Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lumrah, seorang yang bergelar emak membebel. Aku memang seorang yang gemar bercakap. Dululah, sekarang ni aku tidak tahu. Mungkin selepas abi kata, bising je umi ni...terus aku jadi pendiam. Pendiam ke? sikitlah. Hendak cakap banyak pun sudah malas, sebab bendanya sama.
Membebel pada abi adalah sangat lain dengan membebel pada Auni dan Adli. Arrizqi pun kena tempias sasaran membebel aku, hah semua pun kena. Padan. Semalam, baru up entry semangat, ye semalam jugala hampir habis semangat aku merudum.
Well, adakalanya kita mengalami satu hari yang emo, satu hari yang stres, satu hari yang blur, satu hari yang tiba-tiba angin cemburu datang, manusia biasa akan alaminya. Normallakan? sebab tu kita kena ada kawan, kena ada sokongan untuk menjadi diri kita balik semula. Supaya kita ingat berpijak di bumi nyata.
Adli, semakin hari semakin nampak helah kenakalannya, kebijaksanaannya, keaktifannya. Dan, memang ikut jejak langkah kakak. Auni, semakin ektreme mengeksplore apabila tangga yang sudah dipasang pagar pun dia boleh melepasinya tanpa membuka pintu pagar. Aku memang gelar dia si badan getah. Pintu peti ais pun sudah pandai buka, sudah pandai tuang air daripada jug ke dalam cawan. Bercakap, sangat petahnya ikut emak yang suka membebel.
Bangun tidur buat perangai tak mahu mandi, aku ni pujuklah baik-baik supaya dia pergi bilik air dengan rela hati. Haram... dia buat keras. Ok, aku heret dengan mulut membebel. Dalam bilik air pun potpetpotpet la si emak ni. Belum lagi Adli yang turut nak ikut sama masuk dan Arrizqi yang ngokngekngokngek menjerit ajak borak. Ai...tragis.
Rumah, macam biasa tahap kapal pecah, karam, semua pun boleh. Memang tidak boleh nak kata apa dah. Tunggu dorang tidur baru kemas, berharap sangat abi tak balik lagi. Mesti dia pun bengang bila balik tengok rumah tunggang langgang sedangkan emak belum tidur. Aku tidaklah mahu dicop, duduk rumah pun, rumah still tunggang langgang. Hrrrmmm nak buat guane. Biasanya, bila tidak sempat mengemas aku sudah text awal-awal, jangan terkujat bila masuk rumah. Hihiii...
Hendak tunggu dorang masuk tidur adalah waktu yang sangat susahnya. Sudah baring-baring, ada saja permintaan di luar jangkaan.
"Umi jangan tutup tv eh!" Auni punya request.
"Auni tak boleh tidur" eh, macam tu pulak.
"Umi, Auni nak chuchu" Aduhaiii, baru hendak meregangkan urat. Ok lagi. Takpe. Bangun jugalah. Bila Auni ikut aku pergi dapur, Adli akan bangun juga. Sudah mula menyibuk apa yang kakak buat. Hari sudah jam 1pagi. Tengah cuci botol, pinggan bagai. Dua orang tu buat perangai lagi. Arrrggghhhh!!!
Habis, satu tapawe Nata De Coco belum buka lagi tu, jatuh dan pecah dan dapur pun banjir. Yaks! Hah! Aku belum habis membebel fasal tidur. Dah satu hal lagi hendak kena mop. Dengan Adli yang sudah berenang atas air berlengas tu. Dua-dua aku letak dalam bilik air. Geram. Adli bukan reti takut lagi. Auni sajalah yang menjerit-jerit. Siap aku kerjakan dapur, buatkan susu dan mandikan dorang. Mujur ada heater. Tutup semua lampu, tutup tv dan tidur. Adli sajalah yang berlayar, Auni belum lagi. Itu pun berebut hendak tidur sebelah emak. Sabar sajalah.
Auni the leader.
Adli the assistant leader.
Arrizqi the follower.
Satu yang aku belajar daripada anak-anak ni, dorang cepat je lupa apa aku dah buat pada mereka. Walaupun sudah kena denda, tapi bila hendak tidur, bila tengah ambil nafas, dorang datang dengan perangai yang mengambil hati, buat memek muka lucu, pujuk suruh tidur, hendak emak peluk. Adli, walaupun kakak sudah peluk aku, diterajang kakak dengan kaki namun dia tetap usaha hendak kepit dengan aku, dapat celah kelengkang jadilah meskipun sudah ada bantal busuk. Bau emak juga dicarinya.
Emak, nampak biasa tapi bisa juga. Hihiii.
Prengantkan Arrizqi 5 bulan. Pakai bengkung PB. Adeih!
Nota hijau: Beri aku kekuatan.