Thursday, 27 August 2026

Hobi: Kad dalam Frame Again.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Wahai sepupu kesayanganku, harapanku agar kamu suka dan berpuas hati dengan karya hasil tanganku ini, aaagitu.






Mari kita ke project seterusnya. Alhamdulillah, disibukkan dengan hobi disukai.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Wednesday, 26 August 2026

Alza Tayar Bertampal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kisah semalam.

Salam Maulidurrasul, pagi yang hening tuan asben bersiap belikan ticanai sebelum keluar, kita keluar ayam beku dan time for huhuhaha.
"tayar belakang tu pancit, nanti ajak Aie pergi tampal tayar" suara tuan asben sewaktu di meja makan. I like "what?" dalam hati, eh why not u bawa sekejap sebelum keluar tu. Dalam hati saja, kita malas hendak mulakan argument.
"boleh bawa lagi tu, belum flet habis, pergi kedai kat Matang Pagar tu ja" cadang dia lagi, eleh tayar flet pun kita leh pam dengan pam tayar beskal, setakat bawa gi bengkel apalah sangat- monolog dengan diri sendiri disamping sudah rasa protes. Kau sabar Syasya, selawat banyak-banyak, keep calm.
Pergi dengan Adli ke bengkel yang sebelum ini juga pergi dengan Arrizqi. Bengkel lengang sahaja, memang Alza kita one and only customer on that morning.
Dua orang staff, seorang jack Alza terbang tinggi dan pam empat tayar, seorang lagi buat tampal tayar yang kurang angin. Kerja menampal tayar siap tidak sampai 15 minit, eh?
Kita macam curious juga, takkan sekejap benar. Rupanya, memang begitu.

Dua cara tampal tayar yang biasa:
  • Tampal luar (cucuk cacing) - masuk alatan dari luar tanpa buka tayar, lebih cepat dan mudah, murah (metod for Alza kali ini)
  • Tampal dalam - kena buka tayar, tampal menggunakan cacing atau mushroom patch yang lebih kukuh dan selamat dari dalam, lebih tahan lama. (metod Alza kali lepas).
Kebocoran tayar yang tidak boleh ditampal apabila:
  • Dinding tepi tayar koyak atau bocor: perlu tukar keseluruhan tayar.
  • Lubang terlalu besar: lebih 6mm
  • Bunga tayar sudah terlalu botak: tayar haus.
  • Tayar telah ditampal kerap: lebih dua kali tayar yang sama.

Harga setakat ini bayar RM8 sahaja. Thank you so much! Dalam perjalanan balik rumah, bawa Adli ke kedai belanja jajan upah temankan dan misi selesai~
Selagi boleh buat sendiri, ayuh kita.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Monday, 24 August 2026

Portfolio Nurseri Fajjida.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Sabtu, setel dengan framecard, siap 5pcs. Fajjida wA minta kita membantunya memilih lebih 30 gambar untuk dimuatkan dalam portfolio, sedang dalam dilema hendak atau tidak tanpa sedar kita bertanya untuk apa, sempena apa, bagaikan formatnya. Tahu-tahu Fajjida sudah pun hanta lebih 50pcs gambar di bahagikan mengikut bahagian tersendiri dan hrmmmm... senang je ni.

Kita send dulu apa yang sudah di asingkan part by part namun dia minta kita edit semula dengan agihan gambar yang baru sudah siap dibahagiankan hanya edit masuk dalam microsoft office. Lagiii senang kerja den, sup sap sup sap, petang Ahad berjaya disiapkan dan hantar kepada Fajjida semula untuk dia print out jadikan naskhah buku. 

Sementara itu, Fajjida dan suaminya berada di luar kawasan melawat anak dorang di asrama mujurlah kita juga tidak ke mana-mana dek kerana tuan asben sibuk buat foodpanda.

Pagi ini, Fajjida sudah pun print out dan jilid selepas tuan suaminya berpuas hati, 
"kemas hang buat Sya, laki aku approved, dia leceh sikit". Syasya memang dicari saat last minit kerja, hahaaa alhamdulillah, seronok dapat membantu.

cucun cucun gambar ja.

feeling buat assignment gitu.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Wednesday, 19 August 2026

Quilling Frame Again and New Project.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menunaikan hasrat sepupu, kita tunaikan saja.




Hendakkan pink, pinau mata kita dengan pink. Bila masuk daun warna hijau, rasa tidak secocok pula dengan emerald atau mint green. Kena cari juga warna olive atau warna green forest. Scroll shoppee jumpa warna green pea, lah macam warna olive. Jauh dari negara jiran kertas berketebalan 120gsm, senang sikit hendak kerjakan.




Belum selesai yang pink, semboyan bunyi lagi daripada pelanggan sama, hendakkan selain pink. Eh, kita tidak rajin hendak fikir, maka dicadangkannya warna merah. Eh gedik pulak, hendak campurkan dengan warna lain, ehehehe~ kita minta bantuan warna pallette, sayang kertas warna banyak-banyak tu kan? 

Maka jadilaaah. Alhamdulilah selesai.

will be back~ habis kena throwback my skill, ni zaman belum ada printer.

Kita sedang menunggu frame untuk framecard dan fridge magnet sampai untuk projek seterusnya. Ingat kita hilang kita diam je ke? rest? hahaaa~ 


Disamping tu, sedang membelek planner ni, untuk dijadikan planner tahun depan, hahaaa~ entahla macam hardcore pula sebab nak kena modified, tengok je la pe jadi, In Syaa Allah semua sedang berjalan serentak.

Sekian update. Sedang rehat berjalan blog kekawan. Sabar tau.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Tuesday, 18 August 2026

Tulang oh Tulang 2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cuaca Isnin kali ni helok, yang kita pun bersiap helok menunggu Arrizqi pulang sekolah, dia akan temankan emak pergi follow up tulang. Tambahan pula kak Midah tidak menumpangkan anak-anaknya pada petang itu. Namun...
"umie, jumpa Dr. Ramesh tu pukul 8kan? kita balik dulula, saya nak mandi, panaslah dengan uniform ni." Arrizqi merungut.
"kawan-kawan saya kata, saya ensem buat rambut cenggini" sambil betulkan rambut dia sendiri.
"he'ele... suka ar tu, but u memang ensem pun cuma da gelap sikit" emak ikut campur muji, ambil saham bawa pergi potong rambut pagi tadi- sebelum dia ke sekolah, suruh abangnya temankan tunggang motor, Adlinya malas. 
Jadi ikut kata Arrizqi, kita balik rumah dulu dan keluar semula nanti. Hopefully tidak sesaklah kerana tidak hujan.

Sedang lali menunggu Arrizqi bersiap, terdengar bunyi pintu pagar terbuka. Eh? Auni dah balik. Adli pun dah balik. Arrizqi baru je diambil tadi, nugoseyo? tuan asben? jap... hari ni hari apa? Isnin... sampailah pintu rumah dibuka disertai dengan salam.
Tuan asben terus hilang naik atas selepas kita bersalam.
"lepas maghrib kita pergi" katanya segera bersiap, Arrizqi turun.
"u nak teman i ke?" sejak dua menjak ni memang ber"i dan u" kekdahnya, lorat sikit.
"ya~!" lalu kedengaran pintu bilik air pula.
"abi balik, soh abi bawa umie la" suruh Arrizqi.
"olooo, Ersyad tanak ikut ke?"
"tanak, umie belikan saya air ja" itu je. And, tuan asben drive me going to Putra Medical Centre (PMC).

Ngam- ngam jam 8pm sampai di PMC and all going smooth seeing Dr. Ramesh again. Bila dah ada temujanji, sesi selepas itu sekejap sahaja, kita minta Dr. Ramesh explain all to tuan asben. Bla...bla...bla... so no argument, habis semua aib tulang tiada rahsia lagi, ehehe. Yang kita minta diskaun, tanak pergi follow up dan fisio hahahaaa. I malas la nyaaah~ 

Dr. Ramesh kata takde isu sangat cuma jika tangan or kaki dah heng, kena datang hospital. Jika leher sakit sangat, sampai tak boleh tahan pun kena datang. Dia bagi pelekat ala koyok super besar punya saiz, hahahaa, huyehuyehuye takyah gi spital lagi.

On way back, kita singgah beli burger untuk daktiga. I just mahu pulang, makan dan rest. Jadi, that's all. No more see Dr. Ramesh, oyeah. Catatan ni sepatutnya 27 Julai yang lepas, hehe. Biasalah sekarang lagi sibuk.

scenery on that day.

besar gedabak. bau dia best cuma tak kalis air.



 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ 
All praises are for Allah in every condition.

Tuesday, 11 August 2026

Arrizqi: Di Kecemasan hingga 3pagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Semua macam biasa sehinggalah
"umie" Arrizqi wA emak yang baru selesai solat Isyak. Baru hendak turun melihat keadaan rumah yang entahlah, bergelimpangan.
"mata saya alergi" wA bersambung, emak mengusik Adli yang sedang di meja kerja emak sedang menyediakan pidato untuk hari esok. 
 "mata adik alergi, mesti kena ke hospital ni, ubat dia dah habis" emak mencari Arrizqi di biliknya.
"yeay, takyah sekolah" cepat Adli mengeluarkan penyataan. 
"apa???!!!" emak membuntangkan mata dan Adli hanya senyum menyimpul dengan kening terangkat-angkat. Emak melawat Arrizqi sambil berfikir dan wA tuan asben. 
Lupakan kisah makan dahulu, kita bersiap. Waktu sama seperti kali lepas, jam 11pm. 

Sampai di kecemasan hospital emak turunkan Adli dan Arrizqi, minta bantuan Adli daftarkan Arrizqi sementara emak meletak kereta. Emak naik ke kaunter pendaftaran, Adli dan Arrizqi masih di pendaftaran. Emak rasa macam aneh sikit tapi layankan je la, mengikut perceritaan warded kecemasan kali lepas, Arrizqi terus sahaja di dripkan ubat, kali ni? ok takpe. Kita layan dulu, sehinggalah jam melepasi 12pagi. 

Kita sampai sudah duduk di lantai hallway kerana pesakit hospital terlalu ramai. Kerusi menunggu tidak ada ruang kosong langsung, kaunter pendaftaran sudah melepasi angka 0001 untuk giliran hari berikutnya. Nombor di skrin bagaikan tidak bergerak namun jam terus berdetik dari 12pagi ke 1pagi. Arrizqi sudah pun bersandar pada emak, emak rancak berbual dengan teman baru seorang Ustazah Kafa yang menemankan emaknya seawal 6petang tadi. What? 6petang? 6petang sampai 2pagi masih tidak selesai lagi, kita yang datang 11malam ni? ok takpe, kita tengok sejauh mana boleh pergi nombor 1k milik Arrizqi ni. Tuan asben sudah pun dengan tidurnya. Penatnya menunggu. Akhirnya Arrizqi bersuara juga.
"umie, jomla kita pergi klinik je, letihla" emak terus call si bapa, dia menyuruh ke klinik panel. Let's go.

Kita tinggalkan hospital just like that, atas nasihat ustazah kafa tadi. Marah, geram simpan nanti dulu, yang penting cari rawatan untuk Arrizqi dan memerlukan fokus untuk memandu ke klinik panel si bapa. Memandu ke Bandar Baru Sg. Buloh sambil berbual dengan Adli, terima kasih Adli temankan. Berbual tentang sekolah, tentang Adli, tentang masa depan. Ada disuruhnya emak langgar semua lampu merah, emak menurut arahan, takut juga bila hanya kereta kita satu-satunya atas jalan raya. Jam 2.10pagi sampai di Klinik Utama, one and only patient. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan di sini. Petugas peramah, doktor pun baik siap tawarkan mc buat Arrizqi. 

Keluar dari klinik dengan lega, Arrizqi minta cari sarapan pagi. Aduhai anak, mak dah rabak ni. Tangan rasa mengilu gila namun permintaan Arrizqi perlu dipenuhi juga. Okey kita pergi SC je la, tempat emak beli barang dapur yang memang buka 24jam. Selesai, kita terus balik rumah, jam 3.30pagi. Semua tidur lambak di hall sahaja, letih. Emak perlu hantar Auni ke sekolah kerana dia tidak boleh bercuti. Hantar Auni, emak sambung tidur dan kebetulan handphone mati terus. Bye semua, goodnite.

suasana pagi.

waiting in HSB.

http://
bongsu emak.

satu-satunya.

tempat healing mak.

 - لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Sunday, 2 August 2026

Scene Stickers: Akan Disimpan. Akan Dikenang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Selesai menyiapkan scene stickers terpaling besar, saiz 71cm x 50cm, bak kata Amiraaina, boleh feeling arkitek. Nanti hendak minta Mija kertas saiz A2, buat frame, ihiii~

baru sampai.

baru disiapkan.
 
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Saturday, 1 August 2026

Luahkan Emosimu Biru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hai Ogos, tapi entri ni campak belakang punya kejadian.

Julai datang, baby Julai Fajjida sudah bunyikan semboyan, 
"uols jom lepak Che Bunga, nak makan mi celop" katanya. 
So semua onz, pling...pling... pling... saling berbual di wA. Mak-mak mahu me time. Borak hari Selasa, mengajak keluar hari Rabu. Nak tema apa? kitanya memang gemar ada tema, senang nak mengacu outfit keluar carta aura warna mengikut hari, Rabu is blue. 

Rabu, Fajjida again.
"koraaaang, Ida minta maaf pekerja Ida cuti, Ida kena jaga kedai" makmaktime delay hari Khamis. Pagi Khamis, Fajjida rojer kita dahulu takut pekerja minta cuti lagi, eh betul. Namun, tidak mungkin tunda kali kedua, Fajjida nekad tutup kedai untuk hari itu. Dan rancangan kembali onz. Tema kuningkah? owh tidak... kita teruskan dengan biru.

So far, mereka sampai berempat berkumpul sekali meletak kereta di tempat yang sama kecuali kita, kita memang suka berkecuali, selalunya rare termasuklah outfit hari itu, disebabkan semua tudung biru sudah dipinjamkan kepada Linda, hanya tinggal koshibo sahaja. Siap tanya mereka berempat, takpe kita pakai lelabuh macam ni, baju kurung siap sebab mudah, memang outfit hari-hari. Dorang semua okey.
"ok je Sya, suka tengok. Rasa sejuk mata memandang." telinga yang dengar ni, rasa sampai ke jiwa munga-munga. Turun sahaja kereta, nah semua sepakat blueblack, Allahuakbar... sebetulnya mereka jarang memakai warna-warna soft, kita ada juga memakainya sekali sekala. 



kita ialah penghubung apabila noorulsahida antara nurul, ida, linda dan kak midah.

Kita lagi yang lain hahaa disaat semua mi celop kita dengan kerabu megi, sudahnya menyesal sebab too masin di lidah ini. Macam biasa makan, melepak, dan heart to heart. Seorang demi seorang bercerita, selesai semua sampai habis topik, habis makan dan habis air. Alhamdulillah~

Fajjida yang bayar untuk semua pada hari itu yang pada awalnya macam biasalah bergaduh dikaunter bayaran pabila masing-masing hulur duit sendiri, kadang sampai bersilat mengelak seseorang menyelit duit dalam handbag tukang bayar. Selesai berpamitan, semua pulang ke rumah dengan kepala ringan dan berjanji akan makan bersama lagi nanti-nanti. 

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.