Tuesday, 29 November 2011

Hari pertama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Haiii kawan.

Ye aku bersiaran daripada opis, kekok gila menaip menggunakan keyboard timbul ni. Well, dua bulan guna keyboard rata (laptop). Wah, rindu sungguh dengan kehijauan meja, teruja sampai terlupa mana letak CPU. Rasa macam masih di bawah meja rupanya aku dah pindahkan naik atas meja. Hahaaa.

Amin, selamat pergi memandu sendiri, tiada sebarang hon, tiada sebarang anasir mengganggu perjalanan ke tempat kerja. Semuanya berjalan dengan lancar.

Cumanya, waktu nak turun rumah lift tinggal satu daripada tiga. Waaaaa.... inila part yang aku kurang gemar sekali, mujur Oni tak buat perangai. Baik je dia waktu aku kejutkan untuk bangun tidur. Aie pun tidur semedang macam orang tak sedar diri. Adoiii.

Dukung Aie bersama beg sandang belakang berisi susu dan baju Oni dan Aie. Berat tidak terkata, dengan bahu kanan menyandang beg kerja serta beg pumping. Macam tu pun abi soh aku bawa stroller manakala Aie dukung dengan pendukung baby. 

Memang tinggal tulangla jawabnya. Tunggu lift kemain lama, ikutkan hati memang nak je aku turun dengan tangga, tapi memandangkan aku ada Oni yang mamai bangun tidur, jadi tak sampai hati. Oni sangat behave, sukanya dia habis semua ditegur. 'Hai kawwan' jelas terang dan nyata suaranya.

Berjalan ke blok lagi satu, membuatkan Oni sedikit kebosanan. Dalam hati aku, janganla dia buat perangai. Mujur tak lama, dan hanya naik dua tingkat sahaja. Pelik agaknya dia sebab biasanya keluar lift hanya perlu terus untuk ke rumah pengasuh tapi kali ni berbeza. Kakinya melangkah juga dengan suara aku yang asyik suruh cepat.

Sampai rumah pengasuh baru, syukur Oni macam tak sabar-sabar. 'babai ummi' sayu pula hati nak tinggalkan dia. Adoiii. Aie jangan katala. Tidurrr. Sempat aku pesan pada Oni, 'jangan nakal-nakal ye, petang nanti umi datang ambil. meh salam umi' Oni mengangguk sambil hulur tangan bersalam. Dalam hati aku berdoa agar Oni serasi di sana.

Then, masuk je kereta abi call. Pelik dia tengok kereta masih di parking, dah memang ye nya. Lift yang lambat, aku nak buat macam mana. Perlahan je aku memandu, hehehe macam pemandu baru je lagaknya. Nak ambil gambar, tapi kabel tiada. Jadi, bayangkan je la pipi aku sama dengan masa pregnant tapi badan aku macam budak sekolah. Hehehe. Aku dapat berat asal semula 47kg. Terima kasih breastfeeding.

Sekian, harinya belum habis jadiii tunggula berita selanjutnya jika sudi. Wiii.

12 comments:

TS said...

welcome back!! ;)

Jue said...

wah ibu muda kembali berkerja ye....selamat berkerja kembali ye..

Izan Ishak said...

kejap je dah masuk keje ye cha...

harap2 kakak oni n aie serasi kat pengasuh baru tu.

Bond@ While@ said...

adui hai..kenapa tak suruh en abi tolong antakan sekali dak comey 2 org tu... anta same² laa..cian umi.

puanstoberi said...

mcm kejap je rasa.
Alahai..Oni mmg kakak yg baik. salu dgr citer budak meronta2 kalo maknya baru masuk keja pas cuti lama.
Cayang muah muah utk Oni :))

Salina@IbuAqil said...

weeeee selamat kembali berkerja deq cha!!! ;)

eija_sweetmama said...

selamat kembali bekerja..sekajap jerk 2 bulan kan..

wah syoknya berat maintain 47kg..bila la berat eija nak dpt berat camtu..hehehe..

@e_da said...

moga hari2 seterusnya juga dipermudahkan

dilazfamily said...

selamat bekerja semula cha
aie comel sangat

ch@ said...

ieyla:
thanks sayang.

kak jue:
yezzaaa.

kak izan:
cuti 2 bulan je kak.
insyaALLAH, kita pun harap mcm tu.

bonda:
abi tu kuar lmbt, dh siap2 nak berakla, tertinggal barangla, itula, inila.

kekda:
ha'a dua bln je kekda.
sbb masa cuti oni berkepit dgn tok mamapapa dia. tu yg dia ok-ok je.

ibu aqil:
t/kasih bu.

eija:
ha'a. mcm baru je lps bersalin.
hahaha, eija dah comella skrg, tak brt sgt, tak ringat sgt. kita target nak 50kg.

kak eda:
insyaALLAH.

dilaz:
thanks dila, hehehe. dia mmg comel bila tak nangis, bila nangis habis kecomelan.

sal ya said...

berat akak ni baru je naik. kesan cuck kot. kalau tak 48-50kg je. husben pun dah bising2. tak makan la apa la. bila ada anak kecik makan pun tak tenang kalau dgr dia nangis kan?

ch@ said...

anisalya:
akak ambil cucuk eh, kita nak try makan pilla. berat ni, dpt naik sikit pun ok la.