Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam aku tak update blog eh? hahaaa, busy tahap maksima. Perubahan tampuk pemerintahan aku punya position. Macam-macam ragam dan masalah. Takpe bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.
Kenapa eh, aku rasa sejak aku pregnant ni, aku takut betul nak sentuh air. Nak mandi, nak solat, nak cuci pinggan, cuci baju, semua berkaitan dengan airla. Aku merasakan air tu sejuk gila macam ais. Menggigil bila kena dah terasa bagai nak demam je.
Adakah ini berkaitan dengan perubahan suhu badan aku? ataupun akibat daripada duduk sepanjang siang dalam konti berpendingin udara yang memang sejuk tahap maksima? tambahan pula waktu aku balik kerja memangla hujan sahaja sekarang ni.
Adakah ini berkaitan dengan perubahan suhu badan aku? ataupun akibat daripada duduk sepanjang siang dalam konti berpendingin udara yang memang sejuk tahap maksima? tambahan pula waktu aku balik kerja memangla hujan sahaja sekarang ni.
Musykil aku dibuatnya. Kalau aku mandi tu, aku rasa nak mandi 3 gayung je, siram-siram dan siram. Pastu keluar, tapiii rasa macam tak puas hati pula, masuk balik mandi puas-puas sehingga menggigil. Aku tengok kakakOni suka betul dengan air. Melompat-lompat dia dalam besen.
Aku nak pijak simen marmar pun aku ngilu. Sejukkk. Mujurla kat rumah memang aku pakai selipar bulu-bulu tu, sampai kakakOni pun berkenan dengan selipar tu. Tapi bila dia pakai, berjengket aku berjalan tanpa memijak simen.
Terasa macam mengada-ngada kan? diikutkan sangat. Kekadang aku paksa diri gak. Tanam dalam otak, tak sejuk-tak sejuk-tak sejuk. Aku nak reQuest pemanas air tu, tapiii nanti badan jadi manja pula. Pasal kat rumah mertua aku, mandi air gunung. Sejuk tahap maksimas.
kakakOni mandi congkak, pun gigil.
Ada tak yang serupa perangai macam aku ni. Hahaaa. Cuba explain sikit siapa yang pakar-pakar tu. =)
Duduk kat KL ni, langsung tak pijak tanah/pasir, semuanya bersimen bertar.
16 comments:
aku memula ri tu mmg tak mandi bila blk keja ptg ...hahaha
skrg pun sama kadang2 tgk mood ...
tp dr dulu lagi aku mmg mls mandi ...
tatau la..pembawakan budak kot ko jd gitu
kak izan pernah masa peknen dulu camnilah perangainya. takut air sejuk. tp last2 ilang sendiri...
perubahan hormon dan cuaca kot.. tu yg rasa sejuk beku tu kan.. jangan demam sudah ye..
ooo gitu eh...kak eina lum la sampai tahap tu..hee~ tp bukan ke kalau peknen lg suhu badan jd panas...dan rasa nak mandi jer..kalau kak eina dl la..
baru2 ni g mandi kt sg congkak..syok sungguh berendam..hee~
Jgn malas mandi cha.. Nanti baby pun takut nak mandi.. hihihihi
pembawakan je tu sis...
bukan ngada2 tapi ermmmm camne ek nak ckp...
dah nak jadik kan....
takpe lah nanti lelema sure ok nye...
akak dr sekolah mandi pagi guna air suam.. sanggup masak sendiri pakai cerek (kat kg manade water heater.) hahahah akak samala tak tahan sejuk...
yg pntg akk jgn mand malam
takot baby kmbar air kan..
kalo tak silap lah..ngehngeh
saya yg kurang arif ^__^*
klu zai diawal2 aje sejuk...takut kena air...bila kena air muntah....pastu malam2 carik air panas....hormon tu cha...nanti oklah tu
elok la tu rasa sejuk dari rasa panas.. kalo panas, berpeluh.. bila berpeluh rasa tak selesa.. ntah erk, pada mekchu better rasa sejuk kot.. bleh pakai stokin tebal2 dan selimut.. oh, bestnyaa..
take care ya..
mama masa peknen dulu kalau boleh nak dok beremdam dalam air sepanjang masa, sebab badan sentiasa rasa panas giler! time dok opis bahagia je ada aircond, balik umah seksa kepanasan, abih selak kain apa yg boleh heheheh
samalah kita...masa pregnant dulu takleh mandi air sejok...rs mcm jarum menyucuk kat badan...terpaksa gak masak air dlm cerek...letak dlm baldi..tak kisahlah cukup tak cukup..janji suhu air tu jgn sejok sgt..
betol jugak kan cha, jarang pijak tanah kan...hurmmm
tak pernah lak dengar lagi, pasal tak leh kena air nih...
mungkin air awak tu sejuk sangat kot.... kena mandi air suam ni, lagi pun sekarang ni kan cuaca pun agak sejuk juga...
agaknya pembawakan la tu..lain org lain pembawakannya...
elok la pulak time musim panas2 ni..badan cha rasa sejuk jerk.
eija rasa sepanjang mengandung ni ..panas btol ..
kalau zaquan nak tido berdua ngan mama dia pun..mama dia rasa sgt x selesa..sbb panas sgt..huhu..
eima:
dulu setiap kali balik kerja memang aku mandi, tapi sekarang ni, ikut macam kau la, tengok mood. tapi biasanya malas, sebab dah seharian dlm air-cond.
kakIzan, rasp:
hilang sendiri ye kak, hrmmm. tengok macam mana nanti.
bondaWiya:
minta dielak la yg tu, ada baby ni risau juga kalau demam.
kakIeyna:
sepatutnya macam tu la. sebab masa dalam pantang dulu pun kerja nak mandi je :D
ibuAQiL:
hahaha, ye la kan? kang ikut pangai mak dia, tak suka mandi. kakak dia sonot dapat air.
kakEida:
kita nak masak sendiri pun malas. sebab dapur jauh dgn bilik air. kekeke. terjah je la sejuk cemana pun.
ain:
laaa ye ke, awal2 hari tu suka mandi pukul 10pm.
kakZaidah:
kita rasa pun hormon, sebab rasa dulu tak macam ni.
mekchu:
ini mengundang tidur mekchu. saje je la mekchu ni. memang la suka sejuk, tapiii sejuk nak demam tu yg tak boleh nak tahan.
kakNani:
hahahaha kelakar akak ni, selak kain apa tu? hihiii. mungkin awal2 ni je kot. tunggu bila dah besar nanti.
mamaGee:
kan mama kan? kita mcm tu la skrg ni, janji air tu tak terlalu sejuk.
hany:
aiii hany baru perasan ke? sebab tu la Oni jakun benar bila dapat jumpa tanah.
mamaShay:
betul, air tu takungan semalam-semalam-semalamnya. dalam kolah.
eija:
betul kata eija tu, mungkin juga sebab awal2 ni hormon masih tunggang terbalik.
kesian zaQuan ye. kena tidur dgn papala jawabnya.
Post a Comment