Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Wednesday, 19 August 2026

Quilling Frame Again and New Project.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menunaikan hasrat sepupu, kita tunaikan saja.




Hendakkan pink, pinau mata kita dengan pink. Bila masuk daun warna hijau, rasa tidak secocok pula dengan emerald atau mint green. Kena cari juga warna olive atau warna green forest. Scroll shoppee jumpa warna green pea, lah macam warna olive. Jauh dari negara jiran kertas berketebalan 120gsm, senang sikit hendak kerjakan.




Belum selesai yang pink, semboyan bunyi lagi daripada pelanggan sama, hendakkan selain pink. Eh, kita tidak rajin hendak fikir, maka dicadangkannya warna merah. Eh gedik pulak, hendak campurkan dengan warna lain, ehehehe~ kita minta bantuan warna pallette, sayang kertas warna banyak-banyak tu kan? 

Maka jadilaaah. Alhamdulilah selesai.

will be back~ habis kena throwback my skill, ni zaman belum ada printer.

Kita sedang menunggu frame untuk framecard dan fridge magnet sampai untuk projek seterusnya. Ingat kita hilang kita diam je ke? rest? hahaaa~ 


Disamping tu, sedang membelek planner ni, untuk dijadikan planner tahun depan, hahaaa~ entahla macam hardcore pula sebab nak kena modified, tengok je la pe jadi, In Syaa Allah semua sedang berjalan serentak.

Sekian update. Sedang rehat berjalan blog kekawan. Sabar tau.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Saturday, 13 December 2025

HOBI: Pembahagi Bulanan Planner-Journal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Tujuan asal hendak menyusun jadual persekolahan 2026. Alih-alih tersangkut buat pembahagi bulanan untuk sya2ggnotebook2026. Let's go.


Kali ini tiada handwriting, sebab kerajinan tu ada 7% sahaja, selebihnya main stamping, gunting dan tampal sahaja. Ikut rasa hati, kekunun cantikla gitu kan. Tangan masa ni comot gila, hahaa~


Bahan-bahan stamping, kita beli online je. Itupun tunggu mereka-mereka yang rajin letgo. Hendak beli yang original, mahal sangat untuk kita yang biasa-biasa ni. Rasa ketinggalan? tidaklah, sebab buat untuk terapi diri sendiri sahaja. 

Semuanya kitar semula. Habiskan mana-mana yang tersisa.

Simple je, semua stamping dan drawing. Guna pembaris bercetak tu.

sya2ggnotebook2026

PLANNING IS A SKILL AND AN ART WHICH TAKES A LIFETIME TO MASTER.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Saturday, 8 November 2025

HOBI: Bagaikan Lukisan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Rasa dah macam narsisis pula bila part quilling paper art ni. Uols tolong ketuk sikit aku ni, ingat-ingatkan jangan terlalu memuji diri sendiri, adeih~ astaghfirullah!

Masa yang dinanti tiba juga, sambil menggulung sambil otak berfikir bagaimana hendak simpan sementara apabila semua kertas A3 yang telah diquilling dicantumkan. Aku perlu buat kemasan terakhir sebelum betul-betul boleh masukkan dalam frame.

Masa buat part by part, ianya masih boleh simpan dalam fail keras saiz A3 yang memang dibeli khas untuk simpan meskipun tiada warna hijau atau putih. Rasa aneh barang art bukan warna putih atau hijau, huh! Bila A3 tambah A3 ianya jadi lebih lebar bukan?  

Aku jeling kotak beli meja lipat mudah alih yang belum dikitar semula, okey kita modified dulu, bolehla sementara. Selepas siap 2 A3 ni nanti, aku perlu sambungkan lagi menjadi A1, aku jeling lagi kotak peti ais atas sangkar kucing, ahahahaaa~ Syasya sebolehnya tidak mahu beli apa-apa lagi, kerana ianya akan digunakan sekali sahaja.

Okey cun, jadi aku sambung quilling untuk 2 saiz A3 lebih dahulu, rasa macam pelukis pelan pun ada, ahaaa~ berangan. The fact, pelukis pelan juga merupakan salah satu cecita aku dulu. Aku ingat lagi, nama cikgu tu Cikgu Ahmad Kassim dia tanya aku
"No'o'rul, apa cita-cita awak?" aku blur. Darjah satu pakai gaun, rambut ikat dua, ditanya cita-cita. Ada tiga, pelukis pelan aku ikut member baik tanpa tahu ertinya, peguam syariah sebab mama yang suruh, tengah tengok berita tentang kes mahkamah dan penulis, yang ni sebab suka baca komik. Jadi, mana yang sangkut?

Eh, terkenang zaman bebudak dulu. Jauh sudah meninggalkan darjah satu 1991. Jadi, marilah kita buat yang sehabis baik. Semoga Syasya diberikan kesihatan yang baik untuk menjayakannya. Nanti kita singgah blogwalk okey. 

Bahagian bawah, banyak hendak kena baiki semula. Tangga tu bakal ditukar dengan tali. Yang kosong, kena tambah quilling lagi bagi penuh.

Bahagian atas, entahlah apa yang aku buat ni. Semoga okeylah hendaknya.

Kotak peti ais, sementara sahaja ni. Ia akan jadi begini bila diframekan. Frame semuanya dah ready, jadi sekarang proses meluruskan mana yang tidak lurus. Doakan tau. 

Argh rasa macam tak semenggah pula alas kotak meja lipat tu, takpelah sementara untuk mengelak dakkutip mencakar atas tu. Dorang anti betul aku melepak buat quilling ni, menganjing je kerjanya.

Tengah modified yang ni, dinding senget, kena buka semula. Uhuuu~

Jangan terlalu dimenung letihnya secebis usaha, tetapi renungilah manisnya akan secebis kejayaan.

  - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Friday, 12 September 2025

Hobi: Stiker.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kejap tenggelam, kejap timbul si Syasya ni. Ada je, cuma sibuk dengan tugas hakiki dan hakikat. Siang di China sambil quilling, malam di Korea sambil main stiker, sampai kena gelak dengan daktiga. Bukan mak yang membebel ke anak suruh mandi, suruh tidur jadi terbalik pula apabila dibebel oleh daktiga.
"tak habis lagi ke umie?" Adli
"bawa tidurlah umie, dah 2.30pagi" Arrizqi sedangkan dia pun masih mundar-mandir dek mata tidak mahu lelap.

Aku suka tengok orang buat stiker, tidak kiralah stiker apapun, setakat ini aku jumpa tiga jenis material best untuk stiker:
1- jenis glossy
2- jenis matte
3- jenis lutsinar

Jika ada laser cutting machine, memang galaklah aku buat stiker tetapi TIADA. Kita gunting manual je. Kawan-kawan terdekat, yang jenis last minute meminta, memang dorang cari aku jika memerlukan. Berjanji bulan dan bintang kekdahnya dek nak guna URGENT. Aku onz saja sekiranya semua bahan diperlukan ada stoknya.

Kertas jenis matte ni boleh conteng atasnya, kertas paling digemari seorang Syasya.

Ni jenis transparent, kita try conteng dengan Pentel Fudetouch Brushpen, eh... jadiiii!

Kertas jenis glossy dan licin menjadi leceh sedikit sebab jika printer buat hal, ink akan jadi melimpah. 

Tiada laser cutting machine, kita gunting sendiri bebulat itu.

Tempahan dari kawan zumba untuk goodies hari ulangtahun kelahiran.

Sambil-sambil join handlattering challenge. Stiker lekat dalam planner.

Guna kertas jennis matte lagi, best sangat ni. 

Dicabar kakZiela untuk goodies browniesnya.

kakZiela again, simple is more.

kakZiela punya, kali pertama layankan permintaan dia. Gigih wei design guna Microsoft Word je, hahaaa~...

Permintaan Syiema geng zumba dedulu, entah dari mana dia tahu bakatku ini agaknya. Ceh, bakat.

Tempahan dari jiran belakang rumah, Mazlina. Ink warna buat hal, jadi hitam putih sahaja.

Stiker nama untuk Arrizqi.

Sekian entry untuk minggu ini, selamat bercuti semua. 


Hobbies are great distractions from the worries and troubles that plague daily living. ~ Bill Malone.


هذا من فضل ربي

This is by the Grace of my Lord.


Monday, 28 July 2025

Hobi: Quilling Frame dan Guestbook.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Menjawab pertanyaan Adnil Linda, masihkah aku shredder kertas quilling? 
Iya, aku masih guna mesin pengisar kertas atau paper shredder machine kerana kertas quilling menggunakan shredder akan jadi sama saiz berbanding potong manual. Kertas yang dikisar mempunyai kesan gigi pengisar menjadikan bentuk quilling lebih cantik selepas dibentuk. 

Mini shredder, beli dengan wang hasil quilling.

Jika dahulu aku guna mesin pengisar elektrik, kini aku hanya gunakan mini shredder sahaja, lebih murah dan kisar manual. Tangan aku terlalu berseni untuk memotong kertas satu persatu, lagi pula aku menggunakan kertas 80gsm hingga 160gsm dan lebar paper strip (selepas dikisar) adalah 0.4cm sekata. Masih mampu masuk mesin pengisar. 

Pakar-pakar quilling kebanyakannya menggunakan kertas lebih 160gsm hingga 220gsm dengan lebar 0.5cm hingga 1cm lebar, mereka memotong secara manual. Jadi quilling mereka lebih cantik dan tersusun. Entahlah, aku hanya memanfaatkan frame biasa di kedai RM2 sahaja, jadi lebar 0.4cm sudah elok muat terletak dalam frame tersebut.

Kali pertama aku buat quilling berskala besar, apabila ditempah oleh kakYani, kakak satu tempat kerja kilang dahulu, aku tidak yakin hendak buat sebab terlalu baru dalam quilling, jadi dia hanya minta muka depan sahaja, buatlah macam manapun, janji quilling. Jadi, aku menggigihlah dengan tiada printernya, dengan semuanya dilakar sendiri. Tadaaa...


Untuk diframekan, terasa sangat baru ye. Gambar tu lukis sendiri merujuk handphone.

Guestbook perkahwinan, siap isi dalam dan binding sekali.

Guestbook perkahwinan, siap isi dalam dan binding sekali.

Guestbook perkahwinan kawan sekolah hanya tiga hari sahaja tempoh siap.

Guestbook perkahwinan untuk adik tuan asben, lelaki.

Guestbook perkahwinan adik tuan asben, perempuan.

Guestbook perkahwinan kawan sekolah, lelaki. Terpaling rare.

Guestbook ulangtahun kelahiran anak kawan sekolah.

Guestbook jamuan Aidilfitri cikgu-cikgu Tabika

Guestbook kolaborasi dengan beberapa teampaper art. Farah, Hawa dan Wani.
Yang masih aktif, hanya aku seorang. 

Guestbook reunion sekolah awal tahun lepas.

Quilling Frame. Kita usahakan costum, sentiasa tak sama.

Frame A4 untuk Wedding Annyversary kawan sekolah.

Frame A4 untuk Wedding jiran depan rumah.

Teamart kata, love tembus. Frame size A4.

Quilling slotted tools beli dengan kakLin, paling banyak berkhidmad sebelum patah sebelah. Susah nak cari slotted tools yang seperti di atas, terbaru aku beli, bulatnya agak besar, tapi masih berguna.

Antara quilling frame dan guestbook yang pernah ditempah kawan-kawan terdekat, harga frame adalah mengikut saiz frame, antara RM10 hingga RM120. Harga guestbook antara RM70 hingga RM150 begitulah biasanya. Rasanya sekarang, orang dah tak guna guestbook kot kan? hehe.

Alhamdulillah, هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي.

PEKERJAAN YANG PALING MENYENANGKAN IALAH HOBI YANG BERBAYAR.