Tuesday, 8 December 2020

Sya2time: Yoga Mat usah dijolok.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Dengar sahaja Khaida ajak pergi dating, memang sajalah menunggu dengan rasa tidak sabar. Aku memang suka betul bila dapat keluar dengan minah seorang ni, perangai dia memang ada sahaja yang boleh dijadikan bahan aku ketawa. Setiap kali keluar dengan Khaida memang masa terisi dengan ketawa sahaja.

Kitorang bila pakat hendak keluar, memang on the spot sahaja. Tengah termenung teringat Khaida, nanti tiba-tiba dia muncul sahaja dalam whatsapp, macam tetahu sahaja kita teringat ke dia. Jika tidak dikerahnya aku buat kerja itu dan ini, maka di bawanya aku berjalan temankan dia shopping. Kebiasaannya memang aku temankan dia akan tetapi berkesudahan dengan aku punya shopping lebih banyak daripada dia, pasti!

Khaida sampai aku baru habis sidai baju, aku juga sudah selesai gorengkan mi untuk daktiga dan popia ketam. Kami ke The Store. Asalnya hendak ke ECO baru buka, akan tetapi mendengar khabar bahawa kedai ber'saka' tersebut hampir kekosongan, penduduk bershopping sakan. Alang-alang kak Miza pun berpesan minta belikan Donat DD di Big Apple, jom la kita ke The Store, banyak daripada biasalah langkah bila masuk The Store.

Aku hendak mencari Yoga Mat, wah gitu! baru pertama kali join kelas Sub30 Core sudah dengan poyo cari Yoga Mat, haha. Bukan, aku rasa lebih safer bila guna Yoga Mat sendiri banding dengan kelas punya, bukan begitu? Sha Whitey Mommy kata mr DIY ada jual Yoga Mat, jomlah mencari sambil-sambil.

Khaida drive, aku copilot. Macam biasa, masa memang sentiasa terisi dengan berborak. Kisah dia, kisah aku. Give and take. Turun sahaja kereta tali beg Khaida patah cangkuknya, ah sudah!
"kau tengok ni mek, belum-belum dah patah terus ha. Aku nak cari beg kejap lagi." aku membantunya.
"memang cangkuk dia nampak tak tahan sangat kan? kau pakai aku punya satu." aku membuka tali sling beg aku. Sebenarnya beg kitorang sama, aku beli dulu. Khaida memang pantang nampak aku pakai apapun, dia ikut sibuk. 

Jadi berhentilah kitorang dicelah tempat letak kereta berhadapan pintu masuk The Store untuk menyelesaikan masalah si Khaida ni.
"macam mana ni mek?" dia mengeluh lagi sambil tunjuk sling beg aku, sebelum patah lagi sekali baik aku tolong masukkan. Khaida ni lasak sikit banding aku, dia part menukang memang terer, bila part seni-seni, menaip-naip dia out kat situ. Aku membantunya memasang cangkuk tali sling.
"beg kau berat sangat, tak mampu cangkuk nak menampung." biasanya dia akan bawa beg sekolah je, disebabkan tengok beg aku tu besar, jadi dia bajet bolehla.
"ye la segala mak nenek badak rimau aku sumbat dalam ni. Jomla mek, atas dulu. DIY dulula..." selesai ikut SOP kami naik ke tingkat mr DIY. Yoga Mat, Syasya was coming.

"wei ni." jumpa tapiii warna merah. Halaaa, hijau takde? hitam? biru? Why merah? Khaida jumpa satu gulung di bawah, mata aku masih lagi menerawang sebaris rak yang ada Yoga Mat. Khaida sudah main scan harga ditiang berdekatan. Memang tidak dipapar harga dirak mahu pun di item tersebut. Berjaya!
"mek tu..." dia tunjuk atas pula, ma'oi tinggi nya. Panjat kerusi pun memang takkan sampai, bukan takat nak ambil Yoga Mat yang berdiri tu, nak tengok harga kat rak tu pun tidak nampak, pokoknya memang tinggilah kedudukan si Yoga Mat. Aku pun tak sampai apatah si Khaida yang lagi rendah dari aku. Ada kerusi satu, Khaida panjat sambil gawang-gawang tangan, aku pula cari staff mr DIY.
Khaida turun kerusi mencari something, jumpa kayu panjang. Argh! dia mula nak buat hal.
"siyes la wei, tak terpelanting kena rak depan ni ke nanti?." aku pula jadi nerves. Tak sempat habis ayat aku, pelepaaap!!! satu Yoga Mat jatuh ke lantai dikait dek Khaida. Wah! sahabat aku ni memang terbaik. Dia kutip, dia scan harga. Kejap-kejap, ni siapa yang berkobar nak beli Yoga Mat ni?
"mahal yang ni, yang tadi lagi murah. Kakak kata takyah mahal-mahal sangat." aku bersuara sambil berbalas whatsapp dengan kakak. Sebenarnya mata aku dah nampak yang berkenan, warna hijau dan kakak punya warna biru. Sama pattern lain warna.
"cari staff dia la mek." mata aku melilau lagi, Khaida sudah berdiri atas kerusi ready untuk mengait lagi. Argh dia ni! Lalu seorang staff perempuan. 
"dik!" baru je adik, staff perempuan terus menahan Khaida,
"kejap kak kejap" aku masih berbalas whatsapp dengan kakak jika dia hendak beli sama dengan aku. Lalu lagi staff perempuan tadi,
"akak sekejap!" risau sangat nampak kitorang macam hendak mula misi mengait lagi sekali, geram. Sedang borak-borak, datang staff lelaki bersama tangga. Halaaa sopan.
"tangga mek, tangga!" aku mencuit Khaida yang tengah tersengih-sengih. 
"hijau dengan biru." staff lelaki tadi senyum sahaja melihat aku dengan Khaida, pangaiii! sorang anak tiga, seorang anak lima, haha! Khaida peluk dedua Yoga Mat, aku ambil photo untuk hantar pada kakak. Kakak kata beli jika cukup wang, Allahuakbar! baiknya friendsistersibling aku seorang ni. Yes kakak, ai dah beli.

Aku dengan Khaida merayau lagi, cari barang untuk daktiga yang berkesudahan, makanan juga. Berkali berpusing mr DIY tu, tidak tahu hendak beli apa untuk daktiga. End up, aku tapaukan air, biskut, roti sebab itu yang dipesan mereka sebelum keluar tadi. Cari beg Khaida, beli barang aku dan riki barang untuk comeback dua minggu lagi- after gaji, kikiii. Selesai berpusing, berpossing, berbuat bayaran, kami ketingkat bawah mencari donat untuk kak Miza, malangnya donat yang dicari tidak dijumpai. Donat ada, tapi Donat DD tidak ada, sudah kehabisan stok. Aku pilih sahajalah donat untuk kak Miza dan Dina, tapau sekali donat untuk daktiga sudah alang-alang. Kami singgah di sekolah anak Khaida sebentar, terus ke kedai makan. Lapar benar menyimpan perut dari pagi tadi, macam biasa ikut SOP dan makan, alhamdulillah dapat lagi berbual lama. Dapat juga aku menghubungi daktiga di rumah, dengan Arrizqi bertanya "kenapa umi lama sangat?". Selesai makan, kami ke tabika untuk Khaida ambil barang dan ke rumah kak Miza menghantar donat, sebelum betul-betul balik ke rumah singgah di kedai runcit sebentar.

Baru sahaja Khaida melepak melepaskan lelah, aku buka cerita hendak ambil baju yang kitorang tempah pada 2 bulan lepas. Khaida pantas bangun, ajak aku pergi ambil jam-jam tu juga. Adoiii dia ni. 
"jom mek, takyah bawa beg. Bawa duit ja" dia menolak aku keluar pintu.
"mek nanti kau kena hantar aku semula, takpe ke?" 
"eh suka hati aku lah, kejap ja." dia menjawab sambil menghidupkan enjin kereta. Dan macam biasalah di tempat yang dituju rumah tailor kak Ina dan kak N. Sudah! tersangkut lagi. Borak lagi. Aduh! badan aku terasa letih sungguh. Selesai berbual dengan kak N, Khaida menyambung cerita semula disepanjang perjalanan balik ke rumah aku, dia sudah malas hendak singgah dan terus pulang.

Aku masuk ke rumah semula terus mandi dan bersiap, fuh! sakan sungguh hari ini. Alhamdulillah! Semoga sahabat-sahabat aku mendapat manfaat persahabatan bersahabat dengan aku, insyaaALLAH. Terima kasih tuan asben memberi pelepasan dan terima kasih Khaida temankan aku pada hari ini, ada rezeki kita dating lagi.


Tudung sama. Baju sama. Seluar sama. Beg sama. Love U Khaida!


Alhamdulillah... 

Monday, 7 December 2020

Sya2time: Kelas SUB30 CORE!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Memang core betul, rasa berbaloi termakan ajakan si kakak ni. Kali pertama datang kelas Coach Sarah ni, sebagaimana dia juga conduct class kali pertama selepas bersalin. Dia nampak berisi.

Posisi aku bersebelahan dengan kakak, hrmmm. Aku menarik nafas panjang, menenggelamkan perasaan sebati dengan suasana studio yang baru, aku suka studio ni, besar sangat dan rasa dapat bernafas dengan banyak. Lebih lagi, ikut SOP maka peserta yang menyertai pun sangat limited. Kakak, next time booking untuk aku siap-siap ye.

Lengkap penuh satu kelas, kami mendengar penerangan dari coach Sarah, siap dia demo sekali untuk lebih terang. Oh! aku penah buat exercise agak serupa dengan ini, cuma aku buat menggunakan aplikasi handphone saja. 15 minit sehari. Sejak tuan asben pergi bertugas dengan masa tidak tentu, jadual exercise aku pun ke laut mana tah.

1st step 6 sub 30 seconds per sub, oke mampu lagi senyum, gelak, bercakap. Masuk 2nd step 6 sub 30 seconds again, oke cool... take a looong deeep breath. 천천히 샤샤, 천천히! Aku jeling kakak di sebelah, wah... dia sungguh steady sedangkan aku rasa sudah semput benar, kakak buktikan zumba membantu dia bertahan untuk SUB30 CORE, sungguh inspirasi. Aku suka coach Sarah ni, peramah dia memang aku puji, dia suka naikkan semangat bila nampak memasing sudah rasa separuh nyawa, haha.

Aku? masuk part 3rd step, dah tak larat. Mulut aku memang semua perkataan hangul terkeluar. Kakak kat sebelah pun sudah mula berkeriut-keriut mukanya, aku? haha... aku struggle. Seriusla, step ke tiga memang kalah habis, hendak angkat badan pun tidak larat. Akhirnya jarum panjang jam berhenti di angka 9, alhamdulillah penyiksaan berakhir. Coach Sarah berlucu pun, aku sudah tidak mampu untuk ketawa besar lagi. Malam masih awal, kakak mengajak aku mengopi sebelum balik. What?

Kami hanya mengopi di kedai belakang bangunan studio, kakak mengajak. Katanya mi celop di situ sedap. Aku pun sangat jarang dapat makan mi celop, meh la kita. Aku selalu makan mi hun sup saja. Sebab sudah malam, jadi kami hanya order satu sahaja dan berkongsi. Ye order satu sekali yang datangnya, naaah! satu mangkuk tu sudah betul tapi saiz nya, 매우 큰! (sangat besar!). Awalnya, memasing rasa tidak mampu hendak habiskan, akan tetapi bila kita makan berteman ni, yang dijangka tidak habis tu lah boleh dihabiskan. Bila makan berteman, lauk yang biasa pun boleh menjadi luar biasa sedapnya. Betul?

Sekian habis semangkuk besar kuey tiow celop, habis sesi meluah perasaan, habis sesi bergosip, kakak melirik jam di tangan aku. 
"kita kena balik sebelum zumba habis. Karang sesak." kata kakak. 
"jom, kakak bayar!" hahahaaa senang sahaja aku mengeluarkan arahan. Sebab dia sudah keluar beg kecilnya, aku masih terhegeh-hegeh lagi. Sebelum ini kerap sangat bergaduh hendak bayar dikaunter. Alhamdulillah, kakak terima kasih untuk hari ini. Happy dapat keluar daripada lemas berlengas rumah. Syukur!

   



Do more of what makes you happy.

Saturday, 28 November 2020

Clingy Brothers!: Berkhatan dan kisah tempurung.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Berhempas pulas mengerjakan carta organisasi, terima kasih tidak ada, ada sahaja yang minta menambah itu dan ini. Lemas aku dibuatnya. marilah lari sekejap ikut tuan asben pergi sunatkan Adli dan Arrizqi, today is D'Day setelah hanya aku seorang yang menghitung hari dan rasa gementar yang over. Baru sahaja tuan asben buat tempahan, aku punya pemikiran entah sampai ke mana, berserabut di tambah lagi dengan ragam manusia yang pepelik menjadikan aku, let's it go. 

Awal pagi aku sudah bangun, mengerjakan rumah macam biasa, tidak sempat breakfast sebab temujanji sebelum jam 10am nanti. Tuan asben, Adli dan Arrizqi juga telah bangun dan mula bersiap. Aku menyiapkan milo dan kopi (rasa teringin sangat) cabut naik atas dan bersiap. Pilih-pilih baju beria, iron tudung dua kali sebab tidak jadi, hrmmm pipi aku naik lagi la nampaknya ni. Selesai aku bersiap, mereka bertiga sudah pun ready dalam kereta, amboi bersemangat sangat aku pula yang mula rasa hendak memerut la, hendak terkucil la, over.

Kami sampai betul-betul jam 10am tepat, hahaaa rezeki hari ini dapat parking petak pertama betul depan PMC. Masing-masing, mengenakan topeng muka dan ready to go. Tuan asben bertanya sama ada aku hendak ikut sekali atau di dalam kereta sahaja, tidak mahu ikut, nerves! Aku lebih suka di dalam kereta sahaja, mereka bertiga pergian. Ooohooo, aku sangat cuak benda-benda begini. Sebenarnya aku  tidak berhasrat mahu ikut, tuan asben ajak pergi bersama juga maka  kurela saja bila part berjalan.

Tuan asben temankan dorang berdua, menunggulah aku dengan perut berkeroncong sambil berbalas whatsapp, makin lama makin berkeroncong pula perutku ini, baru berhasrat hendak turun berjalan, aku teringat video klip kes ragut bermotor, berkereta, berjalan, menjadikan aku seram. But my perut, arghhh! aku tanya tuan asben lagi sekali, Arrizqi baru sahaja dipanggil masuk. Hrmmm, ku batalkan hasrat dan menunggu lagi, sehingga dapat whatsapp menyuruh aku mengalih kereta berhadapan dengan pintu masuk, haaa berguna juga aku rupanya.

Sementara Arrizqi masuk kereta, aku menunggu Adli pula, terharu bila pengawal dipintu membukakan pintu untuk kesayangan-kesayanganku ini. Aku mengalih kereta semula kerana rasa tidak patut pula menunggu tuan asben yang belum habis urusannya. Mengacu kereta ke parking elok, perbualan bersama Arrizqi tadi bersambung semula,
"doktor kata, kena banyak makan sayur, kena makan buah, kena makan ubat, makan nasi sup macam umi kata tu." that's my Arrizqi. Aku tanya lagi, doktor baik ea?
"best juga doktor tu, takla takut sangat." alhamdulillah, Adli sudah senyap sahaja. Menghadam suasana barangkali, aku menjangkakan dia menangis, rupanya tidak.

Kitorang singgah isi minyak kereta dan balik rumah. Kisah bermula. Masuk-masuk sahaja aku gegas mengemas hall, dan tuan asben membentang tilam, serta menyelaras tempat untuk dakberdua tu port, depan TV. Sebaik siap, dia ke dapur dan keluar dengan dua biji mangkuk hijau. Aku terpinga...
"nah hadiah, mangkuk ni untuk bila rasa sakit ketuk lutut kuat-kuat, nanti kurang sikit sakit tu." siap tunjuk demo pada dakberdua. Aku yang belum habis membersih, berhenti kejap dalam hati 'siyes la ayang?' muka dakberdua tu jangan kata la, dalam hati 'biar betul abi aku ni?'. Di update pula dalam whatsapp group family aku. Terburai ketawa mama dengan adik yang sedang dengan nasihat dan gurauan. Sepatutnya, kami buat di Johor cuti sekolah akhir tahun kan? rutin aku di Johor biasanya, namun tidak pada tahun ini.

Aku tinggalkan dorang bagi rest dan menyambung kerja rumah- tak habis-habis. Hari ini, abi order pizza hut atas permintaan dakberdua, entah selera entah tidak hendak telan, cuba sahajalah. Hari ini saja, esok lusa aku masaklah. Ok je, deberdua oke, makan ubat pun oke, mandi oke, siap pakej main game dah pun. Aku pula naik hairan, dorang ni bersunat ketidak. Arrizqi siap request hendak makan ubat.

Sedang berehat, elok pula jiran datang hantar kek. Aduhaiii dugaan! Mujurnya dakberdua ni memang tidak gemar sangat dengan kek. Jadi, depa ignore sahajalah, rasa hendak buat lempeng pisanglah esok since tuan asben ada beli pisang selepas dia berbasikal tadi. Dakdua tu pun sudah tidur, semoga mereka tidak melasak dan lupa mereka bersunat, hehehe. Sekian untuk hari ini, daaa.

selepas berkhatan.

sebelum berkhatan.

kisah tempurung, hahahaaa!

"Jika kita tidak mampu tolong seseorang sekurang-kurangnya jangan susahkan dia."

Monday, 23 November 2020

Sya2time dengan Conie eonni again.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Ah Syasya! kawan dia pepusing orang yang sama...

Hellooo inilah dinamakan sahabat, inilah sahabat aku yang always stan walau apa pun yang aku buat, sahabat yang betul-betul ada di belakang aku memberi sokongan, menangis dan ketawa bersama, susah dan senang bersama, 진짜 친구! haha... syukurnya, tidaklah ramai akan tetapi always stay and love everyday walaupun hanya nampak gambar dalam instagram.

Aku mengelamun, lepas tengok drama online, mengerah daktiga buat kerja sekolah dan membuat rutin harian akhirnya dapat wassapp eonni hendak jumpa jam 6 petang. Ini kes cemburu melihat gambar aku berjumpa kakak dan Shuri minggu lepas la ni, hihiii. Actually, aku ada order kuih peneram dengan eonni, so kuih da ready to delivery, alhamdulillah. Kira jumpa melepas rindu sekalilah.

Aku tiba dahulu di tempat pertemuan selepas memberitahu tuan asben. Tidak sempat hendak membuka TownShip, nampak sebuah kereta lalu di hadapan, oh mungkin hendak ambil anak di transit. Tapi hati aku kuat menyatakan itu kereta eonni, haha. Aku jarang nampak kereta dia ni pada waktu siang, dia ke zumba pun dengan aku. Tidak lama selepas itu, kereta itu bergerak menuju aku.

Haaa, kan da kata eonni. Oh my! rindunya-rindunya-rindunyaaa. Nak hugs tak boleh, dia baru balik kerja hospital. Jadi, just take a picture and chit chat. Memang tak puas, mengenangkan masing-masing dengan kesibukkan dapat berjumpa sekejap pun jadilah. Syukur.


Semoga virus covid ini berlalu pergi, dan kita dapat memulakan kehidupan kita semula, insyaaALLAH!

True friends never leaves you during hard times!

Friday, 20 November 2020

Sya2time dengan friendsistersiblings.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Wah! sudah tiga kali new post, taip intro dan selepas itu berlalu pergi tengok konsert Nu'est, hampeh! kali ini mesti cerita sampai habis, haha. Hari ni, aku kena jumpa kakak untuk ambil kek yang ditempah oleh kak Miza, sudah alang-alang menempah kek untuk kak Miza, aku tempah sekali untuk Linda. Aku rindu sungguh dengan keletah anak Linda yang berlima tu yang biasanya nampak kelibat pergi dan balik sekolah. Bila tidak sekolah terlalu lama, kita jadi rindu dengan suasana-suasana persekolahan. Mudah-mudahan kita akan back to track again. InsyaaALLAH!

Jadi, sebelum aku tiba di tempat yang dijanjikan depan pagar tempat kerja Shurizah, aku bershopping membeli buah tangan untuk mereka yang aku jumpa pada hari ini, bersedekah pada hari Jumaat, lebih pada hendak menggembirakan hati sendiri sebenarnya, rasa kekok bila berjumpa dengan orang yang kita rindu dengan tangan kosong- perangai seorang Syasya.

Aku tiba awal, seawalnya sewaktu Shurizah masih dalam bilik mesyuarat. Kakak pula sedang berusaha untuk awal, kerana beberapa masalah. Awal tidak awal aku memang senang sangat berjanji dengan dua orang ini, mudah semudahnya. Aku lebih suka menunggu sambil mengisi masa dengan berbalas teks bersama kak Su. Tidak lama menanti, kakak sampai meletak kereta di sebelah aku, menyimpan kek dan dia juga hendak berjumpa dengan Shurizah, elok sangat. Tengah borak-borak, nampak kelibat Shurizah dari dalam pagar yang dok terjengah-jengah.

"Wei, tak boleh keluar. Pagar depan sana?!" belum apa-apa dia dah suruh kitorang pergi pagar depan, walhal dia juga yang suruh kitorang jumpa di pagar tepi ini. Dia ni kannn...

"Malas, depan takde parking." aku menjawab dan kakak sudah pun hilang, ke hadapan pagar. Cun-cun je pagar pun terbuka, macam dalam drama. Allahuuu rindunya... Aku pantas mengambil barang dan menutup boot kereta kakak berlari mendapatkan mereka berdua yang sedang bergelak ketawa. Belum-belum sudah dramatik. Dengan lori kontena yang keluar dan masuk ditambah matahari sudah meninggi. Jadi bahan pula dibuatnya. Kami berbual bertiga, bergosip, ada saja topik yang keluar, sekejap ketawa, sekejap rasa geram, sekejap memekik, sekejap berkerut. Sama je reaksinya. 

Dua kali kata hendak balik, akhirnya kali yg ke tiga baru betul-betul bersurai. Alhamdulillah! terlerai rindu walaupun sekejap. Selepas jumpa mereka berdua, aku ke rumah Linda dan kak Miza hendak menghantar kek, singgah sebentar di kedai runcit dan pulang ke rumah. Macam biasa, mandi dahulu sebelum menunggu kak Aida menghantar Spegetti yang ku tempah. Sempat menggoreng popia ketam yang dikerjakan dek Adli-Arrizqi semalam. Dapat sahaja spegeti aku menjala roti jala pula untuk di regu dengan kari daging, alhamdulillah!



Selesai makan, aku kembali ke arena meja kerja untuk mengagih kerja sekolah daktiga. Semoga semuanya berjalan dengan lancar pada hari ini- insyaaALLAH! Syukur.

Rakan baik sukar dicari, lebih sukar ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan! 

Saturday, 14 November 2020

Sya2time dengan boifren: Bekam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Annyeonghaseyo!!!

Pantang diajak, pantas sahaja daku angguk dan setuju. Dapat keluar rumah, siapa saja yang hendak melepaskan peluang, wiii. Walhal aku sudah rasa hendak bemalas-malasan sahaja sambil dengar lagu SS501. Terngiang-ngiang ah, Sha la ni mempengaruhi pasal dia suka SS501, aku suka Nu'est. Alaaa, boleh saja, janji kpop- aku sukaaa. So bermalasan pun jadual sudah mula sejak awal pagi tadi, buat breakfast sewaktu tuan asben bersiap untuk berbasikal.

Baju kotor sudah pun selesai pusingan pertama, tinggal uniform tuan asben sahaja yang belum. Selesai bersiap, selesai menyidai basuhan, selesai mengemas dapur, aku duduk di meja makan. Tuan asben sudah pun balik bersandar di dinding menyejuk badan. Mengemas sedikit barang dan sedikit buah tangan untuk kak Miza, aku bersedia ikut tuan asben untuk keluar berbekam. 

Sebelum ni keluar malam, kali ini pergi waktu siang tengah hari merembang. Hari Sabtu, tidaklah begitu sibuk, tenang-tenang sahaja. Kami ke Kg. Merbau Sempak. Masuk sahaja rumah Zati, aku minta pinjam tandas lebih dahulu, fuh! banyak sangat minum air asyik hendak terkucil sahajalah. Berbekam sambil berbual dengan Zati, mata aku mengantuk tahap gaban. Rasa hendak terlelap dengan suasana dingin rumah Zati. Aku selesai dahulu, baru tuan asben. Melewati waktu Zohor, urusan berbekam selesai. Tuan asben ke Putra Medical Center pula, untuk menempah tarik Adli-Arrizqi bersunat. Fuh! nerves.

Selesai urusan, aku masih berfikir hendak menu apa tengah hari ini, puas juga berpusing di Bandar Baru Sg. Buloh mencari makan, Kepsi-McD tolak tepi, jemu. Akhirnya, tuan asben berhenti di kedai mamak, roti canai sahaja. Sedap juga. Balik rumah, daktiga buat tidak hairan sahaja, kisah apa dorang janji dapat main games. Anak bapak sungguh-sungguh!

Pijar rasa bekas luka berbekam tu, aku tidak pasti 11 atau 13 cup, entah aku tidak mengira. Macam biasa belikat kiri dan pinggang paling likat darah bertoksin. Luka bekam ni 2 hari baru oke, sekali dengan rasa sengal macam kena pukul. Bila baik semua, baru badan terasa segar dan ringan. Sebab tu aku suka berbekam. Lusa, aku ada temujanji dengan klinik lagi, follow up untuk anemia. Semoga baik-baik untuk aku, simpan cerita dalam blog- puas hati boleh tulis panjang-panjang, wiii!

Rezeki bukan hanya berupa wang tetapi juga umur yang panjang, 
nikmatilah kesihatan yang baik dikelilingi oleh kebaikan-kebaikan, 
insyaaALLAH!

Thursday, 12 November 2020

Sya2time: Sofa dan Remote TV.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Annyeonghaseyo!

Dalam kepala sudah merancang jadual aktiviti untuk hari ini, merangka tanpa planner, malas hendak duduk di meja, kerja sekolah daktiga langsung tak jengah. Hari ni hari kedua menyesuaikan diri dengan segala macam ubat dan vitamin, hang in there Syasya, just for 5 days. Badan belum biasa dan rasa hendak baring saja. Seawal pagi aku sudah mengadap drama China, hahaha. Ingat aku layan drama Korea saja? no lah, marilah kita melebar sayap. 

Dua episod drama First Romance selesai. Setiap kali tengok watak Yan Ke ni, doklah teringat my bias Nu'est si Jong Hyun (JR). Muka iras betul, dah terbayang my Jong Hyun tu berlakon, haha. After siap perang dengan dapur, sediakan mee goreng ala mamak tanpa api dalam kuali, aku sambung melingkar lagi, Yan Ke- Yi Fang again. Drama China ni teramat comelnya. Lepas Zohor, aku dapat teks daripada tuan asben menyatakan waktu kerjanya 24jam, wokey manse-manse-ma-manse! sambung drama Kairos pula, dek daktiga merengek hendak tengok. Daripada drama China yang cute, dak-dak sekolah kita balik kepada drama thriller Korea. Layan gak drama Kairos ni, Shin Sung Rok- Lee Se Young, dedua pelakon ni aku suka. Peyha dan partner Doc. John- gelaran aku bagi sendiri. Best pula hendak tengok ke episod seterusnya tapi boringnya kena menunggu minggu hadapan, tak sabar.

Lepas Kairos balik semula Yan Ke- Yi Fang, sebelum nampak Lee Dong Wook- Kim Bum dalam Tale of the Nine Tailed. Tengok jam ngam-ngam, sempat hendak lebur megi ni. Aku yang hendak makan megi, si daktiga ni buat permintaan juga. Hrmmm... 

"megi sup 2 umi, megi kari 1, bersih taknak sayur taknak telur" Arrizqi punya order.
Menunggu aku di dapur lama sangat, Adli datang hulur bantuan. Sedia pinggan mangkuk, sedia bahan-bahan pastu tinggal aku seorang lagi sebab air sudah pun aku buat siang tadi. Masuk pula Arrizqi bila hidung sudah bau wangi megi, satu persatu mangkuk megi di hantar ke meja makan. Aku mengemas dapur. Siap aku punya, aku prepare sekali hidangan sampingan sebab aku malas hendak bangun dua tiga kali bila sudah bersila. Aku mengadap megi dan Lee Dong Wook diikuti Kim Bum dan juga Lee Tea Ri, aiii apa ni dorang berkumpul satu drama pula. Mana aku hendak sokong aih, all is favourite, ciskek betulla camni. Sejam mengadap sampai kering air megi aku dihirup dek Panther, haha! Mujurlah episod kali ni buat aku menyengih sampai telinga, real brotherhood walaupun aku taktau apa akan jadi untuk episod akan datang. Yang penting episod hari ini, best!

Sekian, aku bangun kemas dapur untuk kesekian kalinya, sebelum merengek pada Arrizqi untuk bentangkan tilam, hehe! Bila aku sudah landing, Adli datang membawa tilam dia. 
"umi kata hendak tidur dengan saya." alamak aku lupa pula, tapi aku sudah malas hendak bangun.
"tolong alihla, saya malas la, esok boleh?" tak sempat habis ayat aku, Adli sudah pun angkat alas tilam aku dan Arrizqi sudah terbangkan bantal aku sekali. Haih! Aku memang tidur dengan daktiga ni, haha. Best dapat pillow talk sambil gelak-gelak. Biasanya akulah yang beradu paling cepat. Dorang akan kunci pintu, tutup lampu.
"abi balik esokkan umi?" tanya Adli. Aku jawab ya sambil layan TownShip dan terus lelap ke pagi. Ngantuk kaw-kaw. Goodnite, see you tomorrow. Begitulah routine sejak PKPB ni, Alhamdulillah. Hari  ini dia punya mengantuk memang tak boleh handle langsung, celik mata tangan cari remote TV, haha! indah kehidupan.

Letak sayur banyak, taklah bersalah sangat makan megi.!

Macam jejemput pisang tapi ini cok keria di hantar oleh kak Wan, kumawoyo eonni! dia teringat padaku, datang hantar bersama kereta barunya, cantik sangat! comel.

Craving teruk, so kena beli. Tuan asben yang habiskan. (crying!) 
My life,
My choices,
My mistake,
My lessons,
not your business!.

d'notes: do your own business, jeballl. let's me out! I hate this situation. uhuh! keluar mulut naga, masuk pula ke mulut buaya. Mencik ah!

Wednesday, 11 November 2020

Sya2time dengan boifren: Pemeriksaan Kesihatan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Semalam, kemain ber'have fun' di Pasar Basah Pasir Penambang, menikmati keindahan alam sekeliling sambil menghirup udara luar rumah setelah kuarantin selama sepuluh hari. Selama sepuluh hari, kehidupan aku hanyalah ruang dalam rumah dan kdrama, syukurnya ada internet. Tidak dapat ku bayang jika ketiadaan jalur lebar yang satu itu, berikutan Astro telah pun dipotong sepenuhnya. Penggunaan tv akan menjadi tumpuan dan perebutan antara PS4, Kdrama dan Kartun. 

Jadi, hari ini dengan rasminya tuan asben memotong gelang pink, dia kena kuarantin kerana kontak rapat positif covid19, jadi aku sekali terbabit sama, selama sepuluh hari aku berterima kasih dengan Khaida yang sudi menghulur bantuan membelikan aku barang dapur. Sayang sangat dengan Khaida, memang kawan dunia akhirat. Selesai dia membeli, dia pesan lagi jika hendak apa-apa jangan lupa beritahu, aku tolong hantarkan 😭! dan aku ni bukanlah sejenis yang ambil kesempatan, selama 10 hari itu aku guna apa sahaja yang ada, sehingga tamat tempoh kuarantin, hehe! Khaida memang pandai membajet.

Jadi, hari ini tuan asben ajak pergi buat fully pemeriksaan kesihatan cik V aku. Kali terakhir pemeriksaan miss V, membuat pap smear pada tahun 2015 [Kehidupan] jadi, perkara yang sama terjadi lagi. Kali ini berlarutan dengan sangat panjang, umur pun bertambah marilah. Aku pasrahkan diri, menyerah. Same as before, pap smear tak dapat dijalankan. Sama juga bleeding! jadi kita buat benda lain yang boleh. Ambil sampel darah. Scan untuk tengok fibroid dan cyst. Ujian air kencing. For papsmear, aku kena datang semula selepas pendarahan betul-betul berhenti. Hasil daripada ujian air kencing, aku tidak pregnant and kencing kotor. Masalah betul bila tak suka minum air ni, haha. Aku malas hendak pergi tandas, keke. Baiklah lepas ini aku betul-betul struggle habiskan air masak 4 tumbler Nu'est. Fighting! Part ini je kena bebel berjela. 

Masuk part kedua, hasil ujian darah. Ini paling panjang kena khutbah, hahahaaa. Badan aku tidak cukup air plus kepekatan darah aku sangat rendah. Doktor siap bandingkan aku dengan pekerja asing datang sini cari kerja, hahaha. Dia kata aku tak cukup makan dan minta tuan asben dengar sama apa yang dia nak bebel. Aku ialah fighter anemia. Lagi dia terperanjat bila aku bersalin anak tiga kepekatan darah aku paling tinggi ialah 9.0g/dL yang sepatutnya 12.0g/dL ke atas. Sedap pula dengar doktor tu ceramah, dia bukan tengok aku, tapi dia tengok tuan asben, hahaha. Dia minta tuan asben jaga aku, tengok aku makan ubat, jaga menu diet aku kasi seimbang, jangan bagi aku penat, jangan bagi aku tekanan. Lagi doktor lagi, lagi. Biasanya bila aku cakap dia tak endah je, kali ini bagi pada pakar untuk bercakap. Terima kasih.

So after dapat banyak ubat-ubatan, aku kena repeat pemeriksaan nextweek untuk papsmear, doakan semoga semua urusan aku lancar nanti, insyaaALLAH. Dalam perjalanan balik, aku sudah terbayang macam-macam untuk di makan. Tuan asben mencari bomboloni Paya Jaras, akhirnya balik ke Kampung Melayu juga, beli depan sekolah ja. Argh! rindunya aku dengan gerai panjang depan sekolah ni. Sambil tunggu daktiga balik sekolah, sambil shopping dan bergosip. Aduhaiii! semoga kehidupan kita semua dipermudahkan, insyaaALLAH.

Selesai membeli donat, terasa hendak makan kek coklat, tuan asben hulur duit lagi minta aku beli sahaja, craving. Dan kami balik rumah, rindu dengan daktiga. Semua bertanyakan milo, mereka lupa aku sudah belikan milo semalam. Tak sampai setengah hari sudah rindu, sudah mengadu macam-macam. Bermulalah episod aku dan ubat-ubatan, ku terasa tua, huahaha!

Semalam.

Hari ini.

You have to fight through some bad days to earn the best days of your life. 

Sunday, 1 November 2020

Aku Tidak Keseorangan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Sejak dua menjak asyik memerap di rumah ni, semakin rajin menonton rancangan bualbicara, forum, ceramah dan mendengar muzik pun yang iramanya ala melayan kepala. Manusia berubah, insyaaALLAH semoga berubah ke arah yang lebih  positif. Semalam, entah macam mana aku boleh melayan rancangan Suara Rakyat, perbincangan tentang pendidikan daripada rumah. Hari ini, aku boleh layan Hello Doktor berbincang tentang tajuk yang tajuk aku cukup suka, Mental Health. 

Syasya is focus, mulanya aku hanya menjeling daripada meja makan sehingga beralih ke atas sofa. Aku layan daripada awal sampai habis rancangan, dalam pada tidak sedar air mata aku bergenang. Bagusnya depa kupas tentang Mental Health ini. Terasa seperti dihargai. Aku bersyukur, aku masih ada sehingga ke hari ini, aku juga bersyukur kerana kawan-kawan di sekeliling aku, walaupun mereka jauh, mereka menjaga aku bagaikan aku berada di depan mereka. Dan aku paling berterima kasih dengan satu-satunya sahabat baik aku, Khaida yang tidak pernah jemu bertanyakan apa yang aku buat setiap hari. 

Dapat keluar daripada belengu kelemasan pemikiran sangat membuat aku lega. Aku bersyukur, kali pertama aku kena serangan panic attack, sahabat maya aku, Sha mengajar aku bertenang walaupun hanya berbalas whatsapp, sakitnya hanya Allah swt yang mengetahui. Sakitnya hanya orang yang mengalami sahaja yang mengetahui. Dan rentetan selepas itu, menjadikan aku tidak boleh tidur. Aku tidak berada dalam ketenangan langsung, dua minggu aku berulang-alik, keluar masuk rumah dengan muka tidak siap. Badan aku tidak berada dalam kondisi yang baik langsung, anxiety yang sebelum ini biasa-biasa sahaja menjadi-jadi kejadiannya. Benda-benda sekeliling aku yang sebelum ini biasa-biasa sahaja boleh menjadi trigger. Aku hendak bercerita, tapi aku tidak tahu dari mana aku hendak mulakan. Badan aku terasa tidak berpijak di bumi nyata, aku berada dalam dunia lain. Sepanjang dua minggu, berat badan aku menyusut sehingga 4kg akibat tidak tahu hendak makan apa, bila makan dada kiri aku sakit memaksa tuan Erwandi membawa aku ke hospital. Di hospital, doktor hanya memberi aku nasihat dan ubat tahan sakit. Aku masih tidak lega sehingga Khaida mengesan perubahan mendadak aku. 

Mengajak aku bersarapan dengannya, memaksa aku makan, memaksa aku bercerita mengeluarkan apa yang ada dalam kepala aku. Aku masih ingat aku merenung Khaida tanpa berkata, Khaida masih membebel akhirnya aku menangis, Aku tidak tahu apa yang aku hendak cerita. Nasi kerabu tidak dapat kuhabiskan, aku hendak balik rumah dan tidur. Waktu tidur aku sedikit-sedikit dan bila-bila masa sahaja. Malam aku tidak dapat tidur, aku menangis dalam Tahajjud, Allahuakbar... Allah swt menguji aku, aku perlu bangkit.

Kak Suraya melihat aku setiap hari, dia nampak kondisi aku memang kurang sihat, mata sembap, badan susut. Khaida datang rumah aku setiap hari, menanya keadaan aku, menemankan aku. Akhirnya aku tidak tahan juga, aku left semua group yang boleh buat aku trigger, aku ignore semua gadget, sebulan aku tidak menonton Kdrama, depan tv sahaja, aku tidur. Akhirnya, aku beranikan juga berjumpa doktor lagi sekali kerana sakit dada kiri aku tidak lega. Kali ini, rezeki aku dapat doktor yang aku kenali, yang memahami. Aku dinasihatkan supaya, tidak stres, tidak terlalu penat dan tidak overthinking. Bahagi  tugas dengan suami, jangan terburu-buru. Buat kerja ikut kemampuan dan dia bekalkan pil penenang untuk redakan degupan jantung aku yang laju. Makan hanya bila diperlukan sahaja. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, aku bersyukur sekarang aku tidak bergantung dengan pil itu lagi. Semoga aku terus positif dan sihat terus. Doakan.

Sehingga hari ini, aku tidak berani untuk keseorangan, Allah swt memilih aku semasa dalam keadaan pandemik di mana tuan asben juga berada di samping aku, dan daktiga juga berada dengan aku. Alhamdulilllah, ada hikmah disetiap kejadian. Sehingga hari ini aku juga menjadi lebih cengeng, aku cepat sedih, melihat iklan di tv sahaja boleh buat air mata aku bergenang, walhal aku ialah seorang yang agak keras hati juga sebelum ini. Aku ada berkongsi di instagram dan terima kasih kepada kawan-kawan aku yang memahami, ayat yang paling aku ingat "ketenangan yang kita cari, insyaaALLAH kita akan dapat". Aku juga terpaksa tinggalkan orang-orang yang memberi impak negatif yang tidak dapat aku cari dimana positifnya dia langsung. Aku tidak perlukan orang seperti itu kerana aku menjadi sangat sensitif dan kadang terlebih peka menterbalikkan keadaan negatif kepada positif.

Aku punya habit melepas geram atas kertas dan tulis dalam Hangul. Aku punya hobi yang boleh buat aku gembira, aku punya idola yang orang lain tidak boleh jangka, aku ialah aku. Kebelakangan ini, topik Mental Health sudah mula diperkatakan, mereka yang tidak alami agak sukar untuk memahami keadaan dan situasi, berbanding mereka yang pernah alami dan healing secara perlahan-lahan. Aku bersyukur aku masih diberi kesedaran, dihadirkan insan-insan yang berpengetahuan, Sha, Sha'adah dan Khaida yang sentiasa dengan pelukan hangatnya. Juga kakak Zila, Shuri dan sister Nora walaupun mereka tidak memahami namun mereka sentiasa dengan nasihat positifnya dan eonni Conie, bagaikan emak-emak. Dengan eonni, tidak perlukan cakap banyak, dengan isyarat sahaja dia sudah boleh faham. Eonni sentiasa mengingati aku dalam pada dia sibuk dengan kerja. Aku rindu mereka semua, huaaaa...

Aku berasakan Allah swt memberi aku peluang kedua untuk melalui kehidupan mendatang, mengajar aku tentang bersyukur dengan apa yang telah aku ada, menyedarkan aku untuk lebih menghargai sekalian alam sekeliling. Alhamdulillah, syukur seribu rahmat. Terima kasih sudi baca hingga selesai.

Sister Nora.

Khaida yang suka main bell-gate.

Syasya-Shuri.

Kakak Ziela and eonni Conie.

Me: Syasya.

“Along my journey I have learned that the more thankful I am, the more I have to be thankful for.”

Friday, 30 October 2020

Clingy Brothers!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

If dalam Korean, lelaki-lelaki yang friendship ni di panggil bromance. They take care each other, they play with each other and they always together. Dalam rumah ni yang selalu berkepit bagai glue Adli-Arrizqi la semestinya. Salah satu sebab mereka rapat hanya beza setahun dan 18 hari sahaja, walaupun perangai mereka tidak sama langsung, namun bila aku panggil salah seorang buat kali pertama, memasing buat don't know je. Buat-buat konpius, Adli or adik. Oke, let's aku panggil 2nd round, dedua datang dan bergado...

"abang ke, saya?" Arrizqi datang.
"umi panggil saya la... " Adli menyusur dari belakang.

Haaa... eloklah sangat, boleh aku mengeluarkan arahan lebih daripada satu bila dedua assistant datang, hehe. 

"abang tolong buat tu!" aku tunjuk tepung dan sotong yang sudah berendam telur dan garam. Adli yang minta semalam sebaik sahaja nampak aku membersih sotong dibeli tuan Erwandi. 
"ooo buat ni, yeay umi masak sotong tepung" sambil mengelap tangan.
"apaniii saya nak buat jugak." Arrizqi sudah bertolak mengambil ruang. 
"adik kepit, saya buat ni" Adli memberi Arrizqi pengepit kepada Arrizqi sedangkan tangannya sudah dalam tepung.

Aku biarkan saja, jangan bergado sudah ada bersalji dapur aku karang. Aku membereskan menggoreng ikan dan masak kobis masak lemak. Selesai mereka berdua, Adli offer diri membuat air minum kepakarannya. Air panas boleh, air sejuk boleh. Tugas membuat air masak dan ais pun telah diserah padanya. 

"Abang buat air, saya tengok umi masak. Kena jauh sikit kan umi, nanti kena minyak panas." Dan Arrizqi bertenggek atas kabinet sebelum hilang diajak Adli untuk tengok kakak main games. Selesai aku masak, Auni bertugas mengemas meja dan menghidang. Senduk nasi, angkat lauk pauk ke atas meja. Aku selesaikan dapur hingga bersih. Alhamdulillah!

Selesai makan siang, tuan Erwandi balik, selesai 4 episod akhir Record of Youth, Park Bo Gum aku kembali ke dapur, get ready for makan malam pula. Arrizqi masuk dapur nampak aku sedang mencuci isi ayam, yes goreng tepung again. Terus dia hendak buat macam siang tadi setelah selesai menyenduk nasi dari periuk. 
"umi ni pandai la, masak ni senang je kan umi? umi pandai masak, umi pandai cuci pinggan, umi pandai buat air, semua umi boleh buat." sambil tangan dia berkerja sambil mulutnya membebel. Aku sengih sampai telinga, terharu wei. Ye kerja tu simple je, bila kena puji rasa dihargai.
"Ersyad tolong isi air panas dalam tumbler tu, nanti boleh topup yang dalam tong besar tu!" yes, Syasya mengguna kuasa veto. Melihat Arrizqi yang terkial-kial, Adli datang membantu. Alhamdulillah!

Melihat kepada kerjasama ini aku bercerita tentang watak Park Bo Gum dengan abangnya- salah satu scene Record of Youth, yang telah membantu emak mereka sebaik sahaja selesai makan malam. Mereka berdua mengemas meja dan mencuci pinggan mangkuk serta membersihkan dapur.
"nanti saya dengan abang dah besar, abang boleh memandu kereta pergi beli barang dapur tolong umi masak." halahaaaaiii Arrizqi ni bila bercakap memang buat orang terharu dan Arrizqi ialah satu-satunya yang berani berlawan cakap mengutara pendapat bila dengan tuan Erwandi, sedangkan Adli dan Auni hanya diam menurut perintah akur.

Aku menyiapkan beberapa tugasan, Adli menemankan Arrizqi membuat kerja rumah, hrmmm mereka berkepit lagi, haha. So far, bila masing-masing sudah besar ni, mudah menerima baik antara mereka. Menonton tv pun clingy, bermain memang sudah pasti. Bila Auni punya giliran bermain games, mereka memang jarang join bersama, mereka berdua sahaja. Walaupun Adli abang, namun dari pandangan mata, Arrizqi lebih matang daripada Adli, Arrizqi akan sediakan semua keperluan untuk Adli, ini paling ketara. Arrizqi sangat taat dengan masa dan waktu, aku boleh katakan dia agak bersiplin dari segi pengurusan masa dan keperluannya. 

Ini akan membantu Adli untuk ikut turut sama buat seperti Arrizqi, walaupun berlaku pertengkaran kecil tanpa sengaja tetapi mereka mudah sahaja berbaik. Syukur Alhamdulillah. Semoga hubungan baik antara mereka berdua dan bertiga kekal baik hingga mereka membesar, insyaaALLAH.








Brothers make the best friends!

Tuesday, 20 October 2020

Sya2time dengan boifren dan PPUM.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Planning terkejut, dia di sana aku di sini (dia outstation), tiba-tiba ajak pergi RUKA di PPUM. Mimpikah? aku sememangnya hendak pergi klinik perempuan, tapi bukanlah secara terkejut begini. Bagi aku ready mental dan fizikal dahulu kerana hubungan aku dan hospital/klinik adalah tidak begitu rapat sekali. Sudah di ajak, mengapa tidak diikut saja. Okeylah, mari kita temankan dia. Penuh berselirat kepala otak aku memikir soalan untuk pakar perunding kesihatan nanti, sambil berdoa dipermudahkan urusan pada hari kejadian. Anxiety datang, aku tak suka betul.

Hati memang sangat tak tenteram, libanglibu bagaikan hendak buat persembahan final projek depan khalayak ramai. Tahun ini sahaja sudah 2 kali aku ke hospital dan sekali ke klinik. Mulanya hendak naik motor sahaja, jenuh aku cari suaipadan ootd nak bermotor, rupanya berkereta pula. Dia ni, sukaaa buat perubahan mendadak tanpa notis, aku lemah betul bila dia tukar last minit. Maklumlah aku ni jarang sangat keluar rumah, bila berkereta dapatlah ber ayu-ayu sikit. Bila aku bersuara, dia kata aku bising. Jadi aku layankan je la rentak dia. Perjalanan merentas daerah, Selangor-KL merangkap menempuh sekatan jalan raya berkali-kali.

Sampai juga di RUKA, ikut SOP... masa-masa ini jugalah aplikasi hp buat hal, aku tak suka-aku tak suka. Tuan asben sudah pun lepas pintu, tinggal aku yang diluar ini, lepas tu? mendaftar lagi sekali, mengambil nombor untuk bertemu doktor pula, leganya daripada penjaga pintu, penjaga kaunter juga pengunjung lain semuanya ramah-ramah berlaka. Jika tidak, maunya aku meraung sesorang kat situ, menonong terus balik. Mood aku memang jangan dibuat pasal.

Aku terpisah dengan tuan asben, dia di tingkat yang sama, aku ditingkat bawah. Macam magic pula bangunan ni, haha. Jadi, proses yang aku malas setiap kali ke temujanji hospital = menunggu. Dekat jam 11am baru dapat masuk  ketemu doktor, berbincang, mendapatkan nasihat dan siap. Aku hendak buat papsmear, entah macam mana kebetulan aku datang bulan pula, hrmmm tak jadi la nampaknya. Memandangkan tuan asben sudah pun siap dan menunggu di kereta, aku perlu ke kereta sendirian. Satu lagi kelemahan aku, mencari kereta sendiri di parking lot. Halaaaaaaa... 15 minit aku berlegar dilobi bawah tu, 3 4 kali aku melintas jalan, bangunan yang ku cari tidak kutemui. Aku lost.

Tuan asben hanya beri arahan melalui whatsapp sahaja. Setelah berpeluh beberapa ketika akhirnya aku berdiri lama di tiang traffic light dan memutar ingatan semula sewaktu datang bersama tuan asben tadi. Come on Syasya, you can! Hendak sahaja aku bertanya pak polis yang ramai di ruang legar itu, baru sahaja nak bertanya aku ternampak food court yang diperkata tuan asben. Alhamdulillah. 

Keluar sahaja pintu lift terus nampak kelibat dia di dalam kereta, jika tidak memang aku kena bebel la nampaknya. Kami terus sahaja mencari jalan pulang, aku mengajaknya ke Speedmart, alahaiii bila lagi hendak bermanja kan, kikiii... dia  berhentikan aku di Eliew Mart, kali pertama aku pergi Eliew Mart ni, murah ke? hrmmm...  balik rumah banding harga, Speedmart lagi murah, bukan semua barang la, mungkin ada setengah barang Speedmart lagi mahal, aku takde masalah mana-mana pun, insyaaALLAH boleh sahaja.

Balik rumah, bersilat menyiapkan makan tengah hari, Auni minta buatkan mi goreng basah, lately jadi perhatian dia pula. After that, rehat sekejap layan konsert Nu'est sebelum bersilat lagi untuk makan malam, Allahuakbar- memasak sahaja aku sejak PKPB ni. Tidak mengapalah, janji just stay at home. Right! masak tu best cuma hendak mikir menu tu, ikut tekak aku tibai ja, ini aku kena fikir empat mulut yang lain lagi, hehe. Mujurlah ada mr Google. Search saja!



Padang bola on my face, haha!
Menunggu tu boring...


You don't have to defend or explain your decisions to anyone. It's your life, live it without apologies. - Mandy Hale  

Thursday, 15 October 2020

Hari Kelahiran 2020: Arrizqi dan Adli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Annyeonghaseyo!

Fasa PKPB2.0, mula-mula rasa oke je, bila tiba hari ini mulalah macam-macam perasaan ada, cuak, cemas, risau, sayu. Mujurlah ada tuan asben, and he just say "oke je, takde apa". Pesan kek masa PKPP, manatau kena PKPB pula, tak mengapalah kita coba saja, sudah kata tuan pergi saja. Marilah! Berdoa lengkap sebelum keluar rumah, mask, sanitizer macam hendak pergi berperang gamaknya. Khaida sudah pun menawar diri untuk ikut temankan sekiranya kek tidak lepas merentas polis menjaga sempadan. Wah! gittu. InsyaaALLAH, perkara baik ni biasanya ALLAH swt permudahkan perjalanannya.

Aku sampai, kakak sudah pun ada. Alhamdulillah. Rindunya dengan kakak, rasa nak nangis pandang muka dia. She too nice to me, seorang kakak yang sentiasa dengan nilai positifnya, kakak yang selalu dengan semangat yang tinggi, aku sangat bersyukur dipertemukan dengannya, semua yang berlaku ada hikmah walaupun pahit untuk dikunyah pada awalnya.

Selesai ambil kek, aku singgah kedai membeli beberapa keperluan untuk menghabiskan minggu PKPB ini, moga-moga semuanya beransur dengan lebih baik hendaknya. Sampai di rumah, seperti biasalah. Kerja seorang emak ni, bagai lipas kudung. For Ersyad Arrizqi, selamat hari ulangtahun kelahiran. Sekian sambutan kecilan untuk daktiga, ulangtahun kelahiran tuan Erwandi lambat lagi, hujung tahun la ye, hihiii.

Baby rezeki ni sudah pun 8 tahun. Alhamdulillah!


Lupa hendak buat entry untuk beday boy seorang lagi ni, beza 18 hari je dengan Arrizqi. Membesar dengan baik juga. Syukur seadanya. Dia minta kek stoberi sama dengan Arrizqi, malangnya on that day aku tak sempat hendak order dengan kakak, jadinya beli sahaja. (belum PKPB lagi). Untungnya hari lahir dia jatuh pada Ahad betul-betul sebaik hari gaji, jadi rezeki juga dapat beli kek untuk dia.


Auni and her orange cake, hasil air tangan kakak juga. Usah suruh aku pilih kek apa yang paling sedap, sebab cake dia sememangnya sedap belaka. Seriusly!


Here, my lovely sister. Kakak yang sangat baik hati dan sangat sporting. Love her so much! Terima kasih kakak untuk segalanya.

Oh ye, tengah aku berlengas dengan dapur Khaida call, dia malu hendak main bell pintu pagar yang menjadi kegemarannya setiap kali datang melawat aku. Dia segan berikutan tuan asben ada di rumah hari ini, jika tidak... sudah pasti dia akan masuk terus menuju meja makan. That's my Khaida. Khaida datang hantar roti yang ku pesan, siap ada free gift lagi. Khaida ni kan... selalu macam tu, dia sudah tahu kegemaran aku Korean Cheese Garlic Bread. Allahuakbar rezekiku sempena hari ulangtahun kelahiran Arrizqi. Syukur rahmat Allah swt.
I am grateful for your true friendship.

Sunday, 30 August 2020

Sya2time dengan boifren dan handphone baru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Sudah menjadi tabiat bangun awal setiap hari walaupun pada hujung minggu pada tahun 2020 ini, aku cuba mengatur peraturan kehidupan dengan lebih baik. Jadi, macam biasa, selesai bersiap sebaik dua rakaat Dhuha, dapur dahulu akan dituju untuk make own breakfast sambil buka planner, susun jadual dan ke dapur lagi balik semula, hahaaa. Menu hari ini ialah roti sardin goreng tepung. Aku suka sangat roti kapit sardin ni, kapit ke, roll ke, asalkan intinya sardin atau sambal tumis bilis, aku suka. Buku resipi atas kabinet aku selak untuk mencari tepung bancuhan pisang goreng, tak jumpa. Handphone jadi mangsa, Google la kitaaa.

Sedap sibuk bersilat di dapur, tuan asben masuk dapur mengerjakan telur stengah masaknya, 
"nak gi OU tak? taknak takpe, abi pergi seorang, kejap je". Eh! pelawaan jangan ditolak, rugi.
"jom, kejap setelkan dapur dulu". aku pun bersilat lagi, menyiapkan daktiga- menitip pesanan-pesanan sebelum keluar rumah. Aku berisiap dahulu macam biasa, baju sudah satu almari pun, masih pening lagi. Acu coba- acu coba, hendak pergi dating weih! macam dolu-dolu, haaa sweet tak?

Tuan asben bawa kelisa, menambah rasa kenastolgiaan zaman bercinta gitu, jika dahulu menunggu aku turun daripada rumah sewa, tapi sekarang menunggu aku di depan pintu pagar rumah kami berdua- ouch! baru bergerak aku tertinggal mask, maka berpatah pulang semula sambil digelakkan daktiga menyatakan aku cepat sangat balik, haha!

Jalan ke One Utama sudah mula sibuk, walaupun hanya beberapa kilometer daripada rumah namun aku masih belum pernah pergi sendirian, bukan tidak boleh, boleh cuma aku tidak suka untuk mencari parking. Kelemahan aku lagi ialah aku akan lupa dimana kereta aku diparking. Pergilah berapa kali pun, aku tetap tidak akan ingat. Kami berpimpin tangan, macam dolu-dolu, berjalan mengukur sekitar OU sambil mencari outlet UMobile, turun naik even sudah melihat peta. Pengunjung semakin ramai, sehingga aku sendiri yang jumpa. Norma baru, beratur dan sila check-in di My Sejahtera. Aku hanya menunggu di luar sahaja kerana hanya seorang sahaja yang dibenarkan berurusan, melihatkan aku yang kebosanan berdiri, pengawal keselamatan menawarkan aku kerusi untuk duduk, alahaiii baiknya. 

Aku menolak sambil berbual dengannya, bukan aku tidak biasa menunggu, oke sahaja. Perbualan berakhir sebaik sahaja tuan asben selesai berurusan. Aku mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan UMobile tadi dan kembali mengukur OU mencari outlet Celcom pula. Lengang sahaja di outlet Celcom- Check-in. Aku melilau di dalam outlet sambil membelek Note4 kesayangan, dekat lima tahun juga aku dengan Note4 ni. Tuan asben memanggil aku, bertanya sama ada aku mahu Oppo atau Samsung. Jap-jap-jap ini untuk apa? untuk siapa? sempena apa? apa benda? aku is confused.
"untuk you la, you hendak yang mana satu?" waaah! aku tidak minta oke, aku berbelah bahagi.
"sama je function dedua". Tuan asben terus memberi keterangan. Hendak lekas habis urusan sebenarnya.
"Samsungla, Oppo tak biasa. Warna putih tu". Aku menjawab dengan tidak sepenuh hati, bukan tidak suka, tapi aku baru sahaja membuat costum casing baru untuk Note4. Aku baru sahaja menukar screen protector untuk Note4 malah aku membeli 3 warna berbeza untuk backcasing  Note4, huaaaarghh! menukar yang baru bermakna aku perlu menempah semula costum casing. Nangis!

Urusan selesai, aku bertanya lagi tuan asben memberi aku handphone sempena apa. Anniversary sudah lepas malah ulangtahun aku lagi sudah lama berlalu. He just say, saja-saja. Hrmmm... selesai mendapat handphone baru, kami menuju parking kereta. Hendak shopping apa, hati sudah teruja hendak menukar handphone. Macam tidak mahu, tapi mahu. Bila lagi! hihiii. Tuan asben membawa aku ke Kedai Ustaz (UTZShop) di Damansara untuk mencari casing dan memasang screen protector A11, the new one. Yeay! Beli jugalah, sementara menunggu untuk menempah yang baru, I need my  vitamin- Nu'est casing.

After shopping-shopping, manja-manja, marilah menuju jalan pulang. Anak-anak menanti di rumah, setelah berpusing-pusing sampai aku sendiri pun taktau mahu beli apa kami balik sahaja, menu makan malam pada hari tersebut tuan asben delivery KFC sahaja, syukur alhamdulillah. Selesai berdating-datingan pada kali ini. Ihiks! simpan sini buat kenangan, hehe! 

Terima kasih menghadiahkan handphone baru, yes aku tak expected langsung pun, habis semua fail aku kena delete, aku pun memang sudah malas hendak menyimpan gambar dalam handphone, ada hikmah rupanya. Pening-pening aku hendak delete, dengan rasa tidak sabarnya tuan asben format terus, sekian terima kasih. Goodbye kenangan, bersambung handphone tersebut kepada Auni pula, budak-budak zaman alfa kan, semua dihujung jari sahaja. 

uish gigi arnab da nampak tandanya aku happy! wiii...

Rezeki itu adalah ujian, 
Dimewahkan bukan bererti dimuliakan,
Disempitkan bukan bererti dihina,
Dua kunci yang membuat kita kuat ialah,
BERSABAR dan BERSYUKUR.

Wednesday, 26 August 2020

Minami kun no Koibito: My Little Lover.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Haaaa tiba-tiba tajuk drama Jepun, Syasya semestinya sudah kehabisan drama Korea untuk ditonton sehingga beralih kepada drama Jepun. Kadang-kadang kita kena beralih angin daripada habit biasa. Aku random klik sebenarnya, daripada konsert X1, ke konsert Nu'est dan terkini aku terjatuh suka dengan lagu iKON bertajuk Killing Me. Lagu tu pasal orang putus cinta la, bukan bunuh diri. Random punya random di youtube, jumpalah drama Jepun tajuk di atas. Disebabkan di youtube, tengok sahajalah, eh menarik!

Drama fasal Minami (hero) dan Chiyomi (heroin), depa berjiran, sahabat daripada kecik sampai sekolah menengah. One day, bapa Minami tinggalkan family, masa pergi tu disaksikan Chiyomi sendiri, bermula dari saat itu Minami berubah, dia dah tak senyum, suka menyendiri dan selalu cari fasal bila dengan Chiyomi. Chiyomi rasa geram, sebab dia memang dah suka dengan Minami. Chiyomi bertekak dengan parent dia, dalam perjalanan pergi beli kicap terserempak dengan Minami. Hendak selesaikan pertengkaran dan permasalahan Chiyomi berhadapan dengan Minami, Minami kata dia dah tak boleh tahan dengan Chiyomi. 

Chiyomi lari, mujur bawa payung sebab hari hujan lebat dan ribut serta guruh. Payung terbang melayang, Chiyomi berlindung di gua tempat dia dan Minami bermain masa kecik siap, berjanji nak kawen, haahaaa sweet tau. Menjelang malam, Chiyomi tak juga balik sehingga membawa ke keesokkan pagi. Chiyomi terkejut, apabila bangun dia menjadi 15cm sahaja tingginya. Comel yang teramat. Pagi tu Minami mencari Chiyomi sehingga ke gua dan bertemu dengan Chiyomi yang kecil teramat. Minami bawa Chiyomi balik rumahnya. Sejak pada itu Minami menjaga Chiyomi. Bila ke sekolah, Chiyomi duduk dalam poket uniform Minami, sweet tau. 

Sepanjang tinggal dengan Minami, banyakla kejadian yang gelihati berlaku, suka tengok Chiyomi yang tak mudah patah semangat, suka juga tengok pak polisi jadi pakcik bawang, hahaha... pastu hidup berjiran depa memang terbaiklah, kawan-kawan Chiyomi yang supportive habis, seronok dan kelakar, memang lega kepala otak tengok drama tak munasabah tu.

So sekian je la cerita pasal Chiyomi yang comel, hendak tahu ending sila tengok sendiri. Youtube sampai episode 5 or 6 macam tu, aku tengok di Dramacool sahaja. Best, ending pun best walaupun dramanya agak tak masuk akal, hahaaa... Adakalanya kita perlukan drama yang tidak berat untuk ditonton, boleh santai-santai sahaja. Lepas tu aku random lagi, ahhh sudah terjebak dengan drama Jepun pula. Pitam. Kali ni drama dak sekola rendah suka dengan kakak sekola menengah (macam tu la lebih kurang) - nanti kita buka entry lain. Best jugak. Drama Jepun comel-comel belaka, hahaaa... 

Saja hibur-hiburkan hati. Setiap orang berbeza caranya... 

Comelkan?duduk dalam poket, aku paling kesian part dia panjat tangga, halaaa penat! hahahaaa...
Sipnosis lengkap [click]
If you want to be happy. BE! - Leo Tolstoy.

Friday, 21 August 2020

Sya2time dengan Shuriza dan sauna.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Jika hendak berjumpa kawan dengan atur rancangan berskema, memang jarang termakbul. Bila rancang secara spontan, haaa insyaaAllah ada rezeki berjumpa. Sejak mendapat tahu dia berkerja berhampiran dengan rumah aku, beria rasa hendak bertemu, Shuriza one of my best of friend. Shuri kata, jika hendak bertemu dengan puas, jumpa hari Jumaat. Aku mula menghitung Jumaat yang sesuai untuk Shuri.

Malam sebelum Jumaat, sekali lagi mempastikan waktu untuk bertemu. Lepas tu, busy la aku mencari outfit of the day sangat sampai masuk dalam mimpi. Jumaat datang, eh? tuan asben tidak kerja? apakah? alaaaaaaaaa...  lari lagi jadual aku nampaknya. Macam biasa, pantang aku hendak keluar dia yang keluar dahulu. Apakah? lelaki memang payah difahami. Tuan Asben minta aku bawa kelisa, alamak dia minta aku bawa sauna tu, huaaaaaaaa... memang tinggi la suhu bila scan nanti. Eottokhe-eottokhe?

Jadi, tak apalah aku bawa juga si sauna tu. Berusaha mengisi kesejukkan, biar Shuri naik nanti rasa selesa. Aku menunggu Shuri betul-betul di pintu hadapan tempat kerjanya, rasa sweet pula tunggu teman, ajak makan. Aku sweet tak Shuri? hari inilah rezekinya memandangkan daktiga tidak ke sekolah. Shuri keluar, berbaju blue black sama dengan aku, juga bertudung biru agak muda sedikit juga sama dengan aku. Owh what!!? hahahaaa, kebetulan memang terjadi. Aku menjadi biru (kebiasaannya hijau) hari ini memang demi Shuri. Kalau tak sweet juga taktau la.

And, kita tak tunggu lama untuk berborak mesra dalam kereta. Shuri hanya punya waktu rehat pendek sahaja jadi borak selagi punya waktu. Ketawa-borak-ketawa-borak-lagi. Kami tidak punya waktu sepi. Seorang bercakap, seorang lagi mendengar, memberi respon yang wajar dan kadang sama, bersederhana. Masing-masing punya cerita, hormat mendengar cerita sehingga ke penghabis. Sebab itu aku lebih memilih untuk berdua berbanding ramai-ramai. Keluar berdua dengan Shuri pada kali ini, aku dapat spend lebih dengan dia sahaja, mendengar ceritanya dengan jelas, mendengar ideanya dengan jelas, dia tahu keadaan aku, aku tahu keadaan dia. Aku bersyukur dapat berkenalan dengan insan yang ku panggil Shuri ini. Senang hendak sebut, Shuri-Syasya. Punya adik beradik sama, kedudukan dalam keluarga sama, nama panjang pun yang dekat hendak serupa Noor Shuriza -  Noorulsahida (NS) dan kami sebaya, cuma aku lahir dahulu.

Kami makan nasi ayam sahaja, aku teringin sangat akan nasi ayam. Alamak kedai pun macam sauna even duduk bawah kipas. Tahan la sejam sahaja lagi-lagi bila Shuri kata "api neraka lagi panas." Fuh! berdesing pula telinga aku sekejap, hahahaaa... selesai cerita, dan tapau nasi ayam, aku menghantar Shuri di pintu yang sama, sebelum turun mari wefie dua ketui. Alhamdulillah... Shuri, jika ada masa lagi nanti, aku datang ambil kau makan tengah hari macam tadi k, terima kasih temankan. Terima kasih sudi kawan dengan aku. Sekian, pertemuan aku dengan Shuri. Sekejap tapi berisi padat.


Persahabatan yang kuat tu, tak perlu pun berbual setiap hari atau pun hendak sentiasa bersama. Selagi ikatan persahabatan tu kekal dalam hati, ikhlas, kawan yang baik sentiasa di sisi. Betul tak?

Thursday, 20 August 2020

Sya2time dengan kakak Ziela.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Ahaks, cakaplah apapun aku is takde hal, umur-umur sekarang ni, malas sudah hendak ambil pusing cakap-cakap orang lain, biarlah depa hendak kata apapun, dorang punya mulut. Aku tetap aku. Pusing-pusing hanya beberapa kerat je kawan yang aku boleh hangout dan masuk air.

One day, aku orderkan kek marble jelita untuk kak Miza dan kak Su yang seperti biasa membuatnya kak Ziela. Bila dah siap, kak Ziela yang biasa aku panggil dengan panggilan penuh 'kakak' mengajak aku mengopi sambil bergosip. Dengan spontan perjanjian aci redah jam 8am. Huarrrgh! get ready to wake-up early la gamaknya.

So project on, jam 6.30am aku bangkit macam biasa waktu cuti, jika waktu sekolah aku akan bangun lebih awal. Selesai bersiap hampir sahaja kepada pintu aku di tanya tuan asben.
"balik pukul berapa?" ahaaa aku mula rasa hendak mendidih. Pantang betul jika aku hendak keluar, ada sahaja benda yang mengacau hati aku sehingga rasa tidak tenteram. Bengang!
"hrmmm, kita belum keluar lagi sudah ditanya baliknya. Sampai hati betul. Ye, kita tak jadilah hendak balik lambat. Lepas jumpa member nanti kita balikla."
"abi hendak pergi Sabak Bernam." aku mula rasa mendidih.
"ye la, pergila kejap lagi kita balik." aku sudah mula merajuk.
"takpela, keluarlah. Takpe-takpe." tuan asben mula berbolak balik.
"tak payah la, dah tak seronok pun, perasaan tu dah tak sama." aku terus tutup pintu start enjin kereta dan berlalu pergi. Kang lagi lama, lagi tak boleh kontrol kepala otak aku ni.

Sementara tunggu kakak tiba, aku menaip menyusun ayat balik semula, menghantar kepada tuan asben. Memandangkan rancangan tidak dijangka, aku menaipnya baik-baik. Setelah dapat balasan aku mengalihkan kereta bersebelahan dengan kereta kakak. Kereta kami besar gedabak, kena parking elok-elok. Kakak turun dengan selipar Jepun dan palazo. That's my sister. Kami ke kedai makan Che Bunga. Normal baru, berface-mask, mengisi buku laporan dan scan suhu sebelum masuk untuk makan.

Pagi-pagi pekena roti canai sarang burung, nasi lemak dan teh ais madu. Alhamdulillah, rezeki kakak kali ini, aku bayar. Apa adahal! Kami berbual dan ketawa daripada Che Bunga lengang sampai menjadi sesak. Melihat jam hampir ke angka 9pagi dan makanan di tapau juga sudah ready, kami berangkat pulang. Aku sempat singgah di kedai untuk membeli keperluan masak tengah hari nanti. Anak-anak ramai menunggu di rumah tu, tuan asben pula akan keluar sebaik sahaja aku tiba di rumah. Memang tidak beri peluang langsung untuk aku keluar berlama-lama. Aku jadi geram pula, hahaaa.

Memang elok aku sampai tuan asben sedang berjalan ke garaj keretanya. Sabar sahajalah! Apapun, sempat aku singgah di rumah kak Miza untuk menghantar kek yang dia tempah. Alhamdulillah selesai urusan untuk hari ini, lain kali kita lepak lagi kakak! mudah-mudahan.


biar tudung senget janji perut kenyang, haha!

Petangnya, kak Su pula datang ambil kek di rumah aku. Sampai juga dia di rumah aku yang nun jauh di pedalaman, hahaaa. Yang lagi bestnya, aku juga baru dapat tahu bahawa rumah kak Su sangat berdekatan dengan rumah kak Conie, malah simpang tempat aku ambil dan hantar kak Conie bila hang-out merupakan simpang utama untuk ke rumah kak Su, ya Allah! kami sungguh berjodoh untuk bersahabat. Syukur!

True friends are always together in spirit.