Rasanya, ini event yang paling buat aku gembira sekali, jumpa teman sekufu biarpun berlainan latar belakang. Maksud aku sekufu di sini ialah, kami semua geng journal. Aku dijemput customer quilling aku, Angah berkenalan dengan tokey Kafe Bayan Nuri, SZA rupanya event kali ini dikolaborasi dengan sifu aku dalam journaling, sista Iyda Juhar. Love gila. Dijemput Angah tapi angahnya tiada, dia g kenduri.
Biasa masuk cafe bau aroma coffee dengan long table penuh makanan atau manisan, namun sebaik sahaja aku melangkah kaki masuk cafe, terhidang penuh meja bahan-bahan untuk journaling. Makin tidak keruan aku jadinya. Cepat letak beg, dan bersalaman satu cafe, kita kena selesakan diri secepat mungkin, kerana meja utama sudah memangggil. SZA sediakan semuanya untuk dikongsikan, tidak jadi aku hendak keluar yang sendiri punya kerana yang ini lebih memukau. Ada juga beberapa orang yang share items sendiri, guna sama-sama. Aku ambil Yana punya stickers, lama aku aim benda tu dalam shopee.
Aku hanya main cop frame tu saja, bila sudah banyak jadi buntu hendak buat mana satu. Rupanya dorang stanby Junk Journal baru untuk join event ni, aku memang tidak terfikir langsung, aku hanya busy main washi tape dan cop frame, berjam hendak cari permulaan washi. Sampai rasa hendak bawa balik satu rak tu. Lepas tu bergasak isi junk dorang one by one. Best~
![]() |
| sifu sedang ajar buat kopi vs paper. [latte art on paper] |
![]() |
| bertukar juadah, eh bukan bertukar items untuk journaling. |
Lesson learn, jika hendak latte on paper, kopi tu kena pekat sedikit. Jika buat di cafe, boleh tuang sikit kopi dalam piring, guna montot cawan dan tekap ikut suka hati, bila dah kering boleh guna pen untuk tulis atasnya. Astetik lah sikitkaaan.
Boleh juga guna brushing atau berus gigi untuk teknik percikan. Boleh guna tisu untuk teknik dap-dap-dap kan. Aku guna teknik dap-dap ja atas paper kakIyda bagi, pastu aku cop frame atasnya. Aku gunting lekat pada junk journal dorang, muahaha~
![]() |
| mine. |
Sambil playing together, KBN sediakan juadah ringkas untuk mengunyah, sandwich, croissant dengan financier super sedap weih. Terbayang rasanya tu, hahaaa~ Coffee? memasing, aku pilih chocolate as basic. Setengah jam terakhir aku sudah blank dan blur, hahaaa. Menua.
![]() |
| prepared by: sifu kakIyda dan chip SZA tokey KBN. |
![]() |
| prepared by: sista Fin. terus order untuk buat nama sendiri SYASYA D'LUNAR. |
![]() |
| prepared by me. |
![]() |
| setelah diselongkar bila keesokkan harinya, terus Syasya ada my 2nd Junk Journal. dasaaar~ |
![]() |
| cecanggih journal dorang. |
![]() |
| Love~ Semua pertama kali jumpa, percayalah. |
![]() |
| SZA lelong RM10 satu kotak tu, haruslah kaaaan. |
Kesimpulannya, best sangat. Terus SZA umumkan next event, argh love. Sila buat di KBN lagi, tempat sangat cozy dan paling penting parking pun senang. Thank you so much teman-teman baruku, yang tergamam mendengar umurku macam biasa, muahahaaa. Eh, panggil nama je pun aku tak kisahlah. Baru feeling gen z. Balik event tu, aku betul-betul gen millenial, fenat nak mamfam pusfus.
Sekian cerita hari Sabtu 17.10.2026.
Kafe Bayan Nuri,
Pusat Komersial TSB,
Sg. Buloh, Selangor.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.















No comments:
Post a Comment