Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

Kenangan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Parah, ini betul-betul parah, betul-betul mencabar minda akal namanya namun pembaca sekalian mesti ternanti-nanti entry pada hari ini bukan? saya menaip dengan senyuman paling manis sekali, hahahaaa. Bekas kekasih eh? Oleh kerana sedang mencabar diri untuk 30 days blogs challenge makanya kita perlu deal dengan tanpa mengelat.

Pitams saya macam ni, hahaha. Ok tidak mengapa, mari kita teruskan sahaja dengan penuh berharap suami tidak membaca entry ini, muahaha. Bekas kekasih? Jujurnya, saya tiada bekas kekasih. Sabar-sabar, mari saya ceritakan. Bagi saya, kekasih itu ialah kawan lelaki istimewa yang saling menjaga, saling memahami, saling memikirkan apa akan jadi pada masa akan datang, saling lengkap-melengkapi, saling nasihat-menasihat, saling-saling-saling dan saling. Kekasihkan? Ok, saya tiada itu. 

Jika mereka yang lebih dahulu mengenali diri saya ialah mereka yang berada pada zaman persekolahan lebih dikenali sebagai cinta monyet. Kenapa cinta monyet tidak pula saya tahu, istilah ini memang popular digunakan kan? Kawan lelaki cinta monyet ni adalah beberapa orang, amboi over kan? hahahaaa, tapi kesemua mereka sudah pun berumah tangga dan punya keluarga sendiri. Begitu juga, pada kawan lelaki istimewa masa saya sambung belajar sebelum saya berjumpa dengan suami, dia juga sudah mempunyai dua orang cahaya mata. 

Day 5, 3 perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih.

Walaubagaimanapun, untuk memenuhi kriteria entry pada hari ini, saya ingin katakan "move on". Apa yang kita pernah lalui, just jadikan kenangan manis sahaja. Oleh kerana semua sudah berumah tangga maka jagalah keluarga masing-masing dengan sebaik-baiknya.

Usah di tanya kenapa kita tidak bersama. Kan jodoh itu di tangan Allah?, percaya pada jodoh yang Allah berikan, pasti dia pasangan terbaik buat kita. Tidak kiralah terlalu banyak kekurangannya, terimalah seadanya, manusia mana ada yang sempurna.

Jadikan kenangan manis. Kenangan zaman sebelum berumah tangga ialah kenangan paling manis, kita budak-budak, kita kanak-kanak, kita remaja, kita belia, kita dewasa, semua itu boleh jadikan cerita hebat untuk anak-anak kita nanti. Satu hari nanti, mereka akan lalui apa yang sudah pernah kita lalui walaupun zaman mereka semakin canggih, boleh juga diambil sedikit pengajarannya. Mereka pasti hendak tahu apa yang kita lalui dulu-dulu. Indah bukan?

Saya gembira dengan kehidupan sekarang, sederhana dan biasa-biasa sahaja. Betul, saya bersyukur juga kerana diberi peluang untuk mengenali pelbagai karektor kawan-kawan lelaki sebelum berumah tangga sehingga akhirnya saya memilih yang berani, yang tidak romantik sangat, yang berdikari, yang menyayangi, yang memahami, yang sanggup terima saya seadanya diri saya. Saya masih boleh buat aktiviti yang digemari, saya masih menjadi diri saya sendiri, saya masih buat perkara gila-gila walaupun sudah beranak tiga. Kekasih sehidup semati ialah suami saya, in syaa Allah.

Kesimpulannya, suami saya ialah kekasih paling istimewa sekali dalam hidup saya. Walaupun permulaan perkenalan kami, tidaklah sebaik mana. Kami musuh dalam kelas, hahahaa. Saya pasti pembaca sudah pun mengetahui kisah bagaimana kami berdua bertemu. Disebabkan itu saya benar-benar menggelarkan dia kekasih. Kekasih-suami. Cinta-Auni. Hati-Adli dan Jiwa-Arrizqi.

2004

2014

Ok, done untuk hari ini. By the way, terima kasih sudi baca entry panjang-panjang bloghijau ini, entahlah saya pun hendak taip sedikit sahaja namun ayat yang keluar tetaplah menjadi panjang berjela. Saya berhenti di sini dahulu ye, jumpa entry esok. In shaa Allah. Salam sayang, daaa...

Thursday, 27 June 2013

5 tahun aku dan kasih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku insan biasa, tiada punya harta, aku ada cinta, aku ada hati aku ada jiwa. Tanpa kasih, aku tiada cinta, hati dan jiwa. Alhamdulillah. Kasih aku abi:

Aku tidak sempurna, aku terus belajar, belajar dan belajar membantu engkau mengemudi rumah tangga, menguruskan, mengasuh, mendidik, meladeni kerenah si cinta Auni, si hati Adli dan si jiwa Arrizqi. Aku berusaha untuk membantu engkau menguruskan rumah tangga walaupun adakalanya aku sangat lelah hendak membuat kesemuanya, apabila aku sudah lelah maka dengan pantasnya keluarlah perkara yang aku sendiri tidak sukai, merungut. Maaf-maaf-maaf aku cuba juga untuk tidak ada rungutan itu tapi... [sila sambung sendiri].

Aku tidak tahu sama ada engkau perasan atau tidak, baju-bajumu aku cucikan, sidaikan, gosok dan aku sangkut mengikut warna, kebanyakkan bajumu berwarna hitam, biru gelap, sedikit warna kelabu, putih dan beberapa helai berwarna-warni. Dahulu stokinmu aku hanya lipat tanpa terbalikkan namun sekarang tidak lagi. 

Jika boleh aku mahu membuatkan engkau sarapan pagi, malangnya aku belum lagi mampu. Penyakit M aku makin merebak apatah lagi bila Arrizqi sudah celik mata. Aku hanya sempat membuat air minuman dan berharap engkau akan minum sebelum keluar bertugas. In shaa Allah, jika umur panjang, aku akan buat sarapan pagi untuk anak-anak sebelum ke sekolah dengan syarat engkau juga mesti ada di meja makan yang sama bersama-sama.

Aku tahu aku memang tidak sempurna namun aku hendak berterima kasih kepadamu kerana masih memberi peluang untuk aku membuat apa yang aku suka sejak dahulu lagi, membuat kerja hasil tangan, membaca novel malahan engkau terus menggalakkan untuk aku meneruskannya. Aku juga berterima kasih kerana engkau tidak pernah kisah mengeluarkan wang gajimu untuk belanja aku dan anak-anak.

Kasih, setelah anak tiga ini aku berasakan bahawa aku sedikit mengabaikan dirimu, maklumlah anak-anak lebih setia mencari aku dan aku sendiri tidak sampai hati untuk membiar anak-anak denganmu kerana aku bimbang engkau berasa letih dan tidak cukup tidur apabila menguruskan mereka. Aku minta maaf. Walaubagaimana pun, aku masih suka jika engkau sentiasa manjakan aku kerana itu membuat aku sedar bahawa aku telah mengabaikanmu.

5 tahun kita sudah bersama, 5 tahun juga aku belajar mengenali dengan dirimu. 
Engkau suka kereta, aku suka rumah. Engkau suka komik, aku suka novel. Engkau suka games, aku suka art. Engkau suka kicap, aku suka berkuah. Engkau suka ayam, aku suka ikan kering. Engkau suka vakum, aku suka menyapu. Engkau pendiam, aku membebel. 
Namun...
Kita pakai jam tangan di tangan kanan. Kita pakai baju warna senada. Kita suka perkara yang mudah. Kita gemar membaca,. Kita suka brand DutchLady. Kita punyai mahligai tersendiri. Kita ada cinta, hati dan jiwa. Sehingga akhirnya...
Sudah 10 tahun kita berkawan. Sudah 5 kali kita menyambut Syawal dengan sistem bergilir. Sudah 5 tahun kita menyambut ulangtahun perkahwinan. Alhamdulillah. Aku seronok berada bersamamu. 

 Kasih berbaju hitam, jiwa bersinglet merah.

Us with my mom...Saloma binti Basar. Love u mama.

In shaa Allah, semoga kasih yang disemai sentiasa mekar di samping kehadiran, cinta, hati dan jiwa penyayang sehingga syurga. Terima kasih yang sentiasa mendoakan kami di bawah lindunganNYA.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-5 Erwandi, Syahida pada 22 Jamadilakhir 1429 sehingga 18 Sha'ban 1434 bersamaan 27hb Jun 2008 sehingga 27hb Jun 2013
Maaf entry ni panjang sangat, tidak baca pun tak apa :)

Wednesday, 23 January 2013

Memori susah nak lupa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Termenung panjang... Menggumam... Sambung bermenung... Tarik nafas panjang sambil melunjurkan kaki. Jari membelek handphone. Sudah beranak tiga pun masih lagi setia dengan handphone. Jika dahulu menanti pesanan cinta daripada buah hati, sekarang? buah hati sudah dimiliki, menanti siapa pula? tiada siapa-siapa hanya menanti kawan-kawan sahaja yang sudi berkongsi situasi.

Walaupun zaman persekolahan sudah jauh ditinggalkan 12 tahun lalu, namun memorinya tetap dikenang sehingga bila-bila. Syukurnya, perangai masing-masing masih lagi serupa, giat-menggiat, usik-mengusik, kena-mengena, tembak-menembak, jenakanya walaupun boleh buat orang sentap akan tetapi memikirkan sudah lama tidak bersua, gembira sahajalah yang menguasai keadaan.

Walaupun dahulu, tidak pernah bercakap antara satu dengan lain meskipun dalam satu kelas namun dengan adanya teknologi canggih masa kini, boleh pula jujur berterus terang dan beramah mesra. Masa inilah hendak mengaku bahawa satu tika dahulu dikaulah pojaan hatiku. Biarpun terlambat, namun ianya tetap tidak dapat merubah kehidupan hakikat yang sebenar.

Walaupun dahulu, hidup dalam keadaan berpuak-puak, puak kau suka ponteng kelas, puak kau kipas susah mati hero pujaan ramai, puak kau kaki shopping, puak kau hanya atlet sahaja, puak kau suka kipas guru, puak kau paling popular, puak kau hanya minoriti tidak dipeduli namun, apa ada pada semua itu bila sudah berkumpul beramai-ramai untuk mengenang masa silam.

Walaupun dahulu hidup penuh dengan ego seorang budak-budak meningkat dewasa, kini kehidupan diteruskan dengan berkongsi pengalaman masing-masing, yang sudah beranak pinak, yang sudah berkerjaya, yang sudah merantau entah ke mana, menjadikan bertukar cerita itu merupakan satu perkara menarik untuk belajar dan mempelajari, sesuatu yang boleh diteladani dan diambil manfaatnya.

Mengapa aku merapu begini? hahaaa, ini feeling satu perasaan seronok apabila rakan-rakan sekolah SPM 2001, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab berkumpul dalam satu talian WhatsApp. Wiii, kecoh tapi menghiburkan, kecoh meskipun masing-masing mengadu bateri handphone lekas kong, kecoh tapi masih lagi setia dengan cerita-cerita panas. Terima kasih kawan-kawan kerana masih lagi sudi mendengar berita dan cerita walaupun aku sudah jauh dengan kalian.

InsyaALLAH, bagaikan sudah menjadi tradisi kita untuk berkumpul minggu terakhir berpuasa setiap tahun. Satu hari nanti, kita buat acara formal untuk menjemput satu batch kita berkumpul bersama-sama dengan acara-acara yang menarik. Semoga jalinan persahabatan kita semua kekal hingga ke syurga. Amin.

Tingkatan 1 dan 3 Rancangan Khas Agama.
Tingkatan 5 Sains 2.

 Koir dan boria kampung pisang emas. Alaaa comel-comel. Hiii!

 Acara makan-makan, team hostel nampak bersama tapi tak mesra,
Acara tukar hadiah 3 RKA. Bajet dah dewasa. Nampak bersama tapi jarang berbicara.

Annual Dinner: Malam Seribu Kenangan gittu. Tidak dikenali :)
Team bola jaring SMKTH, aku ado kek situ. 

Nota hijau: Terima kasih Allah memberikan aku peluang ini menikmati bahawa indahnya kehidupan.

Saturday, 5 January 2013

10 tahun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tanpa berterusterang, jodoh yang sepatutnya milik kita tidaklah akan kesampaian. 

Terima kasih lawan sebab menjadi kawan aku, 
terima kasih kawan sebab menjadi teman rapat aku, 
terima kasih teman sebab menjadi sahabat aku, 
terima kasih sahabat menjadi kekasih hatiku, 
terima kasih kekasih kerana menjadi peneman hariku, 
terima kasih kekasih kerana menjadi suamiku, 
terima kasih suami kerana menjadi bapa kepada anak-anakku, 
terima kasih yang tidak terhingga kerana masih mencintaiku, 
terima kasih atas pengorbanan yang dilakukan demi aku. 

Terima kasih kerana masih setia sehingga ke hari ini. insyaALLAH kita bersama atas keredhaan ALLAH.

Wandi, Syasya: 5 Januari 2003 - 5 Januari 2013
Ulangtahun pertemuan yang ke-10
Semoga ikatan yang kita bina terus kekal hingga ke syurga.
Tanpa keberanian mimpi tidak jadi kenyataan. - eh? macam kenal je ayat ni. hahaaa.
Ini bukan jaket TNB, harap maklum.
Konvo Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia.
Institut Latihan Perindustrian, KL. [ILPKL 2003]

Tahun lepas dah mengarang macam novel, tahun ni simple ja. Hehee.
[Manisnya memori itu-baca]

Monday, 19 November 2012

Mudah bersalin.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salam boleh tak share ape2 yg akak tau tntg deliver normal ni..means petua ke..ape2 yg akak amalkan selain doa2..yg memudahkan kelahiran tu..sy nak deliver normal for my 2nd baby


Salam..kak boleh tak story sikit ade petua pape tak ms nak or b4 deliver..1st bby dlu czer


Tipikalnya, aku langsung tiada petua untuk mudah bersalin secara normal. Mengikut pengalaman aku, apa yang aku praktikkan semasa bersalinkan Adli, ialah memang betul-betul mengikut buku. Aku baca semua jenis buku berkisar tentang kehamilan, apa sahaja. Cedok sini, cedok sana apa yang aku ingat sahajalah aku pratikkan.

Di sini juga aku berterima kasih kepada biras aku, Fizanie Lokman yang serba sedikit memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk meneran dengan betul buat kali terakhir sebelum aku ke bilik bersalin. Masa tu memang sedang melepaskan lelah, duduk di sofa dan dia tanpa sengaja memberi aku sedikit tunjuk ajar.

Katanya, bila proses meneran hendaklah tarik nafas panjang dan tolak, tangan pegang pergelangan kaki, dan  teran tanpa suara dengan dagu bertemu leher. Ini kerana, apabila kita meneran dengan suara secara tidak langsung kita telah menggunakan sedikit tenaga.

Bersalinkan Adli memang aku sangat feeling, rasa sakitnya, persediaan untuk aku meneran pun sangatla mudahnya. Kata-kata biras aku tu, memang sama dengan buku. Aku menahan sakit tanpa bius, tanpa ubat tahan sakit, tanpa suami disisi. Huhuuu... Yes, supporter amat penting. Apatah lagi bersalin normal kali pertama.

Berbanding dengan Arrizqi, aku menahan sakit bukan di katil sahaja. Oleh kerana ketuban sudah pecah di rumah, dan tempoh sakit kontraksi adalah bila-bila masa sahaja. Aku rasa betul-betul sakit semasa proses perpindahan aku daripada bilik saringan ke bilik bersalin di HSI,JB. Mendengar para-para petugas saling bertingkah buat aku bertambah sakit dan bengong.

Dalam pada dorang kecoh-kecoh tu, kaki yang kebetulan sudah angkat aku teran sahajalah. Kerana aku terasa Arrizqi sudah betul-betul dilaluan hendak keluar. Punyala pulun, sampai lupa segala apa kata buku. Hahaaa... Dah setel kena jahit baru sedar, lorrr aku lupa nak praktik cara meneran dengan betul.

Apa yang aku hendak kongsikan di sini ialah ikut peraturan buku, dengar arahan doktor, insyaALLAH semuanya akan baik dan lancar. Macam-macam aku dengar kawan-kawan beri aku petua, hendak mudah bersalin, tapi yang aku betul-betul ikut ialah banyakkan berjalan. Aku memang kaki jalan. Itu pun baru terfikir hendak shopping baju Arrizqi, tak sempat shopping dia dah keluar, sian... pakai je la baju abang Adli. Ada orang minum air selusuh, walaupun air itu warna hijau tapi aku tak sanggup untuk minum, hihiii.

Selain itu, memang amalkan baca tasbih Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun. Itu ayat paling mudah dan senang, ada juga aku baca ayat Qursi tapi tak habis baca sakit datang kaw-kaw-kaw punya babas. Dah tersangkut ayat tu. Bila asyik tak habis je, tukar ayat simple la.

Ironinya, meneran apabila sakit datang. Itu akan memudahkan lagi proses bersalin. InsyaALLAH. Dan sebenarnya, sakit kontraksi kuat adalah lebih sakit daripada proses meneran hendak bersalin ;) 

Bersalin Auni? itu tak aci sikit pasal dia keluar ikut tingkap. Hohoo... tu yang dia patern lain sikit, syukurnya dia sihat alhamdulillah.

Adik baby - Arrizqi

Adik Adli.

Beloved sista kakak Auni.

Nota Hijau: Pohonlah ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja sebelum di tolak ke bilik bersalin, insyaALLAH anda akan didoakan oleh mereka semua. Apakah aku sudah menjawab persoalan? hihiii... redah je la. 

Monday, 12 November 2012

Cinta hati jiwa kasih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

12.11.12 - jiwang sikit.

"Dari kanan bertiga-tiga, cepat jalan" koman suara seorang emak beranak tiga. Bakal bergempita di sebuah villa bersederhana besarnya. Akan tiba masa Arrizqi menjadi seperti Auni dan Adli. Siapa geng siapa, kita nantikan sahaja perkembangan mereka. Aku juga tidak sabar untuk menyertai pakatan.

Aku harus bersiap sedia segalanya mental dan fizikal. Ya meskipun baru sahaja tiga, menggalas gelaran surirumah bukanlah sesuatu yang enteng dan mudah. Ini kerana, apa-apa perangai three soldier yang tidak berkenan di mata akan bermula daripada rumah seharusnya didikan seorang emak.

Cinta.
Lahir daripada rasa Kasih.

 Hati.
Lahir apabila ada Cinta dan Kasih.

 Jiwa.
Ada kerana Cinta, Hati dan Kasih.

 Kasih.
Terima kasih kekasih. I love u till end of my life ;)

Semoga aku kekal bertabah dan terus dikurniakan sifat sabar yang menebal untuk menangani mereka yang rapat-rapat ini. Ini kerana aku masih merasakan diri ini ibarat budak yang baru habis sekolah, perangai emak-emak bagaikan belum ada dalam diri berikutan dalam kepala otak asyikla mikir hendak enjoy sahaja. Hihiii.

Lagi-lagi apabila baju kekecik ngam-ngam badan masa zaman xs dan s dulu masih lagi boleh disarung dan dipakai meskipun sudah kelihatan lusuh benar. Tahap kena bebel dengan mama, sudah tiga kali bersalin asyiklah menyarung baju yang sama. Baju ni, makin lama kita pakai makin selesa, itula yang aku rasa.

Menyentuh hal-hal kerja rumah, semestinya tangan macam obor-obor. Dalam kepala aku harus menyiapkan diri terlebih dahulu sebelum menguruskan yang lain-lain. Apatah lagi perlu membahagi tugas antara, suami, anak-anak dan rumah. Nampak macam senang, hanya tiga bahagian. Cer pecahkan lagi, suami dan anak-anak [3+1] perlukan perhatian, pakaian, makan, layanan. Rumah? huh, lagi besar rumah lagi banyak ruang lagi pening nak mengemas.

Sudahla mengandung sembilan bulan, berpantang lagi, meladeni anak-anak yang sedia ada, huiii patutlah ustaz selalu kata perempuan sungguh senang masuk syurga dengan syarat buat semua kerja dengan ikhlas dan tidak merungut. Isk, penat ke tak ek? hahahaaa...

Supermak, supermom, supermummy, supermama, superman eh? jomlah kita sama-sama. Ngeee...

Nota hijau: Ini bukan merungut, cuma hendak bajet kerja seorang surirumah yang tidak ada cuti, tidak ada gaji, tidak ada socso, tidak ada kompromi [merujuk kepada diri aku sahaja]. Hendak minta satu aja, cobalah untuk menghargai. Sekian.

Thursday, 8 November 2012

A part of me.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khas untuk aku interframe,

 Bila aku pakai tudung putih tu, memang betul-betul dah macam budak sekolah. Hahaaa... Udahla kasut pun Pallas Jazz tali bersilang ketupat.

Hiks, dua hari selepas dinikahkan. Berjimba menenangkan diri, ceh kunun. Aku tidak gemar kerana kening daku yang kontot itu. 

1st time mommy to be, Auni's inside. Six month.

Lepas bersalin Auni, baru pandai memakai shawl. Hihiii... cumey dak? bluueeek prasan. 

 2nd time mommy to be. Adli's inside, 8th month.

Lepas bersalin Adli. Jalan-jalan shopping raya dengan memakai PB, tak sedar 3rd mommy to be already. Arrizqi's inside 5th month.

Yeay, Arrizqi's inside at 8th month.

Now, aku ialah emak beranak tiga... rupa aku? hahaaa... Cer la teka, tingin juga aku hendak tahu ;)

Nota hijau: Just untuk diary sendiri, sekali sekala interframe.

Wednesday, 17 October 2012

Bodyguard baru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kronologi kelahiran 15hb Oktober 2012.

2.00ptg - melangkah pagar di tangga dapur untuk menyediakan makan tengah hari Auni dan Adli. Plup... panas rasa baru je pergi buang air tadi.

2.10ptg - buka satu langkah tiba-tiba jatuh melebat. Sah ketuban sebab jernih seperti air lemon.

2.20ptg - cek bukaan oleh misi klinik kampung. Terdapat satu lubang kecil dengan belum ada jalan.

2.30ptg - memulakan perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT). Sedikit kontraksi yang sekejap ok sekejap tidak.

4.00ptg - abi tiba daripada JB dan bertukar tugas dengan papa. Cek bukaan kali kedua dan ketiga. 4cm.

4.30ptg - perbincangan antara doktor dan abi. Kes ditolak ke Hospital Sultan Ismail, JB berikutan HKT tidak akan ambil kes sejarah pembedahan.

5.15ptg - perjalanan dan pengalaman pertama menaiki ambulan ke HSIJB diekori abi dengan kereta daripada belakang.

6.05ptg - bilik saringan HSIJB cek bukaan masih 4-5cm. Stres sikit di sini sebab dah mula kontraksi yang sakit sedikit kuat.

6.15ptg - decided tolak masuk ke dewan bersalin. Stres lagi bila permintaan untuk dua biji bantal tidak dipenuhi. Disoal lagi dengan pertanyaan daripada doktor sedangkan soalan yang sama sudah sedia dijawab dibilik saringan malahan doktor di bilik saringan turut berada di bilik yang sama.

6.30ptg - decided untuk czer berikutan jantung baby sudah lemah dan bacaan kontraksi yang tidak cantik.

6.48ptg - meneran berikutan terasa hendak membuang air besar dikala para doktor sibuk menyediakan persiapan untuk emergency czer.

6.52ptg - selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.3kg. Merasa sendiri memegang bayi daripada rahim yang basah. Syurga dan syukur.

7.00ptg - semuanya berjalan lancar dan menerima 2 jahitan dan proses mengeluarkan uri selesai. Bertemu dengan abi sebelum ditolak naik ke wad.

7.15mlm - berjumpa dengan baby dan direhatkan di wad kelas dua. Sama macam PPUM. Ada kelas wad ni. Bermula episod baru dengan baby dan breastfeeding. Syukur semuanya mudah.


Banyak kisah lucu disebalik kelahiran baby rezeki ni. Ada yang mahu ketahui secara lanjut ke? hihik... aku rasa masih perlu untuk entry panjang tentang kelahiran baby rezeki ini.
InsyaAllah namanya ialah Norersyad Arrizqi bermaksud Cahaya Petunjuk Rezeki dilahirkan pada minggu 36 dan 2 hari. Peace anak Johor.

Thursday, 31 May 2012

Bawal mahal pertama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semestinya warna kegemaran aku. Hijau. Aku memang tidak jangka langsung isi dalam Tupperware dalam sampul surat besar warna putih.

1st impression sebaik sahaja ternampak tupperware hak milik sendiri dikembalikan ialah aku ketawa. Dalam senyap-senyap tangan kayu my bestfren forever ni rupa-rupanya berseni juga. Serius cantik. Aku suka dan macam tak percaya. But, aku memang suka font handwriting dia, sangat cantik walaupun sempoi.


See it, yes i know may be she is try harder to remember apa yang telah aku lukis atas sekeping kertas besaiz lebih kurang di atas tertampal di cermin muka di ruang tamu rumah sewa kami yang juga milik aku. Cermin tu, aku beli di Mydin, berhegeh membawa naik LRT. Dia memintanya untuk memori kami. Aku suka bercermin, sebab tu aku beli dan letak di ruang tamu. Cermin bersaiz besar berbingkai hitam.

Apa yang aku coret? hanya menggunakan sebatang pensil dan sekeping kertas, aku lukis namanya juga nama aku. Sweet ke? kami istimewa. Berkenalan di bus stop membawa kepada makan sepinggan tidur sebantal. Ok stop it, ini aku dah cerita. Hahaaa.

Bila aku sudah nampak aku biarkan sahajala tanpa memikirkan apa-apa lagi sebab harus bersegera untuk mengemas rumah juga mengambil anak-anak. Sedang aku bersiap, aku teringat katanya 'awak jangan lupa ambil gambar, ambil gambar tau' sebaik sahaja dia menyerahkan sebungkus plastik Avon. Aku baru je bercadang hendak beli bengkung strap Avon. Takkanla cepat sangat impian dipenuhi.

Jadi sebelum keluar aku buka tupperware. Surprise!!! Yes, aku baru je order bawal tona mahal ni sebanyak 3 helai, belum berbayar pun lagi. Inilah, bawal tona hijau lumut lumpur pertama aku, hureyyy!

Sesi termenung depan almari baju pun bermula, pilih punya pilih, Auni memilih batik mahal untuk dipadan dengan bawal tona percuma yang mahal juga. Suka sangat.

See? mujur tak nampak perut. Hahaaa. Spare tyre yang scarry.

Terima kasih cik Ziela, [Puteri Amna Balqies]. Saya sayang awak walaupun saya kena hon sebaik sahaja hendak melintasi jalan depan LRT Universiti tu, akibat kesalahan lorong dan tidak menggunakan lampu isyarat, muahahaha. Statement? dia ajar aku jalan dalam UM yang terus tembus rumah aku, punyala banyak bonggol pening aku nak handle waja tu.

Nota hijau: Siapa hendak beli bawal tona, bolehla rodger cik Ziela ni. Murah rezeki dia. Hiii. Sahabat, kawan, teman baik saya selamanya.

Friday, 23 March 2012

Supermom ibu Aqil.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih blogspot yang menjadi perantaraan persahabatan utara selatan ini. Pertama kali aku mengomen di blog ibu Aqil [EmIenAqil ~Reality & Fantasy~], dia membalasnya dengan sepantas kilat sesuai dengan nota si jari runcing pada ketika itu. 

Berbalas komen, berbalas entry, berbalas msgbox akhirnya bertentang mata juga. Alhamdulillah, pertemuan yang dirancang berjalan dengan suasana yang sangat baik dan keharuan.

Aku rasa mahu buat frame besar. 

Tengok sahajalah gambar, aku lebih besar daripadanya. Hahaa. Biarlah aku luahkan kesimpulan pertemuan empat mata ini. Ibu Aqil, seorang yang sangat banyak cakap. Siapa yang pemalu tu, tak perlulah terus duduk tersipu malu bila berhadapan dengan ibu berhati kental ini.

Rasanya, tidak banyak yang dibualkan melainkan isu kawan-kawan blogger lain [eh bukan mengumpat tau] cerita-cerita mahu berjumpa juga, kan ibu kan? selain baaanyak membebel akan anak masing-masing. Bila adik bertemu abang, huru-hara.

Rumah aku menjadi riuh dengan jerit pekik abang Aqil dengan Auni. Berebut mainan, bertolak sakan, berlari-lari, mujurlah rumah aku ni luas dan tidak bertangga. Lantakkan ajalah.

 Anak-anak umi, Auni dengan abangnya. Abang sedang layan adik main, ke terbalik? hahaaa sebelum adik merajuk.
 
2nd son ibu, Adli love ibu so much.

Eh? lagi tentang ibu Aqil? haaa, selain banyak cakap dia juga seorang yang tidak kisah. Suka ketawa, suka mengambil tahu, suka interframe. Semua suka tu ada pada aku juga. Hihiii. Lain-lain, tunggu je la blog dia berupdate. Sebab, dia ada baaaaaaanyaaaak gambar.

The best moment ever. 
Abang Aqil elok, Auni spoiled. Auni elok, abang Aqil pulak. Mujur ayah ambil banyak kali.

Terima kasih ayah Em, gambar-gambar yang di snap tu, mempunyai berjuta-juta kenangannya. Oh ye, ayah Em sporting tau. Aku suka betul tengok gaya dia menembak tu. Macam-macam gaya.

Ole-ole daripada ibu.

Nota hijau: Terima kasih kak Ina kerana sudi menjengah adikmu ini, terima kasih abang Aqil sudi mendramakan diri dihadapan umimu ini, terima kasih Allah kerana menemukan kami di sini.

Jom terbang ke KL episode THREE # member BLOGGER!! Pertemuan yang dirancang untuk melihat Auni yang cargas. Haih! anak dara akuuu tu.

Wednesday, 21 March 2012

Dalam koleksi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Wordless Wednesday? hahaaa, takde maknanya. Banyak nak tayang ni. Hahaaa. Macam biasa, ingat hari tu my dealer Tupperware ada kata balance undi aku RM50? Huhuuu, akhirnya pengukus  Tupperware aku pilih. 

 Sangat suka dengan set sudu ni. Mudah lagi menyenangkan RM 13.90.

 
Semua saiz pun ada, menambah lagi yang sedia ada. Pengukus warna merah, lepas ni kalau keluar warna hijau memang aku frust.

Semalam abi bawa balik Tupperware yang berharga RM360 kesemuanya. Satu beg penuh. Teruja dan berwarna-warni sampai tidak muat kabinet dapur aku dibuatnya.

Sebulan RM30, ok la tu tak rasa sangat bila dapat selebuk macam ni. Tahun ni, aku ada main lagi RM40 pula, aku aim tempat beras. Hahaaa. Itu pun kalau dapatlah. Sebab biasanya pilihan dibuat mengikut katalog paling terkini.

Rasanya, bila dah duduk rumah menjaga anak-anak nanti, aku hendak aktifla berbisnes Tupperware ni, hahaaa. Best.

Semalam juga, masa mahu ambil Auni dan Adli, aku bertemu kawan satu sekolah, duduk satu kelas yang sama lagi, rupanya dia baru sahaja berpindah masuk sedangkan aku sudah merancang mahu berpindah keluar. Hahahaaa. Boleh pula bertentang mata dalam satu lift yang sama.

Rahman berbaju kotak-kotak yang aku jumpa. 
Gambar fail: REUNION buka puasa 2010.

Dia inspektor dan abi inspektor so aku ikut abi yang memang menetap sementara di quarters pegawai ni. Hahahaaa. Tumpang je. Malam tu, macam biasalah bila sudah bersua, kami berchatting di FB. Ngeee, macam tidak percaya.

Nota hijau: Ada cerita fasal kawan lagi. Esoklah sambung.

Thursday, 15 March 2012

Spontaneous Thursday.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan susah mahu gembira, perlulah menggembirakan orang lain dahulu. Melihat orang tersenyum gembira, dah pasti hati kita suka juga. Bila sama-sama suka, hidup pun jadi ceria. Bila ceria, kan sentiasa muda. Apa ada pada umur, itu hanyalah angka semata untuk mengingatkan kita tidak selamanya muda. 

Jika anda hendak gembira, gembira sahajalah. Hahaaa.


Macam tak menjadi je quote makcik tu, lantaklah. Yes, mereka ialah anak-anak saya. Saya suka hendak menyebut "anak-anak" walaupun baru dua orang. Hihiii.

Nota hijau:
Syasya gedik. Muahahaaa.

Wednesday, 7 March 2012

Harum subur di hati.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam pada aku mengelamun, pandangan aku terlontar ke luar tingkap ruang depan rumah, pemandangan tenang kawasan perkuburan. Ye, di bawah rumah aku ialah kubur. Tiba-tiba fikiran aku teringat kepada seseorang. Kisahnya ada aku simpan di notepad yahoo daripada tahun 2004 sehingga sekarang masih belum delete. Pantas, notepad itu aku buka semula.

Terasa diri aku terpanggil-panggil untuk kenangkan sekalian memori lama ini, sebelum itu ingin aku nyatakan bahawa entry ini sangat panjang. Siapa yang terasa bosan, boleh la baca sekerat ataupun pandai-pandailah berdikari. Heheee. Shoot!!!

Dia ialah seorang kawan yang sangat-sangat-sangat rapat. Berkenalan daripada tadika sampai aku habis sekolah, dialah sahabat karib dan sahabat paling tip-top yang pernah ada dalam hidup aku. Tiada siapa yang boleh gantikan dirinya. Jika ada sekalipun ia tidak setanding jalinan persahabatan yang kami jalinkan. Betapa dia sayang aku dan aku sayang dia, dialah Ahmad Sapix bin Sakimin. Sahabat aku sampai mati.

Hye man, aku harap kau berada bersama dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau tahu aku dah bertunang sekarang, tidak kesampai hajat kau untuk berjumpa buah hati aku kan? Anyway, dia tidak terlalu banyak beza dengan kau.  Renungan mata helangnya sama dengan kau, cuma bulu mata dia panjang dan lentik, kau tiada aset tu. Memanglah kalau betul-betul sama seperti kau, aku tak akan pilih dia sebagai teman hidup. Aku tak mahu dia sama dengan kau, buat aku asyik teringat akan kau je nanti.

Aku tahu, kau memang tak boleh berpisah dengan aku, daripada tadika sampai habis tingkatan lima kau asyik ikut aku. Masihkah kau ingat? Darjah satu, 1991.Sekolah Kebangsaan Bandar Easter. Cikgu Ahmad Kasim mengorat aku. Suka betul suruh aku picit kepala dia, benci. Tapi kita tak kenal lagi masa tu, kau-kau aku-aku. Macam mana kita boleh kenal, aku pun tidak dapat ingat. Kenangan pada tahun tersebut, naik rehat lambat, gara-gara tak dengar bunyi loceng. Kebetulan, hari itu ialah exam. Dengan muka selamba kita masuk kelas, duduk dan jawab exam dalam masa yang singkat. Bila result keluar kita dapat 100% markah. Amazing rite? darjah 1 Melur.

Naik darjah 2, 1992. Kelas 2 Melur sekolah sama. Kau ejek aku sebab aku tak ada gigi, jahat tau. Kita dilantik jadi pengawas sekolah. Sibuk betul kau ni. Di sekolah, belajarnya sikit je bila ada waktu senggang kita main timbang ceper, batu seremban dan lawan pemadam. Masuk pertandingan mewarna paling selalu, tapi dua-dua selalu menang menyertai sahaja. Yang paling aku ingat kau ni raja interframe, pantang nampak kamera kat situ jugalah kau menyelah. Balik-balik kau dengan trademark peace kau tu.

Darjah 3, kita makin aktif dan nakal, sama-sama naik tocang, maklumlah dah mula nak serasi. Kaulah paling tidak malu, main teng-teng, main lompat getah, main buaya-buaya yang semuanya budak perempuan, tiba-tiba ada engkau seorang lelaki di khalayak perempuan-perempuan tersebut. Kau memang pandai ambil hati budak perempuan sebab tu semuanya pun terpikat pada kau. Aku dapat tengok skill kau main lompat getah, aku tak main. Main pun kat sekolah agama jer, tersorok daripada orang. Dataran sekolah sudah macam acara sukan gamaknya, semua kelas ada lawan lompat getah, dan kau plak semua tempat pun kau joint, sampaikan sir Norazrin yang ajar kita BI tu gelakkan kau, bukan kau peduli pun, yang penting kau nak main. Main je la kerja kau time tu.

Kau ialah sahabat sehidup semati dengan aku. Apa tidaknya, kau sanggup menanggung amarah bebelan sir Norazrin tu, padan muka kau. Tebal tak rasa telinga apabila dengar lelaki paling handsome di sekolah tu naik marah. Siapa suruh pukul aku dengan kayu bangku? kau ingat aku ni bahan ujikaji? Sakit tau tak? takut gak kau aku nangis ye, memang aku dah nangis pun. Siapa suruh cari fasal dengan aku, back-up besar tau.

Dan lagi aku nak berterima kasih dengan kau fasal kes tak bawa buku tu. Salah aku sebab tak bawa buku, akan tetapi kau yang nak sama-sama kena marah ngan sir handsome tu, apa boleh aku buat. Sanggup kau kan? Padahal yang tidak membawa buku ialah aku, tapi kau takut aku menangis kena marah jadi, kau sama-sama kata tidak bawa buku, padahal buku kau memang ada. Cayalah kawan! Tapi sir tu tak marah kita pun kan? Mestilah sebab kita rajin buat kerja sekolah dia, selalu dapat GOOD. Biasanya papa dan mama aku yang buatkan kerja rumah dan kau tukang tiru tekap je, tu je la skill yang kau pandai. Tapi aku suka!

Darjah 4 Cempaka, still di sekolah yang sama sesi pagi pula. Erm, jadi budak besar sikit. Terpilih masuk kelas express atau kelas pandai. Entah siapa-siapa yang masuk kelas tu. Muka masing-masing skema, kita? buat-buat pandai. Subjek paling diminati darjah 4 adalah lukisan, kita sama-sama melukis lukisan daripada titisan minyak lilin, macam  lampu disko jadinya cantik. Hasil kerjasama kita berdua lukisan tu dapat A++. Satu lukisan lagi apa yer nak panggil lukisan tu, daripada water colour, percikkan atas drawing paper then tiup dengan straw, memang sempoi. Aku tukang percik kau tukang tiup habis keluar air liur kau, hahahahaha pengotor, sampai kena gelak dgn cikgu Raihan yang ajar lukisan tu. Tapi hasilnya lukisan tu dapat A++ juga, kita memang kreatif bab seni tapi pelajaran lain, alakadar je.

Sekolah yang sama darjah 5 Cempaka, dah pun besar. Masing-masing terbit rasa segan, tapi bagi kita umur bukannya apa, perangai tetap nakal, main rebut tiang, pepsi cola, dan detik paling best masa kena buat sajak ibu, pelajaran BM. Punyalah nak cari ilham cikgu Amiludin beri kita keluar daripada kelas, kau punya nak cari ilham pokok sena di belakang kelas kau panjat. Mana aku tahan tengok kau panjat, aku nak juga bertenggek atas tu, so dengan muka tidak malunya aku pun panjat, dengan baju kurung biru, pengawas lagi, kau? hanya tersengih pandang tanpa rasa percaya. Akhirnya sajak ibu dapat dihasilkan dengan baik. Thanks! kita selalu buli kawan kita, mentanglah Norezwan tu pelembut, kau dan aku tidak teragak-agak untuk mengerah dia ke kantin membeli makanan waktu rehat kita. Hahaha.

Dalam kelas kita duduk berkumpulan 6 hingga 8 orang dan kumpulan kita satu-satunya kumpulan yang ada perempuan dan lelaki berbanding kumpulan lain hanya ada satu jantina sahaja. Akibat percampuran ini jugalah, timbul satu perasaan lain macam antara kita. Kau mendekatkan diri pada aku, kebaikan kau, sering jadi tarikan pada aku, akhirnya kita jadi pasangan. Ia bermula sebaik sahaja kau dapat tali leher pengawas, kau ajar aku macam mana hendak mengikatnya, tanpa sedar kau jatuh hati dengan aku. Monkey love. Akhirnya hubungan yang tidak sampai sebulan berakhir dengan ikatan persahabatan juga, kau kata kita hanya boleh jadi sahabat sahaja. Tidak boleh lebih daripada itu tambah-tambah kau sudah mula buka mata bahawa, ramai yang mengintai aku, choiii!.

Tapi, masa kita couple sekejap tu sempat juga aku merasa manisnya apabila di suruh meniup rekoder oleh cikgu Salahuddin, tidak padan dengan kecik cikgu tu garang gila, aku dikata aweknya, ces! tidak sedar dia lebih rendah daripada aku. Nyata, aku takut juga dengan dia. Dah gila, mahu aku tiup rekoder sesorang? bukan aku pandai, pandai tapi aku cuak, akhirnya kau juga yang teman aku, aku masih ingat senyuman manis dan renungan tajam kau tu sebaik sahaja kita habiskan lagu nelayan tangkap ikan.  Tapi nyatanya semua orang puas hati. Walaupun paper muzik kita macam pelajaran lain, alakadar.

Darjah 6, sekolah dan kelas yang sama tetapi terasa sedikit jauh, sama ada kau menjauhkan diri dari aku atau pun aku yang tidak perasan kewujudan kau. Kau kata aku dah ramai orang minat, tambahan pulak aku selalu terpilih mewakili sekolah dalam macam pertandingan. Aku tidak suka waktu itu, banyak pilihan yang aku terpaksa buat, antara sukan, belajar dan kehidupan peribadi, semuanya terbeban dalam tahun 1996. Aku mula aktif, bangkit dalam segala macam sukan. Semua orang bagaikan baru tersedar akan kebolehan aku, kecil bukan sebarangan. 

Tambahan pula kita terikat dengan UPSR, hah! Nak exam besar kita rupanya. Aku dapat 3A 1B apa result kau? Biasanya result kau dengan aku tidak akan jauh beza. Hanya sipi-sipi sahaja. Actually, aku teringat kau kata, relax lah kita punya paper BI tahun pertama format baru, mesti soalan dia senang-senang. Confirm boleh score punya. Dan terima kasih atas nasihat kau tu, paper BI aku A paper matematik aku yang B. Sampaikan cikgu Sehat datang rumah aku. Dia tanya kenapa aku dapat B, dia risau cara dia mengajar aku tidak boleh terima. Padahal aku yang over konfiden matematik aku A.

Kau kasanova ligat mengurat Maizurah budak kelas 6 Mawar [jika tidak salah], cantik orangnya macam anak orang putih, tidak sesuai langsung dengan kau, tapi Maizurah pun suka kat kau kan? Bestlah korang. Masa tu, Fitri kumpulan UNIC [sekarang] tu tengah masuk line. Mentangla kacak, anak ustazah selepas mengorat Arbayiah, dia mengurat aku  pula mentanglah aku ni eskod Bayiah. Cerita lama. Dia sudah berumah tangga pun. Kenangan yang terindah je. 

1997, Muka kau lagi. Kau kejar aku sampai Sek. Men. Keb Tun Habab! Satu kelas lagi. 1RKA, Rancangan Khas Agama belajar Bahasa Arab. Erm. Kau-kau aku-aku, tapi bila mahu balik kampung hujung minggu, kau dok bermesyuarat. Anggotanya sudah tentula aku, Imam, Ar sebab kita semua sekampung. Biasanya kaulah jadi ketua dan kaulah yang paling cepat merapu, bukan je merapu tapi agenda tidak masuk akal langsung. Tension kitorang.

Naik tingkatan 2, kita jadi pengawas. Aku pengawas kau pun pengawas juga. Menyibuk sungguh! Masa ni kita bergaduh hebat, mentanglah kroni kau dah ramai, hidup pula berdikari jauh daripada ibu bapa, kau ambil kesempatan membuli aku, kau halau aku daripada mengekori enkau. Kau fikir mahu sangat ke aku dengan kau? Mentanglah aku ni insan lemah [acecececeh!] Terngiang-ngiang suasana kelam kabut kelas hari tu, bising sebab tiada guru mengajar. Kita berlawan cakap. Bidas-balas-bidas-balas akhirnya hati aku terusik juga apabila ayat ini keluar daripada mulut kau.

"wei Nurul, kau belah la, asyik tgk muka kau je!" huh!. Mana boleh aku berdiam diri, sudahlah semua orang sedang memerhatikan pergaduhan antara kita. Aku lawan juga, tapi aku rasa sedih sangat, aku bukan ikut kau. Bukan mahu kau sangat pun, aku dapat tawaran sambung belajar di sekolah ini, mana aku tau. Then lepas tu kau tolong aku kira berapa ramai pakwe aku masa dulu-dulu, terima kasih kawan. Habis, orang mahu kawan dengan aku, so kawan je la kan? 

Masa ni juga paling best ialah minggu suai kenal, padan muka kau, baru kau mengaku aku ni kawan kau, akibat daripada mahukan tandatangan abang Zaiful Nizam [along aka suami bonda WiyaWaiz] tu, kau terpaksa mencari aku terlebih dahulu. Padan-padan-padan. Malu-malu cipan kau ye datang jumpa aku, mengaku kawan aku….hahahaha! syurga.

Tingkatan 3, kelas sama-sekolah sama. Kau tetap kawan aku, tapi kita sudah ikut perangai sendiri. Sudah tidak semesra masa kita dahulu. Masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri. Puppy love sendiri-sendiri-kuah asing-asing. Akan tetapi satu yang aku suka, kau tetap datang rumah aku setiap kali hari raya Mama aku pun bukan main suka kalau engkau menjengah sebab kau rajin bercakap dan sesuai dengan mama aku tu, bercakap tanpa henti-henti. Tahun 1999, PMR. Macam mana result kau? sudah pastilah lebih kurang aku je. Hahahahaha. Sama-sama banyak kali nak kena gantung asrama result exam turun naik. Bila result PMR keluar kita terpisah. Aku terus di sekolah yang sama tapi kau balik kampung menyambung tingkatan 4 dan 5. Kita berpisah akhirnya. 

Aku tetap menelefon engkau walaupun kau sudah jauh daripada aku, tukar-tukar cerita kau di sana-aku di sini gitu. Masih ada rindu. Mestilah cuba kita berapa tahun kita berkawan? Daripada kita mula-mula masuk sekolah. Aku tanya kenapa kau sudah tidak kuasa mengikut aku lagi. Kau hanya ketawa. Kau kata kau dah malu mahu bersekolah sama dengan aku, rekod baik tidak seperti rekod engkau. Lagi, kita hanya kawan sampai situ je lah, kau mahu aku menjaga diri aku sendiri sebab kau sudah jauh, poyo macamlah aku tidak boleh hidup tanpa kau. 

Tingkatan 4, tahun 2000. Aku memilih 4 sains 2, masih di sekolah yang sama. Pior sains Kimia, Fizik, Biologi, Matematik tambahan, macam mahu menyuruh kepala aku pecah gamaknya. Sudahlah, bercampur dengan kawan-kawan baru, daripada kelas-kelas yang dahulunya kelas biasa. Aku kena biasakan diri selepas Ungku Nur Shahida pindah sekolah, tempatnya diganti dengan Rahifah. Kawan perempuan tetap aku hanya Rahifah dan Haliza. Kau mesti kenal dengan Haliza, tapi kau tidak kenal dengan Rahifah, dia pelajar sekolah Arab masuk sekolah biasa. Sampai sekarang aku masih berhubung dengan dorang berdua. 

Aku suka pada seorang bernama Farhan. Gedik. Hehehehe. Dia budak Sungai Ara, pakai cermin mata. Sumber inspirasi aku datang sekolah. Kitorang bertekak, bergaduh, belajar, copy meng’copy’ kat sekolah, dia satu rumah sukan dengan aku rumah Tuah. Suka mengacau-bilaukan hidup aku. Dia tidak tahu aku suka dia. Dia layan aku macam dia layan budak pempuan lain, aku lebih sikit dibulinya fasal aku tidak tahu mahu marah bagaimana. Dia tu boleh tahan tapiii macam sewel sikit hehehehe. Sudah berumah tangga pun.

Tingkatan 5 paling penting SPM, 2001. Tahun ni, banyak cabaran dalam hidup aku. Aku kawan dengan ramai orang dan mula kenal dengan banyak perangai akan tetapi kawan setia aku tetaplah Haliza dan Rahifah juga. Sudah 17 tahun umur aku. Boyfriend? ramai sangat, special je tidak ada. Habis SPM semua orang dengan haluan masing-masing termasuklah aku. Semua IPTA-IPTS aku try dan aku hanya tersangkut pada pilihan yang terakhir. Masa ni aku kawan dengan Rano. Kau kenal dia? aku tidak pasti. Intan yang tahu aku kawan dengan dia, macam mana aku terkawan dengan dia? Adalah, bak kata siti biarlah rahsia.

Aku dapat further study di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, KL. Bidang kemahiran, sebab aku ni kurang bijak akademik. Kisah aku pun bermula, kawan dengan Rano sehari sebelum aku berangkat ke ILPKL. Dia lelaki baik, paling murah dengan senyuman, paling sopan, paling hormat dan paling cool. Macam tidak sesuai sahaja aku dengannya, aku kan ratu padang sekolah. Aku ingat aku masuk ILPKL tiadalah orang yang kejar rupanya jodoh aku di situ.

Erm, dia selalu usik aku, macam Farhan buat pada aku, macam kau buat pada aku, tapi dia memang suka mengenakan aku, part gaduh tu memang sama la dengan pergaduhan kita dulu-dulu, bukan calang-calang, siap tangan kaki pun naik. I hate him. Aku kawan dengan budak Johor [sudah berumah tangga sekarang] aku clash dengan Rano, tidak padan dengan perempuan aku ni. Tapi tidak lama so aku kawan dengan mamat yang suka cari fasal dengan aku. Baik-gaduh-baik-gaduh-baik-gaduh balik sampai 6 bulan. Habis satu sem. Masuk sem dua, barula ada rasa sayang, rindu dan mungkin cinta. Blllluuuuueeekkk! 

Aku sambung belajar di ADTEC, Shah Alam sama dengan mamat tu. Dia semacam terkena badi kau pula, suka ikut aku. Hahaaa, sorry abi. Then, kau pernah jumpa aku kebetulan aku balik bercuti. Kau tengah melepak dengan kekawan kau kedai fasa 1 tu. Aku sedang memboceng motor adik. Tiba-tiba nama aku kena panggil. Kau canang pada orang-orang di situ bahawa aku ni tidak besar-besar. Sama je dulu dan sekarang. Kau je berubah, sekali aku jumpa, badan kau macam pelampung, kali kedua jumpa kau dah kurus sikit, dan...itulah kali terakhir aku tengok kau.

Aku bergaduh dengan special boyfriend aku, kebetulan pula kau menelefon, ah! panjangnya ceramah kau. Makin kusut kepala aku jadinya. Masa itu juga kau mahu berjumpa insan yang berjaya memiliki hati aku ini kau tetap mengingatkan aku bahawa kita tidak boleh bersama melainkan, hanya kawan. 

Semester tiga di ADTEC, Tahun Baru Cina aku tidak pulang ke kampung, aku terima berita sedih daripada orang-orang yang tidak pernah aku sangka, terima berita daripada orang-orang yang tidak aku syak langsung dorang akan menghubungi aku. Kau telah meninggalkan aku, kau pergi jua untuk selama-lamanya. Kita berpisah terus apabila kau terlibat dalam kemalangan. Aku tidak tahu mahu kata apa lagi, selaku orang yang pernah hidup disamping engkau aku terasa amat tidak bersedia untuk kehilangan kau. Dua minggu aku menangis kerana kau, kekasih hati aku sudah puas memujuk. Kau pergi juga kawan. Aku doakan kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Tidak lama selepas kau pergi aku juga kehilangan bakal emak mertua, berita kedua paling sedih sepanjang hidup aku. Aku sudah bertunang dengan orang pilihan aku sendiri. Terima kasih kawan kerana sudi menjadi kawan aku. Terima kasih yang tidak terhingga. Aku akan kenangkan semua lipatan memori kita dalam doa aku. Al-Fatihah.

Nota hijau: Di lingkaran diamku termangu, terkenangkan kembali, saat indah aku bersamamu, dibelai cinta suci. Sewaktu kelukaan hatiku, kau datang dan memberi, taburan bungan cinta sucimu, harum subur dihati. Tapi kini kau pergi, tinggalkan aku sendiri, mengusir sepi, mengusir rindu, terpisah selama-lamanya, kau pergi dariku. Titisan airmata dipipiku, memanjat doa suci, aaat indah aku bersamamu, masih tetap di hati. Cintaku masih untukmu, rinduku masih padamu, biarpun kita terpisah jiwa, namamu tetap dikalbu. Kusemadikan cintaku, didalam doa kudusku, kepada Tuhan aku meminta, damailah engkau di sana, mengadap Tuhan yang Maha Esa.

Aku bersyukur mengenali diri insan bernama Ahmad Sapix bin Sakimin ini. AL-FATIHAH. Sorry, dan terima kasih sudi membaca. Macam tidak belajar langsung aku ni kan? hahahaaa. Gambar kemudian nanti.

Monday, 5 March 2012

Menangis bukan untuk sedih sahaja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu, sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu, alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku, sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu. Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu, cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu, alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku, sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu, alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku, sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu - Bedroom Sanctuary Lyric.

Go Adli go. Go Auni go.
 Eh? umi sokong siapa ni? hahaaa.

Wah Adli, kakak Auni tidak mahu mengaku kalah.

Maintain la Adli, siap pejam mata. Kakak Auni tidak puas hati. Tomoi-tomoi.

Adli tarik rambut kakak Auni. Hahaaa. 
"tolong!-tolong! ummmiii tolonggg!"-Auni.

Kehidupan semakin mencabar dan menarik apabila kamu berdua membesar.

Aku menangis apabila mereka begini hari-hari, menangis sedih apabila mereka jatuh sakit, menangis gembira kerana mereka membesar dengan menjaga sendiri, menangis pening kerana mereka aktif membuat rumah tunggang langgang, menangis terharu apabila mendapat ciuman kasih daripada abi mereka berdua, menangis syahdu kerana ciuman kasih daripada Auni. "saaayaaang kummmi"-Auni. 

Walaupun, kesudahannya aku yang kena buli. Ergh!

Nota hijau: Mood blues. Entry pun blues.

Tuesday, 28 February 2012

Sesat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jangan ditanya tentang selok belok jalan raya atau pun tempat di Kuala Lumpur ini kepada aku, memang sesat barat la jawabnya. Aku hanya lulus untuk pergi dan balik kerja sahaja. Itu pun seringkali aku berdoa supaya tidak ada sebarang halangan ketika melalui jalan tersebut hari-hari.

Rugi betulkan? Okla, aku hanya tahu jalan untuk pergi ke One Utama, jika melalui opis aku. Ikut jalan belakang gitu tapi yang jadi malangnya, bila dah sampai One Utama, aku akan sesat barat di dalam sana meskipun peta terbentang depan mata.

Aku memang failed. Aku hanya suka mengekor orang yang lebih tahu selok belok di dalam One Utama tu. Begitu juga di Mid Valley, The Mines Shopping Center, Jusco Aeon yang besar-besar tu sah, memang sesat. Itu belum masuk Alamandala, Sogola, apatah lagi tempat yang sangat jarang aku pergi.

Pernah sekali dahulu, mahu berdating dengan abi. Abi daripada rumahnya, aku daripada rumah sewa sendiri di Puchong bertemu di Mid Valley. Bas daripada Kinrara terus berhenti di Mid Valley, pandai-pandaila berdikari sebaik sahaja turun daripada bas, kerana bas itu bagaikan berhenti nun betul-betul terpaksa menyeberangi 2 batang jalan besar. Nasib mungkin, boleh pula aku bertemu kawan satu asrama dahulu dengan tidak disangka-sangka.

"pergi kat wayang, tunggu kat mcD" aku tau tempatnya. Aku tau panggung wayang tu di tingkat atas memang ada mcD, ada tempat boling sekali. Jadi, insan bernama aku ni pun masuk Mid Valley. Lost. Totally lost bila kaki berada dalam Mid Valley tu. Entah berapa kali aku melefon abi masa tu, siap guna public phone kerana kredit habis. Akhirnya, aku tunggu sahaja di restoran bernama DOME. Tunggu di depan je, bukan dalamnya. Tunggu sehingga abi datang. Manja betulkan? Hahaaa.

Itu kisah masa bujang-bujang dulu, bila dah beranak dua ni lagiii la aku jadi weng-weng. Dapat pergi One Utama tu pun sudah cukup heaven. Abi memang susah hendak ke One Utama ni, jangankan One Utama kedai Satu Malaysia tu pun dia buat-buat tidak tahu sahaja. Hihiii.

Bila aku dengan kawan baik aku, siapa lagi kalau bukan Zila, kitorang ni kategori kaki jalan juga, normally selalu ukur Sungei Wang, Sogo, Jalan TAR dan banyak kali juga la kena perli dengan abi dek tabiat gemar berjalan cuci segala tu. Jadi, sementelah Zila rajin benar nak pick-up aku di opis dan ke One Utama, misi dia mahu makan di foodcourt Jusco.

Punyala mengukur daripada hujung ke hujung, daripada atas turun ke bawah bangunan One Utama, kaki sudah lenguh perut sudah lapar, natang yang bernama foodcourt Jusco masih juga tidak kelihatan. Akibat daripada kegagalan mencari foodcourt, mata pun tersinggah di restoran kegemaran aku dan budak opis, Dave's Deli. Sini sahajala santapan tengah hari di hujung-hujung bulan ini.

Bila perut kenyang, satu hal lagi mahu cari tempat letak kereta. Zila sendiri boleh lupa di mana keretanya berada. Jalan mudah, kitorang cari tempat parking dengan menggunakan huruf di tiang-tiang parking. Eiii! kitorang memang macam ni bila berdua. Sekurang-kurangnya, aku tahu dia juga tahu walaupun kegemaran berjalan itu ada, tapiii kitorang memang suka main aci redah sahaja.

Muka lapar.

Beloved fren, Zila bersama Footlong nya. Menu kegemaran aku.

We was here. Noted.

Bila sesat, kitoang akan buat keputusan singkat dan terjah je mana-mana kedai yang ada di depan mata. Lepas tu, kitorang suka kenangkan semula atau bercerita dengan kak Azi akan kesesatan kitorang bila berjalan tanpa dirinya. Heheee.

Nota hijau: Apa yang nyata, perangai aku bila dengan Zila memang macam dahulu-dahulu juga. Siapa sangka muka emak Oni dan Aie ni di cop sebagai pelajar lagi. Muahahaaa. Nanti kita buat perangai gila-gila macam ni lagi ek? hehe. Bila sesat, kita redah je macam biasa.