Showing posts with label Gaji. Show all posts
Showing posts with label Gaji. Show all posts

Thursday, 3 May 2012

Puri yang cantik dan sedap.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tehehehe, hari tu kannn aku dah war-warkan bahawa aku hendak kembali bersolek. Dan, pabila gaji sudah masuk pantas sahaja aku menerjah kedai menjual make-up.


Nah amekau. Tah bila nak memakainya pun aku tidak tahu. Hahahaa, hari-hari bedak compact, eye-shadow, lipbalm dan pengilat bibir ni aja. Hendak ber'eye-liner' dan mascara belum lagi. Tak sempat dok. Cantiklah sikit daripada sememehkan. Rasa konfiden pun ada.

Ceh pasan lawa la tu kannn. 

Sudah hendak habis minggu, baru nak update fasal puri Adli. Eh, ke dah ek? minggu ni setiap hari menu lain-lain, aku menyediakan pelbagai jenis puri. Jadi, setiap hari memang ikut suka hati aku je apa aku hendak bubuh.

Minggu ini, tambah satu menu baru ialah puri tempbikai susu. Caranya, tidak perlu rebus sebagaimana puri mangga. Buang kulit dan bersihkan, kisar halus. Tu je. Kalau tapis pun, terlalu halus pula. Adli aku beri setengah potong habis dia kunyah-kunyah. Hahaha.



Menu lain puri lobak+puri kentang, puri bubur nasi dan puri labu. Ada juga puri ayam, tapi tiada gambar sebagaimana puri mangga. Sebab buat mengejut. Hahaha, aku rebus je ayam then kisar. Yummy-yummy-yummy.

Mentanglah baru dapat rainbow cube daripada tupperware, meriah kotak sejuk beku aku. Penuh.

Aku sangat suka suap Adli makan, semua pakat nganga aja. Suap-suap-suap habis. Tido. Oh, sungguh mudah ini budak. Sudah naik walker. Kemain suka, kemain lagi jelajahnya.

 Tuan punya puri macam biasa :) Sudah pandai tepuk amai-amai dengan sendiri.

Nota hijau: Auni tengok Adli makan, dia pun hendak makan sekali. Tapiii bukan makanan Adlilah. Syukur juga bila dia hendak makan.

Wednesday, 14 March 2012

My favourite brand.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jeling menjeling sudah lama. Mahu beli tiada alasan kerana yang ada pun masih belum berguna. Apabila kempen menunjukkan kali ini keluaran yang berwarna hijau, aaarrrggghhh! tidak boleh tahan, harus mendapatkan. 

Kesannya, bulan ini budget habis lari semua. Kalau bulan lepas boleh tahan makan tengah hari ke Daves Deli sehingga hujung bulan, ianya tidak berlaku pada bulan ini. Kerana kempen hijau ini lebih menggamit hati untuk beli-beli-beli. Muahahahaaa.

Manalah hati tidak gundah, daripada jiwa rasa menyesal baiklah aku beli. Aku beli daripada kekDa [DUNIA PUANSTOBERI] yang ada kebun Stoberi tu, selain membela stoberi dia pun dah jadi duta Tupperware. Itu belum masuk lagi part dia jadi duta opis di Hari Kraf Kebangsaan. Lagi? duta cuti-cuti Malaysia pun dia juga, habis semua negeri ada tapak kaki kekDa. Muahahaaa. Ampun kekDa.

 Kotaknya pun sudah membuat hati terpikat.

 Satu tapawe kedap, tutup tu aku tidak tutup rapat, dua biji botol bersama satu dispenser.
Tambah tolak darab bahagi harga ahli : RM 84.96 muahahaaa gila ko Syasya kerana hijau.

Siap dengan cenderahati lagi, terima kasih banyak-banyak kekDa. I like.

Terima kasih sebab sudi mengepos secara percuma. Gambar kotak yang di tag kepada aku dalam facebook punyalah besar, sekali sampai... oloh comel je. Sampai je set botol susu ni, my dealer tupperware pun sms, katanya balance undi aku ada lagi RM50.

Main 12 orang, RM30 seorang. Hasilnya, boronglah sebanyak RM360 barang Tupperware, naik pening aku memilih. Akhirnya, aku memilih periuk untuk stim. Bolehla minta resepi mama Mikhail untuk apam angry bird. Hehe. 

Nota hijau: Gigih, mengumpul tupperware hijau ni. Dapur pun menghijau.

Thursday, 18 August 2011

Hanya cerita biasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aduhaiii, kondisi tak berapa elok ni. Aku mendapat selsema entah daripada mana, jangan jangkit kat Oni pula sudah. Susah aku nak handle sesorang nanti.

Masa pack sungguh nak update blog. Hari Isnin dah kena sogok dengan berjuta-juta lemon kerja. Belum habis satu datang lagi yang lain, adudududu. Kena handle perlahan-lahan. Buat dengan penuh keseronokkan. 

Sana sini cerita shopping, cerita bonus, cerita puasa, cerita raya, cerita cuti. Aku? aku bagaikan rasa nak tidurrr sepanjang hari merehatkan segala urat badan ni. Rasa nak bersenang lenang ke SPA menikmati urutan-urutan yang boleh melegakan badan.

Nak shopping, dah tak larat nak jalan, malah lebih kepada tak tau nak beli apa. Bonus? memang tak dapek la. Duduk diam-diam, simpan gaji je. Puasa? setakat ni alhamdulillah masih penuh dan belum lagi gagal untuk bangun sahur. Makan sahur pun aku bantai 2 pinggan, siap dengan buah, minum banyak air masak dan obimin. 

Raya? aku baru je ganti langsir semalam. Itu pun ruang tamu je lepas. Dah siap pasang barula aku teringat aku pregnant. Mulut anak dara seorang tu tak diam memuji, 'antek mama, antek' sambil dok main babacak balik langsir. Simple je, aku kan suka simple-simple.

Cuti raya? apply sehari je, selebihnya kompeni bagi. Approved, off daripada 27hb August sehingga 4hb September. Cuti lama pun aku rasa duduk rumah je. Aku cuti, abi? hrmmm, biarla dia susun jadual dia sendiri. Nak berjalan beria pun, aku seriau terbersalin awal pula nanti.

Esok pun dah masuk minggu ke-32. Aiii! Nak menyelongkar baju lama Oni, rasanya banyak yang boleh diturunkan tuk baby nanti. Apataknya, dulu beli baju lelaki perempuan boleh pakai, then lepas tu memang aku tak beli more pink or more blue, dah aku kan suka hijau sebab taktau jantina.

Dah keluar dapatla perempuan, kaki melaram. Habis segala mala alat solek mak dia dikerjakannya, mentangla dah pandai buka laci meja solek. Sampai stress aku tengok kelopak mata, pipi, kaki dia biru dek main eye-shadow. Biar je la. Dia pun makin senang nak jaga.

Harap adik dia sok ikutla jejak langkah dia juga. Happy aku menjaganya. Tu je la cerita merapu aku, terima kasih kerana membaca. Hihiii.

Tuesday, 9 August 2011

Senyum sipu-sipu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tehehehe.

Balik shopping hari tu, aku pun menanya soklan cepu cemas kepada abi. Kata nak raya kan, takkan la PM takde hulur-hulur. Then, 'raya tahun ni tak dapat bonus ke bi?' ah aku la tu yang tanya tu. Dasar mata RM-RM-RM. 

Abi diam, dia memang tak peduli sangat part-part gaji ke, bonus ke sebaliknya bini dia ni je yang materialistik. Dok tetengah KL, tak mustahilla aku jadi materialistikkan. Dan, malam tadi dia sibuk tengok AXN. Aku ni pukul 8 malam je mesti nak tengok berita. Kalau tak tengok pun, mesti dengar juga. Sebab daripada kecik memang dah set pukul 8, berita.

Tengah aku layan novel, telinga sipi-sipi dengar berita, tang-tang tu pengumuman bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan diumumkan. Capang terus telinga aku. 

'hah, jeng-jeng-jeng, wow stengah bulan' sambil sesengih angkat-angkat kening. Abi gelak je sambil layan komik dia macam biasa. Habis situ je. 

Gomen juga dapat, swasta tak de ke? nak resign boleh? hahaha. Resign sebab semata-mata tak dapat bonus yerk. Nway, aku bukan kisah pun sebab aku ada wang sendiri. Aku selalu menyimpan awal-awal bila tiba musim-musim perayaan macam ni. Bila raya semua dah prepare. Semuanya dah siap sampai abi sendiri pun hairan sebab tu dia tidak kisah bila aku shopping guna wangnya.

Alhamdulillah, abi tak pernah kedekut dengan hasil titik peluhnya. Kita berkongsi wang. Jika aku nak beli novel guna wang dia dahulu, bila aku bayar dia tak mahu then terus aku masuk tabung Oni. Bila dia bagi  wang melebih-lebih, aku jarang sangat guna kecuali terdesak.

Sesungguhnya aku sudah cukup bersyukur dengan apa yang aku ada. Cukupla kesusahan aku pada masa lalu, bila sempitnya hidup disisih orang dibuang adik-beradik sendiri bila tunggak utama pemimpin keluarga diisytihar muflis. Aku memang tak mahu lagi melihat air mata papa.

Sekarang papa hanya menanggung mama dan sesekali adik lelaki aku yang juga telah berkerja. Kita hidup dalam suasana yang sangat sederhana. Aku hanya anak kakitangan FELDA. Peneroka FELDA pun dah kaya wei.
Baju raya, SIAP. Langsir raya, SIAP. Duit raya, SIAP. Kuih raya, SIAP. Zakat? Abi. Alamak, barang baby? abiii jom shopping barang tuk baby pulak. Macam mana leh lupa niii.

Tuesday, 28 June 2011

Hanya cerita biasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana masih setia. Acceh.

Ahad lepas abi ajak jalan. Ye la, setelah air mata wife kesayangan dia ni gugur akibat ke'stress'an maksima. Gila cembeng, emo. Janji dapat jalankan? Macam biasa, dia tanya nak pergi mana. Dalam kepala rasa nak jejalan kat Taman Putrajaya tapiii hujan. Sudahnya, 'pergila mana pun, asalkan jangan balik rumah, jemu' boleh gitu? itula yang keluar daripada mulut aku. Ngeee.

The Mines, macam biasa. Bila lalu je bangunan shopping mall tu, ma'oiii baaanyaaaknyaaa kenderaan. Memang sah-sah tak boleh nak masuk. Abi terus ke Jusco Cheras Selatan. Sama juga, kenderaan sungguh banyak. Tapi aku memang suka Jusco tu sebab besar.

 Peringatan untuk umi, jangan boros.

Tak shopping sangat pun, aku belum gaji. Melayankan anak dara nan seorang itu bermain. Abi je yang shopping. Tapi dapat gakla baju untuk ''kembar'' aku yang mengembang dengan baik punya ni. Abi belanja. Hiii. Dia pun teruja ikut sama memilih.

Masuk Popular, aku hanya menjeling susunan novel yang bertingkat-tingkat. Gila banyak. Rambang mata nak memilihnyaaa. Huiii, sampai Oni pun tak mahu keluar daripada  situ. Huiii.

Tarikh hari ini aku bersanding, tiga tahun lepasla. Hiii, semalamkan hari ulangtahun perkahwinan aku pun membuat permintaan kek coklat, abi layankan je. Ikutkan dapatla pergi pasar malam setiap Isnin di Universiti tu, tapiii aku kelewatan. Ada benda urgent. Makanya abi je yang pergi.

Elok aku parking kereta, dia bersama anak daranya pun balik daripada pasar malam. Comelnyaaa Oni, hahaha. Puji anak sendiri. Rindu membuak-buak dengan dia. Tak ke mana-mana pun, menikmati kek blueberry daripada abi je. 'Errrmmmm dap' - kata Oni.

 Bluberry Secret Recipi.

Oh! ya, segmen review blog semalam, sudah habis ye. Bersambung untuk akan datang pula. Blog yang tak tersenarai, janganla berkecil hati pula. Aku pick-up blog mereka yang tersenarai sebagai pengomen tegar pada bulan Mei yang lalu. Insya-Allah nanti aku buat lagi. Maklumla, memetik kata mamaMikhail, nak review blog mesti berkenalan dan rapat dengan empunyanya sekali. Baru terasa dekat di hati, tak gitu?

Terima kasih kerana membaca.

Monday, 20 June 2011

Cara dia menggembirakan hatinya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bersua lagi kita dalam rancangan bersama empunya hijaucantik, umi journal. Tiba-tiba. Teruja aku nak taip entry ni. Entry lepas, aku ada kata kejutan daripada abi, mamat ni memangla suka bebenar buat aku terkejut.

Aku tak fokus, hari apa masa tu tapi malam. Dia hulur RM1ribu pada aku, wow! bagi aku nak bershoppingkah? aku dah gembira je ni. Memangla aku terima tapi kepala penuh tanda tanya.
'nanti, dia hantar. Tak malam esok, malam lusa. Takut abi kerja' persoalan masih tak terjawab.
'terima apa? banyaknya rm ni?' terpinga-pinga.
'abi beli mesen basuh, hahahaaa' berseri-seri muka dia menjawab sebelum dia menyambung.
'beli 10kg terus' lepas tu dia hulur lagi RM1ratus.
'apa pula ni?' dalam kepala otak aku yang masih lagi bengong. Mamai.
'ni duit umi, bagi pengasuh sementara tu' jawabnya bila dia tengok bini dia macam orang tak betul je. Penangan tengok duit banyak depan mata.

Abi beli mesen basuh baru, automatik sepenuhnya dengan basuhan 10kg. Antara faktor yang memungkinkan dia membelinya adalah.
Satu: Part cuci baju memang dia, kalau aku perati, memang dia hentam masuk semua, takde nak asingkan, nak terbalikkan, nak rendam ke apa. Dia tibai semua, 6kg mana la muat untuk 3 orang punya sekali gus.
Dua: Dia malas nak buat kerja banyak kali, sebab mesen lama yang separa auto. Kena bilas, masukkan di spin, tunggu air, bla-bla-bla.
Tiga: 10kg, memandangkan anak nak masuk dua maka baju pun akan bertambah banyaknya.
Empat: Aku baru je mengadu, tempat cuci baju tu dah tak boleh takung air. Airnya akan surut dengan sendiri. Ok, dia dah beli baru, aku pun senyum je.

Ahaaa, selain mesen basuh dia juga telah membeli penyimpan air panas automatik. Memang dah lama dia mengidamkan natang ni. Daripada belum nikah lagi. Sangat mudah bila aku di dapur. Lepas ni, siap macam-macam air dia order daripada aku. Sebelum ni, dia suka ngejakan air termos Oni. Malas nak jerang air.

Sedang aku berfesbuk, mesen basuh sampai bersama pemanas air. Then, tak lama kemudian abi balik. Mujur aku tak mati terkejut, dia bawa akuarium bersaiz kecil. Walawei, mana nak letak lagi ni? Muka time masuk rumah, tak payah kata, tersenyum sipu-sipu. Tergelak-gelak dia tengok aku tercengang. Biar je la dia ngejakan akuarium tu. Satu set ye, siap ikan bagai. Dah siap maintenance dia pergi kerja.

Then, malamnya dia balik. Muka makin berseri.
'esok on radio guna remote ye. abi dah tukar uminya radio kereta tu' woih! mata aku terbeliak.
'banyaknya duit abi, dapat durian runtuhkah?' dia geleng kepala.
'buat loan lagi?' dia geleng lagi.
'habis tu?' diam takde jawapan, takpe esok-esok dia beritahu la tu. Tunggu lama sikit memang baru dia beritau aku.

Our new gadgets in our home. Aku suka je :p

Atas meja ada duit baki2 yang dia bagi pada aku. Part duit dia, memang aku jarang nak usik.
'duit apa tu?' tanya dia. 'baki duit abila, kalau tak nak bagi umi je' aku jawab. Hiii.
'ambikla' terus aku ambik masuk tabung Oni. kuikuikui.

Berapa banyak kejutan, disebalik berita gembira yang telah aku khabarkan kepadanya. Mungkin hatinya senang bila apa yang dia hajat semuanya tercapai. Jangan dia kata takde duit nak balik kampung sudah. Memang aku sekeh kepala dia.
Aku anggap ini rezeki anak-anak. Alhamdulillah. Aku terima dengan hati terbuka. Rasa nak shopping baju la pulek. Kuikuikui.

Friday, 20 May 2011

Hutang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perkara yang aku sangat berat hati nak beri tapi perasaan tak sampai hati lebih mengatasi. Ya, aku bukannya seorang yang senang lenang dan hidup atas wang semata-mata, kerana aku juga berkerja mendapatkan pendapatan untuk diri aku sendiri.

Aku teringat pesanan mama dan seorang kawan kalau ada orang susah bantu setakat yang mampu. Apabila kita dimurahkan rezeki membantu orang maka rezeki kita akan menjadi berlipat ganda. Ya, ini aku sangat percaya.

Akan tetapi patutkah seseorang itu mengambil kesempatan atas apa yang aku dah beri? aku telah membaca hukum memberi hutang adalah harus, kita berniat untuk membantu manakala hukum membayar hutang adalah wajib. Apatah lagi apabila syarat berhutang adalah dengan menetapkan tempoh untuk membayarnya.

Paling lama pun 10 hari, ini untuk kes hutang sesama sendiri ye, bukan hutang kereta atau pun rumah. Namun pada aku, tempoh hutang ni bergantung kepada budi bicara pemberi hutang dan yang berhutang itu sendiri.

Setelah aku mengira-ngira, rupanya dalam pada aku tak sedar, separuh wang gaji aku, telah aku pinjamkan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Aku tak kisah kerana kesemua yang aku beri pinjam ini adalah mereka yang aku memang dah kenal dan mereka sentiasa mengupdate kenapa wang aku masih belum boleh dibereskan. Mereka memang bertanggungjawab untuk menjelaskan hutang aku.

Cumanya, ada seorang lelaki meminjam wang aku dan berjanji akan membayarnya dengan kata 'bila aku gaji nanti' malangnya, setelah melewati lebih kurang 3 kali gaji, dia sudah ghaib.

1001, 1002 alasan diberi, ok aku tunggu. Ye, aku ngaku wang yang dipinjam itu tidak la banyak, kerana aku yakin dia memang sangat berat hati hendak membayar semula akan tetapi aku mahu melihat sejauh mana dia bertanggungjawab dengan hutang tersebut kerana dia seorang lelaki.

Aku sendiri berhutang, tapiii secepat yang mungkin aku mahu membayarnya kerana aku risau orang yang aku pinjam wangnya itu sangat juga memerlukan wang. Rupanya, tidak semua penghutang berfikiran macam aku.

Sekian sahaja bebelan aku untuk hari ini. Entry ini untuk semua. Aku tidak aim siapa-siapa kecuali lelaki itu.
Pinjaman Tabung Kemahiran pun aku tak bayar lagi, baru bayar sikit je dah banyak tunggakan agaknya. ABiiiiiiiii!!!!!!!.