Wednesday, 2 November 2011

Kelam kabut weh!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ala, tak perlula buat bandingan dengan orang yang sudah beranak ramai. Ye aku memang kagumi mereka-mereka tu. Aku budak baru belajar. 

Semalam, bawa Aie pergi cucuk imunisasi. Berat dia bertambah dalam masa 15 hari kepada 4.4kg. Sebagaimana biasa aku bangun awal dan masak air panas. Hiii, semenjak berpantang ni tak boleh langsung sentuh air biasa rasanya sejuk bagaikan ais.

Dan misi sebenarnya bila semua orang masih tidur ialah mahu mencuba jeans size 27 kembali. Masih boleh disarung atau kena tukar baru. Korek-korek, jumpa Applemint Brand. Love this brand so much. Seluar masa bujang, beli di Sogo. Hahaha! Berdebar owh nak menyarung. Alhamdulillah, masih muat macam biasa. Hiii, suka-suka.

Siap aku, mandikan Aie pula. Mamat ni kalau tidur memang lena habis. Selesai Aie, aku bersiap. Abi uruskan Oni. Terkulat-kulat minah tu bangun tengok semua orang dah siap. Pertama kali nak keluar berjalan bersama Aie. Bukan jauh pun klinik depan rumah je.

Di klinik semua undercontrol. Tiba masa balik abi terus ke pejabat. Alamak, aku dukung Aie dengan barang-barang lagi, bawa Oni naik rumah. Haih! dia buat pangai pula, protes tak mahu berjalan. Waaa, seriusly aku rasa nak tinggal je dia. Geram. Nak nangis pun ada. Perlahan-lahan, aku pujuk dia sekejap.

So far, dia makan pujukan aku. Lega sehinggala naik ke rumah. Rumah aku, jangan di katala. Memang tahap tongkang punya. Semua barang Oni, aku pun naik rimas. Bila aku nak kemas-Aie jerit, bila aku nak kemas-Aie jerit lagi, dia nak aku sentiasa disampingnya. Gi mana sih?.

Dan pecah sejarah rekod dunia, aku makan tengah hari pukul 4 petang. Aku tak tidur malam dek kerana menjaga seorang demi seorang. Habis lari time table aku. Dan, paling aku sedih sehingga menitik juga air mata   apabila bengkak susu. Nak demam. Serius aku stres.

Sehingga jam 3 pagi, aku menunggu Aie bangun untuk menyusu. Kepada mama Mikhail aku meluah perasaan itu pun dah jam 11 malam. Aku kalah dengan perasaan kali ni. Macam-macam dia menasihati aku, ye bengkak susu ni buat aku bingung dan jadi sedih. Sangat sakit.

Google juga aku jam 2,3 pagi cari cara meredakan sakit. Akhirnya, selepas 2 kali Aie menyusu sakit berkurang, dan sekarang tinggal sikit je lagi tapi dah tak sakit sangat. Aku tak berhenti tuam dengan air suam. Aku tak mahu terjadi lagi, apa pun tak boleh buat. Sememangnya dalam tempoh berpantang ni memerlukan bantuan orang lain.

Dan hari ni, semua aku handle sendiri. Semua balik kepada jadual asal. Mujur tak perlu susah-susah memasak, simple je aku masak dek mengejar jeritan Aie dan memerhati keletah Oni yang semakin advance.

Serupa tapi tak sama.

Aku tahu, aku dah kena belajar hidup dengan 2 orang anak. Dah tak boleh tidur ikut jadual, dah tak boleh terlalu nak bersenang lenang, pastinya jadual tidak seperti dulu lagi. Berubah besar-besaran. Cuma, aku berharap agar diberi kekuatan jiwa, fikiran untuk meneruskan breastfeeding selagi aku mampu. 

Mujurla si Aie ni, kenyang je tidur-kenyang je tidur. Cumanya bila nak membuang je dia menjerit, sebab montot dia melecet. Nak sapu apa ye bagi baik dengan cepat, betul-betul celah montot lak tu, mesti pedih bila nak membuang. Aku yang mengadap pun ngilu.
Hadirkan dirimu ketika aku perlukan. Dirimu aku perlu di saat aku tertekan. Akhirnya, dapat juga aku habiskan menaip entry ini. Hureyyy, esok balik Johor, malas nya nak kemas baju. 

17 comments:

alexayussida said...

susah jugak tuh...bertahan ye kak :) dua2 dah besar nanti sng hati..:D

Hanim said...

berpantang sendiri mmg kena kuat..kiranya cha ni kuat semangat juga sbb bandingkan dgn akak mmg balik kg harapkan emak semua sbb tau diri lemah.

bengkak susu mmg tak tahan..akak pun sampai demam2 dulu...

Lelord said...

kagum kan dgn ibu2 yg ramai anak...hehehe cam mak akak je anak 7 org

yantisa said...

buat pelan-pelan setakat yang termampu ..jangan stress .. lama-lama biasa la tu .

ann @ hatiberbunga said...

lama x masuk sini, tgk2 dah ada Aie..
tahniah ye!
Aie dearie, welcome to the world..

biasa lah awal2 ni kelam kabut skit.
tp lama2, biasa lah tu.. plus, syukur la Aie tak banyak ragam. ;)

Jue said...

sabar cha..inilah dugaan namanya...

Rohani Hashim said...

kagum..;)

dan teringin nak merasa jugak berkejar2 mcm tu, tido tak cukup, dengar jeritan baby dlm rumah....uuuu bilalah nak merasa nih

@e_da said...

hebat kita sebagai wanita dan ibu... besr pengorbanan besar pahalanya.... kuatkan semangat..nanti anak2 dah besar dah senang... raya aji takde kat kl ek? baru akak nak bertandang..hihi

mamaarifakeemaisy said...

ch@ dh balik sini ke, ingt masih berpntng di kampung,,hu~ mmg mencabar kan...kak eina pun kena get prepared ni, nanti berpntang kt sini je, mak dtg, tp mungkin tak lama..so, mmg kena handle 2 org sekaligus la..hu~

hrp diberi kekuatan mental juga~

ch@ take care, esok balik johor eh, same la kite..bertolak malam kot Insyaallah...

Salina@IbuAqil said...

Sabar ye dik.. Insya'allah!! Allah sentiasa akan mempemudahkan segala urusan kita sbg ibu utk membesarkan anak kita.. ;)

Izan Ishak said...

betul2 menguji kesabaran kan cha bila kena handle anak2 sorang diri, lagi dlm pantang... samalah ngan kak izan ni yg dok mengadap anak2 bujang2 ni. kadang2 tu sampai ummi nangis sendiri bila dorg buat perangai....huhu...

eija_sweetmama said...

btol tu cha mmg salute la pada mereka yg ramai anak tp boleh urus sumenya..

biasala kalau xde yg membantu mmg kelam kabut jugak kita dibuatnya..sib baik aie x meragam sgt..

mcm ziqry dulu la 5 bulan kebwh sgt senang dijaga..tp skrg dh masak 6 bulan ni dh pandai meragam..huhu..

Kelly said...

sapu cornstarch powder by pureen...kejap ja baik

Shiqa Nawar said...

seronok betul baca cerita akak ni. macam nk beranak skarang jugak.hahaha

sal ya said...

ada extra child memang penat sikit. tp alhamdulillah... selagi kita sayangkan anak kecik tu, breastfeed je dia. bab montot dia tu, cuba guna zaricot. anak2 sy guna tu dan kesannya ok. tp consult ngn farmasi la. kang kalau tak jadik kang susah lak sy. hehehe...

Diyana said...

cha,akak guna tepung jagung je letak buntut baby..tk pakai losyen2,cream pun. so far, cpt kering kalau buntut bb melecet. * err,, handle 2 anak akak dah rs..skang suspen nak tggu lps pantang..mcmanela nak handle 3 org pulak sorang2 tnpa bantuan parents...huuu

ch@ said...

yus:
pengalaman ni yus. sgt berguna. insyaALLAH smg dorg menjadi anak yg sngkn hati org tua.

kak hanim:
tu la kak, tak kuat pun kena juga kuatkan. dlm pantang ni emo tu baru nak pulih, so mmg nangis je la kejenya.

kak lela:
mama kita 12org kak. lagila zmn dolu2, arwah bapaknya garang nauzubillah pula tu.

kak yanti:
kena belajar dgn akakla nmpknya.

kak ann:
thanks kak, tu la aie tak byk ragam, meragam bila ada tak kena je la. so far dia tidur aja.

kak jue:
dan juga pengalaman berharga.

hany:
thanks hany.
takpe dgr dan blajar je dulu, esok2 ada rezeki takla gelabah dan terlebih emo.

kak eda:
kan kak kan? pengorbanan dan pahala yg tiada pada org lelaki.hbs pantang je la akak dtg, rest hujung mggu.

kak ieyna:
dlm pantang mmg kena ada org tlg kak, tak kisahla berpantang di mana sekalipun. lagi2 ada anak sulung yg masih kecil. tak menang tangan kalo buat seorang. mmg nak demam.

ibu aqil:
t/kasih bu, selalu bg smngt pada kita.

kak izan:
kagum dgn kak izan, kita belajar drpd kak izan juga.

eija:
kan eija? kita blaja pelan-pelan. masa dorg kecik ni nak dorang cpt bsr, karang dorang dh bsr, rindu pula keletah masa kecil.

kelly:
t/kasih bg idea.

shiqa:
lelah dik oiii, segala silat kuntau smua keluar.

anisalya:
uiii mcm mana gerampun tetap sygkan anak. t/kasih bg idea.

kak diyana:
tepung jagung?hahaaa, sama juga la kak dgn handle 2 anak cuma tenaga je nak kena lbh sikit.