Monday, 9 May 2011

Rekreasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Siap pergi google macam mana nak eja rekreasi. Hahaaa, aku memang failed mengeja. Ok shoot the story, Sabtu, keesokkan hari selepas aku mendapat ucapan, hadiah, sambutan dan doa istimewa daripada semua sahabat nyata dan juga maya, daripada yang jauh juga yang dekat, mrABi membawa aku dan kakakOni pergi memancing.

Walaupun aku di Pantai Dalam, namun memang tiadala pantai mahupun sungai mahupun tasik untuk meraikan aktiviti pancing memancing ini, destinasi yang dituju Taman Wetland, Putrajaya.

Best, aku hanya berminat nak jumpa geng-geng aku je, dan membuat aktiviti sendiri. Hahaaa, memang tak rugi la wei, sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan, tak lupa goodies untuk anak-anak. Seronok tengok mereka berlari-larian kegembiraan.

KakakOni ada moody pada waktu pagi, penatla orang menyuruh dia senyum namun hanya jelingan tajam sebagai tindak balas pertama. Kaum-kaum bapa sudah pun standby dengan pancing-pancingan, jangan salah pancing ye.

 KakakOni dan belon buih.
Banyak-banyak port, port aku and the gang paling mendapat perhatian. Meriah dengan aktiviti, harusla aktiviti mengisi perut terlebih dahulu disamping bertanya khabar masing-masing. Jarang dapat berkumpul bersama jika tak kena hari keluarga.

Potpetpotpet, agak tengah hari sikit, mrABi dah pun bawa kakakOni berjalan tinggal mak dia memulakan langkah pertama, yuhuuu. Ada pula rezeki datang bergolek, durian yum-yum-yum. Kan aku memang dah lama nak makan durian. Sedapnyaaa. 2 ulas je aku ambil buat rasa sebelum sambung 2 ulas lagi, bila tengok ianya terbiar tanpa dipedulikan.

Memang sedap durian ni.

Selain durian ada juga jambu bersama asam boy, huaaaa. Jambu tidak berbiji yang rangup. Ye, aku lagi menjadi mangsa, makan-makan-makan dan makan.

Ingat nak duduk bersembang semata-mata, haaa aktiviti kian rancak dengan jualan mega sale daripada kakak salah seorang kawan. Seronok wei, bila diserbu kaum suami masing-masing dah tak dapat nak lari dan mengelak. Aktiviti kantoi. Sana-sini flash kamera untuk dijadikan kenangan perjumpaan yang bermakna ini. 

Kerongsang, gelang dan butang baju melayu mutiara. kalau di pasar malam kena pilih sambil berdiri.

Port kitorang jadi kecoh, apabila si isteri tak dapat membuat pilihan dan kaum suami masuk campur. Part ni memang kelakar, ada suami yang spoting, sama-sama memilih, ada suami tengok sahaja, sambil tersengih, ada suami saling mengenakan isteri. Saje, suka-suka mengusik.

Sebaik semua isteri bangun untuk makan tengah hari, setelah selesai aktiviti berjual-beli, anak-anak diserah kepada suami. Ini pun boleh jadi bahan ketawa. Ada yang nampak dah biasa, ada juga yang masih kekok. Lagi-lagi bila terdengar orang lain bersuara, 'haaaa PERKEP dan nak makan tengah hari, pass anak kat suami pula' hahaha, ok la tu kan. Take turn.

Interframe betul yang shawl coklat tu, haih.
 
KakakOni dia dah tak kisah, dia je yang dah berlari ke hulu ke hilir, berguling kat tangga, berguling kat bukit, dia memang buat hal dia je. Kejap-kejap dia lari ke pak nya, kejap-kejap dia lari ke aku. Dia dah pandai bawa diri.

Sebelum balik, bergambar macam biasa. Kaum suami memang sporting melayan isteri dengan kawan-kawan. Ye la, mereka sendiri sudah biasa jumpa di pejabat. Isteri ni, hanya SMS, FB dan YM sahaja sebagai pengantara.

Apapun, katanya ini pra-family day? hahaaa ada juga perkataan tu ye, bila family day nanti barula kakakOni boleh berlari merebut gula-gula.Seronok. 
Bila habiskan waktu cuti macam ni seronok kan? berjumpaa dengan kawan-kawan.

7 comments:

@e_da said...

bestnya... mcm gathering yek.. siap ada shopping2.. hehe cha kalau org dulu2 la kan isteri pgnant suami takleh g mancing... org kata la akak pun tak pasti kebenaranyya...

kak oni nampak makin susut ooo... dah kurang bam bamnya..

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

wah bestnya dapat gather2 together...i like it...aktiviti riadah yang bermanfaat

mamaarifakeemaisy said...

bestnyer....meriah la hari tu yee...program camni mengeratkan lgi ikatan silatulrahim...sesama PERKEP ke ni?..hee~ pastinya lah tu..

Jue said...

best tue......jumpa kawan2 memang best sambil lepak2 dan makan2

Izan Ishak said...

mmg seronok kalau santai2 ngan kawan2 gini kan cha... kak izan tgk gambar pun rasa best je~

:: Mrs.SyahNia :: said...

kak ni club perkep ke..hihi
sronoknya bsantai camgini
mngertkn silatulrahim ;)

ch@ said...

kakEida:
hahaaa ye ke kak, kita ikut tapi bukan layan mancing tu pun, dok sibuk berborak. ramai je yg pregnant ada sama situ.
* ha'a main je, makan disuap takmau, nak makan sendiri berapa ketul nasi je yg masuk.

anje:
hahaaa, tu yg kaum suami malas nak bawa tu, ada je aktiviti buatan sendiri. suami minta sokongan isteri yg tidak peduli. kikiii.

kakIeyna, ain:
ha'a, duduk rumah je boring juga, lagipun jarang dapat jalan ke Putrajaya. PERKEP tak sign ni.

cikJue:
tu la tu, tak lupa juga sesi mengejar anak masing2.

kakIzan:
berapa banyak diorang snap picture kitorang. sebab memang grouping paling hot skali.