Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Grrr...grrr...grrr... saat aku taip entry ini, askar aku sedang bergelumang dengan pakaian bersih sebakul penuh, marahkan Auni-Adli munggah bakul, marah Adli-Arrizqi pula munggah, sudahnya tidak kuasa kubiarkan sahaja, maka bergelak riang-ria la mereka bertiga mengerjakan baju-bajan yang sudah bersepah.
Lelah memang lelah, mana hendak marah, mana hendak mengemasnya semula dengan sisa makanan yang tadinya kenduri bertiga, kesemua kusyen sofa sudah tidak berada di kedudukan sepatutnya, kenderaan berterabur, fuuuh! bukan takat tumbuh tanduk badan pun hijau, lebih daripada itu peratus kemarahan aku meningkat.
Apapun, bila dengar keriuhan gelak ketawa, bermain kejar mengejar, bermain sama-sama, sepakat membawa berkat maka tidak jadila aku hendak marah. Selagi tiada yang menangis, jatuh terhantuk di mana-mana maka teruskanlah dengan aktiviti. Apa yang aku nampak, dorang ni cukup sepakat, bila seorang hendak minum semua hendak minum, bila hendak mandi semua hendak mandi, aku paling suka tiba part makan, suap tiga-tiga bagaikan anak burung. Sangat comel.
Paling aku pening tiba part tidur, rasa hendak saja melenyapkan diri sebab masing-masing hendak emak pangku. Jangankan Adli, Auni yang dah empat tahun tu pun hendak pangku juga, Arrizqi memang sudah tentu-tentulah.

Aktifnya, memang ikut kakak. Tapi, dia sangat baik dengan abang.

Muka soft sudah pandai banting adik, tetap suka kawan dengan adik.

Penglipurlara adik-adik. Tidak ceria adik tanpa dia. Seribu satu macam perangai sedang merekrut adik-adiknya untuk sama aktif.

Aku pun tidak faham, sorang main semua hendak mainan yang sama.

Ini belum masuk bilik air, cer bayangkan macam mana aku handle tiga orang ni dalam bilik air, dengan sabun, dengan buih, dengan yang tidak reti duduk diam, yang takut air. Bila naik mandi, satu hal lagi mengejar seorang demi seorang. Phew!

Mengejar Arrizqi yang kemain laju naik tangga. Betapa kaki aku ngilu tengok dorang bergelak sakan di atas tu. Macam tiada apa-apa je kan. Makin aku kejar bertempiaran naik sampai atas. Now, abi sudah pasang pagar semula. Ngeri.
Aku pun tidak pastila sama ada orang lain serupa macam aku aktivitinya. Satu hari memang aku pulun buat kerja rumah, belah pagi sebelum dorang bangun aku pastikan rumah bersih, disapu dan di mop. Ruang tamu, dapur, cuci bilik air, sidai baju. Bila dorang bangun, aku hanya perlu melayan dorang sahaja, mandikan, makan, susu, cuci berak, lipat baju dan sebagainya.
Art? buatla ketika sudah lapang-lapang, masa untuk bersendirian. Bilala hendak ada SOHO sendiri ni. Bestnya, kalau ada. Berangan.
19 comments:
kadang2 tak kemas pun rumah. sebab kalau kemas pun nnt balik dia orang drpd sekolah bersepah jgk. tp skg ni byk rehat sbb cpt penat.
Ya Allah, happynya tgk anak anak bertiga ni
Moga terus rapat penuh kasih sayang sampai ke besar
Tggu barang pos ye.. In shaa Allah sampai esok :)
seronok tengok dorang tu geng sis...
lebih kurang cam i lah sis..
mcm my kids kecil2 dulu...
pulun kemas rumah seblum semua bangun....
jadi bila dorang bangun jez layan dorang...
nak nak me bekerja kan...
jangan harap wiken tu nak bangun lewat bagai....
tapi happiness bila tgk anak2 gumbira...
part pening kepala kita tolak ketepi jap :D
Hai cha... lupa nak bgtau, kad cumel n fm dh smpai tau... thanks sesangst, like it soooo much! :-)
Huwaaaaa... dpt bygkan keadaan itu, phewww lap peluh..umah dh la beso.. dh pulak ada part tangga pulak..alahai... elokla dh psg pagar... haissh riso..
Akak, time weekend dgn anak dua tu pun, mulut asyik la keluar suara tarzan je, ntah le kalau sepenuh masa camno.. hehe..
Tapi suka tgk anak2 main, together2 gitu..sepakat sungguh..
*tahun depan nak tempah baju eh, in sha Allah..boleh, kena awai sket la... tgk kekuatan mcmana tahun depan :-)
tongkat dagu aku baca tau....seronok tgk anak2 seronok kerjakan umi2 dorang ni..kikiki...walaupun penat...tp tu la nikmat menjadi seorang ibu kan
seronok tengok aksi yang buat umi dia tumbuh tanduk...
hahahahhahhaah
arrizqi dah pandai panjat tangga....huhuhu bahaya tue...
comelnyeww.......geram tgk dieorg b3
Bestnya tengok drg.
Bahgia je.
Kadang2 janga fikir stress tu.
Fikir bertapa bahgianya kita ada anak..
hebat ko ch@ ..klu aku pengsan dah ... yg 2 tu pun lelah ... abg ngan ipad tak mengganas sgt kekadang je ila bosan ..adek lebih suka punggah dapur je ... tu pun aku tak larat ...huhu
kat tibi tu "buka mata luas-luas" tu citer apa?
eh, sbnrnya nk komen: kamu mmg supermom..jadik mentor aku pulak!
hai.. salam kenal,
follower no.496
done follow sini,
jom follow teman yea..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
tak menahan tgk auni possing .. gelak acik dibuatnya auni ... kamu mmg penglipulara...
cha kad raya cha dah sampai terima kasih yer.. sgt cantik.. siap dgn fm
lebih la kurang sama kita ni cha , beza anak bee yang sulung dah besar , jd boleh la harapkan sikit-sikit nak jaga adik ..
saja nak try tinggalkan jejak..lama ko xupdate
sasya..salam ramadhan..
kakSal:
lekas penat? apakah? hendak mendapat org barukah?
kakNad:
in shaa Allah, sampaila doa kakNad ni, terima kasih gift tu. suka sgt. terharu.
rasp:
tu la kak. dpt tgk rmh kemas skjp pun jadilah. tgh mikir guana nak tambah lg seorang kalo asyik nak membebel ja. hahaa.
kakIeyna:
sama2 kasih.
haaa tu la, rumah pula dua tingkat, atas kemas bawah karam, bawah kemas atas karam. mmg berharap sgt siapa nak datang tu sila la roger dulu.
ahaaa, in shaa Allah. kita lbh sng beli siap je sbnr nya. size pun sng dpt. saja nak gedik.
sisYana, Eima, SuzieAleeya, kakJue, sue:
lotih gila, kena mkn ubat kuat. kena mnm susu anlene.
tenkuButang, Rose Azadir:
:) tq.
Bee, Lynd:
tak gagah mcm ko la Lynd, Bee.
Fizah:
mentor? hui, tak layak rasa wei. hahaa, kadang aku pun malas.
* star king 393 - one HD
Rahifah:
wei rindu kat ko. lupa send kau kad raya. tahun depan la ek. mood aku blm dtg nak menaip.
bagusnya cha, k.eija bila dh bersibut sgt baru mengemas, selalunya hujung minggu je pun time utk mengemas.
cha part sorang nak main semuanye yg lain pun nak main benda yg sama tu betul sgt majoriti semua bdk pun camtu, jeles kot x leh tgk yg lain lebih..., Zaquan n Ziqry mcm tu la selalunya..
xperlah...aku xkisah pun...kt fb pun boleh wish selamat hari raya pe..aku faham....
kakEija:
hari2 kena kemas. tak mau ada yg jatuh sakit. emak ni bkn pandai sgt nak handle tiga2 bila berjalan.
iffa:
tq frens.
Post a Comment