Monday, 3 June 2013

Green was cool.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yaw, aku pun sudah seperti biskut chipsmore, kejap ada-kejap tiada. Masa menyemburui untuk menaip di bloghijau ini, apa tidaknya aku hanya duduk ala Jepun menggunakan kabinet tv sahaja. Bila sudah cantik dapat duduk dan bersedia untuk menaip maka datangla sekumpulan askar-askar, permulaannya seorang sahaja, tepuk-tepuk almari menunjuk kemahiran kebolehannya berdiri sendiri lelepas tangan. Eksyen. 

Seorang lagi yang tadi hanya memerhati mula naik cemburu, datang terburu-buru terus menyebu pangku. Mana boleh hanya duduk memerhati, mulala tangan pun naik gatal, pegang mouse, pengan netbook. Berbalas-balas tepuk tampar jadinya. Hendak menaip, bertukar jadi silent reader pula.

Yang sibuk mengaplikasi skill mula juga bergayut di bahu, berusaha menyodok menolak yang di atas pangku. Bila sudah meriuh begitu, seorang lagi daripada atas sofa datang mendahului yang lain-lain, dia besar, dia berkuasa. Pandai pula tu kata adik-adik nakal, duduk luar pagar. Ewah-ewah! dah dia yang datang tiba-tiba, kata orang pula.

Jadinya, kisah untuk update blog bertukar blogwalking bertukar silent reader bertukar log out. Sekian.

So, today new month dimulakan dengan menghadirkan diri di kenduri, kali pertama untuk Arrizqi berjumpa sanak saudara sepupu sepapat, kali pertama untuk Adli lepas bebas bagai tidak cukup tanah untuk diukur, kali pertama buat Auni jadi pendiam mengekor montot emak kerana sudah jadi pemalu untuk berkawan. Sabar je la kan. Kali kedua ke kenduri dengan askar tiga. Datang kenduri keluarga mudah sedikit sebab sampai sahaja, semua sudah hulur tangan, sukarela menjaga Arrizqi, Auni dan Adli. 

Saham Arrizqi tinggi sedikit maklumla perjumpaan pertama untuk semua orang, masih lagi ada yang terkejut dengan kehadiran dia, hahaa. Mudah sahaja untuk Arrizqi, hendak berlari macam abang Adli tidak boleh, bosan dengan situasi pening dengan orang ramai yang ke hulu ke hilir, dia tidur sahaja. 

Adli, pantang orang hulur tangan senang sahaja dia manja. Aku sampai, Adli kena kidnep dahulu, pakcik-pakciknya melayan dia makan. Beranak kecil bagai keretapi bukan alasan untuk tidak pergi kenduri. Jangan anak jadi penyebab kita tidak boleh buat apa yang kita patut buat. Peace. Jom layan gambar pula. Pengantin tiada, sibuk, hahaaa.

Maaf Arrizqi, pangku umi tak muat.

 Rambut main peranan.

Selamat menempuhi alam rumah tangga Zaifi (sepupu abi) dan Shuhada, - sikit lebih kurang je nama aku, hahaa.

Daripada: Kami sekeluarga ;)

Sangat payah hendak bergambar berlima. Aku dengan abi je yang masih bercinta sehingga kini, adik beradik ni berpakat pula bertiga. cis!

Nota hijau: Thanks abi sudi pakai hijau. Ehehehe... 

11 comments:

nad said...

Btullll
Anak berderet jgn jdkan sbg alasan utk tak bersosial secara sehat :)

syawalsimpsons said...

sweet je abi dorang ni pakai hijau gak ye...mmm...padan diam je...masing2 bergayut ni..

eima said...

best kan dpt mkn nasi kenduri ...

Salina@IbuAqil said...

My green day..
Hijau sejuk mata ler cha.. ;D
Suka hijau jgk!!!!!
Deq Cha, Akak private kan blog sementara erk..
Nanti dah ok mood akak open blk.. ;)
TC dear..

Fizah said...

ini baru betul HIJAUcantik!! ;)

lipat lengan baju mmg dah gaya emak-emak sgt dah tu cha!! yeaahhh...! go momma go!! ;p

alexayussida said...

Slm akk...ya Allah..i misss u too..sumpah tataw pon dh ade yg ke 3...dlu last tgk adek auni adli kecik br lahir...btapa lme x bw...ya aduii..thniah akk..but u still look young n mcm ank dara..nk tips!! ;)

mamaarifakeemaisy said...

Hijau sejuk mata memandang.. :-)

Klu org jrg2 jumpa, harus terkejut tiba2 tengok cha sudah beranak 3..hehe..

Unknown said...

apa lah yang ditengok tiga beradik tu kan..haha..

ch@ said...

kakNad:
aja2 fighting.

Sue:
kan, kering idea la. writers block menyerang.

Eima:
biasanya aku cari nasi putih juga.

ibuAqil:
hiks, love green so much.

Fizah:
panas bwh khemah. lipat lengan baju tu mmg habit drpd sekolah lagi, sampai kena rotan dgn cikgu disiplinlah.

Yus:
ahahaha, anak dara? kamu biar benar yus. berderet keretapi akak tu.

kakIeyna:
hahaaa...kan? sesedar lagi dh empat yek?

Rai Ourkizuna:
nak main ja....

Masya said...

one happy family ....
hijau tiada makna lagin .. melainkan mendamaikan saja...

ch@ said...

Yana:
btl tu kak. hahaa, bila la nak buat SOHO hijau ni. aummm...