Sunday, 6 September 2026

Gigi oh Gigi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hai September, 1st!

Misi menampal gigi diteruskan, jenuh juga mencari klinik pergigian ada panel MiCare. Siap dengan bantuan chatgpt, namun susah dan hampir tidak ada meskipun dalam profile klinik tulis ada. Boleh claim, tapi kena buat dahulu baru claim guna resit total terakhir. Entahlah.

Mulanya cari sekitar rumah mama, ada 1 klinik baru beroperasi tapiii ada hari tertentu dan kena buat appointment dulu. Keduanya, cuba call Klinik Pergigian Klinik Pergigian  Kesihatan Kesihatan lepas update MySejahtera, hrmmm bulan 10 baru ada slot kosong, eh kita hendak buat dengan kadar segera.

Beralih pula sekitar Bandar Kota Tinggi manakala tuan asben tolong cari sekitar Kulai. Disebabkan kita biasa dengan Kota Tinggi dan dah pun call, ada satu klinik disarankan oleh chatgpt yang menerima patient walk-in hari ini juga makanya, letsego.

Mama dengan Arrizqi yang temankan pergi operasi menampal gigi petang ini, alhamdulillah Kota Dental Surgery, kita 2nd patient, staff bebaik, yang penting? dentist ensem wei... he called me "adik" wuiii. 1st thing 1st let he see what happened to my tooth. Rasa hodoh gila menganga depan dentist ensem tu but this problem need to be solve by today, kot tak seksa nak korek sisa makanan dalam lubang gigi tu.

He said, 

"adik, gigi you ni sudah sangat besar lubangnya, rasa tidak berbaloi untuk tampal, kita kena tengok xray gigi you dulu sama ada boleh cabut terus atau kena small operation, sebab gigi berlubang ini gigi bongsu sedikit senget." 

Uols, soalan pertama yang kita tanya is confirm la "harganya" dahulu. hahaaa~ he said dalam RM300-RM500, lantakla yang penting masalah setel still under my bajet. Sebenarnya, gigi ni memang kita dah suruh dentist sebelum ni cabut ja namun dia masih nak selamatkan, tu yang dia tampal, end up after 5years kot, cabut jugak.

[Check gigi - xray - buat keputusan cabut - bius - check bius berkesan atau tidak - proses cabut - dan tunggu ubat - payment]

Sebaik geraham dicabut, kita dapat tengok sendiri betapa besarnya lubang gigi geraham tu rezekinya kaki gigi masih berada jauh sedikit daripada tulang gusi, jika sentuh tulang gusi prosedur small operation akan ambil alih. Oh my RM~ RM~ Operasi ini sahaja membuat kepala berdengung bukan sakit tapiii hrmmm bye-bye RM600.

Selesai payment kita kembali drive balik dengan kemam kapas dalam mulut serta pipi bengkak sebelah, eh boleh lagi singgah MiXUE dek teringat dua lagi anak berada di rumah. Menekan-nekan tuan asben pun hendak tahu total cabut geraham, bila dah tahu he said "mahalnya", I just say sorry je la, kita manataukan. Masih tidak boleh menyamai nilai kesetiaan dan kehilangan hati yang sedang dicari argh tiberrr~


dentist office.

pp kiri yang masih kebas.

qiqi.

please nice september, me too tired!

Sekian cerita gigi geraham bongsu yang telah selamat di kuburkan bawah pokok rumah mama, hahahaaa. Sekian kisah gigi, sebelum ni kisah hati, sambung kisah tulang, lepas ini entah kisah apa lagi. Syasya oh Syasya, stay strong okey. You can!

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

4 comments:

Ako Retna said...

Perghhh ok seram dengar gigi ni hahaa....

Nasib baik laa gigi yg berlubang tu dpt dikesan otw nak blk kg... dan xde la menahan sakit smp berhari².. ok selamat dah kena cabut so kita geng xdw gg geraham dah 🤣🤣

Puan Hazel said...

Dah tak dapat diselamatkan, apa boleh buat. PH bab gigi ni seram :(

Mznimnwr said...

saya segan gila kalau pergi klinik gigi sekali dapat doktor hensem pulakk. habis segala aib dalam mulutku dia nampak xD

en.me said...

kita semua akan mengalami faktor usia dgn gigi pun dah makin byk yg reput., huhu