Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lelah. Tidak dapat aku bayangkan jika sofa lama masih digunakan. Sedangkan Auni seorang mampu mengumbah kesemuanya turun ke lantai meninggalkan sofa togel semata-mata, apatah lagi bila ada pembantu. Aktiviti mesti makin meriah.
Sebelum ini, sofa lama aku letakkan betul-betul di hadapan pintu bilik air, kedudukannya tidak begitu strategik kerana menimbulkan bau yang ashem dan kurang enak kesan daripada pengudaraan yang tidak begitu lancar. Akukan memang suka alih-alih kedudukan perabot ni jadi aku alihkan almari buku dahulu, susun secara berjemaah bersama-sama sebelum aku mengalihkan sofa lama ini menggantikan ruang almari buku abi.
Dan seperti biasalah, pantang ada perubahan lekas sahaja askar buat projek. Masa mula aku susun hari tu ada tiga sofa. Single dan kembar dua. Dek kerana Auni dan Adli suka benar bergayut di almari buku sehingga habis barang-barang kepunyaan aku digeledahnya, aku tukar lagi kedudukan yang single balik ke tempat asal dan tinggal yang kembar sahaja. Itu pun, di ajaknya si Arrizqi munggah sama.
Tidak di beri main, pakat duduk geledah almari buku tu.
Tengok-tengok, siapa yang ada di atas sofa tu? Itu Arrizqi.
Hrmmm, muka bahagia Auni. Kemain.
Inilah, senang hati emak bila tiada yang menangis.

Masa berdua.
Dia seorang tapi...macam hendak terbalik rumah dikerjakannya.
Memang muka syurga je memasing, aku memang malas hendak marah. Hari pun sudah lewat malam dek emak melayan running man, tidak dapat tengok kartun dorang pun buat hal lah. Jadi, aku kena juga redha walau hakikatnya aku sudah menyusun balik semula sebanyak 5 kali dalam sehari.
Itu baru sofa yang kembar, belum lagi kerusi meja makan berhampiran. Habis kesemuanya beralih, disusun memanjang Auni dan Adli di atas, Arrizqi di bawah, belum pandai memanjatkan jadi hanya mampu menggelakkan sahaja apa yang kakak dan abang buat.
Arrizqi pun menjadi, lega sangat tengok dia membesar dengan baik. Suka makan macam abang suka bergambar macam kakak dan sangat melasak macam abang dan kakak. Suka la kakak Auni pengikut bertambah.
Suka sangat bila tengok sorang main sama-sama, Auni sememangnya menghiburkan. Dia suka buat adik-adik gelak dengan perangainya.
20 comments:
adehhh..mcm2 gaya tu...letih tgknya.
sama la mcm kat umh ni...klau x dpt tgk katon...mmg x reti la nak duk diam...
tak lama lg rizqi berjalanlah yer... seronok tgk mereka berpakat mcm ni ...
Cepat betul rambut auni panjang
Bagus auni ni
Kakak yg baik
Hahaha..bestnye depa.... :-)mmg syurga lah ummi kasi can main kan... :-) mmg muka bahagia si kakakauni tu... pengikut bertambah pulak, best sungguh la dia....
Adat la tu ch a kan.. semntara nak besar.. :-)
puas hati korang kerja umi korang ye...
luaskan kuasa mu wahai kakak auni,hiihii
ummi!! jgn pening²,anak² sdg membesar dgn sihat lg cergas ...peace :v
haha tukau sofa la..jenis takleh cabut punya! =D
hmmm dasatnye auni ... dulu sofa aku pun jenis gini tp fahim seklai pun tak penah lerai seteruk tu ...hebat big claps for her lah...tunggu sikit lagi rizki pun sama boleh tolong kakak die
alahai mmg muka syurga dorang ni...kan..redho sajo...teringat waktu aku kecik2 dolu suke main gini gak
nasib baik sofa kt umah tu tk leh buka kusyen dia...hehe...
tp kt umah sp tu..bleh la ditarik2..tp now irfan tk pandai lg tarik2 kusyen sofa tu..hikss
sementara nak cerdik memang macam ni .. akak dah melaluinya dulu . Selamat mengemas ya umi.
Sama la ngan si kembar kat umah ni pun, nsb baik sofa mama bahagian seat bwh tak leh buka so yg atas je berterabur. Ntah apa yg syok sgt main camtu pun tatau kan hehe. Mama pun slalu biar je umah sepah, janji diorang bahagia hehe
kakNani, kakYanti, Sue, kakJue, kakIeyna, Asyifa Mustaffa:
tu la, pasrah je menengoknya.
sisYana:
sepakat buat emak pening.
kakNad:
rambut huru hara. rimas menengoknya.
Suez:
luaskan kuasamu ye.
Fizah:
sudah, ni sofa lama. skrg mmg tak guna dh sofa ni.
kakZura, Eima:
aktif semacam, sampai naik confuse aku. beza btl dgn adli.
ffuuhh jenuh ummi nk kemas yea..takpe ummi lepas main kami kemas balik..hihi
cm kembar dah suma..pakai baju sama kaler..tomel je taw..skejap je arrizqi dah boleh join akak n abg main kan..
gitulah gayanya bila anak2 tgh membesar cha. lepas ni kalau semua dah sekolah lain pula gayanya kan.
bagus auni jadi kakak yg baik kepada adik2nya~
Ain:
Arrizqi mmg pantas membesar.
kakIzan:
harap sgt harapan tu.
kerangggggg!!!!!! hai ape kaba?
itulah srnok tgk diorang bermain sama, tp yg x laratnye bila tgk rumah bersepah, mmg kita beranak kecik ni kena byk bersabar..
rasa mcm tak nak pakai sofa. nak guna kusyen je. anak2 suka main lompat2 ats sofa. phenin.
SamBanjamin:
Kerang buntal...omg sini kita berjumpa ya. Aku sihat ja. Wandi pun sht.
KakEija:
Barula btl istilah menguji kesabaran tu kan?
KakSal:
Ms nk keluarkn sofa ni semula mmg lama jg berfikir. Tapi dh guna blk kira redha je la.
Post a Comment