Showing posts with label Botol Susu. Show all posts
Showing posts with label Botol Susu. Show all posts

Friday, 15 February 2013

Labels.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, mesti mood korang dah swing-swing je kan? pasal esok cuti, tu bagi yang berkerja la dan aku pasti ada juga yang masih mood bercuti daripada Tahun Baru Cina tempoh hari dan aku pasti lagi, aku pun akan turut sama bercuti sekiranya masih berkerja. Namun, seorang surirumah, adalah mustahil untuk bercuti malah jatuh sakit sekalipun, orang tidak terlalu peduli melainkan kerana anak-anak.

Lebel atau labels, haaa... ingat di kompeni atau pejabat saja ada 5's? dapur aku pun ada tau, hahaa. Ye la, senang, mudah dan mengurangkan kesalahan apabila membuat kerja. Terutama, membancuh susu untuk anak-anak. Pernah sekali, aku tersalah bancuh susu untuk Auni, punyala gelabah hati asyik merungut sahaja, langsung aku scoop susu Arrizqi dalam botol Micky Mouse minah tu. Kalau Adli takpe lagi, dia sebat je tapi bukan minah Auni ni. Lidah memang supersonik, tahu sahaja susu tu biasa, rasa lain, terlalu panas, tidak sedap dan sebagainya. Kekadang geram juga sebab masa sebaya Arrizqi dulu, minum susu tu juga.

Dahulu, pink untuk Auni biru untuk Adli. 
Now, pink untuk Auni, Adli dan biru untuk Arrizqi. 

Mudah bancuh susu dalam kereta dengan ini.

Oleh kerana tidak mahu kesalahan yang sama dan akan menyumbang kepada pembaziran makanya aku buat lebel. Meskipun, sudah berlainan warna tupperware aku tetap tersalah juga, nah sekarang sudah ada label. Sekurang-kurangnya bila mata aku pening dengan warna tupperware tu, terperasan juga akan lebel.

 Hijau, biru dan merah jambu.
Eh, sama ngan baju lak... hahaa, sengaja untuk interframe.

Botol susu pun sama, ingat lagi kan yang aku tersalah puting susu masa menyusukan Adli dahulu? now, semua orang ada warna sendiri. Pink untuk Auni, biru untuk Adli dan hijau untuk Arrizqi. Botol susu dipasaran pun bijak meletak tiga warna ini dalam satu set. Hehee. Auni dengan Adli menggunakan puting botol yang sederhana besar, Arrizqi masih guna puting yang masih kecil. Rasa macam comellak bila bergandingan tiga botol ini. 

Ini semua po...yo.. Hahaa. 
Proud of yourself only. 

Ini kalender di dapur. Haaa, penuh jadual. Auni dan Adli minum susu yang sama, 1kg habis dalam masa 6-7hari, share kan? Arrizqi minum susu mahal tidak sampai 1kg dan juga habis dalam masa 6-7hari, jadi? Jadi, bila keluar belanja bulanan, abi akan tanya aku berapa pack atau kotak yang perlu dibeli dan sebab itulah kalender ni sangat berguna.

Lecehkan jadi emak macam aku ni? semua hendak sedondon, semua hendak disamakan, semua bagaikan ada peraturan. Skema. Tah, aku suka je. Lepas ini aku hendak senaraikan jadual waktu aku di rumah, Isnin bertemu Isnin, dan bangun tidur bertemu waktu tidur semula. Ada ke orang hendak baca jadual aku tu nanti? kahkahkah. Betul-betul sudah tiada idea nak update blog. Waaaa...

Nota hijau: Ikutkan hati semua almari aku hendak lebel, tiadalah Adli pakai baju Arrizqi, macam tidak dapat bernafas dengan selesa je gayanya. [bila abi yang mandikan. Ngeee]

Friday, 16 November 2012

Ekslusif Pumping.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru masuk minggu ke-empat berpantang, mula sudah rasa hendak tewas breastfeeding. OMG mindset-mindset sudah dijangkiti sedikit virus jahat. Kena fikir jalan untuk terus ekslusif breastfeeding. Struggle. Tiba-tiba teringat seorang kawan pernah beritahu, "tak apa kalau beri susu badan guna botol, kena jadi Ekslusif Pumping la. Ada juga kawan yang berjaya EP sehingga anak dua tahun.

Google, syabas memang ada. Aku pun sepertinya sudah menjadi seorang EP. Suka sangat bila tiba waktu mengepam yang datang tiga jam sekali. Setakat Arrizqi minum 3ozs makanya sekali pam hasil yang diperolehi sungguh melumayankan. 7 hingga 8ozs. Buang? aku simpan sampai tak muat peti ais mama. Hahaaa... bersempit-sempitan dengan bahan masakkan dia yang lain.

 Setiap satu sesi.

 Rezeki untuk Arrizqi dan Adli.

Aku suka mengepam, sebab ada orang yang akan setia menemani. Kalau dulu Auni yang teman, sekarang tugas berganti dengan Adli. Bila menjelang malam, mana-mana botol yang sudah dinyah beku [sejuk biasa] 2 botol aku warmkan untuk Adli. Heheee. Oleh kerana peti beku mama yang memang membeku walaupun satu pintu, membuatkan aku terasa hendak buat air batu campur sahaja susu-susu yang telah sedia beku itu.

Siapa sangka habis sebotol susu perah.

Seorang yang sangat tidak suka kepada pembaziran.

Puting luka memang memeritkan, apatah lagi Arrizqi memang kepit dengan gusi dan sangat kuat hisapannya. Pedih kaw-kaw-kaw tahu. Ye letak susu ibu di puting, tapinya untuk dua jam sekali wah-wah-wah jujur aku tidak tahan. Daya ketahanan aku tiada disitu. Bila aku suarakan pada abi, lekas sahaja cadangannya, pumping dan beri sahaja guna botol.

Pertama kali menggunakan botol, wah dia sedut dengan lajunya, sehari memberinya botol dia mahukan lagi dan lagi, botolkan lebih laju pengeluaran susunya. Akhirnya dia hanya mahukan botol sahaja. Sudah letih terhegeh-hegeh untuk mencari puting breast, Arrizqi berlagu dengan nyaring. Bukan lagi merdu, tapi tahap jeritan nyaring yang membingit. Memang kena ikut betul-betul 3ozs setiap dua jam. Lambat? terimalah padahnya.

Hasil daripada pencarian untuk keperluan Arrizqi:
  • Bayi satu hari - 5-7ml
  • Bayi tiga hari - 22-27ml
  • Bayi satu minggu - 45-50ml
  • Bayi satu bulan - 80-150ml
Now, setiap kali pumping, aku gunakan botol yang 240ml, kasi lebih sikit. Alhamdulillah, bila penuh botol tersebut, aku bahagikan pula ikut keperluan, 3ozs dan susun mengikut urutan 1st come 1st out. Sudah pun sebulan, bertahan selagi susu badan ada.

Nota hijau: Auni sudah minum susu campur pada usia 2 minggu. Adli sudah minum susu campur pada usia 2 bulan, Arrizqi? hihiii... strugle-struggle.

Monday, 29 October 2012

Nyahla bilirubin berlebihan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Arrizqi, masuk hari ke-tiga dikesan jaundis, aku pasti kebanyakkan emak-emak yang baru melahirkan pasti bimbang dengan jaundis. Aku memang langsung tidak ada petua bagaimana cara terpantas untuk mengatasi anak terkena jaundis.

Hari pertama bacaan jaundis Arrizqi 10mg/dl, tahap ada sikit jaundis. Hari kedua naik lagi jadi 12mg/dl. Benci betul aku, Arrizqi makin malas buka mata hendak menyusu. Hendak kejut dia bangun menyusu punyala payah. Disebabkan bacaan naik, aku balut badan dia dengan Premium Beautiful. Hahahaaa...ok hasilnya, bacaan turun kepada 11mg/dl. Disebabkan turun, skip satu hari pergi klinik.

Then, aku cuba tidak balut badan dengan PB, dan kerapkan menyusu. Huh, payahnya rasa hendak sumbat botol susu je padanya. Hasilnya, bacaan naik mendadak kepada 13mg/dl. Masih lagi di tahap belum warded. Hari ni ulang lagi, dan belum tahu berapa bacaannya. Harap sangat turun tahap tiada jaundis. Susah hati rasanya.

Apa yang aku buat sepanjang Hari Raya Korban, pagi sebaik aku mandikan Arrizqi aku titiskan jus anggur hijau, saranan misi kampung datang bertandang saban hari bertanyakan Arrizqi. Katanya, untuk neutralkan semua asid dalam darah. Seharian aku balut badan dia dengan PB. So far, dia bantai tidur je, sampai sakit jiwa aku hendak mengejutnya bangun menyusu. Dengan tindakan nekad dan tegas, botol susu. Alaaa... aku pun dah jadi fulltime housewife so takde masalah rasanya untuk beri botol susu pada Arrizqi. Patutnya ajar masa sebulankan, untuk persediaan naik kerja.

Ooooo suka ye kamu dengan botol susu. Mana belajar? Hihiii, emakla yang ajar. Selang dua jam sumbat 2ozs susu badan. Eh, susu botol bukan bermakna susu formula ye. Aku gunakan botol susu Medela. Itu satu-satunya botol untuk new born dalam rumah aku ni. Auni dengan Adli berputing botol dan susu yang sama, tak sesuai untuk Arrizqi janji kerapan menyusu tu ada.

Lepas mandi petang, aku titiskan pula susu kambing yang katanya mujarab untuk sakit kuning, sebelum aku beri Arrizqi aku yang test dulu, wei... sedap rupanya susu kambing ni. Hahaaa. Lebih best daripada susu lembu. Confirm aku habiskan stok susu kambing yang papa belikan untuk cucu dia nan satu ini. Sudahla hari tu aku suruh beli susu kambing yang dibelinya gambir, adoiyaiii sabar je la. Balik rumah berdekah-dekah gelakkan dia, dia pun gelakkan diri sendiri.

Dan tidur malam Arrizqi berbungkuskan PB, takpela Arrizqi pakaila bengkung PB umi tu, nanti-nanti je la umi kurus. Yang penting adik baby sihat dulu ok. Semoga bacaan jaudis Arrizqi turun terus 9 atau 8mg/dl pada hari ini baru aku berasa lega.

Arrizqi.

Aku pun dah tak rasa macam orang berpantang, stokin entah ke mana, bertungku pun tidak. Belum tua nanti pasti aku mengalami sakit-sakit badan. Harus punyala... Mata pun dah rabun, semua tulisan nampak kembang je. Yang aku jaga, jahitan bawah ni dan makan. Masih lagi bermandikan rempah ratus dan berurut, berbengkungkan PB. Girdle dan bengkung PB mempercepatkan proses darah turun dan menghangatkan badan buat aku rasa mudah untuk bergerak.

Nota hijau: Abi dah ajak aku balik Selangor. Siapa nak masakkan aku, siapa nak rebuskan air tujuh jenis daun, siapa nak urutkan aku, siapa nak tengok-tengokkan Auni dan Adli? Huhuuu, tenaga aku belum heal habis, biarlah Arrizqi ambil imunisasi pertamanya di sini. 

Semua tentang jaundis, boleh baca di sini -> [JAUNDIS]

Wednesday, 14 March 2012

My favourite brand.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jeling menjeling sudah lama. Mahu beli tiada alasan kerana yang ada pun masih belum berguna. Apabila kempen menunjukkan kali ini keluaran yang berwarna hijau, aaarrrggghhh! tidak boleh tahan, harus mendapatkan. 

Kesannya, bulan ini budget habis lari semua. Kalau bulan lepas boleh tahan makan tengah hari ke Daves Deli sehingga hujung bulan, ianya tidak berlaku pada bulan ini. Kerana kempen hijau ini lebih menggamit hati untuk beli-beli-beli. Muahahahaaa.

Manalah hati tidak gundah, daripada jiwa rasa menyesal baiklah aku beli. Aku beli daripada kekDa [DUNIA PUANSTOBERI] yang ada kebun Stoberi tu, selain membela stoberi dia pun dah jadi duta Tupperware. Itu belum masuk lagi part dia jadi duta opis di Hari Kraf Kebangsaan. Lagi? duta cuti-cuti Malaysia pun dia juga, habis semua negeri ada tapak kaki kekDa. Muahahaaa. Ampun kekDa.

 Kotaknya pun sudah membuat hati terpikat.

 Satu tapawe kedap, tutup tu aku tidak tutup rapat, dua biji botol bersama satu dispenser.
Tambah tolak darab bahagi harga ahli : RM 84.96 muahahaaa gila ko Syasya kerana hijau.

Siap dengan cenderahati lagi, terima kasih banyak-banyak kekDa. I like.

Terima kasih sebab sudi mengepos secara percuma. Gambar kotak yang di tag kepada aku dalam facebook punyalah besar, sekali sampai... oloh comel je. Sampai je set botol susu ni, my dealer tupperware pun sms, katanya balance undi aku ada lagi RM50.

Main 12 orang, RM30 seorang. Hasilnya, boronglah sebanyak RM360 barang Tupperware, naik pening aku memilih. Akhirnya, aku memilih periuk untuk stim. Bolehla minta resepi mama Mikhail untuk apam angry bird. Hehe. 

Nota hijau: Gigih, mengumpul tupperware hijau ni. Dapur pun menghijau.

Friday, 20 January 2012

Oni lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huyeee, today last day kerja. Harus semua orang punya mood dah ke laut. Tidak sabar untuk bercuti selama satu minggu. Yezzaaa satu minggu. 

Akhirnya, my demok Aie demam juga. Demam minta upah agaknya. Sudah mahu pandai meniarap, hisap jari apatah lagi sampai penumbuk pun dia masukkan dalam mulut. I love his smile soooooo much. Sweet sangat-sangat. Abi akan bawa dia ke klinik tengah hari nanti. Thanks abi. 

Pertama kali bekalkan Aie, Air Susu Ibu hasil perahan di opis. Aku bekalkan 3 botol [2 botol 5ozs dan 1 botol 4ozs], kalau tidak cukup boleh bantu dengan FM sedia ada. Terima kasih kepada kak Ana yang sama-sama support untuk bagi Aie susu ibu. Aku jadi makin bersemangat nak buat stok banyak-banyak-banyak. Doakan aku ye kawan-kawan.

My little Oni, buat perangai lagi. Kalau hari tu dia mancing ikan di akuarium abi, semalam dia buat losyen gula-gula, pagi tadi dia beri susu pada ikan pula. OMG anak niii. Apa yang ada dalam minda dia? punya la extreme. 

Malam tadi dia minta aku nasi. Mahu makan nasi katanya. Aku pula malasnya nak memunggah dapur tu dan telefon mamak je la. Malangnya nasi sampai Oni pun dah terlelap. Nasi goreng USA aku tinggalkan sedikit untuk dia, mana tahu dia minta lagi selepas dia bangun.

Jangkaan aku tepat, dia bangun mengejut aku dan minta nasi. Aduhai anak. Jam 2.30pagi aku melayan dia makan. Keletang-keleting bunyi sudu berlaga pinggan. Oni dah besar, sudah pandai makan sendiri. Ooohhh, umi tidak percaya kamu sudah besar Oni.

Habis sepinggan, dia minta lagi. Sedap katanya. Dasar anak kenan mamak, makanan mamak pun jadi sedap. Muahahaha. Siap makan dia minta ais gas abi dalam peti sejuk. Budak ni perut liat, bedal apa saja. Aku malas nak layan, aku beri je air susu coklat tuang dalam cawan dia. Hahaaa. 

Dan aku sediakan susu letak sebelah tv dia. Pesan pada dia sekali ni susu Oni, hanya dibalas dengan anggukan sambil sedut susu coklat. Aku masuk tidur semula. Tidak lama kemudian...

Oni masuk bilik kejut aku, sambil nangis-nangis. Eh? apahal?
"kenapa?" aku sudah suspen. Bangun juga sebab dia dah pimpin tangan aku. Ke ruang tamu. 
"tu..." dia menunjuk akuarium abi. OMG... Oniiiiiiiii....
Takut kena marah, punca sebab dia menangis. Apa yang aku nampak adalah botol susu Avent dengan sisa susu sedang terapung dalam akuarium. Adoiyaiii! Air akuarium tu hampir bertukar keladak. Aku nak gelak ke, aku nak marah ni.

Sebab aku pun naik syok tengok botol susu tu terapung-apung then pada masa yang sama aku terfikir, mungkin botol susu tu terlepas daripada tangan dia lalu termasuk dalam akuarium. Alaaa, benda sudah jadi. Malasla aku marah-marah, buat cepat tua aja. 

Aku ambil botol susu dan rendam dengan air suam. Adoiii, ada dia beri ikan minum susu. Hahahaaaa. Lepas tu dia ajak aku mandi. Elok aku bersiap-siap, dia sudah bersimpuh makan limau depan tv. Oni-oni. Suka buat perangai bila abi tiada. Tau-tau je emak ni kalau marah memang tidak ke mana-mana.

My Vanilla Coklat ;)

Bagus juga perangai Oni ni, hari-hari aku ada entry nak cerita fasal dia. Maafla kepada yang meluat tu eh? well mana tahu, bosan membaca kerenah anak dara aku ni. Hahaaa. Sebab aku rasa, Oni ni lain daripada anak perempuan orang lain. Cabaran menjaga dia, macam menjaga 2 orang budak lelaki. Feninggg.

Nota hijau: Happy Chinese New Year pembaca blog hijau. ;)

Thursday, 29 December 2011

Terima kasih Bumble Bee.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Melaram bukan main lagi, bergaya dengan kereta, siap bawa diary bagai tapi setia menggalas Autumnz Cooler beg berisi 3 pack ice beku dan dua botol kosong Bumble Bee. Ye, itula empunya hijaucantik.

Bila masuk lift jumpa orang, orang pandang-pandang macam pakai baju tak cukup kain, salah ke bawa beg susu ni? ehehehe. Tepat jam 11.00am - 12.00pm aku hilang ke surau mengutip hasil tenusu.

Satu hari di surau, terjumpa dengan geng yang berlainan kompeni, berlainan tingkat, berlainan negara tetapi sama-sama menyusukan anak, berkumpul kami bercerita tentang perangai anak masing-masing. Memang seronok bila bercerita, tak endah dah orang lain yang keluar masuk-keluar masuk.

Ceritanya bermula apabila Dhita menyatakan dia belum pam susu dan breastnya bengkak gara-gara tak bawa botol untuk simpan breast milk. Kesian dia, aku beritau perah masuk dalam cawan je la. Mamet. Bercerita berdegar-degar, rupanya dia tak pandai kaedah tu. Haih! kawan aku ni. Then, lepas tadah tu nak buang ke susunya.

Kejang kejap aku dengar? buang? dah penat-penat mamet takkanla buang. Simpanla macam biasa sementara dalam bekas bertutup. Dia tak percaya susu yang diperah dengan tangan itu boleh diminum sebagai mana susu yang diperah dengan pam, tidak bersih katanya.

Puas jugala aku bersyarah gaya-gaya orang macam dah pakar sangat je kan. Terkebil-kebil dia dengar aku bercerita pasal menguruskan breastmilk. Akhirnya dia menyoal aku.

"banyak sya tau pasal breastmilk, belajar di mana? kita siap masuk kelas bayar sejam RM 120" aku senyum sambil betul-betulkan tudung. Dia menunggu aku bersiap kerana aku menawar diri untuk meminjamkan satu Bumble Bee kepadanya. Aku memang ada simpan siap-siap kat opis, berguna jika susu aku terover dos.

"Google je, tengok video, blogging, share dengan kawan-kawan, then PPUM ada kelas anternatal cerita fasal susu ibu. Terkejut dia then terus kita borak-borak fasal tempat kerja untuk menyampaikan ke pintu opis aku.

Bila aku dah beri, dia bertanya macam mana nak pulangkan, aku just pesan masukkan dalam beg telekung aku di surau jika tidak bertemu. Maklumla, waktu pergi bersolat ni lain-lain. Nasib-nasib sahaja dapat berjumpa. 

Kebetulan kami berjumpa sewaktu dia mahu pulangkan semula, siap nota dan sepasang kasut untuk Aie lagi. Thanks Dhita. Aku bagi pinjam pun sebab aku tahu macam mana susah bila tak cukup gadjet. Murah rezeki aku, murah rezeki Dhita.

Taktau la aku si mok coro ni muat atau tak akan kasut itu.

 
My Bumble Bee and a pair of Aie's shoes with a note.

Friday, 9 December 2011

Merah jambu dan biru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahahahaha pelik bila aku sebut merah jambu aka pink. Ye, aku memang kureng dengan pink. Aku pencinta hijau sesangat. Akan tetapi, apabila mendapat sepasang cahaya mata, aku makin dekat dengan merah jambu.

Terasa suka je nak sediakan baju seorang merah jambu dan seorang biru. Wiii, pandai abi pilih baju untuk adik dengan kakak. Sama design tapi berlainan warna. Macam tu juga dengan botol susu. Actually, botol susu biru Pureen ni untuk Oni juga. Bila dah ada dua dan nak sedondon jadila biru milik Aie, merah jambu milik Oni.

Serasi bersama gitu.

Oni suka bila tengok botol biru untuk adik. 'ameee (sama)' sambil tunjuk botol susu Aie dengan botol susu dia. Bila sudah minum Oni suka susun botol sebelah botol Aie. Sweet betul anak daraku ini.

Aku dah boleh terima merah jambu. Hahaha. Syukur, Allah kurniakan aku sepasang cahaya mata cinta ini. 

Kan aku dah kata, bila Oni bangun daripada tidur dengan sengih kerang busuknya terus aja dia me'landing' atas Butterfly Playgym Aie. Dan lelepas tu, memang jadi milik dia semula la. 

Apa nak buat, hari-hari sebut abi-abi-abi dan abi. Abinya pun tah memana perginya. Aduhaiii jangan menangis ye emak Oni. Nanti abi Oni balik.

Thursday, 8 December 2011

Turun temurun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Maafkan emakmu Aie, bukan tak mampu nak beli baru, tapiii apakan daya. Gaya kehidupan di bandar besar begini membuatkan emakmu terpaksa mencatu-catu budget. Walau macam mana pun, emakmu ini berusaha untuk berikan yang terbaik walaupun daripada bekas kakak Oni.

Mujur aku dah cuci bersih, simpan dalam plastik. Bila mamat ni besar sikit, maka boleh digunakan kembali. Yehaaa. Dan same like Oni, Aie pun suka dengan cik matahari. Comel gaknya bunga matahari tu.

 Butterfly Playgym macam tak sesuai ngan Aie je kan? Lantakla janji diam.

 Hellooo sunflower, Aie here. Teruja.

 Seronok tengok dia senyum.

 Apa la yang diborakkan tu kan?

 Love this photo so much. Love ur smile Aie.

Thank you sunflower ;)

Kakak Oni belum bangun lagi, malam tadi tah pil apa yang dia makan, tidurnya jam 6 pagi tadi. Puas aku pujuk suruh tidur, mata dia kemain segar suruh pasangkan kartun. Mujur dia tak kacau adik dia. Taktau lagi cemana gaya bila dia tengok aku pasangkan Butterfly Playgym ni untuk Aie.

Lepas sesengih dengan bunga matahari, Aie pun lelap. Senang betul anak bujang aku ni. Ahahaha. 

Semakin boleh sesuaikan diri, semakin boleh menerima hakikat. Aku semakin ceria. Alhamdulillah, thanks God. Seronok menyediakan kelengkapan pink dan biru. Tiba-tiba, aku agak suka dengan pink. Hihiii.

Tuesday, 6 December 2011

Setelah mengimpikan akhirnya mendapat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu dua tiga empat, empat Avent aku mendapat.

Akhirnya, keinginan memiliki botol susu berjenama ini menjadi kenyataan. Hurey! ye aku tak berapa mampu untuk membelinya sendiri, ini kerana wang yang aku ada lebih menjurus kepada perkara yang lebih penting.

Arakian bermula cerita apabila PA opis aku menanyakan, apakah yang aku inginkan untuk diberi kepada baby baru iaitu Aie bila dia sudah keluar. Dan, pantas sahaja aku berkata, belikan aku botol susu mahal yang paling besar, tidak kisah la brand apa sekalipun.

Ehehehe, seminggu pertama aku naik kerja, hari-hari ada bungkusan kiriman buat aku. Ahahaha, menaikkan kecemburuan mereka-mereka ini. Jeanne datang kepada aku membawa 3 biji botol Avent 260ml. Ahahaha suka makcik nak!

Ada tiga, dan aku telah membeli sebiji lagi untuk mencukupkan 4 biji. Adilla untuk Oni 2, untuk Aie 2. Lama aku bercita-cita, akhirnya aku memilikinya. Tapiii, dia punya puting botol, amboiii kalah harga sehelai jeans emak dorang. Apatah lagi aku membeli 4 unit sekali gus. Pengsan.

Disebabkan Aie masih belum 3 bulan, walaupun dah semakin gelojoh menyusu, tapiii aku akan rasmikan dan buat penyeleggaraan untuk penggunaan sebaik sahaja Aie mencecah 3 bulan. Segala mak nenek botol susu lain akan di agihkan ke rumah pengasuh pula. Bijak betul emak dorang ni, kat rumah guna yang cecantik je. Ahahaha.

Eh, nak hantar kat rumah pengasuh tak boleh brand Avent, pasal mostly dak-dak kat situ ada botol susu rupa ini juga. Karang dorang main tukar-tukar suka sama suka pula. Lagi-lagi Oni, dia memang tak kisah walaupun minum or makan bekas orang lain. Semua dia sebat bila dihulur.

Hrmmm, apa lagi nak beli eh lepas ni. Gilalaaaa. Aku tengok dua bundle drypers size L dan dua bundle drypers size M yang besar-besar kat rumah tu, menakutkan. Rasa macam membuka kedai runcit gamaknya. Mujurla toiletaries boleh share kan, kot tak? pengsan.

Geram tengok baju di Anakku, mempunyai design yang agak serupa tapi satu kemeja untuk lelaki dan gaun untuk perempuan warna purple. Aduuuh jatuh cinta, tunggu omak gaji ye anak-anak. Omak pasti akan belikan. Ehehehe! Aku suka mensedondonkan anak-anak aku. Suka tengok kakNani aka mama kembar 3 mensedondonkan kembar tiganya.

Oni paling untung, beli baju Aie mesti nak beli untuk Oni juga. Ahahaha, nasibla labu. Emak korang ni suka je bershopping :p

Wednesday, 23 November 2011

Sama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akibat ketaksuban nak sama punya fasal. Muahahaaa. Lama sudah menyimpan niat nak mengganti semua botol susu Oni, menyesal aku tak beli masa keluar dengan mama tempoh hari, tup-tup nak beli masa keluar sekeluarga, abi membebel. 

Adoiii, baru je tukar botol susu Oni tu, katanya. Selaku bini, haruslah patuh tambah-tambah anak dah buat halkan? tak la aku beli. Guna lagi botol lama dan tambah satu je botol baru. Sauk di butik Anakku, Kota Tinggi. Satu besar satu kecil.

Warna? harusla hijau disebabkan kurang menggemari pink. Disebabkan itu, Oni terlebih dahulu mengenal warna hijau daripada lain-lain warna. Hihiii. 

Bila dah sama, bila dah kelam kabut dek jeritan Aie yang kehausan, penyediaan susu juga semestinya kena cekap. Yang tinggi kakak, yang rendah adik namun kesalahan puting botol tidak dapat dielakkan. Hahaaa.

Actually, aku bagi susu badan dengan botol bila puting breast luka. Jadi, satu hari macam biasa bagi Aie susu badan guna botol. Srooot-srooot-srooot-srooot laju semacam, nampak juga muka dia kelam kabut dan air susu kerap merembes keluar semasa proses menyedut. Bila hampir tinggal 2oz, baru aku perasan itu puting botol Oni. Waduh! 

Terus aku stop tukar puting botol dia. Menjeritla mamat tu, sebab aliran susu sudah perlahan berbanding sebelum ni. Anyway, Oni guna puting botol Japlo saiz M dan Aie saiz S. Kesian-kesian, letih je muka dia kena hisap perlahan-lahan. Nampak benar muka dia hampa sebab susu keluar perlahan. Hahahaaa, Aie memang kelakar.

 Dengan pemantauan mak dorang ye. Oni ni ganas sikit.

 Kakak dan adik.

Botol susu melebihi bilangan orang yang menggunakannya.

Pengajarannya, aku asingkan puting botol Aie dan Oni bila sesi mambasuh mahu pun sterilkan botol-botol susu. Insaf, bukan apa takut Aie terserdak dan susu masuk ke paru-paru. Bahaya.

Monday, 31 October 2011

Happy breastfeeding.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Uiii, betulla kata mereka-mereka yang breastfeeding ni, breastfeeding adalah satu perjuangan. Kalau tak cekal, tak kuat memang sangat mudah mengalah. Seriusly, aktiviti menyusukan ni nampak mudah tapi apabila baru belajar memang susah.

Kecuali ada semangat dan tak mudah mengalah, ingat kenapa perlu menyusukan anak dengan susu ibu sedangkan susu formula pun terbaik. Mau tak terbaik, tengok sahajala harganya di pasaran-pasaran. Mana ada yang RM 10 ke bawah. Majornya RM 20 dan ke atas.

Itula yang menjadi salah satu alasan kenapa aku menyusukan Aie. Dugaan pertama menyusukan Aie adalah, puting luka. Oh! my, Aie sangat mengganas bila mahu menyusu. Tambah-tambah imun badan belum cukup kuat, baru keluar daripada hospital. Allahuakbar, sakit peritnya memang orang alaminya sahaja yang tahu.

Saat tu aku fikir, masakan selama menyusukan, aku pun jadi sakit macam ni, ini bukan lagi happy breastfeeding namanya. Google memainkan peranan, ye aku sedar kesan daripada perlekapan yang salah menjadikan puting luka. Belajar-belajar. 

I love ur hair Aie.

Aku kena berkeras sedikit dengan Aie bila dia menyusu. Sebab, dah dua anak bila nak menyusu badan mulut macam muncung burung, cip-cip-cip bukaan luasnya muat-muat puting, bila puting bertemu gusi makanya akan luka dan tentula sakit. Jadi, kena ajar dia buka mulut besar-besar, usik sikit tepi-tepi bibir dia, kacau pipi dia nak suruh dia buka mulut luas-luas. Aie dah berjaya.

Tiada puting atau puting rata bukanla halangan untuk breastfeeding, ye itu aku sangat percaya. Masa Oni tempoh hari, misi gagal, sebab aku lambat untuk belajar dan Oni give up, sentiasa tak kenyang, bila dia give up selalu menangis aku pun ikut sekali give up, tapi terus juga perah susu bagi dia. Aie, dia berjaya membuktikan dia memang kuat menyusu, puting rata pun dia sebat sehingga menjadi puting tanpa bantuan. Si gagah ni main hentam je janji dia puas.

Kan kelas anternatal ada belajar, bayi menghisap 2/3 tompok hitam, bukan puting semata-mata. Misi kedua berjaya. Akan tetapi, apabila sudah biasa menyusukan, bila sekali terlangkah sesi penyusuan atau pumping makanya susu cap gantung akan bertukar menjadi keju. Hah! barula betulkan? 

Itu la yang berlaku kepada aku, kelewatan menyusukan dan sesi mengepam memudaratkan diri sendiri, bengkak susu. Aduh! pilu dan hampir je aku demam. Lekas-lekas aku pam, tuam, urut dengan perut jari perlahan-lahan. Kalau sebelah je boleh di kawal, sekiranya kedua-dua belah? Tuhan sahaja yang tahu, apatah lagi bila pam susu masih keluar dengan lambatnya. Huhuuu! cabaran weh. Memang hampir putus asa, aku menangis.

3.4kg, dah pun sebulan.

Tiba-tiba aku tengok muka Aie lena, oh! anak syahdunyaaa jadi aku gagah buat yang mana mampu, mesti susu ibu. Sebulan dah berlalu, ganjak untuk tempoh dua bulan pula. Alhamdulillah, aku masih mampu membekalkan susu ibu. Huyeee!

And now, aku baru tau makna happy breastfeeding. Sangat gembira walaupun terpaksa bangun pagi menyusukan Aie dan pam. Sebabnya, kalau tempoh dia berjaga lama maka kedua kembar aku ni dihisapnya, kalau tidak, hanya sebelah dan sebelah lagi perlu di pam.

Buah hati umi, cinta hati abi.

Ini belum part kembali bekerja lagi, nampaknya memang aku kena tidur masa Aie tidur. Oni pula, nak tu la nak ni la. Ngokngekngokngek merengek. Lagi-lagi masa ketiadaan abi, huyooo hebat. Sampai tahap aku rasa cepatla besar Aie, main dengan kakak ni. Buli balik. Tapi, aku kena nikmati saat ini, yang tak akan berulang. Yang akan diceritakan kembali kepadanya satu masa kelak.

Aku teringat pesanan otai-otai, jika mahu bekalan banyak kenala rajin berusaha. Tak apa, paling pendek kita cuba 6 bulan, paling panjang 2 tahun. Sekejap je. Mula-mula memang la susah, banyak benda nak kena belajar, lepas tu bila dah pandai ajar pada orang lain pula. Kan?
Berjaya menjaga dua askar ketika abi tiada. Serius, memang macam lipas kudung. Hahaha!

Tuesday, 23 August 2011

Perut cekang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huwiii, asyik dengar lagu raya je, mood pun dah swing-swing. Malam tadi aku sampai rumah ngam-ngam 9.30 malam. Mandi-mandi, layan Oni pun gitu-gitu je dek kerana terlalu kenyang dan letih. Terus lelap macam orang tak sedar diri.

Macam mana tak letih dan penat, perut dah kenyang mau tak ngantuk. Semalam aku berbuka di Eastein Hotel, PJ. Makan kali ini bersama kawan-kawan opis major cina, aku dengan Roslan je yang puasa. Berpinggan-pinggan aku makan, daripada bersaiz besar, sederhana, kecil dan mangkuk. Hampir semua menu favourite aku sebat dan paling penting, puding roti.

Inila dikata hasrat ibu mengandung, dah seminggu aku teringin nak makan puding roti. Round pertama aku pegang pinggan besar berisi, nasi, udang, sayur, tauhu sumbat, lidah lembu kot (aku tak makan pun). Sebelah lagi pinggan sederhana dengan kuih menderam, kek coklat bersama puding roti. 

Letak kat meja, tiba-tiba aku teringat aku tak ambil air. Ada air masak je atas meja, takpela. Sudahla aku duduk betul-betul tengah, dorang ni memang betul. Gila banyak la station makanan. Aku nak ambil ketam, cemana gaya makan ketam dengan sudu? mau terbang, ketam ke mana sudu ke mana. 

Tiba waktu berbuka, makan dengan senyap. Menikmati, nom-nom-nom. Sungguh terasa lapar. Habis dua pinggan, berehat. 'Jom, minah! kita round lagi' Roslan mengajak. Eheh! bangun jangan tak bangun. Pinggan sederhana sahaja, kek coklat (Jeanne punya) dengan puding roti, bersama tembikai susu. 

Kali ni puding roti baru terjumpa krimnya, wahhh!!! sedap gila. Balik kat meja terlupa lagi nak ambil air. Hahaha, sudahnya aku suruh je Roslan Salleh membantu. Thanks you. Makan lagiii. Habis sepinggan.

'Oiii cepatla makan, nak ambil aiskrim ni, dah terliur-liur tengok aiskrim' Roslan lagi. Perut macam stoking. Jeanne tengah meratah berekor-ekor udang. Habis dia makan, bangun lagi pergi ceduk ais-krim 3 perisa. Yang Jeanne pergi songlap coklat rice. Dia meratah itu sahaja. Tak senonoh sungguh.


Aku rasa macam dah krem perut bila, makan sesuap-ketawa, makan sesuap-ketawa lagi, rasa puas hati juga dapat ketawa puas-puas. Selama ni duduk diam tak berkutik dek malu. Dan aku rasa lagi kami bertiga je yang paling riuh sekali, hahaha. Aku tengok orang lain asyik je makan dan perhatikan kitorang, apatah lagi dorang tak percaya, aku boleh attend kali ini punya makan-makan. Kikiii.

Balik tu aku memandu dalam keadaan lali-lali, dah malam. Tapi, laju gakla sebab jalan lengang. Terus ambil Oni, rindu sungguh dengan minah tu. Tapi lepas aku mandi, dek melayan ngantuk terus aku lelap. Tidur dengan kenyang dan perut cekang, baby kat dalam seronok dapat makan macam-macam. 

Oni aku tinggalkan dengan kartunnya sampaila abi balik kerja. Rupanya, abi pun tinggalkan Oni dengan kartunnya. Dia tidur di ruang tamu dengan teddy bearnya, dengan tak berselimut atau pun bantal. Mujur memang ada tilam untuk dia landing minum susu. Aku pula sedar-sedar dah jam 5 pagi, kesian Oni kesejukkan. Terus bagi dia bantal dan selimut dan aku bersahur. 

Suruh bergambar je, mesti gaya ini. Pandai dah sekarang.

Dua kali sudah Oni tidur sendiri di ruang tamu, sekali atas sofa. Biasanya dia ingat nak masuk bilik sebab dia minta susu. Nampaknya dia dah ready untuk masuk bilik sendiri. Lepas ni kena deco-deco bilik Oni, biar dia berdikari. Hehehe. Sayang Oni.
Malas nak letak gambar makanan banyak-banyak, hari ni aku puasa lagi. Buat kecur liur je nanti.

Tuesday, 26 July 2011

Harapan yang sudah tertunai.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nak update semalam, tapi seharian duduk bergelap. Sebaik je balik daripada lunch, elektrik di bangunan 1TechPark tu macam apa. Nak kata hujan, panas terik kemain. Pakej pula tu siap air-cond skali shutdown. Hampeh betul, rasa macam kena panggang je.

Yang bos aku sibuk belajar makan buah salak. Hah! bergosip dalam gelap. Satu kerja tak boleh nak buat. Pukul 5.30petang aku ajak budak baru tu cabut. Hahaha. Diala, aku memang balik pukul 5.30petang.

Ok dah, shoot cerita. Ni aku nak tayangla apa yang tertunai tu kan. Orang sibuk dengan iPad2 la, Galaxi la, gadget tu, gadget ni yang memang harapanla aku nak mendapatkannya. Jadi, dengan gigihnya tanpa bantuan abi, aku mendapatkan barangan yang sangat diidam-idamkan. Tadaaa.

Medela Swing.

Rasa nak buka terus test je. Sekarang ni aku mencari masa yang sesuai untuk aku projek di opis nanti. Hehehe, aku jadi jakun macam Oni pula. Aku dapatkan set ni daripada isteri kawan abi. Sama-sama ahli perkep. 

Ada web, jika mahu bolehla berurusan dengan mamaQstore tanya la sampai dia bosan. Sudi melayan anda bila-bila masa. Dan, aku berharap agar cita-cita aku untuk breastfeed 2nd baby ini akan kesampaian. Terasa ingin benar menjadi yang paling tegar. Insya-Allah.
Jenuh simpan duit untuk mendapatkannya, harusla digunakan dengan sebaik mungkin. Insya-Allah. Ada sesiapa nak hadiahkan rompers baby boy? wakakaka. Aku sedang menyimpan wang lagi ni. Hrmmm.

Wednesday, 23 March 2011

Syoknya semalam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hiii, semalam i'm going to PPUM, ooo pergi membooking je, di mana Oni dilahirkan di situla adik-adiknya mengikut jejak, habis anakku semuanya anak jati KL. Adus. 

Then, pergi scan baby di Mediveron (panel), pening sebab baby besar dari sepatutnya. Masalah ni juga berlaku pada Oni dulu, hahaaa. Sangat aktif guling sana-guling sini, lambai sana-lambai sini, angkat-angkat kaki, mentangla ruang masih luas. Kemain. Kata doktor sepatutnya ikut hari pertama datang bulan yang terakhir baru 10 minggu, tapi bila diukur-ukur sudah 12 minggu, huuu. Takpe, kita tunggu scan akan datang ye.

Bagi aku biarla pempuan lagi, suka je aku nak pakaikan gaun sama macam kakak dia, tapi kalau lelaki pun lagiii aku suka. Tunggu je la.

Ahaaa, time for dating. Tapiii dating kali ni 2 kereta, aku bawa waja, mrABi bawa kelisa. Apa kes? mrABi bawa kelisa pergi betulkan gegaran tah apa tah lagi. Selagi tak sedap dia membawanya. Tinggal kelisa di bengkel bawa waja ke IOI Mall, Puchong. 

Jalan pegang tangan wei, acceh romatiknyaaa macam dulu-dulula. Hikhikhik (gelak gedik). Pergi menonton wayang, Hikayat Merong Mahawangsa terbaikkk. Aku rasa tak nak kelip mata tengok filem tu, lantakla orang yang tak suka mengkritik kan? janji, aku suka. 

 Ada orang ambil kesempatan.
Going to Jusco, cari botol susu Oni, lagiii la kan selagi koleksi tak mencukupi. Ngeee. 

Ok, sambung jalan-jalan pergi cari kedai buku, satu hal lagi. mrABi pun dah malas nak ikut. Sebab dia tau sangat bila bini dia ni masuk kedai buku memang makan masa la kat dalam tu, kalau shopping biasa-biasa tu memang aku tak berapa sangat. Hahaaa.

 Hiii, buku katak tu kakak Oni punya ye.

Bila sudah tiada apa mahu dibeli, balik semula ke bengkel. Balik rumah dengan dua kereta lagi. Huhuuu. Apa jenis dating daaa. Hahaaa.
Anak dah nak masuk dua, mrABi memang seperti dulu, terasa mengimbau kenangan lama pula bila berdating begini. Hihihiii.
Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Ziela at PutriAmnaBalQies. Semoga sentiasa ceria, gembira, muda dan terus berusaha menuju puncak kejayaan. Frienship forever, mmmuah! 

Friday, 18 March 2011

Si seksi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Jumaat sudah, aku pun dalam dilema ni jadi atau tak nak balik Johor ini malam. Berikutan baju pun tak berkemas, katanya mrABi ada jemputan kawen anak datuk katanya. So, duduk diam-diam tengok dan tunggu je apa yang akan jadi.


Owh, ye si seksi yang aku maksudkan ialah, dua biji botol susu baru Oni, seksi pink dan seksi blue gittu. mrABi yang pergi beli, BPA Free. Harganya RM8 sahaja, Pureen. Suka aku tengok bentuknya. Hahaha, sekali aku search, haaa ada warna hijau juga, warna oren juga.

Owh, jangan risau, pasti aku akan beli buat koleksi. Ahahaha. Macam aku pula yang guna botol minum susu kan?


Banyak tak botol susu Oni, baru seorang ni. Tapiii semuanya akan dihapuskan dengan segera, buat masa ni aku baru bungkus dengan plastik dan gantung kat pintu je. Masih terasa sayang. Kata mrABi tukar semua, beli baru.

Ini baru yang berada di rumah, rasanya di rumah pengasuh ada lebih 5 biji botol yang besar dan tinggi. Demimu Oni, biarlah beribu RM terbang sekalipun, biar membesar dengan sihat.
Owh aku tak kisah botol susu apapun sebenarnya janji yang terbaik untuk anak-anak aku. Tapi kalau dapat avent ke, medela ke, owh sangat dialu-alukan juga, ahahahhaaaa.