Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Monday, 25 June 2012

Puri bergelumang penat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku berterima kasih kepada adik aku, sebab dia datang semalam. Hiii, dapat juga aku meluangkan masa berlibur bersama anak-anak. Jika dengan abi, dia hanya teman pergi beli barang dapur sahaja. Sebab, hari minggunya dia lebih senang berdating dengan tilam dan bantal.

Tak apa, adik aku sudah pun bekerja di Klang, makanya bolehlah dia membawa kami berjalan-jalan jika abi sibuk. Tehehehe, silap-silap ikut kepala gegila emak anak-anak ni, memang boleh terus balik Johor ;)

Tempat yang aku suka pergi, The Mines. Cari makan di Chicken Rice Shop, aku suka kerabu mangga dan taufunya. Mabeles. Sementara menanti hidangan, mulut Adli sudah pun bercicip-cicip hendak makan sama. Dia memang tidak boleh bau makanan. Pantang sungguh.

Aku sudah panaskan purinya di rumah tadi, memang siap bawa bekal. Air masak dan susu. Aku juga yang pikul semua-semua tu. Adoiyaiii. Tapi, semuanya berbaloi apabila, Adli makan dengan cemerlangnya. Yumy-yummy.

Come baby come on.

Balik daripada bershopping barang dapur, sesi membuat stok macam biasa. Huaaaarrrgghhh! Struggle. Kali ini, memang aku tekad. Lenyek je semua kerana Adli suka hendak mengaplikasikan giginya secara cemerlang.



Menu untuk minggu ini, puri brokoli bersama nugget ikan [goreng dengan minyak yang sedikit] + bubur nasi dan puri jagung manis [dalam tin cap ayam brand]+epal. 

*brokoli, jagung manis dan epal, aku kukus terlebih dahulu supaya sesi melenyek menjadi mudah.
*nugget ikan tu, aku kisar kering sebab aku sudah letih dan mengantuk.

Sesi aku di dapur, sempat aku cuci Cloth Diapers, suasana yang tadinya riuh bertukar sunyi. Rupa-rupanya, mereka semua bagaikan kena tembak telah mengambil port masing-masing. Hrmmmm, emak juga yang tidak punya masa untuk melelapkan mata. Sabar je la.

Cintaku. Jiwaku. Hatiku. Banyaknya sayang dalam hati melihat suasana ini.

Nota hijau: Waktu jenjalan semalam aku memakai PB sepanjang hari. Terasa diri aku cantik sesangat. Hahahaa, perasan dengan penuh perasaan. Sila muntah. Pertama kali Auni dan Adli berCD sewaktu keluar berjalan-jalan. Wiii. Oh, Tutti-Frutti tu memang sedapkan? Adli pun suka.

Monday, 14 May 2012

Suara-suara di hujung minggu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Misi tercapai, dapat juga berjumpa keponakkan Eija dan juga kak Nad atau mamaZN [Zakuan & Naily]. Hari Khamis lagi aku sudah maklumkan pada abi untuk pergian ke birthday bash Zaquan dan Ziqry anak-anak kesayangan Eija atau sweetmama. 

Macam sudah selalu sangat kita bersua kan Eija? Hihiii, disebabkan sibuk sangat melayan Auni dan Adli yang baru sahaja baik demam, aku memang tidak sempat untuk keluarkan kemera Galaxy sampaikan cenderahati untuk kak Nad pun aku lupa hendak bagi. Aduhaiii, penyakit ini semakin berleluasa. Lagi pula, aku terasa segan melihatkan DSLR yang tersangkut di leher tuan rumah sendiri.

Ok, tunggu gambar daripada Eija, baru aku update. Now, cerita hujung minggu aku macam biasa. Aku tidak gemar sangat bangun sehingga matahari mencanak naik bila hujung minggu. Aku suka bangun pagi dan pergi pasar dan bergelumang dengan dapur.

Biasalah, puri time. Hiii. Jadi, disebabkan Adli dan Auni kembali menyambung mimpi, terus sahaja mengupas itu dan ini, tidak langsung terfikirkan akan ruang tamu yang bagaikan tongkang pecah. Jeling jam, ala-ala masterchef gitu. Target untuk masak tengah hari sekali.

Menu baru minggu ini puri keledek Australia. Hahaaa, nama tertulis di plastik, aku ikut sahaja. 

  1. Kupas kulit dan potong kecil serta cuci bersih.
  2. Rebus/ kukus dengan air yang mencukupi sehingga lembut.
  3. Kisar. Tapis sebelum masuk ke bekas untuk sejukbeku.

Senang je kan? Sama je macam buah-buahan yang keras sebelum ni, cumanya kena struggle sikit sebab ianya lekas keras. Kononnya aku hendak membuat puri labu sekali, akan tetapi hero pojaan tu sudah bangun berguling bawah katil. Terpaksalah ke dapur dengan dia.

Hendak mengupas labu, bukannya calang-calang. Maunya makan setengah hari. Kekeke. Aku kan tak pakar. Jadi, puri yang jadi hanyalah, puri stok ayam, puri keledek dan puri pear. Muahahaaa. Puri bubur nasi pun aku malas nak buat, sambung sebelah malam pula. 


Daripada jam 8pagi sehingga jam 12tgh hari aku sudah selesai kesemuanya termasuk masak tengah hari. Biasalah, kalau di dapur dengan pintu ternganga, macam-macam suara daripada tingkat atas, bawah, sebelah, hadapan rumah. Sedang mencuci di sinki, akan kedengaranlah suara-suara emak menegur, memarahi, mengomel kepada sang anak.

"Aimannn mandi cepat" - lalu kedengaran suara Aiman menyanyi dalam bilik air dari tingkat atas.
"Abanggg!!! adik kenapa?" - suara seorang bayi menangis daripada jiran hadapan.
"Jangan la sibuk, panas ni!" - mungkin anak itu sedang mengganggu tugas emak berdekatan suhu panas daripada tingkat bawah.

Budak masham teman buat puri, habis segala tutup tapawe jadi mainan. Sejak baik demam ni, asyik senyum aja. 

Itu hanya sebahagian hujung minggu, mungkin cuti pendek menyebabkan emak bekerjaya mengambil kesempatan untuk menyediakan juadah hujung minggu. Belum lagi bunyi mesin pencuci baju, kuali bertemu sudip, lesung batu, mesin pengisar, hon dan kenderaan yang lalu lalang di bawah sana, semuanya saling bertingkah dan berlawanan antara satu dengan yang lain. Kadang-kadang, waktu cuti begini, seronok juga.

Nota hijau: Kak Nad tinggi betul. Kalah aku apatah lagi Eija. Erk, alamak... lariii.

Monday, 9 April 2012

Auni dan Adli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai kawan!

Cuba menceriakan majlis, fasal ada sorang mamat ni, buta dan tidak alert dengan kereta aku yang maha besar itu. Hampir je dia nak mencium kereta aku yang sudah pun hampir sampai ke destinasi. Menci.

Aku tidak layan pun Anugerah Bintang Popular malam tadi, ajak Adli tidur awal, siapa tahu si kakak Auni meragam sakan kerana mulutnya ada mata ikan. Susah hati aku, tidak lena tidur aku dek mendengar rengekan dia, nak minum susu pun payah. Macam mana mahu buat pun aku tidak tahu, sudah tiga jenis cawan aku guna. Namun, tidak jalan. Abi akan bawa dia ke klinik hari ini.

Abi balik betul-betul petang Sabtu daripada Penang setelah 4 hari di sana, tune mood aku sudah lari entah ke mana. Kaki jangan katalah, walaupun hanya duduk di rumah, lenguhnya tidak terkata. Rasanya, dapur tu menjadi bilik utama aku. Sabtu belah pagi, aku gagahkan diri bawa Adli pergi injek 5 bulan. Sudah lewat sebulan, bawa kakak Auni sekali.

Adik kakak.

Terus injek tiga serangkai dengan apatah satu lagi, dua-dua kaki kena. Sama macam kakak Auni hari tu, disebabkan peha berisi gebu, makanya doktor tidak teragak-agak untuk injek. Huhuuu, berat tidak berapa naik sangat hanya 8.6kg sahaja. Lepas tu aku angkut dua-dua pergi kedai beli barang sementara mahu menanti abi pulang.

Lebih kepada membelanja kakak Auni sebenarnya, asyiklah mahukan aiskrim dan sebagai upah sebab berkelakuan baik di klinik tadi, setelah malam sebelumnya memunggah rumah macam biasa. Ada ke sarung bantal aku, di buat alas meja. Aduhaiii! lotih omak menukar sarung bantal nak oiii.

 Nasib ko la sarung bantal.

Itu belum lagi, dia menyapu ke, entah menuang minyak geliga kepada Canon Digital Ixus aku dan abi. Memang menangislahkan. Sampai berpeta skrin paparan Canon tu. Huhuuu, memang tidak bergambarlah lepas ni.

Hari Ahad, abi tanya aku semula untuk pergi melawat kawan aku baru bersalin atau tidak, aku beri jawapan malas. Mood sudah lari. Dia ajak pula beli barang dapur. Melayankan Auni yang demamnya bagaikan beracah-acah. Mujurlah suka makan ubat, baik pula dengan abi senanglah abi sumbat Auni dan Adli sekali. Badan Adli pun sudah mula dedar-dedar sebab injek.

Menanti pulangnya abi.

Nota hijau: YA ALLAH-jauhkan la kami sekeluarga dengan penyakit-penyakit kronik di luar kemampuan kami. Jika itu suratannya, kami redha.

Tuesday, 13 March 2012

Bila tiada abi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Syurga. Lain yang dirancang, lain yang dibelinya. Hahaaa. Itulah kisah aku bila langkah panjang. Tambah-tambah bila keluar dengan orang yang memang boleh di ajak merapu meraban.


Gambar fail: Tag by Zila at FB.

Merujuk kepada gambar di atas. Hahaaa, masing-masing lupa keluarga, lupa suami, lupa abi. Senyuman mengandungi sejuta kepuasan. Walaupun hakikatnya kaki aku macam nak patah dan melecet dek mendukung Aie yang lena dalam dakapan. 

Masa ni, paling banyak bershopping dengan senyuman sampai ke telinga ialah... tu yang baju ungu dukung anak tepi sekali. Muahahaa, walhal tujuan asalnya mahu cari warmer Bean for Adli. Sudahnya warmer tidak dapat tetapi berpasang-pasang baju Auni dan Adli dibeli.

Jusco One Utama, menaiki kereta Zila dipandu oleh adik aku. Satu-satunya hero yang boleh diharap masa tu, wanita kaki shopping dan Auni. Hero kecik yang asyik mengharap dakapan emak ialah Adli. Ahahaha. Lantaklah janji puas berjalan.

Auni pun gembira sepanjang hari, hilang moodynya bila dapat berjalan lama macam tu. Kalau dengan abi sendiri dia buat perangai, jadi keluar dengan tok mama, paksu dan aunty Zila, dia agak menjaga dirinya. Dia tahu, dia tidak boleh berada jauh dengan salah seorang daripada kami berempat.

Banyak insiden lucu dibuat dek Auni ni, tengok gambar tu pun dah boleh agakkan. Paling aku tidak boleh lupa, dia buat konsert dalam F.O.S. Mentanglah tempat tu agak lapang, aku tengah menunduk-nunduk memilih stokin, Zila mendukung Adli, tiba-tiba terdengar ada budak menyanyi.

Oh! itu anak perempuan aku. OMG, cepat-cepat aku cuit dia, suruh cari paksu. Sebab, dia jalan dengan adik aku pada asalnya. Dalam hati aku gelak kemain, kepala aku tergeleng-geleng dengan perangainya. Itu belum dia dok jerit umi-umi-umi. Habis harapan makcik nak ngaku bujang sekejap.

Tengah jalan-jalan mencari tempat untuk memulangkan kereta tolak tu, masing-masing tengah layan perut, layan mata tiba-tiba macam ada sesuatu jatuh. Auni, dia boleh melompat keluar daripada kereta tolak tu. Ya Allah budak ni la kannn. Memang dia tak nangis, tapi kitorang ni terkejut macam ke hapa. Dia tetaplah dengan muka comel tu.

Aku sangat proud dengan Auni dan Adli masa ni, dorang sangat ok. Hihiii. Meragam sikit-sikit tu biasalah. Terima kasih Zila sebab sudi temankan kitorang berjalan-jalan. Balik tu, dia melepak lagi di rumah aku sehingga abi balik kerja.

Walaupun ahli keluarga ni tidak cukup, tapi hati aku sangat gembira. Puas hati dapat bawa anak-anak jauh daripada rumah sekejap. Ada satu ketika, Auni dan Adli hanya mahukan aku sahaja. Pengsan kejap. Masa ni, Adli kena mengalah.

Nota hijau: Jalan-jalan One Utama hari Sabtu. Hahaaa. Sekiannn. Kalau dengan abi ni, memang harapanlah nak sampai.

Monday, 5 March 2012

Menangis bukan untuk sedih sahaja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu, sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu, alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku, sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu. Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu, cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu, alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku, sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu, alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku, sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu - Bedroom Sanctuary Lyric.

Go Adli go. Go Auni go.
 Eh? umi sokong siapa ni? hahaaa.

Wah Adli, kakak Auni tidak mahu mengaku kalah.

Maintain la Adli, siap pejam mata. Kakak Auni tidak puas hati. Tomoi-tomoi.

Adli tarik rambut kakak Auni. Hahaaa. 
"tolong!-tolong! ummmiii tolonggg!"-Auni.

Kehidupan semakin mencabar dan menarik apabila kamu berdua membesar.

Aku menangis apabila mereka begini hari-hari, menangis sedih apabila mereka jatuh sakit, menangis gembira kerana mereka membesar dengan menjaga sendiri, menangis pening kerana mereka aktif membuat rumah tunggang langgang, menangis terharu apabila mendapat ciuman kasih daripada abi mereka berdua, menangis syahdu kerana ciuman kasih daripada Auni. "saaayaaang kummmi"-Auni. 

Walaupun, kesudahannya aku yang kena buli. Ergh!

Nota hijau: Mood blues. Entry pun blues.

Tuesday, 21 February 2012

Best moment di hujung minggu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 21022012.

Hujung minggu, pasti dinanti oleh para ibu yang bekerja. Mana tidaknya menjadi surirumah sepenuh masa biar pun hanya untuk dua hari. Misi aku minggu ini adalah, membuat stok susu untuk Aie dan menghabiskan menonton DVD Princess Presecutor.

Lain-lain, macam biasa masak, kemas rumah, cuci baju. Sambung lagi kalau abi tidak bekerja hendak keluar membeli kasut. Oh, permintaan terakhir tu tidak boleh diimpikan tinggi sangat, karang buat hati sedih aja.

Dan lagi, part paling menarik adalah sesi berguling, meniarap, menari, bercerita, bermain, beradu dengan anak-anak. Bagi emak yang berkerja, hujung minggu bersama keluarga adalah detik paling bahagia walaupun menjadi bibik tidak bergaji.

Merasakan masa dengan anak-anak adalah terhad, jadi gunakan sebaik yang mungkin. Walaupun, tangan macam lipas kudung bila dua-dua hendak melekat dengan emak. Bila dua-dua menjerit, meraung di tangan abi. Bila dua-dua mencari emak untuk menghayalkan diri mengambil feel untuk tidur.

Oni sangat sayang dengan Aie, Oni akan jaga Aie bila aku mandi dan buat susu untuk dia. Oni akan datang dengan mainan bila aku tidak sempat menjengah Aie. Oni sanggup berlari kiri kanan kiri kanan atau pusing-pusing Aie untuk menghiburkan Aie. Paling best bila dengar dia menyanyi untuk Aie. OMG, Oniii. I love you so much.

 Aku pun pakaikan Aie warna pink kan... hahaaa.

Yes, Oni is the best kakak forever. Dan, bila datang sengal dia, habis dikerjakan Aie. Kesian Aie jadi mangsa. But Aie, you looks great with the kakak Oni's scarf. Hehehe. 

Itu belum part, menarik selimut atau bantal yang Aie guna. Bila mengamuk, sudah ada perangai mencampak segala jenis mainan depan mata silap-silap kena Aie. Aie hanya pasrah, rela hati dibuat dek kakak. Dalam fikiran dia, kakak aku niii. Macam singa lapar bila mengamuk.

Bila Oni mahu tidur, dia akan cari aku untuk peluk tangan emak dia. Bila adik tidur, dia akan tidur sama untuk bersebelahan dengan aku. Apa yang seronok bila bangun daripada tidur, adik-beradik ini sangat jarang menangis sebaliknya, mereka akan menghadiahkan senyuman paling comel untuk emak dorang. It's cute sweet right.

Jiwa raga aku.

Macam manalah aku tidak rindu dendam bila di opis. Paling seronok ialah, pabila abi masuk campur tatkala aku dan Oni main kombat-kombat, panjat turun sofa, berlari keliling meja. Hahahaaa. Sila percaya kerana ini benar ok. Tidak lama lagi Aie akan menyertai aktiviti ini.

 
 Seluar kakak, Aie sarung.

Nota hijau: Bila malas masak order je. Delivery senang.

Monday, 6 February 2012

Bertemu lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Siapa? kak Ieyna mama Arif dan Hakeem. Pertemuan kali ni memang tidak ada gambar, gara-gara aku lupa mana letak kamera. Maklumlah, journey breasfeeding aku baru sahaja bermula, dan hari-hari tangkap gambar hasil power pumping, so dek mengelak daripada Oni, aku main letak je la kamera tu. Lepas tu, lupa.

Aku memang dah cakap dengan abi, nak pergi rumah kawan yang di Bukit Jalil tu. Bagusnya abi ni, memang dia tak lupa. Bini dia je selalu melupakan. Hahaaa. 

Hajat utama mahu ke rumah kawan di Sg. Besi, mereka menyambut ulangtahun kelahiran anaknya yang pertama. Abiii, dengan kawan dia yang seorang ni memang rapat. Secara otomatik, aku pun jadi rapat sama. Alaaa dia la yang teman pergi tengok wayang masa aku dating kali pertama dengan abi hari tu [Manisnya memori itu].

Sham, budak kacak Brickfield. Itu je yang aku ingat fasal dia, suka menjadi pendamai bila gadis sunti kelas dua Computer Maintenance, ILPKL ni saling bertingkah dan merajuk dengan boyfren masing-masing. Ayat yang paling aku tidak boleh lupa bila group WANDIZURANISHASYA ni berpaling muka ialah:

"aku tau, pukul 10.30 nanti semua budak pempuan duduk depan aku, sini" arahnya, berlagak macam ketua. Dan paling jadi riuh bila.

"tak naaak" Azura membalas. Mulala, Sham membeliakkan biji matanya sambil mengarah lagi dengan suara lebih kuat.

"jangan degil Tuyaaa" katanya. Aku duduk dibarisan belakang hanya sengih. Gelihati. Biasanya, kalau aku merajuk aku pergi kelas 1, cari lelaki lain. Hahaaa. Malas aku nak layan. 

Nisha, bila merajuk dengan Andy, dia cari Zura dan mereka duduk dalam tandas. Kesumawati dan Liza lebih pada kisah tersendiri dan kekadang Wandi [abi] hantar dia untuk pujuk aku. Kelakarkan? Hahaaa. Iya, kami satu kelas yang sama selama 3 tahun. Bila semua sudah bawa hati Shamla yang akan bertindak.

Itu adalah kisah best menjadi seorang pelajar dan remaja. 

After, celebrating Leika (daughter Sham and Ziah), terus ke Bukit Jalil. Yezzaaa, aku jumpa Hakeem. Kali ni, Oni dah boleh geng dengan Arif. Sorry kak Ieyna bilik Arif berselerak dengan mainan. Oni sampai tidak mahu balik. 

Hakeem kena melecet montot dan cirit birit. Sian Hakeem, jangan risau kak Ieyna ianya akan pulih. Sebab, Aie pun pernah kena seperti Hakeem, malah siap berdarah lagi. Sedih memang. Aku siap turunkan petua untuk kak Ieyna. 
  1. Letak minyak masak yang belum guna pada tempat melecet. Anginkan.
  2. Cuci yak guna air dan lap dengan towel sehingga betul-betul kering. Anginkan.
  3. Kalau guna tisyu basah, lap juga dengan towel sehingga kering. Anginkan.
  4. Kerap tukarkan pampers.
  5. Guna krim Bepanthen, sebab dia agak lekit dan akan heal luka dengan cepat.
Aku dah gunakan semua cara di atas, alhamdulillah aku suka gomol montot Aie. Hehehehe, gebuuuu tau. Aku kena tu pun masa dalam pantang. Lagi-lagi Aie breastfeeding, memang kerap membuang. Dia akan baik sendiri bila beralih bulan.

Cuba ya, siapa-siapa yang kena tu. Hiii. Drapolene Cream ok juga tapiii ianya agak kurang likat, then aku lebih suggest Bepanthen. Kawan-kawan lain kalau ada lain cara pun boleh share juga :D

Lepas rumah kak Ieyna, aku shopping di Giant pula. Sungguh best Giant Kinrara, kira dah dua kali la aku shopping kat sana. Mood Oni pun ok, Aie lagilaaa. Boleh dia bantai tidur dalam stroller. Nampaknya strategi aku berkesan. Hahaaa. Tidurkan Oni dan susukan Aie sebelum keluar berjalan. Ngehehehe.

Nota hijau: WANDIZURANISHASYA - wandi (abi), andi (suami nisha), zura (azura/tuya), nisha (isteri andy), sya (aku) = memang kami satu kumpulan. muahahahaaaa.

Wednesday, 25 January 2012

Kisahnya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu, 25hb Jan. 2012 
Balik Johor sekejap lagi. Orang dah lama balik kampung, aku baru terhegeh-hegeh nak balik. Hrmmmm. Tuntutan kerja abi, kena la terima. 

Selasa, 24hb Jan. 2012
1-Kawan baik aku, cik Zila atau Puteri Amna Balqies bersama seorang kawan sekolahnya datang melawat. Dia membelikan aku sebuah novel daripada kaki novel yang bertajuk Kurela Cinta Ini Bertamu by Nuril Baharudin. Thanks awak. 

Kawan berkenalan di bus stop satu ketika dahulu, aku dengan kak Azi la yang selalu melindungi dia daripada diganggu oleh lelaki-lelaki yang suka mengambil kesempatan. Zila seorang yang mempunyai hati kertas, sensitif dan lekas emo. Zila mempunyai perwatakkan lemah lembut, sangat cantik orangnya serta sangat baik hati selain suka mengambil berat akan hal orang lain.

Disebabkan perangainya sebegitu, aku dengan kak Azi yang mempunyai kekentalan jiwa ini, hahaaa poyo selalu melindungi Zila. Yes, Zila dia selalu ingat tentang kegemaran dan kesukaan aku dan kak Azi, tidurnya berkongsi bantal, makannya berkongsi pinggan. Memang tidak rugi langsung dapat berkenalan dengan dia.  Thanks awak sudi datang.

2- Dikhabarkan juga kakLong Faizzah atau bondaWiya atau isteri kepada abang angkat aku atau kawan satu tempat kerja dengan Zila telah selamat melahirkan seorang putera. Aku rasa mahu datang kepadanya, memeluk dirinya erat-erat, sambil mengucapkan TAHNIAH dan Syukur ianya seorang putera.

Aku sayang dia as my sister. Beloved sister. Mempunyai ketabahan hati yang sungguh luar biasa. Mentor aku. Mampu mengukir senyuman walaupun dadanya bagai mahu pecah menanggung kesakitan dek buatan orang tersayang disisinya satu tika dahulu. Cerita perit, ditanggung oleh dirinya, aku, zila, kak Azi dan kak Lia. OMG, bila aku kenangkan balik kisah tersebut boleh dijadikan senaskhah novel hebat.

Paling aku ingat dan sentiasa ingat sebenarnya apabila dia berkata:

"sakitnya sampai Wiya tak mahu duduk dalam perut bonda lama-lama". 

Yes, Qaseh Whilea Putri lahir pada minggu ke-28 dengan berat 1.3kg. Itu kisah yang membuatkan kakLong trauma untuk bersalin kali kedua. Alhamdulillah, apa yang pasti setiap kelahiran adalah berbeza. Tahniah kakLong, tahniah along. [taip ni pun dah bergenang air mata]

aku, kakFaizzah, cikZila dan mamaLia.
macam adik beradikkan kami? kami memang adik beradik.

23hb Jan. 2012
Just at home with kebosanan melampau. Oni dah pandai on dan off TV, buat kepala aku bertambah sakit. Haiyooo. 

Selamat Tahun Baru Cina :D

22hb Jan. 2012
Balik daripada Hulu Langat, Aie beri Oni demam. Oni demam sehingga sekarang. Mujur dia tidak merengek dan hanya mahu tidur selepas makan ubat.

21hb Jan. 2012
Balik Hulu Langat, rumah mertua aku. All going smooth.

Nota hijau: Kisah aku sepanjang cuti. Bosan je kan? Ok, aku baru je menempah sebuah potret 8R, tunggu siap dan frame baru aku tayang kat sini ok. Love it, projek ke dua. Deco-deco dinding rumah. Wakakaka. Bilik Aie Oni, masih terbengkalai. Ngeee.

Esok hingga 29hb Jan. 2012, berada di Johor dan mahu shopping-shopping. Seb baik ada rezeki lebih, mari kita enjoyyyy ya beda-bedu. [ini je nak beritau sebenarnya. Ahahaha]

Friday, 13 January 2012

Gift daripada pnStoberi2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa hari ini sudah pun Jumaat. Sekejap betul, baju kerja aku tak sempat berlipat pun, malah tak angkat daripada ampaian pun dah kena pakai semula.

Aku keluar agak lambat, ahaaa gara-gara aku malas. Esok cotiii. Tapi, duduk rumah je kot. Hajat di hati nak mendeco-deco bilik Oni & Aie, ceh kunun. Kita tunggu dan tengok ajalah apa kesudahannya kan. Muahaha.

Hari tu semangat nak ngejakan dinding gantung frame gambar, sudahnya sekian terima kasih apabila asyik nar lupa nak membeli paku dinding. Bila dah ingat paku dinding, gambar nya pula belum di print-out. Nyampah lama-lama. Ni apa cer, melencong jauh ni. Hahaaaa.

So dua pasang t-shirt, satu untuk Oni-satu untuk Aie. Putih berlinekan hijau. Must I like it sooooo much. Thanks kekDa. Nanti snap gambar bila dorang pakai baju ni. Hiii, murah rezeki anak-anak. Gift ni datang sekali dengan hadiah menang contest beliau My Great Cuti-Cuti Cinta Contest. Macam tajuk filem dah. Aku dapat tempat ke-6. Murah rezeki kekDa aka pnStoberi. Aminnn.

Oni Aie, harap Aie muatla lagi baju tu. Ngeee.

Nota hijau: Oni sangat suka dengan gambar pada baju ni. Dia tahu semua warna pada gambar tersebut [tiba-tiba ayat skema] adoiii.

Tuesday, 10 January 2012

Still need to study.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat lepas, balik kerja terus naik rumah dahulu, bila dah simpan semua kelengkapan terutama susu perahan aku turun semula untuk ambil anak-anak. Then, sebaik sahaja pintu rumah aku buka, SURPRISE!!! 

"ummi, ummi, abiii tu ummi" suara anak dara dah macam tarzan. Hanya pakai pampers sahaja.
"aner adik? ummi aner adik? [mana adik? umi mana adik?]" Oni bertanyakan adiknya. Oh! dia fikir aku pulang bersama Aie. Aku mengeluh, tengok rumah, tengok Oni dan keluar semula. Macam nak menangis. Letih bertambah letih.

Selepas sahaja ambil Aie balik rumah, barula aku menilik Oni daripada atas sampai bawah. Dua kaki, dua tangan, perut berconteng dengan pen. Huaaaaaaa, siapa nak tolong mandikan dak Oni ni. Very the fenat ok.

Melihatkan aku yang dah angkat bakul baju kotor, siap cuci pinggan, sedang melayan Aie barula abi bangun daripada sofa mengajak Oni mandi. Ya, sepanjang hari itu dua beranak tak mandi. Abi tak hantar Oni ke pengasuh. Aku berjaya menahan kemarahan dan abi tau aku sedang marah sebab aku tak tegur dia masa aku balik. Kan? Kita ni, bila ada di rumah pulun buat kerja sampai rumah bersih.

Sabtu pagi, abi pergi kerja. Aku pun masak ringkas-ringkas sebelum dapat pesanan SMS abi mengajak keluar beli barang dapur. Hrmmm, tiba masa sekeluarga nak keluar bersama lagi. Adoiiila. Aku bersiap lambat-lambat dan tunggu sehingga abi balik. Tak larat aku, keluarnya sekejap je tapi nak menyiapkan anak-anak, kelengkapan dorang makan masa yang lama.

Macam biasa, The Mines Shopping Centre, dan macam biasa juga beli barang untuk Oni, untuk Aie. Aku? malas betul nak shopping bila dengan anak-anak kecil ni. Letih mengejar Oni sahaja. Beli barang yang mana nampak je, ambil-ambil-ambil, abi bayar. Aku dah mendukung si Oni yang ketiduran.

Oni kental.

Tahu pula tak mahu bahu abi, nak omaknya juga. Pasrah je le. Aie pun dah merengek-rengek tak puas tidur. Abi yang tolak sambil tolak troli barang-barang. Haih! bila dah dalam kereta barula terasa lega bernafas. Aku rasa, lebih baik duduk rumah sahaja daripada keluar berjalan.

Mok coro.

Apa tidaknya, Aie merengek dah tentula nak breast, Oni merengek nak aku juga, cemana tu? Emak ni dah la 'tough' sangat-sangat. Huuu! Tapiii shopping kali ini agak berjaya jugala daripada kali yang lepas. Huru-hara. 

Lepas ni kalau pergi berjalan macam ni, aku nak pakai baby carrier tu je, senang nak tepuk-tepuk Aie bila dia menangis. Memang nak bawa keluar tempoh hari, tapiii apa nak buat sudah keputusan banyak urat, terlupa. Apapun dah berjaya menggembirakan ini budak, kira ok la tu kan.

Anak bapak.

Mujur aku beli kasut tu dengan mama masa dalam pantang hari tu, konon nak buat pakai raya, huh! minah ni, tengok adik pakai stokin dan kasut dia pun nak juga. Cait.
Nota hijau: Kali ni, aku sama dengan Oni, abi sama dengan Aie. Wiii...

Tuesday, 27 December 2011

Aku, Auni dan cuti.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Happy 3 month Aie.

Cuti 3 hari, aku hanya di rumah sahaja. Cuti berhari-hari pun aku masih juga di rumah. Hehe. Makin besar, makinla banyak yang Oni explore. Aku tukang perhati, menemani, melayani apa yang dia mahu.

Hari Ahad lepas, aku meletakkan kepercayaan aku kepadanya agar dia behave untuk teman aku ke pasar. Biasala, aku tidak rela dia minta dukung bila ke dua tangan aku penuh barang-barang dapur nanti.

Selesai mandi dan bersiap, aku tinggalkan Aie dengan abi dan aku turun gi kedai bersama Oni. Dalam pada riuh mulut aku nak keluar rumah baru aku perasan dia dok pegang patung kucing Slyvester kepunyaan aku. Ehehehe, aku memang sayang patung Slyvester tu. Walaupun dia jahat asyik nak makan twetty bird, tapi dia comel.

"Auni jangan cicirkan awww tu ye, umi sayang awww tu" sambil angguk-angguk dia peluk patung tu kuat-kuat. Alaaa comel betul. 

Sampai di kedai, dia hanya ikut belakang aku, setia sambil peluk patung kucing. Aku pun jeling dia sekejap-sekejap, tapiii melihatkan dia memang sedang menunggu aku, aku pun pilihla barang yang hendak dibeli.

"Ummiii, ikan-ikan" katanya sewaktu melintasi kotak berisi ikan segar. 
"Pandai, jom jalan. Tengok bawah, ada tangga tu" masuk je kedai, matanya terus pandang jajan. Adeh! memang tak boleh elak bila dia dah pegang. Ambilla Oni, ambil. Janji tak menangis. 

Oni tak nangis, Oni tak merengek, cuma yang aku kesian orang lalu sebelah dia mesti orang usik pipi dia. Kalau pekerja kedai tu memang peramah, boleh dikatakan kesemua pekerjanya suka bertegur siapa. Biladah kena usik, Oni buat muka cebik. Cepat-cepat peluk aku.

Dua plastik penuh kiri dan kanan. Aku pesan pada Oni, jangan minta dukung. So far, dia sangat baik. Lepas ni boleh bawa dia pergi kedai lagi ;) Akan tetapi, bila balik ke rumah, perangainya bertambah lagi baik. Lebih-lebih dia suka mengemas. Buat aku fed-up nak tolong dia kemas.

 Heaven betul.

Aku hanya mampu melihat.

Jadiii, aku biarkan ajalah sampai mata dah tak selesa, baru aku kemas semula. Sampai satu tahap, aku terfikir nak suruh abi beli sofa baru aja. Yang hanya statik tak boleh disepah-sepahkan. Hehee.

Dan cuti kali lepas, aku berjaya mencari satu siri drama Taiwan yang sekian lama aku mencarinya. Saban duduk depan laptop, mesti aku Google. Aku tak sure, sama ada kak Azi atau AQies ada menonton siri drama ini. Cer korang Google dan layan La Robe De Mariage Des Cieux atau Heaven's Wedding Gown. Aku layan You Tube je :D Suka-suka.

Monday, 5 December 2011

Pertemuan kali ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu lepas, ala-ala reunion pula jadinya apabila tiga keluarga datang bertandang ke rumah aku. Huh! waktu malam juga mereka sampai. Macam dulu-dulu juga zaman belajar, hampir kesemua aktiviti berjimba-jimba aktif sewaktu hari malam. 

Jiwa muda katanya. Agak penuh rumah kecil aku memuatkan mereka-mereka ini. Datang hanya untuk melawat Aie. Oni paling gembira, ramai kawan, Aie tidur daripada orang datang sampaila mereka pulang. Bila semua dah  pulang, barula biji matanya celik, siap gelak-gelak bila diagah. Clever Aie.

Berkumpul kali ni, best juga masih ada sesi kena mengena, perli memerli, bersenda suami isteri, usik mengusik antara satu dengan yang lain, memang tak berubah. Terasa bagaikan satu ketika dahulu, berkumpul sambil pekena nasi lemak panas. 

Suami bertemu suami, yang memang sedia kenal tak jadi masalah, berbual daripada duduk bawah, duduk di meja makan, dan duduk di bawah semula. Makin malam, makin meriah, makin riuh rumah aku di lantai paling hujung. Rasa ceria sikit.

Bila jam hampir ke jam 12mlm, mata anak-anak pun sudah mulai memberat, perangainya pun sudah bertukar lemas minta tidur, barula mereka beransur pulang. Tiga keluarga sahabat bagaikan tidak mahu melepaskan detik pertemuan berharga ini. Ini sahajala sahabat yang aku ada ke sana ke mari duduk di KL ni.

Buat pn Izma dan en Kmie, selamat menyambut orang baru ye. Kami doakan anda dipermudahkan proses bersalin nanti, buat pn CT dan en Batu, jangan serik datang rumah pinjam kitorang ni. Begitu juga pn Zura dan en Shah, korang memang sentiasa segar dalam ingatan kitorang. Macam-macam hal, kita dah tempuh sama-sama. Jangan marah, kitorang mengikut jejak korang pula :)

Ye, mereka sahabat zaman aku belajar. 

Dulunyaaa...

Zaman berjimba-jimba: cikIzma, aku, cikZura dan cikCT.

Sekarang...

puan CT aka akak
puan Izma aka Eima

dan

puan Zura aka Zurek
Daripada facebook Zura. Ampun buk, gue cilok u punya family potrait ;)

Dan gambar family aku, hehehe tak ada lagi la. Belum sempat nak buat family potrait lagi. Masing-masing kebusyan, lagipun tunggu la Aie dah pandai senyum melebar nanti, baru cun.

Tuesday, 27 September 2011

Kontraksi ke ni?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa tu la kan, aku di opis ni. Bila duduk rumah, macam biasa la tak reti duduk diam. Doktor suruh berehat, tapi aktif mengalahkan macam duduk di opis. Better duduk opis mengadap pc sampai waktu balik. 

Still bleeding tapi aku dah malas nak mikir ke hospital lagi. Karang dikata, jalan belum lagi buka. Coro still aktif macam biasa, cuma lately agak malas dia nak bergerak sebab ruang semakin sempit. Tapi, malam tadi aku kerap sangat sakit mengikut selang masa 15 minit sekali. 

Sampai tidur aku tak lena, kontraksi ke tu? atau, akibat daripada makan tak berhenti daripada hari Sabtu lepas atau akibat daripada makan pisang terlalu banyak? muahaha, teringin gila nak makan pisang dengan buah mangga. Semalam, gigih ikut abi pergi beli di pasar malam. Habis setengah sisir aku ngejakan pisang tu, muahaha.

Ni pun aku breakfast dengan pisang, akibat makan daripada hari Sabtu (masak sendiri), Ahad (kenduri rumah mertua) tu pun, mungkin juga. Mana tidaknya, aku belum dapat membuang isi perut dengan sepuas-puasnya. Hanya dapat buang sikit-sikit berbanding dengan apa yang aku makan. Bila dah macam tu perut pun rasa sempit dengan Coro yang makin menggebu.

1st time pakai sama dengan Oni, baju raya daripada tokMama.

Aiii, still rasa macam nak patah pinggang ni, sakit siut. Tapi bila alih kedudukan rasa ok sikit. Karang nak berjalan, macam rasa nak bercinta. Huuu, rasa Coro betul-betul dah nak keluar. So, nak tunggu ketuban pecah ke eh? waaaa... tolong-tolong.

Abi memang dah prepare je, aku kata hospital je dia terus hantar. Pokoknya, aku ni. Haih! Payah pula rasa nak buat keputusan. Si Oni dah di rumah pengasuh, so biar je la dia kat sana tu. Tunggu je la lagi kan? Aku dah siap mimpi-mimpi si Coro ni keluar minggu ni. Hahaha! Adoiiila.

Friday, 16 September 2011

Mama yang lemah lembut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat hari Malaysia.

Tehehehe, tunggang langgang hidup aku tanpa abi dua hari ni sebagaimana tunggang langgangnya rumah aku dengan Oni, biarlah dulu. Nanti-nanti ada orang nak bertandang, gigihla aku kemas. Abi balik pun aku juga yang kemas. Serupa je kan.

Setakat ni baru satu keluarga yang sampai, kawan satu kelas masa belajar dahulu. Noorliza bersama suami, Amir dan buah hati mereka, Yusuf Irfan. Kebetulan dia di Bukit Angkasa, terus sahaja datang singgah melawat aku. Orang sekarang ni, trend kena buat open house barula nak datang, kot tak memang tak sampaila.

Mujurla aku sempat membaca email mama yang lemah lembut ni sebelum aku MC hari tu. Baca pun sekali imbas je, time waktu kerja. Balik rumah aku buka semula email, part email ni memang aku biasa buka waktu kerja sahaja. Dalam kepala berfikir, nak ke abi pergi nanti. Ajak je la kan. Ada rezeki kita jumpa ye mama yang lemah lembut.

Sedang elok abi balik daripada Lumut, sebelum masuk kerja sebelah petang, dia setuju untuk ke Bukit Jalil. Dah dapat ke teka siapa yang aku maksudkan? hahaha, baikla nak hint lebih lagi si tauke laksa tu. Ya, tepat sekali mamaLieyna aka mama kepada Arif Haidar. Korang ni, sebut makan barula nak ingat mengingat ya.

Mencari rumahnya tidakla susah, abi memang pakar walaupun memandu dengan mata kelabu (sakit mata) dan hujan lebat. Aku pun weng-weng je rasa. Mata mengantuk sungguh. 

Sampai rumah bersaiz comel tu, kakIeyna menanti di muka pintu. Sekejap je cam. Hehehe, alaaa lemah lembutnya kakak ni, dalam hati aku. Terpaksala aku menjaga tingkah yang selamba kodok ni dan cakap pun main ikut dannn je. Tersipu-sipu makcik.

Oni? itu macam biasala, berebut mainan dengan Arif Haidar. Hahaha, Arif Haidar yang cepat je air matanya meleleh. Nangis pun tak dengar bunyi. Comel. Oni lebih suka main basikal Arif di luar rumah. Asyikla dia hilang je. Satu-satu kasut orang datang di cubanya. 

Aku? makanla apa lagi. Tiga kali aku berulang alik di meja makan yang besar tu. Muahaha. Sedap wei, laksa dan nasi tomato hasil tangan kakIeyna ni. Menjilat jari aku makan. Tak caya? kalau kakIeyna letak gambar kat blog dia, tengokla aku yang makan je sepanjang bergambar.

Lepas tu aku belasah kuih rayanya pula, mujurla abi ajak balik. Aku rasa nak berlama-lama je di rumah comel tu. Hihiii. Tak sedar diri tu dah sarat, boleh lagi pergi open house. Muahaha. In this time, makan is the best thing to do :)

Comelkan kami berempat? hihiii.

So macam biasa, pendapat aku terhadap kakIeyna? dia suka senyum, cakapnya sungguh lemah lembut. Aku nak cakap banyak pun rasa macam tak sesuai je. Mungkin baru jumpa sekali ni, kalau dah berkali-kali mungkin aku biasa dengan dia, kan kakIeyna kan?
mamaLieyna kawan maya kedua aku jumpa. Pertemuan blogger yang kedua la kiranya selepas Eija. Huhuuu.
Nota hijau: Alhamdulillah masih larat membawa Coro. Oni pun semakin behave. Terima kasih abi sebab memahami =) Esok ada lagi blogger yang perlu ditemui, insyaALLAH.

Monday, 5 September 2011

Aidilfitri 2011, Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Update pasal raya? hahaha, sikit je la ye, raya aku biasa-biasa je. Perut dah sarat tapi nak gak pakai baju raya sedondon dengan abi. Cian Oni baju dia lari tema sikit gara-gara tak sempat siap. Patutnya dia sedondon dengan abi. Tapi, kira ok la sebab raya kat Johor. Wiii.

Sempat lagi bershopping last-minute, berbuka bersama kawan-kawan sekolah, dan membuat persediaan untuk sesi masak memasak. Aku masih tak percaya raya jatuh pada hari Selasa, rasa kejap benar aku puasa (puasa penuh tau ;))

My small family in purple, Oni tayang duit raya daripada abi.

Still in purple. Pak Su je nak lain.

Hari Raya ialah hari bergaya buat Oni. 'mamaaa antikkk' sambil tayang-tayang baju.

Then, macam biasa lepas Zohor bertolak balik Machap. Nama pun beraya, kerjanya makan-makan-makan dan makan. Alhamdulillah, dapat lagi aku merasa ayam masak merah, rendang daging, lodeh, sambal kacang hasil tangan mama. Dan, paling penting orang makan ketupat anyaman aku. kekekekeke. 

Lagi, nak citer apa? Tu la aku kata, raya aku biasa-biasa je. Aku dah beraya ke mana-mana, tapi rumah mertua aku tak sampai lagi, dek kerana mertua aku masih lagi beraya di Terengganu. 

Rayakan sebulan, insyaALLAH, jika aku larat dan sihat yang mana area-area KL ni, aku sampai la di depan pintu, hehehe. Nanti aku beritau arah tuju aku ye.

Friday, 26 August 2011

Hutang kasi selesai.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hari terakhir bekerja. Masing-masing dah ingat nak kemas rumah, packing baju, packing kuih, aku? masih cool lagi, hari ni aku jadi panda, tak cukup tidur. Setiap jam tersedar dek sepakan padu litle coro 33 minggu ni, makin besar, makinlaaa buat mak dia tak tentu hala.

Yang seoarang lagi dah bawa hati, bawa diri. Tidur pun dah tak mahu dengan mak dia, nak tidur sendiri dan depan TV. Balik pula si suami yang pun bawa diri, dah tak mahu bangun sahur. Maka, tinggalla emaknya melaksanakan sahur bersendirian. Sob-sob-sob.

So, hari terakhir untuk melaksanakan hutang piutang sebelum cuti raya, undi tapawe, duit kuih raya, hutang pengasuh, hutang pembuat baju, hutang sana-hutang sini supaya dapat cuti lama dengan tenang hati. Kata nak beraya kan, so harusla bergembira.

Aku belum kemas-kemas lagi, semuanya slow and steady. Malas nak terkejar-kejar. Lagi-lagi bawa orang ni, cepat sangat lenguh kaki, sakit pinggang, sakit tulang, sakit belakang, hah! macam-macamla gejalanya selagi dia tak lahir. Takpe-takpe aku ok je.

Kepada semua yang berhari raya, semoga selamat pulang ke kampung dan selamat juga kembali daripada kampung ye. Beringat dan berhati-hati bila nak buat sebarang kerja. Maklumla bahaya tak kenal siapa. 

Selamat bercuti, selamat beraya, selamat hari merdeka, selamat pergi dan balik, selamat hari-hari. (5S daripada aku). Daaa.

Thursday, 18 August 2011

Hanya cerita biasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aduhaiii, kondisi tak berapa elok ni. Aku mendapat selsema entah daripada mana, jangan jangkit kat Oni pula sudah. Susah aku nak handle sesorang nanti.

Masa pack sungguh nak update blog. Hari Isnin dah kena sogok dengan berjuta-juta lemon kerja. Belum habis satu datang lagi yang lain, adudududu. Kena handle perlahan-lahan. Buat dengan penuh keseronokkan. 

Sana sini cerita shopping, cerita bonus, cerita puasa, cerita raya, cerita cuti. Aku? aku bagaikan rasa nak tidurrr sepanjang hari merehatkan segala urat badan ni. Rasa nak bersenang lenang ke SPA menikmati urutan-urutan yang boleh melegakan badan.

Nak shopping, dah tak larat nak jalan, malah lebih kepada tak tau nak beli apa. Bonus? memang tak dapek la. Duduk diam-diam, simpan gaji je. Puasa? setakat ni alhamdulillah masih penuh dan belum lagi gagal untuk bangun sahur. Makan sahur pun aku bantai 2 pinggan, siap dengan buah, minum banyak air masak dan obimin. 

Raya? aku baru je ganti langsir semalam. Itu pun ruang tamu je lepas. Dah siap pasang barula aku teringat aku pregnant. Mulut anak dara seorang tu tak diam memuji, 'antek mama, antek' sambil dok main babacak balik langsir. Simple je, aku kan suka simple-simple.

Cuti raya? apply sehari je, selebihnya kompeni bagi. Approved, off daripada 27hb August sehingga 4hb September. Cuti lama pun aku rasa duduk rumah je. Aku cuti, abi? hrmmm, biarla dia susun jadual dia sendiri. Nak berjalan beria pun, aku seriau terbersalin awal pula nanti.

Esok pun dah masuk minggu ke-32. Aiii! Nak menyelongkar baju lama Oni, rasanya banyak yang boleh diturunkan tuk baby nanti. Apataknya, dulu beli baju lelaki perempuan boleh pakai, then lepas tu memang aku tak beli more pink or more blue, dah aku kan suka hijau sebab taktau jantina.

Dah keluar dapatla perempuan, kaki melaram. Habis segala mala alat solek mak dia dikerjakannya, mentangla dah pandai buka laci meja solek. Sampai stress aku tengok kelopak mata, pipi, kaki dia biru dek main eye-shadow. Biar je la. Dia pun makin senang nak jaga.

Harap adik dia sok ikutla jejak langkah dia juga. Happy aku menjaganya. Tu je la cerita merapu aku, terima kasih kerana membaca. Hihiii.

Friday, 1 July 2011

Terapi Jumaat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Welcome Julai, oiii dah setengah tahun berlalu. Sekejapan. Wishlisted Julai aku ialah pi shopping dan Medela Swing. Medela Swing punya fasal, sampai termasuk dalam mimpi. Hapa-hapa aja.

Ok, sebagaimana yang diketahui Hijaucantik 2nd Giveaway dah tamat semalam. Boleh buat semakan ye. Aku bagi peluang lagi untuk betulkan mana-mana yang kekurangan. Terima kasih sebab sudi memeriahkan majlis. Terharuuu.
So mari sama-sama mengadap benda yang hari-hari aku hadap, tadaaa:


Cute tak? Ngehehehe, duduk la celah tu diam-diam, aku gunakan tiap-tiap hari untuk minum Anmum Meterna. Wiii. Baru terasa bersemangat nak minum susu. Terima kasih kepada biras aku, Fizannie sebab bagi present ni. Suka-suka.

Entry simple daripada aku. Hahaaa.

Monday, 9 May 2011

Rekreasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Siap pergi google macam mana nak eja rekreasi. Hahaaa, aku memang failed mengeja. Ok shoot the story, Sabtu, keesokkan hari selepas aku mendapat ucapan, hadiah, sambutan dan doa istimewa daripada semua sahabat nyata dan juga maya, daripada yang jauh juga yang dekat, mrABi membawa aku dan kakakOni pergi memancing.

Walaupun aku di Pantai Dalam, namun memang tiadala pantai mahupun sungai mahupun tasik untuk meraikan aktiviti pancing memancing ini, destinasi yang dituju Taman Wetland, Putrajaya.

Best, aku hanya berminat nak jumpa geng-geng aku je, dan membuat aktiviti sendiri. Hahaaa, memang tak rugi la wei, sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan, tak lupa goodies untuk anak-anak. Seronok tengok mereka berlari-larian kegembiraan.

KakakOni ada moody pada waktu pagi, penatla orang menyuruh dia senyum namun hanya jelingan tajam sebagai tindak balas pertama. Kaum-kaum bapa sudah pun standby dengan pancing-pancingan, jangan salah pancing ye.

 KakakOni dan belon buih.
Banyak-banyak port, port aku and the gang paling mendapat perhatian. Meriah dengan aktiviti, harusla aktiviti mengisi perut terlebih dahulu disamping bertanya khabar masing-masing. Jarang dapat berkumpul bersama jika tak kena hari keluarga.

Potpetpotpet, agak tengah hari sikit, mrABi dah pun bawa kakakOni berjalan tinggal mak dia memulakan langkah pertama, yuhuuu. Ada pula rezeki datang bergolek, durian yum-yum-yum. Kan aku memang dah lama nak makan durian. Sedapnyaaa. 2 ulas je aku ambil buat rasa sebelum sambung 2 ulas lagi, bila tengok ianya terbiar tanpa dipedulikan.

Memang sedap durian ni.

Selain durian ada juga jambu bersama asam boy, huaaaa. Jambu tidak berbiji yang rangup. Ye, aku lagi menjadi mangsa, makan-makan-makan dan makan.

Ingat nak duduk bersembang semata-mata, haaa aktiviti kian rancak dengan jualan mega sale daripada kakak salah seorang kawan. Seronok wei, bila diserbu kaum suami masing-masing dah tak dapat nak lari dan mengelak. Aktiviti kantoi. Sana-sini flash kamera untuk dijadikan kenangan perjumpaan yang bermakna ini. 

Kerongsang, gelang dan butang baju melayu mutiara. kalau di pasar malam kena pilih sambil berdiri.

Port kitorang jadi kecoh, apabila si isteri tak dapat membuat pilihan dan kaum suami masuk campur. Part ni memang kelakar, ada suami yang spoting, sama-sama memilih, ada suami tengok sahaja, sambil tersengih, ada suami saling mengenakan isteri. Saje, suka-suka mengusik.

Sebaik semua isteri bangun untuk makan tengah hari, setelah selesai aktiviti berjual-beli, anak-anak diserah kepada suami. Ini pun boleh jadi bahan ketawa. Ada yang nampak dah biasa, ada juga yang masih kekok. Lagi-lagi bila terdengar orang lain bersuara, 'haaaa PERKEP dan nak makan tengah hari, pass anak kat suami pula' hahaha, ok la tu kan. Take turn.

Interframe betul yang shawl coklat tu, haih.
 
KakakOni dia dah tak kisah, dia je yang dah berlari ke hulu ke hilir, berguling kat tangga, berguling kat bukit, dia memang buat hal dia je. Kejap-kejap dia lari ke pak nya, kejap-kejap dia lari ke aku. Dia dah pandai bawa diri.

Sebelum balik, bergambar macam biasa. Kaum suami memang sporting melayan isteri dengan kawan-kawan. Ye la, mereka sendiri sudah biasa jumpa di pejabat. Isteri ni, hanya SMS, FB dan YM sahaja sebagai pengantara.

Apapun, katanya ini pra-family day? hahaaa ada juga perkataan tu ye, bila family day nanti barula kakakOni boleh berlari merebut gula-gula.Seronok. 
Bila habiskan waktu cuti macam ni seronok kan? berjumpaa dengan kawan-kawan.

Wednesday, 20 April 2011

Masih berteka-teki.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar pembaca bloghijau? adakah semua ok hari ini. Ye sudah pun Rabu, dua hari lagi dah jumpa Sabtu semula. Esok aku cuti, rutin bulanan selama sembilan bulan akan bermula esok, 21 April 2011. 

Tempat buat pemeriksaan sama dengan kakaknya Pusat Perubatan Universiti Malaya, KL. Aku cuba berharap si kecil ini akan baik dan sihat sebagaimana kakaknya juga. Membesar dengan tidak banyak kerenah, dan lebih banyak berdikari. 

Segalanya akan bermula esok pagi. Tunggu je la berita apa yang bakal disampaikan, nasihat apa yang akan didengarkan, ilmu apa yang akan dibawa pulang. Sesungguhnya aku sudah tidak sabar-sabar untuk mendengar berita yang mengujakan hati.

Umur tepat si kecil ini juga bakal diketahui esok. Ini yang aku rasa nak pergi scan lagi ni. Hahaha. Malas sebenarnya nak buat temujanji untuk scan di PPUM tu, agak melecehkan, banyak procedur. 1st time buat hari tu RM40 aku buat di Mediveron. Dah nampak kaki, tangan. Aktif dan lasak. Mengguling-guling. Dan aku rasa, scan di mana-mana pun sama juga kan?
 
Tengokla macam mana nanti. Hiii, semua orang dah tak sabar nak tengok perkembangan aku yang mendadak makan je kerjanya ni. Ngeee. Aku sendiri taktau berat aku berapa sebab mesin penimbang di rumah aku dah pun pecah dan berterabur skru akibat dibanting kakakOni. Minah tu jangan dibuat main, lesung batu maha berat tu pun dia boleh angkat. Naik radang mak dia, kalau nampak dia main lesung batu tu.

Ok, apa-apa pun jumpa kita esok hari. Dengan khabar berita daripada penulis hijaucantik. Iringkan aku dengan doa-doa kalian ye. Harap semuanya sihat seperti biasa.
Rasa teruja dan tidak sabar untuk menyambut kedatangan orang baru. Beraya berempat la tahun ni, insya-Allah. Semoga aku dibekalkan kekuatan dan kesihatan. Aminnn.