Tuesday, 3 May 2011

Pesanan seorang emak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat naik kerja. Tuesday blues la kan. Hahaaa. Ada ke. Sedih aku sedih, pilu aku pilu, bosan aku bosan, rindu aku rindu. Itula yang aku dapat simpulkan bila tiga hari di rumah.

Dah tinggal berdua dengan kakakOni, mulalah darah asyik nak naik je, tengah-tengah aku menjemur baju dia berlari ke hulu ke hilir.

'Auni jangan lari-lari, nanti jatuh' itula yang selalu aku nasihat bila nampak atau dengar dia berlari. 
'heheee cak, cak' dia main jengah-jengah dengan aku. 
'abai-abai-abai' perkataan baru belajar. Babai sebenarnya, sebelum ni dia guna perkataan tata.

Senyap sekejap, layan kartun ke apa ke aku tak tahu, aku masih lagi jemur baju. Tiba-tiba angin kuat, entah dia berlari atau jatuh kerusi aku tak nampak sebab hanya dengan bunyi berdentum. Kuat.

Cepat aku pula berlari keluar, nampak dia dah tergolek dok. Melalak dengan maha kuatnya. Aduiii, aku pun dah ikut nak nangis sama. Badan dah la letih, dia lagi. Sabar-sabar. Aku gosok kepalanya, cari port mana yang sakit. Dahi ok, takde benjol. 

Dia menangis lagi kuat bila aku gosok kepalanya, rasa-rasa, raba-raba, ada benjolan besar. Ho'o, terkejut aku bila tengok kepala dia macam dah senget. Tengok berdarah sikit, tapi tak mengalir. Kepala batu juga dia ni. 

Gegas aku dukung bawak cari air suam dan towel nak tuam bagi benjol dia turun. Mulanya aku tuam atas sofa, dia sambung menangis naik atas toto. Ok baring, aku pun ngek boleh tak terfikir kepala dia mesti dah pening-pening dan mahu baring.

Aku tuam lagi, sambil buat muka lawak bagi dia senyum, bagi dia ketawa. Dia dah mengantuk sebenarnya, tapi aku tak juga teman dia baring macam selalu, asyik buat kerja je. Bila dia dah bangun dan membebel-bebel, sah la tu dah ok.

Tak pula pengsan or muntah means memang dia gagah. Aku buatkan susu, temankan dia baring sekejap, guling-guling-guling terus lelap. Fuh! cemas juga aku dibuatnya. Aku letak minyak gamat bagi cepat sembuh, sebab masa kuali lempeng jatuh atas kepala aku dulu, berdarah juga siap menitik-nitik, mama aku letak minyak gamat je. 

Nak lari lagi tak?

Nak marah, anak. Marah lelebih pun bukan dia tahu, dah memang berlari itu kesukaannya. Nak tak nak, aku pesan lagi, ayat yang sama masa dia nak lelap.

Makin besar, makin panjang akal.

14 comments:

@e_da said...

alahai oni... kesiannya.. sib baik tak apa2.. berdebar akak baca cha.. huhu .. jgn lari2 lg tau...

Farra Dhelina said...

hah kepala cik oni ke tu?? aduiii...

fra cuti 3hr pun dh mcm mak tarzan dah cha oiii... sbr je lah kan

eima said...

ganas nye kakak oni nih ...
kena slalu pantau la klu die berlari2 ... ni ikut perangai sape la suka berlari nih ... cam fahim die ikut perangai aku yg tak reti nk berjalan...hahha

Jue said...

alahai kesian cik oni kita....jangan lari2 lagi tau

:: Mrs.SyahNia :: said...

cik oni mmg kuatlah
hrpnya pasni oni
takmau dah lari2 n pnjat2
kusi@almari yea..

♥SyilaSyira♥ said...

alahai oni, buat umi susah ati jek.
cha, syila klo tgk luka mcm tu dah gelabah dah...anak xnangis, kita plk lebihnya..

mamaarifakeemaisy said...

ADUHAI SIANNYE CIKONI..HUU~ CAMTU KAN ANAK...PENAT JE KITA TERPEKIK2 MELARANG 'JNGN LARI2 NANTI JATUH'..SUDAHNYA YG KITA PESAN JANGAN TU LA DIA BUAT..HAAA BILA DAPAT HABUAN, BUKAN RETI NK FAHAM LG, PASTU BUAT BALIK..LUMRAH ZAMAN KANAK2..HUU~

P/S ARIF PUN MAKIN MENUNJUKKAN KENGADAAN DIA, SENSITIF GILE SKRG..HUU~ MAKIN MUDAH NANGIS PLAK..HUU~

al-lavendari said...

salam kenal.

saya suka baca komen awak kat blog lanabulu ... hehe

menyentuh cerita anak eksiden ni memang perkara biasa. malah jadi tak biasa, kalau tak pernah eksiden sampai ke tua.

Unknown said...

itulah..kalau nak lihatkan mak dia dulu ok..haaa

eija_sweetmama said...

adeii..darah..maunya x cemas..
sib baik cikoni kuat semangat..paling kuat pun nangis jerk..lain kali jgn nakal2 lagi tau..
btol tu cha..dh besar lain pulak kerenahnye..

Mama Kembar Tiga said...

alaa ciannya cik oni. harap cpt baik laa luka tu. nasib baik tak kena pi jahit ke apa kan. tu laa oni, jgn lasak sgt...hmm leh cakap je laa kan cha kan? mcm laa dia nak dgr hehehe... sama je cam si heroes 3 org nih, satu geng ngan oni hehe

ch@ said...

kakEida, cikJue:
yg membaca berdebar, yg mengadapnya ni? budak kak, berlari itu satu kepuasan.

farra:
ye la pnFarra oi, kepala la ni. asal namanya mak, memang dah jadi tarzan.

eima:
perangai mak dia, mak dia pelari sekolah drpd darjah 6 sehingga tingkatan 5 ;)

ain:
jiwa dia kental.

syila, kakIeyna, eija:
betulla tu, geram ada, sedih ada, rasa nak padankan muka sebab tak dengar kata pun ada, tapiii anak. nakal cemana pun dari rahim sendiri, sayang.
* arif haidar dah tau dia nak dapat adik.

al-lavendari:
salam berkenalan juga.
oh, komen kita ada juga yg sudi baca ye. terima kasih.
sedap sungguh ayat ni, terpikat kita membaca nya. betulla tu.

kakNani:
hahaaa, ha'a kita cakap, kita pesan kat diri sendiri. ye, dorang memang boleh geng. Oni tak padan pempuan.

BondaWhilea said...

kesian nya kakakOni. Tu tandanya budak bijak pandai yg tak reti duk diam. aktif. mesti tak serik jugak kan. kakakOni..KakakOni..

ch@ said...

bondaWiya:
tang tak serik tu betulla tu. smlm terhantuk pun boleh selamba lagi.