Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ahahaha, ye ingat lagi gambar kabinet tinggi aku yang terletak di tinggkat atas? Kabinet yang mempunyai 9 pasang pintu, 8 laci yang boleh memuatkan 2 paket Drypers yang belum dibuka dan 26 ruang penyimpanan barang-barang yang sangat besar. Percaya atau tidak, setelah setahun aku di sini, masih lagi terdapat ruang kosong di dalamnya. Haaa...
Ini dikira entry membuka rahsia aktiviti aku di rumah, aku ialah seorang yang mudah dan malas hendak buat benda yang remeh temeh lama-lama, jenis yang malas hendak over tekun bila buat sesuatu. Apa yang penting sekali ialah, mesti buat kerja sehingga siap dan kemas dan tidak pening untuk kegunaan akan datang.
Betul, bila dapat kabinet yang tinggi begini, pabila kemalasan tahap maksima makanya campak sahaja ke dalamnya dan tutup. Itu juga yang aku buat pada khasnya 4 laci drawer paling bawah. Merupakan juga tempat kesukaan trio bila bermain, hehee. 4 lagi di atasnya tempat letak, Drypers, Cloth-Diapers, beg abi dan beg aku yang jarang-jarang digunakan. Ruang paling kiri merupakan tempat letaknya toto, barang-barang yang tah, masih elok tetapi belum fleksibel digunakan, juga kotak baju lama yang memang tidak langsung akan dipakai. Baris paling atas, kosong. Ruang paling kanan, letaknya tudung dan shawl yang biasa guna dek kerana ada ruang penyangkut.
Ok, habis part yang tidak berapa hendak penting sangat. Now, kita buka pintu paling besar yang ada pada kabinet ini. Tadaaa...kerja orang malaskan. Baju trio, muehehe. Satu ruang, kumpul semua, hendak ambil pun senang pasal susun ikut sedondon dan warna. Masa angkat dari ampaian dan lipat sudah asingkan siap-siap baju dan seluar. Rutin waktu pagi, ambil tiga pasang letak atas katil lepas tu turun buat kerja rumah.

Semua rapat ke dinding pasal tak kasi tumbang.
Sebelah almari trio, baju bajan aku. Aku suka lipat baju cecomel je, boleh muat banyak. Bawal dan shawl letak sebelahnya, mudah jika hendak keluar pilih baju, pilih shawl or bawal yang senada. Ruang bawah jeans, skirt, baju jalan, baju kurung dan melayu yang jarang dipakai trio serta seluar harian aku. Itu pun ada kosong lagi.

Simple je.
Pintu atas ialah, cadar, tuala, selimut, telekung disusun ala-ala kat hotel gittu, perasan lebih ni-hohohooo. Ok, tu je la. Oh, baju abi. Ye baju abi di dalam almari pakaian set bilik tidur dalam bilik utama. Sekali lagi kerja orang yang tidak berapa hendak rajin, sudahla sekarang ni kejap gosok, kejap tidak gosok, harap susun ikut warna je la dah tu semuanya guna penyangkut baju, muehehe. Efisyen ke tak ni? Dua almari semua abi punya, aku tumpang sikit je untuk isi baju kurung.

T-shirt, ruang bawahnya pakaian kecil, stokin dan seluar abi.

Kemeja dan uniform, ruang bawahnya pakaian kecil dan baju kurung aku.
Masa mencuci aku asingkan baju anak dan baju kecil manakala baju dewasa untuk pusingan lain, jadinya bila masa menjemur aku dapat asingkan siap-siap. Bila sudah kering masuk dalam bakul kena tune malas letak bakul tinggi-tinggi untuk mengelakkan trio mengucar-ngacirkan kedudukan baju yang menanti rajin untuk dilipat. Itu sahaja, sesi aktiviti mendobi dan aku. Mencuci baju ikut ketinggian bakul hijau ini, memang aku tiada jadual efisyen macam pengurus rumah tangga yang lain, hahaa.


Banyak-banyak part berkaitan dengan mendobi, aku paling suka jemur baju. Hehee... Ok, itu sahaja. Daaa...






























_


