Showing posts with label Breastfeed. Show all posts
Showing posts with label Breastfeed. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

Arrizqi dan rezeki.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ini budak sudah minum susu 4 aun sekali minum, lepas burp dia akan tidur dengan sendirinya walaupun intro hendak lelap tu kemain panjangnya. Dan, elok pula jika memberinya susu formula turun temurun S26Gold dia terus lena tanpa intro-intro. Apakah? oh, ini ikut keadaan juga. 

Ya, akibat emak yang sangat sibuk menguruskan rumah, sibuk menguruskan abang dan kakak, sibuk merencana macam-macam dan menjadi letih, Arrizqi mendapat bantuan susu S26Gold, what the meaning-what the meaning? [ala-ala Zizan] the meaning is, minum susu perah dan minum susu formula. Walawei, dah campurla. Berdegar-degar aku nasihatkan orang untuk breastfeeding, aku? ya, aku tau aku cakap je lebih buatnya tidak. Aku tau, tapi sengaja cari jalan tidak mahu buat. Ya, pertikaikanlah sebab aku adalah seorang surirumah, boleh sangat untuk breastfeeding, direct, pumping tapi memilih untuk fm juga. Kenapa?

Bila sudah berdepan dengan tiga orang anak yang masih memerlukan perhatian, kaki, badan, tangan keseluruhan badan jadi lenguh. Bila malam masing-masing berjaga bagai waktu siang, ambil banyak mana pun vitamin cap kuat takkan dapat mengatasi kekusutan kepala otak. Apatah lagi kena psiko dengkuran sang bapa, yang setiap hari berulang alik ke tempat kerja berjarak jauh-dia dah letih langsung mempengaruhi mood dan perasaan. Aku rasa sangat teruk bila kepulangan abi aku sambut dengan mata sungguh hendak tertutup.

Dan sekarang baru aku tahu, kenapa perlu merancang keluarga seawal yang mungkin. Inilah natijahnya yang perlu aku hadapi. Inilah kepentingannya agar kita dapat memelihara kesihatan badan sendiri, anak-anak dan rumah. 

Aku tidak menyesal memberi Arrizqi susu formula kerana ini adalah pilihan aku sendiri, daya ketahanan badan, emosi aku tidak sama dengan orang lain yang lebih tegar. Apatah lagi aku meladeni kerenah anak-anak sendirian. Arrizqi dapat susu badan sepenuhnya lama sedikit berbanding Adli yang campur sebaik sahaja ngam-ngam sebulan. Jadi, lebih sikit di situ dan sekarang, masih lagi minum susu badan. Rezeki susu badan tu masih ada untuk Arrizqi menikmatinya.

Dalam pada mengelek dirinya, banyak juga perubahan yang memberangsangkan. Paling ketara part minum susula, daripada 2 aun sehingga jadi 4 aun. Uish! dasat mamat ni. Sekarang, baju abang Adli pun sudah disarungnya. Abiii, jom shopping. Dan besen mandi juga sudah tidak muat disamping barut yang menjadi semakin pendek. 

Ruam susu juga sudah semakin kurang dan kering, menjadikan Arrizqi seorang yang ensem. Hihiii. Anak abi sebijik apabila rambut dan matanya kekal sama. Whatever pun, semua mereka ini mudah dijaga cuma masing-masing memerlukan perhatian lebih sedikit.

Abang Adli... Arrizqi pun ada ruas tebu macam abang juga tau.

Pulas tidurmu budak.

Nota hijau: Bila dorang pakat nangis sama-sama,OMG emak ikut nangis juga.

Friday, 16 November 2012

Ekslusif Pumping.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru masuk minggu ke-empat berpantang, mula sudah rasa hendak tewas breastfeeding. OMG mindset-mindset sudah dijangkiti sedikit virus jahat. Kena fikir jalan untuk terus ekslusif breastfeeding. Struggle. Tiba-tiba teringat seorang kawan pernah beritahu, "tak apa kalau beri susu badan guna botol, kena jadi Ekslusif Pumping la. Ada juga kawan yang berjaya EP sehingga anak dua tahun.

Google, syabas memang ada. Aku pun sepertinya sudah menjadi seorang EP. Suka sangat bila tiba waktu mengepam yang datang tiga jam sekali. Setakat Arrizqi minum 3ozs makanya sekali pam hasil yang diperolehi sungguh melumayankan. 7 hingga 8ozs. Buang? aku simpan sampai tak muat peti ais mama. Hahaaa... bersempit-sempitan dengan bahan masakkan dia yang lain.

 Setiap satu sesi.

 Rezeki untuk Arrizqi dan Adli.

Aku suka mengepam, sebab ada orang yang akan setia menemani. Kalau dulu Auni yang teman, sekarang tugas berganti dengan Adli. Bila menjelang malam, mana-mana botol yang sudah dinyah beku [sejuk biasa] 2 botol aku warmkan untuk Adli. Heheee. Oleh kerana peti beku mama yang memang membeku walaupun satu pintu, membuatkan aku terasa hendak buat air batu campur sahaja susu-susu yang telah sedia beku itu.

Siapa sangka habis sebotol susu perah.

Seorang yang sangat tidak suka kepada pembaziran.

Puting luka memang memeritkan, apatah lagi Arrizqi memang kepit dengan gusi dan sangat kuat hisapannya. Pedih kaw-kaw-kaw tahu. Ye letak susu ibu di puting, tapinya untuk dua jam sekali wah-wah-wah jujur aku tidak tahan. Daya ketahanan aku tiada disitu. Bila aku suarakan pada abi, lekas sahaja cadangannya, pumping dan beri sahaja guna botol.

Pertama kali menggunakan botol, wah dia sedut dengan lajunya, sehari memberinya botol dia mahukan lagi dan lagi, botolkan lebih laju pengeluaran susunya. Akhirnya dia hanya mahukan botol sahaja. Sudah letih terhegeh-hegeh untuk mencari puting breast, Arrizqi berlagu dengan nyaring. Bukan lagi merdu, tapi tahap jeritan nyaring yang membingit. Memang kena ikut betul-betul 3ozs setiap dua jam. Lambat? terimalah padahnya.

Hasil daripada pencarian untuk keperluan Arrizqi:
  • Bayi satu hari - 5-7ml
  • Bayi tiga hari - 22-27ml
  • Bayi satu minggu - 45-50ml
  • Bayi satu bulan - 80-150ml
Now, setiap kali pumping, aku gunakan botol yang 240ml, kasi lebih sikit. Alhamdulillah, bila penuh botol tersebut, aku bahagikan pula ikut keperluan, 3ozs dan susun mengikut urutan 1st come 1st out. Sudah pun sebulan, bertahan selagi susu badan ada.

Nota hijau: Auni sudah minum susu campur pada usia 2 minggu. Adli sudah minum susu campur pada usia 2 bulan, Arrizqi? hihiii... strugle-struggle.

Wednesday, 7 November 2012

Rekod.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

REKOD pumping terbanyak setakat hari ke-23. Betulla ibu breastfeeding tegar berkata, buatlah stok susu sebagai persediaan naik berkerja seawal dua minggu tempoh berpantang. Hasilnya memang ummph!

Jam 3 pagi 7hb November 2012.
Hasil kembar. Terima kasih ALLAH.

SYUKUR alhamdulillah aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Sejak Arrizqi dijangkiti bilirubin, atas keputusan bersama abi aku sudah suakan botol susu berisi susu badan yang diperah. Perkenalan botol susu terlalu awal mengakibatkan Arrizqi mencari puting botol selepas direct feeding. Aku sudah buat test selama tiga hari dan memang mengikut jejak langkah abang Adli yang kuat menyusu.

KESIMPULANNYA aku hanya perah dan perah dan perah, Arrizqi minum menggunakan botol sahaja. Terima kasih Medela Swing sebab mempunyai puting botol yang serasi dengan Arrizqi. Sekarang, tegar atau tidak perjalanan breastfeeding Arrizqi adalah bergantung sepenuhnya kepada kerajinan dan semangat emak mengepam.

ABI sudahpun menawarkan S-26Gold, turun-temurun Auni dan Adli. Untuk Arrizqi yang dilahirkan hanya 2.3kg memang perlukan pertambahan berat ideal akan tetapi untuk bulan-bulan terawal ini, selagi susu badan masih ada aku menolak tawaran itu. Aku jadikan kakNad dan LeaImaan09 sebagai mentor yang berjaya men'chubby'kan anak dengan susu badan.

AKU akan tiru semangat diorang. Aku kena belajar untuk menjadi Ekslusif Pumping [EP] mummy. Sudah kucuba menyumbat dan mengajar teknik lekapan yang betul kepada Arrizqi, misi uncompleted atau gagal. At least susu perah lebih baik daripada susu formula. Susu formula pun bagus juga apa, meskipun Auni dan Adli minum brand yang paling murah, tapi cerdik pintarnya sudah cukup buat aku bangga.

SEMOGA Allah akan terus mengurniakan rezeki ini kepada aku, nanti kita share sama-sama pasal EP yerk. Setakat yang aku tahu je la. 

Nota hijau: Gagal bertabah, aku rebah jua. Menangis dihari hampir pagi dek tidak ketiduran selama 2 hari. dibuat dek Arrizqi. Hijrah itu pengorbanan-eh tiba-tiba :)

Tuesday, 30 October 2012

Susu botol bukan formula semata-mata.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrm... perjalanan breastfeeding Arrizqi. Alhamdulillah memang rezeki untuk Arrizqi. Walaupun dilahirkan dengan mulut amat comel, dia struggle as abang Adli untuk direct breastfeeding. Hui, memang hendak menangis kaw-kaw bila tiba directfeeding mesti ambil masa lima belas minit untuk dapatkan lekapan terbaik. Selagi tidak selesa selagi itula aku bergaduh dengan Arrizqi untuk memberi susu.

Oleh kerana ubat untuk menyahkan bilirubin berlebihan adalah kerapkan menyusu maka tindakan yang aku ambil ialah perah susu dan beri dalam botol. Buat masa sekarang sekali menyusu Arrizqi hanya minum 60ml hingga 70ml sahaja, kadang-kadang tidak habis dan dihabisi oleh abang Adli setiap dua jam. Memang syurga  dapat beri dia minum dalam botol. Puas hati bila tengok botol kosong. Hihiii...

Kejam? tidaklah, apasalahnya kan? tidaklah abang Adli cemburu bila Arrizqi direct feeding. Aku masih juga direct bila aku malas hendak merendam susu perah dalam air suam. Hihiii... Yang baiknya bila Arrizqi minum tidak habis, abang Adli lekas sahaja menyedut hingga titisan akhir tanpa belas. Uh, Adli... apa saja janji boleh mengisi perut kecuali pisang dan anggur.

Misi kampung masih lagi datang rumah selepas hari ke-10, pun masih lagi bertanyakan susu tepung jenis apa yang Arrizqi minum. Bagi misi kampung, susu botol ialah susu fomula ataupun susu tepung. Oh tidak-tidak... Arrizqi masih lagi menyusu badan tetapi sudah perah masuk dalam botol. Stok untuk Arrizqi juga sudah berderet menanti giliran untuk dihabiskan. 

5 daripada 8 bumble bee.

Arrizqi bermata sepet.

Penghabis makanan keluarga, Adli.

Masih lagi belum buat keputusan bila untuk balik ke Sg. Buloh. Mungkin minggu depan aku dah boleh berdikari sendiri. Sekarang pun, cuma menunggu jahitan bawah sembuh sepenuhnya. Menerima dua jahitan pun, bila terlalu aktif rasa susah juga. 

Abi, hrm... dah balik Sg. Buloh pun menjalani kehidupannya seperti biasa. Aku sahajalah yang menguruskan anak-anak. Terjerit sana-terjerit sini, ah anak-anak kecil ni pasti sudah bingit telinga dengan teriakan dan jerkahan emak. Emak minta maaf ye anak-anak. 

Nota hijau: Hendak suruh abi pasang pagar di tangga terlebih dahulu sebelum balik sana. Hrmmm...

Monday, 22 October 2012

Berpantang kali ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tanpa sedar, aku berpantang lagi. Hahaaa. Berpantang kali ini semuanya kena buat sendiri pastu macam biasala, macam orang yang bukan dalam berpantang. Melenjan sana-sini, yang berjaga ialah masih pakai stokin, makan menu orang pantang, makan vitamin, minum banyak air, mandi air tujuh jenis daun, berurut dan mengadap laptop. Hiksss.

Tapi suasana rumah mama memang kecoh gila, sebab cucu tok mama sudah pandai membuat permintaan yang macam-macam, sudah pandai bermain, sudah pandai minta di manja. Mulut Auni sahaja sudah boleh buat suasana jadi riuh yang amat apabila dia gemar sungguh menyanyi lagu twinkle-twinkle little star. Bila si Auni sudah menyanyi, makanya Adli juga akan ikut sama.

Walaupun Auni selalu membuli Adli, tapi bagi Adli kakak Auni tetap kakak terbaik. Kalau Auni buat perangai, tok papa pun boleh jadi marah dengannya. Aku dengan mama memang diam je la bila tok papa naik tinggi suara silap-silap, Adli pula yang menangis sebab Auni kena marah. 

Adik baby-panggilan Auni, tidak banyak kerenah sangat. Menjaganya sama seperti menjaga Adli. Kali pertama Auni melihat adik baby apabila dia ikut masa abi ambil aku keluar hospital. Sekarang ni, dialah peneman setia abi jika abi keluar ke mana-mana. 

"umiii... baby sangat comelkan? Baby sangat comella umi" - itulah ayat bila dia melihat adik babynya. Dan sampai hari ini, dia tidak pernah men'cepuk' atau mengusik adik baby. Bila adik baby tido, dia akan menyuruh semua orang senyap. Walaupun tidak lama kemudiannya dia yang mengajak adik Adli berlari sakan sehingga naik bergegar lantai rumah.

Reaksi Adli bila melihat adik baby, cool sahaja. Termenung. Auni suka kiss adik baby pun, Adli tengok je daripada jauh. Mungkin memerhatikan tingkah kakak yang sayang adik baby. Adli dalam proses pembelajaran. Walaupun nampak cool, tapi hati mesti tertanya-tanya sehinggalah dia hanya mahu tidur bila emak yang tepuk dan peluknya. Nyanyi lagu zikir macam biasa. 

Masuk hari ke-empat dia sudah boleh terima, melihat kakak sayang adik baby, kiss pipi adik baby, Adli pun mahu juga. Hati aku pun sudah lega apabila Adli sudah boleh tidur sendiri. Sekarang ini, moodnya hanya mahu main di atas tanah. Berjalan meng'eksplore' dunia luar. Adli sudah berjalan dengan cekap. Syukur.

Jadi berpantang kali ini, aku agak bersilat sedikit. Aku kena biasakan untuk menyelesaikan semuanya dengan sendiri. Paling aku seriau apabila aku ke bilik air meninggalkan mereka bertiga sahaja. Adli dan Auni aku tidak risau sangat, yang aku gusar Adli dan adik baby. Adli suka menyakat juga. Buatnya, dia tidak sengaja jatuh menimpa adik baby, aduh tidak tergambar dalam fikiran.

Adik baby, rutin seorang budak tujuh hari, minum susu dan tidur sahajalah. Baru sahaja terkena jaundis, berulang alik aku ke klinik kesihatan, harap turun lagi bacaannya esok. Hari tu bacaannya 12, aku balutkan dengan PB turun jadi 11. Hihiii. Parah juga bila mulutnya kecil macam Auni dahulu. Susah untuk sesuaikan dengan breast dan aku pun kena struggle sama bila tiba masa menyusu. Hendak sahaja aku perah bagi dalam botol. Aku tak ingat mana aku letak warmer hendak ku suruh abi membawanya pulang ke Johor ni.

 Auni kiss Adli.

 Adli dan adik baby.

Usik mengusik.

Huih, hendak update satu cerita pun parah juga buat masa ini, kena tunggu semua masuk tidur baru aman. Terima kasih abi atas kesudian melanggankan Maxis broadband untuk wife dia ni. Hiii lepas ni guna ni je la. Bila blogwalk, aku thru Android ja.

Nota hijau: Senang betul berpantang dengan PB ni. Hihiii. Cerita bersalin, nantila yerk. 

Friday, 29 June 2012

Sudah bungkus.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mood geram. German kalah EURO 2012 di tangan Itali. Waaaarrghhh! stress macam aku pula yang menyepak bola. Hahaha. Wei, aku memang hangin tengok penjaga gol German, si Gianluigi Buffon macam tergamam berhadapan dengan Mario Balotelli. Haih! Dua-dua gol pula tu, eeeeeeeee... frust makcik. 

Heh, ye aku memang target nak layan German vs Italy, tapi biasalah kalau sudah sesi tidurkan Adli my hero tu, akan terbabit untuk hanyut sekali gus. Tengok-tengok dan nak habis separuh masa pertama, buat susu Adli layan dia bercakap then pelan-pelan cabut lari pergi alih siaran tv pasal Auni tidur tidak off tv lebih dahulu.

Sudah 2-0. Sedang enak aku layan bola, Auni pula bangun minta kartun. Mak aiii dak ni, dia boleh bangun lak. Frust German masih kosong, aku bangun masuk bilik tinggalkan Auni dengan kartun. Rupa-rupanya, German dapat  satu gol. Kira oklah 2-1 takdelah jauh ketinggalan sangat. Boleh cuba lagi.

 Jasamu sangat aku kenang. Jumpa lagi nanti.

 Oh, aku memang tidak mahu menjualkannya sebab beli atas titik peluh sendiri. SAYANG!!!

Sudah lama terbiar dalam beg cooler atas almari, memang rasa hendak mengemas semula tapi tidak berkesempatan, akhirnya hujung minggu lepas sambil-sambil aku selongkar almari anak-anak mengasingkan baju elok dan tidak, boleh diguna pakai semula atau dijadikan kain buruk, aku kemaskan sekali gajet istimewa mahal ini.

Medela Swing, aku sudah bersihkan dan simpan sejak Adli 7 bulan lagi. Now, Adli 9 bulan means 2 bulan sudah fully fm dan solid-food. Akan digunapakai semula 2 tahun akan datang, hehehe. Ye ke? Tah.

Duduk dalam kotaknya semula, baju-baju Auni dan Adli yang sudah mengecil juga aku asingkan dan lipat cecantik. Harap-harap boleh turun kepada adik dorang pula nanti. Wiiii... Lambat lagi, kasi makcik pasang badan dulu.

Jasanya memang sangat banyak walaupun aku terpaksa memikul ke tempat kerja setiap hari. Aku suka, tapi apa hendak buat, ngam-ngam sehingga 7 bulan sahaja. Untuk rekod diri aku sendiri, aku sudah kira aku berjaya. Apatah lagi, sekarang ini aku buat makanan tambahan Adli dengan sendiri, malahan aku sudah memulakan langkah awal penggunaan Cloth-Diapers. 

Aku sudah hampir lengkap kepada misi dan target sendiri. Tinggal lagi, aku hendak menjadi suri rumah dan tinggal di rumah atas tanah. Itu sahaja impian yang berbaki. InsyaALLAH...

Nota hijau: Alhamdulillah, syukur.  

Wednesday, 25 April 2012

Terasa betul ketiadaanya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akhirnya, setelah mengendong dirinya selama 6 bulan aku membuat tindakan tekad dan berani, terpaksa kentalkan jiwa raga hati nurani untuk meninggalkan dirinya. Akhir-akhir ini, jasanya bagaikan tidak kuperlu lagi.

Sedih? aku tidak berasa terlalu sedih sangat kerana apa yang aku targetkan telah pun berjaya. Hanya untuk pada diri sendiri ok. Ya, sejak Adli diperkenalkan dengan segala mak nenek puri, dia bagaikan lupa pada emaknya apabila sudah kenyang.

Adli, kamu memang hebat apabila menyusu dengan jayanya. Adli berjaya directfeeding walaupun dengan niple rata. Syukur sehingga ke saat ini, dia masih lagi ingat akan bau emaknya. Anak dengan bau emak memang mempunyai ikatan yang sangat kuat.

Syukur juga kerana aku diberi peluang untuk menyusukan Adli secara directfeeding dan juga botol. Syukur kerana membuatkan aku gembira sepanjang menyusukan Adli disamping tiada halangan-halangan yang sukar menghalang.

Syukur kerana aku telah mempelajari dan memperoleh pengetahuan tentang penyusuan susu ibu bekalan untuk pada hari mendatang. Alhamdulillah, Allah memberi aku kesempatan untuk aku merasakan nikmatnya.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sangat supportive, sporting sentiasa memberikan idea dan juga jalan penyelesaian bila aku memerlukan. Terima kasih-terima kasih-terima kasih. Kamu semua sangat berharga.

Adli masih lagi directfeeding sebelah malam, tetapi waktu siangnya aku sudah tidak bekalkan dengan susu perah. Aku bekalkan dengan susu formula kegemaran aku, Auni dan abi iaitu susu paling mahal S-26 Gold Rumusan Susulan. 

 Adli satu hari

Adli 6month.

Adli ok je, semua pun dia belasah janji kenyang. Perkembangan Adli juga seperti anak-anak lain yang sebaya dengannya. Sudah laju menaiki walker, sudah meredah rumah walaupun dengan hanya mengesot. Hobi baru ialah, membuli kakak Auni. Hahaaa.

Terasa betul tidak membawa banyak beg hari ni, ganjil apabila tidak keluar daripada opis pada jam 11pagi. Hihiii! Kekok.

Nota hijau: Terima kasih breastfeeding. Terima kasih Medela Swing. InsyaALLAH selepas ini aku struggle apabila mendapat peti ais dua pintu. Hewhewhew. Semoga Allah teruskan rezeki buat kami sekeluarga. Amin.

Friday, 13 April 2012

Hooorey!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malam ini balik Johor. Hihiiiii. Sudah tidak sabar mahu pulang ke rumah keluarga. Khabarnya, kawan-kawan sekolah mahu mengadakan perjumpaan semula. Seronoknyaaa.

Aku mc hari ni, kerana apa? biasalah Auni dah jangkitkan HFMD pada aku pula. Naik bintik-bintik kecil warna merah dan berair di tangan. Adli tidak kena, aku pula yang kena sampai kena gelak dengan doktor. Dah tua pun kena HMFD. Mana aku tahu, Auni dah terlebih ambil antibodi aku.

Aku harap Adli tidak kenalah, doktor kata tak apa kalau aku teruskan breastfeeding, tapiii abi tak bagi. Aku pun sudah konfius ni. Apa aku buat, aku perah je la susu tu buat perhiasan. Huhuuu! Rasanya, aku beri je pada Adli nanti, susu ibukan ada antibodinya tersendiri. Aku menanti juga kalau-kalau mamat tu demam sebab injek dua belah kaki hari tu, semuanya masih ok. Means, susu ibu memang mujarablah.

Jadi, kesempatan ini aku [ceh macam ucapan raya pula] hahaaa, aku saje je mahu tayang resepi puri kentang dan puri pear. Tidak sudah-sudah omak Adli ni dengan resepi puri. Abi pun sokong aku buat puri ni lepas aku kata, 'mahu ajar Adli makan nasi, kalau tidak jadi macam Auni, tidak suka nasi' lagipun aku ada terbaca satu artikel, kita orang Malaysia makanan ruji ialah nasi, jadi perkenalkanlah nasi pada makanan pertama bayi. 

Adli with his smile.

Auni with her pose.


Sebab tu la, orang dulu-dulu letak air kanji dalam susu. Air sementara nasi mendidih tu... manalah aku nak cari air kanji kalau masak guna periuk lektrik, mau kena renjatan. Masak nasi guna periuk atas dapur? erk, aku memang tak pandai. Hahaaa.

Puri kentang dan puri pear Adli.
  1. Kupas kulit kentang dan pear, cuci sehingga yakin bersih. Potong comel-comel ikut suka hati.
  2. Kukus. [sejak ada pengukus ni kan. Memang rajin lain macam]
  3. Kisar kentang dan pear secara berasingan, biar sejuk seketika. Guna air yang sedikit.
  4. Masukkan dalam dulang kiub ais. Sejukbekukan seperti biasa.
Puri bubur nasi + puri kentang + ikan bilis halus = tidak sedap. Hahaaa. Tekak mak Adli. tekak Adli ok je.
Puri bubur nasi + puri kentang + puri pear = sedap-sedap-sedap.



Aku hendak beli lagi dulang kiub ais brand Giant tu. Bolehla aku buat puri ikan, puri ayam pula lepas ni. Cik Mot, jangan lupa share resepi Iris ok. Hehehehe.

Nota hijau: Alhamdulillah, Auni sudah sihat. Adli pun semakin cergas. Terima kasih mendoakan mereka.

Thursday, 5 April 2012

Tempoh penyimpanan puri sejukbeku.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Entry ringkas je ni buat kak Nad atau mamaZN. Siapa mahu baca pun boleh. Hasil daripada pembacaan, cara mengendalikan puri sejuk beku, sama dengan mengendalikan susu perahan sejuk beku, daripada freezer, nyahbekukan dan panaskan.

Cara aku mengendalikan puri sejuk beku untuk Adli juga sama. Ambil puri bubur nasi dan satu kiub puri sayur/buah, nyahbeku, dan bila pagi aku warmkan sambil aku mandi dan bersiap.

Untuk tempoh ini, aku sediakan satu kiub puri brokoli dan 3-4 sudu  besar puri bubur nasi sedikit ikan bilis yg dikisar halus setelah dicucibersihkan. Mungkin di rumah pengasuh, mereka beri Adli dua kali kerana aku ada juga bekalkan biskut Milna serta nestum Auni. Adli kan suka makan.

Jika tidak silap bacaan aku, frozen puri [betul-betul beku] boleh tahan sehingga 2 minggu. Puri yang biasa berada dalam suhu peti biasa hanya tahan 2 hari. Dan jangka masa penyediaan puri pada suhu biasa adalah tidak melebihi 2 jam, dikhuatiri akan membiakkan bakteria.

Pastikan bahawa puri-puri yang cantik berwarna warni sentiasa berkeadaan bertutup rapat. Kita simpan makanan dalam peti pun mesti bertutup rapatkan?

Aku buat puri sejukbeku ni pun sebab aku kerja, so boleh cilok-cilok untuk penyediaan yang pantas, jika anda surirumah yang segar itu lebih bagus. Hihiiii! Namun, puri sejukbeku tetap lebih baik daripada makanan siap di kedai. Eh! dah macam pomot EBM pula gamaknya.

Web yang sentiasa menjadi rujukan aku, kredit 5 star kepada [IbuCergas For the loved ones..]:
Makanan Bayi: Cara Yang Betul Kendalikan Frozen Puree
Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet
dan ada banyak lagi info-info lain, aku suka baca web ni banyak-banyak kali.

Nota hijau: Tidak sempat tunggu dua minggu, puri pun dah habis. Hahahaaaa. Macam pakar sangat je umi Adli ni kan. Ngeeee, bolehla share-share. Eh! terpanjang pulak. Ringkas la ni kannn.

Tuesday, 27 March 2012

Already 6 month.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huwiiiieee! i'm happy-i'm happy. He is six month already. Alhamdulillah, Adli membesar dengan jayanya. Dalam 6 bulan ini, baru sekali demam. Dan hampir sahaja hendak demam dek terkena campak ringan. Malangnya, tidak sempat demam itu menyinggah.

Sudah pun makan solid-food, puri nasi bersama ikan bilis dan puri lobak. Best-best. Masih lagi minum susu ibu disamping susu formula dengan biskut Milna. The best moment is, aku masih lagi memerah susu di waktu bekerja, sesuatu yang tidak dilakukan semasa Auni berusia 6 bulan. 

 
Buat apa tu sedara?

 
Apa? tangkap kaki meja? eh-eh, janganla hantuk kepala kat kaki meja tu.

 
Adli: umi... i'm here. Hihiiii.
Oh, dah pusing sana pulak? jangan terselit bawah sofa ye. Karang tak boleh keluar pula.

Kayuh-kayuh, berenang-berenang. Suka ye.

Adli sudah pandai mengesot, sudah pandai mengunyah, sudah pandai menepuk air ketika mandi, sangat peramah dan mudah senyuman. Ada part dia seorang yang sangat pemalu.

Rumah aku kena sentiasa bersih sebab sudah ada tukang kutip masuk mulut. Auni... tolong kemas barang Auni.

Nota hijau: Seronok tengok bila dia main dengan kakak Auni. Hihiiiii.

Friday, 16 March 2012

Sudah tiba masanya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hurey, Adli akan berkenalan dengan solid-food. Walaupun aku sudah menyuakan biskut Milna kepadanya, maka membuat solid-food pertama haruslah puri bubur dengan puri buah-buahan.

Aku sedang gigih menimba ilmu, korek sana-korek sini, surfing sana-surfing sini melengkapkan pengetahuan penyediaan solid-food, menguruskan solid-food dengan mudah untuk babysitter disamping menjimatkan masa untuk aku yang bekerja.

Frozen solid-food. Yes, cepat dan ringkas. Hanya memerlukan satu jam pada hujung minggu untuk menyediakannya. Buah-buahan dan sayur-sayuran, dijadikan puri, dibekukan di dalam kiub ais bertutup dan simpan sejuk beku.

Beras dicuci, digoreng tanpa minyak, dikisar halus dan disimpan kedap dalam peti. Bila tiba masanya, setiap pagi memerlukan 5 minit untuk menyediakan bubur ringkas ini. Masak beras bersama air, setelah masak, campak sahaja salah satu frozen puri buah-buahan atau sayur-sayuran. That's it. Sangat mudahnya. 

Ianya akan dibekalkan kepada baby-sitter setiap hari. Tapi, minggu pertama ini, mungkin aku hanya beri 3 kali seminggu. Hihiii. Semoga semuanya berjalan mengikut perancangan. Misi akan bermula selepas 27 haribulan nanti, setelah kesemua peralatan menyediaan solid-food aku lengkap. 

Aku memerlukan ice-tray bertutup, warmer dan juga tupperware kecil-kecil untuk memudahkan baby-sitter bubuh dalam warmer. Semuanya dalam perjalanan ke rumah. Teehhehehehe... terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu.

Lagi, terus memberi Adli susu badan sehingga ke titisan terakhir. Sekarang ini, aku mengalami kemeruduman hasil setiap hari, malang bila terskip satu sesi pumping. Semuanya jadi tunggang langgang. Aku kena gigih bekalkan 4botol kembali. (sekarang 3botol sahaja. sob-sob-sob) Power Pumping diperlukan semula. Hohooo.

Kalian semua mendoakan aku agar impian aku ini menjadi kenyataan, supaya aku boleh berikan the best for Adli. Aku tidak mahu mengulangi apa yang telah dilalui Auni. Cukup susah untuk makan nasi, kerana aku sudah kenalkan dia Nestum bayi untuk pertama kali. Huaaaaaaa. Menyesal tidak berguna.

Yes, makcik teruja sangat-sangat. Mahu buat puri lobak, puri epal, puri pear dan macam-macam puri lagi. Hiii.

 Oiii seriusnyaaa.

The makcik-makcik, kakak Auni.

Nota hijau: Tidak sabar menanti hari esok. I'll be meet someone special for me. Auni dan Adli akan bertemu their abang. Waiting dalam debaran. InsyaALLAH.

Friday, 24 February 2012

4botol x 120ml + Milna = Aie.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Happy, minggu ni bekalan for Aie mencukupi, walaupun dah terlepas kata kepada kak Ana. 

"kalau rasa tidak cukup, beri fm yang ada tu kak Ana, dah beli sayang juga tidak diminum" emak Aie berkata sewaktu proses memindahkan bekalan 4botol x 120ml susu ibu. Tiada yang mustahil pada kak Ana. Jujurnya, dia lebih pakar mengendali kehendak anak-anak kecil yang diasauhnya.

Sebaik sahaja aku balik daripada kerja, aku hanya membawa 2botol x 120ml sahaja setiap hari. Jika ada extra sebotol pun hanya tambah 60ml hingga 70ml. Ya, buat pengetahuan aku memang tiada stok yang banyak-banyak-banyak macam emak-emak breastfeeding tegar yang lain.

Jadi, aku kena gigih untuk maintainkan bekalan 4botol x 120ml setiap hari tidak kira macam mana gaya dan rupa pun. Jadual mengepam aku juga hanyalah pada jam 10.30pagi - 11.30pagi dan 4petang - 4.45petang. Aku mengepam di surau jadi pada sebelah pagi aku boleh rileks sedikit berbanding sesi pumping sebelah petang kerana orang keluar dan masuk surau. Agak mengganggu aktiviti walaupun sehabis daya aku membuat muka tembok.

Segan je nak interframe. Hahaha.

Sebaik sahaja balik opis, segera aku menyimpan susu dibahagian atas dan turunkan 4 botol untuk dicairkan bekalan untuk hari esok sebelum aku bergerak mengambil Aie dan Oni di rumah kak Ana. Kadang-kadang aku terus aja ambil dorang, yang malasnya kak Ana suka bersembang dan yang bestnya bila dah terjebak aku berat kaki nak balik cepat. Hahahaaa.

Kak Ana suka menginterframe mak Aie ni. Dialog biasa kak Ana untuk memberi semangat kepada emak anak-anak yang diasuhnya.

"emaknya dah la kecik, anaknya semangat, suka naik tangga. Mana tak semput" kak Ana say. Aku sengih je.

"badannya kecik tapi susunya banyak, susunya pekat. Susu formula pun ada tak buka lagi" kak Ana berkata lagi.

Alhamdulillah, Aie terus menggebukan diri. Eh? tak boleh panggil gebu sebab Aie ni agak kecoklatan jadi Aie terus mendemokkan diri. Apatah lagi, setiap 4botol itu dicampur dengan sekeping biskut Milna. Wuhuuu, yes my Aie sudah pun makan biskut. Hahahaaa.

Sama seperti Oni, 4 bulan dah makan. Badan pun, macam dipam-pam. Tapi, Oni ye menggebu. Aie is mendemok. Ok sambung part menyusu tadi. Bila semua sudah aku hangkut balik rumah. Terlebih dahulu haruslah aku bermain dengan anak-anak. Gurau-gurau, main babacak, nyanyi. Aie mahu cap gantung punya terus dia tidur sampai pagi. 

Bila dia dah tidur, aku akan mandi dan masak. Kalau rajin. Kalau tidak, pasang DVD korea sambil menelefon mamak. Delivery sahaja roti pisang dua keping bersama horlick panas. Bolehla aku main masak-masak dengan Oni. 

Sebelum tidur, aku akan pastikan beg anak-anak sudah disiapkan. 3 helai baju Aie, 3 helai baju Oni. 8 keping Drypers L size untuk dua orang. Aie share pampers dengan Oni.

Jam 2.00pagi - 3pagi ialah sesi Power Pumping sebelum Aie bangun untuk menyusu pada jam 5pagi. Yes, itu la rutin pumping aku. Dan pagi itu jugala aku terhegeh-hegeh nak gosok baju kerja, nak mandikan Oni, nak kemas pumping bag. 

Siap-siap tukarkan pampers Aie dahulu dan angkut semua bag, jam 7.15pagi aku sudah pun keluar daripada rumah menuju rumah kak Ana. Rutin seterusnya bermula semula.

alaaa rambut tak pacak. 

lihat rambutku? pacakkan? hasil terkenan david Beckham. 
tolong-tolong pipi saya berat.

Hujung minggu? yeay. Abi agak jarang nak bawa kitorang jejalan. Paling-paling dia bawa Oni je sebab tidak larat nak tengok rumah bersepah. Hihiii. Kalau dapat berjalan itu adalah bonus. Eh, menyimpang cerita lagi. 

Nota hijau: Kepada emak-emak baru, silalah menjadi emak breastfeeding yang struggle ok. Sangat banyak manfaatnya. Nasihat emak Aie yang tidak berapa tegar :D Ampun kepada yang tidak suka entry breastfeeding saya ni ya.

Monday, 20 February 2012

Bersalin secara normal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kesinambungan daripada entry kali lepas. Alhamdulillah, setelah Oni genap berusia satu tahun setengah bulan, projek menambahkan ahli keluarga pun bermula. Itu pun setelah memikirkan dan menimbangtara segala mak nenek risiko yang akan ditempuhi nanti.

Sebelum misi bermula, terlebih dahulu aku mengkaji kaedah bagaimana hendak mendapatkan anak lelaki. Siapa kata aku menolak tepi petua-petua para biologi yang telah bersusah payah mengkaji bagaimana cara untuk menentukan jantina anak.

Oleh kerana masa Oni, main aci redah sahaja maka yang keluarnya ialah girl. Jadi, untuk mendapatkan hasil anak lelaki aku telah mengamalkan tidak memakan ayam. Aku pun tidak tahu mengapa, selera ini bagaikan tahu-tahu sahaja aku suka makan ikan. Dan, yang aku pesan kepada abi ialah pabila menembak, hendaklah menembak secara kuat. Ini kerana, mengikut pembacaan bahawa si sperma yang aktif akan membawa gen anak lelaki. Tehehehe, gila malula nak taip.

Memangla kita tidak boleh menaruh segala kepercayaan, akan tetapi sedikit berusaha apa salahnya bukan? jika dimakbulkan itu adalah rezeki lebih, jika tidak dapat itu pun dikira rezeki juga. Anak-anak penyambung generasi.

Bulan ke lima pergi scan, tersengih panjang bila mendapati Aie bergerak sangat aktif dan jelas keburungannya. MamaMikhailla yang biasanya menjadi mangsa tempat aku mengadu bahawa Aie suka main bola dalam rahim. Aktif teramat tidak mengira siang mahupun malam. Jauh sungguh perbezaan semasa membawa Oni.

Minggu 37.

Hari di mana Aie keluar semasa penghujung Syawal. Allah memberi aku kesempatan berpuasa penuh selama sebulan dan makan ketupat rendang dan sebagainya semasa Aidilfitri. 

Bersalinkan Aie adalah sangat mudah, aku rasa macam sekejap benar sakitnya. Pagi itu aku dah mula rasa tidak sedap perut, krem. Dek, malas nak pergi hospital terus sahaja abi hantar pergi kerja. Sebelum tu pun dah dua kali aku keluar masuk wad dek keluar spot warna coklat dan bleeding.

Akibat ketidaktahanan lima minit sakit datang dan berulang alik tandas aku menelefon abi untuk datang dan hantar aku ke hospital. Memang dalam kepala otak dah set, mesti baby nak keluar malam ini juga. Turun sahaja lobi opis, surprise!!! abi datang dengan motor. Hah! boleh jadi bahan macam ni, pergi hospital mahu bersalin dengan merempit.

Part langgar bonggol tu aku tak tahan. Sesampai di PPUM, aku terus naik labour room. Mendaftar sendiri di kaunter jururawat, duduk dalam bilik bernombor 8. Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba........

Pap! lampu bilik dimatikan orang. Aku kena bangun daripada katil ni, kena keluar memberitahu jururawat bertugas, karang ada yang bersalin seorang. Membebel ketua jururawat nan tersebut berikutan bilik ada patient dianak tirikan.

Sebaik sahaja CTG dipasang, aku diam cuba menenangkan diri. Di manakah abi? sudah pulangkah dia. Sebab, aku tahu dia seorang yang kurang gemar duduk bermukim di hospital. Menunggu adalah satu penyeksaan. 

Setelah bukaan diperiksa, sudah pun 3 hingga 4cm kesan daripada merempit dan tidak duduk diam. Ketuban dipecahkan. Pisss! terasa panas. Sekarang, tiba masa untuk merasakan kesakitan kerap dan bukaan aktif. Ini pengalaman pertama aku. Setiap kali keregangan terasa, segera aku menarik nafas dengan panjang. Menarik nafas dengan hidung, hembus nafas dengan mulut.

Aku kena simpan tenaga. Aku terasa Aie sudah mahu keluar benar, memegang besi katil dengan kejap. Urgh! rasa mahu berguling jatuh katil gamaknya. Akhirnya, masuk dua orang jururawat, membuat persediaan menyambut Aie.

Rambut sudah nampak sebaik sahaja aku mengangkat kaki. Tangan dipergelangan kaki. Teran dengan senyap, dagu bertemu leher. Curi nafas. Kalau nak tahu, aku masih boleh ketawa semasa meneran sehinggakan jururawat dan pembantu yang ada pun gelakkan aku sekali. Ngeee. Dorang kata, kalau macam ni gaya, boleh bersalin sehingga sepuluh orang. 

Sudah selamat Aie keluar, proses seluk menyeluk mengeluarkan apa-apa yang sepatutnya. Terasa sudah rabak benar. Melihatkan keadaan yang tenang, aku bertanya sama ada kena jahit atau pun tidak. Dua kali periksa, sah hanya terdapat sedikit sahaja koyakannya. Jadi, tidak perlu jahit. Pandai meneran.

Ye, semuanya segar dihadapan mata. Tenaga aku terasa masih banyak lagi apabila boleh berbual-bual dengan jururawat bertugas. Siap aku dibersihkan, ditolak naik ke wad. Menikmati layanan jururawat sepenuhnya. Terasa bagaikan dalam drama.

Direhatkan selama sejam, aku didatangi abi. Hanya bertshirt dan berseluar pendek, tiada Oni. Oni masih di rumah kak Ti. Hampir jam 10 malam. Entah, terasa sayu sangat hati masa tu. Terasa sebak tidak boleh berkata-kata. Aku bersalin normal dan tidak berjahit. Aku bukanlah orang yang besar sangat. Hanya 147cm dan 50.7kg, berat terakhir dengan Aie.

Aie 2.97kg pada minggu ke 37. 

Tidak lama kemudian, aku dikejutkan jururawat untuk penyerahan Aie. OMG, dia sudah dalam dakapan aku.  Bermula episod breastfeeding. Sekali lagi aku bersyukur, Aie feeding dengan jayanya. Bila terkenang semasa bersalin Oni, aku tidak tidur malam kerana dia mahukan peluk dengan erat. Tidak bagi Aie. Waktu minumnya perlu di kejut, tersangatla lenanya.

Selamat datang Aie. Esoknya, setelah di check sana situ sini, aku sudah pun balik rumah pada sebelah petang. Alhamdulillah, daripada breastfeeding walaupun niple luka, Aie tidak kena kuning sehingga ke hari ini. Dia baru demam sekali sahaja sehingga 4 bulan ini. Aku pasangkan niat awal-awal untuk breastfeeding. Membeli Medela Swing dengan titik peluh sendiri. 

Apa yang terjadi sewaktu kelahiran Oni dahulu, aku tidak mahu ianya terjadi lagi. Betul, breasfeeding memang memerlukan semangat juang yang tinggi. Ibarat satu peperangan yang juga memerlukan sokongan orang keliling. Terima kasih blogspot terima kasih sahabat blogger, anda semua penyokong saya. 

Berpantang kali ini, masih lagi mengamalkan bertungku, berurut, dan aku membeli set bersalin sendiri, Amway. Aku merasai berurut seluruh badan, sengkak rahim. Berbengkung paling penting dengan lumuran herba-herba. Panas-panas. 

Aie is 4 month.

Terasa sihat bila betul-betul selepas berpantang. Terima kasih Aie kerana masih breastfeeding sebab mengelakkan aku minum air sejuk, ais, air gas dan lain-lain sehingga sekarang. Aku sungguh suka sebab dapat minum Cocoa Colagen Power Plus seperti sebelum ini. Aku sangat bersyukur.

[Pada satu hari 27 Sept 2011 klik untuk baca]

Antara czer atau pun normal. Czer, tidak perlula merasai kesakitan akan tetapi episod berpantangnya amat ruwet dan macam-macam. Berbanding dengan normal, merasai kesakitan dan episod berpantangnya tidaklah terlalu cerewet. Tidak boleh terlalu konfiden untuk bersalin secara normal kerada setiap cara bersalin terdapat  risiko tersendiri.

Kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku semasa hari bersalin.

Nota hijau: Walaupun koyak sikit, tapiii ngilu la gak bilaaa gitu-gitu kan. Hehehe.

Friday, 17 February 2012

Antara czer dan normal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lambat aku keluar daripada bilik makan tadi, seronok bila ada orang bertanya kisah misah bersalin. Well, aku sudah pun merasa bersalin czer dan juga normal. Of course la, bersalin secara normal adalah yang terbest dan terbaik.

Masa bersalin secara czer dahulu pun, tidak dijangka oleh otak untuk melakukannya, semuanya berlaku bergitu cepat dan pantas. Ketuban licking. Part ketuban, memang tidak boleh berlengah lagi, harus gegas ke hospital walaupun tidak merasa sakit. 

Oni. Day one.

Ye, aku masih rasa kontraksi bila di induce, aku hanya mampu bertahan 4cm diikuti dengan degupan jantung Oni sudah pun tidak teratur iramanya. Bimbang segala kemungkinan yang tidak diingini berlaku, tambah doktor tidak mahu risiko menjadi lebih tinggi maka aku ditolak masuk bilik pembedahan.

Walaupun sudah terbaring, masih lagi aku melihat air mata mama dan juga gerak geri abi mengekori troli, bersama dua hingga tiga jururawat bertugas diiringi seorang doktor yang memang memantau aku. Terasa kebimbangan terhadap Oni tiada taranya. Yang penting dia mesti selamat.

Tiba di bilik pembedahan, masih terbayang pintu OT ditutup oleh jururawat bertugas meninggalkan hanya petugas-petugas khas, pakar bius dan mereka yang terlibat sahaja. Aku diminta duduk memeluk bantal dan bius. Ngilu terasa apabila pisau berlaga gunting. Akhirnya, aku diberi sejenis gas membuatkan aku terlena.

Alhamdulillah, sebaik sahaja aku ditolak keluar, mama dan abi menyerbu mendapatkan aku.

"baby girl, putih, serupa macam awak" that's it suara my mom. Aku mengira satu hingga sepuluh dan, membaca A sehingga Z bagi mendapatkan kepastian, aku betul-betul sedar. 

Ditolak ke wad biasa diiringi mama, abi dan petugas PPUM. Oh, bayiku sudah selamat keluar. Ini bukan mimpi. Dia sudah pun dimandikan, diazankan, diiqamatkan. Dia perlu, menyusu. Oh, ini episod baru untuk aku. Drama untuk breastfeeding bermula. 

Oni, 1.8kg berusia 35minggu 6hari, sebesar botol kicap, sebesar lengan biasa seorang lelaki, bermulut kecil memerlukan seribu kepayahan untuk permulaan breastfeeding. Kolustrum pertama, hari pertama dan kedua, Oni berjaya mendapatkannya dengan bantuan jururawat. Aku sangat memerlukan pertolongan berikutan bius luka sudah pun hilang. 

Menjadi episod ngeri apabila hendak breastfeeding dengan Oni. Tersangatla cetek ilmu tentang breastfeeding sedangkan susu melimpah ruah. Sampai satu tahap, hendak sahaja aku masukkan dalam botol susu dan beri pada Oni, sayang PPUM adalah Hospital Rakan Bayi di mana, everything is breastfeeding.

Hendak tidak hendak, aku suruh sahaja jururawat memberinya menggunakan cawan. Aku tidak pandai. Disebabkan ketidakpandaian itu, Oni kurang menyusu direct dan kuning pula mengjangkitinya semasa aku ditahan wad sekali lagi berikutan air kencing aku tidak keluar.

Aku sudah tidak hairan dengan tidak boleh buang air, kerana sudah menggunakan tiub kencing. Yang penting Oni, kuning Oni terlalu tinggi dan ianya perlu pemantauan. 3 lampu ultra ungu, panas, bahang membuatkan aku bertambah sayu melihatnya.

Kuasa lampu itu mampu mengeringkan sehelai kain basah yang menutupi katil Oni. Apatah lagi dengan tubuh Oni yang hanya 1.8kg itu. Oooohhhh!, air mata aku sudah habis. Aku mesti terus bertabah. Hampir sahaja aku berkampung di PPUM. Dengan masih bertiub kencing, aku bawa Oni balik rumah. Bukan takat balik rumah, balik kampung terus. 

Sudah tidak larat untuk mengepam dan bantuan susu formula diberikan kepada Oni. S26 Gold susu termahal setakat ini. Bukan senang mahu mencari susu formula yang sesuai untuk bayi sekecil Oni, memerlukan yang terbaik biarpun bergolok bergadai.

Demi Oni, biarlah dia terus menggebu dengan susu formula. Setelah dua minggu bertiub, aku kembali semula ke PPUM, sudahpun mula terasa boleh membuang air secara normal walaupun pedih tidak terkata. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku untuk menjaga Oni sehingga hari ini. Aku kembali berpantang sebagaimana bersalin normal.

Sudah boleh berjalan bebas dan menggelek Oni sepuas hati. Bulan kedua, aku sudah boleh mandi sendiri dengan meletak kain di tempat luka mengelak terkena air secara terus. Aku hanya amalkan makan pati ikan haruan sebanyak 6 botol, dan jelly gamat untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Pantang makan macam biasa dan masih juga berurut, bertungku tetapi mengekalkan keselamatan tempat luka. Tidak boleh makan makanan yang mendatangkan kegatalan mahupun bisa perut. Adalah amat susah untuk menggaru di tempat luka bila ianya terasa gatal. Hihiii.

 Oni, 2 year and 7 month.

Aku sangat bersyukur aku dapat harungi kepayahan bersalin secara czer, dan kesusahan itu dapat diatasi dengan bantuan dan sokongan abi. Melihatkan betapa sayangnya dia kepada Oni, buatkan hati aku rasa biarlah aku bersalin banyak kali pun, asalkan abi ada di sisi. Wiii.

Bersambung ke episod seterusnya. Cerita ini berdasarkan pengalaman aku :D

Nota hijau: Czer merupakan cacat yang akan dikenang sampai bila-bila. Oni besar esok boleh tunjuk dan dia bayangkan sendiri tempat dia dikeluarkan :D

Tuesday, 7 February 2012

Perjalanan breastfeeding empunya diri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bagi merealisasikan impian untuk kembali breastfeeding tegar, ahaks. Gigih mak Aie ni ber'power pumping' satu teknik merangsang pengeluaran susu secara efektif. Dilakukan selama satu jam setiap hari selama satu minggu hingga dua minggu.

Thanks Oni, temankan emakmu ini. Ya Tuhan,rambutmu Oni, fesyen apa ni?

Misi bermula pada 4hb Feb. yang lepas jam 1.30pg-2.30pg sambil melayan Personal Taste di Tonton dengan ditemani my anak dara Oniii. 10 minit breast kanan tukar pula breast kiri 10 minit juga selama satu jam. Hasil untuk hari pertama 3oz's, so far so good. 

Love it.

Hari kedua pada 5hb Feb. jam 10.30mlm-11.30mlm, agak awal sedikit kerana takut Aie bangun. Hahaaa, boleh camtu ek? power pumping masa Aie tidur syok sikit. Tenang je. Hasilnya meningkat 4oz's.

Kena cover balik semula macam ni. Huaaaaaaaaa...

Pada pagi tadi jam 4.30pg-5.30pg, hasilnya agak memberangsangkan 4oz's lebih hampir sahaja jejak ke angka 5 sebelum mendengar tangisan Aie. Huuuuuu, kacau. Memang tak boleh buat jam 4.30pg dan kesiang. 

Sedihnya apabila, sebaik sahaja aku keluar bilik untuk menyambung sesi mengepam, alangkah terkuzatnya melihatkan Medela Swing terlungkup atas lantai bersama botol susu yang tinggal 1 oz's. Maaaaaaaaaakkkk.

Padanla Oni kemain kepoh melaporkan kejadian Medela Swing terjun daripada meja bersama-sama hasil tenusu yang belum diuruskan untuk penyimpanan. Sob-sob-sob sedih wei-sedih belum masuk pilu lagi. 

So far hasil kekerapan mengepam dan kekerapan Aie minum, aku agak berjaya menyimpan 6 Bumble Bee berisi 4-5oz's. Siap campur 2 Double Zip Autumz Pack, gara-gara tidak kecukupan Bumble Bee. Satu tinggal rumah mama, 2 biji lagi tinggal kat opis. Bagus sungguh.

Dak Aie yang belum reti meniarap gigih mengejar coco crunch Oni. Ubi rebus-ubi rebus [merujuk tangan Aie]

Kira ok la tu kan? kena lebih gigih lagi sebab Aie ni dah mula buat gaya-gaya nak makan, bila tengok orang makan, belum masuk lagi part dia pusing 360 darjah mengejarkan Coco Crunch si Oni, tambah-tambah dah berjaya menyumbat dua biji penumbuk sendiri dalam mulut ke tahap air liur meleleh membasahi baju. Aie-Aie...

Nasib baik Aie ni, pulun semua benda. Bak kata kak Ana, mamat ni tolak batu dengan kayu je. Serupa macam Oni.

Nota hijau: Semoga aku diberikan rezeki yang melimpah ruah untuk Aie. Tidak ada apa yang mustahil. Tiba-tiba skema. Sekian sahaja berita perjalanan seorang emak yang tak berapa nak breastfeeding tiba-tiba bersemangat waja mahu memulakan semula perjalanan breastfeedingnya. Aminnn.

Thursday, 2 February 2012

Bermula semula.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Buntu tidak tahu apa harus ku entry kan pada hari ini. Teringat kisah semalam yang betul-betul hari tidak keruan. Jadi kacau bilau jadual bila rumah di KL kerja di Selangor. Terima kasih juga pada kak Ana yang sanggup balik cepat untuk aku hantar anak-anak.

Actually, memang nak masuk lambat so hantar Aie agak lambat, malang bila sampai rumah kak Ana, gelap dan tidak berorang. Kak Ana pergi sapdek laaa dengan hubby dia. Dia fikir aku cuti. Dua tiga kali aku turun naik rumah, berulang alik rumah kak Ana dengan Aie. Lenguh, macam nak patah tulang-tulang.

Mujur abi hantar semalam. Konon nak pergi dinner kompeni, sudahnya pun tidak pergi juga. Hahaaa. Balik kerja abi ambil ikut jalan jauh, huh! flet punggung duduk dalam kereta sambil layan breast dah membengkak.

Terus naik rumah kak Ana. Terus mendapatkan Oni, tengok-tengok Aie tengah lena tertiarap. Mamat tu laaa.

"akak mesej kamu tadi. Ingat kamu pergi dinner" kak Ana menyerbu tanya.

"malas la pergi, bettery handphone kong. heheee" sambil kemas-kemas beg baju Oni Aie. 

"eh! susu perah semua habis, kalau boleh bagi 5 botol baru cukup sehari kat sini" kata kak Ana. Memangla tidak cukup. Aku beri 3botol je. Hahaaa. Kak Ana juga cakap, kalau tidak cukup boleh celah-celah FM. Aku kan bukan breastfeed tegar. 

"kita akan usahakan untuk buat stok kak. Kita kan tak ada stok. Apa yang ada tu je la kita bagi, fasal kat rumah memang direct breastfeeding" aku menjawab sambil kepala otak berkira-kira, best gak bagi susu perah ni kan? Ngeee.

"Adli ok je dia. Semua pun dia boleh, kenyang je, tidurrrr. Tengokla ni, tak berkutik" kata kak Ana lagi. Teehehehhehe, tah la anak siapa tu. Dan bermula semalam, aku bertekad mahu menyediakan stok susu ibu untuk Aie.

Kak Ana pencetus semangat aku untuk teruskan susu ibu untuk Aie. Kalau dia tidak minta susu perah hari tu, mungkin aku tidak lagi breasfeeding Aie sekarang ini. Aku semakin teruja untuk pikul cooler bag+pumping part + bagi susu perah pada babysitter. Terima kasih kak Ana.

Jelinganmuuu. Rambutmuuu. Kamu tetap ensem.

Ceh, muka je ensem. Isap jari pulek. Cancel! Ngeee.

Hari ini, aku akan usahakan untuk pam tiga kali semasa waktu bekerja. InsyaALLAH. Banyak dah info kata, kerap pam biar pun hasilnya 1oz. Aku nak buat stok, aku nak buat stok. Hihiiii.

Nota hijau: Dah nak makan anak aku ni baru terhegeh-hegeh. Hahahaaa.

Friday, 20 January 2012

Oni lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huyeee, today last day kerja. Harus semua orang punya mood dah ke laut. Tidak sabar untuk bercuti selama satu minggu. Yezzaaa satu minggu. 

Akhirnya, my demok Aie demam juga. Demam minta upah agaknya. Sudah mahu pandai meniarap, hisap jari apatah lagi sampai penumbuk pun dia masukkan dalam mulut. I love his smile soooooo much. Sweet sangat-sangat. Abi akan bawa dia ke klinik tengah hari nanti. Thanks abi. 

Pertama kali bekalkan Aie, Air Susu Ibu hasil perahan di opis. Aku bekalkan 3 botol [2 botol 5ozs dan 1 botol 4ozs], kalau tidak cukup boleh bantu dengan FM sedia ada. Terima kasih kepada kak Ana yang sama-sama support untuk bagi Aie susu ibu. Aku jadi makin bersemangat nak buat stok banyak-banyak-banyak. Doakan aku ye kawan-kawan.

My little Oni, buat perangai lagi. Kalau hari tu dia mancing ikan di akuarium abi, semalam dia buat losyen gula-gula, pagi tadi dia beri susu pada ikan pula. OMG anak niii. Apa yang ada dalam minda dia? punya la extreme. 

Malam tadi dia minta aku nasi. Mahu makan nasi katanya. Aku pula malasnya nak memunggah dapur tu dan telefon mamak je la. Malangnya nasi sampai Oni pun dah terlelap. Nasi goreng USA aku tinggalkan sedikit untuk dia, mana tahu dia minta lagi selepas dia bangun.

Jangkaan aku tepat, dia bangun mengejut aku dan minta nasi. Aduhai anak. Jam 2.30pagi aku melayan dia makan. Keletang-keleting bunyi sudu berlaga pinggan. Oni dah besar, sudah pandai makan sendiri. Ooohhh, umi tidak percaya kamu sudah besar Oni.

Habis sepinggan, dia minta lagi. Sedap katanya. Dasar anak kenan mamak, makanan mamak pun jadi sedap. Muahahaha. Siap makan dia minta ais gas abi dalam peti sejuk. Budak ni perut liat, bedal apa saja. Aku malas nak layan, aku beri je air susu coklat tuang dalam cawan dia. Hahaaa. 

Dan aku sediakan susu letak sebelah tv dia. Pesan pada dia sekali ni susu Oni, hanya dibalas dengan anggukan sambil sedut susu coklat. Aku masuk tidur semula. Tidak lama kemudian...

Oni masuk bilik kejut aku, sambil nangis-nangis. Eh? apahal?
"kenapa?" aku sudah suspen. Bangun juga sebab dia dah pimpin tangan aku. Ke ruang tamu. 
"tu..." dia menunjuk akuarium abi. OMG... Oniiiiiiiii....
Takut kena marah, punca sebab dia menangis. Apa yang aku nampak adalah botol susu Avent dengan sisa susu sedang terapung dalam akuarium. Adoiyaiii! Air akuarium tu hampir bertukar keladak. Aku nak gelak ke, aku nak marah ni.

Sebab aku pun naik syok tengok botol susu tu terapung-apung then pada masa yang sama aku terfikir, mungkin botol susu tu terlepas daripada tangan dia lalu termasuk dalam akuarium. Alaaa, benda sudah jadi. Malasla aku marah-marah, buat cepat tua aja. 

Aku ambil botol susu dan rendam dengan air suam. Adoiii, ada dia beri ikan minum susu. Hahahaaaa. Lepas tu dia ajak aku mandi. Elok aku bersiap-siap, dia sudah bersimpuh makan limau depan tv. Oni-oni. Suka buat perangai bila abi tiada. Tau-tau je emak ni kalau marah memang tidak ke mana-mana.

My Vanilla Coklat ;)

Bagus juga perangai Oni ni, hari-hari aku ada entry nak cerita fasal dia. Maafla kepada yang meluat tu eh? well mana tahu, bosan membaca kerenah anak dara aku ni. Hahaaa. Sebab aku rasa, Oni ni lain daripada anak perempuan orang lain. Cabaran menjaga dia, macam menjaga 2 orang budak lelaki. Feninggg.

Nota hijau: Happy Chinese New Year pembaca blog hijau. ;)