Showing posts with label Lift. Show all posts
Showing posts with label Lift. Show all posts

Thursday, 21 June 2012

Pentingnya berasa sihat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Today, aku datang opis dengan keyakinan yang nyata walaupun, masuk tidur jam 12.30pagi. Walaupun Auni tidur jam 3.30pagi mendera emak bangun mencuci yak pada CD. Petang semalam balik kerja awal kerana ada sesuatu yang membuat aku teruja akan sampai malam nanti [malam tadi].

Lemah betul bila ada orang pindah masuk pangsapuri ni, sah-sah ambil satu lift untuk keluar masuk barang yang bukannya sedikit. Terus je decided ambil anak-anak dahulu tetapi dalam kepala membayangkan biskut Auni yang bertaburan atas tilam, segala makcik mainan bersepah daripada bilik ke ruang tamu.

Struggle ni struggle mengemas dengan anak-anak kejap lagi. Balik semula ke blok rumah sendiri, wahaaaaa macam hendak menangis menanti lift yang betul-betul hanya tinggal satu. Sebab satu lagi rosak. Bongok betul maintenance ni, bayar mahal. Ye aku menyumpah. Mujurlah aku dengan anak-anak, walaupun ruang yang sedikit, tuan-tuan dan puan-puan dalam lift tetap memberi ruang kepada kami bertiga.

Auni? itu jangan di kata, pot-pet-pot-pet buat aku rasa sedikit segan. Bila lift terbuka, aku gegas je heret dia selit-selit. Sebab lift tu hala turun. Tahu pula dia lift tu hendak turun, aku pula kena marah dengan Auni sebab naik lift turun.
"bawahla umi, penuh umi, penuh. hrmmm tak muat" 
"kecilkan sikit badan Auni" semua orang senyum tengok dia membongkokkan badan konon-konon kecilla tu. Dia mengelak beg orang pun ye juga. Lawak dak ni. Bila sebahagian dah turun, dia bergayut pula pada palang besi di dinding lift. Alahai Auni. Adli yang berdukung gasak mengetuk dinding lift membuatkan aku tidak sabar hendak sampai ke rumah. Anak-anak aku ni, haih! bikin malu omak je.

Hampir je habis aku menyapu pintu rumah di ketuk. Ye, cik Zila dan puan Nas sudah sampai. Trainer aku. Alhamdulillah, aku sayang kawan-kawan aku yang sangat memahami situasi. Aku masih lagi berbaju kerja, mulut masih bising membebel dengan Auni ditambah suara serak basah Adli yang mengamuk tidak sudah.

Mereka datang membawa rezeki, pandai pula mencari air, cawan, pinggan mangkuk di dapur. Membantu meladeni Adli sementara aku habiskan kerja rumah. Hihiiiii... Selesai bercerita, makan, ketawa, berkongsi masalah. Sesi yang dinanti tiba.

Badan aku diukur. Atas bawah. Baru cik Zila tahu akan ketebalan spare-tyre makcik ni. Hihiii. Memanglah nampak kurus, pakai baju sedikit besar nampak normal. Akan tetapi kegusaran hati empunya diri yang tidak biasa dengan spare-tyre itu boleh merudumkan emosi.

Yeay, buat pertama kalinya aku memakai PB pada hari ini. Premium Beautiful. Aku tidaklah hendak cantik sangat, memang aku terima badan aku seadanya, tapi mengenangkan hanya perut ja yang kedepan sedangkan yang lain-lain sama macam ranting, rasa tidak seimbang pula. 

This pics. again [after Auni birth]. Need to wear this baju kurung moden again. Huuuu...

Lagipun, aku terbayangkan kebaya nyonya, kebaya moden, kebarung, baju kurung moden dalam almari tu, sayangnyaaaa tidak dipakai sedangkan baru pakai sekali dua. Dapat sedikit shape tidak seperti orang mengandung lagi jadilah.

Sebelum aku terjebak, aku kaji semuanya terlebih dahulu. Keberkesanannya memang terasa apabila aku baru memakai sepanjang 4jam malam tadi. Hahahaaa, pagi ini perut aku tidaklah terkedepan sangat. Dan, aku sangat suka memakainya kerana aku rasa ada sokongan untuk organ-organ dalaman yang telah mengembang setelah beranak dua. Badan terasa sungguh ringan dan segar terasa hendak berlari 100meter sahaja.

Lagipun, apa salahnya membantu sahabat baik sendiri meluaskan empayar perniagaannya, aku memanglah tidak berkemampuan sangat, apa yang aku beli dan buat untuk diri aku sendiri adalah hasil daripada titik peluh sendiri, aku jarang meminta pada abi untuk membeli barang sendiri. Ini salah satu tanda aku menghargai diri aku sendiri.

Sekali lagi aku hendak tegaskan, aku bukanlah hendak cantik seperti anak dara dulu [eh? dulu cantik sangat ke? hahaaa] aku hanya berkehendakkan badan yang sihat dan tough untuk mengurusi diri sendiri, rumah tangga dan kerjaya. Hot ke tak hot aku ni, kena tanya abi la kan... ngehehehe.

Nota hijau: Perghargaan untuk diri sendiri. Badan sihat, hati pun gembira, jiwa tiada berduka, cinta dan sayang tumbuh melata. Jadi, hargailah semua disekeliling kita ;) Peace.

Tuesday, 19 June 2012

Lupa atau tidak ingat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bangun sudah betul-betul awal, tapi masih lagi ada benda yang terlupa. Punyala dengan seribu daya aku mengangkut beg baju anak-anak, dukung Adli dan beg bekal. Penuh tangan sebab malas hendak bawa stroller.

Dengan konfiden dan bajet comel dengan tudung bawal tona ungu, aku jalan menuju lift. Jumpa pula dengan jiran yang memang biasa bertegur siapa. Badan tidak boleh hendak pusing sangat disebabkan membawa beban di tangan kanan, kiri juga belakang.

Ting, lift tiba di destinasi. Adli bergayut menjatuhkan kepala di bahu aku sambil menikmati panorama lot parking tingkat tiga sebelum aku memanjat anak tangga yang berkeadaan gelap, ok kelenguhan kurang si situ.  

Sampai di rumah kak Ana, bibik menyambut di hadapan pintu. Selesai sesi transit itu budak aku angkat semula segala mak nenek benda untuk bawa ke opis. Aku kembali turun tangga yang sama sambil meraba-raba kocek handbag untuk mencari kunci kereta.

Aik??? Errrrr..... aku patah balik semula rumah kak Ana. Tapi...??? Aku serahkan beg baju dengan Adli je tadi. Ermmm...

Handbag aku berisi dengan semua benda penting ada di rumah aku sendiri. Bengong. Memang menyumpah diri sendiri. Berkali-kali aku istighfar. Guane la aku boleh tertinggal handbag. Mahu dan tidak, aku naik semulala ke rumah sendiri.

Bila sudah turun semula ke kereta, rupanya masih ada lagi barang yang aku ketinggalan. Sudahlah, lenguh kaki nak turun naik-turun naik. Terus sahajalah aku masuk opis.

Nota hijau: Ni la, bila dah lama sangat tidak bawa beg tangan dan perasan bajet comel. Kekekeke... minggu ini Adli makan ayam dengan sawi dan aku cuba beri timun bersama ikan bilis. Lantak, kombinasi haru-biru akibat bukan aku yang pergi bershopping barang dapur. Hihiii.

Tuesday, 20 December 2011

Betul-betul dah Hulk.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dear diari, macam biasa. Kisah mak sepasang budak ini lagi. Tak habis-habis dengan kisah hari-hari kan, kisah dengan anak-anak lagi. Oh, aku masih ada si 'dia' - jangan fikir apa-apa senyum je.
Shoot cerita, pagi tadi jam 3.30pg, Oni kena paksa tidur ngan mak dia. Hahaaa. Menggunakan kuasa veto apabila dia mula menyakat Aie. Menyakat mak dia sendiri. Kesabaran mak yang makin tipis ni pun, habis. No kartun, no drawing, no playing, just sleeping Oni, SLEEPING. Kan tidur tu best. Pelik betul.

Jam loceng aku aka Aie bunyi jam 5.30pg macam biasa. Lepas susukan dia, terus aku kemas rumah dan bersiap. Oni masih tidur, nampaknya kena guna stroller dan pendukung baby untuk hantar mereka berdua.

Tak boleh naik tangga dengan stroller, jadi ke lift blok sebelah sana. Naiknya 2 tingkat je. Sampai tingkat 4, pintu lift tak mahu terbuka. Menyampah-menyampah-menyampah. Macam yang lepas lift paling hujung, kali ni lift tengah pula dan 'PANG!!!' bergegar lift tu aku sepak. Terkejut Aie yang tengah lali-lali nak tidur.

Tak buka sepenuhnya buka sikit je, aku kerah tenaga guna tangan buka sendiri. 'Damn' lift tu sepit tangan aku dan terbuka agak besar sikit. Dalam hati aku, boleh niii dan jangan ianya terturun macam yang lepas. Dengan tenaga mak budak, seorang wanita aku tarik pintu tu sebelah sambil tangan sebelah lagi tekan butang pintu buka di sisi lift. 

Bila dah betul-betul terbuka, dengan sepantas kilat aku keluarkan stroller Oni, kiranya kalau tertutup semula, ianya akan sepit stroller. Still lagi boleh keluar. Sampai rumah kak Ana, bibik kak Ana pun dah sedia depan pintu. Syukur. 

Oni dah pun celik dengan kaki bersilang dengan tangan belakang kepala. Huh! macam tuan besar gayanya. Sabar je la. Balik nanti, taktau la cemana gaya. Adoiii! 

Nak call abi, tapiii confirm dia tak angkat. Dan, kalau pun dia angkat confirm dia soh aku berusaha sendiri. Jadi, baik aku buat sendiri. Hohooo.

Cuci mata.

 
 Dulu: cikHulk.

 Sekarang: cik Hulk lagi, boleh gitu?

Nak soh tengok warna baju je sebenarnya, wakakakakaka. Larikkkk!

Thursday, 15 December 2011

Lift ni kannn...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama aku termenung depan pc cari idea. Hahaaa, tiba-tiba teringat nasib aku tiga beranak petang semalam. Well, macam biasa tugas menjemput anak-anak jatuh kepada aku, abi belum pernah sekali pun ambil dorang balik rumah.

Macam biasa ada stroller berisi dua orang budak yang hampir cecah 15kg (tak termasuk berat stroller). Dah gelak-gelak, dah berebut-rebut mainan depan pintu rumah kak Ana aka mak (pengasuh) aku pun tolak stroller sambil borak-borak kosong dengan Oni.

Oni pun tumpang se'stroller' dengan Aie senang aku sejalan sekaligus. Aie baring dengan mulut bising menyanyi lagu biasa bila kehausan, dia baru je bangun tidur. Harusla nak menyusu. Aku dengan Oni pun tak berjaya nak berduet sama Aie. Nada suara tangisannya memang tinggi.

Lift pun terbuka. Rumah kak Ana tingkat 4, aku nak turun 2 tingkat aja. Ikutkan hati boleh je guna tangga, tapiii cemana ngan stroller ni lak kan? ok pasrah masuk lift ada seorang Tuan (pegawai polis) kat dalam tu, senyum disapa dek Oni. Aku masih lagi mujuk anak teruna aku yang masih menyanyi penuh semangat.

Oni and Aie in green theme. i like.

'berapa bulan ni Puan?' sempat Tuan bertanya. 'Dua bulan' sambil aku angkat Aie pujuk-pujuk lagi. Sampai tingkat aku nak turun pintu lift tak mau buka. Niii yang aku lemah ni. Aku sepak pintu lift nan tersebut. Pun tak mau juga. Then, Tuan offer diri nak bukakan pintu.

Sama-sama berkerah kat dalam tu, Aie masih lagi tak diam. Muka Oni pun dah berubah, dia jadi cemas. Bila pintu terbuka, tengok-tengok aku kena panjat naik ke lantai. Lift tu dah turun sedikit. Aku panjat naik dengan mendukung Aie. Tuan tu membantu aku menaikkan stroller bersama Oni di dalamnya. Muka Oni dah mencemik.

Oh selamat, terima kasih Tuhan. Berkali-kali aku berterima kasih kepada Tuan tersebut. Dia pun ikut keluar daripada lift, seram katanya. Walhal, dia mahu turun ke tingkat yang lebih bawah.

Aku terus ke lift blok sebelah pula, dengan Aie yang tak diam-diam. Haih! mamat ni tak sabar-sabar. Mujur lift rumah aku berjalan seperti biasa. Bila Aie meraung dalam lift, terasa bergema-gema. Hahahaha! konsert Aie. Nasiblah.

Aku, Aie ngan Oni dah kepanasan. Oni pun dah start joint the Aie konset, korang niii memang tau. Suka buli emak korang together-gether. Sampai rumah terus sua breast kat Aie. Huh! diam dan sambung lena sekejap, kasi can emak menonton drama Tentang Dhia. 

Pagi ni, aku hantar bebudak tu tanpa stroller. Oni tak tidur daripada pukul 3pg sampai Subuh. Dia sendiri nak pergi mandi, aku buatkan air suam kasihan juga dia kesejukkan. Leka dia main air dalam besen aku iron baju kerja. Aie? membuta dengan abi la apalagi.

Setel segala kelengkapan, aku dukung Aie dan Oni berjalan sambil mengunyah kismis. Berharap lift tak buat hal macam semalam. Tengok lift semalam, kesian memang dah stuck terus. Hahaaa. Sampai rumah kak Ana, Oni dah tak ingat mak macam biasa. Aku terus turun ikut tangga sahaja. Hahaha! sekian terima kasih.

Friday, 2 December 2011

Emosi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Legaaa. Setelah semalam bagaikan beg bergerak dengan sendiri apabila aku seorang menghantar anak-anak ke rumah pengasuh. Rumah pengasuh baru terletak di blok sebelah di mana aku terpaksa mengambil lift di tempat letak kereta. 

Aku kena turun tingkat 11 dan mujurnya rumah pengasuh kali ini hanya di tingkat 4, tidak seperti pengasuh lama di tingkat 14.

Masalah bermula apabila, Oni tidak boleh buka mata langsung, kelopak matanya bagaikan melekat. Makanya, dia tidak mahu berjalan dan aku terpaksa menggunakan stroller. Bila Oni masuk stroller bagaimana pula nak bawa Aie? Huhuuu, cabaran sungguhla.

Aku mesej abi, dia cadangkan aku guna pendukung baby untuk dukung Aie. Huaaa, aku bukan tak mahu gunakan pendukung tu, tapiii Aie baru je 2 bulan, aku tak pasti dia boleh menampung kepala dia sendiri. Setelah berfikir-fikir, guna sahajala. Takkanla aku tak pergi kerja gara-gara tidak boleh hantar anakkan? tak relevan langsung alasan.

Dah siap-siap nak keluar rumah, Aie pula muntah sampai basah baju, pening gaknya duduk dalam pendukung tu, masuk rumah balik tukarkan baju. Aku memang agak cerewet bila part hantar anak ke pengasuh, semua nak serba bersih walaupun belum mandi. 

Oni dah tak sedar diri, tidur duduk atas sofa. Bayangkan je la, Aie dukung depan, beg baju Oni ngan Aie di belakang, beg kerja aku dan beg pam susu aku sandang kat tepi bahu. Then, tolak pula stroller ada Oni. Serius, rasa tak macam kaki aku bergerak tapiii beg je yang bergerak.

Mujurla tidak ramai orang menggunakan lift, dah agak lewat. Jadi, aku tidak berasa serba salah menggunakan stroller yang makan setengah ruang dalam lift tersebut. Ramai boleh naik kalau tak bawa stroller. Ada seorang yang memandang simpati kepada aku, hahaaa.

Sampai rumah pengasuh, aku tarik nafas panjang. Geleng kepala kak Ana tengok aku.
'kesiannya, mak dah la kecik. banyak betul kena bawa' aku gelak tapi hati menangis. Macam ni, kalau orang tak sayang, tak hargai, aku taktau la nak kata.
'nak buat cemana kak, abi dorang tak balik. kerja malam terus pergi exam' mulut berkata, dalam hati boleh je nak balik sekejap tolong isteri ni hantar anak. 

Adoiiila anak, korang buli mak korang eh? isk-isk-isk pilu tau. Dan akibat kekacauan emosi di pagi hari tersebut aku masuk opis lambat, hasil tenusu sebelah pagi pun tak memberangsangkan. Petangnya, aku mesej, aku call abi langsung, satu tak reply. Aku memang dah agak dia akan tidur lena dan mentulikan telinganya. 

Aku gakla yang pergi ambil dak berdua tu, macam biasa kakak tak mahu berjalan. Takkan aku nak dukung Oni, dah berapa kilogram tu? Kalau dia tak tidur, boleh duduk selit dalam stroller dengan Aie. Alhamdulillah, sampai je rumah, aku serah semua anak-anak pada abi pula. Tak larat aku.

Rasa macam dah betul-betul tinggal tulang je. Sejak masuk kerja, beranak dua ni aku belum lagi masak makan malam. Masa betul-betul fix. Apatah lagi, Aie kuat ngempeng bila belah malam. Oni makan apa aku makan, order mamak kat depan tu je, makan roti ke biskut ke cicah milo. Kenyang je dia tidurla.

Then hari ini, aku hanya perlu hantar Aie apabila abi offer diri hantar Oni pukul 9am nanti. Legaaa. Abi rajin je nak hantar anak ni, tapi ikut jadual dia la. Aku turun rumah guna tangga, then turun rumah pengasuh guna tangga juga. Exercise. So, aku sampai opis macam biasa. Wiii. Ambil budak berdua tu, aku tak kisah sangat sebab tak kejar masa.

Pembuli emak 1.

Pembuli emak 2. 'Terrrbaekkk'-katanya.

Ni la kan? cabaran bila isteri atau emak berkerja. Go go chayok!

Tuesday, 29 November 2011

Hari pertama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Haiii kawan.

Ye aku bersiaran daripada opis, kekok gila menaip menggunakan keyboard timbul ni. Well, dua bulan guna keyboard rata (laptop). Wah, rindu sungguh dengan kehijauan meja, teruja sampai terlupa mana letak CPU. Rasa macam masih di bawah meja rupanya aku dah pindahkan naik atas meja. Hahaaa.

Amin, selamat pergi memandu sendiri, tiada sebarang hon, tiada sebarang anasir mengganggu perjalanan ke tempat kerja. Semuanya berjalan dengan lancar.

Cumanya, waktu nak turun rumah lift tinggal satu daripada tiga. Waaaaa.... inila part yang aku kurang gemar sekali, mujur Oni tak buat perangai. Baik je dia waktu aku kejutkan untuk bangun tidur. Aie pun tidur semedang macam orang tak sedar diri. Adoiii.

Dukung Aie bersama beg sandang belakang berisi susu dan baju Oni dan Aie. Berat tidak terkata, dengan bahu kanan menyandang beg kerja serta beg pumping. Macam tu pun abi soh aku bawa stroller manakala Aie dukung dengan pendukung baby. 

Memang tinggal tulangla jawabnya. Tunggu lift kemain lama, ikutkan hati memang nak je aku turun dengan tangga, tapi memandangkan aku ada Oni yang mamai bangun tidur, jadi tak sampai hati. Oni sangat behave, sukanya dia habis semua ditegur. 'Hai kawwan' jelas terang dan nyata suaranya.

Berjalan ke blok lagi satu, membuatkan Oni sedikit kebosanan. Dalam hati aku, janganla dia buat perangai. Mujur tak lama, dan hanya naik dua tingkat sahaja. Pelik agaknya dia sebab biasanya keluar lift hanya perlu terus untuk ke rumah pengasuh tapi kali ni berbeza. Kakinya melangkah juga dengan suara aku yang asyik suruh cepat.

Sampai rumah pengasuh baru, syukur Oni macam tak sabar-sabar. 'babai ummi' sayu pula hati nak tinggalkan dia. Adoiii. Aie jangan katala. Tidurrr. Sempat aku pesan pada Oni, 'jangan nakal-nakal ye, petang nanti umi datang ambil. meh salam umi' Oni mengangguk sambil hulur tangan bersalam. Dalam hati aku berdoa agar Oni serasi di sana.

Then, masuk je kereta abi call. Pelik dia tengok kereta masih di parking, dah memang ye nya. Lift yang lambat, aku nak buat macam mana. Perlahan je aku memandu, hehehe macam pemandu baru je lagaknya. Nak ambil gambar, tapi kabel tiada. Jadi, bayangkan je la pipi aku sama dengan masa pregnant tapi badan aku macam budak sekolah. Hehehe. Aku dapat berat asal semula 47kg. Terima kasih breastfeeding.

Sekian, harinya belum habis jadiii tunggula berita selanjutnya jika sudi. Wiii.

Monday, 4 July 2011

Kisah malam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ergh, baby den ni semakin aktif. Ruang semakin sempit agaknya. Pagi-pagi dah bangun. kakakOni? itu lagila, pulas betul tidurnya, satu katil dia conquer.

Semalam petang, aku ajak abi keluar, aku nak cari hadiah untuk giveaway yang baru je selesai (terhegeh-hegeh). Then, mujur balik awal sebab tak bawa sebarang pengangkutan nak bawa naik barang-barang ke tingkat 11. Mujur lagi Oni tak tidur dan behave nak jalan sendiri. Tak rancang nak shopping pun. 

Lepas je makan malam, melayan Oni yang asyik la merengek, kerjanya nak makan coklat dan buka peti ais, walhal dalam perut dia tu dah seribu satu jenis makanan dia hentam. Aku takut dia sakit perut je.

Tengah aku membebel-bebel mengemas segala macam mainan dia dengan abi dok rileks main game tiba-tibaaa, plup! gelap. Waaaaaah, jangankan satu pangsapuri, satu kawasan Jln. Pantai Murni tu bergelap. Wahahaaa gila ar, siap lampu jalan pun tak menyala. Apa kejadahnya ini? Oni terusla merengek, takut. Minah tu kalau gelap tetiba macam ni memang dia takut.

Tambah-tambah dia memang dah mengantuk dan nak tidur. Dalam gelap dia teman aku kat dapur, buat susu dia, main bayang-bayang kat dinding ditemani lampu handphone. Dah macam tengah main wayang kulit lak rasanya.

Puasla aku teman dia minum susu sambil berkipas. Kepanasan. Susu dah habis, dianya tak tidur-tidur lagi. Aku dah ngantuk gila. Main turun naik katil, mana tak berpeluh. Atas katil habis aku di sepak terajangnya, tak tahan aku keluar baring kat sofa. Diam matikan diri, dalam gelap aku perhatikan dia cari aku sambil bawa tapawe biskut. Pergi dapur, pergi ruang tamu. Ahaaa kesian-kesian.

Lama dia terdiam di laluan tengah antara bilik dan ruang tamu rumah. Suaranya meruntun kesayuan hati, dia hampir nak menangis. 'mamaaa' mendayu suara. Ikutkan hati aku memang dah sebak gila, tahan-tahan. Perlahan-lahan sambil bawa tapawe. Dia masuk bilik semula.

Lastly, dia keluar cari aku, dia semacam tak sedap hati selagi tak jumpa aku sehinggalah lampu aQuarium abi menyala menandakan elektrik telah disambung, tapiii dia masih belum jumpa aku disebabkan keadaan ruang tamu yang memang gelap. 

'oiiit Oni' panggil aku dengan nada gelak. 'Oooooniiiiiii' dah ala-ala macam bernada seram pula. Barula dia berpaling dan memeluk mak dia. Mengomel dengan panjangnya. Bercerita dengan petahnya. Kikikiiii, aku gelak, dia pun ketawa. Sibuk dia tunjuk ikan abi. Cover line malula tu. Ngeee.

Bila kipas dalam bilik dah berpusing semula, barula dia mahu tidur. Terus je lena minta 'bobok' kat badan macam biasa. 

Dan awal pagi tadi aku bangun sahur, buatkan susu Oni, cuci pinggan dan blogwalking sekejap sebelum tidur balik. Bila bangun abi dah pun bersiap nampaknya aku kena hantar Oni. Dalam hati bangunla Oni, bangunla jalan sendiri.

So far, dia bangun dengan senyuman lebar. Yeay! tapi kena turun tangga sebab lift ikut bermasalah jika berkaitan dengan elektrik. Memang aku dah agak. Dek malas nak tunggu Oni, aku dukung je sampai bawah. Mujurla turun. Kalau naik, sah-sah aku cuti. Tak kosa.

Semoga hari aku terus berjalan dengan baik pada hari ini, makin hari makin sayang dengan Oni. Mungkin dia dah boleh diajak berborak. Masa aku terisi dengan bebelannya.

Monday, 6 June 2011

Pagi yang blues.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mengantukkksss.

Benci tau, pepagi hari dah buat hal. Lift rosak, ibu mengandung ni nak gak selit. Mujur tak dukung kakakOni, dia akan dihantar mrABi ke rumah kawan mrABi sendiri, same floor minta tolong jaga seminggu sementara pengasuh, kakTi bercuti.

Jumaat.
Pergi tengok baby kawan mrABi tu, entah bila wife dia pregnant aku pun tidak sedar. Tau-tau bersalin aja. Anak 1st sebaya dengan kakakOni, Aina. Anak yang baru lahir ni bakal sama dengan adikOni pula, kebetulan.

Dia pun taktau aku pregnant, hahaha. Pun sama, tak nampak juga. Berjaya menyorok perut dibalik baju besar. 

Sabtu.
Bawa kakakOni pergi taman. Menikmati anugerah ciptaan Tuhan. Aku duduk aja di tepi kerana sudah tidak larat benar mahu mengejar anak beranak, mrABi dan kakakOni tu bermain. Habis satu gelongsor gergasi tu di panjatnya. 

MrABi masih kena ikut dan memerhati, kerana dia suka meletakkan dirinya supaya mudah ditolak orang. Then, balik singgah pasar malam. Jalan-jalan cuci mata. KakakOni semakin baik.

Ahad.
Kenduri di Gombak. Seronok jumpa pakcik, makcik belah mrABi ni. Kerja aku, duduk makan-makan-makan dan makan. Barula orang detact aku pregnant, tapi semua terperanjat bila aku kata sudah 5 bulan, kuikuikui.

Agaknya, kalau ada peluang masing-masing nak mintak aku selak baju check perut. Akibat kepanasan yang maksimum, kepala aku pun dah weng-weng, selepas acara bersanding mrABi ajak balik. 

Balik rumah, masing-masing balas dendam tidur. Nyaman sungguh. Ok habis dah kisah cuti aku. Gambar? hihiii malula nak letak. Sebenarnya, aku tak bawa kabel transfer. Macam tak lengkap je kan? Okla, keadaannya sama je situasi, pergi tengok baby, pergi taman dan pergi kenduri. =)
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat ZAQUAN (sweetmama), semoga kamu menjadi anak yang baik dan mendengar kata orang tua mu. Juga kepada ZETTY ABD AZiZ (kawan tempat belajar) semoga kau dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah harian.

Thursday, 10 March 2011

Kasihan dia, sungguh letih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Misi berjaya, semalam aku singgah di Pasaraya UO beli pampers. Kali ni tak panjat tingkat 11, terus ambil Oni sebaik paking kereta.

Amboi kemain dia, tengok TV baring atas seat baby Zara. Siap berenjut-enjut. Riang berlari bila nampak aku di pintu. Sarung kasut dia jalan. Aku turun tingkat satu semula, ayak silap percaturan, lalu taman permainan. Menangis dia nak singgah main, tapi semua permainan basah dek hujan.

Sedih, aku upah gula-gula. Masa nak ambil pampers tengok-tengok kasut dia tah cicir di mana, patah balik semula cari kasut. Jumpa kasut tunggu lift pula. Penat menunggu, orang baru sampai dapat naik dulu, kita yang menunggu daripada tadi, tak dapat naik.

Melayan pula Oni, senyap kejap upah gula-gula, tunggu lagi lift mendatang, penuh juga. Baik naik mahu pun turun. Benci. Aku tak suka bila lift tinggal satu macam ni. Harap je rumah pegawai, bayar maintenance bulan-bulan tak penah missed. Tapiii hampeh.

Terus aku ajak Oni naik tangga. Ye, terima kasih Oni kerana sudi jalan sendiri. Dua tingkat pertama aku pimpin, tiga tingkat seterusnya dia naik sendiri aku follow belakang, naik tingkat seterusnya aku dukung, sebab dia dah penat. Serius aku memang menyumpah, menyampah.

Penat. Memang aku tekad, kalau jadi apa-apa pada aku memang aku akan saman. Aci tak? sekarangkan main saman-saman, main kat court aja. Kenapa aku tak tunggu lift yang ada? huh, sampai bila kalau setiap kali sampai pun padat. Memang tak boleh masuk. Yang naik 4 tingkat pun naik lift, kejadah apa kan?

Dia tengah mimpi, lepas aku snap terus dia gelak tiba-tiba. Kaget jap mak dia.

Sampai rumah aku dengan Oni belasah minum air bergelas-gelas. Serius penat.

Thursday, 17 February 2011

Gift daripada yang disayangi.

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera pembaca bloghijau.

Haaa, seronokkan bila diri disayangi? mestila, terasa dirikuuu begitu berharga. Cewah. Balik kerja tadi, separuh jalan hujan turun dengan lebat, siap ribut tau tak, time tu dalam kereta mulut kumat-kamit melihat panorama angin bertiup maha kencang. Jalan memang dah jammed.

Kali pertama aku meredah ribut, siap dengan banjir separuh tayar, huahahaha kuat gila arus air weh. Elok2 masuk lebuhraya persekutuan, hujan berhenti serta merta. Aik? tapiii jalan sikal banyak dihalang oleh pokok tumbang. Bersyukur aku selamat.

Bila ambil Oni, dia tak tidur, selamat aku tak payah dukung. Lift pun tak stuck. Hehehe. Terus balik rumah. Wow. Mata terus terarah kotak atas meja. Ok dengan rakusnya. Koyak sampul, sempat ambil stem. Tadaaa.


Cun tak? daripada makNgah Oni atau biras umiOni atau isteri kepada abang mrABi. Hehehe. Tak sabar nak pakai blaus ala-ala Micheal Jackson tu, tak boleh pakai time petir, karang kena sambar. Baju zink. Gurau sahaja, kainnya lembut dan ringan. Sejuk bila dipakai.

Gaun BabyKiko, hiii suka-suka. Terima kasih ye Fizannie. 

Kejutan kedua, hehehe tiba-tiba ku melihat TV berada dari paras biasa. Eh? Apa sudah terjadi? 


Huye-huye dapat rak TV baru, lebih tinggi lebih menawan, yang penting Oni tak boleh berjoget di atasnya. Ngeee. Tapiii, tombol pintu tu pula jadi perhatian. Cait!

Terima kasih ABi. Mmmuah-mmmuah.

Beli kerana tak mahu Oni menonton TV dekat-dekat. Kalau yang rendah tu dia rasa macam nak peluk TV tu, dan lagi TV tu pun dah tebal dipakai kan bedak. Kelabu.

Kalaula hari-hari dapat kejutan baik macam ni, hahaaa. Bengkrap.

Salam dan terima kasih membaca =)

Tuesday, 28 September 2010

Bencila macam ni.

cikOni, panjat 11 mata anak tangga.

Semalam... aku balik kerja dengan gelap gelita, pukul 5.30 petang macam pukul 7.30petang wei, huiii hujan mengiringi kepulangan. So far selagi takde angin kencang or thunder-thunder tu aku redah balik, gigil rasa lain macam pulak, entah ngape.

Dalam kepala mahu membeli roti kering, tapi hujan. Makanya kena pergi dengan tidak membawa cikOni, aku tidak rela dia demam, huuu...

Aku memang failed sungguh parking tepi longkang ni la, mesti montot kereta tak lepas nyampah. Tak pas-pas, janji kereta boleh lalu sebelah sudah. Haha... lari pergi cucuk kat kepala rimau, aku berpusing satu Mesra kat petronas mencari roti kering, eh? tiadakah? memang kena pergi pharmacy la jawabnya.

So far, hujan reda. Berpayung juga la aku ke pharmacy lepas park kereta di rumah sebab aku berbaju kurung cutton, perasan macam cikgu sekolah seh. Haha.

Beli roti kering, sekali dengan 3 kotak cocoa coallagen, haha... terbang melayang RM RM RM aku, cepatla gaji weih. Dah beli barula nak sedarkan, padan muka.

Terus ambik cikOni, huaaa sakit seh kaki, dia tak nak berjalan sendiri, OMG... lenguh aku nak mendukung. Bila dah hujan lebat lif pun macam ba-alif, ngang. Sakit jiwa raga aku, dah la barang banyak, nak naik tangga pula. Tension sungguh.

Nak tak nak aku suruh cikOni naik tangga sendiri, gigih dia memegang pagar tangga, aku ikut belakang dia, asyik jatuh tersangkut je, aku dukung juga, kesian. Dalam hati aku, memang rasa nak sumpah tangga jadi lif, kalaula ada kuasakan?

Lif tu jangan katala, memang aku dah berzikir habis dah. Memang sudah habis kesabaran.

~)@ Time macam ni, mesti mrAbi takde, frusted.