Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam aku sibuk. Ada waktu terluang pula aku bantai tidur, badan aku sangat letih. Umur makin meningkat katakan. Ceh, poyo!
Disebalik ucapan ulangtahun kelahiran yang panjang berjela sehingga wall di FB penuh, dan juga ucapan di SMS handphone yang tidak putus-putus serta majlis celebrating kecil-kecilan di Carl's Jr, Bandar Utama, juga entry tentang hari istimewa aku, hati ini terus gundah dan sedih kerana orang yang aku sayang, orang yang tinggal sebumbung masih lagi belum memberi ucapan apatah lagi hadiah istimewa.
Aku memujuk hati, mungkin ada surprise bila pulang ke rumah nanti, namun semuanya seperti biasa. Aku bersaing pula dengan dia, yang baru pulang entah daripada mana, ku jeling, ku lihat dia sudah pun menukar seat kereta kelisanya dengan lebih sporty, aku tunggu lagi. Sehingga lepas maghrib, barula aku bersuara.
'Mana hadiah umi?' gila tak malu kan? apa punya bini ni. Hahaha, nada dah hampir nak nangis, bila dia pandang muka aku.
'Kenapa?, hari ini hari apa?' he'e, aku tak sure dia betul-betul lupa atau dia sengaja. Terdiam lama. Aku terus tahan air mata sambil cover lipat baju kakakOni.
'Ha'a ek' katanya lagi seraya bangun terus ajak kakakOni mandi.
'Oni baru lepas mandi, sambil mata aku terus jeling dia dah masuk bilik air. Geram betul.
'Pergi la mandi, nanti kedai tutup' sambil kiss pipi aku. Eeee, cover line baik betul.
'Nak pergi mana?, malasla' ayat aku yang poyo tahap apa. Bengong.
'Pergi celebrate birthday la, cepatla sempat lagi ni' sambil tolak aku suruh bangun. Mestila nak ikutkan, dia nak bawa pergi celebrate. Hihiiii. Mid Valley.
daripada mrABi, love fossil so much, pilih sendiri, suka sebab talinya bagaikan gelang. Ganti yang hilang satu tika dulu.
daripada bondaWiya, along dan Wiya. love this book, malangnya tak boleh di bawa selalu takut terlajak masuk tandas. Ada banyak doa dan ayat Al-Quran. T/kasih bonda.
daripada cikZila aka PutriAmnaBalQis, walaupun hanya sekeping kad, ia sangat bermaksa untuk sebuah nilai persahabatan, t/kasih awak kerana mengingati.
daripada team-member office. technical department. Carl's Jr, sedap tapiii aku makan tak habis, memang burger gila besar, semput. siap dengan kek istimewa, takde amaran macam tahun lepas. Thanks all.
mikhail dan mama
Ting tong! 12 6th May. Happy bitrhday to you. Happy birthday to you, happy birthday to you Syasya. Happy birthday to you.
May Allah bless you and your family dear! [12:21am]
LiaHappy birthday sya..semoga panjang umur, murah rezeki, sihat ceria selalu, dan jangan lupa Lia. Smile always. [7:01am]
Ummi/ mertuaHappy birthday to you. Semoga tabah bersyukur dengan apa yang dikecapi, suami polis, anak yang comel dan pintar dan kehadiran orang baru, bertambah rezeki. Amin [7:22am]bondaWiyaHappy birthday dear, moga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Jaga diri ya. [7:48am]
cikZilaSalam awak, happy birthday tau. Moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki ya. [8:04am]
bonda/ mamaSelamat hari lahir yang ke 27, semoga panjang umur. Murah rezeki. Sihat. Ceria. Diredhai Allah selalu. Mum love you so much and always. [8:23am]
tuanMuda/ adikSalam, happy birthday my sis, hope you always enjoy your life now and future. [1:59pm]
Min SMKTHSalam sya, happy birthday. Semoga bahagia selalu disamping ABi dan putri tersayang. [4:22pm]
Terima kasih ucapan daripada sahabat blogger pada hari tersebut. Serta terima kasih tidak terhingga kepada entry hari ulangtahun daripada mamaMikhail, ShaWhiteyMommy, Ann-Wardrobe dan SyilaSyira. Sungguh terharu dengan entry masing-masing. Terima kasih kerana bersusah payah.
Sungguh, hari ulangtahun 2011 ada sejarah tersendiri apabila mrABi sendiri yang lupa. Wahahaha. Macam mana pun terima kasih sayang ABi atas Fossil yang cantik itu. Ceh, pilih sendiri je pun. Kikiii.
12 comments:
alahai..so sweet cha..
dpt gak hadiah besdey..
org lelaki ni kdg2 camtu la..
xberapa nk igt hari2 penting..
macam akak ni..da jd xkisah sb sjk kenal hubby sampai da kawin..stylenye jenis xkisah..
tapi xpa..asalkan bahgiakan..
juga selamat hari ibu cha..da berubah rumah awk ni..menunjukkan lama akak xsinggah sini..ehhee
okeylah tu cha.
dapat gak hadiah, dilaz dah lama tak dapat hadiah besday.
tahun nie tak tahulah.
selamat Hari Ibu
wah meriahnya..opismate sambut..
xep la cha..walaupun lupa..yg penting sempat celebrate bersama n dapat hadiah lagi tu..
cantik jam tgn tu..
selamat hari ibu cha..
Waaaah. Birthday pada hari Ibu ke?
Happy Birthday dan selamat hari ibu.
salam kenalan,
wah bestnye dapat hadiah.. selamat hari lahir juga ye..
jemput2 lah singgah ke kedai saya. khas untuk anak dan ibu menyusu
epy besday..may god bless u :)
waaah bahagianya hidup ramai orang disisi mengingati hari penuh makna dalam hidup..hee~ semoga kebahagian terus menjdi milik kam0 di usia baru kam0..^_^
take care~ ^_^
mujurla dia pandai memujuk..walaupun terlupa ada juga sesuatu yg istimewa kan...
kan dah kata kita mmg byk persamaan..thn ni kita sama dpt hadiah jam yg dipilih sendiri..hehehheheh
selamat hari ibu....
so sweet....jam yan comel....
mamaSarah-Najwan:
selalunya ABi jarang lupa birthday kita, mungkin dia sibuk kerja agaknya tu yg terskip. kita dah nak tukar template lain pun kak. akak baru menjengah.
**selamat hari mama buat akak juga.
dila:
mesti nak hadiah, sebab kita dah la jauh dgn family. isk, cakap pasal pengorbanan, biar je la dia sendiri yg menilai.
**selamat hari mama buat dila juga.
eija:
ha tu la, dorang kat sini memang celebrate setiap orang. paling2 beli kek makan masa tea-break.
**selamat hari mama buat eija juga.
zezebel:
t/kasih. beday dua hari sebelum hari ibu :)
chugie:
rasanya macam dah pernah singgah teratak tu, tapi takpe nanti kita datang eh. eh, salam perkenalan juga. t/kasih ucapan tu.
shila:
t/kasih shila. rindu danish.
kakIeyna:
kita pun taktau macam mana lagi nak menghargai diorang yg ada di sisi kita ni kak. rasa macam masih tak mencukupi.
kakEida:
really kak? hahaaa. kita dah agak mesti akak akan komen macam tu. sebab akak kan penah buat entry masa beday akak.
**selamat hari mama, mamaMikhail.
cikJue:
t/kasih cikJue.
seronoknya..walaupun terlupa..tp selepas tu dapat ganjaran juga.... :)
mamaGee:
hihiii tu la tu, macam dia pula makin tua, sampai lupa.
Post a Comment