Sedang berguling-guling teringat hendak belikan kasut dan seluar Adli, hendak habis sekolah kasut pun sudah tidak nampak tapaknya. Shopping di kedai kegemaran, Green Point Bandar Anggerik. Kedai pakaian dan kelengkapan sekolah sejak Auni masuk sekolah dan sehinggalah Arrizqi yang bakal tamat sekolah satu hari nanti. Kali ini giliran Adli bershopping, sila jangan percaya, pakej tokmama sekali ikut belanja sama. Pecah rekod, emak hanya jadi tukang swap card dan jadi driver, sabarjela.
Lepas shopping, ayuh cari kudap-kudapan namun kita dah janji dengan Minmin hendak berjumpa di Reeno's Place, gerai snek milik Reen yang keduanya merupakan teman sekolah satu waktu dahulu.
Tanpa pengetahuan Reen, kita gerak dengan berpandukan peta mama dan Arrizqi, rasa macam ingat lagi walhal terakhir kali ke Reeno's Place ni pada Feb 2025. At the end, buka Google Map juga, alhamdulillah sampai juga ke Reeno's Place pakej asben dia tolong parkingkan kereta, kuikuikui.
![]() |
| Reen dan Min. |
Photo foods memang takada, dok melayankan dak terpaling kecik tu dah la baju sama tema dengan ticha, kerja bercekau dengan dia ja. Geram kita ni. Menu di Reeno's ni kebanyakannya menu gen z, ala-ala Korean. Menu kudapan. Kitanya baru cabut gigi semalam, memang terpaling sopanlah jadinya. Jika sebelum ni, habis semua menu Reeno's kitorang coba.
![]() |
| sempat ni je, Crispy Enoki. |
Major throwback~








25 comments:
Betul-betul sampai lunyai dak Adli pakai kasut ye. Dapatlah kasut baru. Bestlah dapat lepak sama-sama. Ada geng Tisya pakai baju sama pulak ek. Gaya pun nak sama dah tu. hihihi...
Waaaah serunyaaa bisa ketemu teman sekolah dulu 😄.. tempat cozy ya kak.. menu ala ala Korean nih memang lah saya sukaaaa 😄😍. Enoki goreng tuh kalau buat sendiri selalu failed. Tapi kalau beli, sedap sangat 😄
Seronoknya bila dapat berperingkat jumpa teman sekolah lama! Bab teman anak bershopping tu memang relate sangat, mak-mak selalunya memang pusing jadi driver & tukang swap card je kan. Makanan kat Reeno’s tu nampak menarik, cemburu tengok Crispy Enoki tu! Selamat Hari Lahir buat Ch@, semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia sentiasa
Best singgah Reeno’s Place sambil jumpa kawan lama. Siap dapat servis parking, memang pakej lengkap! 😄
Fiza: Keletah sangat dakkecik ni, ummi dia jenis pendiam masa sekolah dulu, soft spoken ja. Daktiga ni mmg jenis guna sampai KO.
Fanny: Sekarang ni, makan menu selain sendiri yg masak mmg sedap. Kata Arrizqi, enoki umie lagi sedap, tak terlalu garing, kekee~ melayan tekak dorang bertiga ja.
kakSA: Akak ok ke? birthday saya sudah 4 bulan yg lepas kak. Terima kasih doanya. Oneday I wanna hugs u.
Syaz Rahim: Ada kejadian sebenarnya, sampai pinjam suami Reen tolong parkingkan Alza tu. Ghisau!
bila dh jmpa teman sekolah tu dh lupa la gmbr food ye...mcm2 borak tu..crispy enoki sedap tu
just nk update yg Cha komen td Jualan Rahmah Madani ni bkn ikut kategori b40,m40,t20...warganegara msia layak beli brg2 tu...nanti try semak kt link ni kawasan berdekatan ..bole pegi beli brg2 tu nanti..jimat...slalu beli ayam & telur ...brg2 lain pn ada..ni linknya https://pjrm.kpdn.gov.my/
crispy enoki tu nampak sedap laaa
wah bestnya dapat jumpa kawan sekolah
baca lokasi kedai terus terbayang muka Mawi. Ahaksss
Tengah lapar, nampak crispy enoki, terus lah ke dapur 😄😄
Take care tau and stay strongest, hugs ❤️
Happy birthday Adli! Semoga jadi anak yg soleh dan membanggakan ibu bapa 🤲🏻 eh anak2 zmn skrg ni mmg expressionless ye bila kita ambik gambar dieorg. Anak2 saya pun mcm tu, mommy dieorg je terlebih excited hehe
kak amy: kisahnya melayankan anak si min yg bongsu tu. hahaaa~
kak amy: ooo means, jualan rahmah ni weols yg xde kasih ke, sara ke bolehla pergi. rupa-rupanya. kita segan, rasa macam takpelah bagi je orang yg memerlukan. rupanya kita pun boleh join sekali, kisahnya. bolehla bawa teammakmak tu pergi sekali nnt.
mama zharfan: sedap, cukup gurih dan rasanya.
ummi aish: alhamdulillah ALLAH izinkan bertemu.
ammi: ahahaha benar sekali.
kak mulan: ajoms, daktiga ni pun lbh suka enoki crispy banding dlm sup. mekaceh kakmulan.
carneyz: sis, ahahahaaa bolehla sekali harung komen u ni.
ha'a pose gen z style katanya. kita mak ni selagi tak senyum sampai telinga mmg tak sah.
Bila nampak Taib Andak terus teringat Mawi AF tu....eh?
kak ezna: ahahaaaa, mawikan mmg fenomena. sblm dia masuk af kan dia dgn ina naim, ina naim tu my schoolmate. pernah berlari satu padang bersama.
Suka lah warna baju dan tudung sis.. Linda mcm takde je koleksi warna tu...
Post a Comment