak-anak mom. Mom tidak sangka sehingga begini sekali peningkatan abang Adli. Sewaktu tn Erwandi memberitahu abang dapat nombor 1 dalam kelas, emak rasa... wow! sebab abang Adli bukannya suka expose diri sebagaimana kakak Auni dan Arrizqi. Abang Adli ni tersendiri, senyap-senyap sahaja dia terpilih sebagai penerima anugerah nilam dan beberapa anugerah lain dalam tahun ini. Abang Adli sudah buat mom rasa sangat bangga, mom hanyalah mahukan yang biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah!

Mom sendirian sahaja apabila abang Adli di ambil cikgu yang menguruskannya, mencari tempat duduk sendiri dan terpinga-pinga di dewan yang agak mewah itu. Mujur mom berjumpa semula dengan kawan mom yang sampai sama-sama tadi, tergelak pula bila mom ikut dia pada mulanya lepas tu dia menghilang dengan anaknya, end up kami jumpa semula, hahahaaa.

Majlis berjalan lancar sahaja, satu demi satu acara dan menumpang rasa bangga dengan kejayaan anak-anak orang lain, sehingga abang Adli naik pentas, mom setia menunggu di tempat duduk. Waktu abang Adli melintas tempat mom, mom terus sahaja ajak duduk dan abang Adli ajak balik. Loh! tidak tunggu majlis selesai, kami balik dan mom meminta mak usu ambil kami. Kami singgah makan tengah hari lebih dahulu selum balik ke rumah. Alhamdulillah.

Untuk kakak Auni yang akan bertukar sesi persekolahan, tahniah juga kerana berjaya kekalkan prestasi kakak, walaupun kakak tidak naik pentas bukan bermakna kakak tidak pandai, bukan-bukan. Mom bangga, kakak fight sehingga darjah 4 duduk di kelas yang sama, kakak tidak turun kelas dan kakak naikkan peratus kakak pada peperiksaan akhir tahun dari B ke A. Itu dah cukup baik bagi mom. Kekalkan sahaja prestasi kakak, maintain.

Juga untuk tn Erwandi, tahniah sebab dapat menyambung pelajaran, semoga tuan terus diberi kejayaan dan kecemerlangan dan menjadi contoh buat anak-anak. I love u. Yang terakhir, untuk mom...... eh! tak payah la, haahhaaaa mom tiada kejayaan yang best-best pun, ihiks!

Itu sahaja agenda mom untuk minggu ini, dan bersambung pada minggu hadapan. Mom simpan memori dalam bloghijau ini untuk bagi semangat pada hari-hari mendatang. Yeay!

Album:

 See? Arrizqi is .......

 Chukhahae Arrizqi shiii...

And his friends.

Arrizqi with mom, abang kakak and teachers. 

Dua orang tu paling cilik dalam kelas, lahir bulan yang sama.

The portrait of the day.

Abang Adli!

Kami sama tak? 

Abang and his friend, mom and friend.

Geng bas sekolah 2018.

Friday, 19 October 2018

Aku juga mahu tahu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Semalam, bermulanya peperiksaan akhir tahun sekolah kebangsaan bagi Auni dan Adli, seorang dalam darjah tiga, seorang lagi dalam darjah satu dalam satu sekolah yang sama. All the best anak-anak, semoga berjaya mengekalkan atau meningkatkan prestasi masing-masing. Tahun depan pelajarannya lebih mencabar, Auni dalam darjah empat sesi pagi, Adli dalam darjah dua sesi petang, bertambah satu ahli lagi ialah Arrizqi dalam darjah satu pada sesi petang (I hope dia dapat sesi pagi, tapi bagai tidak mungkin) yang BUKAN DALAM SATU SEKOLAH bersama Auni-Adli. Urgh! Aku sering di tanya KENAPA tidak satu sekolah yang sama? Jika kuasa jawapan itu ada pada aku, sudah lama aku menjawabnya, namun kuasa itu bukanlah di tangan aku.

Aku hanya berusaha sahaja, menambah kepada usaha aku ialah doa. Walaupun penuh rasa terkilan dan tanda tanya, aku berusaha juga untuk ambil yang positif. Semoga ada hikmah besar di sebaliknya, Allah hendak minta aku supaya lebih banyak bersabar dan sentiasa bersyukur. 

Buat pengetahuan seisi yang ingin tahu, yang selalu pelik dan bertanya,
"daftar lambat ke hari tu?" jawapannya tidak, aku daftarkan darjah 1 Arrizqi pada umur dia 5 tahun lagi. Entah macam mana, sewaktu pengesahan bulan Ogos hendak di buat, aku di beritakan Arrizqi bukan dalam senarai sekolah Auni-Adli. Perasaan aku pada masa tu? Tak payah gambar lah, memang aku sudah menangis pun. Apatah lagi dapat tahu sekolah yang menempatkan Arrizqi tu lebih jauh daripada sekolah Auni-Adli. Aku diminta untuk buat rayuan yang memang sekali dalam keputusan tersebut. Sudahlah semuanya melalui online, at the same time web aku pun problem sama, makanya tnErwandi sendiri pergi buat pengesahan sekolah Arrizqi yang jauh nun di sana. Sambil, minta bantuan guru penolong kanan HEM sekolah Arrizqi buat rayuan menukar penempatan sekolah sama dengan Auni-Adli. Alhamdulillah, dia membatu. Terima kasih cikgu! Salute!

Then, apabila bulan Oktober tiba (keputusan rayuan keluar), sekolah Auni-Adli SUDAH PUN menghantar surat orentasi ke alamat rumah, aku gembira bukan kepalangnya, Alhamdulillah berkat Dhuha barangkali, syukur. Hati pun sudah lega, tidur pun sudah lena. Namun, aku tergamam bila tnErwandi minta aku buat semakan semula dengan sekolah Auni-Adli, kerana dia menyemak keputusan rayuan online Arrizqi adalah DITOLAK. Makanya, Arrizqi akan bersekolah di sekolah jauh, lebih jauh daripada sekolah Auni-Adli. Ooooh! aku tidak rela. Dengan berat hati, aku melangkah juga ke pejabat sekolah yang tidak ingin aku pergi. Pejabat sekolah Auni-Adli ada kenangan sedih aku di sana. Di kasari tanpa dengar apa alasan aku, kesian aku. Dengan surat orentasi Arrizqi, aku naik juga bersemuka dengan kerani, dia tekun dengar cerita aku. 

Habis sahaja aku bercerita, dia ambil surat orientasi Arrizqi dan dia letak atas meja.
"abaikan surat ni, ikut keputusan online, minta surat orentasi daripada sekolah jauh nun, pergi orentasi di sekolah sana." that's all. Aku macam, errr... 

Aku balik juga rumah dengan rasa, urgh! apa salah aku ni? apa salah yang aku sudah buat sampai anak aku yang bongsu ni kena sekolah jauh? sedangkan dia ada abang yang akan satu sesi sama dengan dia, sedangkan aku sudah daftarkan dia awal, ikut bilangan di sekolah tu Arrizqi yang ke dua, sedangkan sekolah yang paling dekat dengan rumah ialah sekolah Auni-Adli. Apa kesalahan aku sehinggakan sudah buat rayuan pun, rayuan di tolak? 

Bagaimana aku masa hari pertama persekolahan nanti? yang pastinya semua anak-anak aku semestinya hanya mahu aku? Bagaimana aku hendak manage jadual aku pada tahun depan bila tnErwandi bertugas di luar daerah? Oh! Can't imagine right now. 

Bila aku minta tnErwandi fight di PPD, dia kata tidak apalah, sabarlah, sekolah je sebulan dulu, nanti buat pertukaran. Hrmmm... semoga tuan menjawab tu, tuan sudah fikir ye siapa yang bakal uruskan anak-anak tahun depan. Tuan jangan main cakap je ya, harapnya la. Aku berharap je. Aku kasihan dengan Arrizqi yang akan keseorangan di sekolah jauh. Jika aku uruskan Arrizqi di sana, aku kasihan pula dengan Adli yang keseorangan di sini. Pakai kemeja dengan tali leher pun dia masih perlukan bantuan. Argh! Auni aku tidak berapa kisah sangat, dia sudah pun dalam darjah 4, paling-paling aku boleh minta bantuannya untuk tengokkan Adli, Auni bersekolah agama sesi petang, Adli sekolah kebangsaan sesi petang, Arrizqi sekolah kebangsaan jauh sesi petang, hrmmm...

Aku cuma rasa tidak adil, itu sahaja. Aku tidak tahu hendak salahkan siapa, kerana aku sudah pun ikut apa yang diarahkan untuk buat, itu sahaja. Aku terima sahaja cikgu yang lantang bersuara tapi tengok muka aku pun tidak. Keputusan tnErwandi tu pun, agak menyakitkan perasaan aku tapi jika dia yang berkehendak begitu, malas pula aku hendak berbalah-balah. Aku anggap sahaja, dia akan tolong aku uruskan anak-anak nanti. Semoga. SEMOGA... (korang sambunglah sendiri).

Aku masih menerima separuh hati keputusan tnErwandi, aku masih mengharap keajaiban itu berlaku. Aku pelik kenapa yang daftar lambat, rayuan diterima. Aku yang dafttar awal, boleh ditolak keluar, Adli masih bersekolah lagi di situ, satu sesi yang sama dengan Arrizqi. Aku pelik! PELIK! rasa macam tidak diendah orang langsung pun ada. Huh! Aku pelik jika sekolah sudah penuh pun, kerusi meja tidak ada, kenapa yang cop register bilangan 02 ni yang ditolak pergi? Pelik. Jadi, tidak guna jugalah daftar awal rupanya.

See? bilangan ke dua okey di sekolah Auni-Adli, tapi sekolah Auni-Adli tidak peduli pun, yang penting sekolah telah penuh. Yang penting daftar lambat pun okey je. Not Fair? Dorang tidak kisah kau pun.

 Ini surat harapan palsu semata-mata. Happy la hati aku sekejap sebelum tersentap dengan keputusan yang lebih parah.


 Arrizqi on 6th birthday baru-baru ni, October 15th. 
Mereka akan bersekolah berasingan pada tahun hadapan. Fighting!


Cahaya Petunjuk Rezeki.
Semoga terus membawa rezeki melimpah ruah walaupun di mana sahaja Arrizqi berada. InshaaAllah!

Ok berbaik sangka Sya2. Allah tidak uji umatnya jika dia tidak boleh galas bebanan. Tidak apa-apa, susah sikit mula-mula. Nanti sudah biasa, alah bisa tegal biasa bukan? Keep calm, layankan aja. Nanti bila ada rezeki tukar, kita BANGKIT! fighting!

Doakan kami dimudahkan urusannya hari-hari, sihat, dan sentiasa dalam kesederhanaan. Kami orang yang biasa-biasa je. Menjawab persoalankah ini? hahahahaaaa... ye aku pun mahu tahu juga, jawapan tepat tu tak ada.

Stay positive. Work Hard. make it happen!

Wednesday, 15 August 2018

Bakal pembaca berita.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Ceh konon! hahahaaa, bukan aku - aku tidak reti hendak berhadapan dengan orang ramai tetapi Arrizqi. Anak bongsu aku tu kan ke sudah enam tahun. Ye, anak bertuah seorang tu memang rezekinya alhamdulillah walaupun dia suka sangat buat kerja yang buat kepala otak aku bingung. Perangai dia serupa dengan kakaknya lah, buat benda yang tidak dijangka.

One day, aku parking kereta macam biasa. Arrizqi ni, kalau ada anugerah datang sekolah paling awal, memang dapat pada dia sahajalah. Datangnya sebelum cikgu dan pembantu sampai, sekolah masih tutup lagi, hahahaaa. Aku malas hendak dua tiga kali ulang alik rumah menghantar dorang ke sekolah, aku angkut semua sekaligus. Jimat minyak bas. Teacher Ina datang jengah tingkap, 
"Sya, nanti tolong training Arrizqi baca surat khabar, kita hendak masukkan dia ke pertandingan membaca suratkhabar Selasa depan." 
"Arrizqi?, membaca dia pun merangkak lagi, hrmmm... mana yang boleh je la ya." aku pandang Arrizqi yang dah pun berlari masuk kelas.
"dalam ramai-ramai, dia je boleh baca tak mengeja. Yang susah-susah tu takpela, tapi dia boleh. Tolong eh..." Aku ni, bila part cikgu dengan anak-anak, haih! lemah. Lagi-lagi part nak ikut mood mamat seorang tu, bukan sentiasa ensem dan positif. Kena angin puting beliung dia, hrmmm... aptb.

So, kita training la mana yang boleh. Katanya membaca selama tiga minit, berhenti selepas loceng dibunyikan. Hahahahaaa! 1 minit setengah baru siap baca tajuk dan tajuk kecik. Isinya tidak sampai satu perenggan dia dah malas. Kita kata pertandingan hari Selasa, dia p delay lagi sehari - hari Rabu. Tak ke bergaduh dibuatnya. Kakak tiada, ganti dia pula kerja hendak bertekak dengan emak. 

Tiba masanya dia pergi hanya dengan teacher Ina, aku just rutin driver bas sekolah macam biasa, dia balik sekolah pun seperti biasa, jadi semua macam biasa bagi aku. Bila aku tunggu dia balik sekolah, daripada luar dia sudah menceceh. Dalam kereta ada Auni, Adli, Danish, Thaqif, Qhaseh (geng bas sekolah.), haaa semua kena dengar Arrizqi paling bongsu hendak menceceh. Semua kena dengar, sambil Arrizqi tayang plag kayu yang dia dapat.
"saya dapat nombor tiga, bla... bla... bla..." Orangnya kecik, duduk seat paling belakang sekali sambil tukar baju. Memang dah macam retis, bila ada wardrobe dalam kereta. Bila aku tak bawa baju tukar siap-siap, hah! muncung macam cencurut, masam muka dengan aku sampai ke petang la jawabnya. Bercakap pun taknak. Sambil tukar baju sambil bertekak dengan Thaqif dan Danish. Yang lain-lain malas hendak join. Auni di sebelah aku memang pegang hp sahajalah sementara hendak ke sekolah. Dia special duduk depan.

Selesai hantar geng bas sekolah barulah aku sambung kerja rumah yang mana tidak sempat aku setelkan sebelah pagi tadi. Pagi masa pack, ngemas atas bawah, jogging, mandi, isi planner, masak. Jadi bila tidak sempat buat semua, akan bersambung sebaik sahaja habis semua ke sekolah. Time ni barulah time untuk Arrizqi. Tahun ni last aku ditemani Arrizqi, nextyear dia sudah sekolah besar. Sobs! Jangan suruh aku buat anak ye, yes I do. Rezeki tak ada. Now, masa untuk aku meladeni masa persekolahan anak-anak, dorang membesar.

Teacher Ina kata, Arrizqi berani. Baca pun bagus. Dia berterima kasih pada aku sekali. Arrizqi dapat nombor tiga daripada 5 buah kelas. Ok la tu. Tahniah Arrizqi. Dia tidak sabar hendak gandingkan plag kayu sama-sama dengan abang kakak dia, they make me smile. Dan malam itu, abi Erwandi juga bawa balik plag daripada jabatan lamanya, tanda kenang-kenangan. He'e, semua dapat ni, emak mahu juga. Sobs! It's okey, aku gembira bila tolong-tolong lap or susunkan plag, piala dorang. Puas! Alhamdulillah... 

Album:












Arrizqi. Abi Erwandi. Aku. 
Nak jugak! :)

Monday, 13 August 2018

Aidilfitri 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Memaksa diri menolak tepi segala kerja yang ada atas meja. Annyeong! wah lama sungguh hendak up entry baru, I really-really-really rindu gila dengan bloghijau ni. Well, adakah anda semua baik? Bagus-bagus. Eh! kita hendak bebel apa ni? hahahaaa.

Last entry is puasa, so lepas tu kita raya. Raya kitorang kali ni, hrmmm... puaslah dapat berjalan. Kan ke, abi Erwandi tu mc selama dua bulan, hahaaa sampai tidak tahu mana lagi mahu diterjah. Alhamdulillah. Turn Johor dengan baju recycle. Bukan tiada mood hendak beraya tapi berjimat. Ikutkan hati aku, aku hendak tema power rangers malangnya baju Adli tidak muat untuk Arrizqi, walaupun Arrizqi itu ialah adik, bila disarungkan semuanya, semuanya ok sudah senteng. Hadoih! bila dak kecik ni membesar tah. Bila sudah acu-acu, hah! satu-satunya baju melayu yang muat, baju raya tahun lepas. Auni sahajalah yang kena dibelikan warna biru muda.

Baiklah, mari kita memulakan misi berjalan bazaraya, syok berjalan dengan mama... syok lagi berjalan dengan papa, hahahaaa. Tunjuk je, papa bayau. Dengan mama mesti hendak cari yang sedondon, pantang betul. Suka tiru-tiru :). Adli sibuk minta songkok, boleh pakai pergi sekolah agama nanti- katanya. Pilih punya pilih, like brother like little brother, kepala pun sama saiz. Sabar je la. Aku dengan mama dapat beg sedondon, mama belanja berikutan wang saku daku habis pada baju Auni, tidak kisahlah, janji happy.

Raya pertama hujan membasahi bumi, agenda hanya di rumah makan, makan, makan dan makan. Hujan reda kami beraya ke rumah pak dan mak sedara, then balik rumah sambung makan. Beberapa hari di Johor, acah-acah jalan tidak jammed kami balik ke Sg. Buloh. Sempat singgah ke di Melaka rumah kawan-kawan kami masa belajar dahulu. Kawan abi Erwandi, kawan aku jugak, kan ke kami satu kelas, hehe. Then terus sambung beraya di rumah pak-mak sedara sebelah abi Erwandi pula. Hujung minggu open house, dan pecah rekod aku tempah biskut raya paling banyak tahun ni, tapi tiada orang pun datang beraya ke rumah aku, kuih aku habis sebab aku makan dan di bawa anak-anak ke jamuan hari raya sekolah. Ada dua balang aku bawa pergi kelas perjumpaan budak-budak art di Bangi. Nanti kita story k, sebab sebelum perjumpaan tu, kitorang pi Langkawi dulu, that's why la tiada orang datang rumah, kitorang pun tak ada di rumah, kekeke. So habis situ je la raya kitorang. Simple je kan, hehe!

Album:















Wokey, berjaya taip satu entry setelah beberapa bulan, kita cuba lagi untuk entry seterusnya. Sayang bloghijau ni sebenarnya. Terima kasih kerana masih setia. Siapa-siapalah! jumpa di instagram sya2ablatib or sya2chwimi.

Saturday, 26 May 2018

Ramadhan kali ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Latest entry, duduk dalam draft selama sebulan, hahahaaa. Mak busy ko... bulan 5 kans. Bulan istimewa emak, bulan emak paling busy dalam setahun, ngehehe. Tidak percaya? Just go to emak punya 2nd Instagram @sya2chwimi [ha'a sengaja promosi] πŸ˜‰. 

Ramadhan kali ini, waktu bersahur emak ditemani setia dengan dua orang, kakak Auni dan rakan sahur baru kita Adli, welcome to the club. Walaubagaimanapun, hari pertama berpuasa, nampaknya semua orang berkobar-kobar termasuk Arrizqi bangun sahur dengan muka ceria. Semangat hari pertama tanpa abi Erwandi yang telah masuk ke hospital untuk menjalani pembedahan kecederaan lutut kirinya. Jadi, emak senang hati melihat masing-masing berselera makan nasi sepinggan penuh. Wah! syabas anak-anak emak. 

Hari pertama berpuasa cuti sekolah agama (sesi pagi), jadi keadaan masih tenang dan boleh bersenang lenang sahaja. Pulang daripada sekolah kebangsaan (sesi petang) hujan turun dengan maha lebatnya. Mengiringi Ramadhan hari pertama. Adli telah pun buka di sekolah, jujur dia mengaku ditengah kesesakan menanti hujan reda sedikit. Dia ikut kawan minum air, katanya. Sabar sahajalah!

Arrizqi berbuka menjelang jam 1 tengah hari. Itupun tidak sampai jam satu dia sudah membuat amukan luarbiasa sebaik sahaja masuk pintu rumah. Dia buat perangai sebab kelaparan. Macam-macam hal. Hari kedua dia mengeluarkan kenyataan berbunyi:
"adik hendak puasa tahun depan je la umi, tahun ini adik puasa sampai pukul 1 je." Pandai-pandai dia mengatur ayat, kemain. Mak sengih sahaja, tidak mengapalah Arrizqi, ikutlah kemampuan badan tu. Satu emak hendak puji dengan Arrizqi ini, sungguh senang bila bangun sahur, muka ceria sahaja. Sedang-sedang makan boleh pula dia menegur abangnya,
"abang tak basuh muka ke tadi?" sambil memandang emak yang duduk bertentangan dengannya.
"basuh, kan saya yang basuhkan tadi" jawab emak sambil memandang reaksi Arrizqi semula.
"habis tu, kenapa monyok ja?" ok, emak tergamam, mana pula dia belajar perkataan monyok tu, haha!

Masuk hari ke tiga berpuasa, abi Erwandi telah pun selamat pulang ke rumah semula dengan kaki robotnya, semoga lekas sembuh abi Erwandi. Anak-anak setia menunggu depan pintu, hiii! Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar, ada hikmah abi Erwandi di rumah pada tahun ini, emak tidak kelam kabut merempuh jalan sesak untuk mengambil Auni dan Adli pulang daripada sekolah kebangsaan. Terima kasih! Sepanjang 9 hari berpuasa, kakak Auni tinggal 2 hari, Adli puasa penuh 4 hari, Arrizqi? hahahaaa habis semua berlubang, tidak ngape lah anak-anak.  

Brother and sister, together as friends, ready to face whatever life sends. - Robert Brault.

Kelengkapan Aidilfitri? hrmmm, all is mom kan? nanti la dahulu, emak hendak selesaikan tugas-tugas dalam bulan Ramadhan ini dahulu. Emak akan fikir waktu sedang bersenang lenang nanti, ngehehe! Jadi, berhenti sini dahulu entry emak kali ni, terima kasih sudi setia membaca entry yang sekejap ada dan tidak ini. Selamat berpuasa semua ;).

Bakar Kalori.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

SEEING MY CHILD HAPPY IS ONE OF THE BEST FEELINGS IN THE WORLD!-joyofmom.com

Sabtu, hari yang emak tunggu-tunggu sangat, emak tidak perlu sibuk-sibuk untuk bangun awal pagi mengejarkan tigaaskar untuk ke sekolah tetapi tidak untuk Sabtu yang baru lepas ini, emak tetap bangun seperti biasa bersiap, hari ini anak-anak emak ada aktiviti sukan di sekolah. Emak belum pernah tertinggal untuk meraikannya bersama dengan tigaaskar. Ini sahaja hari yang membolehkan emak bergembira dan melepaskan aktiviti di rumah. Emak menyiapkan sarapan pagi lebih dahulu sebelum mengejut tigaaskar bersiap. Sedang asyik di dapur, hujan turun dengan sangat lebat. Allahuuuakbar... semoga urusan-urusan hari ini berjalan dengan lancar. 

Emak mengejut Arrizqi dahulu, acah-acah tanya sama ada dia hendak ikut atau tidak, kali terakhir bertanya dia tidak mahu ikut, tapiii sahajalah emak cuba last kopek. Kan... Arrizqi angguk dan bangun dengan pantas. Emak dan Arrizqi bukan boleh berpisah, hihiii! Dia senyum lebar sebaik sahaja bersiap, giliran Adli pula bersiap. Ini struggle, walaupun tidak cerewet bangun pagi, dia slow motion sikit, lagak lelaki bersopan santun, haaa... dengar sahaja pakai baju baru, seluar baru dan adik dah pun siap, jadi segar bugar biji matanya. 

Selesai Adli, emak kejut sahaja Auni. Kakak sulong ni, senang sikit bila suruh bersiap, dia memang berdikari daripada lima tahun lagi. Sementara Auni bersiap, emak mengemas rumah. Sudah pasti balik bersukan nanti badan sudah pun letih, jadi tidak mahulah kepala kusut pula dengan rumah yang berserabut. Di luar hujan masih lagi turun, emak pasti akan berhenti jua sekejap nanti. Sedang emak bersiap di atas, menyediakan kelengkapan untuk kali terakhir, terdengar suara tigaaskar yang sedang mengusik kucing masing-masing. Sesekali diselangi dengan kekekan ketawa. Alhamdulillah semuanya berada di kondisi yang senangkan hati emak. 

Emak memacu tobot W ke sekolah, sampai sahaja di sekolah hujan masih lagi renyai, hampir reda. Kami menunggu saat ianya betul-betul reda baru boleh turun daripada kereta. Comel, bila Adli berkongsi payung dengan Arrizqi sambil mulut tidak berhenti mengomel. Emak dan Auni ikut daripada belakang, kami perlu melintas jalan raya empat lorong baru sampai di pagar sekolah. Entah apa yang orang cakap bila tengok emak seorang meladeni tiga orang ini, hahahaaa. Sampai di kantin Auni dan Adli sudah hilang dari pandangan, sudah bertemu dengan geng masing-masing. Arrizqi berkepit dengan emak, geram juga kakinya hendak join abang dan kakak. Tahun depan bolehla Arrizqi join. Senang sikitlah emak nanti, hehehe!

Syukur hujan berhenti juga, selesai urusan pendaftaran emak bawa Arrizqi duduk di bawah khemah, padang becak, berbaloi emak paksa Arrizqi pakai kasut tadi. Dia sudahlah penggeli, jika berselipar tadi, memang jenuhla la hendak memujuk dia. Acara dimulakan dengan perarakan rumah sukan dan unit beruniform dan beberapa persembahan daripada murid-murid sekolah. Arrizqi juga sudah mula boring asyik duduk sahaja, dia sudah pun emak bawa pergi makan dan belanja aiskrim. Tiba-tiba sahaja Auni muncul mengajak emak ke tengah padang. Arrizqi melompat gembira bila nampak kakaknya datang. 

Di tengah padang, becak, Adli mengejar mendapatkan emak juga, haaa sudah! acara masing-masing hampir bermula. Tahun 1 dahulu, sempat emak menonton Adli berlari sebelum menonton Auni di tahun 3, belum acara Auni bermula, Adli sudah pun ke podium untuk ambil hadiah, ah! sudah emak kena berpecah jadi dua nampaknya ini. Mujurlah! ada kawan-kawan emak sudi tunggukan salah seorang bagi pihak emak. Emak menunggu Adli, lama sangat menunggu hingga Arrizqi pening kepala, dia sudah muntah di tepi padang. Hrmmm, the end emak tinggalkan Auni dan emak tinggalkan Adli, pandai-pandailah cari emak nanti. Emak bawa Arrizqi ke kantin, dudukkan di bawah kipas dan cuba mencari ruang untuk dia. Dia sudah bising hendak balik rumah, sabar Arrizqi sabar, tunggu abang dan kakak ambil hadiah dulu.

Sedang emak berbual dengan Arrizqi, Adli datang dengan medalnya, dengan senyuman penuh giginya, dengan riang dia minta emak rm2. Anak bertuah! dia hendak beli aiskrim. Emak tunggu sahaja di kantin, minta bantuan kawan-kawan yang masih di padang beritahu, di mana emak berada pada Auni. Tidak lama kemudian Auni muncul di kantin, bawa medal dengan muka letih dan minta rm2 juga. Adoiii! Auni hilang, Adli muncul dengan dua aiskrim calong, 
"nah adik, untuk adik saya belanja!" tergelak emak dengan ayat Adli tu. Comel dan macam tidak betul je Adli yang belanja, bukan emak punya duit tadi ke...? 
Arrizqi sudah tidak mahu makan apa-apa, dia memang jaga pemakanannya, baru lepas muntah tadi. Dan, emaklah yang habiskan. Datang pula Auni dengan aiskrim yang sama, mujurlah dia beli satu sahaja, emak menunggu masing-masing selesai sudahkan aiskrim barulah boleh balik rumah.

Menunggu tu pun, sempat lagi Adli minta rm2 hendak beli jajan lain pula, anak bertuah betul. Karang sebelum masuk kereta, mahunya emak kena paw lagi sebab letak kereta berhampiran betul dengan kedai runcit, adoiii! Tidak sempat emak hendak wefie dengan kawan-kawan, tigaaskar dah merenget hendak balik, tidak boleh bersabar lagi untuk ke kedai. Sabarjelamak!

Belum pun jam 12.00 tengah hari, kami semua berangkat balik rumah. Mahu rehat-rehat dan menyelesaikan rutin Sabtu yang sudah tergendala, apatah lagi melihat kasut tigaaskar yang berlumpur dengan becak di padang tadi, huargh! all is mom... mom is crying! but it's ok, semuanya berjalan dengan lancar hari ini, mengikut percaturan yang emak buat. Syukur! janji tigaaskar gembira, emak pun ok saja =)

Memorable Memories:






Selesai rutin Sabtu, emak tertidur dengan Adli, hahahaaa... Ok, jumpa lagi di lain entry. Daaa!


Monday, 8 January 2018

Pertama kali: Adli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Annyeonghaseyo! Salam 2018. Ihiks... keterlewatan. Better late than never, gittew! Tahun baru, mood baru, suasana baru, jadual emak just still d'same just hanya ada beberapa sahaja yang berubah. Mostly, my Adli anak kedua emak sudah pun naik ke tahun 1. Alhamdulillah, genap seminggu bersekolah, Adli sudah betah dengan suasana sekolah. Kerisauan emak berkurang sedikit berikutan kakak Auni boleh diharapkan untuk tengok-tengokkan abang Adli lincah yang maha. Lekas betul Adli membesar, seingat emakla, sebaik sahaja Adli balik daripada rumah pengasuh, emak rasa sayu sangat sebab Adli akan terbongkang tidur tanpa sempat emak hendak berguling bersama.

Kini, Adli akan habiskan masa dengan bersekolah, lekasnya masa berlalu. Tanpa sedar emak sibuk menguruskan dokumen dan urusan lain untuk mendaftarkan Adli masuk ke tahun 1. Are you ready Adli? jujurnya emak tidak ready, tapi emak kentalkan jiwa sahaja. Lambat laun, Adli akan tinggalkan emak juga. 

Arrizqi masih di tabika yang sama, emak tidak berhasrat untuk hantar dia ke mana-mana, biarlah Arrizqi berdikari dihantar abi Erwandi-emak sudah uruskan urusan yuran dan pendaftarannya. Jadi, abi Erwandi hanya hantar dia sahaja, hendak biasakan dia tanpa abang Adli.

Auni dan Adli emak bawa ke sekolah agama, hari pertama persekolahan, hari pertama bagi anak-anak yang 7 tahun bersekolah maka kawasan sekolah sungguh sesak. Emak dapatkan juga parking untuk tobot w, kerana emak perlu menguruskan yuran untuk kakak dan abang Arrizqi. Emak tawakal sahaja, memujuk Adli, emak bimbang dia tidak kental berikutan baju melayunya lain seorang. Semua orang bercekak musang manakala Adli berteluk belanga, kesilapan emak taksub bershopping keperluan sekolah tempoh hari sampai terlupa Adli bersekolah di Selangor, aduh! Emak maklumkan kepada guru kelas Adli, untuk pengetahuannya sahaja, emak tidak berhajat untuk membeli set baju melayu yang baru. Pakai sahajalah apa yang ada,

Selesai urusan abang Adli, emak ke kelas kakak Auni pula, alhamdulillah kedudukan kelas keduanya saling bertentangan, mudah untuk saling menjaga antara satu dengan lain, waktu rehatnya juga sama. Apa yang mudahkan emak, Thaqif juga berada dalam kelas yang sama dengan kakak Auni, manakala adiknya Qaseh berada dalam kelas sama abang Adli. Emak bersyukur, Thaqif rajin menunggu Qaseh, sebelum mendapatkan emak di tempat menunggu. Maka emak hanya menumpukan perhatian kepada abang Adli sahaja yang kerap sangat menghilang bila sudah di hadapan mata. Geram betul!

Usai urusan Auni, emak mendapatkan Adli semula. Emak hendak balik ke rumah. Kembali ke kelas Adli, mudah sahaja emak cam kan dia. Dia sudah pun mundar mandir dalam kelasnya, ewah-ewah! memang tidak reti duduk diam betul dak ni.
"kenapa umi tak balik lagi?" he'eh, dia tanya kita pula, kita ni risaukan dia. Bertuah sungguh!
"umi baliklah, nanti saya tunggu kakak." sambil emak betulkan sampingnya yang sudah senget. Dia pula yang hendak tunggu kakak, bukankah sepatutnya kakak tunggu abang? hrmmm... Sudah dipaksa emak balik, maka emak baliklah. Jam sepuluh karang emak datang semula.

Balik berurusan di sekolah agama, emak terus ke pasaraya untuk shopping groceries. Emak kena sediakan bekalan untuk kakak dan abang ke sekolah kebangsaan pula petang nanti. Emak gementar sungguh dengan sekolah besar ini-panggilan daripada abang Adli. Akhirnya tiba juga abang Adli ke sekolah besar. Hendak sangat mengikut kakak dua tahun lepas, akhirnya menjadi kenyataan. Separuh perasaan emak gembira, separuh lagi emak rasa sedih. Besar sudah anak-anak emak. Emak balik rumah mengemas sekejap dan keluar untuk mengambil kakak Auni dan abang Adli. Hari ini, emak berkhidmat untuk anak-anak emak, esok emak kembali menjadi pemandu bas sekolah.

Emak menunggu Auni dan Adli di kantin sekolah, malas emak hendak ke kelas. Daripada jauh emak nampak kelibat abang Adli, he'e selamba sahaja dia meredah masuk pintu kelas kakak Auni, walhal ustazah kelas Auni berdiri tegak di pintu, emak panggil pun dia tidak dengar. Sempat pula dia melambai kakak Auni di dalam kelas, aduh! emak-emak lain mula terperasankan baju melayu Adli yang berbeza, Adli sengih sahaja berlari mendapatkan kakak Auni. Sabar sahajalah!

Kami singgah di kedai sebelum pulang ke rumah, abi Erwandi mengirim pasir kucing yang sudah habis di rumah. Dengan tobot z, emak berhenti betul-betul di hadapan kedai. Hanya pasir kucing dan gula-gula untuk dua orang ini, pantang betul.
"anak ke tu?" penjaga kaunter bertanya pada emak.
"ye, baru balik sekolah. Ada seorang lagi 6 tahun" emak kasitahu dengan terang dan jelas.
'macam kakak dengan adik-adik ja" penjaga kaunter itu lagi tanpa berhasrat untuk membungkus barang-barang emak. Emak sengih sahaja, sudah biasa. Muka comot emak ni masih belum matang lagi barangkali, hehe!

Pulang kedai, kita bertempur lagi dengan masa. Kakak Auni terkial-kial menggayakan sut pengawas, abang Adli dengan uniform sekolah kebangsaannya, hadei! Boleh cepat jadi lambat dibuatnya. Emak gak yang meribut. Hari pertama biar abi Erwandi jemput Arrizqi balik tabika. Arrizqi balik pun Adli masih tidak siap lagi, 
"Eh! pergi sekolah lagi?" tanya Arrizqi. Dia belum faham jadual sekolah kakak abangnya.
"ye la, saya kan dah tujuh tahun, pergi sekolah sama dengan kakak." jawab abang Adli. Ok sudah, mari pergi.
Sampai di sekolah besar, Adli berjogging di tengah dataran. Hrmmm! emak hendak balik pun tidak jadi. Tidak mengapalah hari pertama emak tunggu sehingga Adli masuk kelas. Betul-betul emak tunggu sehingga Adli masuk kelas. Alhamdulillah, dia berjumpa dengan kawan lamanya di tabika dahulu. Sama-sama naik pentas bergelar pelajar cemerlang tempoh hari.
"umi baliklah, nanti petang saya tunggu kakak." See! dia halau emak lagi πŸ˜‚. Yela-yela, emak balik sahaja sampai terlupa sepatutnya emak pergi melawat kakak Auni, adeih! Betul-betul emak lupa hendak cari kakak Auni pada hari pertama dan sampai ini emak tidak tahu di mana kedudukan kelas kakak Auni, kerana kelasnya berpisah dengan tahun tiga yang lain. Tak apalah, hari terbuka nanti, emak cari, twehehe!

 Demok ni da sekolah besar :)

Album:



  

Tahun ini sesi persekolahan tamat awal sedikit, minggu pertama kawasan sekolah sangat padat dengan kenderaan ibubapa yang lain termasuk emak, emak menunggu kedua anak emak seperti tahun sebelumnya juga. Alhamdulillah, keduanya baik-baik sahaja. Berjalan dengan lancar. Sebelah malam, emak pastikan keduanya makan dan mengaji sebelum masuk tidur. Masing-masing tidur awal, emak legaaa. Sekian cerita hari pertama persekolahan sesi 2018, daaa.

Sunday, 7 January 2018

Tapau: Arrizqi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeonghaseyo. Awal pagi lagi sudah start enjin macam biasa. Arrizqi emak bekalkan dengan roti roll sardin sahaja, jamuan di sekolah tabikanya. Sama sahajalah, sekali dengan Adli. Majlis bermula pada jam 10pagi, tapi terlebih dahulu emak kena ambil Thaqif dan Danish yang masih bersekolah agama. Selesai mengerjakan rumah dan bersiap, Adli-Arrizqi emak tinggalkan di tabika dan bergegas ke sekolah agama.

Kakak Auni sudah pun tidak mahu ke sekolah, lagi pula dia dijangkiti campak hari ke 4. Jadi, ambil anak orang sahajalah pada hari Jumaat ini, merupakan hari terakhir persekolahan sesi 2017. Alhamdulillah. Balik sahaja ambil dua orang itu, terus emak bawa ke tabika. Majlis sudah pun berjalan dan hampir ke penghujung, emak tidak sempat untuk melihat Arrizqi menerima sijil tamat sekolah, huaaa 😭. 

Majlis selesai, perut pun kenyang, emak bawa anak empat pulang ke rumah, kakak Auni dan Danish perlu bersiap untuk ke sekolah kebangsaan pula untuk kali terakhir emak berkhidmat sebagai pemandu bas pada tahun 2017 ini. Hari terakhir persekolahan masing-masing bersemangat untuk ke sekolah, tahun hadapan ada yang akan bertukar kelas. Jadi, kasi sahajalah mereka ke sekolah walaupun waktu pembelajaran tiada.

Balik daripada hantar kakak Auni-Danish dan Thaqif, emak kembali ke tabika berikutan mi rebus emak tertinggal (boleh pulak!) hahaaa. Sebenarnya emak sengaja berpatah balik semula untuk mengambil peluang bersama dengan teacher Ain, tahun hadapan emak sudah tidak berjumpa dengan beliau lagi, Arrizqi juga akan menerima guru kelas yang baru. Emak rasa sedih sangat, malahan teacher Ain juga pasti sedih, beberapa kali beliau menangis tetapi kitorang memang tidak boleh buat apa-apa lagi melainkan menerimanya sahaja keadaannya. Kami dengan teacher Ain sejak daripada Auni lagi, Adli dan Arrizqi. Adli paling lama bersama, 2tahun. Tidak mengapalah, rezeki ada di mana-mana sahaja. 

Emak habiskan dua mangkuk mi rebus di hadapan teacher Khaida, merupakan sahabat baik emak. Dia ni pantang kalau emak kata, diet. Dia akan paksa emak makan depan dia. Selagi ada makanan selagi itulah dia akan lambakkan depan emak, haih! dia tidak beri emak diet. Lepas Adli-Arrizqi habis bermain, berkaraoke, dan hujan pun reda sedikit emak bergegas balik rumah, memberi peluang teacher Ain dan teacher Khaida meluah perasaan masing-masing. Emak pun hendak berehat sambil membelek gambar-gambar Arrizqi menerima Anugerah Cemerlang pagi tadi, dapat daripada kumpulan wassapp, ada seorang kawan emak yang baik hati mengambil gambar Arrizqi untuk emak, terima kasih Su.

Tahun 2017 emak bersyukur, ke tiga-tiga anak emak membuatkan emak gembira, emak berterima kasih pada semuanya termasuk abi Erwandi, terima kasih semua walaupun emak masih sama sahaja. Emak tiada apa-apa yang cemerlang pun, emak biasa-biasa sahaja. Emak malas, emak abaikan sahaja. Emak rajin pun emak macam ni juga, hihiii. Baiklah, emak hendak sambung entry seterusnya. Daaa ;)

Album:

 Topinya senget deh!

 Emak pun tumpang sepasang kaki dapat anugerah πŸ˜€
 There is always something to be thankful for.