Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semoga sahabat-sahabat aku terus dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan dan keredhaan Allah swt, in shaa Allah.
Sedang aku berguling dengan Adli dan Auni, sebuah van membunyikan hon. Alamak, pos laju. Turun sahaja dia daripada van putih kuning, sebuah senyuman terukir dibibirnya. Manis dibulan puasa ini. Aku tidak menyalahkan dia pun kerana kelewatannya menghantar barang kiriman sahabat. Bukan salah dia pun, dia sudah komited dengan tugasannya. Fail ringkas berisi borang penerima diserahkan untuk aku tandatangan melalui celahan pagar sahaja, begitu juga barang aku yang sudah pun diserah pada Auni dan Adli yang mengejar. Terima kasih dan ucapan ringkas selamat hari raya aku hantar dia dengan sorotan mata. Vannya berlalu, barulah aku menutup pintu.
Semoga Allah berkati pekerjaannya dan sikap amanahnya menyampaikan pesanan. Terima kasih abang poslaju, sebab rasanya dia lebih muda daripada aku, muehehe.

Kiriman diatas untuk trio, askar bertiga. Pemberian daripada seorang kawan, sahabat, saudara, juga merangkap mentor aku, tempat aku menjadi rujukan seorang pengurus rumah tangga. Terima kasih kakNad aka mamaZN.

Kiriman berikut datang daripada seorang kawan, sahabat, saudara, juga seorang yang sangat suka berkongsi idea. Dia sudah pun kirim untuk askar, sekarang dia kirim untuk emak askar pula. Speechless. Bila aku buka sahaja bungkusan pos laju, terasa mata bergenang, aku terharu yang teramat. Hadiah ini untuk diri aku. Terima kasih kakIzan aka cikMot.

Seterusnya, jauh daripada Utara Semenanjung, puan Muna Hazwani. Seorang supermak dan juga mentor. Punya rangkaian perniagaan online, punya outlet sendiri, bakal punya branding sendiri. Seorang yang kental, beranak tiga dan seorang pekerja juga. See? betapa dia seorang yang kental dan memang mentor aku sebab dia isteri kepada pegawai polis seperti aku juga. Rangkaian bisnes Bear Chomel Tupper Biz, Bear Chomel Baby& Kid dan Bear Chomel Store.


End, mungkin korang masih tidak percaya aku masih keep in touch dengan seorang sahabat sekelas pada tahun 1996, darjah enam. Kami dalam kelas yang sama sewaktu darjah empat lagi. Jujurnya, aku kurang sikit berkawan dengan dia masa tu, entah dia seorang yang sangat kerek, apatah lagi kawan sebelahnya seorang atlet. Jarang sangat aku dapat bercakap dengan dia. Terima kasih FB, terima kasih blogspot. Suzeliah, seorang pembaca tegar bloghijau. Terima kasih Sue. Aku tahu engkau mesti tengah terharu kan? hiks.
Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada. Terima kasih juga buat suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong. Terima kasih kepada sahabat dan semua pembaca bloghijau, dan semua yang mengenali diri aku. Sesungguhnya aku tidak rugi mengenali kamu-kamu-kamu semua. Terima kasih kalian.
Istimewa Aidilfitri.

















