Monday, 8 January 2018

Pertama kali: Adli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Annyeonghaseyo! Salam 2018. Ihiks... keterlewatan. Better late than never, gittew! Tahun baru, mood baru, suasana baru, jadual emak just still d'same just hanya ada beberapa sahaja yang berubah. Mostly, my Adli anak kedua emak sudah pun naik ke tahun 1. Alhamdulillah, genap seminggu bersekolah, Adli sudah betah dengan suasana sekolah. Kerisauan emak berkurang sedikit berikutan kakak Auni boleh diharapkan untuk tengok-tengokkan abang Adli lincah yang maha. Lekas betul Adli membesar, seingat emakla, sebaik sahaja Adli balik daripada rumah pengasuh, emak rasa sayu sangat sebab Adli akan terbongkang tidur tanpa sempat emak hendak berguling bersama.

Kini, Adli akan habiskan masa dengan bersekolah, lekasnya masa berlalu. Tanpa sedar emak sibuk menguruskan dokumen dan urusan lain untuk mendaftarkan Adli masuk ke tahun 1. Are you ready Adli? jujurnya emak tidak ready, tapi emak kentalkan jiwa sahaja. Lambat laun, Adli akan tinggalkan emak juga. 

Arrizqi masih di tabika yang sama, emak tidak berhasrat untuk hantar dia ke mana-mana, biarlah Arrizqi berdikari dihantar abi Erwandi-emak sudah uruskan urusan yuran dan pendaftarannya. Jadi, abi Erwandi hanya hantar dia sahaja, hendak biasakan dia tanpa abang Adli.

Auni dan Adli emak bawa ke sekolah agama, hari pertama persekolahan, hari pertama bagi anak-anak yang 7 tahun bersekolah maka kawasan sekolah sungguh sesak. Emak dapatkan juga parking untuk tobot w, kerana emak perlu menguruskan yuran untuk kakak dan abang Arrizqi. Emak tawakal sahaja, memujuk Adli, emak bimbang dia tidak kental berikutan baju melayunya lain seorang. Semua orang bercekak musang manakala Adli berteluk belanga, kesilapan emak taksub bershopping keperluan sekolah tempoh hari sampai terlupa Adli bersekolah di Selangor, aduh! Emak maklumkan kepada guru kelas Adli, untuk pengetahuannya sahaja, emak tidak berhajat untuk membeli set baju melayu yang baru. Pakai sahajalah apa yang ada,

Selesai urusan abang Adli, emak ke kelas kakak Auni pula, alhamdulillah kedudukan kelas keduanya saling bertentangan, mudah untuk saling menjaga antara satu dengan lain, waktu rehatnya juga sama. Apa yang mudahkan emak, Thaqif juga berada dalam kelas yang sama dengan kakak Auni, manakala adiknya Qaseh berada dalam kelas sama abang Adli. Emak bersyukur, Thaqif rajin menunggu Qaseh, sebelum mendapatkan emak di tempat menunggu. Maka emak hanya menumpukan perhatian kepada abang Adli sahaja yang kerap sangat menghilang bila sudah di hadapan mata. Geram betul!

Usai urusan Auni, emak mendapatkan Adli semula. Emak hendak balik ke rumah. Kembali ke kelas Adli, mudah sahaja emak cam kan dia. Dia sudah pun mundar mandir dalam kelasnya, ewah-ewah! memang tidak reti duduk diam betul dak ni.
"kenapa umi tak balik lagi?" he'eh, dia tanya kita pula, kita ni risaukan dia. Bertuah sungguh!
"umi baliklah, nanti saya tunggu kakak." sambil emak betulkan sampingnya yang sudah senget. Dia pula yang hendak tunggu kakak, bukankah sepatutnya kakak tunggu abang? hrmmm... Sudah dipaksa emak balik, maka emak baliklah. Jam sepuluh karang emak datang semula.

Balik berurusan di sekolah agama, emak terus ke pasaraya untuk shopping groceries. Emak kena sediakan bekalan untuk kakak dan abang ke sekolah kebangsaan pula petang nanti. Emak gementar sungguh dengan sekolah besar ini-panggilan daripada abang Adli. Akhirnya tiba juga abang Adli ke sekolah besar. Hendak sangat mengikut kakak dua tahun lepas, akhirnya menjadi kenyataan. Separuh perasaan emak gembira, separuh lagi emak rasa sedih. Besar sudah anak-anak emak. Emak balik rumah mengemas sekejap dan keluar untuk mengambil kakak Auni dan abang Adli. Hari ini, emak berkhidmat untuk anak-anak emak, esok emak kembali menjadi pemandu bas sekolah.

Emak menunggu Auni dan Adli di kantin sekolah, malas emak hendak ke kelas. Daripada jauh emak nampak kelibat abang Adli, he'e selamba sahaja dia meredah masuk pintu kelas kakak Auni, walhal ustazah kelas Auni berdiri tegak di pintu, emak panggil pun dia tidak dengar. Sempat pula dia melambai kakak Auni di dalam kelas, aduh! emak-emak lain mula terperasankan baju melayu Adli yang berbeza, Adli sengih sahaja berlari mendapatkan kakak Auni. Sabar sahajalah!

Kami singgah di kedai sebelum pulang ke rumah, abi Erwandi mengirim pasir kucing yang sudah habis di rumah. Dengan tobot z, emak berhenti betul-betul di hadapan kedai. Hanya pasir kucing dan gula-gula untuk dua orang ini, pantang betul.
"anak ke tu?" penjaga kaunter bertanya pada emak.
"ye, baru balik sekolah. Ada seorang lagi 6 tahun" emak kasitahu dengan terang dan jelas.
'macam kakak dengan adik-adik ja" penjaga kaunter itu lagi tanpa berhasrat untuk membungkus barang-barang emak. Emak sengih sahaja, sudah biasa. Muka comot emak ni masih belum matang lagi barangkali, hehe!

Pulang kedai, kita bertempur lagi dengan masa. Kakak Auni terkial-kial menggayakan sut pengawas, abang Adli dengan uniform sekolah kebangsaannya, hadei! Boleh cepat jadi lambat dibuatnya. Emak gak yang meribut. Hari pertama biar abi Erwandi jemput Arrizqi balik tabika. Arrizqi balik pun Adli masih tidak siap lagi, 
"Eh! pergi sekolah lagi?" tanya Arrizqi. Dia belum faham jadual sekolah kakak abangnya.
"ye la, saya kan dah tujuh tahun, pergi sekolah sama dengan kakak." jawab abang Adli. Ok sudah, mari pergi.
Sampai di sekolah besar, Adli berjogging di tengah dataran. Hrmmm! emak hendak balik pun tidak jadi. Tidak mengapalah hari pertama emak tunggu sehingga Adli masuk kelas. Betul-betul emak tunggu sehingga Adli masuk kelas. Alhamdulillah, dia berjumpa dengan kawan lamanya di tabika dahulu. Sama-sama naik pentas bergelar pelajar cemerlang tempoh hari.
"umi baliklah, nanti petang saya tunggu kakak." See! dia halau emak lagi 😂. Yela-yela, emak balik sahaja sampai terlupa sepatutnya emak pergi melawat kakak Auni, adeih! Betul-betul emak lupa hendak cari kakak Auni pada hari pertama dan sampai ini emak tidak tahu di mana kedudukan kelas kakak Auni, kerana kelasnya berpisah dengan tahun tiga yang lain. Tak apalah, hari terbuka nanti, emak cari, twehehe!

 Demok ni da sekolah besar :)

Album:



  

Tahun ini sesi persekolahan tamat awal sedikit, minggu pertama kawasan sekolah sangat padat dengan kenderaan ibubapa yang lain termasuk emak, emak menunggu kedua anak emak seperti tahun sebelumnya juga. Alhamdulillah, keduanya baik-baik sahaja. Berjalan dengan lancar. Sebelah malam, emak pastikan keduanya makan dan mengaji sebelum masuk tidur. Masing-masing tidur awal, emak legaaa. Sekian cerita hari pertama persekolahan sesi 2018, daaa.

No comments: