Showing posts with label Adli. Show all posts
Showing posts with label Adli. Show all posts

Wednesday, 30 October 2013

Gembira.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


"Are you ready kids? A...yey captain"
Anak-anak, kanak-kanak, budak-budak, perkataan lain perangai lebih kurang kegemaran sama, bermain. Serius, aku cuak bila abi kata dia balik kerja macam biasa, bila dia kata dia on the way, ada apa-apa pesanan ke?, bila katanya nak balik rumahla ni...

Rumah? Ye balik rumah, rumah yang sangat tunggang langgangnya, rumah yang sudah tidak nampak lantainya, tiada ruang untuk dipijak, rumah yang bagaikan hampir hendak terbalik dikerjakan anak yang tiga ini. Tiga orang bagaikan ada sepuluh orang. Gila kentang.


Dengar sahaja bunyi pintu pagar, yang namanya anak-anak ini bagaikan histeria, terjerit, terpekik, teriak "abi-abi-abi" grill di pintu, di pintu longsor bergegar, nyaring bunyinya bagaikan hendak runtuh digegar, seorang harus lolos keluar, seorang panjat naik seorang tukang gegar. Aduhaiiii anak.

Aku? Berguling, berlari, berlari anak, macam buat warm-up sebelum berlari 100 meter, mengutip, membaling, menyimpan, menyapu, mengemas mainan dorang. Tidak sanggup melihat abi mengeluh letih sebaik sahaja melangkah masuk dalam rumah. Kebiasaannya, apabila abi masuk aku sedang mengacau air minuman di dapur, hehe.

Ruang yang tunggang langgang tadi kembali bersih dan kemas, walaupun hanya seketika. Jika abi balik lewat pagi, aku cuma mengemas alakad, biar hatinya lega meskipun dia tidak pandang persekitaran ruang tamu, terus sahaja mendaki anak tangga ke bilik dan tidur. Bagus juga, bila aku bangun pagi sedia untuk memulakan tugas, hati jadi lega sedikit kerana tidak banyak yang perlu dikemas. Hihiii. 

Trio ini, memang aku bagi kelonggaran bermain apabila aku sudah sibuk dengan art atau pun melayan drama di tv. Banyak drama yang aku layan bila mood tiada untuk membiskut or membuat kek (poyo) maksudnya, prepare untuk minum petangla. Drama Indo tv3, Love In Paris - owh, jatuh cinta sama itu Dimas Anggara. Tagalog tv3, Be Carefull With My Heart, drama Filipina yang banyak sangat pengajaran. Tagalog Astro Bella, Jade. Pun sama tentang kekeluargaan yang penting hero kacak, huahuahua. Drama melayu tv3, setiap jam 4-5pm, banyaklah. Aku memang suka menonton tv.

Yeah, Disney Channel Junior pun aku layan, Princess Sofea tu, Adli pun tau "Ya, umi Ya" - katanya. Arrizqi suka Hi-5. Dia akan setia dengar lagu dengan kaki tangan badan bergoyang, yeah! dia menari tau sambil gelak-gelak. Trio ni major suka Pocoyo dan Taiyo. Adli Auni nyanyi lagu Taiyo, Arrizqi goyang badan. Kadang-kadang aku sampai berhenti buat kerja gelakkan dorang bertiga. Kelakar. Bagi la satu kiss seorang sebab tidak bergaduh. 

Bila Auni pancing Adli naik atas, Arrizqi akan ikut sama, dari bawah aku dengar kekekan ketawa. Lunak dan lemak, hati pun digamit-gamit untuk melihat apa keadaannya. Alahaiii, main babacak balik langsir je pun, kemain gembira bunyinya. Happy sangat tapi jangan ditegur, baik atau jaga adik atau tengok adik sebab tidak lama lepas tu karang adalah yang menangis. Jadi biarkan je walaupun selepas itu aku yang menangis tengok keadaan selepas mereka bermain, hewhewhew!

Adli, dia memang adil, dengan adik dia ok dengan kakak pun dia ok. Auni, dia konker mainan. Leader, bila adik-adik tidak ikut apa dia kata, siaplah tangannya mencakar-singa betina. Betul-betul cakar, Adli dapat, Arrizqi pun dapat. Tidak dapat cakar, dia gigit. Betul-betul gigit. Buat masa ini Arrizqi, ikut sahaja apa abang kakak buat. Banyak bersendirian dan lebih suka dengan abang. Pegang atau jumpa mainan, dan orang ambil apa yang dia pegang, dia akan lari sorokkan. Paling kelakar, dia sakat ambil bantal busuk Adli sampai menangis abang tu dikerjakan. Tidak padan kecil.

Tidak tahula tahun hadapan bagaimana. Masing-masing sudah besar, in shaa Allah kakak Auni sudah pun ke sekolah pertamanya. Mesti dua orang ini akan rindu kakaknya. Ihiks! Kita tengok nanti. Moga-moga aku masih lagi berblogging waktu itu. In shaa Allah.

Phew! Pagi-tengah hari dan malam. 

Membalik fungsi basikal.

Berkhemah sebelah meja makan.

 Kakak Auni dan Arrizqi.

 Abang Adli dan Arrizqi.

Throw back, kakak Auni dan abang Adli.

Ok, ini sahaja. Tiada nada mengeluhkan? hahaa, aku dah biasa la. Saja je hendak cerita kisah anak-anak aku yang makin besar, makin potpetpotpet dan sebenarnya kuat bergaduh juga dorang ni. Adik beradikkan? air dicincang tidakkan putus. Kejap je pastu sudah berlari main buaya-buaya. 

Aku hendak layan dorang baca buku kejap, dengarnya tadi Auni sudah berbunyi katak, Adli sudah pun melompat seperti katak, Arrizqi gelak sahaja, hahaa. Daaa...

Friday, 27 September 2013

Cahaya kesyukuran keadilan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Siapa? Ya, betul dia anak kedua aku. Mengimbau kenangan melahirkan dia, ianya sangat mudah. Sangat-sangat, ke hospital dengan menaiki motosikal dan ditinggal dalam bilik bersalin yang gelap kerana disangka tidak berorang, pabila tiba waktu meneran rambutnya telah pun nampak. Paling manis, aku tidak dikenakan sebarang jahitan pun.

Adli, berpantang dengannya sangat mudah, tidak kuning, breastfeeding dengan jayanya, tidak meragam dan aku tidak rasa sangat berada dalam tempoh waktu berpantang pada ketika itu. Syukur, membesarkan dirinya sangat mudah. Adli tidak menangis meskipun hendak susu, Adli tidak menangis meskipun hendak makan, Adli tidak akan menangis jika orang tidak pedulikan dirinya. Adli sangat sempoi, tidurnya hanya berteman bantal angry bird merah dan menghisap jari. Itu sahaja. 

Mereka menceriakan hari-hari aku.


Dia menangis apabila aku lambat mencucikan beraknya. Dia menangis apabila kakak atau adik mencuri atau menyakat ambil bantal busuknya. Dia menangis apabila seseorang mengganggu kosentrasi kerja yang dilakukannya. Selain itu, dia hanya diam dan membawa diri sendiri.

Adli sangat suka dengan kakak, Adli juga baik dengan adik, Adli ok sahaja dengan siapa-siapa pun. Sekarang Adli merekrut adik, mengajar adik Qiqi nya segala ilmu yang dipelajari daripada kakak. Senyumannya sungguh menggoda. Adli suka mengalah, mengalah bukan bererti kalah. Adli lebih lembut, dia juga pemalu serta sangat takut bila emak marah. Adli sahaja yang takut dengan emak, kakak adik tidak hairan pun bila emak marah. 

Adli, butir bicaranya mula terserlah, belajar-belajar dan terus belajar. Banyak juga lagu yang dia sudah tahu, bila hendak makan lekas sahaja dia angkat tangan berdoa, begitu juga hendak tidur. Dia juga suka menegur orang seperti kakaknya dahulu. 
"hai kawan, buat apa tu?" manis sangat bunyinya bila dia yang menegur dengan pelatnya. Sudah sedia pandai menyebut umi, abi, kakak, mama, atuk, acu dan adik Arrizqi jadi Qiqi. Boleh sahajalah.



Selamat ulangtahun kelahiran ke dua Adli. 
27 September 2011-27 September 2013 bersamaan 28 Syawal 1432-21 Zulkaedah 1434.

Semoga Adli terus menjadi anak, adik dan abang yang baik, soleh, dan sentiasa menyayangi orang-orang disekelilingnya. Dikurniakan kesihatan yang sentiasa baik untuk terus menjalani tumbesaran yang sangat menyeronokkan. Tahniah Adli.

Genap setahun, aku menjadi pengurus rumah tangga. Alhamdulillah, akhirnya aku gembira.

Friday, 23 August 2013

Sabar je la mak!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Errr, marah-tak marah, marah-tak marah, marah-tak marah, ambil Samsung S2 yang sedang di cas baterinya, pilih butang kamera, snap-snap-snap mengabadikan moment indah dalam aktiviti hari-hari. Kelakar betul jadi emak zaman sekarang ni. Edit sikit di photogrid kasi nampak lebih sibuk dan post Instagram. Sekejap sahaja hampir mencecah 15likes (sebab tiada ramai follower) untuk dua keping gambar.

Gambar apa? hahaa, gambar apa lagi...askar makcik yang menghijau ni la. Jom tengok, apa yang dorang telah buat bila emak bagi peluang selongkar. Asalnya, hendak mujuk Arrizqi saja. Pakcik tu, pantang betul, lekas sahajalah dia buat kerja, memang tidak padan dengan kecilnya, gaya dia selongkar tu memang gengster, siap dengan kaki lagi. Habis keluar sebaris mangkuk hidang, dia masuk dalam kabinet tolak yang baris kedua daripada dalam, muntah periuk, bakul, mangkuk kesemuanya.

Bergaya Arrizqi, busy sangat! hot chick betul.

Arrizqi sudah letih, memerhati abang kakak pula. Testing-testing. 

"besar sangat tu Aie, cuba yang ni pula" - Auni. 

 "ini lebih sesuai" - Auni. Sebelum Adli buat benda yang sama kepada Arrizqi. Terhuyung-hayang Arrizqi berjalan, nampak gigi besarnya sahaja.

Adli datang, melihat emak tidak kisah, dia pula duduk sama mengadap Arrizqi, tunggu daripada luar. Kecoh sudah, abang mengajar adik bergendang periuk belanga. Mendengar kekecohan, Auni pula datang terhegeh-hegeh, terus memeriahkan projek. As a great team leader, bila turun padang sepakat membawa berkat, hrmmm...emak mampu mengeluh di tepi sajalah. Memerhati.

Ini sahajalah yang buat hati gembira, bila bergabung bertiga sangatlah berkerjasamanya. Kadang tu, aku terlelap, kakak bagi coklat, biskut, roti pada adik-adik, makannya di celah-celah, di sudut-sudut yang jauh daripada emak, takut emak marah (walhal, aku tak marah pun, bila dah buat kerja bersama-sama). Suka lagi ada, sebab kakak pandai jaga adik.

Hiburan seorang emak, bila anak-anak tidak buat hal. Sebab, bila seorang buat hal, yang lain pun mood habis swing. Yang jadi mangsa? emaklaaa. Sabar je la mak!
 * Msjbox hijaucantik (sidebar) sudah boleh digunakan :) 

Monday, 22 July 2013

Bila rasa gembira, tepuk tangan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Grrr...grrr...grrr... saat aku taip entry ini, askar aku sedang bergelumang dengan pakaian bersih sebakul penuh, marahkan Auni-Adli munggah bakul, marah Adli-Arrizqi pula munggah, sudahnya tidak kuasa kubiarkan sahaja, maka bergelak riang-ria la mereka bertiga mengerjakan baju-bajan yang sudah bersepah. 

Lelah memang lelah, mana hendak marah, mana hendak mengemasnya semula dengan sisa makanan yang tadinya kenduri bertiga, kesemua kusyen sofa sudah tidak berada di kedudukan sepatutnya, kenderaan berterabur, fuuuh! bukan takat tumbuh tanduk badan pun hijau, lebih daripada itu peratus kemarahan aku meningkat. 

Apapun, bila dengar keriuhan gelak ketawa, bermain kejar mengejar, bermain sama-sama, sepakat membawa berkat maka tidak jadila aku hendak marah. Selagi tiada yang menangis, jatuh terhantuk di mana-mana maka teruskanlah dengan aktiviti. Apa yang aku nampak, dorang ni cukup sepakat, bila seorang hendak minum semua hendak minum, bila hendak mandi semua hendak mandi, aku paling suka tiba part makan, suap tiga-tiga bagaikan anak burung. Sangat comel.

Paling aku pening tiba part tidur, rasa hendak saja melenyapkan diri sebab masing-masing hendak emak pangku. Jangankan Adli, Auni yang dah empat tahun tu pun hendak pangku juga, Arrizqi memang sudah tentu-tentulah. 

 Aktifnya, memang ikut kakak. Tapi, dia sangat baik dengan abang.

Muka soft sudah pandai banting adik, tetap suka kawan dengan adik.

Penglipurlara adik-adik. Tidak ceria adik tanpa dia. Seribu satu macam perangai sedang merekrut adik-adiknya untuk sama aktif.

Aku pun tidak faham, sorang main semua hendak mainan yang sama. 

Ini belum masuk bilik air, cer bayangkan macam mana aku handle tiga orang ni dalam bilik air, dengan sabun, dengan buih, dengan yang tidak reti duduk diam, yang takut air. Bila naik mandi, satu hal lagi mengejar seorang demi seorang. Phew! 

Mengejar Arrizqi yang kemain laju naik tangga. Betapa kaki aku ngilu tengok dorang bergelak sakan di atas tu. Macam tiada apa-apa je kan. Makin aku kejar bertempiaran naik sampai atas. Now, abi sudah pasang pagar semula. Ngeri.

Aku pun tidak pastila sama ada orang lain serupa macam aku aktivitinya. Satu hari memang aku pulun buat kerja rumah, belah pagi sebelum dorang bangun aku pastikan rumah bersih, disapu dan di mop. Ruang tamu, dapur, cuci bilik air, sidai baju. Bila dorang bangun, aku hanya perlu melayan dorang sahaja, mandikan, makan, susu, cuci berak, lipat baju dan sebagainya.

Art? buatla ketika sudah lapang-lapang, masa untuk bersendirian. Bilala hendak ada SOHO sendiri ni. Bestnya, kalau ada. Berangan.

Wednesday, 19 June 2013

New bicycle in the house.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bangun tidur cari basikal, lepas makan cari basikal, selesai mandi pun basikal juga. Beli untuk Adli khasnya namun biasalah, kuasa si sulong menguasai segalanya. Kesemua mainan, softtoys duduk dalam almari, penuh. Yang tinggal hanya kenderaan sahaja.

Warna, masih mengekalkan warna asal, oren. Konon, biar tidak berebut, Adli bawa Arrizqi, kakak naik basikal sendiri. Hrmmm, sampai sahaja basikal dalam rumah dari Johor menaiki kereta baru tokPapa, yang mula terkam, Auni. Sekian terima kasih.

Memang patut beri pada Auni, sebab dia satu-satunya yang boleh mengayuh dengan jayanya. Bawa penumpang Adli mahupun Arrizqi. Adli, baru belajar mengayuh basikal kakak yang masih ada empat  roda. Hujung jari kaki sahaja yang menyentuh pedal pengayuh dapat jugala bergerak sedikit. Dia belajar sendiri, anak lelakikan.

Penuh sudah parking dalam rumah, memang tidak dapatla emak hendak membeli perabot baru. Biarla dahulu.

Bro, kaki awak belum sampai lagila. Harap maaf.
Demi kakak, Adli cuba juga.

 Auni bawa Adli pusing rumah.

Kesudahannya semua terbalik jadi mesin kisar air batu campur. 
"buat aiskrim ummi" - katanya... sabo je la mak!!!

Baru tiga dah tunggang-langgang. Semua sudah terbabas. Adoiii, emak juga yang kena kemas. Tarik nafas... lepas.

Friday, 14 June 2013

Umi sibuk.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai, umi tengah sibuk bersihkan rumah tu, sapu sampah, mop lantai, lap kabinet tv, lap sofa, dia pun baru je habis kemas barang-barang dalam kabinet dapur dan bilik sebab semalam orang pes-control datang basmi anai-anai di tingkat bawah.

Oni tengok umi kemas barang, aduih letihnya. Tolong dia sikit-sikit je, sebab dia lebih tahu mana letak barang-barang dia. Oni pun ambil kesempatan main dengan Adli. Barang Tupperware dia banyak sungguh, warna-warni macam pelangi.

Oh ya lupa, kenapa umi kemas rumah hari ni? hari ni tokMama, tokPapa dengan Acu datang rumah. Bersih sangat rumah Oni hari ni. Rindu sangat dengan tokPapa, macam sudah lama tidak jumpa. Umi kata, tokMama belikan Adli basikal, ada tempat duduk dua. Alaaa, tokMama tu suruh Adli bawa Arrizqi la tu, hrmmm. Oni pun dah ada basikal, nanti boleh main sama-sama. Lagi, umi kata tokMama dengan tokPapa belikan Oni, abang Aie dengan adik Riki baju baru. Oni suka sangat.






Ok la, Oni nak pergi mandi hujan. Minggu depan umi sambung taip ek. Selamat bercuti kawan-kawan umi. Daaa.

Yang benar, Oni anak perempuan:

Wednesday, 5 June 2013

Abang besar, Adli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeah, go Adli-go Adli. Abang besar ni sudah mula menampakkan taringnya. Akalnya semakin luar biasa namun dia tetap dengan gaya tersendiri. Auni lebih agresif, cergas, pantas, garang, dia anak sulung satu-satunya cucu perempuan pertama dan cucu pertama dalam keluarga aku. Maknanya, dia masih lagi anak emas.

Adli, lebih kepada softly, lebih kepada beralah, mengalah bukan bermakna kalah. Lebih kepada orang lain dulu, dia kemudian. Namun, jika sudah jantinanya lelaki, melasak merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Lasak Adli tidak seperti Auni, Adli lebih suka mengemas sendiri-sendiri. Kerjanya semua secara sulit, sebab bila ada Auni dia tidak dapat main. Auni akan kaut semuanya sekali termasuk mainan Adli dan Arrizqi.

Apabila kakak hayal dengan pensil dan kertas, Adli ambil alih. Sambil main, menyanyi, menari, melompat, haaa dia dah pandai melompat dengan dua kaki serentak. Satu perkara yang dia masih teruja untuk buat. Lompat-lompat-lompat dan lompat. Mujur rumah batu, lantai simen. Kena rumah tokMama...bebak.

Mengendalikan Adli sangat senang, melahirkannya senang, menjaga dalam pantang pun senang, zaman kecil Adli semuanya senang, cucu lelaki pertama, cucu kedua keluarga aku. Dia juga disayangi kerana sikap dia yang tidak suka menyusahkan orang. Disuruh tidur, dia tidur, disuruh makan dia makan, disuruh main dia main, mengikut arahan. Dia pandai menyesuaikan diri dengan keadaan.

Bila sahaja nampak Arrizqi sedang leka atau pun tidur, dengan bantal merah hampir tidak berinti dia datang minta pangku aku. Minta didodoi macam adik juga. Ye, dia masih mahu manja bila aku tidurkan Arrizqi, aku juga perlu tidurkan dia sama seperti Arrizqi walaupun pangku sudah tidak muat. Paling best bila dapat menggomol anak-anak, satu part yang aku sangat suka, hahaa. Usik sana-usik sini, kiss sana-kiss sini, walaupun aku sudah letih dengan kerja-kerja rumah.

Rindukan Adli, jom kita tengok dia :)

Budak dan bedak memang tidak dapat dipisahkan, baru beli semalam-hari ini sudah habis sebotol.

Adli-Adli... 

Bajet comel.

Sudah pandai makan sendiri, dia pula suap pada Arrizqi. 

 Kadang-kadang, aku pun keliru siapa yang dalam walker ni, silap-silap aku terpanggil Adli, Arrizqi. Hahaa, emak pun confuse dengan anak sendiri. 

Nota hijau: Tengah prepare kad raya handmade :p - posa pun belum. hahaa.

Monday, 3 June 2013

Green was cool.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yaw, aku pun sudah seperti biskut chipsmore, kejap ada-kejap tiada. Masa menyemburui untuk menaip di bloghijau ini, apa tidaknya aku hanya duduk ala Jepun menggunakan kabinet tv sahaja. Bila sudah cantik dapat duduk dan bersedia untuk menaip maka datangla sekumpulan askar-askar, permulaannya seorang sahaja, tepuk-tepuk almari menunjuk kemahiran kebolehannya berdiri sendiri lelepas tangan. Eksyen. 

Seorang lagi yang tadi hanya memerhati mula naik cemburu, datang terburu-buru terus menyebu pangku. Mana boleh hanya duduk memerhati, mulala tangan pun naik gatal, pegang mouse, pengan netbook. Berbalas-balas tepuk tampar jadinya. Hendak menaip, bertukar jadi silent reader pula.

Yang sibuk mengaplikasi skill mula juga bergayut di bahu, berusaha menyodok menolak yang di atas pangku. Bila sudah meriuh begitu, seorang lagi daripada atas sofa datang mendahului yang lain-lain, dia besar, dia berkuasa. Pandai pula tu kata adik-adik nakal, duduk luar pagar. Ewah-ewah! dah dia yang datang tiba-tiba, kata orang pula.

Jadinya, kisah untuk update blog bertukar blogwalking bertukar silent reader bertukar log out. Sekian.

So, today new month dimulakan dengan menghadirkan diri di kenduri, kali pertama untuk Arrizqi berjumpa sanak saudara sepupu sepapat, kali pertama untuk Adli lepas bebas bagai tidak cukup tanah untuk diukur, kali pertama buat Auni jadi pendiam mengekor montot emak kerana sudah jadi pemalu untuk berkawan. Sabar je la kan. Kali kedua ke kenduri dengan askar tiga. Datang kenduri keluarga mudah sedikit sebab sampai sahaja, semua sudah hulur tangan, sukarela menjaga Arrizqi, Auni dan Adli. 

Saham Arrizqi tinggi sedikit maklumla perjumpaan pertama untuk semua orang, masih lagi ada yang terkejut dengan kehadiran dia, hahaa. Mudah sahaja untuk Arrizqi, hendak berlari macam abang Adli tidak boleh, bosan dengan situasi pening dengan orang ramai yang ke hulu ke hilir, dia tidur sahaja. 

Adli, pantang orang hulur tangan senang sahaja dia manja. Aku sampai, Adli kena kidnep dahulu, pakcik-pakciknya melayan dia makan. Beranak kecil bagai keretapi bukan alasan untuk tidak pergi kenduri. Jangan anak jadi penyebab kita tidak boleh buat apa yang kita patut buat. Peace. Jom layan gambar pula. Pengantin tiada, sibuk, hahaaa.

Maaf Arrizqi, pangku umi tak muat.

 Rambut main peranan.

Selamat menempuhi alam rumah tangga Zaifi (sepupu abi) dan Shuhada, - sikit lebih kurang je nama aku, hahaa.

Daripada: Kami sekeluarga ;)

Sangat payah hendak bergambar berlima. Aku dengan abi je yang masih bercinta sehingga kini, adik beradik ni berpakat pula bertiga. cis!

Nota hijau: Thanks abi sudi pakai hijau. Ehehehe... 

Tuesday, 30 April 2013

Style makan Maggi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saat entry ini published, aku dan Arrizqi berada di Klinik Kesihatan Sg. Buloh macam biasa. Pemeriksaan bulan ke enamnya jadi aku tinggalkan kawan-kawan dengan dua orang lagi askar yang sangat syurga bila dapat makan sup.

Ahaaa, katanya sup sebenarnya Maggi Ayam. Sesekali, didedahkan dengan menu ringan begini terasa enjoy dengan aksi dua beradik ini menikmatinya. Abang tiru kakak, kakak tiru abang. Apatah lagi diberi pelepasan makan sendiri-sendiri, biarkan berterabur, lantai melekit, berbau telur, baju seluar comot, janji dorang puas hati. 

Aku ambil gambar sambil mendukung Arrizqi demi aksi-aksi yang pelbagai dan menarik. Aksi yang diluar jangkauan kepala otak emak sendiri. Biasanya mereka makan bersuap demi mengelakkan bersepahnya rumah. Ehehehe...

Kakak: OSO umi, OSO. 

Pengaruh agent OSO makan spegetti dengan garfu, tak boleh guna tangan saja yummm...masuk mulut. 

Abang: Tarik-tarik dulu, masuk mangkuk balik semula dan kacau sehingga sebati.

Oiii, janganla main abang, masuk mulut makan.

Kakak: Eeeuuuuu...cantik, yummm.

Bagus kakak, pandai sudah makan sendiri.

Abang: Susah sangat guna sudu garfu, tangan je sudah. Yummm... (sambil jengah kakak di sebelah)


Amboiii, suka ya. Sangat suka gambar abang Adli yang terakhir ini. So lovely. Abang kakak kuat makan, lepas ini ajar adik pula ye. Adeiiih! Kesan daripada aksi menarik ini, aku menjalankan aktiviti membersih, menyapu dan mengemop lantai pada jap 12 tengah malam. Macam Cinderella.

Nota hijau: Emak mood baik je boleh buat canni. Bila emak tidak ada mood, jangan haraplah.

Thursday, 25 April 2013

CD, long time no story.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan Compact Disk tapi Cloth Diaper.

Ahaaa, Auni sudah berjaya menjalani latihan ke tandas, sebelah malam pun sudah boleh dikatakan berjaya juga walaupun sekali dua ada bolos. Auni yang cerdik, bila kencing bolos dia gegas terus mandi dalam bilik air. Mandi sendiri, siap main sekali. Pilih baju pun sendiri. Jadi, bila dia turun bawah dengan muka berseri-seri maknanya dia kencing atas tilamla tu. 

Abi pun sudah daftarkan dia ke taska untuk sesi tahun depan. Oh Tuhanku, aku berkisah di bloghijau ini, sejak kehadiran Auni, sehinggalah kelahiran dua lagi adiknya. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa menyokong aku untuk terus menulis. 

Bila latihan ke tandas sudah berjaya, makanya penggunaan Cloth-Diapers pun sudah bertukar empunya, dahulu Auni-Adli, sekarang Adli-Arrizqi. Akhirnya aku berjaya membeli hanya satu paket Drypers M dan L, untuk kegunaan kecemasan ataupun kegunaan sekiranya keluar bercuti [ada ke? berangan je] ala, balik kampung la senang kata. Boleh juga digunakan ketika keadaan cuaca yang sentiasa lembab, maklum sajalah cloth diaper ni, pocket nya mudah kering tapi insert mengambil masa untuk kering.

Aku mencuci CD-CD ni secara berasingan dengan baju harian untuk mengelakkan ampai penuh, ruang ampai aku tidaklah begitu luas, meskipun aku menyidai penuh tatatertib. Ahaaa, sidai baju pun aku skema ye, biar nampak cantik je daripada dapur. Itu je la pemandangan yang aku rasa hebat dan menarik. Belakang rumah kot.

Sehari, Adli-Arrizqi menggunakan dua hingga tiga CD sehari, saat paling 'bahagia' apabila, baru pakaikan CD keduanya membuang serentak, ahaaa ambil masa sedikit untuk mengerjakan CD-CD tu. Satu yang aku suka bila gunakan CD ni, tong sampah tidak berbau najis. Aku pening betul bila Adli yang membuang dalam pampes, hendak pitam rasa kerana dia sudah makan macam-macam. 

Arrizqi tidak menggunakan saiz yang sama dengan Adli-big brother harus la yang besar-besar sahaja, mujur masa beli dahulu aku beli juga yang kecil sedikit saiznya, itu pun aku ubah juga kedudukan butang menjadi sesaiz Arrizqi. Untuk Adli aku tidak ubah sebarang butang sebab aku malas, hahaea.

 Adli-Arrizqi's CD.

Ni je ruang ampaian.

 Suka tapi malas betul tiba part ni-gambar fail.


Statik je bilangannya, malas hendak beli lagi.

Bila sudah banyak yang sudah dicuci dan kering, mulala aku hendak mengeluh kerana part yang aku malas tapi kena buat juga, masukkan insert dalam pocket, huaaaa... Tiba masa menyusun dalam laci, semuanya sukakan, baik Auni baik Adli sebab ada warna pelangi. Wiii...

Nota hijau: Pening bila tiba masa untuk strip wash. Eh, ni boleh masuk home organizing ke ek? hahaa, bila sudah terjebak.

Tuesday, 23 April 2013

Seragam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku memang suka seragamkan mereka, ada orang kata sudah macam Taska, ada uniform. Kalau tidak sama pun, aku akan samakan warna tema pakaian mereka. Kadang-kadang, aku pun join sekali tema yang sama. Jika Auni hendak pakai merah jambu, aku akan pakaikan biru untuk Adli dan Arrizqi. 

Kalau hendak pakaikan baju lubang-lubang, semua pun aku pakaikan lubang-lubang. Meskipun Auni perempuan, aku pakaikan gaun warna temanya tidak lari jauh dengan Adli dan Arriqi. Aku sendiri tidak tahu, kenapa. Aku tahu aku suka.

Bila semua sama, nampak mereka sangat muafakat. 
Auni bergurau dengan Adli, diperhatikan Arrizqi. Moment tu, manis sangat. 
Arrizqi menangis, Auni dengan Adli datang, seorang bawa puting, seorang tepuk-tepuk, bagi sayang. Rasa, dorang sangat melindungi sesama sendiri. 
Bila Arrizqi tidak berhenti menangis, Auni membebel pada aku, Adli datang tepuk aku sambil tunjuk Arrizqi. Rasa, dorang sayang antara satu dengan lain.

Bila Auni bergaun atau merah jambu, Adli dan Arrizqi sedondon bagaikan mereka berdua adalah pengawal peribadi Auni. Hari-hari pun begini. Bila dorang dewasa nanti, mereka sudah ada citarasa sendiri. Emak perhati sajalah. Argh! bila cerita keletah anak-anak, tidak cukup satu atau dua entry. Macam-macam ragam yang membuatkan aku berfikir, aku seorang yang beruntung. 


Princess and her bodyguard. 



Need each other.



Forever together.
Serius betul Adli dengan Arrizqi tu. Hahaa.

Ramai yang menanya aku, mana aku beli baju sama untuk anak-anak. Aku rasa aku sudah pun lama menjadi pelanggan kepada kak Eida Mohd ni. Kebanyakan baju anak-anak memang aku beli daripadanya sahaja.


Nota hijau: Muafakat membawa berkat.