Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo. Awal pagi lagi sudah start enjin macam biasa. Arrizqi emak bekalkan dengan roti roll sardin sahaja, jamuan di sekolah tabikanya. Sama sahajalah, sekali dengan Adli. Majlis bermula pada jam 10pagi, tapi terlebih dahulu emak kena ambil Thaqif dan Danish yang masih bersekolah agama. Selesai mengerjakan rumah dan bersiap, Adli-Arrizqi emak tinggalkan di tabika dan bergegas ke sekolah agama.
Kakak Auni sudah pun tidak mahu ke sekolah, lagi pula dia dijangkiti campak hari ke 4. Jadi, ambil anak orang sahajalah pada hari Jumaat ini, merupakan hari terakhir persekolahan sesi 2017. Alhamdulillah. Balik sahaja ambil dua orang itu, terus emak bawa ke tabika. Majlis sudah pun berjalan dan hampir ke penghujung, emak tidak sempat untuk melihat Arrizqi menerima sijil tamat sekolah, huaaa ðŸ˜.
Majlis selesai, perut pun kenyang, emak bawa anak empat pulang ke rumah, kakak Auni dan Danish perlu bersiap untuk ke sekolah kebangsaan pula untuk kali terakhir emak berkhidmat sebagai pemandu bas pada tahun 2017 ini. Hari terakhir persekolahan masing-masing bersemangat untuk ke sekolah, tahun hadapan ada yang akan bertukar kelas. Jadi, kasi sahajalah mereka ke sekolah walaupun waktu pembelajaran tiada.
Balik daripada hantar kakak Auni-Danish dan Thaqif, emak kembali ke tabika berikutan mi rebus emak tertinggal (boleh pulak!) hahaaa. Sebenarnya emak sengaja berpatah balik semula untuk mengambil peluang bersama dengan teacher Ain, tahun hadapan emak sudah tidak berjumpa dengan beliau lagi, Arrizqi juga akan menerima guru kelas yang baru. Emak rasa sedih sangat, malahan teacher Ain juga pasti sedih, beberapa kali beliau menangis tetapi kitorang memang tidak boleh buat apa-apa lagi melainkan menerimanya sahaja keadaannya. Kami dengan teacher Ain sejak daripada Auni lagi, Adli dan Arrizqi. Adli paling lama bersama, 2tahun. Tidak mengapalah, rezeki ada di mana-mana sahaja.
Emak habiskan dua mangkuk mi rebus di hadapan teacher Khaida, merupakan sahabat baik emak. Dia ni pantang kalau emak kata, diet. Dia akan paksa emak makan depan dia. Selagi ada makanan selagi itulah dia akan lambakkan depan emak, haih! dia tidak beri emak diet. Lepas Adli-Arrizqi habis bermain, berkaraoke, dan hujan pun reda sedikit emak bergegas balik rumah, memberi peluang teacher Ain dan teacher Khaida meluah perasaan masing-masing. Emak pun hendak berehat sambil membelek gambar-gambar Arrizqi menerima Anugerah Cemerlang pagi tadi, dapat daripada kumpulan wassapp, ada seorang kawan emak yang baik hati mengambil gambar Arrizqi untuk emak, terima kasih Su.
Tahun 2017 emak bersyukur, ke tiga-tiga anak emak membuatkan emak gembira, emak berterima kasih pada semuanya termasuk abi Erwandi, terima kasih semua walaupun emak masih sama sahaja. Emak tiada apa-apa yang cemerlang pun, emak biasa-biasa sahaja. Emak malas, emak abaikan sahaja. Emak rajin pun emak macam ni juga, hihiii. Baiklah, emak hendak sambung entry seterusnya. Daaa ;)
Album:
Topinya senget deh!
Emak pun tumpang sepasang kaki dapat anugerah 😀
There is always something to be thankful for.
No comments:
Post a Comment