Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Wednesday, 19 June 2013

New bicycle in the house.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bangun tidur cari basikal, lepas makan cari basikal, selesai mandi pun basikal juga. Beli untuk Adli khasnya namun biasalah, kuasa si sulong menguasai segalanya. Kesemua mainan, softtoys duduk dalam almari, penuh. Yang tinggal hanya kenderaan sahaja.

Warna, masih mengekalkan warna asal, oren. Konon, biar tidak berebut, Adli bawa Arrizqi, kakak naik basikal sendiri. Hrmmm, sampai sahaja basikal dalam rumah dari Johor menaiki kereta baru tokPapa, yang mula terkam, Auni. Sekian terima kasih.

Memang patut beri pada Auni, sebab dia satu-satunya yang boleh mengayuh dengan jayanya. Bawa penumpang Adli mahupun Arrizqi. Adli, baru belajar mengayuh basikal kakak yang masih ada empat  roda. Hujung jari kaki sahaja yang menyentuh pedal pengayuh dapat jugala bergerak sedikit. Dia belajar sendiri, anak lelakikan.

Penuh sudah parking dalam rumah, memang tidak dapatla emak hendak membeli perabot baru. Biarla dahulu.

Bro, kaki awak belum sampai lagila. Harap maaf.
Demi kakak, Adli cuba juga.

 Auni bawa Adli pusing rumah.

Kesudahannya semua terbalik jadi mesin kisar air batu campur. 
"buat aiskrim ummi" - katanya... sabo je la mak!!!

Baru tiga dah tunggang-langgang. Semua sudah terbabas. Adoiii, emak juga yang kena kemas. Tarik nafas... lepas.

Monday, 11 June 2012

Kesayangan si dia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ye mentangla sudah menjadi hak milik kekal, sendiri punya. Tidak sampai 5 tahun ianya bertukar rupa lagi. Agak terkejut juga aku melihatkan gambarnya. Belum lagi tengok dengan mata sendiri. Masih belum berada di parking rumah.

Kali ni, pertukaran yang memang cuak untuk aku mencuba pandu, hahaaa. Tapi ianya sangat cantik, menarik, comel dan yang bersesuaian dengannya. Hrmmm, macam hendak masuk muzium pun ada juga ni, sayang hendak di tayang di jalan raya.

Memang geleng kepala makcik melihatnya, patutlah berat sangat hati tu hendak pergi bercuti, hendak balik kampung, hendak ke mana-mana. Rupanya ada hikayat seribu satu perihal tentang kelisa yang tidak ku ketahui. Pasrah.

Kelisa hakmilik kekal abi.

Daripada silver original, bertukar biru sporty bertukar lagi jadi mini cenggini. Huhuuu. Janji, bila aku hendak apa-apa dia mesti sediakan untuk aku. Kejam? mana ada kejam. Fair la kan. Aku biar sahaja, sebab kelisa ini memang kesayangan dia, hadiah daripada arwah emaknya untuk dia.

Mungkin ini cara dia menghargainya. Bertukar lagila geran nampaknya. Ngeeee... Memang takut aku hendak memandunya lepas ini. Isk-isk-isk. Boleh minta cloth-diapers untuk koleksi nampaknya :)

Nota hijau: Usah ditanya kosnya berapa, aku tidak tahu. Usah ditanya, gajinya berapa, juga aku tidak pernah tanya :) setia aku bersama Waja sahajalah.

Wednesday, 22 February 2012

Janganla cium saya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru je berangan hendak pekena kuih donut bersama milo panas sambil berborak mesra dengan Mas dan Liza pada hari semalam. Konon-konon breakfast sambil menikmati keenakkan keseronokkan berjamboria.

Aku yang memandu sambil berangan ni, masih lagi menumpukan titik fokus dengan kereta hadapan. Mengekalkan jarak dengan satu treller boleh muat di ruang depan. Hahahaha, itu la aku. Aku memang seram wooor nak cium montot kereta orang lain, apatah lagi yang dihadapan itu BMW, Compressor, Honda dan selainnya yang mewah lagi gah. 

Walaupun hanya sekadar Waja. Namun, aku tetap gah bila berhadapan dengan Kelisa atau Kancil apatah lagi Viva. Wah! dah berbaur riak ni. Acah je, setiap hari aku berkeadaan seperti pemandu baru ok. Jadi, aku hormatkan semua pemandu-pemandu jalan raya yang lain.

Apa yang kau merepek ni syasya. Ngeee. Okok, so tengah best layan Johara Era, tiba-tiba "bammp!". Eh? kereta aku ke yang kena tu? aku memanjangkan leher melihat cermin pandang belakang. Saga. Then, aku pandang kanan tepat-tepat abang polis trafik suruh parking tepi. Waja kena kiss. Oooohhhh! terkejut makcik nak.

Aku signal kiri. Bertukar lorong paling kiri, lampu hazard aku pasang. Cewah! bila lagi tu kan. Saga pun berhenti belakang aku. Wooooo, kulit Waja sudah tersopak ni. Menggigil, apa aku nak buat? Call abi la, si empunya Waja. 

"tunggu kat situ!" arah abi. Arahan seorang polis. Erk! Ok, tunggu sambil membelek-belek kecacatan yang telah ada. 

"boleh cari tempat lain tak? parking sana tu sekejap" arah seorang anggota polis trafik lain. Well, depan KWSP ke PPUM tu, memang ada 3 orang polis trafik setiap pagi. 

Aku masuk kereta, tumpang halaman sebuah kedai jual bagasi. Sekejap je pun, hanya tunggu abi. Ikutkan hati memang aku mahu angkat kaki je, ambil la claim ke, buat report ke but abi say TUNGGU! Siap polis trafik suruh aku buat report. Bayangkan dia tengah mengawal lalulintas, boleh pula dia menyuruh aku buat report sambil tunjuk-tunjuk jam.

Tidak lama kemudian, abi pun sampai dengan Kelisa. Call sana-call sini, diskas sana-diskas sini. Sementara tunggu abi datang tadi, kroni budak student tu dah pun ramai. Kalau betul katanya dia student, hampir satu kelas la yang datang sedangkan aku hanya dengan abi sahaja. Dorang yang salah.

Siap mengaku, dia boleh tengok tempat lain. Seronok sangatla tu bersembang kan sampai lupa nak tekan brek. Mujur lagi abi datang dengan seluar pendek, muka baru bangun tidur. Kalau dengan uniform? tak ke goyang lutut? aku kena tegur dengan polis trafik pun dah gabra.

Jadi, pada hari semalam dapatla melaram dengan Kelisa. Abi uruskan semuanya. Report dan claim, memang kena cat semula la gamaknya.

Ciuman sayang, membuatkan duit pun terbang. Love bite gittu kan. Habis peeling kulit I tau.

Bila kena macam tu, menggigil satu badan. Sampai opis pun dah lambat. Balik pun harusla lambat kerana kompeni aku mengamalkan sistem fleksibel hour. Jam 6 petang, aku angkat kaki. Demmit, jammed teruk. Takkanla jam 6 dah jammed? 

Just follow the flow, tadaaa. Patutla jammed, got an axcident. Kemalangan maut mungkin. Menggigil kena langgar pagi tadi belum hilang habis, sebelah petang disaji pula dengan seorang lelaki terkedang di devider jalan. Owhhhh! makin kencang degupan jantung aku dibuatnya. Terus aku gagahkan juga untuk memandu pulang.

Nota hijau: Malang tidak berbau. Kita berhati-hati, orang pula buat suka hati. Aku selalu memperlekeh sticker pada cermin belakang kereta hadapan, "pastikan jarak anda", "do not kiss my bump" dan sebagainya. Sekarang aku tahu, betapa pentingnya pesanan itu walaupun nampak enteng.

Thursday, 29 December 2011

Kerana terpaksa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Petang semalam, balik kerja macam biasa dengan hati riang tak terkata sebab daripada pagi membawa ke tengah hari dan petang segalanya berjalan dengan baik. Sehinggala balik kerja, start enjin kereta tak mahu hidup.

Ah sudah! start lagi, dan lagi, dan lagi, ayorkkk cemana nak balik ni. Call abi as orang yang pakar sikit, dan itu kereta dia. I pinjam je. Dia on the way daripada Perak. Mintala tolong pak guard, katanya. Pak guard? errr... majority berbangsa bukan Melayu.

Malas nak minta tolong punya fasal, aku try-try-try dan try start enjin Waja tersebut. Aku rasa batery hampir nak kong mungkin. Akhirnya, berkat doa dan usaha, enjin berjaya di hidupkan macam biasa, nerves pula nak memandu pulang, berdoa lagi berharap agar dipermudahkan.

Dan selamat sampai rumah, jalan pun tak jammed. Going smooth je. Aku berharapla agar pagi tadi berjalan dengan baik juga. Sebaik sahaja menghantar bala tentera ke kem dorang, aku start Waja macam biasa. Ho'o same like yesterday. Then, terus call abi. Dia masih lagi tidur kot, dan menariknya dia offer bawa Kelisa.

"are you sure abi? betul ke ni?" ahahahaa, 
"habis tu macam mana?" nada memang tak ada rasa nak offer diri menghantar aku.
"errr, betul ni bagi umi bawa?" acah aku lagi.
"bawa je la, sama macam bawa Waja, auto juga tu" katanyanya dan aku terbayang alangkah rocknya aku memandu kelisa sporty tersebut.
"tunggu kejap abi bawa turun" dan aku terus menyuruh dia bawa ke parking Waja, pasal tak confident nak turun jalan parking nan sempit itu.

Wuwuwu, bestnya. Kereta kecik, cermin sisi besar, bunyi ngaum-ngaum, rasa macam bawa kereta mrBean. Payah gak nak men'serasi'kan tekan breake dan minyak, lagi satu signal proton belah kiri, produa belah kanan, haru jugak la. Dah setengah perjalanan baru ok, itu pun aku berhenti jauh-jauh daripada kereta di hadapan, dan terasa betul bila orang belakang nak cium montot Kelisa. 

Very the sporty, wowowooooo...

Part paling best masuk parking, hahaha. Tak payah corner jejauh tapi aku still kena ambil side juga. Itu buah hati abi ooooooo, jangan sagat-jangan sagat. Alhamdulillah, semuanya lancar. Suka-suka. Boleh pandu lagi, next time. Masa abi tengok aku pergi dengan Kelisa mesti hati dia berdoa tak sudah-sudah kan? ahahaha.

"kerna terpaksa, aku melepaskan mu,
kerna terpaksa, aku turut kata hati
gementar tubuhku dengan keputusan ini
biarpun seram ku teruskan jua" - abi nyanyi dalam hati.

Muahahaha. Sayang abi.

Friday, 29 July 2011

Gift daripada pnStoberi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok, entry kedua hari ni, aku baru balik makan di One Utama. Makan tempat semalam Dave Deli's. Nak cuba resepi lain pula, kata boss aku. So, aku ikut je. Habis juga sepinggan Footlong Chicken Sausage. Pi google nak tengok gambar.

Then, perjalanan balik singgah di Auntie Anne's gara-gara semalam hanya menjeling dan menghidu bau sahaja. Perut super kenyang. Lalu pula di ruang concourse ada pameran Peugeot. Dahla melekat lagi si boss dengan seorang staff lagi, Liza. Lantakla labu, mata aku dah sipi-sipi je nak tertutup ni.

Balik opis pun pungpangpungpang cerita kereta, aku dah layan blues tak sabar nak sampai opis. Masuk je opis, nampak sampul surat. Eh! aku ada order barang ke? tak ada.

Nama aku sendiri, bukala. Tadaaa.

FM Strawberi, pengomen blog kekDa.

Terima kasih kekDa. Sebelum ni, aku panggil dia kakReen. Tapi, dek kerana dia suka bahasakan diri dia kekDa maka lekatla di lidah aku, stoberi je ingat kekDa. Orangnya comel, senyumannya macam mamaLieyna, ikhlas. 

Blog kekDa. Peminat tegar strawberry. Orangnya sempoi-sempoi aje. Tengok gambar blog dia smua gambar dia tengah tersengih. Memang wanita murah senyuman ni. Hehehe.
Cantik, comel kita sangat sukaaa. Terima kasih =)

Monday, 20 June 2011

Cara dia menggembirakan hatinya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bersua lagi kita dalam rancangan bersama empunya hijaucantik, umi journal. Tiba-tiba. Teruja aku nak taip entry ni. Entry lepas, aku ada kata kejutan daripada abi, mamat ni memangla suka bebenar buat aku terkejut.

Aku tak fokus, hari apa masa tu tapi malam. Dia hulur RM1ribu pada aku, wow! bagi aku nak bershoppingkah? aku dah gembira je ni. Memangla aku terima tapi kepala penuh tanda tanya.
'nanti, dia hantar. Tak malam esok, malam lusa. Takut abi kerja' persoalan masih tak terjawab.
'terima apa? banyaknya rm ni?' terpinga-pinga.
'abi beli mesen basuh, hahahaaa' berseri-seri muka dia menjawab sebelum dia menyambung.
'beli 10kg terus' lepas tu dia hulur lagi RM1ratus.
'apa pula ni?' dalam kepala otak aku yang masih lagi bengong. Mamai.
'ni duit umi, bagi pengasuh sementara tu' jawabnya bila dia tengok bini dia macam orang tak betul je. Penangan tengok duit banyak depan mata.

Abi beli mesen basuh baru, automatik sepenuhnya dengan basuhan 10kg. Antara faktor yang memungkinkan dia membelinya adalah.
Satu: Part cuci baju memang dia, kalau aku perati, memang dia hentam masuk semua, takde nak asingkan, nak terbalikkan, nak rendam ke apa. Dia tibai semua, 6kg mana la muat untuk 3 orang punya sekali gus.
Dua: Dia malas nak buat kerja banyak kali, sebab mesen lama yang separa auto. Kena bilas, masukkan di spin, tunggu air, bla-bla-bla.
Tiga: 10kg, memandangkan anak nak masuk dua maka baju pun akan bertambah banyaknya.
Empat: Aku baru je mengadu, tempat cuci baju tu dah tak boleh takung air. Airnya akan surut dengan sendiri. Ok, dia dah beli baru, aku pun senyum je.

Ahaaa, selain mesen basuh dia juga telah membeli penyimpan air panas automatik. Memang dah lama dia mengidamkan natang ni. Daripada belum nikah lagi. Sangat mudah bila aku di dapur. Lepas ni, siap macam-macam air dia order daripada aku. Sebelum ni, dia suka ngejakan air termos Oni. Malas nak jerang air.

Sedang aku berfesbuk, mesen basuh sampai bersama pemanas air. Then, tak lama kemudian abi balik. Mujur aku tak mati terkejut, dia bawa akuarium bersaiz kecil. Walawei, mana nak letak lagi ni? Muka time masuk rumah, tak payah kata, tersenyum sipu-sipu. Tergelak-gelak dia tengok aku tercengang. Biar je la dia ngejakan akuarium tu. Satu set ye, siap ikan bagai. Dah siap maintenance dia pergi kerja.

Then, malamnya dia balik. Muka makin berseri.
'esok on radio guna remote ye. abi dah tukar uminya radio kereta tu' woih! mata aku terbeliak.
'banyaknya duit abi, dapat durian runtuhkah?' dia geleng kepala.
'buat loan lagi?' dia geleng lagi.
'habis tu?' diam takde jawapan, takpe esok-esok dia beritahu la tu. Tunggu lama sikit memang baru dia beritau aku.

Our new gadgets in our home. Aku suka je :p

Atas meja ada duit baki2 yang dia bagi pada aku. Part duit dia, memang aku jarang nak usik.
'duit apa tu?' tanya dia. 'baki duit abila, kalau tak nak bagi umi je' aku jawab. Hiii.
'ambikla' terus aku ambik masuk tabung Oni. kuikuikui.

Berapa banyak kejutan, disebalik berita gembira yang telah aku khabarkan kepadanya. Mungkin hatinya senang bila apa yang dia hajat semuanya tercapai. Jangan dia kata takde duit nak balik kampung sudah. Memang aku sekeh kepala dia.
Aku anggap ini rezeki anak-anak. Alhamdulillah. Aku terima dengan hati terbuka. Rasa nak shopping baju la pulek. Kuikuikui.

Tuesday, 24 May 2011

Baru nak mengecek.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sungguh aku tak sangka, dia mampu habiskan seorang diri tanpa memberi sedikit kepada emak dia. Jumaat hari tu, terasa nak belikan kakakOni roti bun kacang merah. Then, aku singgah Petronas sempat shopping-shopping.

Bila sampai je rumah, dia dah pun membelek plastik shopping tu, aku beli roti kok (cicah dengan air panas memang sedap) dengan bun kacang merah untuk kakakOni. Habis dilenyeknya bun tu.

Siap aku campak mana-mana yang patut, aku pun bukakan dia plastik bun tu, asyik dok 'mama tak, mama tak, taaak' minta aku bukakan. Dia terus bawa diri. Senyap je.

Aku kelentang-kelentung kat dapur dan mendobi. Hari Sabtukan hari holiday. Bila aku tak dengar suara dia aku rasa pelik. Tengok-tengok dia masih kusyuk makan.

Sekali lagi aku datang, eh?

'mana roti Oni?' tanya aku. Dah tak nampak kat tangan melainkan mulut je comot.
'teyyy' sambil buat tangan gaya dah habis dan dia dah pun tersandar kat sofa.

 katakOren yang comot sedang belajar gaya terkini melompat dengan Disney Channel.

Baru aku nak minta sikit. Cis, melepas. Terus aku ajak dia mandi, sebab bau dia memang masam gila. Budak kuat berlari. Budak kuat berpeluh.
Ooo kakakOni dah suka makan sendiri-sendiri ye. Bagus-bagus.

Cantik tak? cunkan? dapat minggu lepas. Untuk digantung di kereta la pastinya. Geram pula aku tengok orang order kemain banyaknya, cecantik pula tu, aku nak membuatnya memang takde kuasa. Bukan minat aku menjahit. 

Rasa nak letak nama kakakOni, tapi kang esok-esok kena bersoal jawan dengan adik-adik dia lak.

Aku tempah kat blog mamaImaan09. Pergila selongkar blog dia, [::Imaan Kami::] semua ada kat sana, sebarang pertanyaan sila ke sana terus. Hihiii. 
Dah pun bergantung kat kereta enWaja. Aku nak tampal yang Baby Kiko kat kereta mrABi, mesti dia taknak kan? hahaha. Kereta sport tiba-tiba ada 'Baby Kiko on board'. Padan muka.

Thursday, 12 May 2011

Hari mcD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sejak mcD mengeluarkan gelas cantik tu, setiap hari Khamis kawan teman makan aku aka geng tapau aka boss booking aku, dia nak dua set setiap kali cawan tu keluar. Makanya aku menjadi mangsa. Aku takde hal, cumanya terasa macam orang kaya pula setiap minggu makan mcD. Hahaha. 

Selagi minggu gelas mcD tak habis, kira aku ishtihar la hari Khamis adalah hari mcD. Lagipun, mcD dengan tempat kerja aku ni memang sekangkang kera je, demi koleksi gelas dia tu dia sanggup pergi tapau mcD seorang diri tanpa mengajak aku. Aku pun memang malas nak keluar berpanas :p

Warna hijau kat hujung sekali, macam takkan dapat je. Hahaaa. Link gelas mcD, siap ada tarikh lagi.

Ok habis cerita mcD, mesti perut aku penuh tahap gaban hari ni. Sebagai back-up aku belila kuey tiow goreng setengah polisterin tadi, bila aku beli full tak berapa nak sedap, bila aku beli setengah, he'e apasal rasanya sedap semacam dan terasa tak cukup je ni. Takpe-takpe tunggu mcD lunch nanti. Haha.

Then, pagi tadi mrABi aku hantar, merempit. Pukul 8pagi daripada rumah, 20minit kemudian aku dan sampai depan opis. Kalau aku drive? 45minit lepas tu pun aku belum sampai, hahaaa. Jammed maaa, kereta dah mula banyak. mrABi nak pergi hantar Waja ke service, esokkan nak jalan jauh. Ada harapan balik kampung dengan Waja. Naik kelisa sporty dia tu, aduh rasa mau pecah tulang punggung aku.

Naik motor sungguh seronok, celah sana-celah sini dan dapat duduk depan sekali kat traffic light, berpeluang aku dengar pakcik polis traffik tiup wisel secara jelas terang dan nyata. Motif? takde apa, hiburan semata-mata. 

Tepat 8.30pg aku dah pun mengadap facebook, melawat kebun. Hahaaa.
Maaf ye, aku pasang lagu kat blog, hihiii. Nak cuba test je, rasa feeling sikit. Kalau keberatan nak dengar, pandai-pandaila berdikari. Buat apa yang patut =)

Wednesday, 16 March 2011

Redah je.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dari petang semalam hujan turun macam mahu tak mahu je. Petang semalam sempat aku bawa Oni turun pergi kedai, pergi taman, pergi tengok kucing setelah melihat dia asyikla melepek kat tingkap rumah.

Suka memangla suka, tapi yang tak syoknya bila aku balik rumah dia nak melekat dengan aku je. Ada tokMama, ada mrABi dia tak hairan langsung. Mama aku pun kata, dia dah mula terasa la tu. Yang aku pulak asal sampai rumah je mulala badan aku rasa tak sihat. Aduh gimana sih.

Pagi tadi aku keluar rumah macam biasa, masuk federal. huuu. Hujan mencurah-curah. Dikejauhan apa pun tak nampak. Sungguh aku bersyukur aku memandu kereta, tidak basah tidak juga terlalu sejuk. 

Di lorong tepi, di bawah flyover bersusun duduknya penunggang-penunggang motosikal. Di tengah highway, bersusun kenderaan bergerak perlahan. Aku on lampu kereta, aku slowkan radio. Aku suka menikmati hujan turun yang takde guruh la, kalau ada guruh mulut aku tak berhenti beristighfar. 

Terus masuk jalan universiti, masuk sprint dan sampai ke opis. Hujan sama rata, tak reda-reda. Mujur tidak terlalu jammed mungkin budak sekolah bercuti. Alhamdulillah sampai juga aku di opis. Walaupun masa mula-mula hujan tadi aku dah berfikir nak patah balik rumah. kekeke.

Selamat sudah aku dalam opis.
Aku tengah fikir ni, aku matikan lampu kereta ke tak ye. Pergi cek kejapla, ada yang menolak balik nanti karang. Tapi rasanya macam tutup.

Wednesday, 2 March 2011

Perjalanan Oni di kampung.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Baiklah, hari ini kita masuk part majlis doa selamat berlangsung. Aku tolong kemas-kemas je wei, nak celah tolong masak, serah pada yang pakar je la.

Buat kerja sikit, tapi banyak tidur dari buat kerja. Ada ke patutkan. Pagi Sabtu, aku teman mama pergi pasar. 1st time dia naik kereta yang aku drive. Hahaaa. Sticker P telah pun dicabut. Aku dengan rela hati cabut sendiri.

So far, dia dah berani la naik kereta dengan aku, kalau tak memang sampai bebila pun dia takut.

Serius aku banyak tidur dari menolong orang mengemas. Penat gila, macam aku yang drive balik Johor. Ngeee. mrABi rilax aja, Oni? jangan katala, jakun jumpa tanah. Kerja nak mengorek tanah, kerja nak berkebun kat belakang rumah. Memanjang dok berkepit dengan tokPapanya. 

Sikit pun dia tak hairan dengan orang ramai-ramai yang sibuk mengata dia itu dan ini. Dia paling kecik. Dengan skirt dengan singletnya, lencun dengan peluh dok ke hulu-ke hilir. Masam.

Bila majlis nak berlangsung Oni bantai tidur, tetengah alam, tetengah rumah tempat orang nak beryasinan. mrABi kejut mamai-mamai bangun. Kepenatan. Bila bawa ke tanah, tiba-tiba segar balik. Adoyai. Terus sambung main tanah. Gila jakun budak ni. Takpe bagi peluang.

Menu: Nasi putih, sambal goreng jawa, rojak sayur, sambal belacan, ayam masak kurma, ikan kering bulu ayam.
Cenderahati tetamu: Roti Mighty White, Jus Rossel, sumi jelly dan mi goreng.
Cenderahati rewang: Mug, coklat, gula-gula.

Masa makan, bacaan doa selamat di ruang tamu rumah, acara makan-makan di ruang tempat letak kereta. Rumah felda sahaja =)

Majlis berlangsung dengan jayanya. Lepas Isya' aku terus bertolak balik KL, kena singgah di Puchong dahulu untuk mengambil Kelisa Turbo mrABi. Oni ikut mrABi, aku drive seorang, follow dari belakang, banyak kali gak la tertinggal. Hahaaa. Kalau tak ikut belakang memang aku sesat. Hari dah pukul 1 pagi. Kepala pun dah bengong-bengong.

MrABi kemas baju siap-siap, tepat jam 9.30pg Ahad, dia pun bertolak ke Ipoh, berkursus di sana. Tinggal aku dan Oni. Huuu. Malam yang sepi-pi-pi, aku rindu ABi-Bi-Bi. Hiii. Gatai.

Aku nak makan mi bandung. Mi bandung. Mi bandung. Sewel sudah.

Tuesday, 1 March 2011

Anak dara mrABi.

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera kepada yang aku sayang, yang sedang membaca ni la.

Ok, aku dapat MC Jumaat lepas dan cabut balik Johor. Balik kampung paling singkat, balik KL hari Sabtu malam. Hahaaa, hari Ahad aku bantai tidur lelebih, kesian mrABi terpaksa bangun awal untuk ke Ipoh pula.

Bertolak pukul 11pagi, singgah di Pejabat Pos Besar, Dayabumi terus ke Johor. Huiii seronok aku membantai tidur dengan Oni.

Makan KFC, donut ikan sebagai hidangan tengah hari. Oni makan bukan main lagi, siap cicah mencicah.

Sampai di Kota Tinggi, mrABi betulkan alignment tayar dan power window yang tersekat. Susah dia nak hisap rokok bila mengantuk. Gigih juga la pergi menukar dengan yang baru. Belum siap lagi proses penukaran, mama ngan papa aku sampai. Aku ngan Oni naik kereta mama papa pula, balik ke Bandar Kota semula sebab papa nak pergi klinik.

Oni suka je, sebab  dia dah bosan dok menunggu kat bengkel tu, aku dah malas nak mengejar sebab dia ayik nak main tanah, nak main panas.

Bila setel je urusan di klinik, mrABi sampai, papa terus balik rumah, aku, mrABi, Oni ngan mama terus ke Econsave Kota Tinggi untuk belanja. Sempat pula Oni main gelongsor kat depan Ekonsave tu, yang paling aku kagum, dia panjat naik papan longsor tu. Bukan naik ikut tangga. Haih.

Tak payah mak pak dia tolong, muka selamba je dia panjat. Cemerlang betul. Jatuh jangan kata la, berkali-kali tersadung, tapi tak nangis. Memang lasak anak dara aku ni.

Bila dah masam, pergi KipMart pula, mata dia geram je tengok kereta masuk syiling tu, hahaaa tapi dek kerana dah malam, masing-masing pun dah letih menonong je la kitorang naik kereta.

Dalam kereta tak reti nak diam, sesampai rumah tok mama, kepenatan. Elok je dia duduk berlunjur tengah-tengah dapur. Oniii, Oniii. Memang menghiburkan.
Pertama kali pakai sepit rambut dari makNgah Fiza. Baju pun makNgah Fiza bagi. Melaram sakan.

Tuan tanah nak interframe jugok. Ngeee, tension je Oni. Hahaaa.

Balik kampung serba merah, hari kenduri serba hijau. Warna tu je la yang biasa sedondon. Ahahaha. Oni la ni.

Friday, 25 February 2011

Nanti kita jumpa lagi.

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera.

Haaa ramai yang tanya pakai produk apa muka jadi bersih berseri ya. Hiii actually, sejak dah nikah ni aku memang tiada produk khusus tuk muka. Semua boleh pakai.
Agaknya mungkin hormon aku dengan mrABi dah serasi agaknya anak pun dah ada, maka semua jerawat-jerawat lupus dengan sendirinya. Tambah-tambah pergi balik kerja dengan kereta. So tak berapa nak menghidu asap bas.

Jerawat tumbuh pun time coming moon aja, itu pun cecomel dua hari dah hilang. Pencuci muka aku share dengan mrABi brand Safi yang gamat tu. Untuk jerawat. Penyegar guna Safi juga, Perfact 10. Then krim pelembab, Safi Aloevera. Hah huru hara. So far muka aku ni satu je, jangan terover makan seafood dan ayam. Memang kalah.

Lagi petua nak muda, kita tak boleh sangat berfikir teruk-teruk sampai muka berkerut-kerut, kesian otot-otot wajah tak sempat nak menjalankan tugas menegangkan muka dah terpaksa buat kerja lagi. 

Heee, aku memang amat tak suka minum air, tapi sejak minum air 2 liter sehari tambah-tambah dengan rangkaian supplement shaklee hari tu, aku rasa muka aku macam berseri-seri. Haaa, minumla air masak banyak-banyak ye, bagus untuk kesihatan.

Petua lagi? sentiasa gembira. Walaupun hakikatnya tak segembira mana. Sebab otot muka bila senyum ni, sempurna. Lagi-lagi bila senyum dengan ikhlas. Aku dengar radio pun aku boleh senyum sesorang, sampaikan lori sebelah hon aku. Perasan aku senyum kat dia. Nguahahaa.

Ok itu sahaja tips untuk muda. Senang kata bila berwudhu' bila bersolat, buat dengan seikhlas hati. Orang kata muda dan berseri ni, dari dalam. Betul tak?

Berjumpa lagi di lain bicara dari saya ch@. Ngeee. Oh, aku balik kampung hari ni, so tinggalla tapak kaki untuk aku HB ke sana pula ya. Take care. Tataaa. Mmmmuah!.

Wednesday, 23 February 2011

Masih lagi di sini.

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera semua pembaca hijaucantik? 

Ya, telah mengalami masalah teknikal. Minta maaf kepada yang merindu, acceh! Ngeee. Nak update semalam gambar belum ada, pakej dengan server down. Melopong aku. 5.30pm cabut.

Hrmmm, hrmmm, hrmmm, ok citer pasal pergi dinner la. Wow, macam biasa mrABi tolong hantar naik kelisa berenjin turbo, gayat aku macam nak terbang.

Dinner kali ini bertempat di Bangsar Seafood Garden Restaurant. Besar, cantik, banyak lampu, mudah dicari. Sila google :)

Bersempena Tahun Baru China, disebabkan aku tak bawa kamera, maka menumpang orang lagi. Malangnya gambar tak banyak sebab taktik memujuk rayu tak jadi. Apa yang ada je la kan.

 Lapar-lapar-lapar, posing dengan enRoslan Usape terlebih dahulu. Satu-satunya wanita dan lelaki Melayu pada malam tersebut.

Yi Sang, sedap-sedap. Berebut anggur dengan Roslan. Ngape kepala ku itu, amek feel lebih.

Menikmati cahaya lampu, bersama cikFenli dan enRoslan Usape.

 Semua aku punya, masih berisi. Bestnyaaa. Agak-agak ada RM berapa untuk 2011?

Makan malam ni, semua sedap. Sedap sangat-sangat. Aku dengan Roslan makan memang tak toleh kiri kanan, menikmati habis-habisan. Sebab tiada gambar makanya tak berapa nak terliurla kan, paling aku ingat ikan siakap masak asam pedas-perfact rasa dia. Ada set sayur-memang tak ambilla kan, ayam ala-ala kerabu mangga-mabeless, udang butter-1st time makan, aku teruja gila. Nasi goreng udang besar-besar. Lai Chi Kang-isi kelapa laut dengan laici. Dua mangkuk aku tibai. Hahaaa.

Bila dah rasa ala-ala jalan-jalan cari makan, baru ingat nak berehat dari makan kan. Ngeee. Ada juga la kuih berkulit oren berinti kacang merah. Sedap, tapi sebab dah kenyang aku makan setengah je. Hiii. Pokoknya, hidangan sungguh excellent.

Rugi gila tak bawa kamera, takla aku melaram sakan. Tak dapat nak tayang ikan siakap berenang dalam kuah dia. Pergh! Paling penting mujur la aku diberi set sudu garfu, kot tak melopong tengok orang makan dengan chopstick.

Balik rumah terus mandi dan tidur. Kepanasan tahap maksima. Oni pun mengamuk.

Thursday, 17 February 2011

Gift daripada yang disayangi.

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera pembaca bloghijau.

Haaa, seronokkan bila diri disayangi? mestila, terasa dirikuuu begitu berharga. Cewah. Balik kerja tadi, separuh jalan hujan turun dengan lebat, siap ribut tau tak, time tu dalam kereta mulut kumat-kamit melihat panorama angin bertiup maha kencang. Jalan memang dah jammed.

Kali pertama aku meredah ribut, siap dengan banjir separuh tayar, huahahaha kuat gila arus air weh. Elok2 masuk lebuhraya persekutuan, hujan berhenti serta merta. Aik? tapiii jalan sikal banyak dihalang oleh pokok tumbang. Bersyukur aku selamat.

Bila ambil Oni, dia tak tidur, selamat aku tak payah dukung. Lift pun tak stuck. Hehehe. Terus balik rumah. Wow. Mata terus terarah kotak atas meja. Ok dengan rakusnya. Koyak sampul, sempat ambil stem. Tadaaa.


Cun tak? daripada makNgah Oni atau biras umiOni atau isteri kepada abang mrABi. Hehehe. Tak sabar nak pakai blaus ala-ala Micheal Jackson tu, tak boleh pakai time petir, karang kena sambar. Baju zink. Gurau sahaja, kainnya lembut dan ringan. Sejuk bila dipakai.

Gaun BabyKiko, hiii suka-suka. Terima kasih ye Fizannie. 

Kejutan kedua, hehehe tiba-tiba ku melihat TV berada dari paras biasa. Eh? Apa sudah terjadi? 


Huye-huye dapat rak TV baru, lebih tinggi lebih menawan, yang penting Oni tak boleh berjoget di atasnya. Ngeee. Tapiii, tombol pintu tu pula jadi perhatian. Cait!

Terima kasih ABi. Mmmuah-mmmuah.

Beli kerana tak mahu Oni menonton TV dekat-dekat. Kalau yang rendah tu dia rasa macam nak peluk TV tu, dan lagi TV tu pun dah tebal dipakai kan bedak. Kelabu.

Kalaula hari-hari dapat kejutan baik macam ni, hahaaa. Bengkrap.

Salam dan terima kasih membaca =)

Tuesday, 8 February 2011

Biar je P tu.

Salam satu Malaysia.

Aku masih di rumah, hiii. Habis cuti aku dibuat dek kompeni ni, bila dah lama bercuti aku rasa macam surirumah sepenuh masa pula, pergi pasar, masak, buat kerja rumah, tapiii keletihannya berganda berbanding dengan aku pergi kerja.

Boleh tak macam tu? hahaaa. 

Shoot, hari ketiga bercuti 04.02.2011, tamatla lesen D Percubaan aku. mrABi dah mendapatkan yang penuh untuk isterinya tanpa bersusah payah sang isteri pergi ke JPJ. wahahaha. P sudah tiada di lesen, tetapi stickernya akan maintain melekat di cermin depan dan belakang kereta. 

mrABi membenarkan aku berbuat demikian, huye-huye, terima kasih mrABi. Well, dia kan bawa Kelisa dengan enjin turbonya, baru tukar. Sebab tu la dia tak kisah ada P di Waja, aku memang takkan bawa Kelisa manual tu bahkan dia tidak membenarkan langsung aku membawanya. kuikuikui. 

Gambar lama, malas nak pergi buat baru. Muka penuh jerawat.
 
~)@ Ada lesen penuh jika tak berani nak jalan jauh, maka duduk sahajala di rumah. Hehe. Aku la tu.

Tuesday, 1 February 2011

Sagat lagi.

Salam satu Malaysia.

Aku kena pergi opis kawan aku tengah hari tadi, selain menyelesaikan kerja yang tertunggak, dia membelanja aku makan tengah hari.

Ok fine, tingkap Proton Waja bahagian pemandu, yang dipandu tidak berkeadaan baik. Auto, bila buka makanya akan mengalami kesukaran untuk naik, kena menggunakan tenaga dua orang untuk naikkannya semula.

Inisiatif di ambil sebagai langkah berjaga-jaga dengan TiDAK sama sekali membuka tingkap tersebut. Sebagai langkah bijak aku mengambil token parking dengan membuka pintu.

Oh, sungguh terasa susah, kerana kereta besar, orang kecik lagi rendah dan tidak sampai. Mahu dan tidak aku kena rapat betul dengan mesin.

Sekian lama aku tidak menjejakkan ke Phileo sesat barat juga aku kat parking lot tu, punya la nak match dengan bangunan kan, sudahnya aku salah juga.

Bila dah sembang-sembang, makan, mengumpat, gelak. Aku pun balik, dalam kepala nak bayar parking kat mana, cari di tingkat 1, tak jumpa. Terus ke basement dan memandu balik, ok jumpa autopay, parking elok-elok bagi ruang untuk orang jalan, pembayaran dibuat.

Elok je aku setel aku bayar tengok-tengok!!! cisss, tersagat juga bumper depan. Cengeng sungguh. Nak juga buat tanda, habisla kena perli berdas-das ngan mrABi balik nanti. Benciii.

Salah sendiri mengaku je laaa kan. Padahal dah super slow la aku bawak tu. Kena jugak. Aiii.

Oni yang bawa kereta besar pun tak apa-apa.

~)@ Nak kena bawa kereta semuanya cermin, boleh nampak sana sini.

Monday, 24 January 2011

Sikap sendiri.

Salam satu Malaysia.

Huiii awal pagi dah buat aku gelabah. Ngeng betulla. Mana taknya semakin menghampiri hari ke lesen penuh semakin buat hati jantung badan berdebar-debar.

Ada je yang buat aku rasa nak langgar kereta-kereta terbabit. Ya aku masih P, jangan la sesuka-suki hati dan perasaan main potong line aku. Even, aku lesen penuh sekalipun, tak ke bahaya buat macam tu.

Pertama, keluar simpang meluru. Kot dah lambat pun jangan la pentingkan diri kan? kalau dah meluru tu mana nak ingat pasang lampu isyarat. Mujur je tak dilanggar sebuah teksi dan mujur juga aku ni memang bawa 50km/j je. Huiii ngeri.

Kedua kat traffic light, tiba-tiba aku kena hon dengan sebuah motor. Oih! aku rasa masih waras lagi melihatkan trafic light tu berlampu hijau. Pelik.

Ketiga, macam yang pertama kereta keluar simpang terus naik jalan kanan, dah naik baru nak pasang lampu isyarat. Bukan aku yang hon, tapiii kereta belakang aku yang honkan. Ha laaa, dah nampak aku pasang isyarat ke kiri. Hiii.

Keempat, fikir macam kereta tu kecik la kan, tak fikir kereta aku ni lebar. Mana muatnya aku nak menyelah. Walhal tu memang jalan aku. Aku dah bagi jalan tu, jalan je la. Terhegeh-hegeh lagi pula.

Tu la kan sikap pemandu sendiri yang boleh mencetus kemalangan jalan raya. Tak payah nak salahkan jalan yang rosak, tak payah nak salahkan jalan yang sesak. Kalau memandu ikut kelajuan yang ditetapkan, teliti dengan keadaan sekeliling, pasti selamat.

~)@ Aku tak juga tekan hon, huhuuu. Ada macam penasihat pengguna jalan raya tak? Ngeee.

Wednesday, 15 December 2010

Melaram punya pasal.

Salam satu Malaysia, yeaaa hari ini sudah Rabu. Hari paling aku suka.

Kelam kabut. Itula permulaan untuk aku hari ini, bangun pagi pun dah lewat, snooze tiga-empat kali siapa suruhkan? padan muka.

Biasala, Subuh pun sipi-sipi nak habis, gigih nak gosok baju lagi. Adoiii nyesal tak buat malam tadi. Cis!

Hari ni aku dress-up ala mak datin, wahaha... 1st time aku pakai baju nak terbang ni, ala-ala kelawar dengan seluar lembut kembang-kembang, heel lagi.

Tu la mak datin punya dress-up, hantar cikOni pun dah lambat, menambah kelewatan bila dia berjalan tanpa arah, nak dukung aku tak larat.

Bila turun ke parking, korek-korek handbag cari kunci kereta, tapi... kunci rumah takde. Cis-cis-cis! Mencik!

Call mrABi suruh simpan kunci rumah di tempat RAHSiA, kekeke mana boleh bagi tau, kang kena tembak lak. Kunci rumah sampai 3-4 salinan.

Control ayu jalan ke kereta, pleg-pleg (bunyi alarm) kereta, bila buka je pintu kereta langsung bucu tersangkut kat bibir, cis... sakit siut, sampai berdarah gusi aku (tak la banyak). Rasa kebas semacam.

Bucu pintu kereta makan tuan.

Dah lambat. Tengok kat cermin ok je, cuma dah lama-lama terasa bengkak. Haih! harap tak ketara la bengkaknya. Senyum pun senget je rasa.

Jalan lengang, bagus cuti sekolah ni. Bila dah sampai, syok berangan sampai keluar kereta baru perasan pakai kasut lain sebelah.

Dah kena patah balik tukar kasut. Adeiii... (aku tak reti pakai heel bila drive, kena pakai kasut flat)

Kasut kanan yang banyak berjasa, sampai peeling.

Lepas kunci pintu kereta baru la aku bergegas panjat tangga 6 tingkat, tuju ke opis. Aku masih yang pertama sampai =)

Selamat juga aku tiba ke destinasi dengan macam-macam halangan.

~)@ Sama je nasihat aku, JANGAN BERANGAN dan SYOK SENDiRi. Hahaha, sekali sekala macam ni, rasa seronok jugak. Sempoi-sempoi aja.

Thursday, 4 November 2010

Semalam ke pagi ini.

Salam satu Malaysia, apa? dah hari Khamis? owh, sungguh pantas.

Semalam, dapat baju baru 4 helai, 2 hijau, 1 ungu dan 1 biru. Dapat pula 2 helai shawl yang sangat tak terduga. Baju tu beli sendiri la.

Motif cerita: Bila kita suka dengan seseorang, bila kita setia dengan seseorang, bila kita baik dengan seseorang, makanya orang akan menghargai dengan apa yang kita lakukan, tanpa kita sedar.
Terima kasih Ann-Wardrobe. Terharu.

Semalam petang, balik kerja ambil cikOni, dia berjalan sendiri. Sangat laju, sangat pantas. Asyik berlari sana-berlari sini sampai tertinggal lif. Meaning, tunggu lif dah lama tapi tak sempat naik.

Motif cerita: Kena sabar banyak-banyak, sebab lepas tu lif lain sampai, keadaannya kosong dan lengang. Boleh bernafas dan tidak berhimpit.

Semalam petang, masuk rumah, rumah tunggang langgang. mrABi & adik ipar tengah tengok TV, baca komik tanpa buat apa-apa. Rasa macam nak nangis. Penat kerja tak hilang lagi. Aku pun kerja juga. Ambil anak, nak masak pula lagi.

Motif cerita: Sabar lagi, kemas dengan perasaan sakit. Aduhai. Bertenang. Masuk bilik cari diari, termenung. Keluar pergi dapur & masak.

Semalam malam, indahnya kehidupan. Bila melihat cikOni gembira berlari sana-sini dikejar mrABi, oh! macam dalam novel.

Motif cerita: Biar cikOni penat, biar dia tak bangun masak malam-malam.

Semalam malam, cikOni nangis tak berhenti. Nangis-nangis-nangis. Dia sakit perut. Aduhai sayang umi, sabar ye. Aku sapu minyak pada perutnya. Urut satu badan. Beri dia susu suam sedikit panas. Dia tidur.

Motif cerita: Anak perlu diberi layanan 1st class.

Pagi tadi, termenung depan almari, berfikir mahu pakai baju apa. Baju sudah terlampau banyak.

Motif cerita: Jangan tamak. Bila tamak pun tak jadi apa-apa. Pening lagi ada.

Pagi tadi, sms mrABi tanya nak isi minyak kat shell minyak warna apa, merah ke, kuning ke. mrABi reply 1.85, oh minyak apakah itu? dengan pandainya aku bertanya. Kuning kot. Adehhh, sudahnya tak isi juga sebab kerana bekho menghalang perjalanan.

Motif cerita: Jangan berangan bila isi minyak. Perhati dan ingat warna gagang palm minyak bila kena turn mengisi. Aduiii.

~)@ Yeay, esok cuti. HAPPY DEEPAVALi kepada semua yang menyambutnya. Kitakan satu Malaysia ;). Aku terlupa sebenarnya.

Friday, 22 October 2010

Anda diperlukan, anda dihormati.

Situasi 1
Berangan dalam kereta, kelajuan 70km/h menyanyi ikut rentak lagu, kadang-kadang tersasul, alaaa pemandu seorang siapa peduli kan?
Tiba-tiba...
Sebuah kerata masuk depan secara mendadak, apabila diteliti kereta itu berwarna Putih Merah. Ayeee...

Situasi 2
Dengan kelajuan 60km/h sedikit menekan breake, lampu signal kiri dipasang bersedia untuk masuk simpang, ok dah masuk dengan perlahan,
Tiba-tiba...
Sebuah kereta arah bertentangan bergerak betul-betul tengah lorong yang sama, eh? macam mana ni? bila diteliti warna kereta tersebut, ya masih lagi merah dan putih.

Situasi 3
Had laju 70km/h, memandu mengikut had laju sambil mata menjeling ke semua cermin, sisi, belakang, kiri dan kanan.
Tiba-tiba...
Sebuah kereta keseluruhan warna kuning masuk di hadapan tanpa lampu isyarat... grrr. silaka.

Situasi 4
Sehabis perlahan had laju hanya 40km/h, jalan sempit. Jammed. Kereta hadapan memberi lampu isyarat naik ke kanan dengan tiba-tiba,
Kerana...
Kereta berwarna Putih Merah memberhentikan keretanya di jalan yang sendang sibuk untuk turun membeli sarapan. Ayoh!

Situasi 5
Memandu dengan had laju biasa, mengikut had laju yang ditetapkan,
akan tetapi...
Sebuah kereta berwarna hijau mengekori dengan jarak tidak selamat. Terasa, jika tiba-tiba berhenti maka montot enWaja bakal dicium.

Tertanya-tanya, apakah pemandu-pemandu di atas telah masuk sekolah memandu berkelas tinggi? atau sekolah memandu mereka sama dengan orang biasa?

Wahai pemandu-pemandu sekalian, sama-sama la kita menghormati pengguna jalan raya yang lain, lebih-lebih lagi kepada pengguna P macam aku ni. Adehhh...

~)@ Jangan kerana nila setitik, habis berwarna susu satu tapawe. Berdasarkan pemerhatian aku selama satu minggu ini.