Saturday, 31 October 2026

Tea-Time With Bestie.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari kedua menjalankan tugas kakMidah bersama kakMidah sendiri. Trip tengah hari, 6 orang anak berSK sesi petang dan Qaisarah, dihantar ke SMK. Selesai semua diturunkan dengan selamat aku mengajak kakMidah lepak nurseri Fajjida. Dalam perjalanan ke nurseri akan lalu rumah Nurul dan Linda, ajoms ajak mereka ikut sekali.

Aku yakin, Nurul sedang bergolek di rumah dan Linda pasti belum habis tugasan menghantar anak-anak sekolah. KakMidah called Nurul sewaktu aku masuk simpang rumah Nurul, muahahaaa. Adhoc. Pasrah saja kena bebel dengan Nurul waktu dia naik kereta. 
"eee orang tengah tengok tv sedap-sedap, dia ajak bersiap" katanya dengan ketawa.
KakMidah meneruskan misi called Linda dan Fajjida supaya stanby.
"kita baru setel hantar Hazim, jika tak pick-up kita tak pergi tau" Linda main ugut gitu pula ea? hahaaa, dorang ni jarang drive sendiri bila dengan aku. KakMidah hanya menyuruh Linda menunggu di depan rumah sahaja. 
"kak nak mai, mai sekarang Ida tunggu, Ida nak ambil Mia ni" ujar Fajjida sewaktu kami dalam perjalanan mengambil Linda.

Aku dan Nurul saling bertingkah dek Nurul masih tidak puas hati aku main ajak ja.
"kak dengan siapa tu, macam ramai je? kak dah sampai mana ni?" tanya Fajjida, kakMidah buka loud speaker.
"kak nak ambil Linda sat, baru sampai R&R Bukit Gantang ni" yang tiga lain sudah berdekah.
"ok Ida tunggu" Tidak lama panggilan di matikan, sampai di rumah Linda, Linda belum pun masuk rumah lagi. Bawa emak-emak pergi healing, riuh satu kereta. Beginilah setiap kali, seronok melepaskan tekanan dan bebanan.

Hanya aku dan kakMidah sahaja yang bersiap elok, hahaa~ sebab itulah Nurul dan Linda masih ribut bercerita, hahaaa.

Fajjida sudah menunggu ketibaan weols, siap dia bukakan pintu untuk Linda dan kakMidah, hahaaa. Beginilah setiap kali. Fajjida pilihkan tempat duduk berbumbung, berkipas, dan redup sedikit banding kali lepas atas buai. Ingat hendak duduk dibuaian, namun suasananya panas kerana tidak berbumbung.




Menu pun sama sahaja, bakso dan teh ais. Waktu petang begini memasing melayan mata. hanya aku dah kakMidah sahaja bersemangat itu dan ini, alhamdulillah impian aku tercapai meskipun aku dan kakMidah bergaduh bila tiba giliran membuat pembayaran. 
"Syaaa.... Syaaa kan dah bawa reta, bagilah kak bayar, kak pun hendak bersedekah juga" dengan muka-mukanya sekali minta aku belas dengan dia. Fajjida punya mengelat, dia punya nurseri, dia tukang kira, dia kira bakso sahaja. Air dia belanja. LAH~

Berpamitan macam biasa, need hugs each other dengan kata-kata semangat dan akan berjumpa lagi nanti-nanti. Alhamdulillah terima kasih untuk hari yang indah ini. Weols  menghantar Nurul dahulu, diikuti Linda dan kakMidah.
"Sya petang ni, Ida ambil anak-anak dengan kak, Sya takyah kuar dah, terima kasih Sya" 
"terima kasih juga temankan saya kak, belanja makan, belanja air kelapa, thank you so much semoga Allah permudahkan urusan kak, dimurahkan rezeki berkah dapat satu kereta baru, mana tahu." balasku dengan lambaian.
"amiiin YRA, baik-baik Sya. Bye" Aku memandu pulang singgah kedai sebentar mencari aiskrim, untuk membalas photo tA tengah hari tadi. Semata-mata.

me____________________________________________tA

Sebaik-baik ukuran terhadap diri sendiri ialah CERMIN.

Sekian hari Jumaat indah. Alhamdulillah~

No comments: